misbahulmunir
PKR : 11157
BN : 9390
BEBAS : 1762
MAJORITI : 1186
TAHNIAH KEPADA SEMUA PETUGAS DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT
Tuesday, April 7, 2009
PKR JUGA MENANG DI BUKIT SELAMBAU
0 comments Labels: bloggers united, kedah, PRK, tolak BN
Pakatan Rakyat Tawan Bukit Gantang.
Pakatan Rakyat telah berjaya menawan Bukit Gantang melalui calonnya dari Parti PAS Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin.
Tahniah Pakatan Rakyat, terima kasih kepada semua jentera-jentera pilihanraya yang bersama-sama memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.
Terima Kasih kepada para pengundi Bukit Gantang. ini pilihan anda dan seluruh rakyat Malaysia menghormati keputusan anda.
Ini kemenangan untuk pendokong-pendokong "Demokrasi".
9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.
0 comments Labels: bloggers united, Pakatan Rakyat, Perak, PRK, tolak BN
Penyokong baling botol, polis tembak gas pemedih mata
Malaysiakini |
Apr 7, 09 4:12pm |
Penyokong Umno didakwa cuba membaling botol dan kerusi ke arah penyokong PAS tetapi tidak terkena sasaran, sebaliknya objek itu didakwa tepat menuju anggota polis yang mengawal keadaan. Insiden itu terjadi di luar SMK Pengkalan Aur sekitar jam 11.30 pagi tadi susulan ejek-mengejek antara dua kumpulan penyokong parti tersebut, kata saksi-saksi yang berada di tempat kejadian. Ditemui Malaysiakini petang ini, saksi-saksi berkata polis kemudian mengejar penyokong Umno itu tetapi gagal menahannya. Selepas diberikan amaran oleh polis, satu das gas pemedih didakwa dilepaskan ke arah kumpulan penyokong Umno itu bagi menenangkan keadaan. Keadaan kembali normal selepas 10 minit kemudian. Bagaimanapun, asap gas tersebut juga merebak ke arah penyokong PAS yang berkumpul tidak jauh dari penyokong Umno yang masing-masing ghairah memenangkan calon mereka di Bukit Gantang. Seorang penyokong Umno mendakwa insiden buruk itu bermula daripada provokasi penyokong PAS yang masuk ke kawasan kumpulan BN untuk mencetuskan keadaan yang tidak diingini. Klip video selama lebih tiga minit - yang menggambarkan para penyokong PAS sedang mengalami keperitan akibat gas tersebut - kini telah dimuatnaik di laman perkongsian terkenal Youtube.com. Lihat klip video Ia boleh disaksikan di blog Anil Netto, seorang wartawan sambilan dan aktivis Aliran Kesedaran Negara (Aliran). Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun menyalahkan penyokong PAS yang memulakan kekecohan itu. Sementara naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mempertikaikan klip video itu dengan mendakwa ia mungkin "boleh diambil gambar lama". Mengulas kejadian tersebut kepada wartawan, beliau berkata: "Tidak ada laporan rusuhan dilaporkan menyebabkan gas pemedih mata itu dlepaskan. Blog, itu biasa. Ditanya media tentang klip video insiden tersebut di Youtube.com, Ahmad Zahid berkata: "Itu boleh diambil (daripada) gambar lama." |
0 comments Labels: malaysiakini, PRK, UMNO haprak
BN menang di Batang Air dengan majoriti 1,854 undi
LUBOK ANTU 7 April – Calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air dengan majoriti 1,854 undi.
Malcom Mussen Lamoh dari BN memperoleh 3,907 undi menewaskan calon PKR, Jawah Gerang yang memperoleh 2,053 undi. - Utusan
0 comments Labels: PRK, Sarawak
Pelbagai gelagat dan kelaku - PRK Bkt Selambau
0 comments Labels: bloggers united, Perak, PRK
Foto sekitar pengundian Bkt Gantang.
msomelayu
SEBOLEH-BOLEHNYA saya tidak sesekali akan mencuri gambar dari mana-mana blog atau protal berita lain untuk menjadi hiasan blog saya. Saya akan cuba mengambil gambar sendiri dan mengelakkan dari memaki gambar saduran. Sejak dari pagi tadi blog Merah Tinta seolah lesu kerana tidak memaparkan kemeriahan di pusat-pusat pembuangan undi di Bukit Gatang atau Bukit Selambau.
Terasa blog seperti hina bila tandus dengan foto. Apa lagi apabila membelek blog lain ada memaparkan pelbagai gambar di sekitar pusat-pusat pengundian terasa hiba dan sedih. Blog-blog yang lain juga yang menyambung terus dengan blog utama turut sama mencecuk gambar-gambar yang disiarkan. Maka jadilah gambar-gamabr itu sterotaip saja.
Menjadi prinsip saya akan memepertahankan kod etik selaku penulis. Mungkin ada penjenguk yang merasa sesuatu kekosongan bila catatan dan laporan tidak disertakan gambar walaupun gambar yang diakseskan dari blog atau laman-laman protal berita lain. Sorry le!
Tidak mengapa, saya lebih senang blog saya tanpa gambar daripada menyiarkan gambar yang sama. Dan dalam keadaan masa bergerak pantas, serba kekurangan adalah sukar bagi saya untuk bersaing dengan blog atau protal berita lain yang cukup segala peralatan dan tenaga manusianya. Hanya dengan sebatang kara apalah yang dapat dilakukan!
Pun begitu kerana ingin memaparkan dan mempersembahkan sesuatu yang memuaskan hati penjenguk, saya terus mencari dan memburu jurugambar Siasah, Zamzarina untuk mendapatkan gambar-gambar daripadanya. Zam pula keseorangan terpaksa bekerja ke sana kemari untuk merakamkan gambar dari beberapa lokasi yang termampu.
Dan apa yang menjadi masalah lagi di Bukit Gantang ini kemudahan internetnya tidak begitu memuaskan. Sama ada untuk download dan mengirimkan berita dan gambar memakan masa panjang kadang-kadang memboringkan.
Bagaimana pun dalam serba kepayahan dan kekurangan, di sini disertkan juga beberpa keping gambar yang dirakam Zamzarina di sekitar pusat pengundian di beberapa lokasi yang tidak disebutkan kepada saya. Ini menyebabkan keterangan gambar ini tanpa disertakan tempat dan semata-mata berpandukan kepada ilusi dan interpretasi saja. Terima kasih Zam walaupun lewat namun gambar-gambar ini masih mampu menceritakan segalanya kepada penjenguk blog Merah Tinta. Terima kasih! [bkt gantang 6:10 pm 07/05/09]
Ahmad Awang mengangkat tangan gembira mungkin berpuas hati dengan perayu undi dan petugas Pas.
Ini dia Naib Presiden Pas yang paling aktif dan kuat bekerja membantu bagi memastikan kemenangan Pas.
Foto ini ada ceritanya tersendiri. Petugas Pas bergambar
Sesuatu yang senang dilihat, anak gadis menjadi petugas siarraya Pas.
Tercengang pertugas pemuda UBN apabila melihat gadis jelita mengibarkan bendera Hijau.
Ini pula lagak petugas 'pemuda' Pas!
Apakah wanita ini akan kekal selamanya dengan UBN?
0 comments Labels: gambar, msomelayu, Perak, PRK
Sejarah Dalam PR, Penyokong tidak Berganjak, Perhimpunan ditutup dengan Doa
cina islam
Dalam keadaan hujan semakin lebat akhirnya, masa pengundian tamat jam 5.00 petang sebentar tadi.Penyokong kedua pihak nampaknya tidak mahu berganjak dari pintu masuk sekolah tempat mengundi.
Bagi pihak PAS Majlis bacaan doa diketuai oleh Dato' Ibrahim Tuan Man.Anehnya UMNO mengikut trend PAS dengan berdoa juga diakhir perhimpunan.
Cuma bezanya PAS dengan BN adalah Ulama' terkenal dan yang aminkan semuanya insya Allah taat kepada hukum ALLAH. Semuanya sembahyang dan menutup aurat bagi yang muslimatnya.
Pelik bin ajaib sebelah BN tukang baca doa pakai topi dan tok jahil.Ahli yang aminkan adalah pelanggar hukum ALLAH.
Mudah-mudahan doa kami akan dimakbulkan oleh ALLAH.orang hindu pun hairan macammana BN ikut trend PAS hari ini.
Inilah pening lalat yang menghiasi saat akhir sebelum kami bersurai.
0 comments Labels: bloggers united, Perak, PRK
GEMPAK : Selingan dari Bukit Gantang [Trong 12.30pm]
Penyokong PAS sebelah kanan
- Pagi pagi lagi sekitar jam 7.30am kami terserempak dengan sekumpulan konvoi BN bersama 4 biji bas yang agak mencurigakan. 3 daripada Bas tersebut adalah bas yang berjenama MERCY.
- Kebanyakkan penyokong BN terdiri daripada budak-budak hingusan samada lepasan SPM atau diimport dari mana-mana kem PLKN untuk membantu raih undi.
- BN umpama tidak mempunyai penyokong yang tersendiri kerana budak-budak ini tiba beramai-ramai dengan bas demi untuk menjadi wakil UMNO di sini.
- Penyokong Pakatan Rakyat 5 kali ganda lebih ramai daripada penyokong BN. Ini membuatkan penyokong BN tenggelam sama sekali dan dalam keadaan trauma. Dari segi saikologi, gayanya seperti ingin berubah menyokong pakatan selepas PRK dua bukit nan sebatang.
- Daripada 10 kenderaan yang punya trademark, 8 daripadanya membawa bendera PAS / Pakatan dan selebihnya BN.
- Keadaan amat positif buat masa ini untuk kem pakatan rakyat, namun debaran masih terasa kerana PRK kali ini dikatakan sengit.
- Pemimpin yang hadir termasuk YB Hassan Ali dan YB Sivakumar.
Laporan edyesdotcom (bloggers networt @ Malaysia) Dari Trong, Bukit Gantang
0 comments Labels: bloggers united, Perak, PRK
Pilih pemimpin berjuang dunia, akhirat - Haron Din
Azamin Amin Mon | Apr 06, 09 | 8:54:37 am MYT | |
"...suasana yang tidak stabil di Perak. Angkara siapa? Bukan Nizar. Nizar menjadi mangsa." Sebelum para penduduk Parlimen Bukit Gantang membuat membuang undi pada 7 April, tokoh agama dan Timbalan Musryidul Am PAS Dato' Dr Haron Din memberitahu Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN panduan memlih pemimpin yang dituntut agama, sekaligus memberi kesan di dunia dan akhirat serta dalam masa sama demi membela nasib rakyat dan Nizar Jamaluddin yang teraniaya akibat Umno-BN yang mencetuskan suasana huru-hara di Perak tempoh hari. 1.Boleh Dato' jelaskan bagaimana Islam melihat pilihan raya sebagai satu wadah perjuangan untuk menuju kebahagiaan dunia dan akhirat serta ciri sebetulnya memilih pemimpin untuk rakyat? Haron Din : Pilihan raya adalah satu tuju arah yang boleh di lihat dalam dua dimensi. Pertama apa tujuan sebenar calon yang bertanding? Kedua kewibawaan dan ketokohan orang serta parti itu. Tentang tujuan ada yang semata-mata berjuang kerana dunia seperti Umno dan ada yang bertujuan untuk dunia dan akhirat. Calon Umno dan partinya itu, umum telah mengetahui ianya bertujuan untuk dunia dan kepentingan diri semata-mata. Banyak sudah dibuktikan. Calon PAS pula telah dibuktikan bahawa perjuangannya untuk dunia dan akhirat. Dato' Seri Nizar Jamaluddin berada dalam kelompok perjuangan yang sudah tentu menghadapi banyak musuh yang banyak mempunyai kepentingan duniawi. Siapa sahaja sejak zaman Nabi dan para sahabat, berperang, ada sahaja yang menjadi musuh. Nabi Muhammad saw sendiri mempunyai musuh terdekat iaitu bapa saudaranya. Itu tanda syaitannnya 'lebih kuat' untuk mengganggu orang yang baik. Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Nizar mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Manakala satu parti lagi dakwa bersifat kebangsaaan Melayu (Umno) dan tidak ada apa yang diperjuangkan untuk bangsa Melayu. 2. Kata parti lawan seolah-olah mereka adalah juara memperjuangkan agama, bangsa dan negara? Mereka melaungkan dan dakwa. Kalau nak kira dakwa, budak kecil juga boleh dakwa. Sudah hampir lebih 52 tahun diberi kuasa, apa yang dilakukan untuk Islam malah ia merosakkan lagi ada. Mereka pamer kepada masyarakat bahawa seolah-olah Islam ini tidak sempurna. Jadi untuk itu, mereka buat Islam Hadhari untuk tampung Islam sebenar. Sejak daripada Islam Hadhari diwujudkan apa yang mereka buat untuk Islam sesuai seperti yang dicanangkan?Tidak ada yang mereka buat, cakap tidak serupa bikin. Wadah untuk pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat. Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat. Jika kalah, Umno akan mendabik dada kononnya mereka masih relevan sedangkan hakikat telah pun ditolak pada pilihan raya 8 Mac lalu. Saya seru proses penolakan ini diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, ia mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat. Pilihan raya ini bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat. 3. Dalam Perhimpunan lepas, mereka kata insaf dan mahu melakukan perubahan, adakah ini satu jaminan dan mampu menarik sokongan rakyat kembali kepada Umno-BN ? Kematangan rakyat terhadap politik tidak boleh lagi dikaburi dengan slogan-slogan pemimpin Umno dan BN sedangkan slogan-slogan yang dikatakan selama ini memakan diri. Ini senjata makan tuan. Cuba kita lihat keadaan ini. Umno dikatakan sudah matang memilih pemimpin. Takkanlah sudah 63 tahun Umno ditubuhkan, baru nak matang? Itu belum lagi dewasa. Mereka mencanangkan perubahan? Apa perubahan yang dibuatnya? Adakah bertukar daripada yang dilihat bersih kepada tidak bersih. Maksudnya, peralihan kuasa daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang nampak bersih berubah kepada Dato' Seri Najib Tun Razak yang terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan jenayah. Media Asing pun membicarakannya dan masyarakat antarabangsa. Adakah rakyat nampak Najib lebih bersih? Begitu juga dengan jawatan Ketua Pemuda Umno yang berubah kepada Khairy sedangkan beliau sebelum ini disabitkan gejala rasuah oleh Lembaga Displin Umno. Hukuman ringan dan diberi amaran sedangkan disabitkan. Ahli Umno pilih Khairy berbanding Dato' Mukriz Mahathir yang dilihat agak bersih daripada tuduhan. Jelas perubahan yang dilakukan oleh Umno ialah menolak yang bersih dan memilih yang tidak bersih. Itukah yang dinamakan perubahan? Para pengundi di tiga pilihan raya ini perlu melihat persoalan ini sebelum memberi undi dan dengan rasa tanggungjawab untuk selamatkan negara daripada pemimpin-peminpin yang tidak bersih. 4. Bagaimana Dato' melihat parti yang mengucar-kacirkan Perak dengan 'rampasan kuasa'. Rakyat telah pilih dan pentadbiran berjalan dengan baik di samping rakyat hidup dalam aman tiba-tiba, dikejutkan dengan peristiwa rakus oleh BN di Perak menyebabkan Nizar dianiaya dan dikecam? Golongan rakus kuasa, selama-lamanya akan melihat dan menantikan peluang untuk melakukan dengan apa cara sekalipun. Bagi kes Perak, Umno-BN melihat realiti mereka tidak mampu pertahankan kedudukan. Rakyat sudah hantar mesej jelas tolak Umno-BN dan jika mereka nak mengharapkan pilihan raya akan datang iaitu yang ke-13, mereka tidak mampu dan bimbang akan kalah lagi. Maka peluang di Perak, mereka rampas kuasa. Bila ia berlaku, rakyat Perak rugi. Pentadibiran 'jem'. Mesyuarat exco seminggu sekali untuk membela rakyat tidak dapat dibuat. Pejabat MB yang selalunya dikunjungi rakyat untuk selesaikan masalah sudah tidak berfungsi. Pegawai kerajaan negeri menunggu arahan dan polisi tidak berjalan..Gaji dibayar tetapi pentadbiran sangkut. Pelabur takut. Yang rugi ialah negeri dan rakyat. Manakala untuk mempertahankan kuasa ianya melibatkan proses mahkamah yang mana ianya tidak boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat. Selagi tidak bubar DUN, mahkamah akan teruskan kes tapi ada tangguh-tangguh, rayu dan rayu sehinggalah ke pilihan raya 13 akan datang. Umur dewan DUN Perak berakhir 13 Mei ini. Genap 6 bulan jika tidak ada sidang DUN. Saya bimbang dan gerun nostalgia 13 Mei 1969. Ianya 'Ankubah' akibat buruk politik perakus kuasa yang mengancam demokrasi dan kestabilan rakyat termasuk menjejaskan institusi Raja-raja Melayu. 5. Jelaslah Umno-BN bersalah porak-perandakan Perak tanpa sabar menunggu pilihan raya umum akan datang untuk kembalikan mandat pada rakyat? Semua ini wajar diletakkan atas kesalahan Umno-BN kerana mereka yang merancang berlaku sehingga tercetus suasana yang tidak stabil di Perak. Angkara siapa? Bukan Nizar. Nizar menjadi mangsa. Saya seru para penyokong dan pengundi bukan saja di Bukit Gantang tetapi di Bukit Selambau dan Batang Ai untuk menangkan Pakatan Rakyat dan tumbangkan Umno-BN. Beri undi pada Nizar yang dianiaya dan singkirkan perampas kuasa. 6. Strategi parti lawan meletakkan Nizar sebagai penderhaka dan tamak kuasa oleh parti lawan, bagaimana Dato' tafsirkan ini? Bab dakwa Nizar derhaka hanyalah permainan politik Umno-BN, yang sengaja meletakkan istilah derhaka bukan pada tempatnya. Jawatan Menteri Besar bukan hak dia seorang tetapi parti yang juga dipilih oleh rakyat. Parti yang memilih Nizar menjadi MB dan parti didokong oleh rakyat dan rakyat restui beliau jadi MB dan jika dia letak, dia khianati amanah rakyat. Lagi pun kenapa mesti letak jawatan? Apa kesalahan yang beliau buat? Pakatan Rakyat 28 kerusi manakala Umno-BN 28 kerusi dan 3 bebas, jadi kenapa perlu letak jawatan? Ini bukan kes derhaka tetapi dimanipulasi Umno-BN. Sebenarnya, sejujur-jujurnya, siapa yang menderhaka kepada Raja, saya sendiri tahu pengalaman dan cerita itu tetapi tidak elok diperbesar-besarkan. Kita mesti letak calon yang mampu meraih kemenangan. Dan ini kes kita kembalikan kepada rakyat. Maka Nizarlah menjadi calonnya sama ada untuk rakyat pilih atau sebaliknya. Ini bukan kali pertama. Sudah jadi amalan. Undang-undang pun tidak pernah menyekat. Dalam kes ini Nizar dianiaya. Ianya dirujuk kepada rakyat untuk buat keputusan tetapi Umno-BN tidak mahu DUN dibubarkan. Rujuk pada rakyat. Letak Nizar sebagai calon dan jika rakyat pilih Nizar, ini bermakna rakyat bijak buat keputusan. 7. Bagaimana Dato' melihat watak Nizar itu sebagai pemimpin yang diterima rakyat, mampu menyatu-padukan kaum di samping menjadi pendakwah kepada agamanya? Nizar salah seorang calon yang dikenali pasti sejak dulu lagi, mampu memimpin dunia dan akhirat bukan sekadar 'educated, engineer dan warak'. Dia mempunyai pakej seorang pemimpin yang berwibawa. Masyarakat Cina dan India juga suka kepada beliau. Malah imam di Masjid Simpang Taiping pun meminta Nizar menjadi imam dan secara tidak langsung mengakui Nizar adalah lebih baik. Kealiman dia, kewarakan, kefasihan bahasa, ketrampilan dan karisma, semua kelebihan ada pada Nizar . Kenapa tak minta Tan Sri Muhyidiin, Dato' Zambry ke atau pemimpin Umno yang lain jadi imam? 8.Mengundi mempunyai kaitan rapat dengan Akhirat dan tanggungjawab umat Islam dalam memilih pemimpin, boleh Dato' jelaskan? Mengundi adalah memilih pemimpin. Bagi pemimpin Islam, ianya tidak habis di dunia sahaja malah akan dipertimbangkan dan dipertanggungjawab oleh Allah sampai kiamat.Sehingga di kiamat ada satu episod dalam surah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ; "Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. "Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! " Ayat di atas jelas beri isyarat kepada persoalan memilih pemimpin kerana itulah kita mesti sentiasa berdoa. "Ya-Allah, jadikanlah kepada kami, orang yang mengikut pemimpin-pemimpin yang bertaqwa." Bagi kes ini, kita mesti pilih yang pentingkan perjuangan dunia dan akhirat. |
0 comments Labels: Harakahdaily, pemimpin rakyat, wawancara
Tahanan ISA tidak boleh keluar kawasan - Syed Hamid
Mstar Online
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Sekatan kepada dua pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) supaya tidak keluar daripada kawasan masing-masing bertujuan bagi mengawal pergerakan mereka.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sekatan tersebut bertujuan bagi memastikan pihak polis mengawal pergerakan mereka sehingga tempoh pemantauan berakhir.
"Sekatan seperti ini adalah perkara yang lazim dibuat untuk lihat perkembangan tahanan yang dibebaskan.
"Dua orang pemimpin Hindraf ini sepatutnya dibebaskan pad 13 Disember 2009, tapi kita gantung pembebasan mereka dan biarkan mereka bebas di luar namun dengan sekatan sehingga 13 Disember 2009," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa pembebasan Peguam Hidraf, V. Ganabatirau dan R. Kenghadharan adalah tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kediaman masing-masing.
Lim juga mendakwa sekatan itu merupakan sesuatu yang memalukan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahukan kebebasan kepada rakyat dan amalan demokrasi dipraktikkan dalam kepimpinannya.
"Ganabatirau tidak boleh keluar daripada Shah Alam dan Kenghadharan tidak boleh keluar daripada Petaling Jaya.
"Ini perkara biasa bagi tahanan yang dibebaskan sebelum tempoh masa," katanya.
Menurut Syed Hamid lagi kedua-dua mereka juga hanya dibenarkan berada di luar kediaman masing-masing bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang.
"Mereka hanya boleh keluar rumah dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang, lepas itu kena pulang.
"Mereka juga perlu melapor diri kepada polis di kawasan masing-masing pada setiap hari Isnin," katannya.
Ganabatirau dan Kenghadharan adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan selepas Najib dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.
0 comments Labels: ISA, mstar online
Penjual topeng Altantuya ditahan polis untuk siasatan!
Sehingga jam 7.00 malam tadi mereka masih di IPD Taiping. Topeng wajah Altantuya itu kelihatan dijual secara terbuka dan meluas sejak hari penamaan calon pada pilihan raya kecil Bukit Gantang, 29 Mac yang lalu.
Isu dan wajah Altantuya terlalu sensitif di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana ia seolah-olah "menikam" individu tertentu yang dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri KDN, Syed Hamid Albar mengeluarankan arahan agar isu Altantuya tidak dibangkitkan pada pilihan raya kecil kali ini.
0 comments Labels: Altantuya, bloggers united
Umno berkelakuan lucah
Sikap biadap pimpinan Barisan Nasional dan Pemuda Umno semakin terdesak apabila saat saat akhir hari pengundian hanya tinggal 5 jam lagi.
Bukit Gantang-pemuda Umno dan Barisan Nasional bertindak melondehkan salah seorang petugas serikandi ketika mereka sedang mengedarkan risalah di sekitar Parlimen Bukit Gantang daerah simpang.
Ketua Serikandi Pusat, Siti Aisyah tela dihubungi untuk respons beliau dan ketika ini beliau masih di Ibu Pejabat Polis Daerah Simpang untuk memebuat laporan.
Hal ini juga telah sampai ke pengetahuan Ketua Wanita Keadilan Pusat YB Zuraida Kamaruddin untuk di ambil tindakan. Tindakan tidak bermoral pihak Barisan Nasional di lihat semakin biadap menjelang saat saat akhir dan mereka seolah terdesak apabila peluang kemenangan semakin tipis bagi pilihan raya kecil Bukit selambau.
Sebelum ini Aisyah memberitahu mereka cuba menakut nakutkan jentera serikandi dengan mengekori pergerakan mereka dan pernah sekali mereka meninggalkan nota di kenderaan serikandi berkenaan. Dua laporan polis telah di buat dan setakat ini tiada tindakan di ambil.
0 comments Labels: bloggers united, rosak akhlak, UMNO haprak
Umno berkelakuan lucah
Sikap biadap pimpinan Barisan Nasional dan Pemuda Umno semakin terdesak apabila saat saat akhir hari pengundian hanya tinggal 5 jam lagi.
Bukit Gantang-pemuda Umno dan Barisan Nasional bertindak melondehkan salah seorang petugas serikandi ketika mereka sedang mengedarkan risalah di sekitar Parlimen Bukit Gantang daerah simpang.
Ketua Serikandi Pusat, Siti Aisyah tela dihubungi untuk respons beliau dan ketika ini beliau masih di Ibu Pejabat Polis Daerah Simpang untuk memebuat laporan.
Hal ini juga telah sampai ke pengetahuan Ketua Wanita Keadilan Pusat YB Zuraida Kamaruddin untuk di ambil tindakan. Tindakan tidak bermoral pihak Barisan Nasional di lihat semakin biadap menjelang saat saat akhir dan mereka seolah terdesak apabila peluang kemenangan semakin tipis bagi pilihan raya kecil Bukit selambau.
Sebelum ini Aisyah memberitahu mereka cuba menakut nakutkan jentera serikandi dengan mengekori pergerakan mereka dan pernah sekali mereka meninggalkan nota di kenderaan serikandi berkenaan. Dua laporan polis telah di buat dan setakat ini tiada tindakan di ambil.
0 comments Labels: bloggers united, rosak akhlak, UMNO haprak
Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja
Ahmad Tajdid Mon | Apr 06, 09 | 3:35:16 pm MYT | |
SEORANG perwakilan Umno daripada Pulau Pinang mengejutkan perhimpunan agung Umno pada tahun 1991 dengan pertanyaan sinis: "Siapakah tikus yang sanggup menggantungkan loceng di leher kucing." Dewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk. Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi 'sidang penderhakaan' terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan Raja-raja. Matlamatnya satu, mahu perlembagaan dipinda bagi membataskan kuasa dan menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu. Dato' Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat. Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya. Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana. Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden. Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)." Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu. 18 tahun kemudian Lapan belas tahun kemudian, di Bukit Gantang; Dr Mahathir yang baru dua hari menyertai Umno mencerca calon PAS, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin kerana kononnya menderhaka kepada Sultan Perak. "...'Saya pohon derhaka'. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar," kata Mahathir dihadapan ribuan penyokongnya. "Kalau tidak bersetuju (kepada raja), kita tidak bersetuju, OK. Tapi jangan sampai kata mohon menderhaka. Wah, bukan main, besar," kelentong Dr Mahathir. Tidak payahlah rasanya untuk kita mengulas kenyataan 'negarawan' itu. Sejarah panjang pentadbiran Mahathir sudah cukup untuk menyaksikan peri derhakanya beliau kepada Raja-raja Melayu. Cuma dikesalkan adalah kelompok Melayu penyokong Umno di Bukit Gantang yang masih bersorak-sorai menyokong Dr Mahathir, si tikus tua yang kononnya masih punyai aura untuk memartabatkan Umno dan BN. Sungguh benar kenyataan Dr Mahathir... "Melayu mudah lupa"._ |
0 comments Labels: dr det, Harakahdaily, Sultan
Anak PM jalani hidup biasa.
Oleh Haika Khazi
Rosmah bersama Riza Shahriz (kiri), Nooryana Najwa dan Norashman Razak di KLIA, malam kelmarin. |
Ibu bapa orang kenamaan bukan satu keistimewaan, kelebihan
SEPANG: "Kami tetap perlu berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan... bukan kerana kami anak orang kenamaan."
Itu pendirian anak Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang tetap merendah diri dan menjalani kehidupan harian seperti biasa walaupun bapa dan ibu mereka Perdana Menteri dan wanita pertama Malaysia.
Bagi Nooryana Najwa, 20, beliau tidak pernah kekok atau melalui perbezaan kehidupan terlalu ketara apabila bergelar anak Perdana Menteri.
Pelajar jurusan politik dan perhubungan antarabangsa di Georgetown University, Washington, Amerika Syarikat itu berkata, status sebagai anak pemimpin nombor satu Malaysia tidak memberi sebarang keistimewaan dan kelebihan.
"Kami tetap tinggal di asrama bersama pelajar lain. Daddy (Najib) juga tidak berubah apabila berada di rumah... sikapnya sama seperti bapa lain," katanya.
Nooryana Najwa ditemui ketika bersama adiknya, Norashman Razak, 18, menunggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini untuk berangkat ke Washington, malam kelmarin.
Norashman Razak, pelajar tahun pertama di universiti sama pula berkata, mereka tetap perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan walaupun bergelar anak Perdana Menteri.
"Saya merahsiakan status diri daripada pengetahuan rakan di universiti. Kami kena berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan membuatkan daddy bangga dengan kejayaan kami," katanya.
Seorang lagi anak Rosmah, Riza Shahriz, 31, berkata walaupun ibunya wanita pertama Malaysia, kehidupannya tidak berubah dan perlu mencari rezeki seperti biasa sebagai kakitangan HSBC di London.
"Kami sedar beliau (Najib) memikul tanggungjawab besar dan akan cuba sedaya upaya tidak menyusahkannya dengan menjadi anak yang baik supaya beliau boleh memberikan perhatian dan komitmen 150 peratus untuk mengurus negara," katanya.
Bagi Rosmah, anaknya tidak perlu diberikan layanan istimewa kerana beliau mahu mereka menjalani kehidupan seperti rakyat biasa.
"Tiada layanan istimewa... mereka perlu bawa beg sendiri dan melalui pemeriksaan imigresen seperti penumpang lain ketika berangkat ke luar negara kerana saya mahu mereka menjalani kehidupan seperti rakyat biasa," katanya.
0 comments Labels: Berita Harian, najib razak
Orang Melayu Perak turut dapat tanah
Johari Jaafar Mon | Apr 06, 09 | 5:16:14 pm MYT | |
BUKIT GANTANG: Penganugerahan hak milik tanah kepada rakyat Perak berketurunan Cina dijadikan modal oleh BN untuk membangkitkan isu perkauman dan kemarahan pengundi Melayu kepada Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin. Nizar dituduh sebagai 'Menteri Besar Boneka DAP' kerana memberikan tanah kepada orang Cina sahaja. Tohmahan ini disebarkan di Bukit Gantang oleh para pemimpin Umno yang gilakan kuasa dan mahu mempertahankan rampasan kuasa yang mereka lakukan. Bagaimanapun tohmahan itu tidak mudah ditelan rakyat negeri ini. Penduduk di Kampung Kurnia Jaya, Taiping contohnya tahu pemimpin mana yang membela nasib mereka dan pemimpin mana yang hanya menabur janji. "Kampung Kurnia Jaya ini dahulu tapak bekas lombong, selama 30 tahun kampung ini menjadi tanah setinggan, penduduk di sini sering kali dijanjikan dengan geran hak milik setiap kali pilihan raya oleh pemimpin pemimpin Umno," kata Ketua Kampung Rahmah dan Kampung Kurnia Jaya, Yahya Sidek. Penduduk katanya sudah bosan dengan janji-janji Umno yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah mengotakannya. "Semasa pemerintahan BN, pihak tertentu telah menggazetkan kampung ini sebagai tanah kosong yang tidak ada penghuni dalam peta Mukim Asam Kumbang, sedangkan di sini ramai penghuni. Tanah kampung ini kemudiannya telah dibeli MK Land sebelum pilihan raya umum ke-12," ujarnya. Apabila Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak dan Roslan Shaharum menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang, masalah penduduk di sini telah dikemukakan kepadanya dan beliau berjanji menyelesaikannya dalam tempoh dua tahun. "Pada 16 Disember lalu telah diadakan taklimat dengan Pejabat Tanah Taiping dan dialog diadakan di Dewan Orang Ramai Kamunting bersama Menteri Besar, Ir Mohamad Nizar. "Pegawai Daerah memberi jaminan urusan menyukat tanah diselesaikan pada Mac. "Kemenangan Pakatan Rakyat telah membuka sejarah baru bagi penduduk di sini. Kerajaan negeri telah membatalkan perjanjian dengan pihak pemaju. "Serentak dengan itu juga pada 11 Jun 2008 Menteri Besar telah menggazetkan tanah ini untuk diberikan geran hak milik," jelas beliau. Menurut Yahya, keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat meluluskan tanah tersebut untuk diberikan hak milik membuktikan Ir Nizar memberikan tanah kepada orang Melayu, sekaligus menafikan tohmahan BN kononnya Nizar hanya memberi tanah kepada orang Cina. "Tidak lama selepas episod rampasaan kuasa, Dato' Zambry ada datang ke sini dan memaklumkan kononnya pihak beliau telah meluluskan tanah perkampungan ini untuk diberikan hak milik. "Ini satu penipuan kerana hak milik tanah ini telah diluluskan oleh Nizar selaku Menteri Besar," katanya. Kenyataan Yahya disokong seorang penduduk, Mohd Hassan Ahmad yang telah tinggal di kampung itu sejak 15 tahun lalu. "Cerita hendak beri hak milik tanah ini sudah lama, setiap kali pilihan raya pemimpin Umno berjanji, tetapi janji hanya tinggal janji," katanya. Beliau selaku ahli Jawatankuasa Bertindak Masalah Tanah di kampung itu turut kesal apabila jawatankuasa 'mee segera' yang diwujudkan pihak tertentu bertindak sebagai 'hero' kononnya merekalah yang menyelesaikan masalah hak milik tanah di kampung itu. Penduduk di sini, katanya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat kerana meluluskan permohonan tanah dan memberikan hak milik kepada mereka. Beliau bagaimanapun kesal apabila Zambry ketika datang ke kampung itu mendakwa telah meluluskan permohonan tanah tersebut. "Ini satu penipuan sekaligus menafikan apa yang telah dibuat oleh Ir Mohamad Nizar. "Zambry juga berjanji dalam masa dua minggu urusan mengeluarkan geran hak milik tanah akan selesai tetapi hingga sekarang belum diperolehi; penduduk sudah bosan dengan janji BN," ujarnya. Seorang lagi penduduk Othman Lah, turut sependapat dengannya dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang prihatin dengan masalah penduduk di sini. "Tohmahan BN yang mengatakan Nizar beri tanah kepada orang Cina sahaja tidak berasas, orang Melayu kampung ini turut diberikan hak milik tanah," katanya. Kampung Rahmat dan Kampung Kurnia Jaya dahulunya adalah kubu kuat Umno tetapi kini berubah menjadi 'kawasan hutam' bagi Umno. Sekiranya pada PRU ke-12 lalu BN berkuasa lagi, tambah Othman, penduduk kampung terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada jiran-jiran kampung berdekatan kerana tanah dan Kampung Kurnia Jaya Tambahan sudah tiada lagi.- tajdid _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, melayu kita, Perak
Salahkah Orang Kafir Baca Quran?
msomelayu
PARA pemuka Islam kini kalut membuat laporan polis terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (foto) kerana Kor Ming membaca sepotong ayat Quran dalam ceramahnya. Cara Kor Ming membaca ayat Quran itu dikatakan telah menghina dan mempersendakan kitab suci Islam itu.
Mufti Perak, Harunssani Zakaria juga turut sama bangkit mengecam dengan bertanya apa hak Kor Ming membaca ayat Quran kerana dia (Kor Ming) tidak beriman kepada Islam?
Kenyataan dan pertanyaan Harussani itu mengejutkan! Apakah orang kafir tidak boleh membaca ayat Quran? Begitu sekali kerasnya Islam sampai melarang orang bukan Islam daripada membaca kitab suci itu.
Dalam hal ini saya merasa aneh dengan tingkah laku umat Islam negara ini yang begitu sensitif bila menyentuh soal agama. Sensitif yang berlaku itu pula tidak kena pada tempatnya. Macam mana orang bukan Islam hendak mengetahui keistimewaan Quran dan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. itu kalau mereka tidak boleh membaca ayat al-Quran?
Tidak ada pula didalam Quran ayat-ayat menjelaskan Quran tidak boleh dibaca oleh bukan Islam. Yang ada ialah ayat-ayat Quran yang mencela mereka yang tidak beriman dengan al-Quran. Tidak ada juga ayat yang melarang orang kafir daripada menyentuh al-Quran?
Dalam hal ini siapakah yang tidak beriman dengan al-Quran? Saya rasa bukan saja Kor Ming tetapi orang Islam (Melayu) juga tidak beriman dan yakin dengan Quran dan sunnah.
Tidak beriman dan yakin dengan Quran ialah tidak mengambil ayat-ayat Quran sebagai panduan dalam memerintah negara. Demikian juga mereka yang menghina janggut nabi juga manusia yang mempersendakan Rasulullah.
Dalam kes Kor Ming ini saya tidak nampak yang Setiausaha DAP Perak itu mencela dan menghina al-Quran. Seharusnya umat Islam dan para pemuka Islam memuji langkah Kor Ming itu dan merasa bangga sebab Kor Ming merujuk kepada Quran. Beliau tidak merujuk kepada Bible, Taurat atau pun Zabur untuk menguatkan hujahnya. Tetapi dia rujuk kepada Quran. Itu merupakan satu keistimewaan kepada Islam.
Umat Islam negara ini khasnya mereka yang mempertikaikan tindakan Kor Ming itu saya rasa tidak luas pengetahuannya dalam ilmu agamanya. Mereka tidak sampai mencecah ilmu syariat, tariqat, hakikat dan marifat. Mereka lebih terkongkong dengan ideologi politik partisan.
Di Kelantan orang Cina membaca ayat Quran dalam ceramah politiknya sesuatu yang tidak pelik dan asing. Tahun-tahun 70-an Pengerusi MCA Kelantan, Foo Chow Yong sering kali membaca ayat Quran dalam ceramah-ceramahnya dan juga ucapan rasmi sebagai Exco Kerajaan Kelantan.
Saya masih ingat ayat yang menjadi kesukaanaya ialah ayat dalam surah Al-Imran: 103 yang bermaksud; Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepadamu."
Chow Yong membaca ayat itu menyeru orang supaya bersatu padu dan tidak berpecah belah. Seruan supaya berpadu adalah ajaran Islam. Maksud dan tujuannya samalah dengan ayat yang dibaca oleh Kor Ming itu yang bermaksud hendaklah kamu (pemerintah) berlaku adil sesama insan (manusia).
Kalaulah Kor Ming tersalah quote, kenapa perlu membuat laporan polis. Sepatutnya kesalahan itu ditegur dengan baik dan penuh hikmah. Shabul Samaah Mufti Perak, Harussani sepatutnya memanggil dan mengajar Kor Ming dengan bacaan yang betul dan benar. Beliau bukannya melenting dan menunjukkan sikap perang dengan bukan Islam.
Di Kelantan bila Chow Yong baca ayat Quran umat Islam tidak melatah. Tidak ada ustaz, atau pun tok iman dan NGO Islam yang membuat laporan polis mendakwa dia mempersendakan Islam. Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham mengenai hal itu dan tidak mudah memandang serong kepada orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat Quran.
Sepatutnya umat Islam di Perak dan juga mereka yang mempertikaikan tindakan Kor Ming itu belajar dan mengambil iktibar apa yang dilakukan oleh rakyat Kelantan.
Sikap dan ketinggian kefahaman mengenai Islam itu nampaknya masih diteruskan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto). Nik Aziz bila ditanya mengenai Kor Ming itu tidak melenting dan melihatnya penuh bijaskana. Katanya, “sepatutnya Kor Ming lama dah membaca al-Quran dan tindakan beliau itu hasil dakwah Pas.”
Mufti Kelantan juga ketika itu Allahyarham, Datuk Haji Mohamad Noor, tidak pun menegur tindakan Foo Chow Yong itu. Apakah dalam soal ini, Mufti Perak Harussani merujuk kitab berlainan dengan kitab yang rujuk oleh Mufti Datuk Haji Mohammad Noor, Mufti Kelantan dalam melihat kes Foo Chow Yong itu?
Cara pemuka Islam yang membuat laporan polis dan Mufti Perak menegur Kor Ming itu ia menyebabkan orang bukan Islam jadi semakin takut dan gerun untuk mendekati Islam. Bagi saya tindakan dilakukan oleh umat Islam yang bertujuan menyokong UBN itu tidak bersifat fatah dan berfahaman sempit. [wm.kl. jam 9:00 pm 06/04/09]
0 comments Labels: hina Islam, msomelayu, penjelasan isu