Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Mar 19, 09 6:39pm |
Setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan mengamalkan politik wang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, kata mantan perdana menteri. "Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli Umno pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama. "(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung. "Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung. Kita tidak boleh cakap macam itu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Mantan presiden Umno itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali patut kekal sebagai ketua menteri ekoran keputusan lembaga disiplin Umno semalam. Dr Mahathir mengulas perkara itu dalam sidang media di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di ibu negara petang ini. Hadir sama ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Dr Mahathir juga tidak menolak kemungkinan penyokong Mohd Ali akan memindahkan sokongannya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. "Ada kemungkinan mereka (penyokong Mohd Ali) akan menyokong Muhd Taib. Muhd Taib akan menang. Tetapi keputusan yang sebenar akan dilihat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Sokong Muhyiddin "Apabila rakyat mendapati parti (Umno) memilih orang sebegitu, mereka akan membuat keputusan (dalam pilihanraya). Jadi terpulang kepada parti untuk memikirkan. "Perwakilan (Umno) mesti memikirkan tanggungjawab mereka. Kalau mereka memilih orang yang tidak dihormati rakyat terbanyak dan pengundi, akhirnya parti akan kalah dalam pilihanraya," katanya. Beliau juga mengisytiharkan sokongan terbukanya kepada seorang lagi calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Saya rasa, apa yang tinggal, orang yang tidak boleh membaca dan bercakap dalam bahasa Inggeris. "Itu sebab dia buat kesalahan di Australia, kerana dia tidak baca Inggeris. "Pilihan saya Muhyiddin," kata Dr Mahathir dengan sinis. Pada 1999, Muhammad dilaporkan gagal mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta di Australia. Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris, dan kemudiannya didapati tidak bersalah. Mengulas peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan timbalan presiden Umno itu, tetapi dengan syarat "tidak melantik pemimpin yang korup dalam kabinetnya". Beliau turut membidas kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memohon Yang di-Pertuan Agong yang sedang bersidang supaya tidak melantik Najib sebagai perdana menteri. "Kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong, saya tak mahu baca apa pun pasal ni. (Pandangan) bodoh sangat. Siapa dia (Zaid) yang gamak dia nak? Dia nak Pak Lah balik?" katanya. |
Friday, March 20, 2009
Dr M: Mohd Ali patut letak jawatan KM
0 comments Labels: dr det, malaysiakini
Syarikat Petrokimia Menilai Semula Pengembangan dan Mengurangkan Pengeluaran.
Buletin Online Written by Editor |
Friday, 20 March 2009 11:32 |
Petronas telah menutup beberapa unit petrokimianya di negeri ini dan di negeri Pahang sebagaimana di laporkan oleh International Herald Tribune. Ia dibuat berikutan permintaan terhadap polyethylene, produk utamanya, telah mengalami kejatuhan akibat kurangnya permintaan dari luar negara. Polyethylene digunakan dalam pakej plastik, alat ganti kereta dan pembungkusan makanan. Beberapa operator lain juga sedang menilai semula pengeluaran mereka, manakala Ketua Eksekutif Petronas Hassan Merican, baru-baru ini telah menggesa industri tersebut untuk menggabungkan sumber-sumbernya bagi menghadapi cuaca ekonomi global yang tidak menentu. Antara 39 buah syarikat yang beroperasi di Malaysia adalah Titan Chemicals, Exxonmobil, BASF yang mempunyai hubungan niaga dengan Petronas. Hermann Brandt, Pengarah Urusan BASF-Petronas, sebuah usahasama antara Syarikat Petrokimia Jerman dengan Petronas berkata pihaknya sedang mengambil langkah selaras dengan persekitaran perniagaan. "Kami sedang mengambil langkah aktif dan fleksibel melawan arus perniagaan yang sedang menurun, setiap kilang akan membuat pengeluaran mengikut situasi pasaran yang khusus, "penyimpanan sedang dikurangkan, mengurus secara aktif kos pengeluaran dan mengurangkan perbelanjaan dimana-mana yang boleh,”katanya. Bandt menambah, katanya, beliau percaya pengukuran dan penilaian semasa adalah perlu buat sementara waktu, bagi menyediakan kesiapsiagaan dan kekuatan apabila keadaan ekonomi bertambah baik kelak. Antara cadangan pengembangan yang terpaksa dinilai semula adalah Kilang Penapisan Minyak Mentah di negeri Kedah. Jurucakap SKS Development, kontraktor pembinaan projek tersebut berkata langkah berhati-hati dan menilai semula pelaburan perlu diambil sejajar dengan perkembangan ekonomi dunia. Kos pembinaan kilang penapis itu melibatkan RM7.7 bilion yang dijangka mengeluarkan 200,000 tong minyak sehari. Titan Chemicals, syarikat terbesar pengeluar produk petrokimia di Malaysia adalah antara pengeluar terbesar produk ethylene dan propylene menerima kesan dari kekurangan permintaan. Angka terakhir syarikat tersebut menunjukkan jumlah jualan mengecut sebanyak 11 peratus dan untung kasar menyusut 2.2 peratus bagi suku ketiga tahun lalu. Tindakbalas keatas permintaan yang lemah, Titan difahamkan telah mengurangkan pengeluarannya dari 20 peratus hingga 80 peratus. Sektor petrokimia adalah penyumbang utama kepada keseluruhan sektor pembuatan dalam negara ini yang bernilai 30 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) |
0 comments Labels: buletin online, ekonomi
Agong digesa tidak lantik Najib jadi PM
Malaysiakini |
Mar 18, 09 7:47pm |
Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa Yang di-Pertuan Agong supaya membuat pilihan yang betul - jangan lantik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan datang. "Ini adalah masa yang amat sukar. Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang akan menyatupadukan negara ini yang sedang berdepan dengan kesukaran. Berpecah kita lemah. "Saya keberatan untuk menyatakannya tetapi untuk sebab-sebab yang telah saya katakan, saya terpaksa menyebut bahawa Najib pasti akan memecahbelahkan kita dan dalam berbuat demikian, akan menolak kita semakin hampir ke tepian," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. Berucap di majlis makan tengahari Royal Rotary Club di ibu negara hari ini, bekas ketua bahagian Umno itu berkata, terdapat ahli-ahli parlimen parti itu yang berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri. Sehubungan itu, demi negara, kata Zaid, beliau menggesa Seri Paduka Baginda supaya mengambil kira keperluan dalam pelantikan bagi jawatan tersebut serta kebimbangan rakyat. "Tidak ada obligasi perlembagaan bagi Seri Paduka untuk melantik presiden Umno sebagai perdana menteri," katanya dalam ucapan yang agak keras itu. Najib dijadual mengambil alih jawatan perdana menteri lewat bulan ini apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersara. Menurut Zaid lagi, tidak pernah dalam sejarah negara ini di mana pemilihan perdana menteri menjadi begitu genting. "Malaysia", tegasnya, "kini dalam krisis" apabila negara sedang berdepan dengan cabaran-cabaran ekonomi yang besar yang akan memberi kesan sosio-politik yang teruk, yang tidak dapat dielakkan. |
0 comments Labels: Agong, najib razak
Apakah benar UMNO membela agama, bangsa dan negara? - Ir Nizar
prk059 Ditulis oleh Webmaster PRK059 |
Jumaat, 20 Mac 2009 04:18 |
BUKIT CEMPEDAK, 19 MAC : "Apakah kamu ingat kamu dicipta sia-sia? Apakah kamu ingat kamu tidak akan dikembalikan?" Peringatan yang dipetik dari Al-Quran disampaikan oleh Ir Nizar dalam ucapannya malam tadi sebagai mukadimah ucapan beliau. Dalam pada masa itu, orang ramai semakin membanjiri lokasi ceramah untuk melihat dan mendengar sendiri penjelasan oleh YAB Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga 'hero' di mata rakyat khususnya di negeri Perak. Beliau menyifatkan bahawa sejak dahulu setiap kali pilihan raya berlaku, Barisan Nasional (BN) seringkali melakukan penipuan dengan menggunakan SPR, pengundi hantu dan sebagainya. Tetapi Pakatan Rakyat bersabar, tidak mampu berbuat apa-apa dengan taktik kotor yang dilakukan oleh pihak BN. Tetapi Pakatan Rakyat berentap, melawan dengan cara yang bersih setiap kali pilihan raya untuk mencapai kemenangan dan akhirnya pada pilihan raya ke-12 8 Mac 2008 yang lalu, dengan izin Allah 4 negeri UMNO iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah terus tumbang dan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Mengapa Pakatan Rakyat tidak melawan dengan teknik yang sama dengan apa yang BN lakukan tetapi hanya bersabar, kata Ir Nizar Jamaluddin, "Pakatan Rakyat menghormati demokrasi berpelembagaan dan keduanya Pakatan Rakyat bersabar kerana dalam Islam Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengajar umatnya merampas kuasa untuk menguasai kerajaan". Tambah beliau lagi, sejak BN memerintah mereka berselindung disebalik kerajaan, berselindung disebalik istana, bangsa dan agama. Tapi selepas 50 tahun BN memerintah barulah rakyat tahu siapa sebenarnya BN. Menteri Besar Perak yang sah itu turut mempertikaikan akan perjuangan UMNO selama ini. Apakah benar UMNO membela agama, bangsa dan negara? Sekiranya UMNO mengatakan bahawa mereka memelihara agama, Ir Nizar mempersoalkan siapakah yang menghilangkan tulisan jawi di negara ini? Hadirin dengan semangatnya memberi 'respond' yang positif mengatakan UMNO yang telah menghilangkan tulisan jawi. "Apabila jawi hilang maka masyarakat Melayu akan terdedah dengan gejala sosial, dan perkara ini sama seperti kes Kamal Ataturk di Turki", tegas beliau lagi. UMNO mengatakan bahawa mereka membela bangsa Melayu, tetapi 3 negeri di Malaysia yang termiskin adalah dibawah pimpinan UMNO. Negeri Sabah mempunyai ramai masyarakat bumiputera dan mempunyai banyak hasil bumi tetapi penduduk Sabah tidak mendapat apa-apa hasil atau pulangan kepada mereka. Negeri kedua termiskin iaitu negeri Terengganu yang mempunyai 96% masyarat melayu yang juga dibawah pemerintahan UMNO. Begitu juga di Perak yang dipimpin oleh UMNO sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pimpinan melalui pilihan raya ke-12 yang lalu. Menyentuh mengenai UMNO membela nasib bangsa, Ir Nizar mempersoalkan mengapa Menteri Pelajaran iaitu Dato Hishamuddin dan Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi hingga kini tidak mampu untuk memansuhkan PPSMI sedangkan kata Ir Nizar ada dikalangan pimpinan UMNO juga turut mendesak supaya PPSMI dimansuhkan. Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, Ir Nizar menyatakan bahawa UMNO cemburu dengan pendekatan yang digunakan oleh Pakatan Rakyat dimana selama 10 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat telah menggunakan pendekatan Mesra Rakyat. Pada malam itu, semua pimpinan mengingatkan bahawa pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada kali ini hendaklah semua pihak bekerja keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus mengatakan bahawa rakyat sama sekali sudah tidak menerima pemerintahan BN. |
0 comments Labels: MB perak, PAS, PRK
Pulih nama Umno: Najib
Berita Harian
Oleh Saufi Hamzah
sofeeham@bharian.com.my
Datuk Seri Najib Razak |
Parti perlu tegas atau biarkan kegiatan tak beretika berterusan
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mahu ahli Umno membuat pendirian tegas sama ada mahu memulihkan nama baik parti atau terus membiarkan kegiatan tidak beretika setiap kali berlaku perebutan jawatan, berterusan.
Timbalan Presiden Umno itu menegaskan, jika ahli benar-benar ikhlas mahu melihat parti dibersihkan, mereka perlu memberi kepercayaan kepada Lembaga Disiplin dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
"Jadi kita kena buat pendirian tegas sama ada kita nak jaga nama baik Umno atau nak biarkan kegiatan apa saja dilakukan untuk merebut jawatan dalam Umno. Kita tak boleh berdolak-dalik, kalau kita nak bersihkan Umno.
"Jadi kita kena beri kepercayaan kepada Lembaga Disiplin. Saya percaya Lembaga Disiplin bukanlah satu kerja yang menyeronokkan. Ini satu beban yang mereka pikul dan mereka menghabiskan banyak masa untuk menjalankan tugas sebagai anggota lembaga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Perkhidmatan Elektronik Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan kalangan tertentu menyifatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijadikan 'kambing hitam' apabila dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden oleh Lembaga Disiplin Selasa lalu kerana bersalah dalam politik wang.
"Tidak, tidak. Beliau bukan jadi kambing hitam. Ini bukan persoalannya. Kita sudah pilih mereka dan diberi amanah untuk menjalankan tugas sebagai anggota Lembaga Disiplin," kata Najib.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin dengan kredibiliti Lembaga Disiplin kerana ia diwujudkan selepas Umno mengadakan persidangan khas serta meluluskan etika parti.
"Lembaga Disiplin membuat siasatan dan bertindak berdasarkan maklumat yang diterima. Kalau kita rasa mereka buat kesalahan tapi tak ada maklumat, mereka tidak boleh mengambil tindakan.
"Tidak wajar untuk mempersoalkan sama ada lembaga itu mempunyai agenda tertentu kerana sekiranya parti mula mempersoalkan kewibawaan dan niat mereka, maka akan timbul banyak implikasi," katanya.
Ditanya mengapa Lembaga Disiplin mengambil tindakan berbeza terhadap ahli yang didapati bersalah, iaitu dilarang bertanding, digantung atau cuma diberi amaran, Najib berkata itu semua adalah pertimbangan lembaga berkenaan.
"Mereka adalah badan bebas. Sebarang keputusan berhubung urusan disiplin kena rujuk kepada lembaga. Kita tak campur tangan dalam urusan Lembaga Disiplin," katanya.
Mengenai peranan Mohd Ali sebagai ketua jentera pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang dalam Parlimen Bukit Gantang, Najib berkata, buat masa ini Naib Presiden Umno itu akan terus meneruskan tugas berkenaan sehingga kepimpinan parti menyemak semula keputusan Lembaga Disiplin.
"Saya pun tak tahu apa keputusan itu... satu satu dulu. Marilah kita lalui pilihan raya kecil ini dan selepas itu kita tengok dari situ dan buat masa ini beliau masih menjalankan tugas di Bukit Gantang," katanya.
Mengenai persepsi terhadap Mohd Ali selepas didapati bersalah mengamalkan politik wang tetapi masih memegang jawatan Ketua Menteri, Najib berkata fakta yang membabitkan pemimpin itu adalah berlainan dan perbuatan politik wang itu dilakukan oleh orang tertentu.
"Sebab itu berdasarkan fakta, lembaga buat keputusan beliau boleh memegang jawatan Ketua Menteri," katanya.
Mengulas desakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti tidak melayan rayuan mereka yang terbabit, Najib berkata:
"Dalam apa-apa kes lain pun, ada rayuan. Kita tidak boleh menafikan hak untuk orang membuat rayuan dan sama ada rayuan itu berjaya atau tidak, terpulang kepada Lembaga Rayuan untuk membuat keputusan."
0 comments Labels: Berita Harian, najib razak, UMNO haprak