+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Bung Moktar, Zizie Mengaku Berpoligami Tanpa Izin

Mstar Online

Bung Moktar dan Zizie Izette ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. - Foto Utusan

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin mahkamah.

Bung Moktar, 51, dituduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan Zizie, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Zizie juga dituduh berkahwin dengan Bung Moktar tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di alamat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, Zizie didakwa bersubahat dalam kes Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran mahkamah manakala Bung Moktar dituduh bersubahat dengan pasangannya berkahwin tanpa kebenaran.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudiannya melepaskan pasangan itu dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong yang mewakili pasangan itu mengemukakan rayuan bertulis.

Sementara itu di mahkamah yang sama, dua abang dan adik Zizie Izette serta dua yang lain mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam kes berpoligami itu.

Ahmad Shahazmi Abdul Samad, 48, Samzy Fuzette Abdul Samad, 34, Shaheizy Sam Abdul Samad, 27, dan dua rakan anggota Parlimen Kinabatangan itu, Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Ahmad Shahazmi turut menghadapi pertuduhan lain iaitu mengakadnikahkan adiknya, Zizie dengan Bung Moktar tanpa mendapat kebenaran berkahwin daripada pendaftar nikah daerah Gombak Timur.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 40 (1) (a) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 yang boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, kedua-dua adiknya, Samzy dan Shaheizy didakwa mengambil bahagian sebagai saksi dalam pernikahan Zizie dan Bung Moktar tanpa kebenaran pendaftar.

Kesemua mereka yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu dilepaskan dengan bon jaminan lisan RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Hakim Mahyuddin turut menetapkan 18 Mei depan bagi Peguam Amli Embong mengemukakan rayuan bertulis.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syariah Bahagian Selangor Shafezan Rusli dan Zusyarafain Yusof.

Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi akhirnya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.

Pada 21 Disember lalu, Bung dan Zizie, 31, akhirnya mengakui bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan lokasi pernikahan tersebut berlangsung.

Bung yang ketika itu berada di luar negara telah menjawab melalui kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahawa beliau telah menikahi Zizie.

"Jika Datuk (Bung) kata benar, maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin," kata Zizie ketika mengulas mengenai pengakuan suaminya itu.

Ketika ditanya oleh mStar Online dan The Star Zizie memberitahu, jika benar sekalipun mereka berkahwin, mereka tidak bersalah di sisi Allah walaupun mungkin bersalah pada sisi undang-undang dan peraturan buatan manusia.

Beberapa minggu kemudian, gambar Bung dan Zizie yang baru pulang dari luar negara berjaya dirakam media sebaik keluar dari Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Read More...

Tuesday, June 2, 2009

Akhil: "Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV"

Mstar Online

Maizawati ketika hadir di Mahkamah Syariah Ipoh pagi tadi untuk menghadiri kes tuntutan cerai yang difailkan tempoh hari terhadap suaminya, penyanyi/pendakwah Akhil Hayy.(Foto The Star oleh Zabidi Tusin)

IPOH: Kemuncak ketegangan rumahtangga pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai sampai ke penghujungnya hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh jam 10.25 pagi.

Kes menuntut 'kebenaran cerai' yang dikemukakan oleh isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33 telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Mohd Ridhuan Yusof.

Maizawati diwakili dua peguam Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong sementara Akhil pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Maizawati membawa anak-anaknya ke mahkamah pagi tadi

Perbicaraan di dalam kamar itu sepatutnya didengar pada jam 10 pagi tetapi tertangguh selama 25 minit kerana menantikan kemunculan Akhil yang akhirnya hadir bersama dua sahabat yang bertindak seperti 'pengawal peribadi'nya.

Hubungan kedua suami isteri ini kelihatan agak dingin apabila masing-masing tidak bertegur sapa dan bertanya khabar.

"Kehilangan' Akhil selama 3 bulan dari rumah mereka juga tidak menampakkan apa-apa reaksi.

Maizawati membuat tuntutan cerai setelah suaminya Akhil Hayy tidak pulang ke rumah selama 3 bulan

Namun, sebagai seorang ayah, Akhil sempat melempiaskan rasa rindunya kepada anak bongsu mereka, Muhd Shatiri Hidayatullah berusia 2 tahun.

Maizawati, yang hadir bersama lima orang anak mereka, kelihatan agak tenang.

Kes yang berjalan lancar terpaksa ditangguhkan hingga 11 pagi dan bersambung selepas itu.

Walaubagaimanapun, disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai.

Akhil kelihatan agak serius dan tidak begitu mesra. Setelah dikejar oleh beberapa wartawan akhirnya beliau akur untuk menjawab soalan yang diajukan.

Kelibat pendakwah dan penyanyi Akhil Hayy sememang dinanti-nanti oleh wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pagi tadi

"Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf. Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini," kata Akhil.

Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."

Akhil Hayy tersenyum riang ketika sampai di mahkamah pagi tadi

Beliau juga berkata, ramai sahabat handai datang memberi nasihat dan sokongan moral kepadanya.

"Biarlah saya berbincang secara makruf. Saya tidak mahu membesarkan cerita ini," kata anak kepada pendakwah terkenal ini.

Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat dua minggu lepas apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda kini apabila Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah. Maizawati berkata, dia hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media dan mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Apa pun, yang pasti pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza telah menyebabkan kredibiliti suaminya sebagai pendakwah terjejas teruk.

Ini diakui sendiri oleh Akhil, apabila beliau dengan nada rendah diri berkata, "Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas," kata Akhil.

Ditanya samada beliau akan teruskan niat melepaskan Maizawati, Akhil berkata, "Saya akan cuba buat keputusan yang terbaik."

Maizawati telah membuat pendedahan tentang hubungan cinta suaminya, penyanyi Akhil Hayy dan Waheeda di stesen TV

Namun, pendirian Maizawati terhadap tuntutan cerainya jelas goyah.

Dia bagaikan bingung samada ingin meneruskan niatnya untuk membuat tuntutan cerai.

"Apa-apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan yang nasihat jangan bercerai. Kata mereka kalau saya minta cerai, saya akan kelihatan seperti tewas..."

Bagaimana perasaan apabila ketemu semula suami selepas 3 bulan?

"No komen," kata Maizawati sambil tersenyum.

Beliau juga berkata dia tidak ada masalah untuk bersemuka dengan Akhil.

Harapan pada kes tuntutan cerai pada kes ini?

"Tak boleh bagi penjelasan lagi...," kata Maizawati.

Walaupun hakim memberi peringatan "Jangan sensasikan kes Akhil-Maizawati dan buat laporan untuk berita saja" - kenyataannya kisah rumahtangga personaliti seperti pendakwah terkenal Akhil Hayy dan dikaitkan pula dengan penyanyi Waheeda akan selalu menjadi berita panas yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka.

Read More...

Monday, April 13, 2009

Nabil tak menyesal peluk Irma spontan

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Nabil akui memeluk Irma secara spontan kerana terlalu gembira sebaik memenangi gelaran utama ABP tahun ini

AKSI spontan Bintang Paling Popular 2008, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil yang memeluk kekasihnya, Irma Hasmie sebaik diumumkan sebagai pemenang utama Anugerah Bintang Popular kali ini cukup mengejutkan banyak pihak.

Ramai yang tidak menyangka Raja Lawak musim kedua itu berani berbuat demikian di hadapan ribuan penonton yang turut boleh disaksikan secara langsung di kaca televisyen menerusi TV3.

Nabil yang turut berjaya dua kemenangan iaitu anugerah Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular bagaimanapun membuat penjelasan tentang hal itu yang mana Irma sendiri sebenarnya turut terkejut dengan tindakan Nabil.

“Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira.

"Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang,” kata Nabil selepas majlis tersebut berakhir.

Nabil bagaimanapun sedar perlakuannya itu pasti akan menimbulkan satu kontroversi.“Saya minta maaf kalau apa yang orang nampak itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah.

Irma turut meluahkan perasaan terkejutnya kerana tidak menyangka Nabil akan memeluknya

“Selepas ini, saya tidak akan buat lagi, sehinggalah dia menjadi isteri saya,” ujar Nabil yang merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi.

Seperti yang disaksikan oleh jutaan penonton, Nabil turut mengaku yang itu merupakan pertama kali dia memeluk Irma.

“Orang pernah cakap meluat tengok saya peluk Irma kat Shopping Complex tetapi saya tak pernah buat pun.

“Saya hanya pernah pegang tangan dan bahunya,” akui Nabil.

Sementara itu, Irma turut meluahkan perasaan terkejutnya kerana tidak menyangka Nabil akan memeluknya.

“Namun, Nabil sudah minta maaf dengan saya kerana tidak sengaja. Lagipun, dia terkesima dan terlalu ‘excited’,” luah Irma yang bergaya anggun dengan pakaian berwarna merah rekaan Betty.

Nabil pula mengenakan sut berwarna sedondon dengan Irma rekaan Michael Shu.

Dengan kemenangan sebagai Bintang Paling Popular 2008, Nabil berjaya membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 berupa kereta Nissan Sylphy 2.0 C berharga RM109,000, barang kemas Rafflesia (RM150,000) dan perabot Empayar Classic (RM30,000).

Nabil berkata dia bercadang hendak menggunakan kereta yang diterimanya itu.

Jejaka berasal dari Mambau, Negeri Sembilan ini juga tidak menjangkakan yang dia akan menang besar dalam anugerah berprestij itu.

“Saya langsung tak ‘expect’ akan menang kerana ingatkan Mawi yang menang. Saya memang relaks ‘gila’. Jangkaan saya memang rendah dan orang akan ‘vote’ saya untuk menang.

“Saya bajet Saiful Apek akan menang anugerah Artis Komedi Lelaki Popular. Saya hanya ‘target’ mungkin menang anugerah Artis Baru Lelaki Popular. Kalau saya tak menang pun, mungkin Riz, Nubhan atau Fizow Omar kerana mereka lebih kacak dari saya,” ujarnya dalam nada gembira.

Ditanya perasaanya apabila dia telah menewaskan Saiful Apek yang sebelum ini mengungguli gelaran Artis Komedi Lelaki Popular selama enam tahun berturut-turut, Nabil menjawab:

“Saya tidak tewaskan dia tetapi Apek dapat pelapis untuk teruskan bakat dalam industri kerana dia seperti abang saya.

“Begitu juga dengan orang sekeliling saya yang tercalon iaitu Afdlin Shauki, Zizan yang sama-sama berkawan dengan saya. Saya baru lagi dan mereka banyak membantu saya.

"Jadi, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat.”

Ironinya, Nabil masih lagi sama seperti Nabil yang dulu dan dia berjanji akan mengekalkan identitinya yang selamba itu.

“Saya bersyukur dan tahu orang ramai telah menyokong saya. Jadi, saya perlu memberikan yang terbaik setelah mereka memberikan peluang untuk saya berdiri di atas pentas itu. “Saya tidak akan lupa diri dan di luar saya masih selamba,” janji Nabil yang turut mengaku masih memakai pakaian ‘bundle’.

Read More...

Nabil Bintang Paling Popular 2008

Utusan Online


RAJA Lawak musim kedua, Nabil bersama trofi Anugerah Bintang Paling Popular 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands, malam tadi. Nabil turut memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular manakaka Raja Pop, Jamal Abdillah (gambar kecil) pula meraih Anugerah Pencapaian Seumur Hidup. - Gambar UTUSAN/MOHD NOOR AMIN


GENTING HIGHLANDS 12 April - Seperti yang diramal, gelaran Bintang Paling Popular menjadi milik juara Raja Lawak musim kedua, Nabil dalam Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP2008) di Arena of Stars di sini malam ini.

Dia yang mendapat 127,524 undi untuk kategori itu, membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 termasuk sebuah kereta Nissan Sylphy 2.0L (A) berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. selain barang kemas dan pakej penginapan.

Anak kelahiran Negeri Sembilan itu juga menjadi artis komedi kedua yang memenangi kategori tersebut selepas Saiful Apek dinobatkan gelaran sama pada tahun 2003.

Bukan itu saja, Nabil turut memenangi dua kategori lain iaitu Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular dengan menewaskan nama-nama besar seperti Afdlin Shauki, AC Mizal dan Saiful.

Kejayaan Nabil menggenggam gelaran itu ternyata membenamkan impian penyanyi Mawi untuk mempertahankan gelaran tersebut bagi tahun keempat berturut-turut.

Pun begitu, Mawi, juara Akademi Fantasia 4, berjaya mempertahankan kemenangan bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular untuk kali keempat berturut-turut.

Datuk Siti Nurhaliza pula membuktikan keunggulannya sebagai penyanyi nombor satu negara apabila dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular bagi tahun ke-12 berturut-turut.

Dalam kategori itu, Siti berdepan saingan yang cukup sengit daripada penyanyi baru seperti Elyana, Jaclyn Victor, Mila dan Stacy.

Band indie yang semakin popular, Meet Uncle Hussain (MUH) pula membawa pulang gelaran Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular sekali gus membenamkan impian saingan terdekat, Hujan.

Sementara itu, Fara Fauzana berjaya mempertahankan gelaran Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular untuk dua tahun berturut-turut.

Rakan setugasnya, Faizal Ismail juga mengekalkan kejuaraan buat tahun kedua menerusi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular.

Pemenang lain ialah Aznil Nawawi iaitu kategori Pengacara TV Lelaki Popular, Noorhiriah (Artis Komedi Wanita Popular) dan Rabbani (Penyanyi/Artis Nasyid Popular).

Juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy pula dipilih Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon Filem Lelaki dan Wanita Popular masing-masing dimenangi Que Haidar dan Maya Karin manakala Rosyam Nor dan Dynas pula membawa pulang gelaran Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular.

ABP2008 turut menyaksikan Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup atas sumbangannya dalam bidang seni.

Read More...

Thursday, April 2, 2009

Siti Nurhaliza kunjungi Nik Aziz

Siasahdaily

Salmah Mat Husain
Foto: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 2 April: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.

Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.

Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

Read More...

Saturday, December 27, 2008

Mawi-Ekin akan diarak dengan helikopter

Mstar Online

MAJLIS perkahwinan penyanyi popular Mawi dan Ekin sememangnya ditunggu bukan hanya oleh pihak media malah sangat dinantikan oleh ribuan peminatnya di negara ini.

Biarpun pasangan pengantin popular ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, seminggu yang lalu, namun kemeriahan upacara persandingan dan resepsi yang gilang-gemilang bagi meraikan pasangan pengantin baru ini giat berlangsung.

Terdekat, Mawi dan Ekin akan disandingkan buat kali kedua di kampung kelahiran Mawi di Felda Taib Andak, Kulai, pada Ahad ini.

Mawi dan Ekin ketika di majlis sidang media Ambank group mempersembahkan Ambang 2009 KL. -foto The Star oleh AZMAN GHANI

Majlis perkahwinan tersebut berjaya mencuri perhatian peminat dan media massa di seluruh negara.

Pada 28 Disember ini, bakal berlangsung majlis resepsi pihak pengantin lelaki, yang akan diadakan di Padang Awam, Felda Taib Andak akan menampilkan tema adat orang Jawa.

Dijangka 15,000 peminat juara Akademi Fantasia musim ke-3 ini akan membanjiri upacara persandingan tersebut yang sememangnya dikahskan untuk peminat-peminat beliau.

Lebih istimewa, satu konsert khas yang dinamakan Gempak Rewang turut diadakan pada 27 Disember ini, bermula pada jam 8 malam.

Bintang-bintang Akademi Fantasia, dijangka membuat persembahan pada konsert tersebut dan Mawi juga dijadualkan akan turut serta membuat persembahan sebagai tanda terima kasihnya kepada peminat-peminat setia yang telah banyak memberi sokongan kepadanya serta menghiburkan orang kampung di felda tersebut.

Istimewa untuk peminat-peminat selebriti yang tidak dapat hadir pada majlis persandingan Mawi dan Ekin, usah risau, Astro akan menyiarkan liputan khas secara eksklusif perjalanan majlis perkahwinan penuh gemilang pasangan merpati dua sejoli ini.

Bagi majlis pernikahan yang dilangsungkan di Johor Bahru minggu lalu itu, ia akan diulang tayang sekali lagi pada 28 Disember ini dalam program Ijab Qabul di saluran Astro Prima (105) .

Pada hari yang sama, Astro akan menyiarkan rakaman liputan khas sempena majlis resepsi pasangan romantis ini di Johor Bahru minggu lalu dalam program Ekin & Mawi: Dua Hati Menjadi Satu.

Bagi majlis resepsi pihak lelaki, Astro sekali lagi diberi hak eksklusif untuk menyiarkan majlis resepsi pasangan Mawi dan Ekin dalam rancangan Mawi & Ekin: Raja Sehari.

Pada majlis resepsi pihak lelaki nanti, kedua mempelai akan menyarung busana rekaan Putra dari Cosry untuk Ekin sementara Mawi akan memakai baju rekaan Lord’s Tailor dengan tema adat orang Jawa.

Gelaran ‘Weeding of The Year’ memang layak diberikan kepada perkahwinan Mawi dan Ekin apabila pasangan ini akan diarak menggunakan helikopter dari Johor Bahru ke dewan tempat majlis persandingan di Felda Taib Andak.

Pasangan merpati dua sejoli ini akan diarak menaiki helikopter itu dari rumah Ekin di Johor Bahru ke Felda Taib Andak pada 28 Disember nanti. Bagi si pelantun lagu Aduh Saliha ini, biarpun agak gusar dengan penerimaan peminat namun dia akur kerana ia adalah hadiah perkahwinan daripada sahabatnya.

“Sebenarnya, ia bukan impian kami sebaliknya tajaan kawan baik sebagai hadiah perkahwinan kami. Bagaimanapun, dia meminta identitinya dirahsiakan," kata Mawi.

Pasangan merpati dua sejoli ini akan diarak menaiki helikopter itu dari rumah Ekin di Johor Bahru ke Felda Taib Andak pada 28 Disember nanti.

Pasangan ini akan disandingkan buat kali ketiga pada 11 Januari depan, di Palace of The Golden Horses Hotel dengan konsep Timur Tengah, ‘1001 Malam’.

Majlis resepsi istimewa tersebut diadakan dalam suasana tertutup dan cukup sederhana dihadiri keluarga terdekat, jemputan VVIP dan VIP.

Info perkahwinan Mawi-Ekin

20 Disember 2008 - Majlis akad nikah di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

20 Disember 2008 - Majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru.

27 Disember 2008 – Konsert khas Mawi bersama rakan Akademi Fantasia di Padang Awam, Felda Taib Andak, Kota Tinggi, Johor, jam 8 malam.

28 Disember 2008 - Majlis resepsi keluarga Mawi di Padang Awam, Felda Taib Andak, jam 2 petang, diikuti persandingan di Dewan Serba Guna, Felda Taib Andak mulai jam 2.30 hingga 4.30 petang.

11 Januari 2009- Majlis resepsi istimewa jemputan VVIP dan VIP di Palace of the Golden Horses.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan liputan perkahwinan Mawi dan Ekin secara eksklusif di stesen berbayar Astro di saluran Astro Prima (105) dan Astro Ria (104) seperti berikut:-

‘Ijab dan Qabul’ Mawi& Ekin: Dari Mata Turun ke Hati – 28 Disember 2008, Ahad, 10:30 pagi, (ulang tayang program Astro Oasis, dokumentari sedutan khas majlis akad nikah di Masjis Sultan Abu Bakar).

Gempak Rewang – 28 Disember 2008, Ahad, 1:00 petang, Konsert khas Mawi bersama rakan Akademi Fantasia di Padang Awam, Felda Taib Andak, Kota Tinggi, Johor (rakaman mini konsert di Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

Ekin & Mawi: Dua Hati Jadi Satu – 28 Disember 2008, Ahad, 2 petang (rakaman Majlis Persandingan Ekin & Mawi di Stadium Tertutup Johor Bahru).

Mawi & Ekin: Raja Sehari – 28 Disember 2008, Ahad, 3.00 petang (Liputan khas secara langsung majlis resepsi Mawi & Ekin di Felda Taib Andak Kulai, Johor)

Mawi dan Ekin: Sejoli – 11 Januari 2009, Ahad, 6.00 petang (dokumentari Istimewa persiapan & majlis perkahwinan Mawi & Ekin) di saluran Astro Ria (104).

Mawi & Ekin: 1001 Malam- 11 Januari 2009, Ahad, 7:30 malam, Majlis Resepsi Mawi dan Ekin di Kuala Lumpur. (siaran langsung dari Palace of The Golden Horses Hotel) di saluran Astro Ria (104).

Read More...

Friday, December 19, 2008

Norman, Abby sah bercerai

Berita Harian

Oleh Suhana Roslan
bhnews@bharian.com.my


ABBY dan Norman ketika hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur, semalam

Prosiding terhenti 40 minit apabila pelakon lelaki terlalu sedih

KUALA LUMPUR: Pelakon, Norman Hakim sebak dan menitiskan air mata di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam ketika dinasihatkan hakim supaya melafazkan cerai terhadap isterinya, Abby Abadi.

Emosinya itu menyebabkan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menangguhkan prosiding selama 40 minit untuk memberi peluang kepada pelakon itu menenangkan diri.

Namun, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 32, masih sebak dan mengesat air mata menggunakan sapu tangan ketika berada di tempat awam dan selepas 20 minit beliau kembali tenang.

Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 31, yang duduk di barisan belakang tempat awam kelihatan tenang.

Apabila prosiding bersambung jam 11.15 pagi, Norman secara tenang melafazkan: "Bahawa saya Mohamed Norhakim Zaidon menceraikan isteri saya Arbaeyah Abdul Manan dengan talak satu."

Perceraian mereka menerusi perintah mahkamah itu adalah talak kedua iaitu talak rajie mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan itu bernikah pada 8 Januari 2002 dan bercerai kali pertama dengan talak satu pada 5 Mei 2006 dan disahkan bercerai di mahkamah sama pada 10 Mei 2006 sebelum rujuk semula keesokan harinya.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Mohamed Danish, 5; Marissa Dania, 3; dan Maria Danisha Hakim, 3, bulan.

Norman tiba di mahkamah jam 9 pagi bersama rakannya, manakala Abby ditemani beberapa rakan termasuk Sasha Elite dan suaminya, Salyo.

Abby yang diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan cerai pada 5 Disember lalu selepas Norman ditangkap berkhalwat dengan pelakon baru, Memey Suhaiza, di Ukay Perdana 30 Oktober lalu.

Sementara itu, Abby ketika ditemui, berkata beliau akan meneruskan kehidupan seperti biasa demi anak dan perceraian adalah jalan terbaik kerana sudah tiada persefahaman.

"Saya juga tiada halangan jika Norman ingin berjumpa anak. Saya maafkan dia, tapi saya tidak berani janji akan baik dengannya seperti dulu dan urusan tuntutan nafkah anak akan diuruskan sepenuhnya oleh peguam saya," katanya.

Norman pula akur dengan ketentuan takdir serta mengharapkan mereka berdua dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan anak-anak akan terus mendapat kasih sayang mereka berdua.

Read More...

Thursday, December 18, 2008

David Alleycats antara 285 terima pingat

Mstar Online

DIHARGAI... Thiagarajan K.R. Arumugam atau lebih dikenali dengan nama David Arumugam menunjukkan darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada isterinya, Sabrina Clyde selepas Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini, hari ini. Artis vateran itu adalah vokalis utama kumpulan muzik tempatan Alleycats, yang ditubuhkan pada 1969. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Artis veteran Thiagarajan K.R. Arumugam, yang lebih dikenali dengan nama David Arumugam, daripada kumpulan Alleycats, adalah antara 285 orang yang menerima darjah dan bintang kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara hari ini.

David, yang menerima Johan Setia Mahkota (JSM) Award, adalah vokalis utama kumpulan muzik tempatan terkemuka, Alleycats, yang ditubuhkan pada 1969 dan memperoleh kemasyhuran serta populariti pada 1970-an.

Empat orang menerima Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Mereka ialah Datuk Musa Sheikh Fadzir, anggota panel pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri dari Johor Datuk Ali Mohamed dan Timbalan Presiden St John Ambulans Kawasan Barat Daya Pulau Pinang Datuk Jamilah Wahab.

Senator Osman Bungsu menerima Johan Mangku Negara (JMN) bersama enam lagi penerima.Sepuluh orang menerima Johan Setia Mahkota, 46 menerima Kesatria Mangku Negara, 88 menerima Ahli Mangku Negara dan 131 orang menerima Pingat Pangkuan Negara. BERNAMA

Read More...

Saturday, November 29, 2008

Wakil AMK: Mawi tampal poster PKR

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Nov 28, 08 4:15pm

Seorang perwakilan di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa penyanyi popular Asmawi Ani, atau lebih dikenali sebagai Mawi, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999.

Pembahas dari Johor, Zabidie Abas berkata, bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di negerinya.

mawi concert 1 in kota bharu 041005 singing"Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa (menampal poster) bersama kita," katanya sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin bertemakan 'Memimpin Harapan Rakyat'.

"Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya," katanya, disambut tepukan gemuruh daripada hampir 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.

Pembahas pertama itu yang tampil di pentas petang ini menyarankan PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Ditemui pemberita selepas pembentangannya, beliau berkata Mawi pernah bergiat bersama PKR dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.

Bagaimanapun, katanya, senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini tidak menyebutkan nama Mawi.

Cerita mengenai Mawi itu turut menarik perhatian seorang lagi perwakilan pembahas yang turut menyentuh perkara itu apabil tiba gilirannya naik ke pentas.

Memulakan perbahasannya, perwakilan daripada Pahang, Nizal Jamin secara berseloroh berkata: "Kita di Pahang kalah sikit daripada Johor. Di Kuala Lipis, Siti Nurhaliza belum gantung poster kita lagi."

Read More...

Sunday, November 9, 2008

'Tak pernah restu mereka kahwin' - keluarga Memey

Kosmo Online




KOTA TINGGI - Keluarga Memey Suhaiza Abdul Rahman (gambar) menegaskan, mereka tidak pernah merestui perkahwinan pelakon baru itu dengan Norman Hakim.

Ibunya, Norlela Abdul Rahman, 44, memberitahu Kosmo! Ahad, beliau benar-benar terkilan dan sedih dengan laporan sebuah akhbar semalam mengenai perkahwinan itu.

"Wartawan akhbar itu mengasak bapa Memey, dan bertanya jika Norman dan Memey bernikah adakah pak cik merestuinya.

"Jadi pak cik kata jika ada jodoh dia terima tetapi kami tidak kata kami merestui perhubungan itu," katanya ketika ditemui di Teluk Sengat di sini semalam.

Menurut akhbar tersebut, bapa Memey, Suhaimi Sarwani, 45, dilaporkan merestui perkahwinan tersebut asalkan Memey gembira dan bahagia bersama pasangannya.

Norlela yang enggan gambarnya diambil bimbang laporan tersebut akan menyebabkan orang ramai termasuk orang kampung di Felda Tenggaruh 1, Kota Tinggi membuat tanggapan negatif terhadap Memey dan keluarganya.

Pada 30 Oktober lalu, Memey, 20 bersama pelakon, Mohamed Norhakim Zaidon atau lebih dikenali Norman Hakim, 32, dicekup pihak berkuasa atas tuduhan berkhalwat di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Klang menyebabkan rumah tangga pelakon siri Gerak Khas itu kini bergolak.

Pada masa sama, kata Norlela, keluarganya menyerahkan kes tersebut kepada mahkamah untuk memutuskannya.

"Apabila diberitahu oleh Memey tentang kejadian itu, Auntie tidak memarahinya malah memberi sokongan agar tabah menghadapi cabaran hidup sebagai artis.

"Kami sekeluarga sudah cukup tertekan dengan liputan media setiap hari," katanya.

Read More...

Bapa restui Norman-Memey

Mymetro

KUALA LUMPUR: “Kalau sudah ditakdirkan Memey bertemu jodoh dengan Norman, abang tidak ada masalah, malah merestuinya,” kata bapa pelakon Suhaiza atau Memey, 20, Suhaimi Sarwani, 45, ketika dihubungi di kediamannya di Felda Tenggaroh 1, Kota Tinggi, Johor, malam tadi.

Suhaimi yang membahasakan diri dengan panggilan abang, berkata dia sekeluarga sedia menerima pilihan hidup Memey asalkan anaknya gembira dan berbahagia bersama pasangannya.

“Terpulang kepadanya untuk membuat pilihan sendiri...abang ikut saja pilihannya.

“Oleh itu, abang akan merestui hubungan mereka sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh,” katanya mengulas kejadian menimpa Memey yang ditangkap khalwat dengan Norman Hakim di Ukay Perdana, pada 30 Oktober lalu.

Ditanya pandangan masyarakat kampungnya berkaitan kejadian terbabit, Suhaimi berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah kerana penduduk memahami situasi dialami Memey.
“Orang kampung tidak pernah meminggirkan kami, sebaliknya mereka memberi sokongan. Mereka dapat menerima kejadian menimpa anak abang kerana ia sebahagian asam garam kehidupan sebagai seorang artis.

“Abang tidak pernah menghalang Memey berkecimpung dalam industri seni, malah sentiasa menggalakkan dia meneruskan bidang diceburi kerana memang diminatinya sejak kecil,” katanya.

Selepas kejadian itu, Suhaimi berkata, Norman ada menghubungi ibu Memey untuk menjelaskan perkara sebenar dan meminta maaf dengan apa yang berlaku.

Katanya, Norman memberi jaminan tidak akan mengaitkan insiden itu dengan keluarganya.

Menurutnya, Memey yang juga anak ketiga daripada enam beradik selalu menghubungi keluarganya untuk bertanya khabar.

“Hampir setiap hari Memey menghubungi isteri saya tak kira waktu pagi, petang atau malam kecuali kalau dia ada penggambaran kerana mungkin terlalu sibuk berlakon,” katanya.

Mengenai keretakan rumah tangga Norman bersama Abby Abadi, kata Suhaimi, dia tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga pasangan berkenaan.

“Biarlah mereka selesaikannya dengan baik. Saya tak nak komen apa-apa pasal rumah tangga mereka,” katanya tenang menjawab soalan yang dikemukakan wartawan Harian Metro.

Suhaimi turut menyerahkan kepada mahkamah menentukan kes khalwat Memey bersama Norman.

“Apa saja keputusan, saya terima seadanya. Sekiranya terbukti mereka melakukan kesalahan itu, saya tetap menerima anak saya dan Norman,” katanya.

Pada awal pagi 30 Oktober lalu, Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, (gambar) dan Memey ditangkap khalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pejabat pelakon lelaki itu di Ukay Perdana.

Ini menyebabkan kemelut perkahwinan Norman dengan Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 30, yang sudah lama berlanjutan semakin parah.

Abby yang berang dengan tindakan Norman mempunyai hubungan dengan Memey kini menuntut suami menceraikannya.

Kelmarin, Norman yang ditemui selepas menunaikan solat hajat dan istikarah di Masjid Nur Hidayah Kampung Pandan, berkata dia pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau berpisah dengan Abby.

Read More...

Friday, November 7, 2008

Norman nafi menikahi Memey


NORMAN memanjatkan doa selepas sembahyang istiqarah di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan malam tadi.


KUALA LUMPUR – “Saya tidak pernah bernikah dengan Memey, malah tidak pernah menghantar borang nikah. Ini semua spekulasi.’’

Demikian tegas pelakon popular yang kini dilanda kontroversi, Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, ketika ditanya mengenai desas desus beliau sudah berkahwin dengan pelakon baru, Memey Suhaiza Suhaimi, 20, yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengannya baru-baru ini.

Norman lebih rela berserah kepada Tuhan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku sehingga meretakkan hubungan dengan isterinya, Abby Abadi, 30.

“Saya enggan komen lanjut pasal Memey, nanti ia akan disalahertikan pula, apa yang pasti keluarga kami tidak pernah berjumpa atau berbincang mengenai pernikahan dan sebagainya.

“Ini komen terakhir saya berkenaan isu ini, berikanlah saya ruang untuk menyelesaikan masalah ini sambil mencari penyelesaian terbaik buat kami sekeluarga,’’ katanya kepada pemberita di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan di sini, semalam.

Beliau yang ditemani abangnya, Mohd. Sophie, 44, dan sepupunya, Raizan Abd Razak berada di masjid itu untuk melakukan solat hajat dan istiqarah bersama beberapa jemaah lain.

Norman juga reda dengan apa yang bakal berlaku termasuk keretakan rumah tangganya sekali lagi.

“Namun di sudut hati saya masih tersemat rasa sayang terhadap Abby dan anak-anak.

“Kalau Abby nak serang saya secara peribadi sekali pun biarlah, saya tidak akan balas kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan,’’ jelasnya.

Read More...

Thursday, November 6, 2008

Cermin diri dulu kalau nak beristeri dua - Abby Abadi




KUALA LUMPUR - "Pergilah cari cermin besar, cermin diri dan tengok siapa diri sendiri. Dia mampu ke kalau beristeri dua?"

Demikian sindir pelakon jelita, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 30, ketika ditanya mengenai hasrat suaminya, Norman Hakim yang tidak menolak untuk berpoligami.

"Suruh dia mengucap panjang dan ingat Tuhan," nasihatnya dengan nada bersahaja.

Bagaimanapun menurut Abby, jika benar Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 32, mempunyai keinginan untuk berkahwin lain dalam masa terdekat ini, ia bukan satu masalah kepada dirinya.

"Dia boleh kahwin, saya tak kisah. Apa pun, dia perlu 'lepaskan' saya dahulu," katanya lagi dengan tegas.

Semalam, akhbar menyiarkan kenyataan Norman yang memberitahu dia bersedia untuk berkahwin lagi jika itu ditakdirkan kepadanya.

Menurut Norman, dia tidak mampu menolak ketentuan dan bersedia bernikah dengan pelakon baru, Memey Suhaiza Suhaimi, 20, yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat bersamanya baru-baru ini.

Mengenai kenyataan Norman semalam bahawa Abby dan Memey sama penting dalam hidupnya, Abby memberitahu, dia menyerahkan kepada masyarakat untuk menilai siapa sebenarnya yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

"Umum boleh fikirkan tentang sikap sebenar Norman kalau dia boleh bercakap sedemikian kerana bayangkan selama tujuh tahun saya berkorban segala-galanya untuk dia, namun dengan sekelip mata dia boleh buat pengakuan Memey dan saya sama penting dalam hidup dia," katanya.

Read More...

Memey teman profesional - Norman Hakim





NORMAN cuba menenangkan Abby.


Air mata seorang suami akhirnya gugur di pipi tatkala perpisahan dipinta oleh isterinya yang tidak mampu lagi menanggung derita pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

Semua ini umpama drama realiti apabila adegan tangisan pasangan suami isteri Norman Hakim dan Abby Abadi disaksikan oleh sekumpulan pihak media serta krew produksi drama Gerak Khas.

Selepas gagal mendapatkan tuntutan cerai, Abby terus ke lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju bersama-sama pihak media.

Perjumpaan yang tidak dijangka Norman ini berlangsung dalam suasana serius sehingga menyebabkan penggambaran drama tersebut dibatalkan setelah dua jam tergendala.

Apa yang hendak Norman jelaskan tentang hal ini?

Sekarang ini ada dua isu dalam hal ini. Yang pertama, mengenai kes khalwat dan saya masih berbincang dengan pihak berkenaan. Kalau boleh, tak perlulah kes ini dibawa ke mahkamah. Kedua, saya perlu selesaikan masalah rumah tangga saya. Saya sedih sangat bila kita cari jalan putus dengan bercerai.

Abby menuntut cerai, apa komen Norman?

Saya tak boleh ceritakan terlalu mendalam sangat mengenai hal rumah tangga kami. Takkan saya tak serik-serik dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini?

Paling penting, seperti yang saya cakapkan pada Abby tadi, kita perlu pertahankan rumah tangga kita kerana anak-anak.

Kalau boleh saya tak mahu perkara ini (cerai) berlaku. Saya cuba berbincang dengannya tetapi dia tetap dengan pendiriannya.

Saya faham dirinya sebagai isteri, tetapi sebagai lelaki, ego saya pun tercabar juga. Takkan nak ceritakan benda-benda tak elok macam ini.

Norman dikatakan tidak pulang ke rumah selepas insiden itu, kenapa?

Walaupun saya dituduh tidak bertanggungjawab, sebenarnya saya ada keutamaan saya iaitu keluarga. Saya bekerja siang dan malam untuk memberi makan kepada keluarga, isteri dan anak-anak serta menjaga kebajikan rumah.

Tapi saya reda dengan apa yang berlaku. Saya doa dan minta petunjuk kepada Allah. Mungkin lepas ini saya akan balik dengan pakaian yang lebih kemas.

Bila saya tengok semula rentetan mengenai rumah tangga kami dari minggu lepas, saya rasa macam...... (Norman sebak seketika dan air mata mula menitis. Beberapa minit kemudian, dia kembali bersuara): Saya perlu akur dengan kerja wartawan yang perlu mencari bahan kerana wartawan pun ada mulut untuk disuap. Sama juga seperti saya. Beri saya ruang.

Apa hubungan Norman dan Memey sebenarnya?

Hubungan saya dan Memey sekadar teman profesional. Kalau Memey bukan artis, saya pasti perkara ini tidak menjadi spekulasi. Saya akui, saya yang bagi tahu Memey untuk tidak buat sebarang kenyataan kepada media kerana takut bercanggah. Saya merasa begitu terhina dan saya bukan menegakkan benang yang basah tetapi mengharap dapat menarik benang dalam tepung.

Memang sekarang ini spekulasi diluar mengatakan kami sedang bersandiwara. Saya cuba mencari jalan untuk selesaikan masalah kami.

Saya memang agak terkejut bila Abby menghantar mesej kepada saya yang dia mahu failkan cerai dan saya pun balas mesejnya sampai lapan muka surat. Saya harap sangat-sangat, janganlah anak-anak yang akan menjadi mangsa atas kejahilan ibu bapa mereka.

Adakah kalian memerlukan sesi kaunseling?

Ya, Saya memang mengalu-alukan pandangan dan nasihat sesiapa sahaja. Kita masih perlu dibimbing. Kalau ada sesiapa yang hendak beri nasihat, Insya-Allah kami akan mendengarnya, mengambil mana-mana yang baik.

Apa yang membuatkan Abby terkilan ialah sikap Norman yang seolah-olah mempertahankan Memey, mengapa?

Saya tak nafikan dalam hal sekarang saya cuba pertahankan Memey. Dia seorang wanita yang naif. Dia pun ada mak dan ayah. Malu keluarga dia nanti.

Ketika ini Abby mencelah dan bertanya: Jadi siapa abang untuk dia?

Banyak lagi muka yang saya kena jaga. Abby masih lagi isteri saya. Saya percaya dalam masa terdekat ini, adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Nak ikutkan, saya boleh memberi kerjasama untuk mengisi maklumat itu. tetapi kita perlu masa untuk berdepan dengan situasi ini. Saya tahu masalah utama saya ialah rumah tangga, biarlah selesai cara baik.

Abby: Kenapa abang asyik macam ini sekali? Abang asyik cerita Memey itu, Memey ini?

Norman: Saya cerita dari sudut kemanusiaan.

Abby: Habis saya ni apa? Saya isteri awak tau!

Norman: Dia ada mak bapak.

Abby: Saya tak ada mak bapak?Apa lebihnya dia dari saya? Buruk sangat ke saya ni? Ceraikan saya, kat sini pun tak apalah.

Norman: Selama ini pun saya jumpa mak dan ayah tentang masalah ini. Maaf ya, abang kena cakap benda ni (Norman berpaling kepada Abby yang semakin kuat menangis). Abang kena cakap, maaf ya....... (bagaimana pun Norman tidak dapat meneruskan kata-kata dan membiarkan apa yang mahu diluahkan hanya berlegar dalam fikirannya).

Abby: Tipu! dahlah selama ini susah sangat nak bawa berbincang. (Abby kemudian sekali lagi ditenangkan wartawan tetapi menolak dan sambil menahan tangisan berkata semula) Saya tak nak. Saya susah nak jumpa dia. Langsung dia sudah tak nampak saya dalam hati dia. Asyik nak bercakap pasal perempuan tu sahaja!

(Norman juga dinasihati oleh wartawan supaya beredar untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Abby ditenangkan oleh Datuk Yusof Haslam yang hadir mengejut di lokasi setelah dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.)

Datuk Yusof: Abby, kamu kena beri dia sedikit masa. Beri ruang untuk dia dan kamu selesaikan hal ini dalam masa seminggu ini. Kalau kamu tekan dia sangatpun, kamu tak akan dapat apa-apa.

Abby: Saya harap saya dapat selesaikan masalah saya. Saya rasa malu sangat bila suami asyik sibuk dengan perempuan lain. Kalau diri sendiri tak betul, macam mana dia nak betulkan orang lain. Minta maaf pada semua, saya tak boleh tahan dengan perangai dia.

Read More...

Wednesday, November 5, 2008

Saya sudah buntu - Abby




SEMALAM, hampir semua akhbar utama memainkan isu yang sama. Isu Abby 'serang' suaminya, Norman Hakim di lokasi penggambaran drama Gerak Khas. Tindakan ini diambil oleh pelakon popular itu setelah dia tidak mempunyai jalan lain untuk bertemu dengan suaminya itu yang dikatakan sekian lama tidak pulang ke rumah.

Kosmo! bersama media lain sempat menemubual Abby mengenai hati dan perasaannya kala dilanda masalah 'besar' seperti ini.

Ikuti transkrip penuh temubual Abby bersama media, di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat, pukul 11.30 pagi, kelmarin.

Apa yang membuatkan Abby hadir ke sini?

Abby: Hari ini saya memang berniat untuk cerai. Ikutkan hati, saya nak cerai fasakh tetapi prosedurnya akan mengambil masa yang lama mengikut nasihat yang diberi oleh mahkamah. Mereka meminta saya agar cuba cerai cara baik supaya tidak aibkan mana-mana pihak. Cuma hari ini saya gagal untuk failkan penceraian sebab banyak maklumat yang saya tidak tahu. Jadi saya tak dapat mengisi borang. Contohnya, alamat dia. Saya memang tak tahu alamat apa yang patut saya tulis untuk sampaikan surat ini kepadanya.

Abby bagi tahu Norman untuk buat permohonan cerai ini?

Saya ada mesej dia mengenai penceraian ini dan dia kata... (terdiam sejenak). Dia kata teruskanlah. Saya sudah buntu sebab memang tak nampak ruang untuk saya dan dia lagi. Walau dengan apa cara sekalipun, saya mesti cuba juga untuk memfailkan penceraian ini. Bergantung pada keadaan. Setakat ini, saya belum ada peguam. Saya pun tak tahu bagaimana prosedur untuk tuntut cerai. Ingatkan senang, tapi sebenarnya, susah. Mengikut SMS, dia tak mahu jumpa saya langsung tapi saya masih perlu berjumpa dengannya untuk mendapat maklumat yang saya tak tahu.

Abby hadir seorang diri saja?

Saya seorang di sini sebab saya tak mahu susahkan keluarga. Saya tak hendak susahkan sesiapa. Sebelum ini pun saya sudah banyak susahkan keluarga dengan macam-macam hal, kali ini biar saya buat sendiri. Sebelum ini, pernah terdetik untuk bercerai kerana terlalu banyak perkara yang saya nampak kami dah tak dapat bersama. Lebih-lebih lagi keadaan kami makin teruk.

Adakah Abby tuntut cerai kerana kes Norman ditangkap atas tuduhan khalwat?

Keadaan memang semakin teruk. Itu hanya salah satu sebab sebenarnya. Kes itu membuatkan saya rasa memang sudah tidak ada jalan untuk rumah tangga kami diselamatkan lagi. (Menangis)

Anak-anak bagaimana? Mereka tahu tentang masalah ini?

Anak-anak saya terlalu kecil untuk fahami semua ini. Saya tak dapat nak cerita kepada mereka.

Bila kali terakhir Abby bertemu dengan Norman?

Lepas kejadian itu (tangkapan khalwat), dia ajak saya jumpa untuk beri dia kekuatan. Dia memang ada cakap dengan saya, dia rasa bersalah sebab abaikan saya dan anak-anak (menangis lagi). Tapi, masa itu, ada satu kenyataan dia yang buat saya rasa tak dihargai langsung. (Menangis teresak-esak). Dia memang ada sakitkan hati saya sekali lagi masa itu. Tak tahulah kalau dia tersilap kata atau apa.

Adakah dia cakap pasal perkahwinan dengan Memey?

Tak ada, dia tak cakap pula yang dia mahu berkahwin dengan Memey. Tak apalah! Saya pun tak mahu cakap mengenai mereka kerana mereka pun tiada erti bagi saya. Saya pun tak tahu sama ada dia menganggap perkara ini tidak serius, tetapi ia serius bagi saya.

Apa yang Norman cakap?

Masa dalam kereta dia beritahu saya 'tolong selamatkan dia dan perempuan itu'. Bila dia dah cakap macam itu, saya tak boleh terima. Kalau dia mahu minta tolong hanya untuk dia sahaja, saya faham kerana dia adalah suami saya. Tetapi kenapa perlu saya kena tolong perempuan tu juga? Nampak sangat ada sesuatu.

Keluarga Norman macam mana?

Keluarganya memang di sebelah dia.

Tetapi sebenarnya saya sendiri tak faham banyak benda. Daripada apa yang saya baca di internet, saya pun tak faham situasi pada waktu itu (tangkapan khalwat). Ada yang kata kunci itu diberi oleh seseorang, ahli keluarga dia kepada JAIS. Rasa macam tak masuk akal. Cukuplah. Selama ini saya memang tidak dipedulikan. Banyak perkara yang saya tak tahu dan tak nampak. Bila saya dapat tahu mengenai penangkapan itu dan dia masih memuji-muji perempuan itu, saya rasa macam, cukuplah.

Ada hubungi Memey?

Ada. Dia (Memey) angkat telefon. Saya katalah, 'Berani ya awak angkat telefon. Dia boleh cakap dengan saya 'Habis nak buat macam mana? Benda nak terjadi,'. Apa semua tu? Kalau saya berada dalam keadaan dia, saya malu. Tapi dia ni lain. Dalam internet, dia ada mengatakan yang mahu berjumpa dengan saya. Mana ada? Sampai sekarang tak jumpa pun. Saya tak ada masalah untuk berjumpa dengannya.

Abby sedia untuk bermadu?

Saya memang simpan niat untuk berpisah. Kalau mereka hendak kahwin, dia bukan madu sayalah. Kalau betul dia hendak kahwin, tak apa. Mungkin dia boleh bina rumah tangga yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang (menangis lagi).

Apakah sudah tidak ada sekelumit rasa sayang?

Rasa sayang tu masih ada. Ada! Tapi saya takut, saya takut sayang saya itu dipersia-siakan lagi.

Abby kemudian bersama wartawan dan jurugambar yang menemubualnya bergegas ke lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju untuk bertemu dengan Norman bagi mengisi borang permohonan perceraian mereka.

Read More...

Norman: Tidak mahu cerai, Abby-Memey sama-sama penting

Mstar Online

NORMAN-ABBY BERSEMUKA... Urutan rangkuman enam gambar detik Abby berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan kemudian bertemu dengan suaminya, Norman Hakim di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin. (Ikut jam) Abby menitiskan air mata ketika menemui wartawan, kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman, menemui Norman di lokasi penggambaran, menyerahkan dokumen, pasangan Abby-Norman berjalan untuk mengadakan perbincangan 45 minit dan kedua-dua mereka berdepan dengan wartawan.

PETALING JAYA: Meskipun didesak oleh isterinya, Abby Abadi untuk bercerai, aktor Norman Hakim yang cukup sinonim dengan watak Inspektor Haris dalam drama bersiri Gerak Khas, tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan mahligai yang dibina lebih enam tahun lalu.

Bagaimanapun setelah berkali-kali soalan tentang hubungannya bersama pelakon baru Memey diajukan, Norman memberitahu mStar Online hari ini, pelakon muda berusia 20 tahun itu dan Abby, yang juga pelakon dan bekas penyanyi, adalah dua insan yang 'istimewa' baginya.

Minggu lalu, Norman dan Memey ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor di pejabat Norman di Ukay Perdana.

Kelmarin pula Abby mengunjungi Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memfailkan tuntutan bercerai tetapi tidak kesampaian kerana dokumen yang dikemukakan tidak lengkap termasuk tiada butiran lengkap mengenai Norman.

MEMEY SUHAIZA

ABBY TETAP MAHU CERAI - DI SEGMEN BERITA

"Saya tidak mahu menafikan atau pun mengesahkan apa-apa. Cuma apa yang boleh saya katakan di sini, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam hidup saya.

"Abby adalah seorang isteri yang sudah banyak berkorban untuk saya... dialah yang sentiasa memberi semangat untuk saya terus bertahan di dalam karier dan kehidupan sayasehingga kini, tetapi saya tidak nafikan pada masa yang sama, Memey pula sentiasa memberi inspirasi di dalam apa yang saya lakukan.

"Saya tidak mahu menidakkan atau mengesahkan apa-apa di sini. Saya takut, jika saya terus menafikan tetapi andai kata Allah sudah tentukan saya bertemu jodoh dengan Memey, masyarakat akan terus berkata saya bersandiwara pula.

"Saya masih menyayangi Abby sepenuh hati saya. Dia adalah ibu dan isteri yang terbaik.

"Tetapi dengan kuasa Allah, andai benarlah Memey ditakdirkan jodoh saya, saya tidak akan menolak untuk jadikan dia isteri kedua saya, tetapi saya tidak akan ceraikan Abby, kerana saya tetap sayangkan dia sampai bila-bila," kata Norman.

Dalam nada tegas, aktor berusia 32 tahun itu berkata, dia akan terus berusaha agar kekeruhan rumahtangganya itu dapat diselesaikan segera, tetapi bukan berakhir dengan jalan perceraian.

"Saya tidak akan serahkan lagi dokumen perceraian yang diberi olehnya tempoh hari.Seboleh mungkin, saya ingin ia berakhir dengan cara yang baik. Saya kenal Abby... dia memang nampak 'keras' di luar, tetapi hatinya cukup lembut.

"Saya tahu dia masih inginkan saya dalam hidupnya, termasuklah demi anak-anak juga. "Saya ada menghantar SMS kepadanya malam tadi dan saya beritahu dia 'hanya maut yang akan pisahkan kita', tetapi tiada respon daripada dia.

"Saya tidak kisah untuk berjumpa dengan pakar kaunseling. Malah, saya harap pihak media juga boleh menjadi platform untuk kami berbaik. Saya tidak mahu lagi masalah rumahtangga saya menjadi satu 'pementasan' pula.

"Insya-Allah, satu masa nanti, saya harap saya dapat membawa Abby dan Memey sekali untuk bersemuka terus dengan wartawan," kata bapa kepada tiga cahayamata iaitu Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.

Kata Norman, dia menganggap 'serangan' Abby yang turut disertai pihak media di set lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas Isnin lalu adalah satu petanda bahawa perceraian yang diminta itu sebenarnya tidak 'direstui' oleh Allah.

"Saya bersyukur sebenarnya dia datang ke sana dengan membawa wartawan dan pada masa yang sama dokumen perceraian pula tidak lengkap.

"Ini sekali gus menunjukkan macam-macam benda yang menghalang kami dari bercerai.

"Saya faham perasaannya. Pada hari itu, bukan sengaja saya ingin pertahankan Memey, tetapi saya mahu semua orang faham, saya ingin jaga hati Abby dan Memey juga kerana saya rasa saya bertanggungjawab atas apa yang terjadi ini. Bukan bermaksud melebihkan mana-mana pihak.

"Saya ingin dia dan saya sendiri sama-sama membaiki kelemahan diri. Saya sedar, saya mungkin bukan suami yang baik dan saya akan berusaha untuk perbaikinya. Saya tidak mahu keadaan bertambah buruk," kata Norman.

Ujarnya lagi, dia memang tidak pulang ke rumah sejak kes khalwat itu untuk mengelak pertengkaran dengan Abby. Namun, jelas Norman, bila keadaan kembali tenang, dia berharap dapat bersemuka dengan Abby secara baik.

"Ketika ini saya tinggal di rumah saudara-mara.. kadang-kadang di Bangsar dan adakalanya di Kuala Lumpur. Buat masa ini, saya mahu keadaan reda dulu dan mungkin selepas itu saya harap kami boleh selesaikan dengan baik.

"Tak guna untuk berdepan sekarang kerana saya yakin pertengkaran pasti akan berlaku," kata Norman.

Read More...

Abby 'serang' Norman Hakim


ABBY memperkatakan sesuatu kepada Norman di hadapan media di lokasi penggambaran Gerak Khas di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Gara-gara gelagat Norman Hakim yang dianggap terus mempertahankan pelakon baru, Memey Suhaiza, pelakon Abby Abadi tidak mampu mengawal kemarahan dan bertindak 'menyerang' suaminya itu di depan pihak media semalam.

Insiden itu berlaku ketika Abby bersama lebih 20 petugas media ke lokasi penggambaran drama Gerak Khas berhampiran Carrefour Wangsa Maju di sini semalam, untuk bertemu Norman bagi membantu melengkapkan borang permohonan perceraian fasakh.

"Kenapa asyik mempertahankan dia? Memey baik, Memey itu, Memey ini? Saya ni siapa dalam hidup abang? "kata Abby marah dan terkilan ekoran Norman seolah-olah mempertahankan Memey dalam beberapa jawapannya kepada media.

Insiden itu adalah rentetan rasa kecewa Abby yang merasakan dirinya diabaikan Norman setelah suaminya dan pelakon itu ditangkap atas dakwaan berkhalwat, 30 Oktober lalu.


MEMEY


Pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis bersama Memey di pejabat MDH Trading & Services di Ukay Perdana, kira-kira pukul 3 pagi.

Norman yang 'diserang' di lokasi drama berkenaan pada awalnya kelihatan tenang meskipun penggambaran terpaksa dibatalkan gara-gara insiden yang berpunca daripada dirinya.

Bagaimanapun sebaik diajukan borang permohonan perceraian oleh Abby, Norman tidak mampu menahan perasaan lalu menangis. Setelah menenangkan diri seketika, bapa kepada tiga anak ini 'melarikan' diri daripada kumpulan media dan Abby yang hadir tanpa diundang ke lokasi.

Melihat Norman menjauhkan diri, Abby lalu mengekori suaminya itu untuk menyerahkan borang itu sekali lagi.

Read More...

Monday, November 3, 2008

Dakwa Norman tak kerjasama, Abby gagal kemuka tuntutan cerai.

Mstar Online

SEBAK ... Pelakon popular tanah air, Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual wartawan selepas memfailkan penceraian ke atas suaminya aktor, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Hulu Kelang hari ini. --fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Yang ini bukan adegan penggambaran filem dilakoni pasangan Norman Hakim dan aktres dan bekas penyanyi, Abby Abadi.

Sebaliknya apa yang terjadi hari ini adalah detik sebenar kehidupan pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga enam tahun lalu.

Abby memutuskan untuk memfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini tetapi gagal kerana dokumen yang dikemukakan tidak lengkap termasuk tiada alamat lengkap tempat tinggal Norman.

Abby yang ditemui selepas keluar dari kawasan mahkamah pukul 11 pagi berkata, dia gagal mengemukakan permohonan cerai kerana dokumen tidak lengkap disebabkan tidak mendapat kerjasama Norman.

NORMAN HAKIM

Kemudian dia bersama sekumpulan wartawan menuju ke kawasan penggambaran di hadapan pasar raya Carrefour, Wangsa Maju di ibu negara kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Di lokasi penggambaran, Norman dan Abby bersemuka tetapi Norman tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja Abby menyerahkan dokumen yang perlu diisi olehnya.

Pasangan itu kemudian berbincang di tempat tertutup kira-kira 45 minit.

Norman memberitahu wartawan, dia memerlukan masa untuk berfikir tentang tuntutan cerai diinginkan Abby.

Dalam tangsin Norman berkata, dia masih ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.

Namun Abby yang berada di sebelah mencelah sehingga menimbulkan ketegangan apabila dia meminta Norman menjelaskan apa hubungan sebenarnya dengan Memey.

Abby yang gagal menahan marah terpaksa ditenangkan oleh wartawan manakalan Norman terus berlaku dengan menyatakan "saya tak ada apa lagi untuk dikomen."

Pada awal Khamis lalu, Norman ditangkap berkhalwat bersama pelakon baru, Memey Suhaiza.

Mereka ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang dekat ini, sekitar pukul 3 pagi.

Norman, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas tidak menafikan kejadian tersebut.

"Saya tidak tahu siapa yang membuat aduan seperti itu kepada JAIS... mungkin juga ada orang nak sabotaj, entahlah kerana saya sendiri masih bingung.

Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia sudah menjelaskan hal yang sebenar kepada isterinya, Abby.

Sebagai suami, kata Norman, dia akui perkara itu pastinya sukar diterima oleh isterinya.

Tetapi, tegas Norman, seboleh mungkin, dia tidak mahu kejadian itu menjejaskan lagi rumah tangga mereka memandangkan masalah keluarganya sudah heboh diperkatakan baru-baru ini.

Awal minggu lalu, Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Read More...

Saturday, September 27, 2008

Ini dugaan terbesar saya - Amy Search

AMY melihat isterinya membaca keratan Kosmo! mengenai isu saman terhadapnya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - "Ini dugaan terbesar saya lebih-lebih dah dekat nak raya ni."
Itulah reaksi Amy Search mengenai saman terhadapnya yang difailkan oleh Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir, 4, melalui bapanya, Nik Zahir Nik Idris, 31, kelmarin bagi menuntut ganti rugi RM300,000 disebabkan dakwaan kecuaian Restoran Laksamana Cheng Ho pada 17 Jun lalu.

Nik Muhammad melecur di belakang badan selepas terkena tumpahan tomyam panas yang dibawa pekerja restoran itu.

Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman pada sidang akhbarnya semalam berkata, beliau telah pun melantik peguam untuk mewakilinya dalam kes itu.

Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh isterinya, Norhazniza Hassan.

"Untuk pengetahuan semua, saya tidak mengambil sikap lepas tangan terhadap apa yang terjadi kepada pelanggan saya itu... keadaan pada masa itu memang sedikit kecoh.

"Pada hari kejadian itu (17 Jun lalu), kita memang cari dia untuk tindakan susulan, namun menurut kakitangan saya, selepas bapa budak tu membawa anaknya ke tandas, bila kita datang semula cari dia, dia dah tiada," jelasnya.

Amy berharap pelanggan itu tampil ke restorannya, tetapi itu tidak terjadi sehinggalah tersiarnya berita mengenai kejadian berkenaan dalam sebuah akhbar pada 29 Jun lalu.

Sambil mengakui mangsa dan keluarganya mempunyai hak memfailkan kes ke atasnya, Amy pula bertekad beliau juga berhak mempertahankan diri.

Ketika ditanya sama ada kes saman itu menjejaskan imej baik restoran dan menyebabkan sambutan pelanggannya semakin berkurangan, katanya: "Itu semua tidak berlaku."

Read More...

Wednesday, September 3, 2008

Juara Akademi Nasyid pohon bimbingan ulama untuk kerjaya seninya

Harakahdaily

Nyza Ayob
Wed | Sep 03, 08 | 11:10:11 am MYT

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Hrkh)- "Kemenangan saya ini bukan hanya milik saya seorang tetapi kemenangan untuk semua pejuang Islam. Insya-Allah misi dan visi saya ialah kerana Allah di samping akan terus mendapat bimbingan para ulama dalam meneruskan kerjaya seni saya,"itu antara kata-kata awal juara Akademi Nasyid, Azhan Atan.

Azhan, 35, yang ditemui selepas program Simfoni Merdeka 08 anjuran Masjid As-Syakirin, KLCC, menyatakan selepas kemenangan dalam program realiti itu beliau meletakkan konsep kebajikan dalam setiap persembahannya.

"Saya meletakkan konsep ' beramal kerana Allah itu syiar kami' dalam setiap persembahan saya akan datang,"katanya penuh optimis.

Memandangkan buat masa ini beliau belum terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, beliau bebas mengadakan persembahan di mana-mana selagi persembahan tersebut tidak melanggar etika dan kesopanan.

Sepanjang menyertai program itu Azhan sama sekalitidak pernah bermimpi trofi dan ganjaran bernilai RM100,000 itu akan menjadi miliknya.

Kelunakan suaranya bukan sahaja memikat juri dan penonton yang sanggup mengundi melalui sistem pesanan ringkas(SMS), malah turut menarik perhatian komposer untuk menyumbangkan lagu untuknya.

Image"Sebanyak 19 lagu baru telah diberikan kepada saya sebelum saya masuk ke peringkat akhir Akademi Nasyid. Bagaimanapun saya belum sempat menilai lagu tersebut satu persatu. Saya berterima kasih kepada komposer-komposer tersebut kerana sudi menyumbangkan lagu-lagu mereka untuk saya nyanyikan,"katanya yang turut mendapat tempat di hati komposer terkenal seperti Ramli Sarip, Usop Kopratasa, Yassin dan Farihin Abdul Fatah.

Jelas anak jati Johor ini, beliau juga bernasib baik dan beruntung apabila komposer seperti Ramli Sarip sanggup memberi nasihat dan bimbingan kepadanya sepanjang beliau di Akademi Nasyid.

Tambah Azhan, bakatnya dalam nyanyian telah dibina 15 tahun lalu apabila beliau sering membuat persembahan dalam setiap program yang disertainya. Namun kemenangannya sebagai juara Akademi Nasyid menyerlahkan lagi bakat yang ada pada dirinya

"Kebanyakan yang mengundi saya adalah rakan-rakan yang telah mengenali saya sejak dahulu lagi dalam setiap program-program yang saya sertai seperti Jambori Amal. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong saya selami ini

"Kejayaan saya hari ini juga berkat dorongan isteri dan anak-anak ," jelas bapa kepada empat anak ini.

Bercerita mengenai perjalanan seninya, jelas Azhan, buat masa ini beliau menjalani kontrak dengan TV9 selama setahun dan akan mengikuti segala persembahan yang diatur stesen TV tersebut.

Bagaimanapun katanya, ini beliau tetap akan menumpukan kepada program rutinnya setiap tahun untuk menyemarakkan Ramadan. - mr _

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |