| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh SM Noor | |
| Thursday, 10 April 2008 | |
![]() Beliau berkata syarat baru itu, berkuatkuasa sertamerta adalah langkah kerajaan negeri untuk memberi lebih banyak peluang kerja kepada rakyat Terengganu dan diharap dapat mengurangkan kadar kemiskinan. "Ini kerana, kita dapati banyak projek yang dikeluarkan selama ini tidak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. "Apa yang kita lihat sekarang, di tapaktapak projek pada masa kini, kebanyakan pekerjanya merupakan warga Indonesia, Bangladesh, India, Thailand dan Vietnam walaupun yang mendapat kontrak itu adalah rakyat tempatan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman. Mengulas lanjut, Mad Said berkata pada masa ini, ramai rakyat tempatan gagal mendapat pekerjaan walaupun sebelum ini, pembangunan rancak dilaksanakan di Terengganu. Beliau berkata keadaan itu menyebabkan rakyat negeri itu terpaksa berhijrah ke luar termasuk ke Kuala Lumpur dan Singapura untuk mencari rezeki. "Kerja banyak (di Terengganu)... tetapi anak tempatan tak dapat peluang. Perkara ini perlu diperbetulkan," katanya. Bagi memastikan syarat itu dipatuhi, Mad Said kata kerajaan negeri cadang menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada JKR, Bahagian Sumber Manusia kerajaan Negeri, JKKK serta beberapa badan untuk memantau dari semasa ke semasa. Beliau berkata kerajaan negeri akan menarik balik projek yang diberikan jika kontraktor terbabit gagal mematuhi syarat yang ditetapkan itu. - sumber Bernama |


Desakan tersebut dibuat dalam perjumpaan kira-kira 20 ketua bahagian dengan menteri besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediamannya di Johor Bahru awal minggu lalu.
Beliau berkata, penyokong akar umbi Umno di Johor sangat bimbang dengan kenyataan-kenyataan Abdullah sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Abdul Hamid (foto), yang dilantik sebagai ketua hakim negara November lalu, berkata keputusan muktamad mengenainya adalah di tangan kerajaan.
Dua Hakim Mahkamah Agung yang sebelum itu membenarkan perintah injunksi terhadap tribunal kepada beliau, urut dipecat.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan tersebut terletak di tangan kerajaan.