+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 17, 2008

Anwar masih belum terima salinan report

Harakahdaily

Anis Nazri dan Salmiyah Harun Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Jul 17, 08 | 7:00:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Walaupun disiasat melebihi lima jam dan ditahan reman semalaman, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak diberikan salinan laporan polis bekas petugas sukarela pejabatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

ImageAnwar berkata, setiap kali beliau bertanya berkaitan salinan laporan polis itu, pihak polis memberikan pelbagai alasan dan mengelak untuk memberikannya.

"Apabila bertanya perkara itu, polis hanya menjawab bahawa mereka diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar). Siapa yang arah? Timbalan Perdana Menteri atau isterinya, atau ketua polis negara?" soal beliau sambil diringi tawa dari pihak media.

Anwar menegaskan kecurigaan pihaknya terhadap ketulenan laporan polis itu jika salinannya diserahkan polis kepadanya hari ini.

"Mereka mungkin pinda, pinda, pinda. Sampai tak tahu betulkah itu salinan asal si penuduh," kata beliau di hadapan kira-kira seratus wakil media dari dalam dan luar negara, di rumahnya di Segambut Tengah, petang tadi.

Kesal dengan Bakri

Anwar juga kesal dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang disiarkan Utusan Malaysia, hari ini bahawa polis terpaksa memintas keretanya kerana didakwa enggan menyerah diri dan mengubah haluan kereta di saat-saat akhir.

"Ini merupakan pembohongan besar Bakri bagi menutup malu atas salahguna kuasa polis. Sedangkan saya sudah bersedia memberi kerjasama untuk memberi keterangan seperti mana pada masa yang ditetapkan," kata beliau.

ImageAnwar turut mendakwa Bakri bertugas atas desakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang ada kepentingan sendiri.

"Beliau (Musa) mempunyai kepentingan sendiri yang bermaksud untuk menganiayai dan membuat fitnah terhadap saya kerana saya mempunyai bukti yang cukup kukuh tentang apa yang dilakukan beliau terhadap saya dalam kes 98-99 dulu," kata beliau.

Enggan serah DNA, ambil darah

Dalam pada itu, Anwar enggan diambil darah dan melakukan ujian DNA atas nasihat peguam kerana kedua-duanya (DNA dan darah) sudah berada dalam simpanan HKL, selain bimbang berlakunya penipuan.

"Dalam kes 98-99, darah saya telah diambil secara paksa atas arahan Musa dan saya percaya ia masih dalam simpanan HKL," kata beliau.

Anwar dibawa ke HKL untuk pemeriksaan kesihatan, malam tadi dan dibebaskan pagi tadi selepas mendapat jaminan bon polis.

Beliau juga telah memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak HKL yang menjalankan pemeriksaan di seluruh badannya, termasuk alat sulitnya dan 'mengukur apa yang perlu'.

Lokap untuk penjenayah berat

Menceritakan pengalamannya ditahan semalaman, Anwar memberitahu media bahawa beliau diletakkan di dalam lokap bagi penjenayah berat dan diletakkan berbaring di atas simen tanpa sebarang alas.

Bagaimanapun, isterinya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail membawa sehelai tuala untuk dijadikan alas tidur, pada jam satu pagi.

Image"Kesan yang dialami itu agak berat, kerana memang dimaklumi saya mengalami sakit belakang. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil suntikan ubat penahan sakit sejurus tiba di rumah pagi tadi," tegas beliau.

Utusan, Kosmo dihalang masuk

Sementara itu, satu jam sebelum sidang media bermula, para wartawan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara diperiksa kad media masing-masing sebelum dibenarkan memasuki perkarangan kediaman Anwar.

Wakil dari Utusan dan Kosmo tidak dibenarkan membuat liputan sidang media tersebut, walaupun wakil Kosmo pada awalnya berjaya memboloskan diri.

Anwar turut menyatakan kekesalannya terhadap laporan Utusan Malaysia dan NST berhubung kes beliau yang dianggap sengaja dibesar-besarkan.

"Saya lihat Utusan dan NST tiada keinsafan dalam membuat laporan sejak 10 tahun lalu mengenai kes saya. Mengapa tidak desak kerajaan menyiasat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan pembabitan mereka dalam kes pembunuhan Altantuya?

Apabila sesuatu kes itu melibatkan saya, media cuba menjadikannya satu isu besar. Kenapa meletakkan saya sebagai mangsa? Hanya kerana saya berada di pihak pembangkang," kata beliau lagi.

Sementara itu, di perkarangan kediaman Anwar dipenuhi para penyokong dan rakan-rakan perjuangan bagi menyatakan sokongan padu terhadap Anwar.

Antara pemimpin Pakatan Pakyat yang hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS, Dr Mariah Mahmud; Dr Syed Azman Syed Nawawi; Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad, dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.- tajdid_

Read More...

Estrada dakwa penahanan Anwar sebagai ‘muslihat politik’

pinkturtle

Estrada dakwa penahanan Anwar sebagai ‘muslihat politik’

MANILA: Bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada hari ini mengkritik dakwaan liwat terhadap rakannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu ‘muslihat politik’.

“Saya harap kerajaan Malaysia akan melaksakan proses keadilan dalam mengendalikan kes Anwar,” katanya dalam satu kenyataan.

Estrada, yang meraikan Anwar di Manila, bulan lalu dan menyifatkannya sebagai tokoh demokrasi berkata, penahanan Anwar semalam kerana dakwaan meliwat bekas pembantunya berusia 23 tahun sebagai satu muslihat politik.

Estrada bagaimanapn tidak mengulas lanjut dakwaannya itu.

Bekas bintang filem, Estrada yang berusia 71 tahun dijatuhkan pada 2001 kerana tuduhan rasuah dan dipenjarakan enam tahun sepanjang kesnya dibicarakan.

Beliau dijatuhkan hukuman tahun lalu, tetapi Presiden, Gloria Macapagal Arroyo memberikannya pengampunan.

Bulan lalu, Estrada meraikan Anwar dalam majlis makan malam di kediamannya dengan menamakan majlis itu sebagai meraikan seisi keluarganya. - AP

http://www.bharian.com.my

Read More...

Akuan bersumpah: Raja Petra didakwa fitnah isteri Najib, 2 yang lain

Mstar Online

17-07-2008 10:53:06 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN dan LEE YAN XIU


Raja Petra Kamaruddin (kiri) bersama J. Chandra tiba di IPK Kuala Lumpur pagi ini. - foto AP

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (gambar) didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tiga tuduhan memfitnah termasuk isteri Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Tuduhan ke atasnya dibacakan tengah hari tadi.

Tohmahan itu didakwa dibuat dalam akuan bersumpahnya yang diikrarkan 10.25 pagi 18 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Sivil Lima, Tingkat 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Pertuduhan itu berkait dengan akuan bersumpah yang menyentuh penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; pakar bahan letupan C4, Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan isterinya, Norhayati Hassan dalam kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.

Jika disabitkan kesalahan, Raja Petra boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis manakala peguam J. Chandra mewakili Raja Petra.

Ketika dibacakan pertuduhan, Raja Petra yang berada dalam kandang tertuduh berkata, beliau enggan mengaku bersalah atas tuduhan-tuduhan dan mengatakan ia adalah berniat jahat.

"Saya enggan membuat pengakuan atas alasan pertuduhan terhadap saya mempunyai kecacatan dan mala fide," sebut Raja Petra berulang kali.

Dia turut menyatakan akan memecat peguamnya J. Chandra sekiranya Chandra bersetuju dengan pihak pendakwaan.

Tindakan Raja Petra yang tidak berhenti bercakap ditegur Majistret Nazran Mohd Sham yang berkata: "Saya tidak sempat menulis apa yang awak cakap, beri saya peluang, jika anda tidak menghormati saya tidak apa, tetapi tolong hormati mahkamah".

Kes itu akan disebut semula pada 15 Ogos.

Kira-kira pukul 2.15 petang tadi, Majistret Nazran Mohd. Sham yang mengendalikan kes tersebut memutuskan Raja Petra boleh diikat jamin dengan RM2,000 dan menolak personal bon yang diminta peguam Raja Petra.

Selepas 90 minit berlalu, Raja Petra menerima keputusan mahkamah dengan ikat jamin RM2,000 yang disediakan oleh isterinya.

Terdahulu Anselm memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesemua tuduhan tetapi dibantah oleh Chandra dengan merayu jaminan sebanyak RM5,000 sahaja.

Ketika itu Raja Petra bangun sekali lagi dan menyatakan beliau tidak mahu sebarang jaminan dikenakan ke atasnya. Tindakannya itu menyebabkan mahkamah ditangguhkan seketika bagi membolehkan Chandra berbincang dengan anak guamnya itu.

Dalam pada itu, Chandra meminta personal bon (ikat jaminan tanpa penjamin) kerana sebelum ini Raja Petra tidak makan dan tidur dalam penjara. Bagaimanapun, Anselm membantah dengan berkata ia tidak relevan.

Sebelum itu, isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah bersama dengan dua peguamnya memujuk Raja Petra untuk menerima ikat jamin tersebut dan meneruskan perjuangannya di luar.

Kira-kira pukul 3.45 petang tadi, Raja Petra diiringi beberapa anggota polis keluar dari mahkamah untuk menyelesaikan prosedur ikat jamin.

"Tunggu sehingga 15 Ogos nanti," kata Raja Petra apabila ditanya sebab mengatakan dakwaan tersebut adalah berniat jahat.

Sebelum dihadapkan di mahkamah Jalan Duta, Raja Petra dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan kemudian dibawa mahkamah Jalan Duta untuk didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Raja Petra tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 12.05 tengah hari tadi.

Ketika di IPK KL, Raja Petra turut ditemani oleh Marina Lee Abdullah dan seorang lagi peguamnya iaitu Amarjit Singh Sidhu ketika di mahkamah.

Polis telah memanggilnya untuk membuat keterangan pada 5 Julai lalu di bawah Akta 112 Kanun Kanun Prosedur Jenayah.

Pada hari itu Raja Petra Kamaruddin berkata, beliau bersedia didakwa di mahkamah daripada mendedahkan sumber maklumat yang diperoleh olehnya berhubung dakwaan penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today itu mendakwa, pihak polis telah memintanya mendedahkan pemberi maklumat tersebut.

Pada bulan Mei, Raja artikel bertajuk Petra dituduh menerbitkan Let's Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman webnya pada 25 April lalu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Kali pertama penulis blog didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.

Hakim Nurmala Salim menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selepas peguam tertuduh, K Balaguru, tidak membantah jumlah yang dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan.

Read More...

"Kerajaan tak cadang guna RM6 bilion untuk turunkan harga minyak" Najib

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Bernama
Khamis, 17 Julai 2008

KL: Kerajaan merancang menggunakan dividen khas diberikan Petronas sebanyak RM6 bilion bagi meringankan beban rakyat menghadapi kenaikan harga bahan api pada masa ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyentuh cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak menggunakan keuntungan Petronas, Najib berkata Barisan Nasional sebagai kerajaan bertanggungjawab tidak akan menggunakan semua keuntungan Petronas untuk menurunkan harga minyak sehingga menjejaskan generasi akan datang.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengumumkan usaha-usaha yang akan dijalankan menggunakan dividen itu.

"Akan ada lebih banyak pengumuman bagi membantu rakyat (dengan dividen khas itu)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran pendidikan dan kerjaya Malaysia 2008 anjuran Pekan Fest, serta logo F500 Powerboat World Championship Series 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Petronas Selasa lepas mengumumkan mencatat prestasi tahun kewangan luar biasa yang membolehkan syarikat minyak negara itu menyumbang RM62.8 bilion kepada perbendaharaan negara, dan dari jumlah itu, RM30 bilion adalah dividen.

Daripada RM30 bilion dividen, RM6 bilion merupakan dividen khas yang akan dibayar tahun ini.

Menyentuh cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak menggunakan keuntungan Petronas, Najib berkata Barisan Nasional sebagai kerajaan bertanggungjawab tidak akan menggunakan semua keuntungan Petronas untuk menurunkan harga minyak sehingga menjejaskan generasi akan datang.

Beliau berkata jika semua keuntungan Petronas digunakan, syarikat itu tidak boleh lagi melabur untuk masa depan.

"Pada masa inipun, 40 peratus daripada pendapatan Petronas dah datang daripada luar negara kerana kita dah melabur lebih awal lagi, cuba bayangkan jika kita tak melabur selama ini.

"Jadi, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak boleh lihat (situasi) pada masa kini sahaja tetapi kita mesti menentukan masa depan negara terpelihara," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan membuat sebarang keputusan mengikut pertimbangannya dan "kita ada rancangan untuk mengurangkan beban rakyat, tetapi kita mesti merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab".

Najib berkata dalam keadaan harga bahan api yang tinggi, "Kita tak boleh mengambil apa-apa langkah yang boleh menjejaskan kepentingan negara pada masa kini dan akan datang".

Mengenai penahanan Anwar oleh pihak polis beliau berkata: "Selagi polis mengikuti prosedur, dan protokol yang perlu diikuti, kita perlu telus".

"Supaya tidak ada salah anggap tentang apa yang polis lakukan, dan kita mesti sentiasa melayan Datuk Seri Anwar dengan tahap kesopanan dan penghormatan yang wajar baginya," kata Najib.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak campurtangan tentang bagaimana Anwar ditahan.

"Itu urusan polis. Kita tidak memberikan butir-butir tentang bagaimana melaksanakannya.

Terpulang kepada mereka menggunakan budibicara mereka tentang apa bentuk 'intervention' yang perlu di pihak mereka.

Anda boleh kemukakan soalan itu kepada polis," katanya.

Read More...

Saiful Bukhari dan kondominium mewah RM2.2 juta

Edyesdotcom

Mungkin ramai yang ingin mengenali siapa susuk watak Saiful Bukhari Azlan yang telah 'menggegarkan' negara dan antarabangsa tentang aduan dan dakwaan liwatnya oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Walaupun kes ini belum pun diputuskan kesahihannya malah masih dalam siasatan mengikut lunas undang-undang, namun segala tindakan individu selama ini masih menimbulkan tanda-tanya yang sehingga kini belum lagi muncul daripada 'tempat persembunyiannya' walaupun setelah membuat aduan dan laporan polis di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu.


Satu laporan menyiarkan Saiful disifatkan sebagai seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre'.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang dipetik sebagai berkata mengakui gambar yang tersiar diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari lalu bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.

"Dia (pembantu Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan," katanya.

Najib berkata pembantu Anwar itu merupakan bekas pemimpin pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala pegawainya di dalam gambar itu bertanggungjawab antara lain, bagi perkara berkaitan dengan pendidikan tinggi.



PS : Melihat gambar-gambar di atas, menggambarkan 'budak' ini adalah pro-UMNO.

Read More...

'Saya enggan, takut gambar saya tersebar luas di You Tube' - Anwar

Mstar Online

17-07-2008 09:45:06 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN, ARIFFUDDIN ISHAK dan LEE YAN XIU

ANWAR Ibrahim (dua dari kanan) menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas dibebaskan atas jaminan polis petang tadi di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Bersama beliau ialah Dr. Wan Azizah Wan Ismail (kanan), anak mereka, Nurul Izzah (paling kiri, berdiri) dan salah seorang peguamnya, R. Sivarasa (dua dari kiri). - foto The Star CHUA KOK HWA

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menolak untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan alasan tidak yakin akan ujian itu dan atas nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara.

Anwar percaya pemalsuan terhadap bukti DNAnya boleh berlaku berdasarkan tuduhan palsu kes liwatnya pada 1998 dan juga kerana orang yang menuduhnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan masih di dalam tahanan polis.

“Mengenai isu pengambilan darah, saya dinasihatkan oleh peguam dan pakar-pakar DNA dari dalam dan luar negara untuk tidak membenarkannya,” kata beliau pada sidang media yang diadakan di rumahnya di Bukit Segambut pukul 2 petang ini selepas dibebaskan pagi tadi.

Alasan yang diberikan ialah simpanan sampel darah beliau sudah ada dalam simpanan polis dan takut kemungkinan berlaku manipulasi terhadap sampel tersebut oleh pihak-pihak tertentu.


Anwar ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 2.30 petang semalam untuk diambil keterangan dan dibebaskan pada pukul 9.50 pagi hari ini selepas polis mengambil lagi keterangannya pukul 7.30 pagi.

Katanya beliau diletakkan di lokap di tingkat tujuh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala dan dilayan dengan baik.

Beliau juga mempersoalkan prosedur polis dengan mendakwa polis tidak membebaskannya berikutan keenganannya memberikan sampel darah tetapi membebaskannya pagi ini walaupun beliau masih tidak berbuat demikian.

Ketika ditanya sama ada beliau mahu berjumpa Saiful, Anwar berkata:
"Ia sekadar episod dalam drama. Ini tuduhan serius, melibatkan kesalahan jenayah. Ada bukti dan asas patut disiasat, jika tiada asas dan bukti, penuduh yang patut ditahan dan tertuduh harus dilepaskan."

Semalam Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 8.35 malam tadi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun beliau bertanya kepada pegawai perubatan HKL mengapa sampel darah beliau mahu diambil, pegawai tersebut memaklumkan bahawa sampel tersebut akan dikirimkan untuk tindakan polis.

“Oleh itu saya inginkan jaminan apakah proses tersebut dapat dipastikan tiada sebarang unsur atau percubaan seperti tindakan sebelumnya (kes 1998) iaitu menipu meletakkan DNA terawal di tempat-tempat tertentu,” katanya.

Beliau juga inginkan jaminan kerajaan untuk melihat keterangan yang ada bagi memastikan kes ini disiasat dengan telus dan profesional.

Mengenai pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, Anwar berkata beliau telah ditelanjangkan bagi menjalankan pemeriksaan seluruh badan.

“Saya dibogelkan. Seluruh badan saya diperiksa termasuk kemaluan. Mereka juga ukur apa yang perlu dan saya ikut semuanya.

"Namun saya enggan gambar saya diambil kerana takut akan tersebar luas dalam You Tube,” katanya sambil tersenyum.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga hairan dan kesal kerana sehingga kini beliau masih belum menerima salinan laporan polis yang dibuat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Jelasnya, jika selepas ini atau esok beliau menerima laporan itu, adalah sukar untuknya memastikan sama ada laporan itu benar-benar asli ataupun tidak.

“Kalau lepas ini saya terima, siapa boleh pastikan laporan itu asli atau tidak? Mana ada siasatan dijalankan terhadap tertuduh tanpa melihat laporan tuduhan terhadapnya?,” kata beliau.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan pindaan akan dilakukan terhadap laporan polis terhadapnya selepas beliau selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur semalam.

Ditanya sama ada beliau meminta kebenaran polis untuk melihat laporan itu semasa siasatan dijalankan semalam, beliau berkata, polis memberikan pelbagai alasan untuk tidak memberikannya.

Bercerita mengenai apa yang berlaku sehingga beliau perlu ditahan di lokap, beliau berkata, pada mulanya polis berjanji akan membebaskannya semalam selepas selesai menjalankan ujian kesihatan di HKL.

“Sebelum itu saya diberi jaminan oleh pegawai atasan polis untuk merekodkan keterangan, buat pemeriksaan kesihatan di HKL dan kembali semula ke IPK untuk diberikan bon polis agar saya dibebaskan semalam juga, namun perkara sebaliknya berlaku,” katanya.

Semalam beliau ditempatkan di lokap tingkat tujuh IPK dan diarah tidur di lantai simen tanpa alas.

“Lokap itu adalah lokap yang menempatkan penjenayah besar. Saya disuruh tidur dilantai simen tanpa alas hingga menyebabkan pinggang saya kembali sakit kerana tidak tahan dengan sejuk,” katanya.

Namun kira-kira pukul 1 pagi, isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail datang memberikan tuala bagi dijadikan alas.

Selepas keterangan sambungan diberikan kepada polis hampir 30 minit, beliau dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 9.30 pagi.

Sejurus sampai ke rumah, beliau diberikan suntikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadi kerana mengadu terlalu sakit dan beliau perlu berehat sebelum bersedia mengadakan sidang media kira-kira pukul 2.05 petang.

Diminta mengulas mengenai tindakan PAS yang bersedia bermuzakarah dengan pemimpin Umno, beliau menyokong usaha PAS untuk berjumpa sesiapa sahaja.

Penasihat Umum Pakatan Rakyat itu juga menegaskan hubungan PKR dan PAS masih utuh seperti dahulu tanpa masalah.

Beliau turut ditanya mengenai keputusan untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya kecil bagi memberi laluan untuknya, beliau berkata hasrat itu akan tetap dilakukannya.

“Saya baru dibebaskan. Bagilah saya sedikit masa,” katanya yang turut mengakui detik 16 September (umum ahli BN lompat parti) yang dijanjikan pasti akan dibuktikan.

Dalam sidang media tersebut beliau turut ditemani isteri, peguamnya Sakaran Nair dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Read More...

PAS sokong Anwar enggan beri DNA

Malaysiakini

Jul 17, 08 4:23pm

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri akan dimanipulasi pihak berkuasa.

nasharuddin mat isa 03Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (kiri), yang juga ahli Parlimen Bachok di Parlimen hari ini, beliau berkata parti ini mengambil pendirian menolak sebarang tuduhan yang berbentuk andaian dan spekulasi.

"Begitu juga dengan penggunaan DNA yang pada bila-bila masa boleh dimanipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar.

"Saya menyeru kepada semua agar berpegang teguh kepada prinsip Islam dan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti kesalahannya di mahkamah yang diadili.

"Asas ini harus dipegang dalam menilai tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Di samping itu, Bernama melaporkan beliau juga mengalu-alukan pembebasan Anwar namun memandang berat cara penangkapan yang dibuat terhadapnya.

"Kami memandang berat cara penangkapan Anwar yang dibuat polis semalam yang tergesa-gesa dan kasar walaupun beliau bersedia melaporkan diri dan memberi kerjasama," katanya.

Ditahan semalam

Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beliau ditahan semalam untuk dirakamkan kenyataannya dan dibebaskan pagi tadi.

Beliau disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar bulan lalu.

Dalam satu sidang akhbar petang tadi, Anwar menjelaskan bahawa beliau enggan membenarkan sampel DNA diambil atas nasihat peguam dan doktor.

Lagi pula, katanya, simpanan DNA-nya ada dalam tangan polis yang diambil secara paksa pada 1999.

"Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.

Read More...

Rumah Anwar dibajiri Orang ramai dan wartawan

msomelayu

RUMAH Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahin di Bukit Segambut tengah hari ini dibajiri para penyokong dan wartawan yang ingin mengikut sidang akhbarnya berhubung penahannya oleh polis semalam.

Walaupun sidang akhabr akan diadakan jam 2:00 petang namun orang ramai dan wartawan telah berpusu-pusu ke rumah bekas TPM sejak jam 12:00 tengah hari sebaik sahaja menerima pegumuman dibuat oleh peguamnya, Nair Anwar akan mengadakan sidang akhbar di rumahnya.

Anwar ditahan polis jam 1:00 petang semalam dan dibebaskan jam 9:45 pagi tadi. Beliau terpaksa bermalam di IPK .


Ketika saya tiba wartawa sedang berbaris panjang untuk memasuki ke rumah Anwar menerusi pintu khas yang dikawal oleh pengawal keselamatan bagi menyenangkan keadaan.

Wartawan yang belum dikenali diperiksa satu persatu. Kira-kira hampir 100 orang wartwan dan jurugambar memenuhi rung depan rumah Anwar di mana tempat berlangsungnya sidang akhbar.
Dua buah khemah yang disediakan untuk orang ramai juga penuh sesak.
Manakala para sahabat, kenalan, saudara mara serta pemimpoin parti Pakatan Rakyat, berada dalam rumah Anwar.

Turut hadir beberapa pemimpin Pas dan pemimpin PKR. Ahli Parlimen Pas yang awal hadir Kamaruddin Jaaffar, Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Marizah Mahamod, Zaliah Ysuuf. Manakala hampri semua ahli Parlimen PKR hadir.
Mereka ialah Saifuddin Nasution Ismail, Johari Abdul, Azan Ismail, Noraidah, Fauziah Salleh, Tian Chua, Abdul Aziz Kadir.

Turut sama kelihatan ialah Naib Presiden Pas, Husam Musa . Bagaimana pun tidak kelihatan pemimpin utama DAP, seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ataupun Ronnie Liu.
Anwar memberi sidang akhabr selama kira-kira 40 minit menjelaskan proses penahahanya semalam dan menceritakan bagaimana beliau dibawa dan apa yang berlaku di IPK di Jalan Hang Tuah.


Menurut Anwar polis memberi layanan baik setakat ini dan semasa di IPK tidak ada apa-apa kejadian yang buruk berlaku. Bagaimana pun beliau mempersoalkan tindakan polis yang double standard kerana tidak menyiasat kes yang melibatkan nyawa (pembunuhan) sebaliknya mengutamakan kes liwat terhadapnya.


Beliau merujuk kepada kepada laporanterhadap Ttimbalan Perdana Menteri Mohd Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang dikatakan terlibat dengan pembubnuhn wanita Mongolia Anttantuya seperti mana dinyatakan dalam akuan berkanun dibuat oleh Raja Petra Kamarudin.
Selepas selesai sidang akhbar Anwar bereda dan bersalaman dengan apa tetamunya. Beliau yang kelihatan tenang tetapi kurang berjenaka kemudian masuk ke sebuah bilik khas diikuti pemimpn PKR dan Pas.

Husam yang tampil tanpa mengenakan baju warna pilihannya (petak-petak merah) juga ikut sama memasuki bilik berkenaan.

Read More...

DNA : Anwar Akan Bersalah !

Tranungkite

Dilulus terbit pada Thursday, July 17 @ 19:56:56 MYT oleh greenboc
Artikel Oleh edyesdotcom

"a
Salam perjuangan,

Walaupun saya hadir sedikit lewat iaitu sekitar jam 12 malam, sempat juga saya bersama pejuang yang lain untuk memberikan satu bentuk protes rentetan dari penahanan Dato Seri Anwar Ibrahim di IPKKL Jalan Hang Tuah.

Saya tidak nampak si Tuah di jalan tersebut, tetapi saya nampak Jalan Hang Tuah dipenuhi Jebat ! Saya tidak sempat melihat kelibat aktiviti menyalakan lilin mungkin kerana saya telah dihalang oleh Anjing-anjing yang begitu ramai sekali. Anjing ramai ?


DNA : Anwar Akan Bersalah !










Terserempak pula rakan seperjuangan dari Seremban, Huraira. Beliau adalah ahli PAS bahagian Rembau yang bertungkus lumus menentang KJ pada PRU12 tempohari. Saya menjemput Huraira dan rakan-rakan untuk bermalam di rumah saya kerana beliau mengatakan akan turut serta dalam perhimpunan keesokkan harinya.

Menurut cerita dari mulut ke mulut, difahamkan berlaku satu kejadian yang agak pelik atau secalit kebetulan. Lif yang membawa DSAI turun dari tinggat 9 secara tiba-tiba jammed! Ianya berlaku sehingga memaksa pihak bomba datang untuk membuka pintu lif yang jammed itu. Jika benar ini berlaku, adakah ianya kebetulan? Jika benar ini berlaku, apakah itu satu tindakkan jahat serangan psichology terhadap DSAI yang berumur 61 tahun itu? Polis nampaknya memberi tekanan fizikal dan mental kepada DSAI walaupun tidak menyentuh beliau.

Terima atau tidak, kita telah melalui satu saat de javu yang dirancang. Anwar pada malam tadi tidur dilokap, dan hari ini kemungkinan besar beliau akan dibawa ke mahkamah Jalan Duta supaya pihak polis boleh memohon penahanan reman 14 hari. 14 hari. 14 hari !

Sepatutnya mengikut undang-undang, Anwar harus dibebaskan setelah memberi keterangan atau setidak-tidaknya setelah pihak polis mendapat DNA dari Anwar. Kenapa harus direman ? Kerana Anwar begitu berbahaya kepada kerajaan !

Saudara dan saudari, perkara ini bersangkut paut dengan kes bunuh dan kes rasuah besar-besaran. Percayalah jika Anwar tidak disabit bersalah, sudah tentu kerajaan BN akan runtuh dalam masa yang singkat. Ini antara hidup dan mati. Hidup Anwar bermakna matilah kerajaan BN kerana beliau telah banyak membongkar dan kemuncaknya adalah malam debat yang lalu.

Saya nak tanya saudara saudari sekalian, adakah saudara akan percaya keputusan DNA kelak ? Jika mereka mahu Anwar bersalah dalam kes liwat ini, sudah tentu keputusan matching DNA itu akan positif. Sekiranya negetif atau sekiranya Anwar selamat dari tuduhan, apakah yang bakal berlaku selepas itu? Tamparan yang hebar buat Paklah, Najib dan rakan-rakan. Pasti ini tidak sekali-kali dibenarkan berlaku. Jadi Anwar tetap akan dijadikan bersalah !

Saya telahpun batalkan trip untuk balik kampung minggu ini kerana ingin mengambil bahagian dalam perhimpunan yang bakal diadakan Sabtu dan Ahad ini. Maaf kepada mak di Paroi sana, Abang balik minggu lain lahhhh.

Bangkitlah, bangkitlah, bangkitlah pada hari ini !! Atau perkara yang sama akan berlaku sehingga ke anak cucu kita. Demi Agama, Bangsa dan Negara, bangkitlah !!

RE-FOR-MA-SI !!

TAKBIR !


EDYES
17 Julai 8.30am

Read More...

DNA: Anwar beri jika ada perintah mahkamah...

Malaysiakini

Andrew Ong | Jul 17, 08 7:48pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membenarkan polis mengambil sampel DNA darinya jika mahkamah memerintah demikian, kata peguamnya, Sankara Nair hari ini.

Bercakap kepada pemberita di kediaman Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, Sankara berkata, polis boleh memohon kepada mahkamah jika mereka mahu sampel DNA tersebut.

Semalam, sewaktu ditahan, Anwar enggan memberi contoh DNA darinya kepada pihak polis bila mereka membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, Sankara berkata, usaha polis itu mungkin dikecewakan seperti dalam kes-kes duluan sebelum ini.

"Terdapat satu kes yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang tidak membenarkan polis memaksa sesiapa memberi contoh darah atau contoh dari badan," katanya.


Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pihak polis akan menggunakan ruang undang-undang yang ada untuk
mendapatkan contoh DNA Anwar.

Pada 28 Jun lalu, seorang bekas pembantu Saiful Bukhary Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

Manipulasi laporan polis

Dalam perkara berkaitan, Sankara berkata, beliau telah mencuba sebanyak lim akali - secara lisan dan bertulis - untuk mendapatkan laporan polis Saiful.

Katanya, pada 3 Julai lalu, polis Brickfields telah bersetuju memberi salinan laporan tersebut tetapi enggan berbuat demikian pada hari berikutnya.

"Laporan polis adalah dokumen awam dan tertuduh patut diberikan satu salinan," katanya.

Peguam dan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya menjelaskan, kebiasaannya, polis akan merahsiakan laporan untuk melindungi identiti pengadu, tetapi dalam kes ini, identiti Saifaul sudah diketahui umum.

"Apa yang kami bimbangkan ialah laporan polis tersebut dimanipulasikan selepas polis mengambil kenyataan Anwar," katanya.

Sebelum itu, Sankara berkata Anwar juga enggan menyerahkan pasportnya seperti yang diminta oleh pegawai penyiasat kerana beliau belum lagi didakwa di mahkamah.

Katanya, pergerakan Anwar tidak boleh disekat dan menegaskan ketua umum PKR itu akan melaporkan diri di ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada 18 Ogos seperti yang diminta.

"Ketika itu, mereka boleh memilih untuk melanjutkan tempoh ikatjamin, memutuskan tidak perlu lagi siasatan lanjut atau mendakwa beliau," tambahnya.

Anwar ditangkap semalam untuk membantu siasatan polis terhadap laporan Saiful itu. Beliau dibebaskan dengan ikatjamin polis pada jam 9.45 pagi tadi. Berita asal

Read More...

Anwar tidak perlu bimbang buat DNA: Syed Hamid

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bimbang untuk memberikan sampel DNA sekiranya beliau mahu membuktikan kebenaran.

“Perkara paling mudah dilakukan ialah memberikan (sampel) DNA dan biar pakar melakukan ujian ke atas sampel itu kerana DNA tidak menipu, kenapa perlu bimbang? Biar mereka siasat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Syed Hamid mengulas keengganan Anwar secara sukarela membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil DNA beliau.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau juga diberitahu yang beberapa rakan Anwar, yang percaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak bersalah, mahu perkara itu dibuktikan kebenarannya dan biarkan polis menyiasatnya.

“...terdapat banyak cara untuk membuktikan kebenaran itu dan cara (memberikan sampel DNA) ialah satu daripada caranya. Anda boleh minta doktor peribadi anda sendiri hadir bersama anda,” katanya. - Bernama

Read More...

Anwar enggan beri DNA bimbang dimanipulasi - Peguam

Mstar Online

17-07-2008 12:14:18 PM

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana beliau khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa, kata peguamnya Sankara N.Nair.

Katanya, mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini.

"Lagipun DNA (Anwar) telah diambil masa kes dahulu (1998), kenapa perlu ambil lagi," kata Nair.

Anwar, yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 tengah hari semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.

Semalam, Anwar menolak permohonan polis untuk mendapatkan sampel DNA secara sukarela. Polis juga gagal mendapatkan kebenaran beliau untuk mengadakan pemeriksaan perubatan penuh terhadapnya semasa berada di HKL.

Bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lepas. Anwar telah memfailkan saman dengan mendakwa Mohd Saiful membuat laporan palsu. BERNAMA

Read More...

Jepun mahu dapat penjelasan penangkapan Anwar

Harakahdaily

Thu | Jul 17, 08 | 6:38:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Agensi berita AFP melaporkan kenyataan Menteri Luar Jepun, Masahiko Komura yang mahu mendapatkan penerangan berhubung penangkapan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Masahiko dijadual menghadiri mesyuarat menteri luar negara anggota ASEAN di Singapura, minggu depan.

Dalam satu kenyataan yang dipetik AFP di Tokyo, ketua jurucakap Kementerian Luar Jepun, Nobutaka Machimura berkata, Jepun berharap menggunakan kesempatan mesyuarat itu untuk mendapat maklumat situasi yang berlaku sebelum membuat sebarang reaksi.

Anwar dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi setelah ditangkap sepasukan anggota polis bertopeng di hadapan rumahnya petang semalam; kurang sejam sebelum tempoh beliau menyerah diri untuk disiasat polis tamat.

Bukit Aman memberi tempoh sehingga jam 2.00 petang semalam untuk Anwar memberikan keterangan secara sukarela di Bahagian Siasatan Jenayah, IPK Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Anwar ditahan polis dalam perjalanan balik ke kediamannya di Segambut Dalam selepas memberi keterangan kepada BPR di Putrajaya.

Anwar menafikan tuduhan liwat yang dilemparkan terhadapnya dan menganggap tuduhan terbaru itu sebagai konspirasi kedua (selepas 1998) untuk menghalang rancangannya mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Jepun melihat rantau Asia Tenggara sebagai penting dan memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia Julai tahun lalu.

Sementara itu, Amerika Syarikat pada Rabu, lapor AFP menyatakan keprihatinan serius terhadap insiden penangkapan Anwar.- tajdid _

Read More...

"Muhyiddin layak jadi TPM" Mahathir

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Bernama
Selasa, 15 Julai 2008

KL: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno sekiranya beliau bertanding pada pemilihan parti Disember ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno, beliau mungkin ditentang oleh Muhyiddin di mana keputusannya mungkin berpihak kepada Muhyiddin.

"Tanggapan umum terhadap Najib ialah beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak mempunyai pendirian sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim di sini hari ini.

Ditanya siapa lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata Muhyiddin layak menyandang jawatan itu sekiranya memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan nanti. "Kalau dia menjadi Timbalan Presiden, sepatutnya dia dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata Muhyiddin, yang sehingga kini tidak menyatakan jawatan yang ingin ditandinginya, boleh memenangi jawatan Timbalan Presiden kerana beliau lebih mudah diterima oleh anggota Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga golongan yang tidak menyokong Abdullah.

"Saya tidak kata saya menyokong Muhyiddin tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno," kata Dr Mahathir yang bertindak keluar daripada Umno pada 19 Mei lepas kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan Abdullah.

Ditanya siapa lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata Muhyiddin layak menyandang jawatan itu sekiranya memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan nanti.

"Kalau dia menjadi Timbalan Presiden, sepatutnya dia dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dulu masa Tun Musa (Hitam) tidak mahu terima jawatan Timbalan Presiden, saya beri jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Ghafar (Baba) tetapi Tun Ghafar terpaksa bertanding jawatan Timbalan (Presiden Umno) dan dia menang mengalahkan Tun Musa," katanya.

Dr Mahathir berharap pada pemilihan parti Disember nanti "orang lain" akan dibenarkan bertanding.

"Mesti benarkan orang lain bertanding supaya hasrat mengubah akan tercapai tapi saya percaya, pemilihan akan dimanipulasikan dengan memberi wang, kain pelikat dan sebagainya.

"Mereka akan memilih siapa yang disokong oleh Datuk Seri Abdullah, mungkin juga Datuk Seri Najib akan menanglah, dan dialah akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri," katanya.

Untuk melayakkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden, seseorang bakal calon memerlukan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Bahagian Umno, yang akan memulakan persidangan perwakilan masing-masing pada 9 Okt ini.

Read More...

Petronas sumbang RM67.6b

Berita Harian

Oleh Saidon Idris dan Azli Ayob
bhnews@bharian.com.my


PRESIDEN merangkap Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican pada sidang media.

Bayar kepada kerajaan 63.1 peratus daripada untung kasar RM95.5b

KUALA LUMPUR: Pembayaran Petronas kepada kerajaan meningkat kepada RM67.6 bilion tahun ini susulan keuntungan lebih tinggi yang diraih pada tahun kewangannya berakhir 31 Mac 2008.

Ini mewakili 44 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan kerajaan Persekutuan tahun ini yang dianggarkan berjumlah RM147.1 bilion dan kira-kira 30 peratus lebih tinggi daripada RM52.3 bilion yang dibayarnya tahun lalu.

Daripada yang dibayar Petronas kepada kerajaan tahun ini, RM30 bilion adalah dalam bentuk dividen termasuk dividen khas RM6 bilion, cukai (RM26 bilion), royalti kepada kerajaan Persekutuan (RM4.7 bilion), royalti kepada kerajaan negeri (RM4.8 bilion) dan duti eksport (RM2.1 bilion).

Presiden merangkap Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Mohd Hassan Marican, berkata pembayaran kepada kerajaan itu mewakili 63.1 peratus daripada keuntungan yang diraih kumpulan Petronas dalam tahun kewangan lalu.

Bakinya digunakan untuk pelaburan semula iaitu sebanyak RM31.3 bilion, manakala RM8.2 bilion lagi adalah untuk pembayaran kepentingan minoriti dan cukai di negara asing.



"Pelaburan semula itu penting bagi memastikan Petronas dapat meneruskan operasi dan pertumbuhannya bagi memastikan ia terus menyumbang kepada pendapatan kerajaan pada masa depan," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008, semalam.

Mohd Hassan berkata, dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008, Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM95.5 bilion, naik 25.2 peratus daripada RM76.3 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Selepas ditolak cukai dan kepentingan minoriti, keuntungan bersih Petronas meningkat 31.3 peratus kepada RM61 bilion daripada RM46.4 bilion. Keuntungan itu diraih daripada pendapatan berjumlah RM223.1 bilion, meningkat 21.2 peratus daripada RM184.1 bilion tahun kewangan lalu.

"Selain keupayaan Petronas membendung kenaikan kos, prestasi kewangan lebih baik itu juga sebahagian besarnya disumbangkan peningkatan kecekapan operasi perniagaannya," katanya.

Mohd Hassan berkata, operasi antarabangsa muncul sebagai penyumbang utama pendapatan Petronas tahun lalu dengan sumbangan 40.3 peratus, sementara operasi domestik dan eksport pula masing-masing 20.8 peratus dan 38.9 peratus.

"Sumbangan operasi antarabangsa lebih tinggi dan pengurangan kebergantungan kepada operasi domestik itu mencerminkan kejayaan strategi globalisasi Petronas selama ini," katanya.

Beliau turut menjelaskan, penerokaan Petronas dalam sektor pembuatan seperti penapisan, pemprosesan gas, gas asli cecair (LNG) dan petrokimia telah meningkatkan nilai sumber petroleum negara.

"Sebagai contoh, Petronas hanya mampu menjana RM49.1 bilion jika ia hanya menjual minyak dan gas dalam bentuk mentah. Bagaimanapun menerusi penerokaan dalam kegiatan pembuatan, Petronas telah menokok nilai sebanyak RM71.4 bilion untuk menghasilkan pendapatan pembuatan sebanyak RM120.5 bilion," katanya.

Pengeluaran minyak dan gas Malaysia tahun lalu adalah berjumlah 1.67 juta tong bersamaan minyak sehari, merangkumi 691,600 tong minyak mentah dan kondensat serta 981,900 tong bersamaan minyak bagi gas.

Rizab minyak mentah Malaysia kini adalah berjumlah 5.46 bilion tong dan mampu bertahan untuk sekurang-kurang 22 tahun lagi.

Read More...

Petronas sumbang RM67 bilion kepada kerajaan

Utusan Online




KUALA LUMPUR 15 Julai - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyumbangkan sebanyak RM67.6 bilion termasuk dividen khas sebanyak RM6 bilion kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, pertambahan RM6 bilion dividen khas itu menjadikan jumlah dividen yang dibayar kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini adalah RM30 bilion berbanding RM20 bilion pada tahun lalu.

Beliau berkata, pembayaran dividen khas itu dibuat selepas mengambil kira keperluan perbelanjaan modal.

''Petronas dimiliki oleh kerajaan dan memandangkan prestasi kewangan kami sangat baik pada tahun ini dan Petronas tidak berhasrat untuk membuat pelaburan banyak pada masa depan, jadi kami meningkatkan dividen kepada kerajaan,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi kewangan Petronas di sini hari ini.

Ditanya bila Petronas akan menyerahkan dividen khas itu, Mohd. Hassan berkata: ''Pada tahun ini.''

Selain dividen, sumbangan Petronas pada tahun ini turut membabitkan pembayaran royalti berjumlah RM4.7 bilion, cukai pendapatan petroleum (RM20.6 bilion), cukai pendapatan korporat (RM5.4 bilion) dan duti eksport (RM2.1 billion).

Dengan jumlah itu, pembayaran keseluruhan oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan sejak 1974 hingga sekarang berjumlah RM403.3 bilion, tambah beliau.

Beliau berkata, pembayaran yang dibuat oleh kumpulan Petronas kepada Kerajaan Persekutuan itu mewakili 44 peratus pendapatan kerajaan Malaysia.

Katanya, pembayaran sebanyak RM67.6 bilion itu adalah 63.1 peratus daripada keuntungan kumpulan syarikat minyak kebangsaan berkenaan bagi tempoh tersebut.

Menurut beliau, Petronas juga telah membayar RM4.8 bilion dalam bentuk royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Mohd. Hassan berkata, Petronas hanya menyimpan 29.2 peratus atau RM31.3 bilion daripada keuntungannya untuk pelaburan semula bagi memastikan operasi dan pertumbuhannya terus kukuh.

Beliau berkata, syarikat itu masih perlu membuat pembiayaan bagi perbelanjaan modal namun enggan mengulas lanjut.

Tambah beliau, perbelanjaan modal bagi tahun ini dijangka sama seperti tahun lalu iaitu kira-kira RM37.6 bilion.

Mohd. Hassan berkata, perbelanjaan modal pada tahun kewangan itu meningkat sebanyak RM37.6 bilion termasuk RM20 bilion dibelanjakan di Malaysia.

Read More...

MB Kedah kini bergelar Dato' Seri

Harakahdaily

Izwan Abdul Halim

Thu | Jul 17, 08 | 2:52:21 pm MYT

ALOR STAR, 17 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak kini bergelar Dato' Seri setelah menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah Serta Bintang Kebesaran di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini, semalam.

Istiadat tersebut diadakan sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan yang disambut secara rasmi mulai 15 Julai kelmarin.

Pada majlis istiadat itu, KDYMM Tuanku Sultanah, Tuanku Sultanah Haminah Hamidun mendahului senarai 72 penerima darjah kebesaran sempena sambutan tersebut apabila menerima Darjah Kerabat Halimi (DKH) bersama Tunku Bendahara Kedah, Dato' Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah dan anakanda Tuanku Sultan Kedah, Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Pertanian, Industri Asas Tani, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga, Ir. Phahrolrazi Zawawi dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Mohamed Taulan Mat Rasul pula menerima Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato'. - mns _

Read More...

Anwar dibogel, diperiksa alat sulit

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jul 17, 08 3:14pm

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.

Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.

Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur apa yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arahan doktor)".

"Saya buat pemeriksaan seluruh badan saya, kemaluan saya termasuk mengukur apa yang perlu dan saya ikut semua," kata Anwar di sidang media di kediamannya di Bukit Segambut petang ini.

Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambar fizikalnya diambil kerana bimbang ia dibocorkan kepada umum, termasuk di internet.

"Sudah tentu saya menolak diambil gambar kerana ia akan ada dalam (laman perkongsian video) YouTube. Kamu fikir saya boleh percaya sistem sedia ada," katanya.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 11Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan sampel darahnya diambil untuk ujian DNA sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.

Anwar berkata beliau enggan membenarkan sampel itu diambil atas nasihat peguam dan doktor.

"Saya berikan beberapa alasan atas nasihat peguam dan pakar-pakar DNA dalam dan luar negara. Pertama, simpanan DNA memang ada dalam tangan polis. Kedua, yang dituduh dalam simpanan polis. Apa saja mungkin berlaku. Apa perlu DNA daripada saya?" katanya.

Lagi pula, tambahnya, simpanan DNA beliau - yang beliau dakwa diambil secara paksa pada 1999 - masih ada dalam simpanan polis.

Sampel darahnya 10 tahun lalu diambil dari HKL atas arahan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, waktu itu seorang pegawai penyiasat kesnya.

"Tilamnya dibawa (dalam perbicaraan kes pertama), percikan darah dan sebagainya disebut. Ada percubaan membuat penipuan besar. Apabila kita bongkar, ditarik balik tuduhan yang berkaitan," kata Anwar.

"Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.

Sebelum dibawa ke HKL, tambahnya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi selepas menjalani pemeriksaan tersebut.

Namun, sekembalinya daripada HKL, pengawai penyiasat kesnya DSP Jude Pereira mengatakan bahawa beliau perlu memberi keterangan lanjut pada pagi ini.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 07Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Polis menahannya semalam untuk merakam percakapannya dan dibebaskan menjelang 10 pagi tadi.

Tokoh utama pembangkang itu disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat olehnya.

Tambah Anwar, beliau terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu.

"Saudara tahu lokap apa? Lokap penjenayah besar di Malaysia. Betul, pegawai (polis) layan dengan cukup baik, menyentuh saya pun tidak. Tetapi saya diletakkan berbaring di atas simen sepanjang malam dengan kedudukan (sakit) pinggang saya diketahui," jelas Anwar.

Jelasnya lagi, hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.

Kesan daripada tidur atas simen tersebut, kata Anwar, beliau mengalami sakit pinggang dan terpaksa mengambil suntikan penahan sakit.

Selepas berbaring sekejap, tambahnya, barulah keadaan kembali baik.

Bagaimanapun, Anwar berkata, sepanjang di sana, pihak polis melayannya dengan baik.

"Saya tidak pertikaikan layanan (baik) pegawai polis di semua peringkat (jawatan) semasa saya di IPK Kuala Lumpur. Memang saya ucapkan terima kasih kepada mereka. Pertama, sebab saya tidak dipukul dan sewaktu memberikan keterangan, saya memberikan kerjasama penuh," katanya.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 08Beliau juga mempersoalkan tindakan polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.

Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab "diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)".

"Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya atau ketua polis negara?" katanya di sidang media itu, disambut ketawa pemberita.

Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan pengadu kes tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.

"Kalau laporan (Mohd Saiful) itu diberikan pada saya tengah hari ini, siapa tahu bahawa itu adalah laporan yang asli? Dipinda, dipinda, dipinda," katanya.

Mengulas kaedah penangkapannya semalam, Anwar berkata: "Saya kesal kerana polis bertindak begitu. Terutama kenyataan (pengarah Jabatan Siasatan Jenayah) Datuk Bakri (Mohd Zinin) yang mengingatkan saya gaya dan lagak ketua polis negara pada 1998, Tan Sri Rahim Noor.

"(Beliau) cakap dengan angkuh dan tidak benar, umpamanya mengatakan saya enggan untuk ke balai polis."

Anwar turut berterima kasih kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bersedia menjamin keselamatannya sepanjang dalam jagaan polis.

Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan bahawa beliau dibebaskan atas pertolongan perdana menteri.

"Saya tidak fikir begitu. Saya tidak harus masuk (lokap) kalau pelaksanaanya profesional," kata Anwar.

Selain kehadiran lebih kurang 50 wartawan dan jurugambar, kira-kira 200 penyokong turut berkumpul di perkarangan rumahnya.

Beberapa tokoh pembangkang yang hadir di situ termasuklah setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin; ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Read More...

Surat tokoh Islam dunia sokong Anwar.


In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful

May Peace and Blessings be upon the Prophet Muhammad and his kin

“ … [M]ake peace between them justly, and act equitably. Lo! Allah loveth the equitable. / The believers are naught else than brothers. Therefore make peace between your brethren and observe your duty to Allah that perhaps ye may obtain mercy.” (The Holy Qur’an, Al-Hujurat, 49:9-10)

OPEN LETTER CONCERNING DATUK SERI DR. ANWAR IBRAHIM

Al-Salaamu ‘Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu,

We, the undersigned, believe the honorable brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim to be of the highest ethical and moral integrity, a devout Muslim and a devoted father and husband. He is universally recognized as an advocate for justice and fairness, and he has a long history of promoting Islam and championing Islamic ethical and charitable causes.

We are deeply concerned about the physical safety and freedom of our respected brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim. We are troubled by the unsubstantiated and clearly scurrilous claims made against him and his character. Allah says in the Holy Qur’an:

“O ye who believe! Shun much suspicion; for lo! some suspicion is a crime. And spy not, neither backbite one another. Would one of you love to eat the flesh of his dead brother? Ye abhor that (so abhor the other)! And keep your duty (to Allah). Lo! Allah is Relenting, Merciful.” (The Holy Qur’an, Al-Hujurat, 49:12)

Our beloved Malaysia is today one of the leading countries of the Muslim Ummah. It is an example of a successful modern Islamic country, and in many ways a model and example for other Muslim countries. This has been due to the Grace of Allah and then largely to the historical and invaluable efforts and contributions made by Tun Dr. Mahathir Mohammed and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi (among others). Every Muslim who knows anything about Malaysia is proud and appreciative of these efforts. Equally, every Muslim who knows Malaysian politics is appreciative of the formidable political courage in leadership exhibited by Tun Dr. Mahathir Mohammed during his time as Prime Minister of Malaysia and of the example of personal piety and forbearance that Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi has given the Ummah today.

Indeed, perhaps precisely because of Malaysia’s prominence within the Ummah and the world, we would like to point out that the global Muslim community is paying close attention to the way our respected and honorable brother Dr. Anwar Ibrahim is treated. We have no wish to interfere in the internal politics of Malaysia, or in civil and criminal accusations within the country, which we reiterate are ultimately the business only of the Malaysian state and people. However, the spectacle, ten years ago, of our respected brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim sitting patiently in court after having been personally and illegally beaten up by then Police Chief of Malaysia is still fresh within our minds as a travesty of justice and impartiality under the law in a leading Muslim country. We are all still ashamed of that image, which will ever be indelibly engraved in our memories. So we remind our bothers in Malaysia that our beloved Prophet Muhammad (may the peace and blessings of Allah be upon him) said that justice is the very goal of government in Islam. And Allah Himself says in the Holy Qur’an:

Say: My Lord enjoineth justice …” (Al-A’raf, 7:29)

Thus we feel that we have a right — and indeed, an obligation under Islam — to strongly urge the Malaysian authorities to facilitate a swift, transparent and just resolution to this issue and resolutely ensure the safety, freedom and physical well-being of our honorable and respected brother Anwar Ibrahim. Allah says in the Holy Qur’an:

The Truth is from thy Lord (O Muhammad), so be not thou of those who waver.” (Al-Baqarah, 2:147)

Moreover, given the political implications of the timing of this latest incident; given the political undertones of the previous incidents of similar accusations made in 1998 — which led to the wrongful incarceration of Dr. Anwar Ibrahim for six years, and that have since been publicly refuted in the highest Malaysian court of law — and given the proven questionable nature of the authorities involved in the investigation, we feel morally obliged to also state our deep concern about the prospects of true justice for Anwar Ibrahim in the current authorities in the police and prosecution departments (whose leadership was personally involved in Dr. Anwar Ibrahim’s previous unjust accusations) without deliberate, careful, impartial and independent political oversight. Allah says in the Holy Qur’an:

Lo! Allah enjoineth justice and kindness, and giving to kinsfolk, and forbiddeth lewdness and abomination and wickedness. He exhorteth you in order that ye may take heed.” (Al-Nahl, 16:90)

Finally, we are morally obliged as Muslims to also point out that our religion and our beloved Prophet Muhammad (may the peace and blessings of Allah be upon him) regard false accusations in these matters to be of extremely grave consequence. In fact, under Islamic Law, accusations of this magnitude that are not substantiated by four eye-witnesses of impeccable character (such as did not occur neither with these accusations nor with the previous ones) incur severe legal punishment only for the accusers themselves. Perhaps what is most insidious and disturbing, however, is the likely malevolent and slanderous intent behind these attacks on the moral character of our brother Dr. Anwar Ibrahim. Allah says in the Holy Qur’an:

“When ye welcomed it with your tongues, and uttered with your mouths that whereof ye had no knowledge, ye counted it a trifle. In the sight of Allah it is very great. / Wherefor, when ye heard it, said ye not: It is not for us to speak of this. Glory be to Thee (O Allah)! This is awful calumny. / Allah admonisheth you that ye repeat not the like thereof ever, if ye are (in truth) believers.” (The Holy Qur’an, Surat Al-Nur, 24:15-17)

However, we have complete trust in Allah and so remain hopeful that the highest political authorities in Malaysia will, in sha Allah, secure an honest and just outcome to this deeply troubling situation. Allah says in the Holy Qur’an:

    “Let there arise from you a band of people who invite to goodness, and enjoin right conduct and forbid wrong. Such are they who are successful.” (Aal-‘Imran, 3:104)

Wal-Salaamu ‘Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu.

Click here to endorse the open letter

Signed by (in Alphabetical Order of First Names):

Dr. Abubaker Al-Shingieti

President, American Muslims for Constructive Engagement (AMCE)

Prof. Dr. Akbar Ahmed

Ibn Khaldun Chair of Islamic Studies, American University, Washington DC; Former Pakistani High Commissioner to the UK

Shaykh Al-Habib Ali Zain Al-Abidin Al-Jifri

Founder and Director, Taba Institute, United Arab Emirates

Mr. M. Ali Lakhani

Founder and Editor of Sacred Web: A Journal of Tradition and Modernity, Canada

Dr. Anas Al-Shaikh-Ali

Chair, Association of Muslim Social Scientists UK

Academic Advisor, International Institute of Islamic Thought, London

Ms. Amina Rasul

Lead Convenor, Philippine Council for Islam and Democracy, Mandaluyong City, Philippines

Prof. Dr. Aref Ali Nayed

Muslim Scholar, Libya; Senior Advisor, Cambridge Interfaith Program, Faculty of Divinity, Cambridge University; Former Professor, Institute for Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, Malaysia

Asst. Prof. Dr. Caner Dagli

College of the Holy Cross, Worcester MA, USA

H.E. Shaykh Prof. Dr. Mustafa Cerić

Grand Mufti and Head of Ulema of Bosnia and Herzegovina

Prof. Dr. Din Syamsuddin

President, Central Board of Muhammadiyah, Indonesia

Mr. Eboo Patel

Founder and Executive Director, Interfaith Youth Core, USA

Ms. Farah El-Sharif

President, Muslim Students Association, Georgetown University, USA

Shaykh Faraz Rabbani

Hanafi Scholar; Instructor, The Razi Institute, Canada

Dr. Faroque Khan

Chairman, Islamic Center of Long Island, NY, USA

Prof. Dr. H.R.H. Prince Ghazi bin Muhammad bin Talal

Chairman of the Board of the Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, Jordan

Shaykh Salih bin Sultan Ghalib Al-Quaiti

Hadramaut, Yemen

Mr. Hasan (Charles) Le Gai Eaton

Writer on Islam, UK

Dr. Ibrahim Kalin

Director, SETA Foundation, Ankara, Turkey; Asst. Prof. Georgetown University, USA

Prof. Dr. Ingrid Mattson

President, The Islamic Society of North America (ISNA)

Dr. Jamal Barzinji

Vice-President, International Institute of Islamic Thought, USA

Dr. Jonathan Brown

Assistant Professor, University of Washington, USA

Dr. Marve Kavakci

George Washington University

Dr. Mohammad Fadel

Assistant Professor of Law, University of Toronto, Canada

Dr. Mohamed Bechari

President of the National Federation of Muslims of France (FNMF); Secretary-General of The Islamic European conference (EIC/CIE); Vice-President of the Foundation of Islamic Works of France (FOI); President-Rector de of the Avicenna Institute (IASH), France

Mohamed H. Marei

Founder and Director, Qasid Institute, Jordan

Hafiz Moez Masoud

Host of Al-Tariq Al-Sah television show, Cairo, Egypt

H.E. Amb. Dr. Murad Hofmann

Author and Muslim Intellectual, Germany

Mr. Musa Saket

Chairman of the Board, Al-Salam Audio Media (Hayat Fm), Jordan

Prof. Dr. Mustapha Cherif

Muslims Intellectual; Former Minister of Higher Education and Former Ambassador, Algeria

Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui

Islamic Scholar and Theologian; Chairman of the Fiqh Council of North America, USA

Dr. Nabil El-Sharif

Editor- in-Chief, Al-Dustour Daily Newspaper, Jordan

Mr. Nihad Awad

National Executive Director, Co-Founder

Council on American-Islamic Relations (CAIR), USA

Shaykh Nuh Ha Mim Keller

Author and Educator, Jordan

Dr. Seyyed Reza Shah-Kazemi

Author and Muslim Scholar, UK

H.E. Prof. Dr. Rusmir Mahmutcehajic

Professor, Sarajevo University; President of the International Forum Bosnia; Former Vice President of the Government of Bosnia and Herzegovina

Prof. S. Abdallah Schleifer

Distinguished Professor, The American University of Cairo; Founder and former Director of the Adham Center for Journalism (AUC); former Washington DC bureau chief Al Arabiya News Channel

Dr. Sayyid Syeed

ISNA Secretary-General, USA

Dr. Sherman A. Jackson

Arthur H. Thurnau Professor of Near Eastern Studies, University of Michigan; Co-Founder The American Learning Institute for Muslims, USA

Mr. Sohail Nakhooda

Editor-in-Chief, Islamica Magazine

Prof. Dr. Sulayman S. Nyang

Howard University, USA

Dr. Tawfik Awji

Beirut Islamic University, Lebanon

Dr. Yusuf Islam

Composer and Philanthropist, Islamia Schools Trust, London, UK

Dr. Yousuf Zia Kavakci

Director Islamic Association of Northern Texas and Member Fiqh Council of North America.

July 2008 CE; Rajab 1429

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |