Malaysiakini |
Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 5, 08 1:19pm |
Pengumuman kerajaan mengenai kenaikan masing-masing 40 dan 63 peratus harga petrol dan diesel amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka "terasa tertipu", kata presiden PKR. |
Thursday, June 5, 2008
Azizah: Rakyat tertipu isu minyak
0 comments Labels: bohong rakyat, DSWA, malaysiakini
Belanja perjalanan jarak jauh meningkat
Utusan Online
KUALA LUMPUR 4 Jun - Mulai esok, kos bahan api bagi kereta berkuasa 1,600 cc untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sejauh 350 kilometer meningkat daripada RM46 kepada RM67 berikutan kenaikan harga petrol yang diumumkan kerajaan hari ini.
Dengan petrol dijual pada harga RM2.70 seliter ia menyaksikan tambahan perbelanjaan petrol kira-kira RM21 berbanding hanya RM46 sebelum ini.
Kiraan ini berdasarkan purata penggunaan petrol bagi kereta berkuasa enjin 1,600 cc pada kadar tujuh liter untuk jarak perjalanan sejauh 100 kilometer.
Jumlah itu belum lagi termasuk kos tol dari kawasan sekitar ibu negara ke Pulau Pinang yang berjumlah kira-kira RM50 termasuk tol Jambatan Pulau Pinang.
Oleh itu, secara keseluruhannya kos petrol dan tol bagi perjalanan sehala Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kini berjumlah RM121, berbanding dahulu yang hanya memerlukan RM100.
Sementara itu, bagi sebuah bas ekspres pula, belanja diesel yang diperlukan bagi jarak perjalanan yang sama adalah RM296, berbanding hanya RM181 sebelum ini.
Pengerusi Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad, Datuk Mohd. Nadzmi Salleh ketika dihubungi di sini hari ini berkata, secara lazimnya sebuah bas ekspres menggunakan satu liter diesel bagi jarak perjalanan tiga kilometer.
Katanya, bas henti-henti pula umumnya menggunakan diesel yang lebih tinggi dan bas yang agak berusia akan melibatkan kos diesel yang lebih.
"Keseluruhannya dengan harga baru yang diumumkan hari ini ia akan meningkatkan lagi kos operasi pengusaha bas bagi belanja diesel.
"Jika dahulu 30 peratus kos operasi adalah untuk diesel, yang terkini, saya anggarkan lebih 50 peratus kos adalah untuk perbelanjaan diesel sahaja.
"Sebab itu, mengambil kira harga terkini, saya percaya kadar tambang bas di Malaysia iaitu 65 sen bagi setiap kilometer bukan sahaja lebih murah dari negara Myanmar, tetapi adalah yang paling murah di dunia,'' jelasnya.
0 comments Labels: barang naik, subsidi, utusan
Harga baru minyak sepatutnya dibahas di Parlimen - Mahfuz
Harakahdaily Abdul Halim Mohd Rashid Thu | Jun 05, 08 | 1:45:40 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Harga minyak mungkin tidak perlu dinaikkan jika kerajaan mengambil sikap terbuka dan membincangkannya terlebih dahulu di Parlimen. Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menggesa kerajaan menarik balik kenaikan harga minyak yang diumumkannya semalam dan membincangkannya terlebih dahulu di Parlimen. "Walaupun kenaikan harga minyak berada dalam bidang kuasa kerajaan, tetapi oleh kerana kenaikan berskala besar kali ini pasti akan memberi kesan yang menindas kehidupan rakyat, ia hendaklah ditarik balik atau sekurang-kurangnya ditangguhkan sehingga perbincangan yang menyeluruh dengan semua pihak dibuat," kata beliau. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, kenaikan harga yang sebegitu kejam terhadap rakyat tidak patut dibuat secara tergesa-gesa tanpa perbincangan yang menyeluruh dengan semua pihak termasuk membentangkannya di Parlimen. "Saya yakin, jika kerajaan membentangkan perkara ini di Parlimen terlebih dahulu, kesemua wakil rakyat boleh memberikan pelbagai pandangan yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan. "Malah, mungkin harga minyak tidak perlu dinaikkan dengan pelbagai pandangan yang diberikan," katanya. Mahfuz bimbang kenaikan harga sehingga 78 sen bagi minyak petrol dan RM1 bagi minyak diesel kali ini akan menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam. "Sebelum ini, hanya Malaysiakini yang membayangkan harga minyak mungkin dinaikkan semalam. Media-media pro-kerajaan tidak kelihatan memberikan sebarang isyarat harga minyak akan dinaikkan semalam malah membayangkan harga minyak akan dinaikkan pada bulan Ogos. "Soal kredibiliti media-media tersebut tersebut tidak perlu dibincangkan. Masalahnya rakyat tidak diberikan sebarang isyarat bahawa harga minyak akan dinaikkan semalam untuk membolehkan mereka bersedia dan membuat pengubahsuaian," kata beliau. Rakyat kini begitu resah dan panik dengan kenaikan harga berskala besar yang begitu mengejut, kata beliau sambil membayangkan kenaikan harga barang pasti akan menyusul. "Huru-hara mungkin akan berlaku jika rakyat tidak mampu menanggung lagi kesan kenaikan harga minyak yang pasti akan berjangkit dengan begitu cepat kepada barangan lain," katanya. Mahfuz percaya, masih belum terlambat lagi kerajaan menarik balik kenaikan harga minyak itu dan membincangkannya dengan menyeluruh dengan semua pihak termasuk Ahli-Ahli Parlimen, persatuan-persatuan pengguna, ahli-ahli akademik dan lain-lain sehingga satu keputusan yang tidak menindas dan begitu kejam terhadap rakyat dapat dibuat. |
0 comments Labels: Harakahdaily, parlimen, subsidi
Khalid pula kata dapat air percuma
Malaysiakini |
Jun 5, 08 9:14pm |
Isu pemberian 20 meter padu air percuma kepada penduduk Selangor seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri dianggap selesai dan akan diteruskan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau ketika diminta mengulas kenyataan Syabas hari ini bahawa perbincangan syarikat itu dengan kerajaan Selangor belum mencapai keputusan untuk membolehkan 20 meter padu air diberi percuma kepada pengguna di negeri itu. |
0 comments Labels: bela rakyat, malaysiakini, MB Selangor
Kaji semula kenaikan, alasan terbeban dengan subsidi tidak dapat diterima - Presiden KeADILan
KUALA LUMPUR, 5 Jun (SK)- Presiden KeADILan merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen, Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan agar menimbangkan semula keputusan kenaikan 40% harga petrol yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri.
Katanya, pengumuman kerajaan ke atas kenaikan 78 sen seliter itu amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga rakyat terasa tertipu dengan kerajaan yang kononya simpati dengan beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan harga barang.
“Alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat diterima rakyat,” katanya lagi.
Dr Wan Azizah menambah, kenyataan bercanggah beberapa menteri mengenai jumlah subsidi minyak banyak menimbulkan persoalan.
Menteri Perdangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri,Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.
“Apatah lagi menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru itu kami menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion,” katanya lagi dalam kenyataan yang diterima oleh kami.
Pada masa yang sama, Dr Wan Azizah berkata, rakyat maklum bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong berbanding dengan harga minyak mentah USD130 setong.
Menurutnya, Ini bermakna margin syarikat pengeluar minyak hampir USD100 setong dan syarikat pengeluar minyak ini mendapat keuntungn luar biasa sejak tiga tahun kebelakangan.
“Persoalannya kenapakah kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak tetapi memilih untuk menaikkan harga petrol dan membebankan rakyat?” katanya lagi.
Jelasnya lagi, harga petrol boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi.
“Kami yakin harga petrol RM1.92 seliter bukan sahaja boleh dikekalkan malah boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi. Kenapakah kepentingan syarikat-syarikat ini lebih diutamakan dan rakyat terus terbeban?” katanya lagi.
“Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter. Membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura,Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan,” tambahnya lagi.
Katanya lagi, rakyat yang rata-ratanya akan membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan dan membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuhraya kini terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi.
“Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk “double tracking railway project” yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13-15 billion bagi subsidi petrol. Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol,” katanya lagi.
0 comments Labels: bela rakyat, DSWA, suara keadilan, subsidi
Larangan kenderaan asing dibatal
PUTRAJAYA 4 Jun - Keputusan kerajaan menaikkan harga petrol 78 sen dan RM1 bagi diesel berkuat kuasa tengah malam ini sekali gus membatalkan larangan ke atas pemilik kenderaan asing membeli bahan api itu di kawasan sempadan di utara negara ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Abdul Samad berkata, soal melarang pemilik kenderaan asing membeli minyak di Johor juga tidak timbul kerana pada asalnya ia dijadual dikuatkuasakan pada 9 Jun ini.
Menurutnya, kerajaan beranggapan larangan itu tidak perlu lagi kerana dengan kadar harga baru minyak tersebut, pemilik kenderaan asing tidak lagi menikmati minyak bersubsidi sebanyak 78 sen sebagaimana yang mereka peroleh sebelum ini.
''Sebelum ini kita larang kenderaan asing membeli minyak dalam negara kerana mereka juga menikmati minyak yang bersubsidi. Jadi, dengan harga minyak RM2.70 seliter, kenderaan asing tidak lagi membeli minyak bersubsidi, mereka cuma dapat minyak bersubsidi (diskaun) sebanyak 30 sen sahaja.
''Jadi sekarang subsidi yang ada diberikan secara terus kepada rakyat tempatan sahaja tetapi dengan cara lain (rebat).
''Dengan penstrukturan semula subsidi yang diumumkan oleh kerajaan hari ini, maka larangan penjualan kepada kenderaan asing itu tidak timbul lagi dan larangan itu tidak berlaku di Johor kerana ia memang tidak dilaksanakan lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan melarang semua pemilik kenderaan asing membeli minyak di stesen minyak dalam lingkungan jarak 50 kilometer dari kawasan sempadan manakala di Johor, ia dijadual dikuatkuasakan 9 Jun ini.
Mengenai rebat atau bayaran tunai kepada pemilik kenderaan dan motosikal di kalangan rakyat Malaysia, beliau berkata, mereka boleh menuntut bayaran tersebut di pejabat pos ketika memperbaharui lesen kenderaan motor atau cukai jalan.
''Perkara ini berkuat kuasa mulai 1 April lalu hingga 31 Mac 2009. Jadi mereka yang telah memperbaharui cukai jalan pada April lalu boleh datang sekali lagi ke pejabat pos untuk menuntut bayaran rebat tersebut," katanya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, meskipun penstrukturan semula subsidi membabitkan soal minyak, kerajaan sebenarnya lebih memberikan keutamaan kepada soal makanan.
''Jadi tumpuan penguatkuasaan kementerian selepas ini adalah memberikan tumpuan kepada barang makanan," katanya.
0 comments Labels: kerajaan BN, subsidi, utusan
Cerita Disebalik Kenaikan Harga Minyak
msomelayu
1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad berbohong. Beliau sebelum ini tidak membayangkan minyak akan naik dalam kadar segera, paling cepat katanya Ogos sempena dengan penstrukturan semula pemberian subsidi. Dalam kenyataan akhbarnya semalam di lobi Parlimen beliau mengatakan minyak tidak naik dalam kadar segera.
Dan hari ini berkuat kuasa tengah malam ini jam 00:00 harga minyak petrol dan desel akan dinaikan. Harga petrol kini RM2.70 sen seliter manakala desel RM2.58 sen seliter.
Ternyata menteri berkenaan cuba mengelirukan rakyat dan berbohong besar dan mempermainkan rakyat. Shahrir yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang outspoken nampaknya sejak menjadi anggota Kabinet Abdullah juga sudah pandai berdolak dalih.
2. Ekoran kenaikan harga bahan bakar ini ia tidak dapat dielakkan akan berlaku kenaikan harga terhadap barangan pengguna lain. Kadar atau taarif baru eletrik juga sudah dibayangkan akan dinaikan. Pada 1 Julai kadar baru akan diumumkan. Kenaikan itu sebagai mangsa pertama ekoran kenaikan harga petrol dan desel.
3. Kata Abdullah tindakannya mengumumkan kenaikan harga bahan bakar itu suatu tindakan tidak popular. Ha... ha...ha... lucu. Kita mahu ceritakan kalau Abdullah tidak tahu beliau sudah lama tidak popular. Kalau beliau berbuat keputusan begitu bukan mengejutkan lagi. Seharusnya beliau membuat keputusan yang boleh mempopularkan beliau barulah mengejutkan!
4. Kenailkan harga minyak kali ini tertinggi dalam sejarah. Kenaikan sebanyak 78 sen atau 41% (RM2.70) bagi petrol dan RM1 atau 63.3% (RM2.58) bagi desel. Maknanya Abdullah boleh dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Malaysia yang pertama mengumumkan kenaikan harga bahan bakar tertinggi.
5. Sekiranya Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi PM sudah tentu harga minyak tidak akan naik. Sebab Anwar berjanji akan menurunkan harga minyak dan bersekali dengan harga tol. Soal kenaikan harga bahan itu kerana kesan global tidak berbangkit bagi Anwar. Demi mengotakan manifestonya Anwar tentu ada jalan lain bagaimana hendak menurunkan harga minyak.
6. Khabarnya Abdullah baik dengan Anwar. Kenapa beliau tidak minta tolong Anwar mengatasi harga minyak. Misalnya beliau boleh lantik Anwar menjadi Menteri Kewangan? Atau Abdullah tunggu harga minyak naik sampai RM5 seliter baru beliau mahu minta tolong Anwar. Apakah bila harga naik setinggi itu Abdullah akan terus lepaskan jawatan PM kepada Anwar. Mungkin, sebab itulah Mohamad Ezam Mohd Noor telah menyertai Umno?
7. Rekod tahun 2004 harga petrol naik sebanyak tiga kali, iaitu pada 1 Mei RM1.37 1 Oktober RM1.42 dan 1 Mac RM.142.
Tahun 2005 sebanyak dua kali. Harga-harga petrol pada 1 Mei RM1.52 dan pada 31 Julai RM1.62. Tahun 2006 sekali pada 28 Februari iaitu sebanyak RM1.92 sen. Untuk tahun ini baru sekali sebanyak RM2.70 sen. Apakah kenaikan tahun 2008 ini akan melewati bilangan kenaikan tahun-tahun sebelumnya? Kalau sehingga tahun 2009 kemungkinan minyak akan naik dua tiga kali lagi sehingga mencecah RM5 satu liter.
8. Kata Shahrir kenaikan tidak melibatkan kenaikan harga barangan lain sebab kenderanaan perdagangan masih membayar harga yang disubsidikan. Jika diperhatikan kepada setiap kali kenailkan harga minyak itulah cakap yang diucapkan oleh para menteri. Mereka tidak pernah menafikan atau mengiyakan apa yang dilalui oleh pengguna. Hakikatnya selepas seminggu harga minyak naik harga barangan pun melambung-lambung.
9. Berikutan penstrukturan semua subsidi, pemilik kenderaan persendirian yang berkuasa kuda 2,000 ke atas akan menerima wang tunai RM620 setahun iaini kira-kira RM1.70 sen sehari. Bagi pemilik motosikal persendirian pula akan dibayar sebanyak RM150 setahun iaini kira-kira RM0.41 sen sehari. Nak apa lagi rakyat Malaysia... mana ada kerajaan yang bermurah hati memberikan wang tunai RM1.70 atau RM0.41 sen kepada rakyat? Bukan sedikit, boleh beli gula-gula, kecualilah kalau dengan kenaikan harga minyak ini harga gula-gula juga turut naik sehingga RM3 sebiji.
10. Seandainya Abdullah tidak mampu menahan kenaikan harga minyak, eloklah beliau turun. Mudahan-mudahan kalau beliau turun harga minyak tidak naik lagi, kalaupun belum tahu harga bahan bakar itu akan turun. Akan dikemaskinikan. [wm.kl 8:30 pm 04/06/08]
0 comments Labels: barang naik, msomelayu, penjelasan isu
Perbandingan harga minyak negara pengeluar
dppkk.org Sekadar Perbandingan harga dengan negara-negara pengeluar minyak lain. Di Malaysia duit minyak untuk projek-projek kroni UMNO
0 comments Labels: bohong rakyat, subsidi, web PAS
Minyak naik - antara marah dan pasrah ......
Salam untuk semua,
Bermula hari ini, kerajaan pimpinan Pak Lah dengan rasa bangganya memberi subsidi petrol sebanyak 30 sen setiap liter kepada petrol yang dijual di negara ini. Itu ayat yang Pak Lah dan menteri-menteri lapuk cakap la. Kalau guna bahasa rakyat Malaysia, minyak naik sebanyak 78 sen untuk petrol dan 92 sen untuk diesel. Pak Lah dengan rasa tidak bersalahnya mengumumkan kenaikan yang paling tragis itu hanya mengharapkan rakyat jangan buat demonstrasi dan juga ubah cara hidup. Pak Lah dengan lagu lama yang hanya diperdengarkan semula hanya untuk meredakan amarah rakyat Malaysia yang hanya hangat-hangat taik ayam, marah sekejap dan pasrah jua akhirnya. Sebelum itu, Menteri Pengguna, Dato' Shahrir Samad ada mengumumkan kenaikan harga minyak hanya akan berlaku pada Ogos nanti. Tapi, disebabkan kemunafikan pemimpin yang rakus kuasa ini, mereka terus saja menaikkan harga minyak hari ini tanpa ada rasa prejudis terhadap rakyatnya.
Amarah rakyat.
Sejak pengumuman kenaikan petrol dibuat semalam, saya dapat lihat amarah rakyat semakin memuncak dengan kutukan penuh hina kepada kepimpinan negara. Rakyat yang menyokong BN pun marah sehinggakan ada yang mengatakan pilihanraya sekali lagi mereka akan mengundi pembangkang. Tapi, saya tau sangat pemikiran penyokong BN ni. Marah kejap je, masa nak mengundi nanti, disuapkan dengan RM 300 sorang terus je hilang rasa marah yang memuncak tu. Berbanding dengan rakyat yang bersama Pakatan Rakyat, yang sememangnya nampak akan kebobrokan kepimpinan Pak Lah dan menterinya yang hanya tau suruh rakyat berubah akan menanamkan lagi sifat benci pada kerajaan BN ini. Lihat saja di forum-forum yang membincangkan pasal kenaikan harga minyak ini, perasaan amarah mereka tidak dapat dibendung dengan kata-kata yang boleh meredakan kemarahan mereka. Saya juga tidak terlepas dengan rasa marah itu dan akhirnya berjaya meredakan kemarahan itu dengan luahan di keyboard komputer dan akhirnya ianya meledak di paparan web tertentu. Sememang rakyat berhak menzahirkan kemarahan. Dan setiap penzahiran kemarahan oleh setiap rakyat adalah tidak sama. Dan ini adalah hakikat yang perlu Pak Lah terima. Ada yang sekadar membebel di kedai kopi, ada yang sekadar mengis meratap hiba di atas keperihatinan kerajaan memberi subsidi 30 sen setiap liter petrol, ada hanya terkejut "Khairy Jamaludin" dan selepas beberapa detik kembali keadaan asal dan yang paling ditakuti adalah penzahiran melalui perlaksanaan kata-kata. Kita tunggu dan lihat sajalah impak revolusi harga minyak yang dibuat oleh Pak Lah.
Impak maksima.
Sememangnya kenaikan yang diumumkan akan memberikan impak yang maksima kepada rakyat marhaen khususnya. Buat pimpinan kerajaan sememangnya tidak berapa membebankan. Yela, mereka semua tanggung berak cangkung. Nak pegi mana-mana naik kenderaan kerajaan. Elektrik, air semua ditanggung oleh kerajaan. Cuma yang memberi kesan kepada mereka hanyalah impak kenaikan harga barang yang membuak-membuak selepas ini. Tetapi, impak ini bagi mereka sekadar gigitan cinta sahaja. Mereka masih lagi boleh bermewah-mewah dengan apa yang mereka ada. Tidak kepada rakyat biasa. Rakyat yang sememangnya sudah lama mengamalkan kehidupan jimat cermat, akhirnya terpaksa menongkah arus deras perubahan yang dibuat oleh kerajaan yang kononnya prihatin masalah rakyat. Teori domino yang digunapakai untuk kesan dan impak kenaikan harga minyak ini sememangnya realiti yang perlu ditelan oleh rakyat. Menteri yang bodoh je boleh kata harga barang takkan naik. Mereka masih memberi subsidi kepada pengangkutan syarikat-syarikat. Mana mungkin harga barang naik. kalau ada naik, bagitau kita. Kita akan pantau. Itula lagu dan irama yang biasa dimainkan oleh pemimpin yang hanya tau bermewah-mewah ini. Mereka hanya tau pantau saja. Tindakan hampeh takde. Buat laporan pun tak jadi apa. Realitinya, kita sebagai rakyat Malaysia kena tanggung semua. Hukum alam ciptaan tuhan, lumrah kehidupan manusia. Kalau harga minyak naik semua akan naik. Jangan kata tak naik wahai Pak Menteri. Jangan bagi amarah rakyat memuncak meletup di kemuncak kejatuhan kerajaan korup. Projek mewah berbillion ringgit kau boleh laksanakan. Kebajikan rakyat yang secebis kain carik ini semakin kau lupakan.
Bersama kepimpinan ulama.
Ye....rakyat perlu paham. Aku kena paham. Semua kena paham. Tapi, pemahaman yang aku dapat simpul, kerajaan yang sedia ada perlu ditukar. Aku nak rasa jugak kerajaan lain. Kalau boleh kerajaan yang dipimpin oleh ulama dan umarak yang sememangnya sentiasa diberkati dan diredhai Allah. Oii pemimpin kerajaan Barisan Nasional. Tak payah pandang ke timur yang jauh tu, tak payah nak pergi melawat ke sana hanya nak tengok apa yang orang timur jauh buat tu. Buat habis duit rakyat je korang pegi melawat sana. Baik korang tengok kat timur yang dekat ni. Tu ha!!!kerajaan PAS Kelantan. 18 tahun disekat dan dinafikan hak pemimpin kerajaan BN pusat, tapi masih lagi bertahan dan rakyatnya pun hidup sejahtera. Rakyat Malaysia!!!!!Sedar atau tidak kita masih lagi ada model pemerintahan yang boleh jadi ikutan dan contoh. Selami apa yang telah dibuat oleh TG Nik Aziz di Kelantan. Pergi sana tengok cara kepimpinan Tuan Guru. Cara hidup beliau. Sememangnya aku dahagakan pemimpin yang mcam ini. Yang menjadikan ISLAM sebagi cara hidup. Bukan hanya retorik semata-mata. Tetapi ianya diterjemahkan kepada perlakuan dan amalan yang menjadikan rakyat berasa selamat di bawah pemerintahan ulama dan umarak ini. Bandingkan dengan cara hidup pimpinan kerajaan pusat kita sekarang. Disuruh ubah cara hidup, dari naik kereta ke motor, motor ke basikal. Tapi pemimpin kita, masih lagi naik jet peribadi dan helikopter ke mana-mana. Kita disuruh berjimat cermat tapi jangan sampai kedekut. Tapi, kerajaan terus boros berbelanja mewah dengan projek koridor-koridor yang tidak memberi impak menyeluruh kepada rakyat seluruhnya. Apa lagi yang rakyat kena ubah? Ya!!minda...minda mereka yang harus diubah. Daripada mitos hanya BN boleh memerintah Malaysia kepada Pakatan Rakyat yang lebih menampakkan keikhlasan untuk membela nasib rakyat Malaysia keseluruhannya. Ayuh pemimpin Pakatan Rakyat!!! Kami tidak sabar untuk lihat kerajaan korup pimpinan anak Badawi ini tersungkur menyembah bumi. Bongkar segala kebobrokan dan ketidak telusan mereka dalam mentadbir wang rakyat ini. Hantarkan mereka ke penjara dunia. Sememangnya rakyat dah tak tahan lagi. Kami hanya boleh merintih. Meratap hiba kenaikan yang sememangnya dirancang oleh tangan-tangan yang zalim.
Fikir positif, reda kemarahan.
Akhirnya, sebagai rakyat minda kelas pertama, kita pikirkan positif je la. Berbalik kepada ketentuan Allah. Qada dan Qadar. Dan saya percaya semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya yang mana hanya Allah saja yang tahu. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi akan datang. Nak pujuk diri, kembali kepada ketentuan Allah. Terus panjatkan doa supaya umat Islam di Malaysia terbela dan dijauhkan bala dari Allah. Sememangnya kita tidak boleh duduk diam tanpa berusaha, tetapi setelah berusah kita kena kembali kepada Allah. Kita telah berusaha menukar kerajaan yang lebih baik tetapi mereka masih lagi berkuasa mencengkam rakyat. Ini semua agenda yang telah ditetapkan oleh Maha Pencatur. Apa yang boleh diharapkan, Allah akan membalas perilaku mereka yang bercanggah dengan tuntutan amanah sebagai khalifah terhadap rakyat. Allah akan mengadili mereka dan kita hanya perlu bersabar. Sejuk hati bila fikirkan macam ini. Dan akhirnya, kena pasrah je la. Berserah kepada Allah.
Wassalam.
lihat video kronologi kenaikan minyak di sini
---------------------------------------------
catatan orangkita : 5 Jun 2008, 0600 pm
http://sangpemantau.blogspot.com/
---------------------------------------------
0 comments Labels: barang naik, catatan orangkita
Abdullah dan Khairy Berjaya Perdaya YB-YB Pakatan Rakyat
Tranungkite Dan jika pilihanraya umum diadakan semula sekarang ini, BN sah kecundang dan akan dihantar oleh rakyat ke lembah kekalahan dan kehinaan. Pengumuman itu juga merupakan satu penghinaan terhadap wakil-wakil rakyat di Dewan Rakyat yang baru tamat bersidang untuk penggal pertama baru-baru ini. Seperti sengaja dipilih tarkh pengumumannya untuk mengelakkan sebarang usul tergempar mengenainya dibentangkan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 orang itu yang berkemungkinan juga akan menerima sokongan sebilangan ahli parlimen penyokong kerajaan sendiri. Namun apa yang berlaku semalam sudah cukup mengsahkan kegagalan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang sejumlah 82 orang itu menyekat kenaikan harga beberapa komoditi penting kegunaan rakyat(sebelum kenaikan harga minyak, rakyat baru sahaja "menikmati" kenaikan harga beras). Ahli-ahli parlimen (PR) gagal menyekat gelombang keangkuhan BN itu, gagal menghidu kenaikan tesebut lebih awal sehigga tiada perbahasan yang serius dikemukakan di dalam parlimen mengenainya. Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang Perdana Menteri yang lemah disamping mempunyai terlalu banyak kepentingan kronisme dan nepotisme dengan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dan meskipun ada ura-ura yang bising sebelm ini untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen sebelum ini, usul tersebut lansung tidak dikemukakan di Parlimen. Sekiranya usul tersebut telah dkemukakan di Parlimen (walaupun mungkin tidak berjaya dibahaskan akibat sikap Yang Di Pertua dewan yang diskriminasi dan pilihkasih), namun setidak-tidaknya rakyat akan berpuashati kerana usaha itu telah dilakukan dan pengumuman seperti semalam mungkin tidak berlaku. Banyak isu-isu cabang ditimbulkan dan ada ketikanya menggamatkan dewan oleh kelantangan ahli parlimen PR tetapi sayang sekali, isu pokoknya, Abdullah mesti meletakkan jawatan, tidak lansung dikemukakan. Malah ramai pemerhati politik berpendapat, bahawa sekiranya ada usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, ia juga akan menerima sokongan dari sebahagian anggota penyokong kerajaan. Dan kini Abdullah keluar sebagai jaguh kerana berjaya memperdaya dan menipu sekalian YB-YB Pakatan Rakyat khususnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya. Berbalik kepada isu kenaikan harga minyak, kenyataan Shahrir Samad Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang mempertahankan tindakan kabinet menaikkan harga petrol dan diesel seperti tersiar di dalam Buletin Utama TV3 malam tadi ialah kenyataan-kenyataan superficial menteri-menteri BN sebelumnya iaitu : 'Rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga ini', 'Paras harga minyak negara adalah yang terrendah di rantau ini' dan yang seumpamanya. Namun hakikatnya, kenaikan harga petrol dan diesel tersebut pasti akan diekori dengan kenaikan harga barang pengguna yang lain ekoran dari putaran ganas inflasi yang tidak mungkin dapat dibendung selepas ini. Malah di dalam kenyataannya semalam pun, Perdana Menteri telah mengumumkan juga mengenai kenaikan tarif elektrik bermula 1 Julai nanti. Sebenarnya is kenaikan harga minyak ini telah pun diketahui sebelum pihanraya lagi. Di dalam perhimpunan UMNO, Naib Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin (menantu Abdulah) telah mengemukakan usul supaya kerajaan mengkaji semula seluruh struktur subsidi minyak dan gas. Naib Presiden PAS pernah menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semasa kempennya menyatakan bahawa kerajaan BN tidak akan mnaikkan harga minyak seandainya BN menang PRU12. Sedangkan Khairy sebenarnya telah lama berada dibelakang pengumuman yang dilakukan oleh bapa mertuanya semalam. Ternyata Husam benar kali ini. Tahniah Husam! Takziah pula untuk sekalian rakyat Malaysia dan apa khabar pula YB-YB PR yang lain? Semalam kedengaran YB Mahfuz menyatakan ahli-ahli Parlimen PR akan berbincang dengan NGO-NGO untuk membantah kenaikan harga minyak tersebut. Terhantuk baru nak terngadah? Bagus. Namun betapa kecewanya kita.
Dilulus terbit pada Thursday, June 05 @ 10:56:52 MYT oleh greenboc
Oleh GB
Kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen dari RM1.92 kepada RM2.70 berkuatkuasa hari ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Meneri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam begitu memeranjatkan negara. Keluhan rakyat kedengaran di mana-mana kecualilah yang dihebahkan oleh media arus perdana yang diketahui umum tebal sikap mengampu dan membodeknya memberikan justifiksi mereka terhadap kenaikan harga bahan bakar tersebut.
Pengumuman PM itu jelas satu penghinaan kepada rakyat yang mana BN mengetahui hampir separuh (49.7%) daripada jumlah undi popular sebenanya tidak mengundi BN di dalam pilihanraya 8 Mac lalu dan kendatipun BN memperolehi 140 daripada sejumlah 222 kerusi di Dewan Parlimen, hakikatnya, jumlah undi yang mereka perolehi hanyalah 50.2% dan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak semalam adalah disokong oleh angka yang lemah ini.
0 comments Labels: bohong rakyat, Pak Lah undur, tranungkite
Anwar ulangi pendirian mahu turunkan harga minyak
KLpos |
0 comments Labels: DSAI, klpos, pemimpin rakyat
Naik Minyak:Rakyat mesti protes sedarkan kerajaan!
Harakahdaily Azamin Amin | Foto Nasir Sudin Thu | Jun 05, 08 | 9:44:18 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Rakyat mesti melahirkan suara protes dan menunjukkan bantahan yang besar kepada kerajaan supaya menimbang semula kenaikan bahan bakar yang diumumkan semalam kerana ia secara jelas mencetuskan suasana gawat dan menambahkan lagi beban kos sara hidup penduduk negara ini. Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata bantahan itu perlu dibuat segera memandang keputusan kenaikan harga minyak adalah sesuatu yang mengejutkan ramai pihak malah tidak menyangka kerajaan bersikap 'kering hati' dalam membuat keputuasan tanpa mengambil kira kesulitan yang bakal dihadapi rakyat. Atas keputusan semalam katanya, beliau selaku penyelaras Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes), akan berbincang bersama jawatankuasa pagi ini untuk mengambil tindakan dan langkah seterusnya bagi menyedarkan dan meminta kerajaan untuk menurunkan semula harga minyak. "Jika kerajaan boleh buat keputusan melalui kuasanya tanpa mengambil kira nasib rakyat maka rakyat juga boleh menunjukkan kuasa melalui suara protes mereka. Keputusan naik dan turun ini berada di tangan kerajaan maka rakyat mestilah menunjukkan bantahan yang di buat secara menyeluruh di seluruh negara. "Jika Perdana Menteri merayu supaya rakyat untuk tidak berdemonstrasi maka rakyat juga boleh berdemonstrasi untuk 'merayu' supaya kerajaan menurunkan harga minyak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. Tambahnya, keputusan kerajaan untuk mengikut harga pasaran minyak dunia telah dilaksanakan oleh kebanyakan negara namun bezanya kadar gaji penduduk negara-negara itu melebihi penduduk di Malaysia yang secara tidak langsung tidak membebankan kos hidup. "Memang kerajaan ikut sistem negara luar yang tidak memberi subsidi seperti Singapura tetapi penduduknya mendapat gaji berlipat kali ganda dan taraf hidup mereka lebih stabil berbanding rakyat kita yang semakin lama semakin teruk keadaannya," katanya Selain itu kesan kenaikan minyak ini juga turut dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan tidak memiliki kenderaan kerana ianya akan membabitkan kenaikan kos pengangkutan awam dan harga barangan keperluan harian pula. "Golongan yang miskin dan tidak ada kena mengena dengan kenaikan ini turut terjejas kerana sudah pasti harga barang dan keperluan lain juga turut naik seiring kenaikan bahan bakar ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. Beliau turut menganggap bahawa rebet atau pulangan wang melalui cukai jalan yang diberikan kerajaan hanya sebagai 'pemujuk' sementara kepada rakyat dan ianya tidak bersifat keuntungan atau kemudahan jangka panjang. "Bayar RM150 atau RM625 sekali setahun sahaja tetapi menderita setiap hari, apa gunanya? Ini semua sekadar nak mengaburi mata dan memujuk rakyat semata-mata," katanya. Semalam Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan harga minyak diesel dinaikkan kepada RM2.58 berbanding M1.58 seliter sebelumnya. Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel berkuatkuasa tengah malam semalam. Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik setinggi 231 peratus. - mks. |
0 comments Labels: barang naik, Harakahdaily, perhimpunan rakyat
Baik untuk ekonomi - pakar ekonomi
Utusan Online
|
|
KUALA LUMPUR 4 Jun - Ahli Ekonomi menganggap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak tengah malam ini sebagai satu langkah baik bagi jangka panjang ekonomi negara.
"Ia memang memeritkan untuk jangka pendek, tapi membawa banyak manfaat untuk jangka panjang, dari segi kestabilan ekonomi yang lebih baik, dan mengurangkan ketidakseimbangan," kata ketua ahli ekonomi perkhidmatan RAM Consultancy, Dr. Yeah Kim Leng.
Beliau berkata kenaikan itu pada dasarnya bertujuan melegakan kedudukan fiskal Malaysia, supaya dalam tempoh jangka panjang ia akan menjadi lebih efisien dan lebih bersedia berhadapan dengan kenaikan harga, serta lebih teguh.
"Memang kenaikan 40 peratus amat besar dalam sejarah, ia amat bermakna dan cukup besar, tapi sekiranya ia disalurkan dengan teratur untuk projek-projek pembangunan dan untuk penambahbaikan projek-projek pengangkutan awam, orang ramai akan mampu menyokongnya," katanya ketika dihubungi malam ini.
Kim Leng berkata, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain membenarkan kenaikan itu kerana mereka sudah menyekat langkah itu dan tidak membuat sebarang pengubahsuaian, sejak satu setengah tahun lalu, walaupun harga minyak sudah meningkat.
"Ia mengakibatkan bajet defisit bergerak ke tahap tidak mapan. Jadi hari ini anda lihat pengubahsuaian 40 peratus, yang merupakan angka yang cukup besar, tapi masih disertakan dengan subsidi," katanya.
Beliau berkata, cabaran kerajaan ketika ini adalah bagaimana cara menangani reaksi orang ramai terhadap kenaikan harga minyak yang tinggi itu.
"Bagi kumpulan berpendapatan tinggi dan sederhana, kenaikan itu mungkin tidak besar, tapi ia akan menjejaskan permintaan mereka. Mereka mungkin mampu tapi terpaksa mengurangkan simpanan, yang bermakna pendapatan sebenar diturunkan," katanya.
"Bagi kumpulan berpendapatan rendah pula, cadangan kerajaan untuk memberikan rebat boleh membantu mereka menangani kenaikan itu. Perbelanjaan mereka juga akan menjadi kurang, dan pastinya memberi kesan kepada pembelian," katanya.
Beliau menjangka kenaikan dalam harga makanan adalah sederhana.
"Berdasarkan kepada kenaikan harga petrol pada 2006, ia dilihat tidak memberi kesan ketara dalam pertumbuhan ekonomi. Tapi dengan kenaikan terbaru ini, saya jangka kerajaan akan mengkaji semula pertumbuhan ekonomi yang menguncup setengah atau satu peratus," katanya.
Sementara itu pakar ekonomi, Prof. Dr. Mansor Jusoh berkata, pembayaran tunai kepada warga Malaysia yang mempunyai kenderaan persendirian atau motosikal akan memberikan manfaat kepada golongan pertengahan dan bawahan.
"Bagaimanapun, ia tidak menyeluruh kepada golongan miskin yang mungkin tidak mempunyai kenderaan tetapi terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan mekanisme khas bagi membantu golongan miskin.
Pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc akan menerima bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan yang dimiliki.
Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap motosikal yang dimiliki.
Pembayaran itu akan diberi apabila pemilik kenderaan terbabit membayar atau memperbaharui cukai jalan atau diberi secara kiriman wang melalui pejabat pos di seluruh negara bermula 1 Julai depan.
- Bernama
0 comments Labels: krisis negara, subsidi, utusan
Koleksi Video - Minyak naik !!!! kita ditipu idup-idup!!!!!
Pak Lah Jamin , Minyak Takkan Naik Harga
0 comments Labels: kata aku, koleksi video, Pak Lah undur
Ekoran harga minyak naik, PM buat negara 'huru-hara'
Harakahdaily M Khaleel Kas Thu | Jun 05, 08 | 7:28:45 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Pengumuman kenaikan harga minyak oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam telah menyebabkan keadaan huru-hara di ibu kota dan seluruh negara. Selepas pengumuman tersebut, wartawan Harakahdaily yang melakukan tinjauan sekitar Kuala Lumpur mendapati semua stesen minyak di ibu kota menjadi sesak dan hampir tidak terkawal. Tindakan para pemilik kenderaan yang berpusu-pusu mengisi minyak di stesen minyak Caltex di Jalan Pahang Barat telah menyebabkan kesesakan di Bulatan Pahang dan manakala keadaan serupa di stesen minyak Petronas di Jalan Tun Razak telah mengakibatkan kesesakan teruk di sepanjang jalan berkenaan. Seorang petugas di stesen Caltex di Jalan Pahang yang enggan dikenali berkata, keadaan agak sukar dikawal kerana para pengguna seolah-olah diserang histeria. "Seawal jam 5 petang kenderaan mula berpusu. Ramai yang serbu sehingga ada beberapa pelanggaran kecil dan situasi di hadapan Hospital Tawakal sesak teruk,"jelasnya. Sementara itu, seorang penunggang motosikal yang ditemui, Birang Abdullah, 58, berkata ada pengusaha stesen yang sengaja menutup perniagaan lebih awal. "Ini dah stesen keempat saya masuk. Sebelum ini beberapa stesen mereka tutup dan hanya dibuka satu atau dua pam sahaja. "Bila kita soal mereka kata minyak dah habis. Mana boleh begitu, takkan baru jam 6 petang dah habis. Mesti mereka berkomplot nak jual dengan harga baru lepas tengah malam tadi," marahnya setelah gagal untuk mengisi minyak di beberapa stesen minyak sebelum itu. Selain itu, beliau juga agak kesal kerana ada pengusaha yang menolak untuk mengisi minyak apabila beliau membawa tong minyak tambahan. "Mana ada undang-undang kata kita tak boleh isi tong tambahan, saya bukan nak seludup hanya nak isi tong tambahan untuk motosikal saya yang satu lagi di rumah," ulasnya sambil menunjukkan sebuah tong kosong sebesar tong minyak pelincir 4 liter. Sementara itu di jalan-jalan lain, warga kota turut mengambil peluang yang ada sehingga tengah malam tadi untuk mengisi petrol kenderaan mereka. Kesemua stesen minyak yang terletak di sekitar bandar raya "ditawan" dalam masa beberapa minit sahaja selepas kenaikan bahan api diumumkan Abdullah. Tinjauan juga mendapati Jalan Kuching, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Bangsar, Jalan Sultan Ismail, Cheras dan Ampang antara jalan yang paling teruk mengalami kesesakan lalulintas. Di Jalan Kuching misalnya kenderaan bergerak terlalu perlahan dalam jarak empat kilometer. Seorang pengurus stesen minyak Shell di Batu 5, Gombak, Abdul Selamat, 45, berkata beliau terkejut dengan ratusan kenderaan yang menyerbu stesen minyak itu. "Ini adalah kali pertama keadaan seumpama ini berlaku sejak 1998. Sehingga kami terpaksa meminta lori tangki petrol datang isi simpanan petrol. Ada juga pemilik kenderaan yang tidak sabar dan potong barisan," katanya ketika ditemui di sini. Kesesakan lalulintas ini menyebabkan polis trafik terpaksa ditugaskan bagi mengawal keadaan di beberapa jalan yang sesak teruk. Ada juga kenderaan yang kehabisan petrol, akibat terperangkap terlalu lama dalam kesesakan lalulintas dan ada juga yang berlanggar sesama sendiri untuk berebut mengisi petrol. Sementara itu sebuah stesen minyak di Taman Melawati terpaksa ditutup selepas kehabisan petrol. Di PULAU PINANG, Bernama melaporkan sejam selepas Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, hampir kesemua stesen minyak di negeri ini diserbu pengguna yang mahu mengisi tangki minyak kenderaan mereka sebelum pukul 12 malam ini. Tinjauan di beberapa stesen minyak mendapati kenderaan beratur panjang sehingga menimbulkan kesesakan lalulintas yang teruk antaranya di Jalan Perak, Jalan Datuk Keramat, Jalan Argyll dan Jalan Anson. Petugas di stesen minyak juga dilihat sibuk melayan pelanggan manakala pemandu yang tidak tahu mengenai kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa esok kelihatan terpinga-pinga melihat kesesakan di stesen berkenaan. Seorang pesara polis, Harun Ismail, 56, menyifatkan kenaikan harga petrol secara mengejut itu amat melampau dan membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. Harun, yang mengetahui mengenai kenaikan harga itu melalui berita TV petang ini, bergegas ke stesen berhampiran untuk mengisi tangki keretanya. "Saya baru tengok berita petang ini. Kalau tanya semua pengguna pun mereka akan kata kenaikan ini sangat melampau. Pengumuman dibuat tiba-tiba sahaja dan ini membebankan orang ramai terutamanya pesara macam saya," katanya. Seorang kakitangan penjara, Suhaimi Ismail, 27, yang kebetulan berada di stesen minyak Jalan Perak terkejut melihat deretan kenderaan menunggu giliran. Kakitangan MAS Kargo, Rahmat Abdul Majid,35, pula kesal dengan pengumuman itu kerana baru sahaja dimaklumkan bahawa kenaikan itu mungkin pada bulan depan atau Ogos ini. "Ini melampau. Kata nak naik bulan Julai atau Ogos tetapi tiba-tiba sahaja umum esok akan naik harga. Kerajaan perlu pantau balik keadaan ini," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim ketika dihubungi mahu kerajaan mencari jalan yang lebih efektif untuk mengurangkan beban rakyat terutamanya sewaktu harga barangan makanan semakin meningkat. "Saya dukacita dengan berita kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini. Sepatutnya, setiap kenaikan harus dibuat secara beransur-ansur dan bukan drastik begini," katanya. Ketika ditanya bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kepada penduduk di sini, beliau berkata: "Kalau harga beras naik, kita boleh lagi bagi bantuan beras kepada orang miskin seperti yang telah kita lakukan baru baru ini tetapi sekarang harga minyak pula naik. Takkan kita kena bagi minyak pula." Presiden Persatuan Teksi Orang India Pulau Pinang, P.Raman berkata, kenaikan harga petrol dan diesel akan memberi kesan kepada sektor pengangkutan. Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan anggota persatuan itu dalam masa terdekat ini untuk menentukan sama ada tambang teksi akan dinaikkan atau tidak. Pengerusi Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Wilayah Utara, Dato' O.K.Lee berkata, kenaikan harga petrol dan diesel serta kenaikan tarif elektrik sebanyak 18 peratus untuk pengguna domestik dan 26 peratus untuk industri akan memberikan kesan yang amat besar terutamanya pengusaha industri kecil dan sederhana (SMI) di negara ini. Katanya, pengusaha berkenaan mungkin akan menaikkan harga produk dan beban kenaikan kos itu akan ditanggung rakyat yang menggunakan produk berkenaan atau terpaksa "menutup kedai" jika harga tidak dinaikkan. Beliau bimbang Malaysia akan kehilangan kompetitif dari segi tarikan pelaburan berikutan kenaikan itu. Katanya dengan kenaikan harga minyak, Petronas akan menjadi semakin kaya dan jika mereka menaikkan pula harga gas kepada pengeluar elektrik seperti Tenaga Nasional (TNB) dan pengeluar tenaga persendirian (IPP), mereka dijangka mempunyai keuntungan yang berlipat kali ganda. "Saya cadangkan Petronas membiayai pengwujudan lebih banyak sistem tenaga pengangkutan seperti pengangkutan transit ringan (LRT) di negara ini bagi mengurangkan kos pengangkutan yang perlu ditanggung rakyat," katanya. - mks. |
0 comments Labels: barang naik, Harakahdaily, krisis negara, Pak Lah undur
Gambar kesesakan di stesen minyak
Mstar Online
04-06-2008 08:32:43 PM
EKORAN KEPUTUSAN KERAJAAN MENAIKKAN HARGA PETROL DAN DIESEL BERKUAT KUASA TENGAH MALAM INI, ORANG RAMAI 'MENYERBU' STESEN-STESEN MINYAK DI SELURUH NEGARA. DI KEBANYAKAN STESEN, PEMILIK ENGGAN MENJUAL MINYAK MANAKALA DI SESETENGAH TENGAH PULA, ADA YANG MENDAKWA SUDAH KEHABISAN MINYAK. MACAM-MACAM KERENAH DIHADAPI PENGGUNA.
DI JOHOR BAHRU, JOHOR:
DI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN:
DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR:
DI BANGSAR, KUALA LUMPUR
DI IPOH, PERAK:
DI KUANTAN, PAHANG:
0 comments Labels: barang naik, gambar, krisis negara, mstar online
Tahanan ISA lumpuh akibat psikologi?
Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri & Zahra Hamdan | Jun 4, 08 10:26pm |
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan memohon laporan perubatan secara bertulis berhubung dakwaan seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang didera sehingga menyebabkan lumpuh dan akan dibawa ke sebuah pusat rawatan mental. Keluarga Sanjeev Kumar Krishnan mendakwa lelaki itu dibelasah dalam tempoh siasatan ISA selama 55 hari sejak ditangkap 28 Julai tahun lepas. Dalam laporan polis 20 Mei lalu, isterinya Sharmila Uthiakumar (foto kanan) mendakwa tahanan kini menggunakan kerusi roda di kem Kamunting, Taiping setelah dipindahkan pada 22 September lalu. Sewaktu surirumah itu mengadu kepada Suhakam petang tadi, pesuruhanjaya Dr Chiam Heng Keng berkata siasatan awal suruhanjaya itu menunjukkan tahanan mengalami tekanan mental yang serius sehingga menyebabkan beliau mengalami kesakitan pada tubuhnya. "Kami akan mendapat laporan dari hospital-hospital Taiping dan Pulau Pinang, tetapi diberitahu kepada Suhakam secara lisan oleh hospital (Taiping) bahawa diagnosis terhadap Sanjeev menunjukkan tidak organik, tidak ada apa-apa masalah terhadap otaknya," kata Dr Chiam. "(Menurut doktor) Sanjeev mengalami tekanan perasaan dan sindrom pertukaran (conversion syndrome), yakni (satu) masalah psikologi. 'Sindrom pertukaran' satu istilah psikologi yang merujuk keadaan keresahan yang bertukar menjadi masalah perubatan (pada jasmani pesakit)." Beliau menjelaskan Suhakam akan mendapatkan laporan perubatan untuk mengenal pasti masalah dan simptom yang sebenarnya. "Tentunya sebagai seorang pakar psikologi, saya tidak menolak kemungkinan (bahawa) akibat terkurung dalam tahanan menyebabkan keadaan sangat menekan (perasaan seseorang tahanan). "Saya tidak menolak kemungkinan itu. Kami pasti akan membuat susulan kes ini, dan jika perlu, melawat beliau sekali lagi untuk melihat sendiri (tahanan)," katanya sewaktu Sharmila dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyerahkan aduan kes ini. "Mungkin sebagai seorang ahli psikologi, saya sendiri perlu melawatnya dan melihat kemungkinan tersebut," tambah Dr Chiam (foto, kanan). "Jika ia akibat (kesan) psikologi, adalah penting, bagi beliau mendapat bantuan. Tetapi syor kami ialah beliau disiasat dan dibicarakan di mahkamah." Dr Chiam sebelum ini merupakan seorang profesor psikologi sosial di Universiti Malaya selama 13 tahun. Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam telah melawat Sanjeev Kumar dan hospital Taiping pada 7 Mei lalu. Menurut Suhakam, hospital Taiping tidak mempunyai kepakaran dalam bidang itu, dan maka ia merujuk tahanan kepada hospital Pulau Pinang pada 21 hingga 24 Mei. Suruhanjaya itu juga menyatakan pihaknya telah cuba mendapatkan laporan lengkap daripada Jabatan Penjara - yang menyelia kem tahanan tersebut - sejak sebulan lepas tetapi masih gagal mendapatkannya. Ia tidak menolak kemungkinan mengadakan satu lagi lawatan untuk bertemu Sanjeev Kumar bagi mendapatkan maklumat lengkap. Walaupun tidak ikut serta dalam lawatan bulan lalu, Dr Chiam berkata beliau menjelaskan perkara ini bagi menunjukkan ada kemungkinan "kelumpuhan itu bukan faktor jasmani tetapi akibat kesan psikologi." Walaupun belum jelas buat masa kini sama ada Sanjeev Kumar akan dihantar ke Hospital Bahagia, tambah Dr Chiam, isu utama sekarang adalah memberi rawatan sebaiknya kepada tahanan. GMI dalam memorandumnya itu mendakwa tahanan itu telah memaklumkan kepada keluarganya pada 1 Jun bahawa beliau "kemungkinan besar akan dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan". "Berita terbaru ini telah mengejutkan isteri beliau (sewaktu lawatan keluarga) dan juga GMI. "Mengapakah beliau dihantar ke Hospital Bahagia yang dikhaskan untuk pesakit mental? Adakah pihak pengurusan Kamunting cuba menutup sesuatu daripada kita semua?" kata pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh. Suhakam memaklumkan, Sanjeev Kumar dijadualkan menerima rawatan psikiatri dan fisioterapi di hospital Taiping minggu depan. |
0 comments Labels: ISA, malaysiakini
PM gesa bendung kenaikan harga barang
Utusan Online
PUTRAJAYA 4 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam usaha membendung kenaikan harga barangan keperluan ekoran langkah menaikkan harga petrol dan diesel berkuat kuasa esok.
Sambil meminta rakyat mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, Perdana Menteri menegaskan, bantuan orang ramai itu amat diperlukan bagi membolehkan penguatkuasaan dijalankan secara lebih berkesan.
“Langkah berjimat ini bukan untuk kita menjadi kedekut, tetapi jangan sampai berlaku pembaziran. Kita mesti kurangkan pembaziran dalam apa jua perkara yang ada hubung kait dengan kehidupan,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini.
Beliau menambah: “Kalau kita sedia buat perubahan dalam cara hidup dan buat penjimatan, insya-Allah kita tidak akan hadapi kesan yang teruk sangat.”
Menurut Abdullah, kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak dibebani kenaikan kos bahan api dan makanan.
Beliau menjelaskan, harga bahan api dan komoditi di peringkat global yang meningkat secara drastik menyebabkan struktur subsidi minyak sedia ada di Malaysia tidak lagi relevan dengan pasaran.
“Kerajaan sentiasa prihatin dan sentiasa berusaha menolong rakyat tetapi dalam keadaan yang berlaku sekarang (harga minyak dunia meningkat sehingga AS$135 setong), inilah cara yang sebaik-baiknya,” ujar Perdana Menteri.
Tegasnya: “Bila masa susah kita kenalah sama-sama susah, bila masa senang kita sentiasa saling membantu.”
Abdullah memberitahu, langkah penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan hari ini tidak bermakna kerajaan telah menarik subsidi minyak sepenuhnya.
“Subsidi masih diberikan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban rakyat. Malah, kita masih memastikan harga bahan api di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini,” katanya.
0 comments Labels: barang naik, Pak Lah undur, utusan
Harga petrol diesel naik, stesen minyak seluruh negara diserbu
Mstar Online 05-06-2008 10:07:08 AM |
BEZA KUANTITI BAGI SETIAP RINGGIT... Azhan Sharom, 23, yang ditemui di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu menunjukkan botol berisi minyak bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru, berkuat kuasa tengah malam tadi. Foto The Star
(Mutakhir) PETALING JAYA: Orang ramai menyerbu stesen-stesen minyak di seluruh negara sepanjang malam tadi ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel yang masing-masing meningkat 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, kuat kuasa tengah malam tadi. Dengan kenaikan itu, yang mengejutkan banyak pihak, harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Tenaga Nasional Bhd (TNB) pula dibenarkan menaikkan tarif elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai ini memandangkan ia memerlukan kos yang tinggi bagi gas. Negara-negara jiran, Indonesia dan Thailand telah menaikkan harga minyak sejak seminggu lalu manakala India pula berbuat demikian hari ini. Kerajaan juga memutuskan untuk membatalkan larangan penjualan minyak kepada kenderaan asing di wilayah utara, timur dan selatan negara. Kenaikan terakhir dikuatkan oleh kerajaan ialah pada 28 Februari 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol kepada RM1.92 seliter. Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal. "Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan. "Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan," katanya. Bayaran Bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan. Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuat kuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Perdana Menteri juga berkata, bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai ini. Perdana Menteri juga berkata, bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008. Kenaikan tertinggi Kenaikan ini yang tertinggi selepas kenaikan terakhir pada 28 Februari 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol dan diesel, masing-masing kepada RM1.92 dan RM1.58 sen seliter. Pengumuman terbaru kerajaan ini juga sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api iaitu antara usaha untuk mengurangkan pembiayaaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun. Langkah kerajaan mengapungkan harga bahan api itu mengikut harga pasaran global masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini. Harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.
Abdullah juga berkata, harga Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Gas Asli(NGV) bagi kenderaan tidak akan berubah, dan harga LPG dan NGV tetap pada kadar sedia ada iaitu RM1.75 setiap kilogram dan 63.5 sen setiap liter.
"Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah.
"Bagaimanapun, bantuan khas akan diberikan kepada pengguna GMSB iaitu bagi kategori perusahaan kecil dan sederhana. Pengguna ini akan menghadapi kenaikan yang lebih rendah bagi kadar tarif gas. Struktur tarif baru yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2008, akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung Malaysia sahaja dan satu struktur baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak, kata Abdullah.
"Walaupun COSS telah dimansuhkan, harga minyak masak tetap sama kerana hasil daripada pelaksanaan levi baru ini akan digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak.
|
|
0 comments Labels: barang naik, kerajaan BN, mstar online
Perdana Menteri humban rakyat ke arah hidup lebih terdesak
Harakahdaily Wartawan Kita Wed | Jun 04, 08 | 7:43:57 pm MYT | |
KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Terima kasih rakyat Malaysia yang memberi kuasa kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertakhta semula pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Hari ini BN membalas budi baik itu dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus. Kerajaan telah menunaikan janjinya dan terimalah pengundi BN dengan dada terbuka. Pengerusi Perhubungan KeADIlan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan BN benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia dengan kenaikan bebanan hidup yang semakin mendesak sekarang. "Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk. "Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini. Petang tadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus. Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini. Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini. Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata, kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. "Kerajaan sebenarnya cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia. "Lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini," ujarnya. Oleh itu beliau percaya masa untuk kejatuhan Perdana Menteri yang begitu lemah sudah tiba dan rakyat perlu bergerak seiring dengan Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula negara ke landasan yang betul. Sementara itu, orang ramai mulai berpusu-pusu ke stesen-stesen minyak di sekitar bandar ini sebelum kenaikan 78 sen berkuatkuasa tengah malam ini. - mj/mks. |
0 comments Labels: Harakahdaily, Pak Lah undur
"Jangan berdemonstrasi" Abdullah
|
0 comments Labels: klpos, Pak Lah undur
Petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik jika lebih RM43
Utusan Online
|
|
PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.
Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia.
Langkah itu yang turut menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri, menurut Abdullah, adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar.
Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.
Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.
Berdasarkan harga minyak mentah pada kadar AS$125 setong, kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion penjimatan dapat diperoleh daripada penstrukturan subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit (POP).
Abdullah menjelaskan, subsidi bahan api distruktur semula bagi memastikan bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil dan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Subsidi bahan api tetap diberikan kepada rakyat di bawah penstrukturan baru itu, kata Perdana Menteri.
“Kerajaan akan memberi diskaun atau pengurangan kepada pengguna sebanyak 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual.
“Kalau harga pasaran petrol, misalnya seperti hari ini, pada RM3 seliter, kita akan tentukan harga minyak dengan memberi diskaun atau pengurangan 30 sen.
“Maknanya yang perlu dibayar oleh pengguna ialah RM2.70 seliter walaupun harga sebenar ialah RM3,” kata Abdullah.
Diskaun itu, kata beliau, akan diberi secara tetap. Walaupun harga minyak diselaraskan sebulan sekali, kerajaan akan memastikan diskaun 30 sen itu terus diberi, ujarnya.
Utusan Malaysia difahamkan, mengikut cadangan asal harga petrol sepatutnya RM3 seliter, tetapi mesyuarat Kabinet hari ini meminta kerajaan memberi diskaun 30 sen untuk setiap liter petrol yang dijual di negara ini.
Semasa sidang akhbar, Perdana Menteri ditanya kemungkinan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan itu menyebabkan kerajaan pimpinannya kurang popular di kalangan rakyat.
Abdullah menjawab: “Ini bukan soal untuk popular, ini adalah langkah serius untuk keperluan rakyat. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak tetapi memastikan ‘situasi menang-menang’ untuk semua.''
Menjawab soalan daripada seorang wartawan Indonesia yang mengatakan di negaranya kenaikan harga minyak telah mencetuskan demonstrasi dan bantahan terhadap kerajaan, Perdana Menteri berkata:
“Insya-Allah, saya harap rakyat Malaysia tidak berdemonstrasi sebab apa yang kerajaan putuskan ini adalah yang sebaik-baiknya bagi menangani keadaan yang susah hari ini.
“Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.''
Abdullah memberitahu, Kabinet yang membincangkan soal kenaikan harga minyak dalam mesyuarat selama empat jam hari ini meneliti satu per satu kesan yang akan timbul daripada keputusan itu.
Sidang akhbar Perdana Menteri hari ini turut disertai anggota-anggota Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsyam A. Aziz.
Turut hadir ialah Presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Seri Che Khalib Mohd. Noh dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Dr. Sulaiman Mahbob.
0 comments Labels: barang naik, subsidi, utusan