Harakahdaily Fri | Apr 10, 09 | 9:29:00 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - "Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya." Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu. Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan "bodoh" (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis. Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan. Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas). Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari. Semalam Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu. Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh wanita muda Mongolia itu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya. Bagaimanapun pada 31 Oktober lalu, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat (sumber dipetik laporan agensi berita). - azm/mks. _ |
Friday, April 10, 2009
'Tidak ada sebab ambil nyawa mangsa dengan kejam' - Cif Inspektor Azilah Hadri
1 comments Labels: Altantuya, Harakahdaily
Buta mata terkena kelongsong
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
|
|
KOTA BAHRU - Nasib malang menimpa seorang peniaga, Mohd. Huzaifah Mohd. Nor, 18, apabila mata kanannya buta dalam sekelip mata akibat terkena kelongsong gas pemedih mata Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam kejadian Selasa lalu.
Insiden berlaku sewaktu mangsa yang sedang sibuk mengemas barang berniaga sebelum pulang tiba-tiba menjadi sasaran kelongsong itu yang dipercayai dilepaskan oleh polis bagi meleraikan rusuhan di luar Stadium Sultan Muhamad Ke-IV di sini.
"Masa itu keadaan kelam-kabut, saya dengan sepupu tengah kemas barang berniaga untuk pulang, tiba-tiba saya rasa ada benda keras kena mata kanan saya.
"Selepas itu saya rebah dan hampir pengsan kerana terlalu sakit, darah banyak keluar dari mata kanan.
"Dalam keadaan separuh sedar itu, saya dipapah oleh sepupu saya ke hospital yang terdekat yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian. Mata saya selesai dibedah kira-kira pukul 2 pagi semalam (kelmarin)," ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.
Tambahnya, kecederaan itu menyebabkannya mengalami kecacatan kekal dan pasti menyukarkan kehidupannya sebagai pelajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa dekat sini.
0 comments Labels: kosmo, penindasan
Pelajar buta terkena serpihan gas pemedih mata
Malaysiakini |
Apr 10, 09 9:44am |
Seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar stadium malam Selasa lepas. Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing di Kota Bharu sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, lapor Bernama. Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di hospital sejurus selepas kejadian. Menceritakan detik kejadian, Muhammad Huzaifah berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya Abdul Rahman Hussein di gerai yang terletak 100 meter dariStadium Sultan Muhammed IV, dan bersiap untuk pulang. "Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai. "Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," mangsa dipetik berkata di Hospital Raja Perempuan Zainab II semalam. Abdul Rahman pula berkata beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanan mangsa sambil menjerit kesakitan. "Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya. Ibu mangsa Kamariah Hussein, 60, berkata apa yang berlaku sangat menyedihkan beliau sekeluarga tambahan pula suaminya Mohd Noor Abdul Rahman, 72, baru tiga hari dibenarkan keluar dari hospital kerana sakit jantung. Menurut Kamariah, lapor agensi berita itu lagi, aduan polis telah dibuat pada malam kejadian dan keluarganya turut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi kelmarin mengesahkan seorang remaja berusia 18 tahun cedera selepas terkena gas pemedih mata. |
0 comments Labels: FRU, malaysiakini, penindasan
How do Sirul and Azilah look like?
We know how Altantuya looked like. We know how her lover Razak Baginda look like. But we have never seen the faces of Sirul and Azilah. Both cops were sent to the gallows yesterday for the murder of this "Far Eastern Mata Hari" but their faces are not known to us until today.
I asked my photographer friends in the mainstream media. No, there was no conspiracy by the media to not publish the two killer cops' pictures. No, there was never a directive from the police to not publish their pictrues.
I think it is important for members of the public to know how the two look like.
Read the AFP's piece here on the case that the Opposition has been trying to exploit in a bid to stop Najib from being PM.
0 comments Labels: Altantuya, bloggers united
PRK Bukit Gantang - Undi Melayu Kurang Empat Peratus
Written by Editor |
Friday, 10 April 2009 01:07 |
Pada kebiasaan sebelum ini, sekiranya berlaku peningkatan keluar mengundi dalam satu-satu pilihanraya, PAS akan kalah, tetapi keadaan ‘terbalik’ berlaku pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang (PRKBG), 7 April, Selasa lalu.
|
Last Updated on Friday, 10 April 2009 10:58 |
0 comments Labels: buletin online, melayu kita, Perak, PRK
Pengumuman kabinet baru untuk tutup kes pembunuhan Altantuya
Kabinet Najib tidak bersih mungkin sedikit garang : Lim Kit Siang
Anna Yusof
KUALA LUMPUR, 10 April (SK) : Keputusan kes pembunuhan kejam wanita Monggolia Altantuya ditutupi dengan siaran langsung kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang mahukan barisan kabinet barunya bersih dan menggelarnya sebagai kabinet rakyat.
Dalam kenyataan blog Penasihat Dap Lim Kit Siang, mempersoalkan bahawa Najib mahukan barisan kabinet yang bersih dan menggelarnya kabinet barisan rakyat namun lain dari apa yang diamalkannya sendiri.
“Pengumuman kabinet baru Najib semalam adalah satu penutupan kes panas pembunuhan wanita Monggolia Altantuya pada sebelah pagi hari yang sama, kesimpulannya beliau sendiri mengamalkan ‘perhubungan awam’ (PR) yang terburuk dalam sejarah politik negara.
“Kes keputusan Mahkamah Altantuya di tenggelami oleh siaran langsung kenyataan menteri kabinet baru dengan laporan prestasi kerja (KPI) masing-masing.
Rakyat amat kecewa kerana mahukan pembelaan yang adil dalam kes Altantuya tetapi fikiran mereka dipatahkan dengan sumpah keramat barisan menteri baru beliau,” jelas Lim.
“Persoalannya begitu bersihkah Najib dari sejarah hitam politik beliau sendiri,” tegas Lim lagi.
Kabinet Baru Najib Razak gagal mempamirkan barisan ‘bersih’ dan seperti dipengaruhi barisan ‘pintu belakang parlimen’ dengan membawa calon yang kalah dalam pilihanraya Umum ke-12 lalu.
Nama seperti Dr. Koh Tsu Koon, Shahrizat Abdul Jalil, Chew Mei Fun dan Dr. Awang Adek Hussin yang tidak mewakili dari suara rakyat sekalugus seolah memepersenfakan demokrasi.
Lim mempersoalkan jika Najib mahukan barisan kabinet yang bersih dan menggelarnya kabinet barisan rakyat maka beliau harus membersihkan sekurang-kurangnya satu per tiga dari 32 menteri kabinet Abdullah Ahmad Badawi.
“Hakikatnya Najib telah membesarkan barisan kabinetnya kepada 68 orang termasuk 28 menteri dan 40 timbalan menteri yang tidak akan menampakkan sebarang kebaikan kepada rakyat walaupun kekurangan empat menteri penuh,” kata Lim dalam kenyataan beliau.
Najib telah melantik lebih ramai menteri dan timbalan daripada kabinet Mahathir selepas piliharaya umum 1999 dimana hanya 27 menteri dan 27 timbalan menteri berserta dengan 16 setiausaha parlimen.
“Dengan barisan menteri kabinet baru ini, Najib tidak boleh membohongi rakyat dengan moto ‘Satu Malaysia,Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ ini.
“Seperti Abdullah, Najib juga gagal membariskan ahli korporat dalam kabinet baru beliau,” tambah Lim.
Kenyataan beliau juga melaporkan bahawa pergolakan jelas dilihat apabila Mukhris Mahathir dilantik sebagai timbalan menteri dan manafikan kedudukkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru dilantik semasa pemilihan majlis tertinggi baru-baru ini.
“Sungguh ketara tanggapan rakyat bahawa Najib di kuasai oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan menimbulkan tanda tanya kenapa Khairy disisihkan dimana beliau dituduh rasuah secara terang-terangan oleh Mahathir dan tidak layak untuk menerajui barisan kabinet baru Najib,” beliau berkata.
“Seperti mana persoalan rakyat mengenai kedudukan Mohd Ali Rustam bahawa waluapun telah di hukum oleh Majlis disiplin Umno dan tidak layak bertanding, namun masih boleh memegang jawata Ketua Menteri Melaka,” jelas Lim dalam kenyataannya.
“Dalam barisan kabinet baru Najib dilihat sebagai Sabah adalah perwira dan Sarawak sebagai penakut kerana membariskan empat berbanding dua menteri dari negeri tersebut.
Sungguh jelas bahawa kemenangan Barisan Nasional di pilihanraya kecil Batang Ai baru-baru ini tidak dihargaioleh beliau ,” kata Lim mengakhiri kenyataan beliau.
0 comments Labels: Altantuya, najib razak, parlimen, suara keadilan
Buktikan Najib dan Rosmah Tidak Terlibat Kes Pembunuh
SHAH ALAM: Peguam Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada anak-anak guam mereka kerana didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibu.
Mereka mendakwa kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejas kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.
Peguam Sirul, Encik Hasnal Merican, berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.
Peguam pemerhati bagi pihak keluarga mendiang Altantuya, Encik Karpal Singh, pula berkata masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.
Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.
Bagaimanapun, ketua pihak pendakwaan kes tersebut, Tun Majid Tun Hamzah, berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.
(Betul punya BAHALOL Tun Majid Tun Hamzah. Apa hal pula Azilah dan Sirul tidak pasal-pasal hendak bunuh Altantuya?. Altantayu datang ke Malaysia kerana kaitan urusannya dengan Najib Razak dan Razak Baginda. Kesangsian seperti ini pun Tun Majid Tun Hamzah tidak bolih nak fikirkan? Inilah taraf ketua pendakwa yang bolih diibaratkan seperti “Lembu Yang Dicucuk Hidung”. Hello Tun Majid, kamu adalah manusia yang butahati).
Dalam penghakimannya semalam, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pembelaan Azilah bergantung kepada keterangan yang dia tidak berada di tempat kejadian semasa jenayah itu dilakukanan.
‘Dia mendakwa berada di Wangsa Maju dan dia bukannya orang terakhir berada bersama Altantuya kerana dia menyerahkan Altantuya pada malam itu kepada tertuduh kedua (Sirul) untuk dihantar pulang ke Hotel Malaya,’ katanya.
Pembelaan Sirul Azhar pula hanya bergantung kepada keterangan bahawa dia adalah ‘kambing korban bagi menutup kesalahan mereka yang tidak ada di mahkamah’.
Dia juga berkata tiada bukti yang menunjukkan mendiang Altantuya telah diserahkan kepadanya oleh Azilah untuk dihantar pulang ke Hotel Malaya.
Pihak pendakwa raya menuduh kedua-dua pegawai polis itu membawa mendiang Altantuya ke kawasan hutan berdekatan Shah Alam sebelum menembak dan meletupkannya dengan bahan letupan pada 19 Oktober 2006.
Sebelum ini, pemimpin parti pembangkang telah berkali-kali mengaitkan Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan isterinya, Datin Rosmah Mansor, dengan pembunuhan mendiang Altantuya.
Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah, bagaimanapun, telah menafikan dengan keras tuduhan itu. — Agensi.
Inikah Kambing Hitam?
Terima kasih kepada penitip minda, keduak, yang telah mengemailkan gambar dan lakaran di atas.
0 comments Labels: Altantuya, bloggers united, najib razak, rosmah
Senarai penuh kabinet Najib 2009.
Kembali ke Berita Harian | Kabinet 2008 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
0 comments Labels: Berita Harian, parlimen