+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, May 19, 2008

Pak Lah yakin ahli terus sokong Umno

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 19, 08 6:08pm

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperanjat dengan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar dari Umno.

abdullah ahmad badawi pak lah 110907"Saya terkejut dengar Tun letak jawatan, tak mahu jadi ahli Umno lagi dah. Tapi saya ingat, dia dah fikir habis. Dan Tun (Dr Mahathir) ini, bila dia kata dia nak buat sesuatu perkara, dia tak kisah dah apa orang nak kata pada dia. Dia buatlah apa dia nak.

"Tapi yang pentingnya dalam hal ini, kalau itu keputusan dia, ahli-ahli Umno perlulah bertenang dan memahami bahawa ahli Umno mestilah taat setia kepada parti," kata Abdullah.

mahathir mohamad 03 Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah.

Bagaimanapun, Abdullah yakin ahli-ahli parlimen Umno tidak akan mengikut jejak mantan perdana menteri itu meninggalkan Umno.

"Semua ini bergantung sama ada kita sayang atau tidak kepada parti, dan saya percaya ahli Umno sayangkan parti. Dan kita mahu bersama-sama berada dalam parti untuk meneruskan perjuangan kita," kata perdana menteri.

‘Mahu Umno kuat'

Menjawab soalan pemberita, perdana menteri berkata, adalah tidak lojik untuk mereka meninggalkan Umno dalam keadaan sekarang.

"Saya percaya ahli Umno tidak akan meninggalkan parti kerana mereka mengambil berat, mereka sayang (pada) Umno. Mereka mahu menjadi ahli Umno, (kerana) mereka mahu Umno menjadi kuat.

"Tidak lojik mereka akan meninggalkan Umno. Meninggalkan Umno (bererti) meninggalkan BN. Itu maksudnya. Mereka tidak mahu Umno terancam dengan cara itu," katanya dalam sebuah sidang media di Kuala Lumpur.

Abdullah juga ditanya sama ada ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi akan meninggalkan Umno, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

"Kita ramai, tiga juta lebih. Entahlah, mungkin ada, mungkin tak ada. Tapi yang pentingnya, kita perlu berfikir, adakah kita benar ingin meninggalkan Umno dan kita benar memperjuangkan Umno. Kalau tak ada itu, maknanya tak ada lagi perjuangan Umno dalam diri kita," katanya.

Menjawab soalan pemberita sama ada tindakan Dr Mahathir itu akan menjejaskan parti atau tidak, Abdullah tidak menafikannya tetapi mendakwa majoriti ahli Umno mahu terus berada dalam parti.

Bangkit dalam MT

"Saya tak kata tak menjejaskan langsung, mungkin ada. Tapi yang pentingnya, saya percaya majoriti ahli Umno mahu berada dalam Umno, mahu meneruskan perjuangan Umno.

"Dulu pun begitu juga. Bila ada pemimpin besar dan berpengaruh tidak ada dalam parti (meninggalkan parti), majoriti ahli Umno tetap berada dalam Umno. Sebab itu Umno sampai hari ni (terus) wujud," katanya.

Abdullah tidak menjawab ketika ditanya sama ada beliau akan menemui Dr Mahathir.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan ditimbulkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan datang.

"Bila mesyuarat MT tentulah perkara ini akan timbul," tambahnya.

Ditanya soalan berikutnya dari pemberita, beliau terus menafikan akan meletak jawatan perdana menteri.

"Kenapa mesti (buat demikian)? Saya ada kerja untuk dibuat," katanya

Read More...

Pengumuman Keluar Dari UMNO - DrM

Chedet



Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.


Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

Read More...

MB Perak kunjungan MB Kelantan

Siasah daily


Sunday, May 18, 2008

KOTA BHARU, 18 Mei: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin telah mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut kedatangannya bersama 10 orang deligasi lain kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi di kediaman rasmi JKR 10, di sini.

Turut hadir dalam majlis makan tengahari itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasharuddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun dan lain-lain pimpinan.

Nizar dalam rangka lawatan kerjanya turut ditemani Pengerusi Jawatankusa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna, Chen Fook Chye, Adun Selising, Husin Din, Adun Semanggul, Ramli Husin, Setiausaha Politik dan akhbarnya, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Anuar Hashim.

Dalam rangka lawatan selama empat jam ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Nizar turut diraikan pada majlis makan tengahari bersama Anggota Exco kerajaan negeri dan Adun sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Tuan Guru di pejabatnya.

Selepas itu, beliau turut menghadiri majlis pertemuan rasmi dengan anggota exco kerajaan negeri dan Adun yang diadakan di Bilik Gerakan Suk.
Kehadiran Nizar buat pertama kali ke negeri itu, menjadi perhatian para media termasuk RTM, tv3, tv9 untuk membuat liputan.

Nizar ketika berucap pada majlis itu berkata, kerajaannya yang baru dibentuk lebih dua bulan itu akan mengutamakan konsep kebajikan dan amanah sebagaimana yang diingini rakyat.

Menurutnya, selama itu rakyat Perak dan seluruhnya begitu ‘haus’ dengan kebajikan dan amanah dari kerajaan baru.

“Untuk kita, pihak kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk memikul amanah itu sebaiknya dan akan melaksanakan konsep kebajikan dan beramanah sebagaimana yang rakyat inginkan.

“Dalam masa yang sama, Perak memerlukan sokongan semua pihak termasuk rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan kerajaan kita agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah,”ujarnya.

Tegasnya lagi, kerajaan Perak juga akan menjadikan Kelantan sebagai model dalam semua hal termasuk pentadbiran memandangkan kejayaan negeri itu telah menerajui perubahan sejak 18 tahun lalu.

Turut berucap pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob.

Read More...

Sanusi Junid ikut jejak Dr M – senarai kenyataan Mahathir sejak PRU 12


Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Monday, 19 May 2008

Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno."Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno,” kata beliau

Mstar melaporkan Sanusi yang merupakan antara pengikut setia Dr Mahathir dan bekas setiausaha agung Umno ketika krisis parti 1988 enggan memberikan ulasan lanjut.

Mstar juga menyenaraikan beberapa kenyataan 'pedas' Mahathir sejak pilihan raya umum ke-12 seperti dibawah;

22 Mac: Ahli-ahli parti tidak boleh percaya kepada satu individu sahaja dengan memberikan kuasa yang begitu besar sehinggakan seorang ahli yang menegur Presiden akan didakwa tidak menghormati ketua.

22 Mac: Mencadangkan supaya majlis penasihat presiden itu dianggotai profesional dan ahli UMNO berwibawa tetapi bukan yang dilantik oleh UMNO bahagian supaya dapat berfungsi secara bebas.

28 Mac: Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno sewajarnya dipertandingkan jika ada ahli parti yang mahukan perubahan."Ya, kalau ada perasaan ahli-ahli supaya ada perubahan. Kehendak ahli mesti dilayan.Kita tak boleh ketepikan kehendak ahli-ahli dan tidak memberi peluang kepada mereka dengan tidak mengadakan pemilihan dan sebagainya. Itu salah."

30 Mac: "Pada masa dulu, sistem kuota itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin parti yang benar-benar ingin bertanding dan untuk mendapat pencalonan dari 60 bahagian bagi bertanding jawatan presiden adalah mudah.

"Tahun 2004 menyaksikan ia disalahgunakan di mana bekas Naib Presiden Umno yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang ingin bertanding untuk jawatan presiden Umno hanya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagiannya sendiri."

30 Mac: "Tidak ada kebebasan di dalam UMNO sekarang dan sebab itu sistem kuota perlu dimansuhkan kerana mereka berpendapat melawan Presiden merupakan satu penghinaan.

"Semasa saya menjadi Presiden UMNO, Tengku Razaleigh mendapat pencalonan daripada 60 Bahagian UMNO dengan mudah dan mereka bebas untuk berkempen di seluruh negara untuk menghentam saya."

01 April: Sudah berubah fikiran dan tidak lagi berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah calon paling layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan datang.

01 April: Umno perlu dipulihkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu terhadap perjuangannya dan Abdullah, katanya, perlu faham mesej daripada rakyat yang mahukan beliau mengundur diri.

06 April: "Saya tidak ada niat hendak menjadi Presiden Umno, sekali lagi atau Perdana Menteri untuk kali kedua, tetapi sebagai anggota Umno dan sebagai rakyat Malaysia saya berhak bersuara."

06 April: "Saya akan berhenti, Saya akan berhenti (daripada bercakap). Secara jujur saya akan berhenti jika mereka akan berhenti melakukan apa yang salah yang telah menyebabkan Umno mempamerkan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini."

7 Mei: Meminta BN mengambil serius tentang kemungkinan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan dalam masa terdekat. "Saya fikir ini ada kemungkinan (pertukaran kerajaan) yang tidak boleh kita abaikan."

15 Mei: Sudah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa. "Najib sudah jumpa saya ... dia (Abdullah) tidak halang. Selepas saya tegur kata Abdullah tak bagi, dia pula kata tidak menghalang, lepas itu, baru saya jumpa dengan Najib."

17 Mei: Sedia disiasat dan didakwa di mahkamah berikutan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video Datuk V. K. Lingam. "Saya nak cerita berkenaan hakim yang melobi saya dan kalau melobi ini adalah satu perkara yang salah, maka hakim ini juga patut disiasat.”

17 Mei: Mengibaratkan UMNO sebagai magnet yang mampu menarik parti-parti komponen lain untuk memperkukuhkan BN."Berdasarkan pengamatan saya, UMNO yang lemah tidak mungkin dapat menubuh serta memimpin sebuah kerajaan yang berwibawa. Ini kerana UMNO merupakan sebuah parti yang menunjangi pemerintahan negara di bawah naungan BN."

Read More...

Karpal: Dr Mahathir ahli politik murahan

Malaysiakini

May 19, 08 8:22pm

Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan keluar dari Umno hari ini sebagai "seorang ahli politik murahan".

Beliau juga menyifatkan tindakan mantan perdana menteri itu
bertujuan untuk "menggugat kerajaan" Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi.

"Beliau dengan jelas menunjukkan bahawa beliau bukan seorang
negarawan. Beliau adalah dan masih merupakan seorang ahli politik
murahan," kata Karpal hari ini.

"Beliau sepatutnya kekal sebagai ahli (Umno) sehingga beliau membersihkan namanya terhadap tuduhan terhadapnya semasa menjadi perdana menteri," katanya.

karpal singhKarpal merujuk kepada syor suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal pita video Lingam, supaya siasatan lanjut dijalankan terhadap enam orang, termasuk Dr Mahathir.

Dr Mahathir yang menerajui Umno selama 22 tahun, mengumumkan pagi ini yang beliau keluar dari Umno kerana tidak yakin lagi dengan kepimpinan Abdullah.

Beliau juga menggesa ahli Umno lain supaya mengikut jejak langkahnya tetapi jangan menyertai parti lain, dan kembali ke pangkuan Umno bila pucuk pimpinan parti ditukar.

Karpal bagaimanapun berkata, Dr Mahathir seharusnya tidak panik dan bertindak keluar dari partinya.

"Seorang yang panik memperlihatkan kelemahannya, yang tidak sepatutnya terjadi kepada seorang bekas presiden Umno dan perdana menteri selama lebih 21 tahun," tambahnya.

Karpal mengimbau kembali saat selepas rusuhan 13 Mei 1969, di mana Dr Mahathir telah mengkritik presiden Umno dan perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman secara terbuka.

Katanya, Tunku tidak pernah memaafkan Dr Mahathir yang menyebabkan kejatuhan Tunku apabila terpaksa melepas jawatan
perdana menteri.

Karpal juga menyifatkan Dr Mahathir seorang yang naif apabila menyatakan bahawa para hakim datang melobi kepadanya sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

Menurutnya, adalah sukar dipercayai dan naif bagi Dr Mahathir tidak tahu bahawa perbuatan melobi oleh para hakim adalah sesuatu yang salah.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata, martabat badan kehakiman negara kini berada di tempat paling bawah ekoran syor-syor suruhanjaya diraja tersebut.

"Ia tidak boleh jadi lebih teruk lagi. Dari segi kredibiliti dan kebebasan kehakiman negara, kita sudahpun berada di bawah sekali," katanya.

Sementara itu, ketua menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata tindakan Dr Mahathir keluar dari Umno itu merupakan 'satu gempa bumi yang melanda Umno selepas tsunami politik pada 8 Mac lalu'.

Manakala presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata tindakan Dr Mahathir itu mencerminkan keadaan yang parah dalam Umno sekarang.

Katanya, tindakan Dr Mahathir itu menunjukkan bahawa Umno sudah tidak layak lagi untuk menerajui negara dan menjadi pelindung orang Melayu," katanya. Berita asal

Read More...

Lim Guan Eng tekad guna pendekatan Umar Abdul Aziz

Harakahdaily

Wan Nasro Ahmad

Mon | May 19, 08 | 12:45:34 pm MYT

BAYAN LEPAS, 19 Mei (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menyatakan kesediaan menggunakan pendekatan sebagaimana diamalkan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbirannya.

"Bagaimanapun saya tidak mahu pemerintahan saya berakhir seperti Khalifah Umar yang hanya sempat memerintah tiga tahun kerana dibunuh musuh yang tamakkan kuasa dan projek," katanya pada perasmian pusat khidmat rakyat KeADILan Parlimen Bayan Baru di sini, kelmarin.

Image Perasmian pusat khidmat itu disempunakan Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri mengamalkan konsep CAT government iaitu (contingency - berpasukan, accountanbility - bertanggungjawab dan transparency - telus dan adil).

Menurutnya tiada diskriminasi dalam menguruskan permasalahan rakyat di mana kerajaan Pulau Pinang akan mencari dana sebanyak mungkin untuk diagihkan bagi menyediakan kemudahan rakyat.

Beliau juga berkata, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang masih baru namun telah berjaya menarik pelaburan asing berjumlah RM1 bilion.

Ini menunjukkan keyakinan pelabur asing terhadap kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat, ujarnya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri akan memperkemaskan jentera bagi menarik lebih ramai pelancong asing datang melawat Pulau Pinang.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, setiap wakil rakyat terutamanya daripada KeADILan perlu bekerja berorientasikan kehendak rakyat dengan mendengar, melihat dan meninjau keadaan mereka.

Kata beliau adalah diharapkan tidak ada wakil KeADILan di Pulau Pinang yang bersikap seperti diamalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang hanya mementingkan diri sendiri, kroni dan tidak amanah.

Oleh itu beliau berkata, rakyat yang mempunyai maklumat mengenai perlakuan tidak wajar wakil rakyat KeADILan disaran melapor segera kepada Majlis Pimpinan Tertinggi untuk diambil tindakan.

Dr Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh menjelaskan pembelian kapal selam Malaysia jauh lebih mahal berbanding dengan dibeli kerajaan India kerana wujud pembayaran komisen kepada pihak ketiga.

Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, Bayan Baru merupakan kubu kuat KeADILan di Pulau Pinang memandangkan memenangi kesemua kerusi di kawasan itu pada pilihan raya umum lalu iaitu Dun Batu Maung, Batu Uban dan Pantai Jerjak.

Beliau juga berharap kerajaan baru Pulau Pinang mentadbir negeri ini dengan cemerlang sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Hadir sama pada majlis itu anggota Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman. - mj

Read More...

Shahrir: Bersiap sedia untuk p'raya baru

Malaysiakini

May 19, 08 3:45pm

Ekoran pengumuman mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno, seorang menteri kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara mungkin akan berdepan dengan satu lagi pilihanraya umum.

shahrir samad 01Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan dan mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus memaksa Abdullah mengadakan pilihanraya umum baru.

Keputusan Dr Mahathir itu, tambahnya, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan.

Jika itu berlaku, kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihanraya umum baru.

Beliau memberitahu AFP bahawa perkembangan tersebut pastinya tidak membantu keadaan dalam Umno sekarang, lebih-lebih lagi ketika pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar mengatakan beliau boleh menarik ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti.

Perkembangan tersebut, katanya, boleh mengurangkan jumlah ahli parlimen Umno yang menjadi parti memerintah sekarang.

Dr M akan hantar surat

Sementara itu, anak Dr Mahathir - Mokhzani - memberitahu AFP bahawa bapanya telah keluar dari Umno sebagai membantah kepimpinan berterusan Abdullah sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

"Beliau juga akan menulis surat kepada setiausaha agung Umno untuk memaklumkan mengenai keputusannya itu," katanya, sambil menambah, Dr Mahathir mengumumkan keputusannya ketika berucap di satu majlis di Kedah pagi tadi.

Dr Mahathir memegang kuasa selama 22 tahun sehingga tahun 2003 di mana beliau bersara dan menyerahkan kuasa kepada Abdullah.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini beliau mengecam hebat pentadbiran Abdullah dan sejak Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, beliau aktif berkempen mendesak Abdullah meletakkan jawatan.

Read More...

Dr M keluar Umno: "Saya orang paling gembira di dunia" - TGNA

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Bernama
Isnin, 19 Mei 2008

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau orang paling gembira di dunia dengan keputusan itu kerana ini memberi perangsang kepada PAS memperkukuhkan pengaruh politiknya. Pemimpin parti pembangkang tidak menjangka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan keluar Umno berkuatkuasa hari ini tetapi menyambut baik keputusan itu.

Ada di antara mereka yang berpendapat tindakan itu akan membawa satu senario baru dalam politik Umno selain memberi faedah kepada parti pembangkang.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau orang paling gembira di dunia dengan keputusan itu kerana ini memberi perangsang kepada PAS memperkukuhkan pengaruh politiknya. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menghormati Dr Mahathir sebagai tokoh pemimpin yang terkenal di seluruh dunia dengan mempunyai pemikiran yang tajam dalam membawa kemajuan negara.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan mengenang jasa Dr Mahathir berhubung isu Palestin dengan menuduh rejim Zionis sebagai punca dunia Arab berpecah belah.

PAS sentiasa memberi ruang kepada Dr Mahathir untuk menyertai parti itu kerana ketokohannya dan kebijaksanaannya akan memberi kelebihan pada PAS, katanya ketika mengulas tindakan Dr Mahathir keluar Umno berkuatkuasa serta merta.

Di PULAU PINANG, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan Dr Mahathir untuk keluar daripada Umno akan menjadi gempa bumi politik amat besar yang melanda parti itu selepas tsunami politik pada 8 Mac.

Dalam satu kenyataan, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata persaingan dalaman ini adalah sebahagian daripada pergelutan kuasa yang hebat oleh pihak berkepentingan dalam lingkungan Umno.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim beliau tidak menjangka Dr Mahathir akan memgambil tindakan sedemikian.

"Kami menjangkakan bahawa Dr Mahathir akan mempengaruhi anggota Umno untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri tetapi kami tak sangka pula yang dia akan bertindak keluar daripada parti. Kita akan lihat apa yang akan berlaku selepas ini," katanya.

Ditanya adakah PKR akan mempelawa Dr Mahathir menyertai parti itu, beliau berkata: "Perjuangan dan ideologi Dr Mahathir tidak sama dengan PKR. Rasanya susahlah dia nak terima PKR, tapi tak tahulah."

Read More...

Duri dalam daging sudah terkeluar - Musa Hitam

Utusan Online

19/05/2008 5:38pm

KUALA LUMPUR 19 Mei - Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bererti ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.

Walaupun mengakui sedih dan berdukacita dengan tindakan Dr. Mahathir itu, tetapi katanya, ia memberikan peluang kepada pucuk pimpinan memperkukuhkan kembali parti.

“Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.

“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang,

tentu ada hikmahnya di sini, duri dalam daging sudah terkeluar,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui satu sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Musa Hitam menambah, kini pucuk pimpinan harus menumpukan usaha mereka kepada dua perkara.

Perkara pertama, jelas beliau ialah menerima realiti bahawa UMNO sekarang bukan lagi sekuat atau diterima sepenuhnya oleh rakyat terutama Melayu.

“Kedua, menerima realiti bahawa konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu dan UMNO haruslah balik kepada konsep ‘bersih, cekap, amanah’ yang pada awal tahun 80-an dulu diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata.

“Tetapi dalam jangka pendek kita semua dalam UMNO telah kesesatan jalan,” katanya.- Utusan.

Read More...

Dr Mahathir keluar Umno

Malaysiakini

May 19, 08 12:12pm

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum itu, semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya, beliau mencadangkan Ketua-ketua Umno cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehinggalah perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Katanya, ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan Umno Disember ini, Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.

Beliau terus membuat pengumuman keluar parti apabila salah seorang hadirin mencabarnya membuat pengumuman itu.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan hadirin yang kebanyakannya ahli Umno Kedah di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star hari ini.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai eluar dari Umno)," katanya.

Dr Mahathir turut menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

'Untuk kepentingan keluarga'

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.

"Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lalu. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

'Halang jumpa saya'

Bernama pula melaporkan Dr Mahathir turut mengajak ahli Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.

"Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya," tambahnya.

Bekas Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa kerana ahli Umno masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpa dengannya.

"Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli Umno dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa," katanya.

Beliau berkata, tindakan kepimpinan Umno itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan Umno sebagai tidak demokratik.

Ikut jejak

Ketika diajukan soalan oleh pemberita mengenai tindakannya itu akan membuat orang lain mengikuti jejaknya, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak peduli kerana saya pun disekat daripada berjumpa dengan ahli-ahli Umno."

Beliau juga yakin bahawa tindakannya meninggalkan Umno tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu.

"Saya pernah dibuang dari Umno, (dan) politik Melayu tidak hilang. Kalau orang Melayu hendak betulkan, bukan kerana (tindakan) saya keluar. Kalau mereka berani hendak pelihara parti dan perjuangan parti mereka harus berani bertindak," katanya.

Dr Mahathir juga sekali lagi menegaskan bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai perdana menteri bagi memastikan survival Umno dan jika perlu ahli Umno boleh membuat undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletak jawatan.

Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar Umno) bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abdullah, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa".

Siasatan peguam negara

Ditanya adakah tindakannya keluar dari Umno mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V.K Lingam, Dr Mahathir menafikannya.

"Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah janganlah tangkap saya juga," katanya sambil ketawa.

Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan; dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin serta Dr Mahathir.

Di akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan sahaja tidak mempertahankannya, sebaliknya turut mengkritiknya.

"Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya," katanya kesal.

Di majlis itu, Dr Mahathir dalam ucapannya selama sejam turut menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin antaranya berhubung pengganti Abdullah dan langkah memulihkan kuasa politik Umno.

Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya sistem kuota kelayakan untuk bertanding jawatan penting pada perhimpunan agung Umno Disember ini dimansuhkan melalui persidangan mesyuarat khas parti.

PM paling lama

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.

mahathir and umno 190508Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.

Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.

Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.

Dasar Ekonomi Baru

Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.


Read More...

Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta

Bernama


Tun Dr Mahathir Mohamad

ALOR STAR, 19 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta.

Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini Isnin.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.

"Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," katanya.

Dalam sejarah Dr Mahathir dalam Umno, beliau pernah dipecat daripada Umno pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972.

Dr Mahathir turut mengajak anggota Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.

"Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya," tambahnya.

Bekas Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa kerana anggota-anggota Umno masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpanya.

"Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli Umno dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa?," katanya.

Beliau berkata tindakan kepimpinan Umno itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan Umno sebagai tidak demokratik.

Ketika diajukan soalan oleh pemberita mengenai tindakannya itu akan membuat orang lain mengikuti jejaknya, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak peduli kerana saya pun disekat daripada berjumpa dengan ahli-ahli Umno."

Beliau juga yakin bahawa tindakannya meninggalkan Umno tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu.

"Saya pernah dibuang dari Umno, (dan) politik Melayu tidak hilang. Kalau orang Melayu hendak betulkan, bukan kerana (tindakan) saya keluar. Kalau mereka berani hendak pelihara parti dan perjuangan parti mereka harus berani bertindak," katanya.

Dr Mahathir juga sekali lagi menegaskan bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi memastikan survival Umno dan jika perlu anggota Umno boleh membuat undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletak jawatan.

Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar Umno) bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abdullah, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa".

Ditanya adakah tindakannya keluar daripada Umno mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V.K Lingam, Dr Mahathir menafikannya.

"Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah janganlah tangkap saya juga," katanya sambil ketawa.

Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan; dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin serta Dr Mahathir.

Pada akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan sahaja tidak mempertahankannya sebaliknya turut mengkritiknya.

"Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya," katanya kesal.

Pada majlis itu, Dr Mahathir dalam ucapannya selama sejam turut menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin antaranya berhubung pengganti Abdullah dan langkah memulihkan kuasa politik Umno.

Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya sistem kuota kelayakan untuk bertanding jawatan penting pada perhimpunan agung Umno Disember ini dimansuhkan melalui persidangan mesyuarat khas parti.

-- BERNAMA

Read More...

Siasat percutian Lingam


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja turut mencadangkan supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR), membuka semula siasatan terhadap bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin dan peguam, Datuk VK Lingam.

Suruhanjaya itu dalam laporannya yang diumumkan Jumaat lalu, secara khusus mahu BPR menyiasat mengenai percutian antara kedua-dua mereka bersama keluarga ke New Zealand pada 1994.

Malah, suruhanjaya turut mencadangkan BPR menyiasat beberapa hakim yang dikatakan pernah menerima hadiah daripada Lingam.


Suruhanjaya mendapati, siasatan awal terhadap percutian Lingam dan Mohd Eusoff serta keluarga mereka ke New Zealand itu turut membabitkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah.

Laporan itu juga menyatakan bahawa jika BPR tidak mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka, masyarakat mungkin memandang rendah terhadap integriti badan kehakiman.

Suruhanjaya merumuskan demikian berikutan bekas setiausaha dan adik Lingam, G Jayanthi dan V Thirunama, dalam kenyataan bersumpah mereka ketika memberi keterangan dalam inkuiri berkenaan, mengesahkan wujud hubungan baik antara Mohd Eusoff dan Lingam.



“Siasatan baru sepatutnya dibuat kerana ia membabitkan kelakuan yang tidak sepatutnya oleh Mohd Eusoff dan beberapa hakim lain yang dipercayai rakyat. Integriti BPR akan dipersoal melainkan tindakan positif diambil,” kata laporan itu.

Jumaat lalu, Kabinet mengarahkan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta berhubung segala tuduhan terhadap enam individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video yang didakwa mengandungi perbualan peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.

Mereka adalah Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Mohd Eusoff serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Thirunama membuat laporan polis pada 1998 terhadap Lingam kerana mendakwa merasuah beberapa hakim termasuk Mohd Eusoff. Beliau mendakwa turut menghantar hadiah kepada mereka selepas diminta Lingam berbuat demikian.

Bagaimanapun, ketika inkuiri diadakan, Lingam cuba membuktikan bahawa Thirunama mengalami masalah mental tetapi suruhanjaya menolaknya. Suruhanjaya juga menerima keterangan Jayanthi dan mendapati beliau adalah saksi yang mempunyai kredibiliti.

Jayanthi dalam keterangannya mengesahkan kepada suruhanjaya bahawa percutian antara Lingam dengan Mohd Eusoff ke New Zealand pada 1994, dirancang dan bukannya kebetulan.

Jayanthi berkata, beliau sendiri yang mengatur urusan percutian termasuk mendapatkan tiket penerbangan dan jadual perjalanan daripada syarikat agensi pelancongan. Semua tiket penerbangan itu dibayar oleh Lingam.

Suruhanjaya itu mendapati, percutian antara Lingam dan Mohd Eusoff amat mengejutkan kerana bukti yang dikemukakan menunjukkan perkara itu memang berlaku.

Mohd Eusoff dalam keterangannya menafikan merancang percutiannya dengan Lingam dan mendakwa bertemu secara kebetulan dengan peguam itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura dan di New Zealand.

“Melihat kepada terlalu banyak kebetulan yang didakwa berlaku, kita hanya perlu melihat dari segi logik untuk menolak kemungkinan berkenaan,” kata laporan itu.

Sementara itu, dalam penutup laporan berkenaan, suruhanjaya itu antara lain menyebut bahawa tugas mereka dalam inkuiri itu ‘bukan sekadar untuk merawat tetapi juga membasmi penyakit’.

“Dalam kata lain, satu usaha bersungguh-sungguh mesti dilakukan untuk mencari punca sebenar ‘penyakit’ yang sudah ditemui itu,” katanya.

Read More...

'Siapa kata saya akan letak jawatan?'- TGNA

Utusan Online


KOTA BHARU 18 Mei - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas-desus mengatakan beliau akan meletak jawatan selepas kembali dari menunaikan umrah di Mekah pada 26 Mei ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perkara tersebut tidak timbul kerana beliau masih sihat dan mampu menjalankan tugas mentadbir Kelantan dengan baik.

''Perkara itu (letak jawatan) tidak timbul lagi, umur saya ada lagi, insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan kerajaan negeri Perak di Kota Darulnaim di sini petang ini.

Rombongan seramai sembilan orang termasuk Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, V.Sivakumar itu diketuai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun mengakui bahawa beliau telah menghantar surat cuti kepada Sultan Kelantan bagi menunaikan umrah ke tanah suci pada 26 Mei ini dan bukannya surat peletakan jawatan.



Jelas beliau, selama 10 hari berada di tanah suci, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob akan memangku dan menjalankan tugasnya.

Desas-desus mengenai peletakan jawatan beliau mula timbul apabila sebuah akhbar semalam melaporkan bahawa kerajaan Pas Kelantan telah menyediakan pelan peralihan kuasa yang akan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar yang baru.

Pakar Strategi Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dilaporkan berkata, berdasarkan kepada susunan kepimpinan Pas negeri, Ahmad yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar selama dua penggal adalah individu yang paling layak memegang jawatan itu.

"Jika Nik Aziz mahukan orang lain sudah pasti dia akan pilih individu lain sebagai Timbalan Menteri Besar. Dengan memilih Ahmad bagi penggal kedua ia adalah petanda jelas bahawa beliau adalah pilihannya," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Read More...

Batal dakwat: Tubuh suruhanjaya kenalpasti pembohong

Harakahdaily

Abdul Halim Mohd Rashid

Sun | May 18, 08 | 7:53:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Satu suruhanjaya siasatan diraja mesti ditubuhkan untuk mengenalpasti pihak yang berbohong sehingga dibatalkan penggunaan dakwat pada kuku pengundi yang telah mengundi dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menekankan, suruhanjaya tersebut perlu diadakan berikutan kenyataan bercanggah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman

Suruhanjaya itu juga, katanya, hendaklah mengenalpasti pihak yang mencipta pembohongan untuk mempengaruhi pembatalan penggunaan dakwat tersebut.

"Siapa cipta pembohongan? Kabinet, polis atau SPR?" beliau mempersoalkan.

Bernama melaporkan Abdul Rashid berkata, kabinet tidak meluluskan penggunaan dakwat tersebut semasa pilihan raya walaupun SPR telah bersetuju untuk menggunakannya bagi menjamin ketelusan.

Beberapa jam selepas itu, agensi berita nasional itu melaporkan pula Perdana Menteri berkata, keputusan supaya membatalkan penggunaan dakwat khas dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas bukan satu arahan, sebaliknya pandangan kerajaan kepada SPR.

6 Mei lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu Dewan Rakyat, polis tidak menemui sebarang bukti terdapat individu yang membawa masuk dakwat penanda kuku dari Thailand untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke- 12.

Menurut beliau, polis telah membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan berikutan terdapat laporan daripada beberapa individu bahawa dakwat itu telah dibawa masuk dari Thailand.

''Polis telah menemu bual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari Thailand.

''Ini kerana tidak ada sebarang saksi pun yang pernah melihat dakwat tersebut dan daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan ini," kata Menteri Dalam Negeri.

Penggunaan dakwat itu dibatalkan oleh SPR setelah polis mendakwa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara.

"Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut.

"(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (kabinet) percaya ia memang benar-benar wujud," kata Pengerusi SPR.

Kenyataan-kenyataan bercanggah tersebut, kata Mahfuz, memberi gambaran wujudnya permainan politik untuk menghalang kemenangan suara rakyat dalam pilihan raya tersebut.

Sebab itulah, katanya, suruhanjaya itu mesti ditubuhkan bagi mengenalpasti siapa dalang pembatalan penggunaan dakwat itu, siapa yang memulakan pembohongan dan lebih penting lagi, siapa yang mengarahkan pembohongan.

Kenyataan-kenyataan bercanggah yang menggambarkan pembohongan itu juga, katanya, memperlihatkan bahawa pengendalian pilihan raya di bawah SPR memang tidak adil dan tidak bersih.

"Bukan kita hendak cakap sombong dan bersikap angkuh, tetapi Pakatan Rakyat mungkin mendapat kemenangan lebih besar dan Barisan Nasional mungkin dihambat dari persada kuasa oleh rakyat jika pilihan raya dikendalikan dengan adil dan bersih," katanya.

Demi masa hadapan dan ketenteraman negara, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, suruhanjaya tersebut mesti ditubuhkan kerana pembohongan di peringkat atasan sedemikian rupa mesti dihukum.

"Jika suruhanjaya siasatan ditubuhkan kerana ada pihak mempengaruhi perlantikan hakim-hakim, suruhanjaya yang sama juga mesti ditubuhkan untuk mengenalpasti pihak yang mencipta pembohongan untuk mempengaruhi pembatalan penggunaan dakwat tersebut," tegas beliau.

Read More...

Pasport: Waytha kata Syed Hamid bohong

Malaysiakini

K Kabilan | May 18, 08 7:31pm

Pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy hari ini mendakwa, kerajaan Malaysia berbohong mengenai status pasportnya.

waythamoorthy and malaysia passportKatanya, adalah 'tidak masuk akal dan satu pembohongan' apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar mendakwa bahawa pasportnya tidak dibatalkan.

Malah, Waythamoorthy begitu kecewa apabila Syed Hamid mengenepikan isu dengan menyatakan mungkin berlaku salahfaham mengenai status pasport "yang mungkin telah tamat tempoh".

"Macam mana dia boleh berbohong begitu? Apakah pegawainya tidak memaklum kepadanya tentang apa yang berlaku kepada rakyat Malaysia di luar negara," soal Waythamoorthy.

Beliau berkata, pasportnya hanya tamat tempoh pada 2010.

"Masalah bermula bila saya pulang ke London dari Zurich pada 21 April dan dimaklumkan oleh pegawai imigresen Britain di lapangan terbang Gatwich bahawa kerajaan Malaysia telah membatalkan passport saya," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Adakah Syed Hamid menyatakan bahawa plihak berkuasa imigresen Britain yang berbohong?" katanya ketika dihubungi melalui telefon.

Jumaat lalu, Waythamoorthy mendedahkan dalam satu kenyataan bahawa pasportnya telah dibatalkan. Pada hari yang sama Syed Hamid menafikannya.

Syed Hamid berkata "salahfaham" itu berlaku mungkin kerana pasport Waythamoorthy telah tamat tempoh dan boleh diperbaharui di pejabat Pesuruhjaya Malaysla di London.

Paksa pulang

Menjawab kenyataan menteri tersebut, Waythamoorthy berkata Syed Hamid cuba mengelirukan rakyat berhubung perkara itu.

Beliau juga menyuarakan rasa terperanjatnya kerana menteri tersebut mengeluarkan kenyataan berdasarkan kepada kemungkinan tanpa mengesah faktanya.

Waythamoorthy berkata, beliau dibenarkan masuk dan tinggal di United Kingdom selama enam bulan pada 2 April 2008 selepas kepulangannya dari India.

Menurutnya, tidak ada mana-mana negara yang akan membenarkan orang asing masuk ke wilayah mereka sekiranya tempoh tamat passport mereka kurang daripada enam bulan.

Waythamoorthy yang tinggal di UK selepas kerajaan menahan lima pemimpin utama Hindraf di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata kerajaan mahu memaksanya pulang ke Malaysia untuk ditahan di bawah ISA.

Read More...

Koleksi Video - Dr M....ke mahkamah jua akhirnya....

Kes VK Lingam : Mahathir Semakin Berani



Tun Dr Mahathir ke mahkamah jua akhirnya. Tak boleh le nak pakai penama tu.....sapina ke apa???Yelaaa...masa zaman perbicaraan Anwar dulu, nak panggil Tun bagi keterangan tak dapat...sebab Tun guna perintah sapina tu.....sekarang, dah takde kuasa.....merasalah Tun masuk court bagi keterangan. Harap-harap Tun tak bersalah...hehehe......

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |