Malaysiakini |
Mar 1, 09 5:29pm |
Kemelut politik yang melanda negeri Perak, selepas Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan negeri baru awal bulan lalu, terus berlanjutan. Hari ini, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker V Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar Selasa ini adalah tidak sah. Katanya, ia tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Abdullah menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini. Sebelum ini, Sivakumar dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar. Sivakumar memanggil sidang tergempar itu untuk membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa Keluar notis Sehingga hari ini, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih mengakui beliau merupakan menteri besar Perak yang sah. Manakala menteri besar BN, Datuk Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah awal bulan lalu, selepas BN menubuh kerajaan baru di negeri itu. Sementara itu, dalam kenyataan tersebut, Abdullah berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan Menurutnya, beliau telah menerima arahan dari Sivakumar supaya Abdullah berkata, walaupun ia sidang tergempar, "dalam apa jua pun keadaan, saya hendaklah menghantar notis bertulis tersebut berserta dengan warta pemasyhuran memanggil dewan kepada tiap-tiap anggota DUN menarik perhatian mereka kepada pemasyhuran tersebut. Kuasa mutlak "PT 10 (1) mengatakan " Penggal Dewan hendaklah diadakan pada Beliau berkata berasaskan PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan. "Ini adalah kerana Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang," katanya. Beliau berkata, Perkara XXXVI (1) memperuntuk "DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan." Abdullah berkata peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Khamis lalu, Sivakumar menerima dua usul dengan yang pertama daripada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah daripada PAS, adalah bagi dewan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (PKR-Teja) yang memohon supaya dewan itu dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan. |
Sunday, March 1, 2009
Sidang tergempar tidak sah, kata Setiausaha DUN Perak
0 comments Labels: malaysiakini, Perak
Apabila DUN Perak Dihalang Bersidang...
Sebelum ini kita dah paparkan di dalam satu undian SMS, 97% menyatakan tindakan Speaker Perak yang memanggil sidang tergempar DUN sebagai SAH.
Kami juga membuktikan deretan justifikasi mengapa rakyat membuat keputusan sedemikian.
Tetapi petang ini Setiausaha Dewan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri dalam satu kenyataan akhbar di Kuala Lumpur hari ini berkata, cadangan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar dewan itu pada Selasa ini adalah tidak sah.
Menurut kenyataan itu, ia tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Bukan disebabkan kerana mahkamah masih belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu seperti didakwa oleh Najib.
Berbelit-belit sudah alasan untuk menghalang sidang tergempar DUN ini.
Seorang pakar Perlembagaan dari UIAM, Profesor Dr Abdul Aziz Bari pernah mengulas mengenai hal yang sama sebelum ini.
Aziz berkata di bawah Perkara 16(1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Sultan diberi tanggung jawab untuk memanggil sidang dewan, termasuk mempastikan bahawa DUN bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.
“Peruntukan ini sama dengan Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kewajipan yang sama ke atas Yang di-Pertuan Agong”, jelas beliau ketika dihubungi.
Profesor undang-undang itu berkata, memanggil sidang DUN tidak termasuk di dalam hal-hal yang menjadi budibicara dan beliau berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menyekat atau menolak permohonan untuk memanggil sidang.
“Pada hakikatnya kuasa ini adalah kuasa formal dan adalah tidak munasabah untuk Sultan, dalam kes Perak ini, untuk menolak atau menghalang permohonan speaker itu,” tegas beliau lagi. Pakar perlembagaan itu berkata, hujah tersebut diperkuatkan oleh teori yang meletakkan ketua negara atau ketua negeri sebagai sebahagian daripada mekanisme yang melindungi perlembagaan dan semangatnya.
“Kalau Sultan menolak permohonan itu bermakna Sultan sudah menyekat demokrasi dan ini bertentangan dengan Konsep Raja Berperlembagaan yang mesti selari dengan tuntutan demokrasi,” tambahnya lagi.
Aziz berkata sidang DUN itu juga perlu kerana Perkara 16(2)(a) dan (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak menyebut soal sokongan majoriti di dalam DUN dan ini perlu ditunjukkan secara telus dan terbuka. Ditanya mengenai pendapat yang mengatakan bahawa sokongan majoriti itu boleh ditunjukkan di luar dewan, Aziz berkata “pendapat itu sebenarnya pandangan yang agak lemah dan hanya boleh diterima sekiranya ada pihak, contohnya kerajaan yang ada, yang dalam konteks Perak Dato Seri Nizar, enggan atau menghalang sidang DUN”.
Beliau berkata pendapat itu berdasarkan kes Adegbenro yang diputuskan pada 1963. Katanya kes yang lebih baik ialah kes Stephen Kalong Ningkan yang diputuskan pada 1966 yang menghukumkan bahawa ia perlu dibuat di dalam dewan.
Aziz menambah peruntukan yang sama juga ada dalam Perlembagaan Persekutuan, yakni Perkara 43(2)(a) dan 43(4). Sebab itu, tegasnya, adalah salah apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat permohonan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Aziz menjelaskan, “Memang speaker mempunyai kuasa mutlak tetapi ini berhubung dengan keahlian, perjalanan dewan dan seumpamanya. Apa yang berlaku di Perak ialah Speaker Sivakumar mahu proses menunjukkan sokongan itu berlaku sedangkan Pandikar Amin bertindak sebaliknya. Ini menyebabkan peruntukkan perlembagaan, khususnya Perkara 43(2)(a) dan 43(4) tersekat. Itu sebab saya pernah mengatakan bahawa speaker tidak harus menyelamatkan kerajaan dari diuji sokongannya oleh dewan. Apa yang berlaku di Perak betul kerana speaker mahu kerajaan yang ada membuktikan bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan.”
Pandikar Amin dipetik di dalam media sebagai berkata speaker dewan harus adil dan tidak memihak.
Aziz menambah di sisi perlembagaan, Anwar sebenarnya tidak perlu menulis surat kepada Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 September 2008 kerana Abdullah adalah ketua kerajaan dan bukan ketua dewan.
“Mungkin apa yang Anwar lakukan itu sekadar strategi politik, tetapi ia bukan satu syarat. Bagaimanapun kita perlu sedar bahawa Malaysia mempunyai budaya politik yang ganjil dan tidak mesra perlembagaan dan strategi seperti itu perlu,” ujar Aziz. Abdullah bagaimanapun menolak mentah-mentah sidang tersebut. Pandikar Amin juga enggan memberi laluan.
Aziz berpendapat di dalam keadaan sedemikian, Yang di-Pertuan Agong bertanggung jawab menitahkan sidang kerana isu sokongan majoriti amat penting dan ia adalah nyawa bagi sesebuah kerajaan di dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia.
“Pada saya ini selaras dengan kehendak peruntukkan yang berkenaan, khususnya Perkara 43(2)(a), 43(4) dan 55(1) di baca bersama,” tambahnya. Keadaan yang sama wujud di Perak sekarang, kata Aziz.
Beliau berkata “jika sidang DUN tidak dipanggil sukar bagi kerajaan hendak menjalankan pentadbiran; contohnya mendapatkan kelulusan perbelanjaan dan pelbagai urusan rutin yang memerlukan dana yang mesti diluluskan oleh DUN dan sebuah kerajaan yang sah, yakni yang mempunyai dokongan majoriti di dalam dewan.”
Ditanya mengenai perlantikan Dato Dr Zambry Abd. Kadir oleh sultan beliau berkata, “itu tidak mengapa; isunya di sini ialah perlantikan itu perlu dibuktikan benar-benar sah oleh DUN kerana dewan yang mempunyai kata putus sama ada penilaian Sultan itu tentang sokongan majoriti kepada Zambry itu betul atau sebaliknya.”
Aziz berkata sokongan majoriti itu terpakai kepada Zambry dan Mohamad Nizar. Beliau menjelaskan soal sokongan majoriti itu boleh dibangkitkan di dalam dewan bila-bila masa sebagaimana yang biasa dilakukan di United Kingdom umpamanya.
“Katakan Zambry kalah kali ini, beliau boleh lepas ini membawa usul undi tidak percaya terhadap Mohamad Nizar pula kalau beliau berasa sokongan ahli dewan terhadap beliau bertambah. Begitu juga dengan ahli dewan yang lain yang berasa mereka mempunyai sokongan yang cukup. Proses ini dizinkan malah dikehendakki oleh perlembagaan,” tegasnya.
Konklusinya: biarkanlah, apa-apa pun rakyat tetap berkuasa dengan undi yang ada nanti semasa pilihanraya. Makin bertambah nampaknya simpati dan sokongan rakyat kepada Nizar dan PR.
0 comments Labels: bloggers united, MB perak, Perak
Pemberian RM300 Masih Misteri
Buletin Online Written by Editor |
Sunday, 01 March 2009 17:08 |
Pada 16 Januari, 2009, sehari sebelum hari mengundi ketika pilihanraya kecil Kuala Terengganu, lebih sedozen wartawan diminta menuliskan nama, organisasi dan nombor telefon mereka diatas sehelai kertas kosong.(Gambar - wartawan berkenaan membuat laporan polis)
|
0 comments Labels: buletin online, rasuah, SPRM
Ahmad Said Terus Mendedahkan Siapa Dirinya Sebenar?
msomelayu
NAMPAK marah sungguh ketua SPRM, Ahmad Said Hamdan dengan anugerah lembu oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) atas kesungguhanya menyiasat aduan mengenai lembu korban terhadap MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.
Kata Ahmad Said perbuatan AMK itu menghina pegawai kerajaan dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu. Ahmad Said juga mempertikaikan tindakan AMK itu tidak profesional kerana menganugerahkan lembu berkenaan.
Ahmad Said juga mempertahankan tindakannya yang membuat kenyataan terbuka berhubung siasatan ke atas Khalid dan mendedahkan pihak SPRM kononnya ada bukti kukuh untuk mengheret Khalid ke mahkamah.
Saya percaya AKM dan orang ramai menghormati tugas SPRM kerana ia bertujuan membenteraskan rasuah. Bila ada laporan mereka kena siasat tidak kira siapa individu berkenaan. Jadi berhubung masalah ini tidak ada maksud hendak membantah siasatan berkenaan.
Tetapi apa yang dibantah oleh AMK dan disokong oleh orang ramai ialah apabila Ahmad Said mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya beliau didedahkan.
Jikalau Ahmad Said tidak membuat kenyataan yang dilihat cenderong untuk memberi 'mata' kepada pihak lain tindakan SPRM itu tidak akan dipersoalkan, malahan ia akan dipuji. Lembu itu juga tidak menjadi mangsa politik dan terpaksa dibawah lori untuk meziarahi pejabat SPRM Selangor. Namun kerana sikap tidak profesional Ahmad Said itu maka lembu pun ikut sama susah.
Sebelum ini sudah berapa banyak SPRM atau BPR membuat siasatan ke atas orang politik termasuk pemimpin baik pembangkang atau kerajaan. Tetapi kenapa tidak ada bantahan terbuka seperti itu sebelum ini jawabnya kerana SPRM atau BPR menjaga etika mereka. Ketua pengarahnya sebelum ini tidak menampakkan mereka cenderong kepada mana-mana pihak dan masih bersikap adil!
Apa yang berlaku ke atas Ahmad Said ialah kerana kesalahan dirinya sendiri. Kerana sikap tidak profesional dan terdapat unsur bodek dalam kenyataan berkenaan. Maka beliau kena tanggung dan mengambil tanggungjawabnya dan jangan mengheret isu ini kepada pegawai-pegawai SPRM lain yang ikhlas, jujur dan telus. Masih banyak pegawai SPRM yang berkhidmat dengan penuh semangat berpandukan kepada cogankata perkhidmatan suruhanjaya berkenaan.
Sekali lagi bila beliau mengulas mengenai isu anugerah lembu itu dan membuat laporan polis berhubung anugerah lembu itu menggambarkan kedangkalan Ahmad Said sebagai ketua SPRM.
Beliau nampaknya emosi dan tidak dapat menahan diri daripada mengikut rentak gendang yang dipalu oleh budak-budak AMK. Apakah orang seperti itu yang rapuh kesopanan dan menjaga wibawa sebagai ketua kepada sebuah susuhanjaya sepenting itu masih layak untuk berada di tempat itu?
Kalau beliau ada maruah Ahmad Said sepatutnya telah meninggalkan jawatan itu. Anugerah lembu itu cukup memalukan dan menunjukkan betapa tahap profesional beliau mengenadalikana SPRM lebih kurang lembu saja.
Saya percaya selepas ini banyak lagi lembu atau haiwan-hawain lain yang tidak sepatutnya dikirimkan kpada SPRM sebagai menggambarkan hakikat sebenarnya SPRM yang diketuai oleh Ahmad Said itu akan terus dihantar kepada SPRM. [wm.kl. 5:20 pm 01/03/09]
0 comments Labels: msomelayu, SPRM
Pemuda PKR serah SPRM lembu hina kerajaan, satu kesalahan
Ahmad Said: Anggota AMK bertindak emosional
PETALING JAYA: Tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghadiahkan lembu sebagai simbolik berhubung isu siasatan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "merupakan penghinaan kepada kerajaan."
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, menghina kakitangan awam yang menjalankan tugas mereka juga satu kesalahan.
"Ia adalah penghinaan kepada kerajaan. Kita telah buat laporan polis mengenai hal itu dan kini terserah kepada polis.
"Menghina kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka adalah satu kesalahan," kata beliau dalam temu bual dengan Sunday Star dan mStar Online baru-baru ini.
Tambah beliau, anggota AMK menggunakan lembu untuk memperolokkan orang lain.
SPRM tetapkan tempoh setahun selesai setiap aduan
"Itu bukan sesuatu yang baik. Pada saya, itu memperolokkan kami... mereka memperkatakan tentang profesionalisme tetapi mereka sendiri tidak profesional.
"Mereka emosional. Kita baru membuat sedikit penguatkuasaan dan mereka sudah mula berkata macam-macam tentang kita," katanya.
Tambah beliau, sebelum ini apabila SPRM menangkap mereka di kerajaan dan sektor swasta, pihak pembangkang itu tidak pula berkata apa-apa.
Pada Rabu lalu, AMKN menyerahkan seekor anak lembu kepada SPRM sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan Ahmad Said bahawa badan itu mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Khalid berhubung kesalahan salah guna kuasa.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, anak lembu itu adalah sebagai simbol bantahan mereka terhadap SPRM yang dilihat bersungguh-sungguh menyiasat kes Khalid yang didakwa menyalah guna kuasa berhubung penyenggaraan sebuah keretanya dan dalam pembelian 46 ekor lembu korban di kawasan pilihan raya yang diwakilinya.
"Dalam kes MB Selangor yang kita protes hari ini, dalam keadaan kertas siasatan masih berstatus rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah membuat kenyataan mendahului mahkamah untuk memulakan pendakwaan ke atasnya," katanya.
Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said berkata SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mengheret Khalid ke muka pengadilan berhubung dakwaan itu.
Bagaimanapun Ahmad Said mempertahankan kenyataannya itu.
0 comments Labels: mstar online, PKR, rasuah, SPRM
Publisiti murah,kebudak-budakan Pemuda Umno Kedah
Izwan Abdul Halim |izwan@harakah.net.my Sun | Mar 01, 09 | 5:46:15 pm MYT | |
ALOR SETAR, 1 Mac (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan Pemuda Umno menimbulkan isu bahawa Exco Kerajaan Negeri Kedah menghina Tuanku Sultan Kedah tanpa asas yang benar sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat. Beliau berkata demikian ketika diminta pihak media mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada malam sebelumnya. "Kita buat laporanlah pasai apa, pertama sekali kita nampak ini publisiti murahan yang dibuat oleh pemuda Umno. Kalau (pemuda Umno) nak buat laporan pun biarlah ada asas. Kerana saya difahamkan dia dapat satu nota yang kata begitu begini. "Mungkin dia jumpa (nota tersebut) di pasar orang buang, dia ambik, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)? "Ni cakap-cakap seperti ini dia ada 'mala fade', dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tunku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)? "Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!" tegasnya sambil menyindir pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, di sini semalam. Disoal media kemungkinan pihak tersebut mempunyai agenda untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Selambau, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan itu. "Kalau tak ada agenda dia buat untuk apa? Mesti ada agenda. Cari modal lainlah. Dia buat bising-bising macam tu yang untung kerajaan, orang simpati kepada kerajaan. "Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), Kedah saja TV3 layan lagi, tak berapa cerdik, buat rugi masa saja," ujar beliau membidas stesen penyiaran tersebut. Ditanya sama ada pihak istana memanggil beliau mengadap untuk menjelaskan perkara itu, Ustaz Azizan menegaskan bahawa tidak perlu untuk Tuanku Sultan memanggil beliau mengadap kerana beliau sendiri setiap minggu akan menghadap Tuanku Sultan. "Tuanku tak perlu panggil mengadap, saya mengadap Tuanku tiap-tiap minggu. Baru ni saya mengadap Tuanku, saya sembang Tuanku senyum saja. Saya mengadap Tuanku setiap minggu, sebelum mesyuarat Exco. Baru ni saya mengadap Tuanku nak cerita tentang pelantikan Exco 3 Mac ini. "Jadi sembang biasa, Tuanku pun (kata) "biasalah" Tuanku kata. Tuanku pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh, Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga. "Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah, budak-budak. "Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!" tegas beliau menyebabkan sidang medianya itu diliputi gelak ketawa. - mks. _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, kedah, UMNO haprak
Anak Muda Kena Guna ‘Bahasa Undi’ – Pak Samad
Buletin Online Written by Wan Kay |
Saturday, 28 February 2009 12:13 |
Dungun – Rakyat disaran menggunakan ‘bahasa undi’ untuk mengajar pimpinan Melayu yang bakal ‘membunuh’ bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan. Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin. Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya. “Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda. “Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu,” tegasnya. Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini. Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.
|
0 comments Labels: buletin online, tokoh, tolak BN
PAC Perak panggil Zambry, Nizar dan Exco
Malaysiakini |
Feb 28, 09 8:42pm |
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) akan memanggil menteri besar dan bekas menteri besar untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu. Selain Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini. Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir, lapor Bernama. Katanya, PAC yang mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh kelmarin memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan pelantikan tiga penasihat menteri mesar baru dan ketua penerangan kerajaan negeri. Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Canning itu berkata PAC mempersoal pelantikan Datuk Chang Ko Youn sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S Veerasingam (penasihat hal ehwal masyarakat India) dan Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz sebagai penasihat hal ehwal agama serta pelantikan Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai ketua penerangan kerajaan Perak. Beliau berkata pelantikan itu dianggap luar biasa dan membabitkan penggunaan sejumlah wang yang besar kerana ia memerlukan pembayaran gaji atau elaun tertentu yang sememangnya menggunakan wang kerajaan negeri. PAC perlukan penjelasan "Oleh itu, timbul persoalan yang memerlukan penjelasan daripada pihak berkenaan iaitu apakah dasar undang-undang yang diguna dalam pelantikan itu, rasional dan tujuan pelantikan serta emolumen yang dibayar termasuk gaji, elaun dan kemudahan lain yang disediakan," katanya. Wong yang juga Setiausaha Publisiti DAP Perak berkata PAC turut mempersoal manfaat daripada pelantikan itu kerana dua daripada mereka iaitu Chang dan Veerasingam bukan Adun, manakala kelayakan dua wakil rakyat iaitu Mohd Najmuddin dan Hamdi sebagai anggota pentadbiran negeri adalah diragui. "PAC juga akan menuntut penjelasan berhubung kedudukan Zambry dan Mohammad Nizar sebagai menteri besar serta barisan exco masing-masing pada mesyuarat khas itu," katanya. Beliau berkata dalam keadaan krisis politik sekarang PAC perlu mengambil berat dan memastikan barisan exco mana harus dibayar gaji dan elaun serta kemudahan lain seperti yang diperuntukkan undang-undang. Wong berkata jika keadaan memerlukan, PAC juga akan memanggil Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim bagi memberi penjelasan mengenai perkara yang sama. "Notis pemberitahuan berhubung mesyuarat itu akan dikeluarkan Setiausaha PAC yang juga bertindak sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri," katanya. Sementara itu di Kuantan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah masih belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu. Tunggu keputusan mahkamah Beliau yang juga pengerusi Umno Perak berkata sebarang keputusan untuk mengadakan sidang DUN Perak bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung kes terbabit. "Tak boleh (adakan sidang DUN), sebab ada tindakan mahkamah," katanya kepada pemberita di Kuantan semalam sebagai mengulas kenyataan Speaker V.Sivakumar bahawa sidang tergempar DUN Perak akan diadakan pada 3 Mac ini. Ditanya sama ada sidang DUN itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang baru ditubuhkan, Najib berkata: "Apa apa pun kita tunggu keputusan mahkamah dulu, kita kena 'establish' dulu kerajaan Perak dari segi perlembagaan." Pada 13 Februari lalu, Mohd Nizar mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah. Mohd Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu. Walau apapun, Najib berkata yang penting ketika ini ialah kerajaan negeri Perak yang baru ditubuhkan itu memberi perhatian dan tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat. Di Taiping, Zambry berkata tindakan Sivakumar itu bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan peraturan Perintah Tetap persidangan itu. Katanya terdapat peruntukan peraturan yang terkandung dalam Perintah Tetap dewan yang jelas menunjukkan sebarang persidangan yang mahu diadakan di DUN hendaklah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu. 'Cerita karut' "Dia (Speaker) boleh kata dan baca ikut Perintah Tetap (perkara) 8, 11. Cuba dia baca betul-betul dan lihat pula Perintah Tetap (perkara) 36, baca dan sebagainya. Ini tidak, dia ikut suka hati dia saja. "Jadi dia buat peraturan ikut peraturan dia sendiri, suka hati dia apa yang dia nak buat. Dia merasakan bahawa tindakan dia mahu mengatasi Sultan dan sebagainya...ada orang kata 'Singh is King' tapi tak tahulah kalau ada yang kata 'Siva is King'," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi piliharaya kecil Parlimen Bukit Gantang di sini Changkat Jering semalam. Katanya beliau yakin Sivakumar mengetahui tindakannya bertentangan dan tidak mengikut undang-undang serta peraturan yang ada tetapi masih mahu bertindak 'ikut suka hatinya'. Zambry juga menyifatkan tindakan Sivakumar memanggil sidang tergempar itu seperti cerita 'kartun' kerana dalam masa yang sama Sivakumar menggantungnya dan enam Exco kerajaan negeri dan tiga Adun bebas yang didakwa Sivakumar telah meletak jawatan juga tidak akan diberi notis hadir. Ketika ditanya sama ada beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan menghadiri persidangan itu, Zambry berkata: "mereka patut faham bahawa ia tidak mengikut perlembagaan. Paling penting anda tanya mereka, sama ada apa yang dilakukan mereka betul atau salah, anda tanya mereka". Sebelum ini, Sivakumar memberitahu pemberita bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar. |
0 comments Labels: malaysiakini, MB perak
NAJIB RAZAK ...DIKTATOR MALAYSIA
Terkini...beliau bertindak seperti MAHARAJA berkaitan ISU KRISIS POLITIK PERAK
Najib Tun Razak mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.
Dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.
Sekiranya kes ini perlu diselesai dahulu baharu sidang DUN boleh diadakan berarti sampai bilakah sidang akan dapat dilakukan.
Alasan Najib nampak sangat tidak cerdik dan tanpa panduan dari penasihat yang tahu undang-undang.
Kalaulah setahun atau dua tahun kes belum selesai di Mahkamah maksud Najib dengan kenyataan nya itu sidang tidak boleh diadakan.
Sedangkan sidang DUN mesti diadakan paling lewat setiap 6 bulan sekali., Apa akan jadi.
Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang kebetulan naik juga secara tidak sah dari segi undang-undang.
BN telah mengadakan rampasan kuasa pada 6 Februari yang lepas dengan berlakunya Majlis Angkat Sumpah ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Kudeta sedangkan YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat masih tidak terlucut jawatannya.
0 comments Labels: bloggers united, najib razak, pemimpin haprak
Nik Aziz: Bukan Islam boleh guna "Allah", tapi serah pada Pusat.
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penggunaan nama Allah oleh masyarakat bukan Islam, yang kini menjadi kontroversi, dibolehkan.
Bagaimanapun, kata Menteri Besar Kelantan itu, ia terserah kepada Kerajaan Pusat untuk menentukannya.
"Saya tidak mahu campur tangan dalam perkara ini, Kerajaan Pusat yang membuat keputusan, kerana sebelum ini mereka anggap penggunaan God itu Allah, itu salah," kata beliau dipetik Bernama.
Sehubungan itu, tambah beliau, terserah kepada Kerajaan Pusat menentukan tindakan dan berharap ia tidak menimbulkan kebimbangan orang ramai.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa ia telah membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan "Allah" dalam penerbitan agama Kristian berkuat kuasa serta merta.
Sambil mengakui bahawa ada kesilapan dalam menggubal warta itu yang menyebabkan kekeliruan berhubung isu itu, Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, keputusan kerajaan untuk melarang penggunaan perkataan itu dalam penerbitan majalah Herald tetap berkuatkuasa sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut meminta kerajaan menarik balik keputusan itu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.
Sementara itu, Nik Aziz berkata, kejayaan rakyat Kelantan dalam bidang ekonomi adalah kerana semangat setelah kecewa dengan sekatan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini.
Nik Aziz berkata, sikap pemimpin Pusat mempertikai keinginan pelabur ke Kelantan menyebabkan rakyat naik muak dan semangat diguna untuk berusaha sendiri sehingga berjaya.
"Apabila pelabur datang dan bertanya hendak ke Kelantan dia (menteri) akan tanya balik... why Kelantan? (mengapa Kelantan?), why Kelantan?... u know la... (anda tau la)," katanya ketika mengulas kejayaan dalam bidang ekonomi oleh rakyat Kelantan sekarang.
Kata beliau, matlamat utama kerajaan negeri juga mahu melihat rakyatnya memperoleh kekayaan secara halal.
"Bagaimana dia buat, apa yang dia hendak usaha, sama ada depu (gaharu) atau tanam lain, janji dibuat secara halal," katanya.
Bagaiamanapun beliau kesal dengan sikap rakyat yang suka membina rumah besar dan berkereta besar kerana boleh menyebabkan ekonomi tidak berkembang.
"Saya bimbang dengan rumah besar, kereta besar yang sepatut buat lain, bila bina rumah besar duit mati, wang tidak rolling," katanya.
0 comments Labels: mstar online, penjelasan isu, TGNA
'Allah' hanya untuk Islam
Berita Harian
Oleh Hassan Omar
bhnews@bharian.com.my
Syed Hamid Albar |
KDN kuatkuasa larangan sehingga Mahkamah Tinggi buat keputusan
KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian.
Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.
Beliau berkata, perintah itu seolah-olah memberi gambaran kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sedangkan keputusan sudah dibuat melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.
Akhbar semalam melaporkan, Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria yang mewakili Pejabat Peguam Negara berkata, Mahkamah Tinggi diberitahu, penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan khusus untuk agama Kristian adalah dilarang kecuali jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan 'Untuk Agama Kristian.'
Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 itu menyebut: 'percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan solat adalah dilarang, kecuali di kulit muka depan penerbitan itu ditulis 'Untuk Agama Kristian.'
Perintah yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan berkuat kuasa serta-merta itu mendapat bantahan pelbagai pihak.
Pada sidang media di Hotel Sutera Pacific, di sini semalam, Syed Hamid berkata: "Saya mengakui ada kesilapan dalam penggubalannya (perintah berkenaan). Penggubalan itu mengatakan boleh sedangkan ada larangan.
"Pewartaan itu memberi gambaran seolah-olah perkataan itu boleh digunakan sedangkan ia belum dirumuskan dan tidak ada perubahan keputusan yang pernah dibuat sebelum ini. Saya mengambil ketetapan ia perlu diperbetulkan kerana jika tidak, warta itu melahirkan kekeliruan."
"Kita ada perintah awal yang tidak membenarkan penerbitan lain selain agama Islam menggunakan perkataan Allah, Baitullah, Kaabah dan solat. Ini bukan bertujuan menyekat pengamalan mana-mana agama tetapi untuk mengelakkan kekeliruan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihak terbabit perlu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai semakan kehakiman kes berkenaan yang dikemukakan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur.
0 comments Labels: Berita Harian, hina Islam
Dilarang guna Allah
KOTA KINABALU 28 Feb. – Pewartaan kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan kerana terdapat kesilapan pada warta tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perintah yang diwartakan pada 16 Februari 2009 itu juga bertentangan dengan keputusan kerajaan sebelum ini dan ia dibuat sebelum mahkamah memberikan keputusan.
Sehubungan itu katanya, kementerian membatalkan pewartaan tersebut dan memperbetulkan segera kesilapan berkenaan.
“Dalam perkara larangan penggunaan nama Allah itu, kita tidak akan mengatasi keputusan kerajaan yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama lain selain Islam dan kita juga tidak akan mendahului keputusan mahkamah.
“Saya mengaku berlaku kesilapan dalam pewartaan larangan penggunaan nama Allah itu dan kita akan mengambil tindakan untuk membetulkannya,” tegas beliau kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Syed Hamid berkata, kesilapan tersebut berlaku di peringkat ‘penggubalan maksud arahan’.
“Apa yang diberitahu pada saya dan apa yang akhirnya berlaku adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, berlaku kesilapan dan kesilapan itu membawa implikasi yang amat mendalam,” katanya.
Beliau menambah, keputusan kerajaan sangat jelas bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh agama selain daripada Islam.
Ditanya sama ada ruang untuk membetulkan pewartaan itu, Syed Hamid berkata: “Pewartaan itu dibuat oleh saya. Oleh itu saya akan membatalkan pewartaan tersebut”.
Mengenai tindakan seterusnya, beliau berkata, kementerian akan membetulkan kesilapan tersebut dan seterusnya menunggu keputusan mahkamah.
“Kita sudah membuat keputusan sebelum ini tetapi mereka cabar dengan membawa kes itu ke mahkamah. Sebelum mahkamah buat keputusan, kita tidak akan membuat apa-apa keputusan,” katanya.
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.
Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.
Perintah tersebut berbunyi : “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.
Nizam memberitahu demikian semasa sebutan kes semakan kehakiman (undang-undang) oleh Gereja Katholik terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly di hadapan Hakim Lau Bee Lan.
0 comments Labels: hina Islam, utusan
Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar
Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | Feb 28, 09 12:05pm |
Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar. Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai. Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar. Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar. Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya. Menurut ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, 17 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas. Gobind Deo berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka. Gobind persoal tindakan polis Sementara itu, Gobind mempersoalkan tindakan polis yang didakwanya berbeza 'standard' dalam mengawal keadaan. Tiada laporan polis Hasil perbincangan dengan Ketua Polis Daerah Brickfileds, Wan Abdul Bari Wan Khalid, ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran memberitahu kepada penyokong bahawa pihak polis membenarkan 50 orang termasuk ahli keluarga P.Uthayakumar membuat laporan polis. |
0 comments Labels: hindraf, malaysiakini, polis
Menteri Kewangan tak tahu adakah Malaysia boleh elak kemelesetan
Harakahdaily Abdul Aziz Mustafa Sat | Feb 28, 09 | 4:21:57 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop "benar-benar tak tahu" adakah Malaysia boleh mengelak kemelesetan ekonomi dunia sekarang. Apabila ditanya sama ada Malaysia boleh mengelak kemelesetan, Bernama memetik beliau berkata, "saya benar-benar tak tahu kerana terdapat terlalu banyak keadaan tidak menentu sekarang. Enam bulan lalu, kita tidak menjangka dunia akan berada dalam situasi berlarutan seperti sekarang dan kita tidak tahu daripada sekarang, bagaimana keadaan dunia di masa depan." Menurut beliau, terdapat keadaan tidak menentu yang ketara yang kita harus akui dari segi senario luar terutamanya dari segi sedalam mana, sejauhmana dan selama mana kegawatan ekonomi antarabangsa akan berlaku. November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ini. Sebelum itu, beliau berkata Malaysia tidak berada di dalam keadaan krisis kewangan dan tidak sepatutnya diperkatakan berada di dalam keadaan sedemikian. Bagaimanapun, kenyataan Najib itu bertentangan dengan laporan Jabatan Perangkaan yang menunjukkan Malaysia tidak dilindungi dalam suku keempat tahun lalu kerana pertumbuhan ekonomi yang perlahan di semua pasaran utama. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang hanya 0.1 peratus sahaja pada suku keempat 2008 daripada 4.7 peratus pada suku ketiga, yang jelas mencerminkan kesan limpahan keadaan ekonomi global yang kian buruk. Pengurangan aktiviti pelaburan mendorong kepada pertumbuhan negatif pembentukan modal tetap kasar (-10.2 peratus; suku3: 3.1 peratus) di dalam suku keempat. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan ekonomi yang perlahan dijangka mengekang tekanan bekalan dan permintaan ketara di dalam peningkatan harga domestik. Trend itu disahkan oleh perangkaan bagi bulan Januari 2009 di mana inflasi berada pada paras 3.9 peratus, kata BNM. - mks._
|
0 comments Labels: ekonomi, Harakahdaily, pemimpin haprak
97% Kata Sidang Tergempar DUN Perak adalah SAH
sebelum itu,
74% Mahu DUN Perak Dibubar
97% Setuju Tindakan Nizar
96% Menyatakan Kemelut Perak Bakal Jejaskan BN
dan semalam undian di saluran tv yang sama ...
80% Tidak Bersetuju Sidang Tergempar Rumitkan Keadaan
Apa citer ni? nampaknya semua penonton ntv7 memihak pada pembangkang.
Kesimpulannya .. ramai yang dah bertambah bijak untuk tolak BN .....
Patut la BN takut kalau ADUN Perak di bubarkan .. wakakakak !!!
Ishkkk ... apa takut lak .. kan UMNO ramai pendekar ... wakakaka !!!
Prrooooootttt ... !! Pooottt ... Pot ! ....ppppuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut .
0 comments Labels: bloggers united, Perak
Sidang tergempar DUN kusutkan lagi krisis Perak
Malaysiakini |
Feb 27, 09 4:55pm |
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut. Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini. Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN. Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini. Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya. Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut. Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar. Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan. Menurut Bernama, Sivakumar memberitahu media di Ipoh bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan persidang biasa DUN dan bukannya untuk sidang tergempar. Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong, untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua 49 Adun yang dibenarkan hadi bagi menyertai sidang itu. Ditanya sama ada tindakannya memanggil sidang tergempar itu tanpa perkenan Sultan Azlan Shah akan dianggap sebagai tidak menghormati baginda, Sivakumar berkata beliau hanya mengikut Perintah Tetap dewan. Beliau juga enggan mengulas tindakan selanjutnya jika kesemua Adun BN enggan menghadiri sidang tergempar itu atau jika kesemua 10 wakil rakyat yang dilarang itu tetap hadir ke sidang tersebut, lapor agensi berita itu lagi. Sementara itu, exco kanan Perak bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Datuk Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata penasihat undang-undang negeri Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid cuba menghalang notis sidang tergempar itu dikeluarkan. Tambahnya, tindakan sedemikian boleh disifatkan menghina dewan dan boleh dikenakan tindakan oleh DUN tersebut. |
0 comments Labels: malaysiakini, Perak
'Agen Najib tawar RM20 juta untuk lompat'
Harakahdaily Johari Jaffar Sat | Feb 28, 09 | 1:55:27 am MYT | |
IPOH, 28 Feb (Hrkh)- Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh telah mendakwa ditawarkan RM20 juta oleh 'agen-agen' Dato'Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri. Beliau mendakwa setiap hari dihubungi oleh agen Najib dan bertanya berapa bayaran yang beliau mahu sekiranya ia tidak terima RM20 juta itu. Tawaran itu katanya dibuat sebelum Tahun Baru Cina dan mendakwa sekiranya bersetuju beliau dijanjikan dengan jawatan tertentu. "Pada mulanya beliau tidak percaya dengan tawaran itu tetapi setiap hari dihubungi barulah saya dapati ada satu usaha untuk saya bersetuju melompat ke BN,"katanya. Menurut beliau, tawaran ini semakin aggresif mendapati 'agen-agen' menggunakan jiran, kawan dan saudara beliau untuk mempengaruhinya. "Semua kenalan saya memujuk saya agar menerima tawaran itu tetapi saya tidak buat apa apa keputusan, sebaliknya saya rujuk ke pada Dato' seri Ir Mohamad Nizar," katanya. Beliau percaya tawaran tersebut daripada agen-agen Najib yang cuba menjatuhkan Pakatan, dan apabila berlakunya krisis politik di negeri ini yang melibatkan tiga Adun melompat parti, beliau rasa bertanggungjawab untuk melaporkan kepada SPRM. Tindakan ini katanya diambil kerana ia membabitkan masa depan keluarga, anak-anak dan masyarakat. Beliau turut ditawarkan dengan jawatan dan aset-aset tertentu antaranya seperti rumah ,kereta dan sejumlah wang. Apabila ditanya oleh wartawan berapa kali agen-agen tersebut menghubunginya, beliau memberitahu secara purata setiap hari dan tawaran pertama ialah RM 10 juta . "Saya percaya pendekatan yang sama juga ditawarkan kepada Adun Jelapang, Hee Yit, jika bersetuju dengan tawaran itu , saya jadi adun bebas. saya tidak akan setuju dan buat perkara macam itu." Selanjutnya beliau memberitahu sekiranya tawaran itu diterima , wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan bank di luar Negara dengan membawa beliau serta keluarga ke luar negara dengan menaiki "private jet " manakala semua urusan pemergian ke sana tidak akan dicatit atau didokumenkan sama ada masuk atau keluar negara, katanya Apabila ditanya oleh pemberita adakah beliau akan umumkan nama-nama mereka, Keshinder memberitahu akan beritahu pada masa sesuai. Apabila didesak oleh pemberita siapakah agen tersebut, beliau memberitahu antaranya wartawan bebas dan beliau difahamkan wartawan itu ada kepentingan dalam konsisi balak. "Beberapa kali orang itu (agen) kata tawaran tersebut datangya dari Dato' Najib yang akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi. Sekiranya beliau bersetuju agen tersebut akan membawanya bertemu dengan Najib. "Saya beri amaran kepada kumpulan ini jangan memaksa saya, atau saya akan buat laporan."katanya Pendedahan itu dibuat Keshinder Singh di luar pejabat SPRM Negeri Perak, serentak dengan itu beliau membuat laporan tersebut bersama Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari dengan ditemani tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A. Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong).- azm _
|
0 comments Labels: Harakahdaily, lompat parti, najib razak, rasuah
Tol ditangguh, tiada kaitan pilihan raya kecil - PM
HUA HIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya yang sepatutnya berkuatkuasa Ahad ini sehingga akhir tahun ini, tidak ada kena mengena dengan tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Tidak, tidak," kata Perdana Menteri ketika ditanya sama ada ada keputusan yang dibuat kabinet semalam ada kena mengena dengan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang akan diadakan serentak pada 7 April ini serta bagi kerusi DUN Batang Ai di Sarawak, yang tarikh belum ditetapkan.
Abdullah, yang bercakap kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Asean ke-14 di sini, berkata kerajaan sedia menampung bebanan melebihi RM500 juta bagi membayar pampasan kepada pemegangpemegang konsesi semata-mata kerana memahami beban yang perlu ditanggung oleh rakyat dalam keadaan ekonomi yang muram sekarang.
Mengenai cadangan supaya kerajaan mengambil alih syarikat-syarikat konsesi lebuh raya, Perdana Menteri berkata ia perlu dikaji dengan teliti kerana kosnya amat tinggi sedangkan kerajaan juga perlu berbelanja untuk tujuan lain.
"Ini (pampasan) amat memberatkan kerajaan sebenarnya. Sama-samalah kita memahami...apabila kita menghadapi masalah, kita kenalah juga berkorban," katanya.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengumumkan di Kuala Lumpur bahawa kabinet hari ini menangguhkan kenaikan kadar tol itu kerana keadaan ekonomi yang tidak baik sekarang dan bantahan daripada orang ramai.
Berikutan itu, kerajaan perlu membayar pampasan berjumlah RM195 juta kepada PLUS, RM36 juta kepada Sprint, RM27 juta kepada Akleh, RM9 juta kepada Besraya dan RM20 juta kepada NPE untuk tempoh masa 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini, di samping RM245 juta yang telahpun dibayar kepada PLUS, Akleh dan Sprint sebelum ini.
Abdullah berkata beliau telah menghubungi Datuk Seri Najib Tun Razak semalam untuk meminta agar kabinet membincangkan semula perkara itu kerana kenaikan itu "tidak secocok dengan rancangan kerajaan untuk membantu rakyat melalui pakej rangsangan".
"Kita sekarang dalam waktu membantu rakyat dan kenaikan tol nampaknya menimbulkan tentangan yang kuat dan ramai orang tidak bersetuju.
"Ketika perbincangan Kabinet dua minggu lepas, satu cadangan (kenaikan) dibuat pada waktu situasi ekonomi kita tidak seberat yang kita hadapi hari ini...kalau ekonomi kita berat, adalah paling wajar cadangan kenaikan itu dibincang semula," katanya.
Sementara itu, di PUTRAJAYA, Kabinet semalam memutuskan kadar baru tol di lima lebuh raya yang sepatutnya bermula Ahad ini ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkannya.
Beliau berkata kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat atau sehingga akhir tahun ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Mohd Zin pada sidang akhbar di kementeriannya semalam berkata kerajaan akan menangguhkan kadar baru di Lebuhraya UtaraSelatan (PLUS), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sehingga akhir tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata penangguhan kenaikan kadar tol itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar RM500,000 juta, yang terdiri daripada wang pembayar cukai kepada syarikat konsensi kelima-lima lebuh raya itu.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai perkara itu pada sidang akhbar mengenai ekonomi negara di Kementerian Kewangan di sini. BERNAMA
0 comments Labels: mstar online, Pak Lah undur, tol
PM: Kaji semula kenaikan tol
Malaysiakini |
Feb 26, 09 8:54pm |
Perdana menteri meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan mulai 1 Mac ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan kabinet esok yang dipengerusikan oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Bernama dari Pattaya, Thailand. "Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," beliau dipetik berkata di sela-sela program Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean hari ini. Walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuhraya, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang, tambahnya. "Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," katanya lagi. Tambahnya, satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen, 10 Mac ini. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol antara 0.68 sen/km hingga 50 sen melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Menurut Bernama lagi, Abdullah berkata sejak perbincangan dan keputusan menaikkan tol dibuat Kabinet, keadaan ekonomi tidak bertambah baik dan ini mendorong kerajaan mengeluarkan peruntukan bantuan berupa pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan dalam bentuk bajet mini. "Kalau kerajaan sendiri telah mengambil pendekatan ini memandangkan rakyat dalam keadaan kesusahan dan di samping itu ekonomi dapat dirangsangkan, saya fikir perkara ini (kenaikan) boleh dibincangkan semula dalam Kabinet mengambil kira situasi yang ada sekarang ini," kata beliau. Perdana menteri bagaimanapun enggan menyatakan sama ada keputusan kenaikan itu akan ditangguhkan, sebaliknya berkata bahawa ternyata sekali rakyat tidak dapat menerima kenaikan itu berdasarkan laporan yang beliau terima. Sebarang keputusan perlu mengambil kira keadaan sekarang, katanya. |
0 comments Labels: malaysiakini, Pak Lah undur, tol
Kadar tol 5 lebuhraya naik Ahad ini
Malaysiakini |
Feb 26, 09 11:42am |
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini. Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad. Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut: Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar. Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%). Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%). Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam. Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%). Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.
|
0 comments Labels: malaysiakini, tol