+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 7, 2008

Mercy Malaysia Hantar Misi Bantuan Ke Myanmar

Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Mercy Malaysia akan menghantar pasukan bantuan terdiri daripada empat anggota ke Yangon, Myanmar, bagi menilai keadaan di negara ini ekoran bencana taufan tropika Nargis yang mengorbankan kira-kira 15,000 nyawa manakala 41,000 lagi hilang setakat ini.

Dalam kenyataannya Selasa malam, Mercy Malaysia berkata pasukan itu yang diketuai oleh anggota jawatankuasa eksekutifnya Dr Heng Aik Cheng, akan disertai oleh Timbalan Ketua Operasi Bantuan Mercy Malaysia, Rossimah Mohamed, Pegawai Program Hafidzi Ahmad Bunian serta Ketua Komunikasi dan Kutipan Derma Shamini Darshini.

"Keadaan ini amat serius. Jumlah mereka yang meninggal dunia... dan kami nampak jumlah itu akan terus meningkat manakala perhubungan di kawasan yang terjejas semakin bertambah buruk.

"Kami harap dapat berada di sana seberapa segera bagi menyediakan bantuan yang amat diperlukan seperti tempat berlindung, air bersih, dan rawatan perubatan kecemasan.

Perkara inilah yang dapat menyelamatkan nyawa," menurut kenyataan itu.

Taufan Nargis melanda Myanmar pada 2 Mei dan mengakibatkan kemusnahan besar, manakala beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Pasukan itu juga akan menilai jenis bantuan segera yang diperlukan. Sebagai permulaan, pasukan itu akan menghantar uncang penapisan air, ubat-ubatan, kain tarpal dan kepingan plastik untuk dijadikan khemah sementara.

Mercy Malaysia berkata ia akan membincangkan keadaan di Myanmar dan tindakan selanjutnya yang akan diambil bersama agensi kerajaan dan bukan kerajaan, di peringkat tempatan serta antarabangsa.

-- BERNAMA


Read More...

Taufan Nargis: Korban 22,000, hilang 41,000

Utusan Online


BENCANA... Gambar semalam yang diambil dari udara ini menunjukkan sebahagian kemusnahan teruk, termasuk bumbung rumah diterbangkan angin, ekoran Taufan Nargis di Delta Irrawaddy, Myanmar.


YANGON 6 Mei – Angka korban terbaru Taufan Nargis kini hampir mencecah 22,000 orang, manakala 41,000 lagi dikhuatiri hilang.

Stesen televisyen Myanmar melaporkan sehingga pukul 12 tengah hari ini, seramai 21,793 orang terkorban dan 40,695 yang lain masih hilang di wilayah Irrawaddy.

“Sementara di Yangon sendiri, seramai 671 dilaporkan terkorban, 670 cedera dan 359 orang yang lain hilang,” lapor stesen televisyen tempatan lewat hari ini.

Pengumuman terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak angka korban apabila media kerajaan sebelum ini menganggarkan lebih 15,000 orang maut dalam taufan terburuk itu.

Taufan Nargis turut melanda beberapa daerah lain, namun tiada laporan mengenai bilangan mangsa yang terkorban setakat ini.

Sementara itu, kebimbangan terhadap ancaman wabak penyakit kini mula melanda Myanmar.

Bekalan air yang kotor dan sistem sanitasi yang rosak teruk dikenal pasti antara punca yang akan memburukkan lagi keadaan.

Dengan keadaan yang semakin buruk, Myanmar yang memiliki sistem kesihatan paling teruk di dunia dijangka berhadapan dengan jumlah kematian yang semakin meningkat ekoran wabak penyakit dan kelemahan sistem kesihatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini sedang menunggu kebenaran untuk menghantar pasukan kesihatan.

Pasukan bantuan menghadapi kesukaran untuk menghantar bantuan kerana sistem komunikasi dan pengangkutan hampir lumpuh berikutan bencana itu, kata jurucakap WHO, Vismita Gupta-Smith.

Kebimbangan lain termasuklah penyakit berkaitan pernafasan terutama di kalangan kanak-kanak yang terpaksa tidur di luar serta mereka yang mengalami kecederaan akibat taufan.

– Agensi

Read More...

APA Muslihat RAJA PETRA Pilih PENJARA Untuk ALTANTUYA?

Tranungkite

Dilulus terbit pada Wednesday, May 07 @ 08:58:19 MYT oleh greenboc
Analisis Isu Oleh Tarmizi Mohd Jam

aSUNGGUH tegas dan berani. Syabas diucapkan kepada blogger Raja Petra yang mengendalikan Blog Malaysia Today kerana rela merengkuk dalam penjara semata-mata atas nama prinsip demokrasi dan perjuangan untuk rakyat di negara ini.

Saya tabik dengan prinsipnya yang teguh dan berterus terang itu. Beliau tidak mahu membayar ikat jamin RM5,000 yang sudah tentu bukan disebabkan ketiadaan wang. Sebaliknya Raja Petra memilih Penjara Sungai Buloh untuk "menikmati" kurungan tirai besi hingga tarikh perbicaraannya bermula pada 6 hingga 10 Oktober 2008 ini di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya.

Maknanya, beliau merengkuk selama lima bulan atau 150 hari dalam penjara itu sebelum diikat jamin oleh wang dari saku rakyat. Raja Petra meminta agar rakyat menyumbangkan RM1 seorang bagi tujuan ikat jamin itu.

Jika jumlah itu cukup, maka ikat jamin sah dilakukan bagi membolehkan Raja Petra bebas dengan wang dari saku rakyat. Jika tidak cukup, maknanya beliau bersedia dikurung dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan tiba.

Inilah yang dikatakan perjuangan rakyat. Para blogger tetap menjadi lilin yang membakar diri. Silap-silap merengkuk dalam penjara demi untuk menegakkan yang hak dan mengembalikan keadilan di tempatnya.

Raja Petra kelihatan tenang. Dia dibawa keluar melalui pintu belakang mahkamah kemudian dimasukkan ke dalam lokap mahkamah sebelum trak polis sampai untuk dibawa ke Sungai Buloh.

Beliau yang baru muncul minggu lalu dalam Rancangan BLOG RTM TV1, menghadapi tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya Malaysia Today.

Pada 25 April 2008, Raja Petra menyiarkan satu artikel bertajuk Let's send the Altantuya murderers to hell dalam blognya. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi - pembunuhan seorang wanita muda Mongolia yang sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan. Kertas pertuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Dalam kekalutan dan kejutan itu, Najib menafikan tuduhan tersebut melalui Setiausaha Akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga berbuat demikian.

Sehingga kini, hanya Raja Petra yang lebih berani menyebut dan menamakan mereka yang terbabit dalam kes berprofil tinggi itu.

Apakah muslihatnya?

Mungkinkah perbicaraan Oktober itu nanti akan membongkar segala-galanya dari versi Raja Petra? Ini akan lebih menakutkan lagi kepada mereka yang terlibat.

Ia dilihat semacam ada usaha untuk membongkar tragedi itu pada mahkamah lain selain mahkamah yang sudah acapkali membantai Razak Baginda...

Read More...

Filem '300' di ASTRO anti Iran - Sensitif tak kita??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam Iran melalui kedutaannya menentang tayangan filem yang dikatakan anti-Iran yang akan ditayangkan di ASTRO pada 25 May ini. Iran mahu kerajaan Malaysia melalui Menteri Penerangannya, Shabery Cheek membatalkan penayangan filem ini kerana ia akan menyinggung perasaan lebih 10 ribu rakyat Iran yang ada di Malaysia sekarang ini. Filem '300' yang diadaptasi daripada novel tulisan Frank Miller ini dikatakan memburukkan Iran dan juga memutarbelitkan sejarah kerajaan Parsi Iran.

Baca berita selanjutnya di sini.

Saya berharap, Menteri Penerangan kita Datuk Shabery Cheek, peka dan sensitif terhadap desakan dan permintaan dari Iran ini. Sebagai negara 'Islam' contoh dan disegani....(disegani??mmm...ye kot....) kita hendaklah peka dengan sensitiviti rakyat negara Islam yang lain. Lebih-lebih lagi, Iran yang boleh dikatakan satu hari nanti akan menjadi salah satu kuasa besar yang disegani dunia. Sebelum ini, kontroversi menerima kedatangan rakyat Israel bersama skuad Chelsea jelas menunjukkan ketidakperihatinan dan kurangnya sensitiviti kerajaan terhadap rakyat Palestin dan Malaysia serta dunia Islam seluruhnya. Bantahan oleh rakyat Malaysia sendiri dinafikan oleh kerajaan dengan alasan politik dan sukan tidak boleh bercampur. Memang dangkal pemikiran pemimpin kerajaan yang diangkat rakyat ini.

Kalau rakyat Malaysia sendiri menentang memanglah kerajaan kita tangkis dengan hujah bodoh je. Sekejap je bising, lepas tu senyap je la....Tapi dengan Iran...????Kita tunggu dan lihat...Harap-harap Menteri Penerangan kita bertindak bijak!!!!


Movie trailer filem '300' dibawah:-





Baca tentang filem '300' di sini.

---------------------------------------------
catatan orangkita : 7 Mei 2008, 1030 am
http://sangpemantau.blogspot.com/
---------------------------------------------

Read More...

Iranians in Malaysia protest anti-Iran film

Malaysia News.Net

Tuesday 6th May, 2008 (IANS)

Iranians living in Malaysia Tuesday lodged their protest with the government against a cable channel's plans to screen a Hollywood movie they consider as anti-Iranian, official IRNA news agency reported.

Iran's Ambassador in Kuala Lumpur Mehdi Khandaq-Abadi led the group of Iranians to lodge Tehran's official protest during a meeting with Malaysia's Minister of Information Ahmad Shabery Cheek against the cable channel's plan to show the movie '300' that Iranians believe distorted their country's history.

Iranians take the Warner Bros. movie based on a novel by Frank Millerfilm as a sheer negligence of the civilization of the great nation and an affront to their national identity.

Malaysia's Astro cable TV channel planned to show the movie May 25.

In their protest note, the Iranians said the screening of the movie was an attempt to slander the Iranian people and their civilization. More than 10,000 Iranians live in Malaysia.

The film '300' is about a war between ancient Iran and Greece and according to Iranians, the movie has depicted ancient Persians (modern Iranians) as cruel, blood-thirsty and culture-less people.

Iran's officials described the Hollywood's insulting movie as 'a hostile behaviour which is the result of cultural and psychological warfare'.


Read More...

Tengku Putera is Terengganu Speaker

Menteri Besar Datuk Ahmad Said (right) and Seberang Takir assemblyman Ahmad Razif Abd Rahman help state assembly Speaker Datuk Tengku Putera Tengku Awang with the ceremonial robe at the state legislative assembly yesterday.

KUALA TERENGGANU: Former Hulu Terengganu member of parliament Datuk Tengku Putera Tengku Awang was yesterday sworn in as the state assembly Speaker, ending weeks of speculation.

Also sworn in during the 9.30am ceremony were the 32 assemblymen including former menteri besars Datuk Seri Idris Jusoh (BN-Jertih) and Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang).

Tengku Putera, who succeeds Datuk Che Mat Jusoh, was nominated by Menteri Besar Datuk Ahmad Said and seconded by Seberang Takir assemblyman Ahmad Razif Abd Rahman.

In his opening speech, Tengku Putera said his new position and that of the assemblymen, constituted a mandate by the people.

He said those in the assembly should strive to use the sessions for the rakyat's benefit.
He added that the current assembly was fortunate to have not only two former menteri besars, but also individuals from different backgrounds.

"Such a combination will benefit Terengganu.

"I hope assemblymen obey the rules of the dewan as well as discuss and act in a rational manner.

"I will not hesitate to use my power to ensure smooth proceedings," he said.

The only minor disruption in proceedings occurred when Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) presented a motion for clarification as to why a majority of questions from opposition members had been rejected.

Tengku Putera, however, asked Dr Syed Azman to raise the motion again tomorrow after adjourning the sitting for a short while.

Later, outside the dewan, the soft-spoken Tengku Putera said he was grateful to those who had nominated and supported him for this post.

"I'm going to ensure assembly members stick to the given time to allow all to speak.

"I hope the assemblymen do not use up the time of others. They should get straight to the point.

"I know all of them and I hope they can control their emotions," he said, adding that his experience in the political arena will make his job easier.

Abdul Hadi, meanwhile, said he expects the quality of the debates to be better, taking into account the old and new faces as well as their backgrounds in different fields.

Read More...

Individu Persoal Kedaulatan Raja dan Sultan Boleh Didakwa

Bernama

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Mana-mana individu yang mempersoalkan sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi boleh didakwa mengikut Akta Hasutan kerana mencabar kedaulatan negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Sambil mengutuk tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung perkara itu, Syed Hamid mempersoalkan mengenai rasional dan sebab Karpal perlu membangkitkan perkara itu dalam sidang akhbar di lobi Parlimen.

"Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sendiri sudah memohon ampun kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung kes itu dan saya kira tentunya mewakili Pakatan Rakyat itu sendiri.

"Tetapi nampaknya ada kepala lain yang tiba-tiba hendak mempersoalkan semula. Bukankah sepatutnya perkara ini sudah selesai," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam bahawa Sultan Perak tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri, termasuk mengarah Mohammad Nizar membatalkan arahan pertukaran dan melantik semula Datuk Jamry Sury sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Syed Hamid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri dialog tertutup bersama Lembaga Penapis Filem dan Rayuan Filem di sini Selasa.

Sementara itu, Syed Hamid berkata kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia masih relevan untuk digunapakai di negara ini.

Katanya ISA masih relevan dalam mempertahankan keselamatan, kemakmuran, undang-undang dan peraturan di negara yang mengamalkannya.

Beliau memberi contoh Amerika Syarikat sendiri yang masih menggunapakai `Homeland Security' untuk mengelak ancaman dan berlakunya situasi buruk yang kaedahnya hampir serupa dengan ISA.

"Kita tidak hukum mereka sebagai penjenayah tetapi sebagai mereka yang mempunyai potensi untuk memberi ancaman kepada masyarakat. ISA cukup relevan bagi membendung daripada berlakunya jenayah dan menjaga keselamatan masyarakat dan juga negara," katanya.

-- BERNAMA

Read More...

Kerana artikel ini, Raja Petra dipenjara…

Amin Iskandar



Mari Humbankan Pembunuh Altantuya Ke Neraka Jahanam

Oleh :Raja Petra Kamarudin

Hari ini kita tidak akan bercakap mengenai politik. Tidak juga mengenai kaum ataupun agama. Hari ini kita akan bercakap mengenai manusiawi. Hari ini marilah kita berbincang bagaimana melancarkan satu kempen “Keadilan untuk Altantuya: kembalikan dignity (martabat) Malaysia.” Marilah kita humban mereka yang membunuh Altantuya ke neraka jahanam.

Malam kelmarin saya telah pergi makan malam bersama segelintir kawan-kawan. Dalam perjalanan ke restoran itu seorang kawan baik, Din Merican, telah menelefon saya memberi maklumat mengenai sidang akhbar Dr. Setev Shaaribuu yang telah diadakan pada siang hari itu. Saya dengar sahaja dengan khusyuk apa yang diceritakan oleh Din dan tidak dapat menahan perasaan untuk memotong cakapnya dengan berkata: “ Aku adalah ayah kepada dua orang anak perempuan, Aku boleh bayangkan apa yang dirasakan oleh Shaaribuu. Celaka betul bedebah itu!”

“Aku pun ada tiga orang anak perempuan,” jawab Din. “Mereka itu adalah binatang, tidak berguna. Hancurkan mereka! Hancurkan mereka!” Inilah yang saya katakan, keadaan yang tidak terkata – dan apabila anda perlu berkata sesuatu memang tidak ada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan perasaan diri. Apa rasanya kalau sumpah seranah hanya merupakan perkataan yang boleh digunakan untuk menentang dan membuatkan diri merasa sudah mampu menyatakan kemarahan dan kebencian dalam keadaan yang paling wajar.

“Hehhhhhhhhhh……janganlah sumpah seranah binatang,” jawab saya. “Haiwan adalah cantik. Saya pun sukakan kucing, anjing dan kuda. Manusia itu semuanya adalah lebih dahsyat daripada haiwan. Malahan binatang pun tidak akan lakukan seperti mereka.”

“Alahai khinzir pun boleh kelihatan cantik,” kata isteri saya yang memandu kereta cuba mencelah dan dia pun ulangi apa yang disebutnya. “Memang, khinzir pun boleh kelihatan cantik. Manusia itu semuanya bukan sekandang dengan khinzir. Mereka jauh lebih rendah daripada khinzir. Melayu babi, semuanya mereka itu.”.

Saya dapati sukar untuk menahan lelehan air mata; semasa Din menceritakan apa yang diperkatakan oleh Dr. Shaaribuu di sidang akhbar itu. Memang saya mudah beremosi, seperti ramai orang yang sudah dapat mengagaknya setakat ini. Akan tetapi saya pun boleh jadi degil dan celupar bila berdepan dengan musuh seperti yang diketahui oleh pegawai Cawangan Khas di Bukit Aman. Saya ini adalah seperti yang disebut oleh orang Melayu sebagai orang yang ‘marah nyamuk, bakar kelambu’.

Saya tidak akan berlengah-lengah untuk menafikan diri daripada menjamah makanan dan minuman sebagai tanda bantahan seperti yang pernah saya buktikan kepada pegawai penjara bahawasanya mereka boleh mendera badan saya tetapi mereka tidak boleh memiliki minda saya ataupun mematahkan semangat saya. Namun, mendengar apa yang dikatakan oleh Dr. Shaaribuu telah menyedihkan saya. Hinggakan kedegilan saya boleh dijinakkan.

“Mari kita jatuhkan si bangsat ini semua,” saya beritahu Din. “Mari lancarkan satu kempen “Keadilan untuk Altantuya sebagai usaha mengembalikan maruah Malaysia.” Ataupun apa sahaja semacam itu. Bangsat semua itu mesti dihumban ke neraka jahanam.”

Kerana itu, sebahagian besar perbualan di meja makan terpusat pada kes pembunuhan Altantuya.. Yang paling menggelikan – bukanlah saya menganggap kematian yang tragis ini sebagai sesuatu yang menggelikan – hakikatnya tidak seorang pun di meja makan itu berkelulusan sebagai peguam. Namun semuanya mampu berhujah laksana peguam yang berpengalaman — malahan ada yang lebih hebat daripada itu kerana bukan semua peguam adalah bijaksana (percayalah cakap saya). Saya selalu berkata bahawa seseorang peguam perlu mempunyai otak yang baik untuk berjaya tetapi anda tidak perlu menjadi seorang peguam untuk mempunyai otak.

Sememangnya, peguam yang bertauliah tentu memperlekeh cakap-cakap kedai kopi semacam itu sebagai hujah kedai kopi sahaja.

Bukankah kita selalu terdengar cakap-cakap seseorang pakar di meja makan sebelah yang menawarkan prognosis guamannya kepada sesiapa sahaja yang sedia mendengar beliau?

Memanglah pendapat (opini) adalah perkara yang lumrah sahaja kepada semua. Namun demikian bukan semua pendapat itu adalah serupa. Semasa kita menilai pendapat kepakaran golongan guaman ini (seperti yang mereka menggelar diri masing-masing di mahkamah) kita juga mungkin sudah membuat rumusan sendiri walaupun kes perbicaraan Altantuya masih diteruskan dan lebih lama sebelum ada penyudahnya kes perbicaraan yang dikatakan diadakan oleh mahkamah ungka).

Memanglah kita tidak boleh bercakap celupar perkara ini kerana mungkin dikenakan celaan oleh mahkamah ataupun semacam itu. (mahkamah mempunyai pelbagai perkataan yang ganjil-ganjil serta frasa untuk melemahkan anda kalau mereka mahu menyumbat anda dalam penjara gara-gara anda bercanggah pendapat dengan mereka.) Kerana itu saya enggan menyebut bahawasanya perbicaraan Altantuya itu adalah satu perbicaraan olok-olok semata-mata ataupun kes di mahkamah ungka kerana takut disumbat dalam penjara.)

Berbalik kepada kisah makan malam itu dan ‘peguam lantikan sendiri’ yang tidak pun pernah mengendalikan waima satu kes mahkamah sepanjang hayat mereka, Seperti yang saya katakan mereka dan juga saya bukanlah orang undang-undang, tetapi saya pernah menghadiri pelbagai bentuk perbicaraan sepanjang satu dekad sejak kelahiran Reformasi pada 1998 dahulu lagi dan pengalaman amali saya telah mendedahkan saya kepada banyak perkara yang terjadi di mahkamah. Apa yang boleh saya katakan, dan biarlah saya ulangi di sini seandainya anda mahukan otak untuk menjadi seorang peguam, anda sesungguhnya tidak perlu menjadi seorang peguam untuk mempunyai otak, seperti yang dibuktikan oleh rakan-rakan saya di meja makan malam itu.

Makan malam itu memang memakan masa yang lama dan banyak perkara yang telah dibincangkan. Semua yang hadir mempunyai pendapat geliga sendiri dan seperti yang saya katakan berjaya berhujah dengan pintar sekali. Namun, untuk mengelakkan kisah ini menjadi satu tesis yang memakan lima puluh muka surat, yang memungkinkan saya mendapat satu ijazah undang-undang kehormat) atau memungkinkan saya disumbat dalam penjara) benarkan saya merumuskan bagaimana ‘kes’ itu telah dibincangkan malam kelmarin.

Yang pertama melibatkan Affidavit yang diserahkan oleh Razak Baginda kepada mahkamah sepanjang kes permohonan beliau di ikat jamin telah dibentang di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Di tahap awalan, Hakim Segera telah memberi ingatan kepada peguam Razak bahawa tidak ada gunanya dikemukakan Affidavit itu kerana ia hanya merupakan permohonan diikat jamin sedangkan perkara itu tidak dibenarkan dalam kes pembunuhan. Namun, si peguam masih bertegas meneruskan tindakan beliau walaupun berlaku amaran yang berkesinambungan daripada si hakim. Kerani itu Hakim tidak mempunyai pilihan lain kecuali menerima Affidavit tersebut disebabkan yang tertuduh mempunyai hak untuk membela diri sendiri mengikut cara yang difikirkannya munasabah.

Kemudian, Hakim Segera telah membaca Affidavit itu dan menyatakan bahawa selepas membacanya, dia semakin yakin bahawa Razak memang bersalah. Dengan demikian bagaimana mungkin membenarkan ikat jamin, walaupun pada hakikatnya ikat jamin mesti secara automatis dinafikan dalam kes yang membabitkan pembunuhan?

Dengan tidak semena-mena Hakim Segera telah dipindahkan daripada mendengar kes tersebut serta merta dan tempat beliau telah digantikan oleh seorang hakim muda (junior) daripada Suruhanjaya kehakiman. Harus diingat bahawa Hakim Segera ialah seorang hakim kanan dan paling sesuai untuk mendengar kes yang penuh kontroversi dan berprofil tinggi. Apakah beliau dipindahkan kerana dia telah membuat andaian terlalu awal akan kes itu ataupun kerana dia merupakan orang yang mempunyai maklumat rahsia tertentu yang mungkin mempengaruhi keputusan beliau ataupun kerana mereka mahu ‘membunuh’ Affidavit tersebut?

Ini merupakan asas perbalahan yang bercanggah. Karpal Singh yang hadir sebagai saksi bagi pihak keluarga Altantuya kemudiannya membangkitkan perkara itu. Semasa perbicaraan berjalan dia telah menanya pegawai polis yang terlibat kenapa mereka tidak menyiasat Affidavit tersebut kerana banyak yang sudah terdedah dalam dokumen tersebut. Pegawai polis tidak menjawab bahawa mereka tidak menyiasatnya disebabkan “tidak ada arahan daripada atas.”

Ini semakin merangsang kepercayaan bahawa ada bahan bukti yang memburukkan dalam Affidavit itu dan ia merupakan sesuatu yang mahu disorokkan oleh kerajaan. Hakikat bahawa Affidavit itu wujud dan Karpal membangkitkan perkara itu di mahkamah dan polis tidak pula menafikannya, - kecuali menjelaskan mereka tidak menyiasatnya disebabkan tidak ada arahan daripada atas - meyakinkan ramai pihak memang wujud sesuatu yang tidak kena di situ.

Nampaknya Altantuya pernah menunggu lama di luar rumah kediaman Razak dan ini yang menyebabkan beliau menjadi gelabah. Razak telah berlari mencari Najib dan Rosmah telah memanggil ADC Najib - Musa Safri - dan memberi arahan agar beliau selesaikan masalah yang dihadapi oleh Razak. Musa telah memanggil dua orang pegawai polis yang sedang dibicarakan itu. Rupa-rupanya bukan sahaja Razak dan dua orang pegawai polis yang terlibat. Najib dan Rosmah telah turut terlibat dalam keseluruhan senario kes tersebut. Kemudian, kenapa pula pegawai polis itu perlu mengisytiharkan yang dia pernah membunuh enam orang sebelum kes itu dahulu, kalaulah kisah pembunuhan bukan menjadi tumpuan utama setiap orang?

Kemudian, Peguam Negara telah melakukan perkara yang aneh. Belum pun perbicaraan bermula, dia membuat satu pengumuman terbuka, bahawa hanya tiga orang yang terlibat dalam pembunuhan itu. Tidak ada orang lain daripada itu. Pengumuman itu bukan sahaja perkara yang pelik tetapi memang amat tidak kena sifatnya. Bukannya tugas Peguam Negara untuk menentukan perkara itu. Itu adalah tugas mahkamah untuk menentukannya. Lagi pun, perbicaraan belum lagi bermula, jadi bagaimana mungkin Peguam Negara tahu apa yang akan muncul dalam perbicaraan itu? Tidak sesiapa pun yang telah memberikan keterangan di mahkamah dan selagi semua testimoni belum didengar siapa boleh tahu siapa lagi yang terlibat dan apakah tiga orang yang tertuduh dalam kes itu bersalah ataupun tidak?

Tindakan Peguam Negara menunjukkan seolah-olah dia sudah tahu keputusan perbicaraan itu walaupun perbicaraan belum bermula. Bagaimana kita tak dapat rasakan yang perbicaraan itu adalah satu kepura-puraan sahaja?

Pada pagi Ahad sebelum perbicaraan dimulakan, saya telah menerima satu SMS yang menyebut bahawa tuduhan ke atas Razak akan ditarik balik. Pada jam 4.00 petang saya telah menerima satu lagi SMS yang mengatakan bahawa keseluruhan pasukan pendakwaraya akan diganti kerana mereka tidak bersetuju menggugurkan tuduhan ke atas Razak.

Pada keesokan harinya Pendakwaraya yang baru telah memohon penangguhan selama satu bulan dengan alasan bahawa dia hanya baru diberitahu pada pagi itu untuk mengambil-alih kes tersebut yang memerlukan masa untuk membuat kajiannya. Hakim telah memberikan penangguhan kepada mereka selama dua minggu.

SMS yang saya terima itu mungkin tidak tepat bunyinya tetapi tindakan yang terjadi selepas itu memang menepati apa yang dinyatakan oleh SMS tersebut. Kiriman itu datangnya daripada talibarut yang bertugas di Pejabat Peguam Negara, jadi saya tidak boleh memperlekeh berita itu sebagai pembohongan dan fitnah semata-mata.

Satu perkara lagi ialah mengenai tempat di mana serpihan badan Altantuya dijumpai, yakni di satu kawasan hutan rimba. Tiga orang yang tertuduh menafikan pernah membunuh Altantuya namun polis dapat tahu dengan tepatnya di mana mencari serpihan badan si mangsa. Bagaimana polis tahu tempat yang perlu dicari sedangkan tiga orang itu menafikan telah membunuh Altantuya? Apakah mereka telah menggunakan khidmat seorang bomoh? Apakah wujud seorang pemberi maklumat? Tidak, polis secara kebetulan dapat tahu bahawa di satu tempat di kawasan hutan mereka akan menjumpai serpihan badan Altantuya tanpa sesiapa perlu memberitahu mereka.

Tentulah kita hairan bagaimana polis tahu mana hendak dituju kerana tempat itu memang digazetkan sebagai ‘tempat buangan bergazet’ untuk menghumban semua mayat yang dimusnahkan. Apakah kemungkinannya bahawa dua orang pegawai polis yang dibicarakan bersama Razak adalah pegawai polis yang memang khusus menjadi pembunuh dan kemudiannya menghumban mayat yang mereka bunuh di tempat di mana serpihan mayat Altantuya telah dijumpai? Tentunya, perkara ini akan kekal satu spekulasi tetapi tentu ada sebab wujudnya spekulasi itu dan bahan bukti yang ada menunjukkan kepada andaian ini juga.

Desas-desus daripada mereka yang berlenggang di serambi kuasa mengatakan bahawa semasa mereka pergi ke tempat longgokan mayat mereka telah terjumpa serpihan mayat orang lain pula. Ada pihak mengatakan bahawa serpihan itu adalah mayat tujuh orang yang sudah mati, dan ada pula yang mengatakan kesemua serpihan itu datang daripada mayat sembilan orang. Ini bermakna Altantuya bukanlah orang yang pertama mati semacam itu. Rupanya sudah ada ramai yang lain sebelum beliau, kalau dinilai serpihan yang dikumpulkan terdapat sepuluh mayat semuanya.

Perkara ini belum lagi diketahui umum dan berkemungkinan tidak akan diumumkan secara terbuka. Selagi perkara itu sedemikian, kita mesti membuat andaian bahawa segala bisikan itu memang tidak ada asasnya. Tetapi bagaimana pula dengan Affidavit Razak yang pernah kita bincangkan sebelum ini, yang ada menyatakan betapa pegawai polis telah mengaku pernah membunuh enam orang sebelum ini. Ini bermakna Altantuya adalah orang yang ketujuh yang telah dibunuhnya. Apabila diambil kira perkara ini, segala bisikan bahawa polis telah mengutip serpihan mayat tujuh ataupun sembilan orang mula berdengung semakin lantang, bisikannya.

Banyak ‘isu utama’ yang dibangkitkan oleh kawan-kawan saya yang bukan berpengalaman sebagai peguam tetapi semuanya berhujah seolah-olah mereka mengendalikan kes pembunuhan Altantuya adalah penting seperti kisah bagaimana rekod kemasukan Altantuya ke negara ini boleh dipadamkan oleh pihak Imigeresen daripada catatan komputer mereka. Begitu juga dengan surat-surat yang pernah ditulis oleh Najib kepada Kedutaan Malaysia yang menyokong permohonan Altantuya untuk mendapatkan visa; kisah gambar Altantuya bersama Najib, Razak dan Kalimullah yang dirakamkan semasa majlis hari jadi Altantuya di Mandarin Hotel Singapura dan bermacam kisah lain lagi.

Ada desas-desus yang masih kekal demikian mengatakan bahawasanya ‘bahan bukti’ telah pun diserahkan kepada Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin juga Abdullah menggunakan maklumat itu untuk membuatkan Najib mengikut katanya- dan nampaknya helah itu berjaya kalau dilihat betapa beliau selalu sahaja membodek Abdullah. Akan tetapi ini bukannya mengenai politik dan seharusnya tidak ditangani begitu. Ini adalah mengenai tindakan Perdana Menteri Malaysia menyimpan bahan bukti yang penting dalam kisah perbicaraan pembunuhan. Abdullah adalah bersubahat dalam pembunuhan dan menanam bahan bukti tersebut yang boleh menjejaskan hasil perbicaraan dan campur tangan dalam menentukan keadilan membuatkan Abdullah turut bersalah seperti mereka yang kini sedang dibicarakan dan mereka yang sepatutnya dihadapkan ke mahkamah tetapi masih belum lagi dikenakan tindakan demikian.

Saya amat berharap saya dapat menulis mengenai semua ini yang telah dibincangkan oleh mereka di meja makan malam itu. Malangnya, oleh kerana perbicaraan masih dikendalikan, saya tidak boleh bercakap mengenai perkara tersebut. Yang paling baik boleh saya lakukan ialah menceritakan apa yang dibincang oleh mereka pada malam itu, dan biarkan perkara demikian tanpa memberikan sebarang pendapat mengenainya. Apa yang ditulis di atas telah dibincangkan oleh mereka yang bukan pun bekerja sebagai peguam dan tidak pun pernah berhujah mengenai sebarang kes di mahkamah, waima sekali pun dalam hidup mereka.

Sememangnya, oleh kerana mereka itu bukan pun peguam kebanyakan hujah yang mereka tuturkan adalah berasaskan hanya kepada logik dan bukannya natijah undang-undang.

Memanglah ganjil juga kalau orang yang tidak berpendidikan undang-undang boleh cuba memikir dan menganalisis kes perbicaraan pembunuhan Altantuya dan menyerlahkan penghakiman peribadi seolah-olah mereka adalah peguam yang terlatih dan bertauliah.

Apa pun, seperti yang pernah saya katakan, pendapat adalah perkara lumrah yang memang dimiliki oleh setiap orang, kerana itu kita tidak perlu ambil kisah sangat akan apa yang dibincangkan oleh kawan-kawan saya di majlis makan malam itu. Sementara itu bacalah apa yang ditulis oleh sahabat saya Din Merican melalui emelnya kepada saya.


……………..”Pada zaman dahulu kala, negara pergi berperang disebabkan acahan yang amat kecil. Pada abad kedua puluh satu ini, kita bernasib baik, kerana sudah lebih bertamadun berbanding orang dulu-dulu, walaupun ada juga pengecualiannya. Lagi pun kita sudah menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan saya diberitahu bahawa kita akur dengan Piagam PBB terhadap Hak Asasi Manusia. Namun, kita di Malaysia menganggap rakyat asing dengan cara sambil lewa tanpa perasaan hormat dan kasih sayang. Apakah kita sudah menjadi golongan ‘cynics’ ?

Cuba fikirkan kes betapa seorang jurulatih karate/judo daripada Indonesia yang telah digasak dan dibaham dengan begitu kejam, dan kisah-kisah bagaimana pekerja daripada Indonesia yang dilanyak oleh anggota-anggota Rela. Begitu juga dengan kisah pembunuhan seorang warga Mongolia, dan sebagainya. Apakah ini caranya kita melayani jiran-jiran kita dan negara bangsa yang lain? Saya masih berfikir apakah kita ini mempunyai undang-undang ataupun hanya merupakan sebuah negara yang diuruskan berdasarkan hukum rimba??

Perdana Menteri kita Badawi dan Menteri Luar beliau (ketika itu Syed Hamid) tidak pun mempunyai isi perut untuk menjawab beberapa surat yang dikirimkan oleh rakan sejawatan mereka di Ulan Bator, Mongolia yang meminta agar perbicaraan ke atas kes Altantuya Shaaribuu dijalankan dengan adil dan saksama. Apakah mereka terlalu sibuk? Tentu tidak.

Adalah sesuatu yang malang bagi Malaysia seandainya ahli keluarga Altantuya tidak menerima keadilan dalam kes perbicaraan pembunuhan yang sungguh kejam dilakukan ke atas beliau yang amat dikasihi oleh ahli keluarganya. Bagaimana mungkin kita mudah sangat meledakkan seorang insan yang dikasihi oleh ahli keluarganya, dan dia pula adalah seorang ibu kepada dua orang anak yang masih kecil. Apa lagi pembunuhan itu dilakukan dengan meletupkan badannya menggunakan bom peledak yang biasanya untuk kegunaan perang bagi memusnahkan kubu pertahanan, jambatan dan bangunan?

Kisah semacam ini belum pernah didengar berlaku di tempat lain di dunia ini. Dengan demikian kes itu membawa implikasi global yang hebat, khususnya apabila kerja busuk itu dilakukan oleh orang yang sepatutnya ‘berkhidmat’ untuk negara ini.

Kini kita dianggap sebagai orang yang angkuh oleh rakyat Indonesia, Thai dan Singapura serta oleh ramai lagi jiran tetangga negara. Kini kita biarkan pula rakyat Mongolia menyertai senarai demikian. Adalah tidak wajar dan amat tidak bertanggungjawab di pihak PM dan Menteri Luar yang tidak mahu membalas penerimaan surat daripada rakan sejawat mereka di Mongolia. Siapakah yang mereka lindungi?

Tidak ada gunanya Badawi cuba meyakinkan kita bahawasanya Pentadbiran beliau sedang ghairah mahu mengembalikan imej bagi badan kehakiman negara. Dia tidak mampu memperbetulkan Pasukan Polis dan Pejabat Peguam Negara. Sebenarnya, rakyat Malaysia patut menghumban Badawi dan konconya dalam BN daripada jawatan mereka semasa pilihan raya umum yang berlalu.

Media arus perdana sudah begitu tidak bermaya dalam mengekalkan Keadilan untuk Altantuya dan martabat Malaysia. Rakyat Malaysia dan pergerakan masyarakat sivil mesti bertindak mendesak kerajaan Badawi agar mendedahkan penyangak sebenar yang menyebabkan pembunuhan dan membiarkan kes itu dapat diadili dengan penuh ketelusan kerana kosnya yang tinggi. Biarkan Keadilan bertakhta dan tamatkan budaya melindungi golongan yang berkuasa dan kuat pengaruh politiknya mengatasi undang-undang.
.
Sebagai seorang ayah kepada enam orang anak (tiga daripadanya adalah anak perempuan termasuk seorang yang berusia 16 tahun) dan sudah pun menjadi seorang datuk, saya dapat rasakan apa yang sedang dirasai oleh Dr. Setev Shaaribuu dan keluarganya. Pada 24 April, saya berada di satu sidang akhbar di Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim dan telah menyaksikan dengan mata sendiri keperitan yang terbayang di wajah Dr. Shaaribuu.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menangani isu ini dan tidak membiarkan para pembunuh terus berlenggang di serambi kuasa dan lepas bebas daripada perbuatan durjana mereka.

Sudah sampai masanya untuk bertindak berani. Inilah masanya kita menghumban segala alasan murahan dan menangkap segala penyangak durjana untuk dihumban ke neraka jahanam, kerana itulah tempat yang sesuai untuk mereka.

04.05.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)

(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Read More...

Kes Raja Petra : Najib & isteri target sampingan

Tranungkite

Dilulus terbit pada Wednesday, May 07 @ 08:16:50 MYT oleh greenboc
Artikel Oleh Tarabulsi_2008

"a
Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK) telah dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen pada 6 Mei 2006 kerana menerbitkan artikel dalam laman blognya, Malaysia Today bertajuk 'Let's send the Altantuya Murderers to Hell" yang telah mengkaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Kes Altantuya masih diperbicarakan di mahkamah. Dua orang anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) di tuduh membunuh Altantuya, sementara sahabat karib Najib, seorang penganalisa politik yang terkenal, Abd. Razak Baginda dituduh bersubahat.

Tak bolih diketepikan tujuan kerajaan dalam menghadapkan RPK di mahkamah juga bertujuan hendak menjatuhkan Najib supaya Najib tak boleh jadi perdana menteri jika Abdullah Badawi dipaksa letak jawatan Disember ini. Malah kerajaan Abdullah Badawi berjaya 'hit two birds with one stone'. RPK adalah 'smaller target." Najib dan isterinya sebenarnya target utama yang hendak dijatuhkan. Macam main snooker, sondol bola putih terantuk bola kuning dan yang masuk lobang bola hitam.

Nama Najib dan isterinya rioh disebut-sebut di merata pelusuk negara hari ini. Rata-rata orang membuat kesimpulan bukan Razak baginda tetapi Najib dan isterinya yang memberi arahan kepada dua anggota UTK untuk membunuh Altantuya. Ada pendapat bukan Najib yang suruh tetapi isterinya Rosmah yang beri arahan kepada UTK bunuh Altantuya.

Mahkamah-mahkamah rakyat hari ini dikatakan telah membuat kesimpulan bahawa Razak Baginda hanyalah "pak sanggup", dua anggota polis UTK itu tetap bersalah, dan Najib suami isteri turut bersalah. Dan dengan yang demikian Najib tak layak jadi PM tapi layak jaga library di penjara Sungai Buluh (macam Mokhtar Hashim dulu jaga library di Pudu Jail).

Ada yang berkesimpulan sekarang baru lah mereka faham kenapa Tun Dr Mahathir yang baru-baru ini menegaskan si Najib tak boleh jadi PM telah tidak pula jelaskan sebabnya. TUN tak jelaskan sebabnya kerana kes Altantuya masih dalam perbicaraan, dan Tun boleh diheret ke mahkamah.

Ada di kalangan kakitangan kerajaan yang telah berkata memang dah dijangka Najib dan isteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Menurut mereka, UTK hanya terima arahan dari PM atau TPM - iaitu dari Abdullah Badawi atau Najib. Menurut mereka lagi, Najib hanya tiang kayu, dan TPM merangkap Menteri Pertahanan sebenarnya adalah isteri beliau si Rosmah. Maka dari situ mereka buat kesimpulan mengenai kemungkinan bahawa Rosmah yang beri arahan kepada UTK. Entah lah.

Cerita sampingan sikit pasal kononnya Rosmah control Najib. Kononnya Rafidah Aziz pernah bertanya dalam mesyuarat kabinet secara menyindir siapakah sebenarnya Menteri Pertahanan. Rafidah kononnya mengutarakan pertanyaan tersebut apabila diberitahu oleh pegwai-pegawai MITI kononnya Rosmah telah serbu masuk suatu mesyuarat di Mindef mengenai perolehan senjata alat kelengkapan tentera dari Peranchis yang dipengerusikan oleh suaminya Najib. Mengikut ceritanya, Rosmah telah tolak Najib ketepi, dan Rosmah kononnya telah ambil alih tempat Najib dan mempengerusikan mesyuarat tersebut. Tak tahulah benar atau tidak cerita-cerita ini.

Balik kepada cerita UTK. Kalau betul UTK hanya bertindak atas arahan PM atau TPM, maka boleh dibuat kesimpulan bahawa bukan Abd Razak Baginda yang memberi arahan kepada dua anggota UTK yang dituduh bunuh Altantuya.

Sesiapa saja yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya akan ke neraka, dan kalau mereka terlepas dari tali gantung di dunia, hidup mereka akan sengsara kepanasan menanggung rasa dosa yang amat teruk. Boleh jadi biul. Lagi lama mereka hidup, lagi biul jadinya.

Kalau pun Najib dan Rosmah tak bersalah mereka tetap dilihat dengan penuh syak wasangka oleh rakyat. Boleh dikatakan masa depan Najib semakin gelap kerana kes RPK telah menarik perhatian rakyat kepada kemungkinan Najib dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Musuh-musuh politik Najib pasti akan terkam peluang ini untuk menjatuhkannya dengan alasan adalah susah bagi Najib untuk jadi PM kerana rakyat akan sentiasa mensyakkinya.

Kalau dalam masa terdekat ini Najib pula diheret ke mahkamah, maka ia akan memberi sebab untuk Abdullah Badawi terus berkuasa sebagai PM atas alasan perlu didedahkan terlebih dahulu TPM yang baru sebelum Pak Lah bolih menyerahkan kuasa.

Tarabulsi

Read More...

Raja Petra - a picture tells a thousand words.....


the man called RPK

in court


his friends

to jail






but he is walking tall.......


Seterusnya baca di blog ini.

Read More...

'Jangan pandang remeh Anwar Ibrahim' - Khir Toyo

Harakahdaily

Azamin Amin

Tue | May 06, 08 | 2:42:28 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Dato' Seri Mohd Khir Toyo menggesa supaya Barisan Nasional (BN) khususnya Umno mengambil perhatian serius perancangan dan kenyataan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata Anwar Ibrahim mengumumkan untuk membentuk kerajaan pakatan rakyat pada 16 September kerana tarikh ini mempunyai signifikan tersendiri kerana merupakan tarikh pembentukan Malaysia.

"Saya sedar Anwar ingin menggunakan tarikh ini sebagai permulaan era Malaysia Baru.

"Dan saya agak kesal melihat pemimpin Umno masih menganggap ianya suatu sandiwara," katanya yang dipetik daripada blognya.

Baginya, Anwar tidak akan merelakan kredebilitinya jatuh buat kali kedua kerana sekiranya berlaku dunia akan menganggap beliau sebagai pemimpin yang kuat berbohong dan tidak akan mendapat kepercayaan rakan politiknya.

"Atas dasar itulah pemimpin BN perlu menganggap perkara ini lebih serius. Tindakan tertentu perlu diambil.

"Dalam politik segalanya berkemungkinan. Bagi mereka yang merancang dengan baik kemungkinan itu akan berpihak kepada mereka," katanya.

Sebelum itu beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang agak terburu-buru membuat keputusan membentuk suruhanjaya kehakiman baru-baru ini.

Katanya, selain daripada peranannya yang tidak dijelaskan, beliau khuatir akan ada banyak persepsi dan harapan yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan kepada rakyat.

Kekhuatiran ini kata bekas Menteri Besar Selangor itu berdasarkan banyak pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh kerajaan berkenaan penubuhan suruhanjaya yang disambut gembira oleh rakyat berakhir dengan lebih banyak kemarahan kemudiannya.

Pada beliau lebih penting pengumuman yang sebesar ini perlu dibuat dengan kajian dengan teliti bersama banyak pihak.

"Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Janganlah kerana ingin mencari populariti sehari rosak negara bertahun lamanya," katanya. - mks.

Read More...

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Bakal Tubuhkan Badan Penyelaras Pelancongan

Bernama

Daripada Jumiati Rosly

DUBAI, 6 Mei (Bernama) -- Lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat merancang untuk menubuhkan satu badan penyelaras pelaksanaan pelancongan bagi merancakkan lagi sektor pelancongannya.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong berkata satu pertemuan antara wakil kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak akan diadakan di Selangor pada 15 Mei, khusus bagi membincangkan cara untuk merapatkan lagi kerjasama dalam membangunkan produk-produk pelancongan antara mereka.

"Penubuhan badan itu adalah inisiatif kerajaan negeri Selangor yang akan menjadi titik permulaan bagi memajukan lagi industri pelancongan di kelima-lima negeri tersebut," katanya kepada pemberita di pameran Arabian Travel Market (ATM) 2008 di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa Dubai di sini Selasa.

Beliau berkata penubuhan badan penyelaras itu juga dibuat bagi menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat yang berkaitan dengan isu pelancongan.

"Biarpun kami (Pakatan Rakyat) berbeza pandangan politik dengan kerajaan pusat tetapi kami serius dalam usaha membangunkan sektor pelancongan dan kehadiran kami di ATM 2008 ini adalah salah satu daripada buktinya," katanya.

Sementara itu Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia Kedah Mohammad Radzhi Salleh pula berkata penubuhan badan itu akan dapat menyatukan kelima-lima negeri, untuk bergerak seiring di bawah satu pasukan dalam sektor pelancongan.

Katanya kelima-lima negeri di bawah Pakatan Rakyat masih memerlukan bantuan dan sokongan kerajaan pusat untuk menggerakkan sektor pelancongan.

"Pelancongan adalah soal yang neutral dan ia adalah tanggungjawab bersama untuk memajukannya. Tidak ada soal parti jika kita bercakap tentang sektor pelancongan," katanya.

Empat kerajaan negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu merupakan antara 85 perwakilan yang menyertai delegasi Malaysia ke ATM yang berlangsung empat hari bermula Selasa.

-- BERNAMA

Read More...

SPR Batalkan Dakwat Kekal Berdasarkan Desas-Desus Semata.


Suara Keadilan

PARLIMEN: Keputusan kontroversi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum PRU12 yang lalu berlangsung berdasarkan kepada desas-desus, jawab kerajaan kepada Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar kepada MP Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), beliau menjelaskan SPR dan kerajaan tidak mempunyai bukti kukuh ketika membuat keputusan tersebut.

Pada 4 Mac lalu, SPR mengumumkan keputusan saat-saat terakhir membatalkan dakwat kekal atas alasan keselamatan. Pengunaan dakwat kekal ini dituntut Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) bagi menyekat penipuan pilihanraya khususnya pengundi hantu.

Ketika membatalkan pelan tersebut, Pengerusi SPR Rashid Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat berdasarkan laporan polis mendakwa sebilangan pihak telah membeli dakwat-dakwat kekal dari luar negara untuk menipu dalam pilihanraya.

Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan bahawa siasatan polis tidak menghasilkan apa-apa bukti kukuh terhadap dakwaan tersebut, meskipun setelah tiga kali siasatan dijalankan.

“Selepas laporan polis disiasat, dan soalsiasat dijalankan kepada pengadu dan saksi, ia didapati tiada sebarang bukti menunjukkan adanya dakwat kekal diseludup masuk dari Thailand,” kata Syed Hamid.

“Dari kenyataan saksi, tiada individu, sindikat atau mana-mana pihak dapat dikenalpasti terbabit dalam penyeludupan dakwat kekal. Laporan pengadu dan saksi dibuat berdasarkan desas-desus,” kata Syed Hamid.

Keputusan membatalkan dakwat ini menarik kritikan hebat dari pelbagai pihak sebagai satu langkah ke belakang dalam reformasi sistem pilihanraya negara.

MP Fong berkata Pakatan Rakyat akan membawa isu ini dalam sidang Dewan Rakyat seterusnya.

“Seseorang dalam kerajaan harus bertanggungjawab kerana memberi nasihat tidak berasas sehingga membawa kepada pembatalan dakwat itu,” kata Fong.

syafiq @ May 6, 2008

Read More...

Kenyataan Karpal persoal kuasa Sultan, pertikai Perlembagaan - Najib

Mstar Online

06-05-2008 02:03:36 PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pentadbiran kerajaan negeri khususnya dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, sebagai satu perbuatan yang mempertikaikan peruntukan Perlembagaan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah jelas semua bidang kuasa mencakupi kuasa Raja dan kuasa kerajaan termasuk kerajaan negeri telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru tidak seharusnya wujud sebarang pertikaian oleh mana-mana pihak.

"Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa dalam bidang agama, kuasa raja adalah kuasa mutlak.

"Jadi kuasa atau keputusan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah selaras dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Tidak boleh dipertikaikan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja dan penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh kepada media semalam bahawa Sultan Perak tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri, termasuk mengarah Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membatalkan arahan pertukaran dan melantik semula Jamry sebagai Pengarah JAIP.

Karpal mendakwa arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undangundang dan sepatutnya keputusan terdahulu kerajaan negeri mengarahkan pertukaran Jamry dikekalkan.

Mengulas sama ada kenyataan Karpal itu bakal mencetuskan polemik khususnya dalam kalangan mereka yang mempertahankan kuasa Raja di bawah perlembagaan, Najib berkata sudah semestinya ada pihak yang akan marah dengan kenyataan yang mempertikaikan kuasa Sultan.

Ketika ditanya sama ada Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor telah melanggar Akta Hasutan 1948, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu tertakluk kepada tafsiran Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.

"Keputusan untuk mengkaji perkara berkenaan juga terserah kepada beliau (Peguam Negara), bukan pada kita (kerajaan)," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kepada perbalahan antara kaum atau konflik lain yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.

"Kita ada peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk kita mengambil apa-apa tindakan untuk mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kepada keadaan perbalahan antara kaum dan sebagainya.

"Jadi dalam sebarang isu kita akan memantau perkembangannya, dan sekiranya ada kesan yang boleh menjurus kepada keadaan di mana menggugat ketenteraman awam, maka pada masa itu kerajaan akan ambil tindakan," kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, anggota Parlimen, walaupun diberi keistimewaan untuk bercakap mencakupi semua perkara khususnya semasa sidang Parlimen, tetapi ia tidak boleh bercanggah dengan Akta Hasutan.

"Kita terpaksa terima apaapa peruntukan. Dalam Parlimen pun ada perlindungan yang diberikan oleh perlembagaan, namun sesuatu yang bersifat hasutan tidak boleh disebutkan dalam Parlimen, maknanya perlindungan dalam Parlimen ini bukanlah perlindungan yang tidak ada hadnya, bukan mutlak tapi ada peruntukan yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli Parlimen seperti undang-undang hasutan," kata Najib.

Jumaat lepas, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry yang dibuat pada 29 April, selepas Jamry didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Pertukaran itu dikatakan ada kaitan dengan isu pentadbiran agama, dan usaha kerajaan negeri yang baru, untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

Arahan Sultan Perak itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. BERNAMA

Read More...

Isteri tak sangka Raja Petra enggan ikatjamin

Malaysiakini

Chan Kok Leong | May 6, 08 7:15pm

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah terperanjat dengan keengganan suaminya untuk membayar ikatjamin ke atasnya selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.

Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000.

raja petra court case 060508 marina lee abdullahBeliau bagaimanapun enggan membayar ikatjamin dan ditahan di Penjara Sungai Buloh, sehingga tarikh kesnya bermula.

"Ini adalah satu kenyataan yang mahu dibuatnya. Beliau merasakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan kita tidak ada wang (untuk membayarnya)," kata Marina (foto).

"Jika kita lancarkan kempen sumbangan RM1 seorang dan bila dapat mengumpul jumlah yang mencukupi, kita akan membayar ikatjaminnya secepat mungkin," katanya, merujuk kepada kempen mengumpul dana tersebut dalam Malaysia Today untuk membayar ikatjamin Raja Petra.

"Pada masa ini, saya agak terperanjat dengan apa yang dilakukannya (enggan diikatjamin), jadi biarlah saya menemuinya dahulu esok. Dan kita akan putuskan selepas itu," katanya.

Apabila ditanya sama ada mereka sekeluarga bersedia untuk berdepan dengan tuduhan yang dikenakan terhadap Raja Petra, Marina berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan anak-anaknya selepas ini.

"Saya tidak fikir ada sesiapa yang bersedia (untuk menghadapi keadaan seperti ini). Saya baru sahaja menelefon anak-anak saya untuk memberitahu mereka mengenai perkara ini. Kita akan balik dan mengadakan perhimpunan keluarga untuk membincangkan perkara tersebut," katanya.

Marina juga berkata, beliau kesal dengan layanan pihak polis termasuk suaminya sebelum beliau didakwa di mahkamah hari ini.

raja petra court case 060508 petra lockup"Saya tidak marah tetapi saya sangat kesal dengan apa yang dilakukan secara tergesa-gesa. Mereka menghantar kami ke mahkamah (Jalan Duta) dan kemudiannya menyuruh kami ke mahkamah lain (Petaling Jaya).

"Mereka menghantar kami ke stesen polis ini dan kata datang datang esok dan kemudian mereka datang ke rumah untuk mengambil komputer. Dan inipun berlaku hari ini apabila mereka mahu mendakwanya (di mahkamah).

"Kami pergi ke sana pada jam 8.30 pagi dan menunggu hingga jam 11 pagi dan mereka berkata, bukan di sana dan meminta kami datang ke (Mahkamah) Sesyen PJ. Ianya seperti sarkas. Ia tidak nampak seperti mereka serius. Ia tuduhan yang direka. Seolah-olah semuanya dilakukan secara tergesa-gesa," katanya.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |