Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Apr 2, 09 11:55am |
Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan. Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu. Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut (LIHAT VIDEO). Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang. Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina. Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina." "Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini. "Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina. "Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak. Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka. "Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini. |
Thursday, April 2, 2009
Gadis seksi pancing undi BN?
0 comments Labels: malaysiakini, rosak akhlak, tolak BN
Siti Nurhaliza kunjungi Nik Aziz
Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.
Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.
Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.
Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.
Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.
Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.
“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.
“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.
Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.
“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.
Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.
0 comments Labels: artis, siasahdaily, TGNA
Poster Hari Ini - Seluruh Dunia Memerhatikan Anda!!!
0 comments Labels: Altantuya, marhaen, Media luar, najib razak, poster
adakah esok untuk umno?
Salam Kamunting,
Berkata Ibnu Khaldun, “Apabila sesebuah negara telah mencapai umur tua, ia tidak akan bangkit lagi.”
Kata - kata pemikir besar Islam ini mudah difahami. Tua adalah sakit yang tiada ubatnya. Ia bererti tiada lagi di hadapan selain ajal yang menutup segala harapan. Ia melanda manusia, haiwan, pokok tumbuhan dan semua makhluk tuhan.
Dunia ini pun sudah cukup tua. Ia seperti wanita tua bongkok sebagaimana digambarkan kepada al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam pada malam Isra’ dan Mikraj. Sampai masanya dunia ini akan mati. Kiamat adalah kematian bagi dunia ini sebagaimana disebut bahawa kematian setiap diri adalah kiamat kecil untuknya.
Tua mengakibatkan lemah jasmani, bahkan rohaninya juga. Ia tidak mampu lagi sebagaimana kudrat masa mudanya. Apabila ia lemah, penyakit datang dengan mudah dan susah pula dirawati. Ia akan menarik kematian dengan lebih segera.
Justeru kebangunan sesebuah negara dan keruntuhannya diikat oleh hukum alam ( sunnah Allah ) ini. Ia akan terhenti pada umur tuanya. Jika tiada faktor awal lain melandanya, maka ia akan diasak oleh faktor umurnya. Tiada negara yang berjaya dalam tamadunnya kecuali ia akan berakhir juga dengan sebab ketuaannya.
Ibnu Khaldun semasa menulis dan memutuskan kaedah dan sunnah ini sudah pasti melihat dengan jelas sejarah ketamadunan manusia yang terdahulu. Jika anda membaca dan memahami al Quran, terdapat beberapa lagi faktor atau sunnah tuhan yang menyentuh mengenai kejayaan dan kegagalan tamadun manusia.
Pada menetapkan sunnahNya, Allah menegaskan, ” Dan engkau tidak akan dapati sebarang penukaran lagi terhadap sunnah Allah dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan lagi terhadap sunnah Allah.” ( Fathir:43)
Negara kita selepas merdeka, melalui sistem demokrasi barat, telah diterajui oleh pemerintahan Barisan Nasional yang diketuai UMNO. Kini, ia telah mencapai umur lebih 50 tahun. Jika dikira umur sebuah tamadun, ia masih terlalu muda. Tetapi dalam sistem demokrasi hari ini yang memberi kuasa dan kebebasan kepada rakyat untuk melantik dan menukar parti yang memerintah, maka pemerintahan BN dikira sudah cukup tua.
Ia sudah lemah dan tak bermaya lagi.
Anda boleh melihat di dunia hari ini, dalam tempoh 50 tahun, negara - negara yang mengamalkan demokrasi telah mengalami pertukaran dan perubahan kerajaan lebih daripada sekali. Bermula di Amerika, England, India sehinggalah ke negara - negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Jepun, sesetengah perubahan yang berlaku adalah kerana faktor ketuaan yang mengakibatkan kelemahan dalam pemerintahan.
Kerana itu, pendapat ramai penganalisis politik negara yang melihat faktor UMNO dan BN yang telah mencapai umur tua sebagai petanda kejatuhan UMNO dan kerajaan BN bukanlah suatu telahan yang kosong atau sekadar analisis murahan.
Selepas UMNO dilihat memuncak di zaman Tun Mahathir, kemudian mula lemah di hujung pemerintahannya, ia berusaha untuk bangkit di zaman Pak Lah. Kejutan kebangkitan berlaku. Tetapi ia sekadar untuk beberapa tempoh yang pendek sekali. Ia sekadar panadol penahan sakit. Ia diasak oleh penyakit yang mula berakar di zaman Tun Mahathir. Pak Lah yang gagal sering dilihat dan dijadikan mangsa oleh UMNO dan Tun Mahathir sendiri seolah - olah beliau mampu membaiki dan membina kembali apa yang dulu diruntuhkannya sendiri.
Hari ini, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan UMNO dengan laungan perubahan menyeluruh dalam parti kebangsaan itu, ramai yang memberi harapan untuk kebangkitan UMNO kembali. Setiap presiden baru tuahnya pasti ada.
Untuk mengamati benar atau batilnya harapan itu, anda perlulah dahulu melihat dan memerhatikan benar atau batilnya dakwaan bahawa UMNO memang telah disumpah sunnah ‘tua’.
Saya cuba gariskan beberapa fenomena yang mungkin mencetus jawaban yang mujarab untuk memastikan kebenaran dakwaan bahawa UMNO telah tua dan tiada ubat untuknya lagi. Saya adalah anatara yang beriman dengan dakwaan ini.
1) Saya tiada jawaban untuk mengeluarkan UMNO daripada dimamah faktor yang telah menumbangkan rakan - rakannya daripada kalangan pemerintahan tua negara - negara jiran Malaysia. Satu - satunya negara terdekat yang masih selamat ialah Singapura. Adakah anda melihat UMNO sehebat parti pemerintah negara itu?
2) Saya tiada keyakinan langsung untuk mengatakan Datuk Seri Najib mampu membawa perubahan besar dalam UMNO. Pertama, beliau sendiri dipalit dakwaan buruk yang sukar dibersihkan. Mr dirty menggantikan Mr clean. Bolehkah saya meyakini bahawa pakaian kotor adalah lebih memikat berbanding pakaian bersih?
Kedua, UMNO terlalu memerlukan perubahan besar. Perubahan kecil - kecilan, singgul - singgulan, tempel - tempelan adalah membazirkan masa, wang dan harapan. Jiwa kecil Datuk Seri Najib tidak mungkin melakukan yang besar dalam pelan perubahan canangannya.
3) Rasuah adalah barah yang membunuh. Ia membunuh negara sebagaimana dadah membunuh manusia. Saya melihat pelan membasmi rasuah dalam UMNO lebih teruk daripada pelan membasmi dadah dalam negara. Jika UMNO sendiri membawa virus rasuah, bagaimana ia mampu menyelamatkan negara daripada rasuah?
Bagi saya, UMNO sedang membunuh diri. PAS tidak akan sempat membunuh UMNO.
4) Saya tidak melihat pelapis dalam UMNO yang dikagumi. UMNO meninggalkan generasi lemah yang ditakuti masa depannya. Bapa yang meninggalkan anak - anak yang lemah pasti menyaksikan kematian keturunannya. Pertikaian dan kejayaan kumpulan yang dipalit rasuah dalam sayap pemuda UMNO baru - baru ini adalah menakutkan. Adakah anda mampu menyalahi saya di dalam tidak meletakkan harapan kepada generasi pelapis UMNO?
5) Rakyat telah dihidangkan dengan alternatif pemerintahan baru oleh Pakatan Rakyat. Bahkan, cara hidup tawaran Islam yang terbukti berjaya oleh PAS. Rakyat kini boleh menilai dan membezakan. Penutup mata telah dirungkai dan cahaya di hadapan sudah cukup terang.
Adakah anda boleh memberi keyakinan bahawa Kelantan adalah gagal? Anda perlu tahu bahawa tiada yang lebih berani menghukum kegagalan politik melebihi rakyat Kelantan. Mengapa mereka tidak menghukum PAS di Kelantan?
Lima fenomena yang saya sebutkan di atas cukup untuk menjadi sandaran di dalam menentukan kebenaran bahawa UMNO telah mencapai umur tua yang tidak akan menyaksikan kebangkitan lagi. Anda bolehlah merenung lama. Tiada cela berfikir lama untuk masa depan negara. Itu ibadah yang besar.
Ia adalah sebagaimana kata Maulana Abul Hasan Ali an Nadawi dalam komentarnya terhadap hikmah Ibnu Khaldun di atas, “ Justeru tiada lagi faedah di dalam menghabiskan masa dan tenaga untuk mengislah dan menguatkan negara ‘tua’ itu. Sayugia sekali disediakan satu kumpulan yang mampu melakukan inqilab Islami, lalu membentuk sebuah negara Islam yang baru di atas asas agama dan ilmu yang baru.” ( Rujuk kata pengantar oleh Sayyid Sabiq untuk buku ‘HujjatuLlah al Balighah’ oleh al Imam al Dahlawy )
Mengislah UMNO adalah membuang masa menghabis tenaga. Semoga rakyat tahu. Semoga rakyat berani berubah.
0 comments Labels: bloggers united, minda pemimpin, UMNO haprak
Tersebarlah SMS "Mail Pian selalu pi Danok?"
penarikbeca
Sebagai anak Matang (laknat Allah kepada yang buat kurang ajaq kat masjid kampung aku!) dalam kawasan Bukit Gantang, saya terima SMS seperti berikut:
Awat org2 U**o Bkt Gantang bubuh banner yg tanya "Apa kejadahnya calun kita rajin ke DANOK, Thailand?" Mail Pian selalu pi Danok? Dia pi Danok buat apa?Saya lalu forwardkan mesej itu kepada ramai kawan. Macam-macam jawapan. Antara yang jawab ialah Mat Comot. Dia jawab:
Aku pernah mengajar di Kg Cheh. Sebut nama dia, org belah sana geleng kepalaSaya tak berani nak komen apa-apa. Saya tak kenal pun Ismail Saffian yang menjadi calon Barisan Nasional di Bukit Gantang tu. Saya harap dia selalu pergi Danok kerana nak beli selimut Toto yang murah di Siam tu dan tak buat tak elok.
Hanya saya nak tanya, adakah Mail orang Kampung Cheh? Kalau dia orang Kampung Cheh, besar kemungkinan dia orang Betani. Saya pun orang Betani, sebelah Pak saya. Jangan bagi malu orang Betani kita, Mail!!
Apa pun, saya dengar orang dalam kawasan Bukit Gantang pakat-pakat dok hantar SMS seperti di atas kepada adik-beradik dan kawan-kawan mereka. Semua pakat-pakat dok tanya:
Awat org2 U**o Bkt Gantang bubuh banner yg tanya "Apa kejadahnya calun kita rajin ke DANOK, Thailand?" Mail Pian selalu pi Danok? Dia pi Danok buat apa?Imej di atas ihsan saing kawe, Manjanik. Dia juga ada cerita tentang Mail Pian di samping komen seperti berikut dalam blog kulaan kita, Al-Banjari:
wak,Dalam posting "Bukit Gantang, hantu Altantuya dan 13 Mei," saya terima komen yang membuat dakwaan seperti berikut (yang saya harap tak benar dan Mail boleh menafikannya tanpa sebarang keraguan):
saya sampai di Bkt Gntg melalui tol exit Changkat Jering jam 5.00 pagi pd hari penamaan calon. Saya lihat ada banner "pilih apa calon yang selalu pi DANOK" dan macam2 lagi banner ttg Danok Siam ni. Tapi sudah hilang bila saya menuju pulang tengahari selepas penamaan calon.
Tentu nya ada masalah dalaman Umno dalam memilih calon mrk hingga ada yg sanggup meletakkan banner itu.
koken
Awat macam Zionis? Baca di sini tentang kisah si bangang. Bangganya aku anak Matang.
Hampir 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng.
Perasuah Tegar
* Sepanjang I***** S****** menjawat jawatan Setiausaha MPM, 5 kali Majlis Perbandaran M*nj*ng disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender Majlis Perbandaran M*nj*ng hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.
* Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran M*nj*ng semasa I***** S****** menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng.
* Ketika I***** S****** Menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng, puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan Majlis Perbandaran M*nj*ng beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran M*nj*ng.
"Sexual Harrasment" (Gangguan Seksual)
* Beberapa kakitangan wanita Majlis Perbandaran M*nj*ng seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan "R".
* Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran Majlis Perbandaran M*nj*ng tetapi hanya I***** S****** sahaja yang tahu bagaimana Puan "H" yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.
* Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan "A" yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan "sulit" dengan beliau.
* I***** S****** seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari "sesuatu". boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).
Salahguna Kuasa
* Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua Majlis Perbandaran M*nj*ng kerana menggunakan kenderaan Majlis Perbandaran M*nj*ng untuk parti (UMNO).
* Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi Majlis Perbandaran M*nj*ng di Sitiawan yang didiami I***** diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.
Kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah I***** S****** dalam Siri Ke-2..!
1 comments Labels: bloggers united, PRK, tolak BN
Raja Perlembagaan Dan Parlimen Harapan Sekat Najib?
" Jalan yang akan dihadapi Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 sangat tidak mudah selain harus mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti UMNO, Najib juga harus mampu mengembalikan kestabilan ekonomi dan Politik Malaysia.
Berbagai pro-kontra pun mulai muncul kerana kredibiliti Najib diragukan sebagai Perdana Menteri. Ahli-ahli politik dari perbagai parti menilai Najib tidak layak jadi perdana menteri karena mempunyai track record yang buruk. Selain itu, gaya kempemimpinan Najib diramalkan akan sama dengan pendahulunya, Dr Mahathir Mohamad yang otoriter yang mengekang kebebasan berekspresi dan berkumpul.
"Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir sabtu lalu adalah sangat bersejarah bagi Najib Tun Razak, sebab Najib telah resmi terpilih dan dilantik sebagai Presiden UMNO.
Dengan jabatan pula, Najib secara automatik akan menggantikan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Dan serah terima jabatan ditaksir akan dilakukan pada awal bulan April ini.
Kami memikirkan setelah Najib jadi perdana Menteri hak kebebasann media dan perhimpunan akan disekat, kata ketua Penerangan Parti Keadilan, Tian Chua kepada wartawan Tvone di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pemimpin yang akan mengambil alih ini mempunyai sifat yang keras, dan berciri-ciri diktator dan tidak menghormati hak asasi manusia, tambahnya.
Tidak mustahil penggunaan ISA akan digunakan dengan meluas sebagai alasan pengancam keselamatan dan ekonomi negara.
Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis, Krisis kredibiliti Peminpin.
Menelusuri rentetan fenomena ini, dapat disimpulkan bahawa terminologi perubahan yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak hanya mendokong maksud ke arah pengukuhan kembali kuasa, bukannya pembersihan UMNO daripada najis rasuah.
Keseriusan sindrom “penyakit gila duit” yang melanda UMNO ini turut digambarkan melalui bekas Presiden UMNO itu sendiri, Tun Mahathir Mohamad menerusi blog peribadi beliau - chedet.cc, dan mantan Pedana menteri ini juga mengenakan syarat untuk menyertai UMNO semula. UMNO dikatakan telah mengundang kejelekan dan kemuakan yang melampau daripada rakyat ekoran gejala ini.
Tambah parah, terdapat ketempangan daripada kes Ketua Menteri Melaka.Kita lihat Ali Rustam dikenakan tindakan disiplin yang menyebabkan beliau digugurkan kelayakan untuk bertanding tetapi tidak digantung keahliannya.Beliau dilaporkan turut melakukan perbuatan membeli undi melalui agen beliau. Namun menggugurkan hak bertanding tidak disertai dengan pergantungan sebagai ahli dan tidak pula di caj ke mahkamah. Berbeza pula dengan kes Datuk Norza yang fakta kesnya adalah serupa.
Konklusinya, walau apapun gendang perubahan yang dicanangkan, UMNO tetap UMNO. Bobrok tetap bobrok. Serong terus melencong. Bengkak kian bernanah. UMNO ibarat pesakit kanser yang menanti masa untuk mati dan situasi ini natijahnya, bakal mengundang peneraju Umno Najib Tun Razak melakukan apa sahaja yang perlu demi UMNO, agar ia terus berkuasa.
Oleh yang demikian situasi ini akan mengakibatkan negara dipimpin
oleh seorang yang diragui ahlak dan tindakannya.
Apakah tindakan setiap parti politik atau NGO mahu pun rakyat dalam menangani isu ini.
Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan dan kredibiliti kepimpinan. Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.
Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu. Sebagai contoh. kredibiliti peminpin yang akan menubuhkan kerajaan.
Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda. Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang Di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet. Ini boleh berlaku selepas pilihanraya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.
Perletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya perletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977. Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu perletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu perletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan. Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Apa peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa. Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.
Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang Di-Pertuan Agong memecat perdana menteri dalam situasi sedemikian. Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang Di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.
Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri. Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihanraya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.
Yang Di-Pertuan Agong, boleh mengambil tindakan terhasil daripada pembacaan literal Artikel 43(4) bersama dengan Artikel 40(2)(a). oleh kerana terdapat unsur-unsur tidak demokratik dalam menghalang tercapainya, maka mungkin cara ini lebih praktikal. Ia juga boleh menghalang kerajaan daripada terus menerus menyekat perubahan. Tetapi cara ini amat bergantung kepada kemahuan Yang Di-Pertuan Agong untuk memainkan peranan yang lebih proaktif.
Mungkin wajar disebut di sini bahawa terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita. Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan. Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?
Apakah Tuanku akan menperkenankan Perdana Menteri yang baru ini.? Ini adalah situasi terbaru yang rakyat semua ternanti-nantikan.
0 comments Labels: Agong, bloggers united, najib razak, perlembagaan
Najib iringi Abdullah menghadap Agong hari ini, angkat sumpah esok
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.
"Esok Perdana Menteri jemput saya untuk mengiringi beliau menghadap Agong.
"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Tamil di sini semalam.
Abdullah akan menghadap Tuanku Mizan bagi memohon perkenan berhubung isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib sebelum ini.
Upacara angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri keenam dijangka berlangsung esok di Balai Rong Seri, Istana Negara.
Difahamkan istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah menyimpan rahsia Najib akan diadakan pada pukul 10 pagi.
Ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya nanti sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah, Najib berkata pelantikan tersebut merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin.
"Saya amat isnaf bahawa ini satu tanggungjawab yang amat berat yang akan saya pikul.
"Saya rasa satu penghormatan yang amat besar, tapi lebih penting dari itu saya membawa perasaan keinsafan yang mendalam dan tawaduk bahawasannya ini bukan status atau pangkat tapi soal tanggungjawab...harapan rakyat kepada saya dan kerajaan amat besar," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan membawa senarai anggota Kabinet yang baru ketika menghadap Agong esok, Najib berkata: "Tidak...tidak...bukan esok."
Dalam pada itu Najib turut enggan mengulas mengenai laporan dan ramalan beberapa penganalisis politik yang mengatakan bahawa barisan Kabinet baru akan dikecilkan.
"Boleh kita tunggu masa yang lebih sesuai? Saya tidak mahu bercakap mengenainya sekarang...saya tidak buat apa-apa keputusan lagi mengenainya," katanya.
Najib turut ditanya sama ada beliau akan membariskan barisan anggota Kabinet di kalangan pemimpin Umno yang sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin berhubung politik wang, beliau berkata perkara tersebut masih terlalu awal untuk diputuskan.
"Ini peringkat siasatan, kita tak tahu lagi apa hasil siasatan dan ia bergantung kepada dapatan Lembaga Disiplin.
"Saya tak dapat andaikan apa-apa, tentu ada banyak khabar angin...tapi kita tidak boleh buat kesimpulan berdasarkan khabar angin.
"Saya serah kepada Lembaga Disiplin, mereka akan buat tindakan yang difikirkan wajar," katanya.
0 comments Labels: Agong, mstar online, najib razak, pemimpin haprak
Pak Lah - 5 tahun 5 bulan penuh cabaran.
Berakhirnya bulan Mac 2009 menyaksikan detik peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepanjang tempoh pemerintahan Abdullah dari 31 Oktober 2003 sehingga 2 April 2009, apakah kenangan manis dan pahit yang dilalui oleh beliau yang lebih popular dipanggil Pak Lah? Ikuti laporan ini.
SEBAGAI Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakar jejak sejarah tersendiri sepanjang tempoh lima tahun, lima bulan dan tiga hari memimpin negara. Meniti kehidupan berpolitik beliau yang penuh ranjau, onak dan duri termasuk meratapi detik kehilangan isteri kesayangan, Datin Seri Endon Mahmood pada 20 Oktober 2005, era kegemilangan dan kegoyahan Abdullah telah tertulis dalam takdir hidupnya sebagai Perdana Menteri.
Sejak menyandang jawatan No. 1 negara pada 31 Oktober 2003, Abdullah atau Pak Lah telah menyaksikan dan melaksanakan pelbagai misi dan polisi yang mencorakkan sebuah negara yang berdaya saing. Beliau yang sering kali disifatkan sebagai seorang yang berwatak sederhana dan berjiwa rakyat pernah menegaskan dalam ucapan sulungnya pada 3 November 2003. Katanya dalam ucapan itu: "Segala dasar yang dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia keempat akan diteruskan. Tidak satu pun akan dibuang atau diubah."
Katanya, Wawasan 2020 akan terus menjadi inspirasi memacu pembangunan secara komprehensif bagi mencapai tahap negara maju.
Biarpun visi Wawasan 2020 masih lagi jauh di kaki langit, beberapa tindakan dan keputusan yang diambil Pak Lah didapati tidak selari dengan komitmennya kepada dasar Dr. Mahathir.
Namun begitu, tidak adil sekiranya Abdullah dipersalahkan sepenuhnya terhadap segala rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh pemerintahannya. Perubahan dasar ekonomi negara, kekalutan politik dan keperluan untuk membawa perubahan semasa bagi manfaat penduduk sedikit sebanyak mempengaruhi era pemerintahannya.
Ia tidak dapat dielakkan kerana politik dan pemerintahan adalah dinamik sifatnya dan Pak Lah ialah seorang yang pragmatik.
Kenangan manis
Bagaimanapun, Abdullah mempunyai kenangan yang paling manis dalam tempoh lima tahun lalu. Kenangan itu ialah kemenangan terbesar Barisan Nasional yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004. Dilabelkan sebagai kemenangan 'durian runtuh', komponen parti pimpinannya, Barisan Nasional (BN), berjaya memperoleh 198 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi yang dipertandingkan.
Malah, di bawah kuasa politik Abdullah juga, negeri Terengganu yang jatuh ke tangan kerajaan pimpinan parti pembangkang Pas pada pilihan raya ke-10 pada tahun 1999, berjaya dikembalikan semula kepada kerajaan negeri pimpinan UMNO. Begitu juga di Kelantan. Walaupun gagal membentuk kerajaan negeri, namun kejayaan tipis parti pembangkang dalam pilihan raya itu memberi tamparan hebat kepada Pas Kelantan.
Di bawah pimpinan Abdullah, sektor pertanian yang sekian lama dilupakan mula diberi perhatian serius. Sebagai seorang anak kampung, Abdullah menyedari sektor itu perlu menerima suntikan baru memandangkan Malaysia mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk menggerakkan pertanian moden yang bernilai komersial.
Justeru, pada tahun 2005, Abdullah meluluskan rangka pelan tindakan tahun 2006 untuk industri kecil dan sederhana (IKS). Pelan itu mengandungi peruntukan sebanyak RM3.2 bilion bagi melaksanakan program-program meningkatkan keupayaan pengusaha IKS. Mengikut statistik, sebanyak 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada pengusaha IKS yang menyumbang 38 peratus kepada pembangunan ekonomi negara. Pastinya ini juga akan menjadi kenangan berharga buat Abdullah kerana di bawah pimpinannya, sektor pertanian mula bangkit menjana ekonomi negara.
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun di dunia, masalah rasuah tetap wujud dan lebih menakutkan apabila Malaysia disenaraikan di tangga ke-37 daripada 133 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah Ketelusan Antarabangsa pada tahun 2003. Sebaik sahaja memegang tampuk kuasa, Abdullah berusaha membanteras rasuah dan hasilnya, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM17 juta untuk menubuhkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia. Akademi yang pertama di rantau ini beroperasi selama kira-kira tiga tahun sebelum dilancarkan secara rasmi pada 12 April 2007. Buah tangan Abdullah ini diharap dapat meningkatkan kepakaran dan kemahiran rakyat Malaysia dalam bidang penyiasatan rasuah.
Azam Perdana Menteri untuk memerangi rasuah secara lebih efektif dan penuh komitmen yang jitu dibuktikan lagi melalui penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Januari lalu. SPRM beroperasi bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang berusia 41 tahun. Selain itu, Abdullah turut memperkasa pasukan polis dengan menubuhkan suruhanjaya membaik pulih imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Isu transparensi dan kebebasan badan kehakiman negara menerima sesuatu yang tidak disangka di bawah pemerintahan Abdullah. Beliau menambah baik sistem pelantikan hakim-hakim. Salah satu pendekatan terbesar yang diambilnya adalah membayar ex-gratia kepada enam bekas hakim yang dipecat daripada jawatan kira-kira 20 tahun lalu kerana terlibat dalam krisis badan kehakiman. Mungkin bagi sesetengah orang, pendekatan itu tidak perlu tetapi ia hakikatnya membuktikan bahawa Pak Lah berusaha memulihkan imej badan kehakiman negara yang terjejas ekoran daripada beberapa peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut.
Apa yang pasti, pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sedikit sebanyak mengukuhkan kedudukan Abdullah yang dipuji kerana tidak mengawal dan mengongkong badan kehakiman. Anwar dibebaskan pada 2 September 2004 setelah Mahkamah Persekutuan yang menimbang rayuannya, membatalkan sabitan dan hukuman berhubung kes liwat. Anwar bagaimanapun kemudian menjadi seteru politik Abdullah sebelum kembali ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008.
Kenangan pahit
Tentu sahaja kekalahan teruk kerajaan pimpinan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 sehingga kehilangan empat negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) menjadi kenangan paling pahit dalam sejarah pimpinan Abdullah.
Natijah daripada kekalahan itu, kredibiliti Abdullah sebagai pemimpin No 1. negara mula dipersoalkan. Antara tamparan hebat yang terpaksa ditelannya adalah munculnya suara-suara yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinannya yang dikatakan tidak tegas dan mengikut telunjuk pihak tertentu.
Tuduhan yang diterima itu merupakan cabaran terhebat dalam kerjaya politik Abdullah. Pelbagai tuduhan tidak berasas terpaksa dihadapinya.
Abdullah merupakan seorang yang percaya kepada tradisi politik. Seperti juga Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau daripada Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan Dr. Mahathir, Pak Lah akhirnya mencontohi bekas pemimpin sebelumnya itu untuk menyediakan negara suatu peralihan kuasa yang licin.
Beliau memilih untuk melepaskan kuasa sebagai Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan anak sulung kepada mentornya dalam politik, iaitu Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri kedua.
0 comments Labels: kosmo, Pak Lah undur
Teruknya umno di Bukit Gantang
0 comments Labels: bloggers united, PRK, UMNO haprak
Awat tak bagi sebut Altantuya? Adakah takut kerana salah?
Antara syarat tersebut ialah:
1. Penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh institusi raja.
2. Tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan.
3. Kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak pengtanjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan
Tak ada pula larangan menyebut isu-isu tersebut di kedai kopi, di kedai mee udang, di warung cendoi, sambil makan kue tiau, atas bas, atas teksi, atas van, atas jalan dan tepi jalan. Maknanya boleh sebutlah. Lagi pun bukan berceramah, sebut sahaja.
Nak buat apa sebut nama Altantuya? Yang kita nak sebut sangat nama Datuk Seri Najib Tun Razak. Tanya dia mengapa dia diam meloko bila Gobind Sing Deo tuduh dia pembunuh dalam Dewan Rakyat? Mengapa dia malukan ahli-ahli Umno dengan tindakannya itu? Kalau kita la, kita tak akan duduk diam dan lawan berjabu kalau orang tuduh kita pembunuh jika kita tidak pernah terlibat melakukan pembunuh, sama ada bersyubhat atau mengarahkannya.
Task payah sebut nama Altantuya. Tanya Najib kenapa dia takut sangat nak saman akhbar Liberation yang membuat pelbagai tuduhan terhadapnya. Bukan sahaja akhbar Liberation, banyak lagi akhbar seperti yang disiarkan di sini, di sini, di sini dan di sini.
Kenapa Najib meloko bila Gobind tuduh macam tu? Kenapa tak saman media-media yang tulis memburukkan dirinya? Orang tua-tua kata, berani kerana benar, takut kerana salah.
Kenapa hanya berani haramkan orang sebut itu ini? Kenapa hanya berani peralatkan polis untuk bertindak menggunakan kekerasan? Apa pasal berdebat dengan Gobind tak berani? Apa pasal tak berani saman media-media tersebut? Apa pasal tak berani izinkan perdebatan semasa nak gantung Gobind dari menghadiri Dewan Rakyat? Apa pasal tak berani?
Tak payah persoal keputusan yang dibuat oleh raja. Cukuplah bercerita tentang peruntukan perlembagaan sahaja. Cukup bercerita tentang perbuatan melanggar undang sahaja.
Sebut sahaja apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata: "Anda tidak boleh menjatuhkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain" (video di sini).
Beliau juga berkata, Barisan Nasional (BN) sepatutnya melakukannya dengan cara yang wajar dan bukan bertindak bertentangan dengan undang-undang atau melanggar undang-undang.
Ia dengan sendirinya bermakna tindakan menggulingkan Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak dilakukan dengan cara yang wajar dan bertentangan dengan undang-undang. Kalau tindakan menggulingkan Nizar tidak dibuat dengan cara yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang, sudah tentulah orang yang mengambilalih jawatan Nizar sebagai Menteri Besar melakukannya dengan cara yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang. Tak payah sebut nama raja. Nak buat apa. Tak perlu pun.
Tak boleh sentuh isu keagamaan? Adakah termasuk larangan kepada usaha untuk menerangkan firman Allah yang bermaksud "berpeganglah kamu kepada tali Allah"? Kalau itu pun tak boleh, tak tau nak kata la. Saya tak nak la kata lebih jahat dari syaitan.
Amaran juga diberi bahawa polis akan mengambil tindakan jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon. Tindakan apa? Guna kekerasan? Keganasan? "Allahumal'anil jibta wat-taghut!"
0 comments Labels: Altantuya, Detik daily, PRK