+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 17, 2008

Anwar tidak perlu bimbang buat DNA: Syed Hamid

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bimbang untuk memberikan sampel DNA sekiranya beliau mahu membuktikan kebenaran.

“Perkara paling mudah dilakukan ialah memberikan (sampel) DNA dan biar pakar melakukan ujian ke atas sampel itu kerana DNA tidak menipu, kenapa perlu bimbang? Biar mereka siasat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Syed Hamid mengulas keengganan Anwar secara sukarela membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil DNA beliau.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau juga diberitahu yang beberapa rakan Anwar, yang percaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak bersalah, mahu perkara itu dibuktikan kebenarannya dan biarkan polis menyiasatnya.

“...terdapat banyak cara untuk membuktikan kebenaran itu dan cara (memberikan sampel DNA) ialah satu daripada caranya. Anda boleh minta doktor peribadi anda sendiri hadir bersama anda,” katanya. - Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |