+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label kata aku. Show all posts
Showing posts with label kata aku. Show all posts

Thursday, September 11, 2008

Pak Lah terkejut disuruh 'turun awal'

KLpos

PUTRAJAYA:
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau terkejut dengan tindakan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui oleh Kabinet dan Majlis Tertinggi Umno.

Semalam, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Abdullah patut fikirkan semula mengenai pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.

Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah dua bulan lepas, dakwanya, telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Di bawah pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerahkan jawatannya sebagai perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.

Muhyiddin berkata, beliau turut bertanya kepada Najib sama ada dirinya mahu menunggu selama itu kerana beliau akan hanya mempunyai masa yang singkat untuk menguruskan dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.

Sambil menyatakan yang beliau memang berfikiran kritis mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Malaysia, beliau meminta Abdullah memikirkan semula mengenainya. / Mstar


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


OK - buat-buat terkejut menantu (beruk) pulak!!!! Selama ni memang orang dah tak suka....takkan tak tau lagi...tulaaa...lain kali turun la padang...tengok sikit rakyat ni...jangan sibuk takut di'turun'kan.....Pak Lah...Pak Lah...kenapalah otak ko sengal sangat....hahahaha.....

Read More...

Tuesday, September 2, 2008

PM jepun letak jawatan


Berita Harian




Keputusan mengejut Fukuda bagi atasi kebuntuan politik

TOKYO: Perdana Menteri Jepun yang tidak popular, Yasuo Fukuda meletakkan jawatan secara mengejut semalam dalam usaha bagi mengatasi kebuntuan politik di negara berkenaan, menjadikannya pemimpin kedua Jepun yang berundur secara tergesa-gesa dalam tempoh kurang daripada setahun.

Fukuda, 72, membuat kejutan itu beberapa hari selepas mengumumkan perbelanjaan baru kerajaan sebanyak dua trilion yen (RM57.6 bilion) bagi merancakkan lagi keadaan ekonomi yang merudum di negara berkenaan. Pertumbuhan menjadi perlahan kerana kekurangan perbelanjaan konsumer berikutan kenaikan harga minyak dan makanan.

"Saya rasa kita mesti mengutamakan kepentingan ekonomi," kata Fukuda dalam kenyataannya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

"Jika keputusan ini boleh membantu sesi parlimen dijalankan dengan lebih lancar, saya berpendapat adalah lebih baik bagi orang lain mengambil alih."

Fukuda, yang bapanya juga pernah menjadi Perdana Menteri, memperoleh sokongan rendah di parlimen yang berpecah di antara parti memerintah dan pembangkang. Satu tinjauan pendapat yang dikeluarkan semalam menunjukkan sokongan kepadanya merosot kepada 29 peratus, berbanding bulan lalu.

Fukuda baru-baru ini melantik orang yang disebut-sebut menjadi bakal penggantinya, bekas menteri luar, Taro Aso, sebagai setiausaha agung parti memerintah dalam rombakan kabinet.

Peletakan jawatan Fukuda menyebabkan keadaan politik Jepun terus menjadi tidak menentu sejak pemimpinnya yang popular, Junichiro Koizumi melepaskan jawatan Perdana Menteri setahun lalu.

Calon pilihan Koizumi, Shinzo Abe, hanya mampu bertahan sebagai Perdana Menteri selama setahun dan meletakkan jawatan pada September tahun lalu atas sebab-sebab kesihatan. Fukuda ketika itu dianggap sebagai tokoh lebih berumur dan boleh membawa kestabilan.

Fukuda bagaimanapun tidak berjaya mengatasi masalah perpecahan di parlimen, di mana parti memerintah, Parti Liberal Demokratik (LDP) menguasai dewan rendah dan pihak pembangkang menguasai dewan tertinggi.

Pihak pembangkang yang diketuai Parti Demokratik Jepun (DPJ) berkali-kali melengahkan inisiatif Fukuda untuk meminda undang-undang di parlimen, seperti memperbaharui misi anti keganasan Jepun di Lautan India dan pemilihan gabenor bank pusat.

Masalah ekonomi yang berlarutan juga menganggu gugat kerajaan dalam tempoh beberapa bulan. Keadaan ekonomi merudum dengan teruknya pada suku kedua tahun ini dan menjejaskan usaha yang dimulakan sejak zaman Koizumi.

"Anda mungkin menyatakan untuk meletakkan jawatan pada ketika ini adalah perbuatan tidak bertanggungjawab. Tapi jika prosiding parlimen berjalan lancar, bolehlah saya terus memimpin, namun dalam kes saya, saya juga mempunyai masalah sokongan bersama masalah lain," kata Fukuda.

Fukuda tidak menyatakan bila tarikh peletakan jawatannya berkuat kuasa. � AP/Reuters


OK - Sekurang-kurangnya Jepun ada PM yang bertanggungjawab di atas kegagalannya setelah rakyat semakin muak. Kat Malaysia, PM kita???? UndurLAH..............

Read More...

Thursday, June 5, 2008

Koleksi Video - Minyak naik !!!! kita ditipu idup-idup!!!!!

Lihat....dengar....fikir!!!!!!

Pak Lah Jamin , Minyak Takkan Naik Harga



Bulan Mac 2008, Pak Lah cakap apa jua situasi kerajaan takkan naikkan harga minyak!!!! Memang aku pun tak percaya dah orang tua ni cakap.....macam RPK cakap le, Pak Lah kata tak kawin lagi...tup!tup! umum dah kawin......Then, aritu masa nak bubar parlimen, pagi cakap takkan bubar......eh!eh! tiba2 tengahari terus je bubar.........aku memang tak percaya dah ko Pak Lah......dasar penipu.....UNDUR je LAH..!!!!!!!!

Minyak Naik Harga Pada Bulan OGOS 2008



Baru je minggu lepas si Shahrir ni umum petrol akan naik bulan OGOS.....eh...eh!!!tiba-tiba je naik hari ni.....adulaa.....rakyat ditipu hidup-hidup....undilah BN lagi...undi lagi....terang-terang ko cakap naik Ogos.....bodoh!!!bangang!!!! aku nak marah ni...nak marah ni......tensen...tensen!!!!!!!arghhhhhhh!!!!!!!!!!!!


Harga Petrol Naik 78 Sen Malam Ini | JUN 2008 | Undi Lagi BN



Akhirnya.....Pak Lah dah tak tahan...."tak kira apa rakyat nak kata...aku nak naikkan jugak!!!!" lagi lagi subsidi...subsidi...tak payah jadi kerajaan la kalau taknak tolong rakyat!!!!!! hapuskan terus subsidi tu...buat apa lagi nak diskaun 30 sen lagi......biarkan rakyat berdikari......kan ko nak macam tu....buang je subsidi tu.....hampeh!!!!hampeh!!!!! sempat lagi ko hisap darah rakyat.....mentang2 lah dah nak jatuh September ni......selamba je muka ko Pak Lah.......


OK - redakan kemarahan dengan penulisan......:)

Read More...

Monday, April 14, 2008

Perhimpunan Anwar tiada permit

Malaysiakini

Apr 13, 08 9:36pm

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata PKR tidak memohon permit untuk perhimpunan 'Black 14' di Kelab Sultan Sulaiman esok malam.

Parti itu, tambahnya, hanya menghantar surat pemberitahuan kepada polis mengenai majlis makan malam pemimpin PKR bersama rakyat.

anwar ibrahim vk lingam hearing pc 290108 talkingBeliau berkata polis menerima surat mengenai majlis makan malam itu bertarikh 8 April lalu yang ditandatangani Yahya Shahri, iaitu pegawai khas kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Surat itu menyatakan hasrat PKR untuk mengadakan jamuan makan malam bersama wakil rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada pukul 8 malam esok dan akan dihadiri oleh penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Muhammad Sabtu berkata walaupun majlis makan malam itu di buat di tempat persendirian, polis tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan dan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan itu.

"Sekiranya mereka hanya menggunakan dewan itu dan tidak mengganggu kawasan sekeliling serta tidak menarik perhatian umum (dengan menggunakan pembesar suara), kami tidak akan menghalang tapi jika sebaliknya kami akan ambil tindakan sewajarnya," katanya.

Perhimpunan sempena 'Black 14' dan pidato perdana Anwar itu dijangka disertai lebih 10,000 penyokongnya.

bersih rally 271207 02'Black 14, atau pernah disebut 'Gelita 14', disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR.

Perhimpunan esok diberikan tema "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" dianjurkan dalam situasi berbeza, khususnya selepas kejayaan besar PKR dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac.

Ia disambut bagi menandakan berakhirnya larangan aktif berpolitik selama lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar - dan kemungkinan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan Persekutuan jika mendapat 30 wakil rakyat BN yang berminat melompat parti.

Larangan itu dikenakan selepas beliau disabitkan hukuman terhadap tuduhan salah guna kuasa sewaktu menjadi timbalan perdana menteri pada tanggal itu tahun 1999.



orangkita -
alaa polis ni....kalo UMNO buat perhimpunan haram bantah tu bantah ni, boleh pulak....kalo PR nak buat perhimpunan sikit...nak permit la...apa la....sedar ke tak, Selangor skang ni PR memerintah....ke tengah berangan BN perintah lagi...hehe..

Read More...

Friday, March 28, 2008

Bekalan Air 20 Meter Padu Percuma Bermula 1 Jun Di Selangor

Bernama

SHAH ALAM, 28 Mac (Bernama) -- Kerajaan Selangor akan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada semua pengguna di kediaman yang menggunakan meter individu bermula 1 Jun depan, demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar di sini, Jumaat.


Kenyataan itu menyebut, kerajaan Selangor juga telah menjalankan kajian berhubung mekanisme bagi melaksanakan dasar berkenaan demi menjaga kepentingan kerajaan negeri sendiri, alam sekitar dan orang ramai.

Menurut kenyataan itu, dasar tersebut bertujuan meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun rakyat masih perlu mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta bertanggungjawab bagi mengelak pembaziran agar sumber air negeri Selangor dapat dipelihara dalam jangka masa yang panjang.

Pada masa yang sama, kerajaan Selangor juga akan memperkenalkan langkah mempelbagaikan sumber bekalan air secara menyeluruh dalam masa terdekat.

Bekalan air percuma itu merupakan antara janji dalam manifesto pakatan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP pada pilihan raya umum lepas.

-- BERNAMA

orangkita kata :
Alhamdulillah....tahniah buat kerajaan Selangor kerana mengutamakan kebajikan rakyat dengan memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu bermula Jun ini. Insyaallah, jika tiada aral melintang dan diizinkan Allah, rakyat Selangor buat pertama kalinya akan merasa air paip percuma sebanyak 20 meter padu. Memang tidak dinafikan setiap benda yang kita lakukan itu ada pro dan kontranya. Saya ada terbaca di akhbar arus perdana yang menyiarkan sms dari rakyat selangor sendiri yang tidak setuju dengan pemberian air percuma ini kerana ia menggalakkan pembaziran oleh rakyat sendiri. Menurutnya kerajaan Selangor sepatutnya memberi kadar minima yang perlu dibayar jika penggunaan air di bawah 20 meter padu.

Pada hemat saya, pengirim sms itu mungkin betul dan mungkin juga tidak. Pembaziran air berlaku bukan disebabkan oleh air diberikan percuma, tetapi ia adalah sikap yang sememangnya menjadi penyakit dalam masyarakat kita sebenarnya. Ini dapat diatasi dengan memberi peringatan samada dalam bentuk iklan yang berulang kali dan juga perlu disemaikan di dalam diri masing-masing bahawa pembaziran adalah satu pengkhianatan kepada diri sendiri dan masyarakat. Apa yang penting di sini, kerajaan BR di Selangor menepati janji di dalam manifesto mereka dan seluruh negara masih menunggu apa lagi dasar yang baik dan bermanfaat untuk rakyat yang akan dilaksanakan di Selangor.

Tahniah sekali lagi buat Barisan Rakyat Selangor. Ingat!!!jauhkan dari amalan birokrasi yang melampau, rasuah, kronisme dan amalan-amalan negatif yang diamalkan oleh pemimpin Barisan Nasional yang terdahulu. Anda semua diperhatikan!!!!!!

"masih teringat lagi kerajaan BN Terengganu mengadakan semula cukai pintu yang telah ditiadakan oleh kerajaan PAS selepas mereka menang secara 'terpimpin' pada tahun 2004 dahulu....kejam..kejam...kata duit ehsan banyak, tapi masih tagih lagi duit rakyat yang kedua miskin ni....hampeh!!!"



Read More...

Thursday, March 27, 2008

Kerajaan Pulau Pinang belanja berhemah....

Kerajaan Pulau Pinang batal beli kereta kegunaan EXCO.

keratan akhbar utusan 27/3/08.

Menurut akhbar utusan hari ini, Kerajaan Pulau Pinang bersetuju membatalkan pembelian 5 buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan Exco kerajaan negeri.

Ketua Menterinya berkata, kos belian yang berjumlah RM623,000 itu dapat diselamatkan dan ini dapat menjimatkan wang rakyat serta memantapkan akaun kerajaan negeri dengan perbelanjaan yang berhemah.

Kereta perdana itu ditempah oleh kerajaan lama tetapi tidak sampai lagi dan Lim berkata lagi bahawa barisan exco nya bersetuju menggunakan kenderaan sedia ada yang baru berusia 5-10 tahun yang masih lagi boleh digunakan.

Saya terpanggil untuk memberi pandangan dalam kes ini. Jika kes seumpama ini dapat dipanjangkan ke peringkat pusat, saya boleh bayangkan begitu banyak wang kerajaan dapat diselamatkan. Daripada membeli kenderaan yang baru, walhal kenderaan lama masih lagi boleh digunakan adalah baiknya kerajaan menumpukan kepada kebajikan rakyat ataupun perkara lain yang lebih berfaedah.

Ini tidak, perbelanjaan yang boros oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional di peringkat pusat begitu ketara dan membimbangkan. Kalau nak sebut memang banyak. Tapi, biarlah saya sebutkan di sini bahawa kerajaan Malaysia sepatutnya mengamalkan perbelanjaan berhemah sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang khasnya dan juga kerajaan Alternatif yang lain amnya.Semoga semangat begini berterusan. Tahniah kerajaan Barisan Rakyat!!!!

orangkita - cerita camni kena sebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia, semoga yang masih lagi menyokong BN terbuka hati dan minda mereka untuk bertukar kepada Barisan Rakyat.

catatan: orangkita (27 mac 2008, 11:10 am)

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |