| | |
Oleh Rosli Ismail / Agendadaily | |
Jumaat, 04 April 2008 | |
PAGI Khamis kebanyakan ahli parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat iaitu PKR-DAP-PAS hadir untuk orientasi di bangunan parlimen. Suasananya seperti budak baru nak masuk universiti mendaftar diri, mengenali prosedur parlimen dan sebagainya.
Ahli parlimen Permatang Pauh dengan anaknya Nurul Izzah dari Lembah Pantai,Lim Kit Siang dari Ipoh Timor dengan Lim Guan Eng,Karpal Singh Bukit Gelugor dengan anaknya Gobin Singh Deo ahli parlimen Puchong Seperti biasa sewaktu di luar sidang Dewan Rakyat ahli parlimen kerajaan dan pembangkang boleh saling bertegur sapa dan melempar senyuman macam tak ada hal. Bagaimana agaknya nanti pada 30 April ini bila Dewan Rakyat hasil pilihanraya 8 Mac mula bersidang. Komposisi para ahli parlimen kali ini memang menarik bukan setakat ramai jumlah pembangkang dalam sejarah Parlimen Malaysia. Yang paling ketara inilah pertama kali dalam sejarah Dewan Rakyat adanya tiga pasangan anak beranak serentak.
Khairy Jamaluddin dari Rembau pula dengan mertuanya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Kepala Batas. Khairy Jamaluddin dari Rembau pula dengan mertuanya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Kepala Batas. Lain halnya pula dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad, ahli parlimen BN dari Johor Bharu. Beliau duduk disebelah kerajaan manakala adiknya iaitu ahli parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad di barisan pembangkang. Kalau dikorek lagi dalam ada kes yang tidak kurang uniknya.Ia melibatkan Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bayangkan bagaimana nanti ahli parlimen Bagan Datoh itu disoal dan kena berdebat hal-hal melibatkan kementeriannya dengan dua orang bekas orang kanannya sendiri semasa beliau mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari tahun 1996 hingga 1998 dulu. Kini mereka duduk di gelanggang yang berbeza. Ahli Parlimen Machang Kelantan Saifuddin Nasution dari parti PKR ialah bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia.
Lain halnya pula dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad, ahli parlimen BN dari Johor Bharu. Beliau duduk disebelah kerajaan manakala adiknya iaitu ahli parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad di barisan pembangkang. Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin sendiri menduga suasana sidang Dewan Rakyat kali ini pasti berbeza dengan yang lampau. “Mestilah…kini mereka kena berdepan dengan 82 orang ahli parlimen pembangkang .Dulu 21 orang saja,”kata bekas ahli parlimen Larut itu yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kubu Gajah di kawasan Larut Perak kepada Agendadaily ketika diminta mengulas mengenainya. Lebih-lebih lagi sekarang BN cuma ada 77 ahli Parlimen biasa yang disebut sebagai backbencher tolak Menteri dan Timbalan Menteri. Ikut ceritanya sudah terdapat cadangan supaya pada masa sidang parlimen mesyuarat kabinet diadakan pada hari Jumaat dan bukan Rabu seperti sekarang. Sidang Dewan Rakyat diadakan dari pagi hingga petang Isnin hingga Khamis. Langkah ini bagi membolehkan seramai mungkin menteri dan timbalan menteri dapat menghadiri sidang bagi menghadapi jurang ahli dewan yang bezanya 40 orang saja antara penyokong kerajaan dengan pembangkang. Kalau dulu adakalanya bunyi loceng tidak cukup korum semasa sidang dewan namun keadaan itu dijangka berbeza kali ini. “Melihat pada jumlah ahli parlimen biasa BN dengan pembangkang jawabnya ahli parlimen BN juga susah nak ambil cuti dan sentiasa kena alert,”kata Raja Ahmad. Beliau menjangka perbahasan pasti berapi dan tugas para ahli parlimen BN khususnya backbencher lebih berat. Bukan saja Raja Ahmad tetapi ramai yang sudah awal-awal menduga begitu. Ini kerana yang enter frame dikalangan ahli parlimen pembangkang bukan calang-calang.Datuk Mahfuz Omar,ahli parlimen PAS Pokok Sena Kedah yang dikenali sebagai ‘ kaki bising’ sudah masuk balik. Jangan lupa Datuk Ibrahim Ali,Ahli parlimen bebas Pasir Mas, Kelantan.Semasa jadi ahli parlimen Barisan Nasional dulu beliau antara backbencher yang paling vokal semasa perbahasan melayak pembangkang. Azmin Ali,ahli parlimen Parti Keadilan Rakyatkawasan Gombak juga boleh tahan.Begitu juga rakannya Saifuddin ,N Gobalakrishnan dari Padang Serai ,Tian Chua dari Batu,Zulkifli Nordin dari Kulim Bandar Bharu dan Yusmady Yusof Balik Pulau. Dari PAS pula bukan saja Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah masuk balik setelah merampas semula kerusi parlimen Marang, parti itu sudah ada Dr Hatta Ramli dari Kuala Krai dan Nashrudin Mat Isa Bacok Ini belum lagi ambil kira Guan Eng dan bapanya Kit Siang. Selain ketiadaan Raja Ahmad sebagai menjadi penyerang utama BN semasa sesi perbahasan suara seorang lagi ahli parlimen BN yang vokal Datuk Mohd Said Yusof dari Jasin yang dikenali dengan gelaran ‘YB Kastam’ juga sudah tiada.Beliau tidak dipilih bertanding semula dalam pilihanraya umum kali ini. Orang lama tinggal Datuk Mokhtar Raden dari Kinabatangan pasti kena jenuh berentap.Begitu Datuk Mohamad Aziz Sri Gading. Namun mereka dapat rakan baru yang merupakan orang lama dalam parlimen iaitu Datuk Dr Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Rafidah Aziz yang digugurkan dari kabinet dan kini jadi ahli parlimen biasa. Jamaluddin,bekas Menteri Sains Teknoloji dan Inovasi juga ialah bekas Pengerusi BNBBC.
Kali ini semua orang tentu nak lihat bagaimana Khairy Jamaluddin beraksi. Apa agaknya senarionya bila beliau bertikam lidah dengan Nurul Izzah. Datuk Anifah Aman,Datuk Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Ghafur Salleh yang letak jawatan Timbalan Menteri setelah dilantik baru-baru ini akan duduk di barisan backbencher. Kali ini semua orang tentu nak lihat bagaimana Khairy Jamaluddin beraksi. Apa agaknya senarionya bila beliau bertikam lidah dengan Nurul Izzah. Begitu juga Datuk Muhriz Mahathir dari Jerlun. Seorang pendatang baru dan ‘panglima’ UMNO yang dikatakan mungkin menarik ialah Datuk Tajuddin Rahman,ahli parlimen kawasan Pasir Salak. “Saya yakin ahli parlimen BN mampu menanganinya.Apapun sama-sama kita tengoklah nanti…”kata Raja Ahmad ketika ditanya bagaimana dugaannya mereka nak mengatur langkah berdepan dengan jumlah pembangkang yang begitu ramai dalam sejarah parlimen Malaysia. |