+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, July 20, 2008

Dakwaan terbaru paksa Anwar tangguh misi 16 September?

Mstar Online

20-07-2008 07:38:41 PM
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mengalih pandangan dengan meramalkan pilihan raya baru ketika hanya tinggal kurang lapan minggu untuk beliau mencapai sasaran Kerajaan Baru 16 September?

Anwar yang dipetik Malaysian Insider berkata: "Meskipun kita tidak memegang kuasa (kerajaan persekutuan kelak), kita akan hadapi pilihan raya tidak lama lagi."

Tidak pasti sama ada beliau merujuk kepada pilihan raya kecil dalam waktu terdekat.

Anwar menyatakan demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang di Kuantan malam tadi.

Ia merupakan hentian kedua selepas dibebaskan atas jaminan polis Khamis lalu.

Beliau ditahan polis Rabu lalu dan dibebaskan pagi keesokan dengan jaminan polis.

Hari ini Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menemui penyokongnya di Johor Baharu.

Kenyataan tidak 'yakin' itu merupakan yang pertama sejak beliau mengumumkan misi Kerajaan Baru 16 September, yang dinyatakan sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Di bawah misi itu, Anwar mengharapkan seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Kini pembangkang mempunyai 82 kerusi di Dewan Rakyat manakala BN pula 140.

Beberapa pemerhati politik dan kumpulan kajian pilihan raya serta pemikir yang dihubungi mStar Online menolak kemungkinan pilihan raya umum tergempar diadakan dalam waktu terdekat ini.

Anwar kini berhadapan dengan tuduhan terbaru meliwat - yang kedua sejak 1998.

Sejak dibebaskan pada 2004 beliau mengetuai pembangkang menghadapi pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Ketika debat kenaikan harga minyak malam Selasa lalu yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, Anwar berkata, jika tiada halangan beliau akan bertanding dalam pilihan raya (kecil) dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR - salah satu komponen Pakatan Rakyat, ketika ditanya sama ada pihaknya mampu mencapai sasaran Kerajaan Baru 16 September berkata:

"Kita tunggu dan lihat... tapi ramai yang nak, tak sabar. Kalau kita jumpa orang biasa, mereka tanya bila lagi, bila lagi.

"Ramai yang tak sabar-sabar kerana tekanan hidup sekarang, minyak naik barang naik."

Tambah beliau, sekiranya boleh Pakatan Rakyat mahu mengikut rancangan yang telah ditetapkan itu.

"Kalau tidak, kita kena bersabar," kata beliau yang turut mengakui tumpuan perlu diberikan terhadap kes Anwar.

Dr. Wan Azizah juga ditanya sama ada beliau masih bersedia untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada Anwar sebagaimana dinyatakan ketika kempen pilihan raya umum.

"Ya, boleh jadi, kemungkinan itu ada, kemungkinan tempat lain pun ada, kita akan melihat keseluruhannya (semua opsyen).

"Sebab, saya tidak apa-apa kesusahan... saya tidak ada masalah kalau saya nak tinggalkan Permatang Pauh. Dan, pengundi-pengundi Permatang Pauh tahu Anwar sebab beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum saya, dan mereka kenal kami berdua," jelas beliau.

Pun begitu, kata beliau, terdapat beberapa tempat lain yang dipertimbangkan untuk Anwar untuk bertanding.

Sama ada usaha mengosongkan kerusi akan dipercepatkan, jawab Dr. Wan Azizah:

"Kita tengok... macam saya katakan, dan kita ada peguam yang kadang-kadang kita kena ambil kira, saya tak boleh katakan."

Read More...

Penyerahan royalti tanpa 'bukti hitam putih'

Harakahdaily

Suhaimi Taib

Sat | Jul 19, 08 | 2:44:44 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 19 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said menjelaskan bahawa tidak ada keterangan 'hitam putih' daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung penyerahan royalti petroleum lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu.

Ahmad dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri itu dijangka akan menerima wang royalti petroleum dan gas itu yang pertama, September ini selepas ia dihentikan sejak tahun 2000 ketika PAS memerintah negeri itu.

Tidak diketahui bagaimana kaedah penyerahan dan berapa jumlah royalti yang akan diterima kerajaan itu dari kerajaan pusat.

Ahmad menyatakan demikian dalam pertemuan antara Dewan Harian dan Wakil-wakil Rakyat PAS Terengganu dalam satu pertemaun dengan Menteri Besar itu di Wisma Darul Iman di sini 15 Julai lalu.

Dato' Ahmad berjanji akan meneruskan kes tuntutan royalti petroleum itu di mahkamah sekali gus tidak akan menarik balik kes itu demi kebaikan rakyat dan negeri tersebut.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Harun Taib berkata, pertemuan PAS dan Dato' Ahmad bertujuan meminta penjelasan sejauh mana janji PM untuk menyerahkan semula wang royalti petroluem berkenaan.

Ia tidak ada kena mengena dengan sebarang pakatan untuk menubuh kerajaan baru di Terengganu buat masa terdekat.

Dato' Harun membuat kenyataan berkenaan ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Dua Dekat Madrasah Darul Taqwa, Kuala Nerus di sini baru-baru ini.

Turut berucap di majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Mudir Madrasah Darul Taqwa, Ustaz Haji Mohd. Yaaqub.

Terdahulu, hampir semua Ahli Dewan Harian dan wakil-wakil rakyat PAS negeri itu hadir dalam pertemuan di Wisma Darul Iman itu.

Pertemuan itu berlangsung lebih sejam, menyentuh pelbagai isu termasuk penjelasan mengenai status penyerahan royalti petroluem dan gas oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Terengganu, kronisme dan lain-lain. - mns_

Read More...

Anwar patut beri kerjasama, kata Ibrahim Ali

Malaysiakini

Jul 20, 08 12:16pm

Kepercayaan rakyat akan terhakis terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau masih berdolak-dalik berhubung tuduhan kes liwat terhadapnya, kata ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

ibrahim aliBeliau berkata, Anwar sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya siasatan mereka berjalan lancar sehingga kes itu dapat dibicarakan di mahkamah.

Di samping itu, kata Ibrahim, pihak polis juga telah memberikan jaminan tiada perkara buruk akan berlaku kepada Anwar seperti pernah berlaku ke atas dirinya pada 1998 ketika beliau ditangkap atas tuduhan yang sama.

"Berani kerana benar takut kerana salah," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Pasir Mas malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.

Anwar ditahan Rabu lalu sebelum dibebaskan bagi membantu siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu..

Ibrahim berkata, jika Anwar tidak memberikan kerjasama, rakyat akan membuat pelbagai andaian kononnya dakwaan itu adalah konspirasi kerajaan atau Anwar memang melakukan perkara itu.

Lantik pendakwaraya mahir


Sehubungan itu, beliau yakin Anwar sebagai mantan timbalan perdana menteri akan mengambil langkah untuk bekerjasama bagi membuktikan kebenaran di dalam kes itu.

Beliau meminta agar pihak kerajaan melantik pendakwaraya daripada mereka yang bebas dan mahir di dalam perundangan ketika pendakwaan dibuat terhadap Anwar bagi mencerminkan ketelusan perbicaraan kes itu.

"Pendakwaraya tidak boleh daripada kakitangan kerajaan atau daripada Jabatan Peguam Negara. Ini boleh dilakukan berdasarkan undang-undang yang ada di dalam negara ini," katanya.

Beliau juga meminta doktor peribadi Anwar sendiri melihat proses pengesahan DNA dijalankan bagi memastikan tiada pemalsuan berlaku semasa ujian DNA dijalankan untuk mengesahkan kesahihan keputusan DNA tersebut.

Beliau yakin dengan langkah itu kebenaran akan pasti terserlah kerana tiada siapa di dalam negara ini berada di atas undang-undang.

Read More...

Ceramah di Kg. Razali Pahang. - DSAI

anwaribrahimblog

Tahniah rakyat Pahang! Ribuan rakyat berhimpun di Kampung Razali untuk mendengar penjelasan saya berhubung isu-isu terkini. Intipati ucapan saya jelas, kes pertuduhan fitnah terhadap diri saya tidak akan menggelincirkan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Saya juga menerangkan kepada rakyat adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung. Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk membawa perubahan, membaiki bukan sahaja keadaan ekonomi malah berusaha melonjak kembali mutu pendidikan negara serta memastikan polis dan jabatan peguam negara kembali dihormati.

Lucu bila mendengar kenyataan bapak-bapak menteri yang mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Sebenarnya sudah 6 kali sampel diambil dari saya sepanjang saya dipenjara! Untuk apa perlu diberi lagi? Alasan bahawa ia sudah lama ternyata mengelirukan, satu sampel sahaja sudah cukup kerana ia boleh digunakan walau untuk 2000 tahun lagi!

Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA saya. Akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya! Jangan tahan orang tanpa bicara! Jangan menyuruh pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri! Yang takut bukan saya nampaknya tapi bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat pemerintah sanggup untuk memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.

ANWAR IBRAHIM

Read More...

'Saya hanya ingin jelaskan keadaan sebenar' - Syed Hamid

Utusan Online

KOTA TINGGI 19 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, beliau sebenarnya tidak berminat untuk membincangkan soal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tugas memberi kenyataan menjadi tanggungjawabnya supaya polis dapat menjalankan kerja secara adil dan berkesan.

Menurutnya, beliau perlu memberikan penjelasan berhubung kes tuduhan liwat Anwar kerana ia telah dibincang secara terbuka oleh pelbagai pihak termasuk pembangkang, menunjukkan seolah-olah kes itu diadili orang ramai dan bukan institusi keadilan iaitu mahkamah.

Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sepatutnya tidak berasa khuatir dengan sebarang kenyataannya kerana sebagai menteri yang bertanggungjawab, kenyataan yang dikeluarkan itu bertujuan untuk mengelak kekeliruan rakyat.

"Saya sebenarnya tidak minat untuk cakap tentang dia (Anwar). Apa yang saya cakap adalah untuk tentukan keadilan dan bukannya bersifat serangan peribadi. Anwar jangan khuatir. Kita tidak berhak adili sesiapa kerana yang berhak hanya mahkamah.

"Menjadi tugas saya menjelaskan sebarang kekeliruan yang berlaku di kalangan masyarakat. Saya berpendapat jika keadaan ini tidak dibendung, ia boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat keseluruhannya,'' katanya.

Syed Hamid yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebajikan Kota Tinggi dan Program Semaian Kasih Parlimen Kota Tinggi, di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu menerusi peguam belanya, R. Sivarasa yang meminta Syed Hamid supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai kes tuduhan liwat terhadapnya agar tidak menjejaskan siasatan polis.

Dalam pada itu, Syed Hamid meminta Sivarasa jangan campur tangan dalam urusan polis berhubung pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap anak guamannya itu.

"Sama ada polis nak mengambil sampel itu atau tidak, Sivarasa tidak perlu menyibuk untuk membuat kerja polis. Tugas hakikinya adalah memastikan kemenangan anak guamnya (Anwar),'' katanya.

Justeru, beliau meminta supaya semua pihak menyerahkan sepenuhnya siasatan tuduhan terhadap Anwar kepada pihak polis.

Katanya, adalah menjadi tugas polis untuk menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek bagi menentukan keadilan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

"Selain Anwar, kita juga ingin menentukan kebenaran tuduhan mangsa, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini supaya kedua-dua pihak mendapat keadilan," katanya.

Pada 28 Jun lalu Mohd. Saiful Bukhari membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya, kali terakhir dua hari sebelum itu di sebuah kondominium di Damansara di sini.

Read More...

Presiden: 32 cawangan calon Ku Li

Malaysiakini

Jul 20, 08 6:19pm

Sebanyak 32 cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tahunan semalam, sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Ahli Parlimen dan Ketua Umno bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan presiden Umno Disember ini.

Ia terdiri daripada 17 cawangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sembilan cawangan dalam DUN Paloh dan enam cawangan dalam DUN Galas. Umno Bahagian Gua Musang mempunyai 116 cawangan.

Bagaimanapun, semua cawangan terbabit tidak mengusulkan sebarang nama bagi jawatan timbalan presiden Umno dan lain-lain jawatan kerana perkara itu terserah ahli ahli Umno di cawangan lain di seluruh negara.

Kesemua cawangan berkenaan juga mencalonkan supaya jawatan Ketua Umno bahagian dan Timbalan dikekalkan yang kini diterajui Tengku Razaleigh dan Mohamad Saufi Deraman manakala jawatan Naib Ketua dicalonkan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Yusof Ab Ghani.

Sebelum ini, menurut laporan Bernama, jawatan naib ketua disandang oleh Pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohamad Hamzah dan Ketua Penerangan Umno Bahagian itu juga kekal diterajui, ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.

Sementara itu, semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan Umno Cawangan Kijang Bahagia, di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh Satu, semalam, Nozula mahu setiap anggota Umno menyokong usul untuk Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden Umno.

"Ini kerana kita mahu pemimpin dari Kelantan pula mengambil alih kepimpinan negara berikutan rakyat sudah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya juga yakin, Ku Li yang menawarkan diri bertanding untuk merebut jawatan itu sudah mendapat restu ahli Umno peringkat akar umbi dan akan menempah sejarah kemenangannya nanti," katanya.

Beliau juga mahu anggota Umno bertanding secara sihat bagi jawatan tertentu yang mungkin dipertandingkan dalam bahagian Gua Musang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Kita kena ada etika supaya dapat mematuhi semula garis panduan pertandingan itu dan selepas pada itu perlu bersatu kembali demi kekuatan parti untuk orang Melayu," katanya.

Umno minta balik Tapah

Sementara itu di Tapah pula, Ketua Umno bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan bimbang kerusi Parlimen Tapah - yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) - mungkin terlepas ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, jika ia tidak dikembalikan kepada calon Umno.

Katanya, Umno telah menyerahkan kerusi berkenaan selama lima penggal kepada parti komponen sejak 1981 dan kini wujud desakan yang kuat dari akar umbi supaya ia dikembalikan kepada Umno.

"Ini bukan ugutan atau amaran tetapi saya cuma menzahirkan hasrat dan kehendak ahli-ahli parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak mesyuarat cawangan Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian berkenaan hari ini.

Samsudin berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai usul mendesak BN menyerahkan kerusi Parlimen Tapah kepada calon UMNO pada pilihan raya umum ke-13 yang sebulat suara dipersetujui 83 cawangan UMNO untuk dikemukakan kepada mesyuarat bahagian Oktober depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning itu berkata desakan itu lahir atas kekecewaan anggota UMNO yang telah dijanjikan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-12.

"Pada pilihan raya umum ke-12 tidak selesai juga isu penyerahan balik kerusi kepada UMNO...kita khuatir pada pilihan raya akan datang kawasan ini tidak lagi menjadi kubu BN," katanya.

Pada pilihan raya lepas, calon BN dari MIC Datuk M. Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan memenangi kerusi Parlimen Tapah dengan majoriti 3,020 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Seng Toh.

Samsudin berkata, kawasan Parlimen Tapah yang mempunyai kira-kira 40,000 pengundi adalah kawasan majoriti pengundi Melayu, sebanyak 51 peratus.

Selain DUN Ayer Kuning, satu lagi kerusi negeri iaitu Chenderiang diwakili oleh calon BN daripada MCA.

"Pengalaman dalam pilihanraya umum lalu amat berguna kepada kami, nasib baik Umno Bahagian Tapah sentiasa bersatu dan setia kepada BN, kalau tidak calon-calon kita mungkin kalah seperti di bahagian lain," katanya merujuk kepada prestasi buruk BN apabila terlepas Perak kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum.

Kluang: Md Jais tawar diri

Sementara itu, di Kluang pula, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Md Jais Sarday menawarkan diri untuk jawatan ketua Umno bahagian, selepas jawatan itu dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Gapar Gurrohu.

Md Jais, 41, yang juga Exco Penerangan, Belia dan Sukan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Mahkota, berkata pengalamannya bertugas di peringkat negeri serta pusat adalah aset yang penting kepada Umno bahagian.

Beliau adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno dan bekas pegawai khas kepada Datuk Mohamed Khaled Nordin, ketika menjadi Menteri Pembangunan Usahawan.

"Dengan pengalaman yang diperoleh di peringkat pusat dan negeri, saya berkeyakinan jika dipilih (sebagai Ketua Umno Bahagian), maka sumbangan kepada Umno Bahagian Kluang dan orang Melayu khususnya akan menjadi lebih berkesan," katanya hari ini.

Beliau berpendapat jika jawatan Ketua Umno Bahagian dan Adun dipegang oleh individu yang sama, ia akan memudahkan lagi kesinambungan urusan untuk membangunkan daerah dan taraf ekonomi orang Melayu.

Md Jais merupakan ketua pemuda Umno bahagian selama dua penggal. Umno Bahagian Kluang mempunyai 67 buah cawangan.

Read More...

Pelaburan di Perak Meningkat kepada RM16 Bilion – Ir Nizar

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Sunday, 20 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita9/nizartrg3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Terengganu - Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata jumlah pelaburan ke negeri Perak dijangka meningkat kepada RM16 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang berbanding hanya RM770juta pada tahun lepas.

Beliau berkata, keadaan itu adalah kerana para pelabur dalam dan luar negeri lebih yakin dengan kepimpinan baru Perak dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, peningkatan pelaburan daripada anak watan dan pelabur luar itu juga kerana tiada lagi faktor halangan seperti pemerosesan permohonan yang lambat dan keberanian kerajaan negeri membuat keputusan.

"Industri yang menarik minat mereka untuk melabur di negeri ini ialah industri perlombongan, industri pelancongan dan pembuatan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Ceramah Perdana Sempena Dua Dekad Madrasah Darul Taqwa di Pekan Batu Enam di sini semalam.

The image “http://buletinonline.net/images/berita9/nizartrg1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Menurutnya lagi, kerajaan negeri akan meneruskan usaha menghidupkan semula kegiatan perlombongan bijih timah di Perak dengan membuka semula lombong lama dan baru.

"Industri perlombongan itu kini semakin rancak di Perak berikutan perkembangan harga bijih sekarang cukup tinggi yang mencapai harga RM70,000 dan RM80,000 satu tan," katanya.

Katanya operasi perlombongan itu akan dimulakan dalam tempoh lima dan enam bulan daripada sekarang setelah segala urusan seperti memperbaharui lesen selesai dibuat.

Turut hadir pada majlis itu Presiden Pas Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terenggnau Datuo’ Mustafa Ali dan Timbalan Pesuruhjaya. Dato’ Ustaz Hj Abu Bakat Chik

Read More...

Shahrir Samad balas hujah Anwar


Agenda Daily

Mereka yang masih menunggu pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat harus merasa bimbang kerana pemimpinnya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mempunyai satu dasar ekonomi yang konsisten untuk diketengahkan kepada rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata apa yang diperkatakan oleh Anwar yang juga Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat menerusi Agenda Ekonomi Baru (AEB) yang diperkenalkannya, janji kempen pilihan raya umum lepas hingga kepada hujah semasa debatnya bersama Menteri Penerangan Datuk Shabery Cheek Selasa lalu, sering berubah-ubah.

"Kaedah pengurangan caj kapasiti oleh penjana kuasa bebas (IPP) seperti yang dicadangkan oleh Anwar semasa debatnya dengan Shabery, amat bertentangan dengan AEB yang dibentangkannya di hadapan tokoh-tokoh perniagaan antarabangsa di Singapura tidak lama dulu.

"Ia bukan cadangan yang baik tetapi membahayakan ekonomi negara kerana ia akan mengambil keuntungan IPP secara rakus sedangkan janjinya adalah untuk berlaku adil, probisnes dan menghormati undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat cawangan-cawangan Umno dalam bahagian Johor Baharu, Sabtu.

Dalam debat itu Anwar mencadangkan penurunan caj kapasiti yang dibayar oleh IPP kepada Tenaga Nasional Berhad bagi memperolehi penjimatan sebanyak RM2 bilion.

"Saya tak faham bagaimana ia dapat memberikan pulangan tunai kepada kerajaan," kata Shahrir yang menyifatkan cadangan itu sebagai melanggar perjanjian IPP-TNB dan akan menimbulkan kesan negatif terhadap negara terutamanya kepada pelabur asing.

Bernama melaporkan katanya kaedah tersebut hanya dapat digunakan secara "one off" atau sekali sahaja bagi menyelesaikan masalah harga minyak.

Shahrir berkata jika itu dilakukan, pada tahun berikutnya Pakatan Rakyat (sekiranya berjaya memerintah) akan terpaksa menggunakan alternatif lain untuk menyelesaikan kenaikan harga minyak atau menggunakan lagi kaedah penurunan caj kapasiti itu, yang mana penggunaannya secara berterusan akan memufliskan IPP.

Bagi kerajaan Barisan Nasional pula, pemberian subsidi bagi mengurangkan harga minyak dibuat setiap tahun sebagai penyelesaian jangka panjang yang menguntungkan rakyat di semua peringkat, katanya.

Shahrir juga berkata Anwar telah menyokong kenaikan harga minyak sebanyak 28 sen daripada RM1.92 seliter berbanding kenaikan sehingga RM2.70 seliter yang dibuat kerajaan, namun beliau tidak mencadangkan pemberian rebat sebagaimana yang diberikan kerajaan kepada rakyat.

Menurut Shahrir, idea Anwar juga tidak dapat membantu mengurangkan kesan inflasi dan juga golongan berpendapatan rendah kerana ia hanya memfokus kepada pengurangan harga petrol dan tidak termasuk harga diesel.

"Tumpuannya hanyalah kepada menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen daripada RM2.70. Kalau kita menurunkan harga petrol, kita hanya akan menguntungkan mereka yang menggunakan kenderaan persendirian.

"Sepatutnya cadangan itu bukan untuk petrol tapi diesel juga yang lebih mempunyai hubungan langsung dengan golongan berpendapatan rendah dan kenaikan harga barang-barang," katanya.

Katanya pengurangan harga diesel akan menjamin kos yang rendah bagi pengangkutan awam yang digunakan golongan berpendapatan rendah dan pengangkutan barang-barang bagi menjamin harga barang-barang tidak melambung naik.

"Diesel bersubsidi pada harga RM1.43 akan terus diberikan kerajaan melalui fleet card kepada pengangkutan awam, bas sekolah, bas ekspres dan sektor yang berkaitan.

"Daripada 10 bilion liter diesel yang bakal digunakan setiap tahun, antara 6 dan 7 bilion liter bersubsidi akan disampaikan kepada sektor pengangkutan awam dan barangan," katanya.

Beliau mahu Anwar membentangkan cadangan yang lebih jelas bagi mengurangkan harga minyak kerana menurutnya cadangan yang samar-samar hanya menunjukkan Anwar tidak tahu apa yang hendak beliau lakukan.- 19/7/2008

Read More...

PM dinasihat jangan campur tangan urusan polis

Harakahdaily

Anis Nazri

Sun | Jul 20, 08 | 3:14:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dinasihatkan agar tidak campur tangan dalam urusan penyiasatan polis kerana ia boleh menyebabkan timbulnya banyak kerenah birokrasi.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, campur tangan Abdullah dalam urusan siasatan membabitkan penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, itu juga boleh menjadi gelak ketawa rakyat.

"Kenapa Abdullah perlu campur tangan? Beliau tidak sepatutnya campur tangan, yang kemudiannya akan mengakibatkan semakin banyak karenah birokrasi yang timbul dalam siasatan tersebut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdullah yang menyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim, semalam.

"Apakah ada jaminan bahawa Musa dan Gani tidak akan terlibat atau campur tangan dalam siasatan tersebut, sedangkan itu sememangnya sudah tugas mereka? Tolonglah, jangan campur tangan dalam hal ini. Jangan biarkan kenyataan ini jadi bahan ketawa rakyat," kata beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pemuda PAS sudah selangkah lebih kehadapan berbanding Pemangku Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkenaan penubuhan badan bebas bagi kes Anwar.

Menurut Salahuddin, Pemuda PAS sudah terlebih dahulu menghantar memorandum ke Istana Negara, minggu lepas bagi mendesak agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi membantu siasatan kes ini, selain memastikan ia (siasatan) dapat dijalankan dengan lebih telus dan terbuka.

Dalam pada itu, beliau mendesak supaya Musa dan Gani disiasat segera berhubung laporan polis yang dibuat Anwar, yang mendakwa kedua-dua (Musa dan Gani) terlibat dalam pemalsuan bukti dalam kes mantan Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998-1999.

"Sekiranya Anwar boleh disiasat apabila bekas pembantunya membuat laporan polis, mengapa (siasatan) tidak dilakukan terhadap Gani dan Musa, yang juga ada laporan polis terhadap mereka? Kita harap, pihak polis jangan bersikap 'double standard' dalam hal ini," tegas beliau.

Malah, beliau turut mengingatkan kerajaan dan pihak polis agar tidak melakukan sebarang 'pendakwaan terpilih' dalam sesuatu laporan polis yang dibuat melibatkan tokoh-tokoh negara. - mns_

Read More...

Pemimpin Pas diingatkan pertemuan hanya untuk peribadi bukan parti: Nik Aziz

Berita Harian

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno, hanya boleh mengadakan pertemuan membabitkan perbincangan peribadi dan bukannya membabitkan isu politik kedua-dua parti.

Namun Menteri Besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.

Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.

Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin Pas untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti.

“Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa pertemuan bersama Pas sebenarnya telah diadakan sebanyak tiga kali dengan membincangkan beberapa isu yang berkait rapat dengan keagamaan.

Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan Pas tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi.

Beliau berkata, pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan Pas tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, Pas telah ditendang daripada parti gabungan.

“Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit,” katanya.

Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga.

“Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik,” katanya.

Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua. - Bernama

Read More...

Muzakarah: Abdullah dedah temui PAS 3 kali, PKR pun kata OK jika bawa manfaat

Mstar Online

20-07-2008 07:34:37 PM
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

(Dikemas kini) PUTRAJAYA: Perkembangan terbaru dalam isu syor muzakarah Umno-PAS!

Hari ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PAS sebanyak tiga kali bagi membincangkan soal agama Islam dan perpaduan orang Melayu.

Beliau yang juga Presiden Umno bagaimanapun enggan menyatakan bila pertemuan itu diadakan dan pemimpin-pemimpin yang menyertai pertemuan tersebut.

Bagaimanapun jelas beliau, pertemuan dengan pemimpin peringkat tinggi itu tidak disertai oleh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.

"Saya dah ada pertemuan sebenarnya, dan pertemuan ini pada peringkat awal. Tak perlulah saya bagi maklumat yang lain, nanti saudara buat spekulasi yang bukan-bukan.

"Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," kata beliau.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pengisytiharan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Sambutan Hari Koperasi Negara 2008 di sini.

Beliau berkata, pemimpin PAS yang menghadiri perjumpaan itu adalah "orang yang boleh membuat keputusan" yang yang seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Isu muzakarah mula diperkatakan sejak dua bulan lalu.

Dalam temu bual dengan Harakah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mendedahkan bahawa usaha ke arah muzakarah kedua-dua parti sudahpun dimulakan.

Abdul Hadi menerusi wawancara itu menyatakan bahawa Pas berhak mengadakan rundingan bersama UMNO tanpa perlu merujuk dengan manamana parti dalam pakatan pembangkang untuk menyampaikan mesej Islam.

Dalam kenyataan semalam, kata Abdullah, perpaduan Melayu perlu diperkukuhkan kerana mereka menghadapi pelbagai cabaran baru.

Abdullah berkata beliau juga mahu melihat perpaduan di kalangan masyarakat Islam negara ini kerana orang Melayu tidak dapat dipisahkan.

Pada sidang media pagi ini, ketika ditanya sama beliau ada meletakkan syarat-syarat berhubung pertemuan itu, Abdullah berkata, itu semua tidak perlu dan pada peringkat ini, kedua-dua pihak hanya mahu mengadakan perbincangan antara mereka tanpa kehadiran pihak ketiga.

Kata beliau, perpaduan masyarakat Islam Malaysia menyumbang kepada imej dan perpaduan lebih baik ummah Islam dunia.

Katanya, antara isu yang dibincangkan adalah berhubung hal agama iaitu supaya tidak timbul perbalahan berhubung hal-hal yang berkaitan dengan Islam.

“Kita sudah muafakat apa yang perlu dijalankan dan jangan bergaduh atas isu agama misalnya.


“Kalau hal agama jadi isu politik, dia akan bawa masalah... Itu satu tajuk, ada tajuk lain..tak payahlah saya huraikan,” katanya.


Abdullah juga berkata, perjumpaan itu tidak membincangkan apa-apa kerjasama dengan pihak lain termasuk daripada PKR dan DAP.


Sementara itu, dalam pertemuan dengan mStar Online di Bukit Segambut, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menyifatkan muzakarah antara Umno dan PAS yang diperkatakan bukan satu masalah bagi Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP.

Malah, kata beliau, PKR juga bersedia untuk berbincang dengan Umno jika usaha itu boleh membawa kebaikan masyarakat Melayu dan negara.

"Sebab apa, kita dalam Malaysia, kita hendak yang terbaik untuk rakyat... macam debat (kenaikan harga minyak pada Selasa lalu), antara Keadilan dan Umno. Kita hendak berbincang boleh...," kata beliau dalam temu bual sehari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan atas jaminan polis.


Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata, PKR juga bersedia berbincang dengan Umno tetapi biarlah "secara terbuka'.

"Kita hendak berbincang boleh, tapi tengoklah cara mana Menteri (Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek) bercakap, tak ada apa-apa isu, serang soal peribadi Anwar... apa kena-mengena dengan kejadian tahun 74 (demonstrasi)," katanya.

Mengenai muzakarah antara Umno-PAS, Dr. Wan Azizah memberitahu, "tidak apa-apa, kalau PAS, dan sesiapa pun (berbincang)."

"Kalau bercakap mengenai isu Melayu, Islam, apakah tidak, kita komponen parti (Pakatan Rakyat) itu menghalang?... Tidak, kita boleh bercakap tentang itu, diberitahu kepada (kami) oleh PAS, DAP mengetahui perkara ini, tidak menjadi masalah," katanya.

Dr. Wan Azizah dan Naib Presiden PKR, Mohd. Azmin Ahli pernah menemui Abdullah dua kali sejak isu dakwaan terbaru dihadapi Anwar sejak hujung bulan lalu.


Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika dihubungi mStar Online hari ini, turut mengakui perkara itu namun enggan mengulas lanjut.


"Saya tidak menafikan apa yang dikatakan Pak Lah (berhubung perjumpaan sebanyak tiga kali) itu betul.


"Bagaimanapun, saya tidak dapat mengulas lebih kerana PAS akan mengeluarkan kenyataan berhubung hal itu esok," katanya.


Di KOTA BAHARU, Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, Umno di peringkat bawahan telah lama mewujudkan perbincangan dengan Pas mengenai isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu berkata, beliau sendiri sentiasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis perasmian berkelompok mesyuarat agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri cawangan-cawangan bahagian Ketereh semalam, Alwi berharap kedua-dua belah pihak ikhlas membincangkan masa depan umat Islam sambil mengetepikan perbezaan pandangan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta adanya pihak ketiga sebagai hakim dalam muzakarah PAS-Umno yang dicadangkan.

Pun begitu Nik Aziz juga pernah menyuarakan pendapat bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk parti itu bermuzakarah dengan Umno yang didakwanya kini berhadapan dengan kemelut kepimpinan.

Nik Aziz bagaimanapun tidak menolak bermuzakarah jika gesaan itu datangnya daripada akar umbi, diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno dan Umno membuktikan parti itu ingin kembali kepada pendekatan Islam sebenar.

Tiga hari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PAS tidak harus meletakkan sebarang syarat untuk bermuzakarah jika parti itu benar-benar berminat untuk mengutamakan perpaduan umat Islam di negara ini.

Read More...

Pelan peralihan kuasa tiada dalam perlembagaan Umno - Ku Li

Harakahdaily

Muhammad Yusri Amin

Sun | Jul 20, 08 | 2:44:43 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Julai (Hrkh) - Adakah pelan peralihan kuasa yang cuba diamalkan dalam Umno sekarang selaras dengan perlembagaan parti itu. Bagi Tengku Razaleigh Hamzah ia jelas bertentangan.

Beliau berkata, penyandang sekarang (Presiden) dipilih untuk berkhidmat hanya untuk tempoh tiga tahun saja.

"Oleh itu, mengikut Perlembagaan Umno mesti diadakan pemilihan dan ketika itulah parti akan memilih siapa untuk menyandang jawatan tertentu sama ada orang yang sama atau orang lain.

"Kalau dilihat kepada perlembagaan parti tidak ada peruntukan mengenai peralihan kuasa. Timbalan Presiden tidak sepatutnya ditentukan lebih awal.

"Kita sudah 50 tahun merdeka, rakyat pandai memilih. Rakyat Malaysia bijak. Ahli-ahli Umno pun bijak," katanya pada sidang media di kediamannya di sini baru-baru ini.

Baru-baru ini Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan berundur pada pertengahan 2010 dan tempatnya sekarang akan diganti Dato' Seri Najib Razak.

Ku Li yang juga anggota Parlimen Gua Musang menegaskan tetap bersedia untuk bertanding bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan sempena perhimpunan agung parti itu, Disember depan.

"Saya menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden berdasarkan perlembagaan parti. Kita manusia bertamadun. Kita berorganisasi seperti Umno. Kita ada perlembagaan yang menentukan pergerakan kita.

"Dan kalau tidak mahu mengikut perlembagaan parti, baik kita masuk hutan, mengikut undang-undang binatang," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Perdana Menteri mengumumkan pelan peralihan kuasa pada pertengahan 2010 sebagai keputusan untuk kepentingan diri.

Menurutnya Majlis Tertinggi (MT) tidak boleh membuat keputusan atau memberi pandangan bertentangan dengan perlembagaan parti.

Kata beliau, ahli Umno berhak dipilih dan boleh memilih, dan hak mereka itu dijamin dalam perlembagaan.

"Tidak ada tradisi serah kuasa dalam Umno, perkara itu hanya dibuat-buat saja. Barangkali sebagai helah untuk duduk di situ," tegasnya.

Mengulas mengenai cadangan supaya diadakan debat bagi calon yang akan bertanding dalam pemilihan jawatan parti, beliau menyatakan persetujuannya.

Beliau juga memberitahu syarat-syarat ketat seperti dimuatkan dalam buku Etika Ahli Umno akan dibatal sekiranya beliau dipilih menjadi Presiden parti.

Selain itu, beliau menyifatkan Tataetika tersebut dilakukan bertujuan menyekat pihak establishment dalam parti.

"Orang atasan tidak kena. Itulah demokrasi, kita mampus.." katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun beliau menegaskan mahu mengekalkan demokrasi termasuk peraturan pemilihan Presiden, Pengerusi Tetap dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.

"Terserahlah kepada pencalonan. Saya tidak membuat apa-apa keputusan mengenai pertandingan jawatan Presiden. Saya serahkan kepada perwakilan dalam perkara itu.

"Namun begitu, saya sedia menerima siapa sahaja yang dipilih dan difikirkan layak," katanya. - mj _

Read More...

Anwar: Lebih 6 kali darah saya diambil...

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jul 19, 08 10:33pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang enam tahun beliau dipenjarakan dahulu, lebih enam kali darahnya diambil.

"(Pada tahun) 2004 ada lagi (contoh) DNA yang diambil daripada saya," katanya.

Oleh itu, katanya, tiada alasan mengapa beliau perlu menjalani ujian itu sekali lagi memandangkan data DNA tidak akan berubah walau tersimpan beribu tahun.

anwar meet supporters tropicana 190708 anwar"Sebenarnya contoh DNA yang baru tidak diperlukan tetapi data DNA yang diperlukan. Data tidak akan berubah walau 2000 tahun sekalipun," katanya ketika berucap kepada kira-kira 250 ahli dan penyokong PKR di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.

Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa DNA Anwar yang baru diperlukan, kerana yang ada sudah lama.

Anwar berkata beliau turut mengikut nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara memandangkan bukan sahaja sampel DNA malah darah, kuku dan juga rambutnya turut pernah diambil.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Sambung keterangan

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Sementara itu, Anwar juga memberitahu bahawa beliau akan menyambung memberi kenyataan kepada Badan Pecegah Rasuah (BPR) Isnin ini.

anwar meet supporters tropicana 190708 crowdIa berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden "mata lebam" 10 tahun lalu.

Pada 16 Julai lalu, polis menahannya di luar rumahnya di Segambut Dalam ketika dalam perjalanan pulang daripada memberi keterangan pada BPR di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Beliau dibebaskan keesokannya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar menasihatkan ahli-ahli PKR supaya tidak membenarkan diri mereka diprovoksi oleh pihak polis.

Beliau juga menggesa kepimpinan PKR supaya meneruskan perjuangan dan menggerakkan rakyat dan masyarakat.

"Jangan benarkan kita diprovokasi oleh pihak polis atau sesiapa. Jangan bagi ada pergaduhan," kata Anwar.

Beliau juga menyeru ahli dan penyokong PKR supaya menunaikan solat hajat dan berdoa agar Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia.

Read More...

Anwar pertahan ditelanjangkan, PM jamin Musa, Gani tidak campuri siasatan

Mstar Online

20-07-2008 03:39:16 PM

ANWAR Ibrahim ketika memberi ceramah di hadapan penyokong di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur petang tadi. - foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN

(Dikemas kini) KUANTAN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas tuduhan meliwat, tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.

"Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di kampung Razali, dekat sini, malam Sabtu.

Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu.

"Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan," kata Anwar.

Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.

Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu," kata Dr Zaininah dalam kenyataan semalam.

Anwar, 61, dibawa ke HKL pada malam Khamis, hari beliau ditangkap untuk menjalani ujian DNA berhubung aduan liwat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Beliau kemudian dibawa balik ke Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur pada pukul 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Berucap di hadapan lebih 5,000 orang itu, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lepas didakwa telah dimanipulasi pihak polis.

"DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini," dakwa Anwar. BERNAMA

BERITA TERDAHULU:

Lagi jaminan Abdullah: Musa, Gani tidak campuri siasat liwat Anwar

(Dikemas kini) KEPALA BATAS: Selepas memberi jaminan keselamatan dua minggu lalu, hari ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, berikutan laporan oleh Anwar kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan pemalsuan fakta melibatkan Musa dan Abdul Gani, maka adalah wajar bagi kedua-dua mereka dikecualikan daripada siasatan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tidak akan mengambil apa jua peranan berkaitan kes Anwar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan tawaran melanjutkan pengajian dan pembiayaan pelajaran kepada 350 pelajar MARA ke Island College of Technology (ICT) di Dewan Millenium Kepala Batas, di sini hari ini.

Rabu lepas Anwar memberikan keterangan kepada BPR di Putrajaya, yang meliputi tiga aspek utama iaitu pemalsuan fakta, penghilangan fakta dan pemalsuan laporan perubatan dari Jabatan Forensik, yang membabitkan Musa dan Abdul Gani.

Sebelum itu pada 1 Julai lepas, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat memalsukan keterangan dalam siasatan kes beliau dipukul pada tahun 1998, oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Abdul Gani ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya manakala Musa ialah pegawai penyiasat kes.

Anwar ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya pada hari Rabu lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokkan harinya, bagi membantu siasatan berhubung laporan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, kepada polis pada 28 Jun lepas, mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


Abdullah telah pun memberikan jaminan keselamatan Anwar mencari perlindungan di rumah Duta Turki akhir bulan lalu dan ketika ditahan polis Rabu lalu.

Ketika ditanya sama ada Musa dan Abdul Gani akan digantung tugas berikutan laporan polis yang dibuat oleh Anwar terhadap mereka, Abdullah berkata, beliau tidak nampak keperluan untuk menggantung perkhidmatan mereka.

Abdullah berkata, pegawai yang membuat siasatan ketika ini tidak akan merujuk hasil siasatan kes itu kepada mereka.

"Pegawai itu tidak membuat sebarang rujukan kepada mereka dan (saya) tidak nampak (mengapa) mereka perlu digantung perkhidmatan," kata Abdullah dipetik Bernama.

Mengenai cadangan kerajaan Pulau Pinang supaya kerajaan Persekutuan menggantikan kos pembinaan projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) dan monorel yang ditangguhkan sebanyak RM4.7 billion dalam bentuk pemberian wang tunai, Abdullah berkata kerajaan persekutuan tidak berhasrat untuk melaksanakan permintaan itu.

"Tak ada cita-cita pun. Tidak ada cadangan untuk laksanakan permintaan seperti itu," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini meminta supaya kerajaan persekutuan memberikan wang tunai RM4.7 bilion sebagai ganti projek yang ditangguhkan pelaksanaannya semasa kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) barubaru ini.

Mengenai laporan kononnya UEM Berhad tidak lagi menjadi kontraktor bagi pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, Abdullah meminta supaya perkara itu tidak dibincangkan secara terperinci, kerana kerajaan tetap akan melaksanakan pembinaannya.

"Jangan pergi terlalu terperinci, walau apapun kerajaan akan tetap membina jambatan itu, itu sahaja yang ingin diketahui orang ramai," katanya.

Sementara itu merujuk kepada hasrat Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat untuk bertanding ke jawatan presiden parti itu berikutan penyandangnya, Datuk Seri Ong Ka Ting tidak mempertahankan jawatan itu, Abdullah berkata terpulang kepada anggota parti berkenaan untuk menentukan pemimpin mereka.

Read More...

HKL nafi Anwar dibogelkan

Utusan Online

KUALA LUMPUR 19 Julai - Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetap mempertahankan kenyataan asalnya bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah ditelanjangkan apabila beliau menjalani pemeriksaaan perubatan Rabu lepas.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, sebelum pemeriksaan, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.

Katanya, pemeriksaan itu dilakukan oleh dua orang pakar tersebut hanya setelah memperoleh persetujuan bertulis daripada Anwar.

"Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu," kata Dr. Zaininah dalam kenyataan di sini hari ini.

Anwar, 61, dibawa ke HKL pada malam Khamis, hari beliau ditangkap untuk tujuan menjalani ujian DNA terhadap aduan liwat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23.

Beliau kemudian dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada pukul 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

Anwar enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil oleh HKL atas alasan beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lepas didakwa dimanipulasi oleh polis.

Beliau mahu semua pemeriksaan perubatan dan sampel darah yang diambil daripada Mohd. Saiful hendaklah disahkan secara bersendirian sebelum Anwar menimbang sebarang analisis DNA.

- Bernama

Read More...

Isu liwat: Musa, Gani tak campur - Pak Lah

Berita Harian

Oleh Fazli Abdullah, Norakmah Mat Youb dan Noor Hastikah Hassan
bhnews@bharian.com.my


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

KPN, Peguam Negara tidak terbabit siasatan Anwar

KEPALA BATAS: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak akan terbabit dalam siasatan kes dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pegawai yang mengendalikan kes itu juga tidak akan membuat rujukan berkaitan kes berkenaan kepada mereka.

"Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tidak akan terbabit langsung. Mereka tidak akan mengambil peranan dalam apa juga perkara berkaitan dengan isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan tawaran melanjutkan pengajian dan pembiayaan biasiswa/pinjaman Mara kepada 350 pelajar Island College of Technology (ICT) di Dewan Milenium di sini, semalam.

Hadir sama, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan isteri, Puan Sri Fauziah Begum Abu Bakar dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Abdullah ditanya sama ada kedua-dua pegawai kanan itu akan dikecualikan daripada mengendalikan siasatan dan pendakwaan berkaitan dakwaan kes liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memastikan keadilan dalam mengendalikan kes itu.

Musa dan Abdul Gani, masing-masing pegawai penyiasat dan pihak pendakwa dalam siasatan dan pendakwaan kes liwat ke atas Anwar kira-kira 10 tahun lalu.

Selasa lalu, Anwar memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan mendakwa mempunyai banyak lagi bukti berhubung pembabitan kedua-dua pegawai itu dalam pemalsuan dan penyembunyian fakta siasatan kes liwatnya 10 tahun lalu.

Keterangan itu dilakukan selepas Anwar membuat laporan polis ke atas kedua-dua pegawai berkenaan.

Ditanya adakah perkhidmatan Musa dan Abdul Gani akan digantung berikutan laporan polis oleh Anwar ke atas mereka berdua, Perdana Menteri berkata tindakan itu tidak perlu kerana siasatan kes berkenaan tidak dirujuk kepada mereka.

Sementara itu, Abdullah berkata kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk memberi bayaran tunai kepada Kerajaan Pulau Pinang bagi menggantikan projek yang ditangguhkan di negeri itu.

"Kita tiada cita-cita pun. Tiada cadangan untuk menunaikan permintaan seperti itu," katanya.

Perdana Menteri ditanya mengenai permintaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang mahu Kerajaan Pusat memberikan sebanyak RM4.7 bilion bagi menggantikan projek yang ditangguhkan iaitu Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), monorel dan Empangan Mengkuang.

Mengenai dakwaan UEM Berhad tidak lagi menjadi kontraktor pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, Perdana Menteri berkata, pelaksanaan projek tidak perlu dibincangkan secara terperinci.

"Apa yang penting ialah kita meneruskan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang," katanya.

Ditanya keputusan Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu, Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perkara itu terserah kepada ahli MCA.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abdullah mahu generasi muda menggunakan ilmu pengetahuan untuk menambah nilai kepada pembangunan negara yang dicapai sejak tempoh 50 tahun lalu.

"Jika negara mahu meningkat maju dengan cepat, kekuatan modal insan perlu dibina dengan ilmu pengetahuan dari pelbagai cabang dan aspek pendidikan yang sesuai," katanya.

Beliau berkata, pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian mereka tidak perlu mensia-siakan peluang berkenaan kerana ia tidak datang selalu.

"Percayalah bahawa pendidikan akan dapat melahirkan generasi yang berdaya saing dan maju,"katanya sambil menegaskan kerajaan tetap komited dan prihatin dalam menyediakan pendidikan berkualiti.

Read More...

MB: Terengganu beli Mercedes ganti Proton bagi jimat kos

Mstar Online

20-07-2008 08:04:07 PM

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

Ahmad berkata, pembelian kereta itu menggunakan peruntukan yang disediakan sebelum ini dan bukan menggunakan wang royalti minyak.

"Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat," katanya.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

"Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

"Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang," katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis tahlil sempena Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini hari ini. BERNAMA

Read More...

Istana T'ganu tidak anugerah darjah kebesaran

Malaysiakini

Jul 19, 08 6:56pm

Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok.

sultan mizan zainal abidinSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini.

"Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut Bernama, penyampaian hadiah itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Mengulas lanjut, Mokhtar berkata majlis tahlil dan doa selamat tetap diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri itu, mulai malam ini serta di Istana Maziah tengah hari esok.

Beliau berkata sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu tahun ini diadakan dalam keadaan sederhana.

Read More...

14 Buah E200 Kompressor Untuk Exco - Terengganu Mula Bermewah-mewah

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Sunday, 20 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita9/mercedestrg.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Belum pun menerima duit royalti minyak, Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan akan menggunakan kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewah, sebagai kereta rasmi mulai hari ini. Tindakan itu telah mendapat liputan meluas dan menjadi kritikan kepada sesetengah media.

Pembelian Mercedes bukan guna duit royalti - Ahmad -Kemaskini 5.00 petang

Kuala Terengganu, 5ptg - Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

Ahmad berkata, pembelian kereta itu menggunakan peruntukan yang disediakan sebelum ini dan bukan menggunakan wang royalti minyak.

“Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Bernama melaporkan , Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

“Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

“Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis tahlil sempena Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini hari ini.


Berita Sebelumnya - 14 Buah E200 Kompressor Untuk Exco, Pegawai Kanan

Kuala Terengganu - Belum pun menerima duit royalti minyak, Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan akan menggunakan kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewah, sebagai kereta rasmi mulai hari ini.

Kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu.

Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Kenyataan itu seolah-olah menafikan bahawa kereta buatan Malaysia Proton Perdana V6 yang dibeli pada tahun 2004 lalu, tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan.

“Kerajaan negeri membuat penilaian bahawa Mercedes lebih baik untuk digunakan bagi jangka panjang dan sudah tiba masanya untuk menggantikan Proton Perdana”katanya.

Walau bagaimana pun, menurut beliau Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said lebih suka menggunakan kereta sedia.

Namun beliau tidak menyatakan mengapa sebab-sebab Ahmad lebih menggunakan kereta lama tersebut.

Orang ramai yang ditemui oleh Buletin Online semalam umumnya menyatakan bantahan terhadap pembelian kereta baru tersebut.

Mereka berpendapat bahawa kereta Proton Perdana V6 masih sesuai dan selamat digunakan kerana baru berusia empat tahun.

“Mungkin Ahmad Said tidak setuju dengan pembelian itu, sebab itu dia lebih suka menggunakan kereta sedia ada,”kata Mustaffa yang sempat ditemui pada majlis ceramah di Batu Enam semalam.

“Ahmad sebelum ini mengatakan bahawa beliau mengutamakan kepentingan rakyat,”tambah Mustaffa yang juga Pengerusi Persatuan Peniaga Batu Enam.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |