+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, July 20, 2008

PM dinasihat jangan campur tangan urusan polis

Harakahdaily

Anis Nazri

Sun | Jul 20, 08 | 3:14:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dinasihatkan agar tidak campur tangan dalam urusan penyiasatan polis kerana ia boleh menyebabkan timbulnya banyak kerenah birokrasi.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, campur tangan Abdullah dalam urusan siasatan membabitkan penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, itu juga boleh menjadi gelak ketawa rakyat.

"Kenapa Abdullah perlu campur tangan? Beliau tidak sepatutnya campur tangan, yang kemudiannya akan mengakibatkan semakin banyak karenah birokrasi yang timbul dalam siasatan tersebut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdullah yang menyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim, semalam.

"Apakah ada jaminan bahawa Musa dan Gani tidak akan terlibat atau campur tangan dalam siasatan tersebut, sedangkan itu sememangnya sudah tugas mereka? Tolonglah, jangan campur tangan dalam hal ini. Jangan biarkan kenyataan ini jadi bahan ketawa rakyat," kata beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pemuda PAS sudah selangkah lebih kehadapan berbanding Pemangku Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkenaan penubuhan badan bebas bagi kes Anwar.

Menurut Salahuddin, Pemuda PAS sudah terlebih dahulu menghantar memorandum ke Istana Negara, minggu lepas bagi mendesak agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi membantu siasatan kes ini, selain memastikan ia (siasatan) dapat dijalankan dengan lebih telus dan terbuka.

Dalam pada itu, beliau mendesak supaya Musa dan Gani disiasat segera berhubung laporan polis yang dibuat Anwar, yang mendakwa kedua-dua (Musa dan Gani) terlibat dalam pemalsuan bukti dalam kes mantan Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998-1999.

"Sekiranya Anwar boleh disiasat apabila bekas pembantunya membuat laporan polis, mengapa (siasatan) tidak dilakukan terhadap Gani dan Musa, yang juga ada laporan polis terhadap mereka? Kita harap, pihak polis jangan bersikap 'double standard' dalam hal ini," tegas beliau.

Malah, beliau turut mengingatkan kerajaan dan pihak polis agar tidak melakukan sebarang 'pendakwaan terpilih' dalam sesuatu laporan polis yang dibuat melibatkan tokoh-tokoh negara. - mns_

5 comments:

Unknown said...

Pak Lah campur tangan?rasanya ada pihak lain yang kita patut risaukan untuk campur tangan seperti Amerika Syarikat.

rasanya Pak Lah tiada niat untuk menjadikan Anwar sebagai bahan jenaka.kadang kala rasa paranoia boleh menimbulkan pelbai syak wasangka.

Unknown said...

Jonas,
mereka tu limitkan pandangan mereka. Mereka cuma nampak apa yang berlaku dalam ruang mereka sahaja.
a sad situation for the so-called people who are suppose to act as our leaders.

Unknown said...

d.remy,

btul juga apa yang anda katakan.tapi mereka tu bukan bole percaya sangat.karang tuptap dah nak ada pengkalan tentera kat Malaysia macam yang ada di Filipina.

tak sanggup wooo!

tapi kita pon tak bole melatah dengan
"pandangan" US.tapi cuma berjaga-jaga je.

Unknown said...

Kalau "campur tangan" bising, tak campur tangan pun bising. Pada awalnya ini lah sebab AAB tidak mahu campur tangan, tapi akhirnya nama AAB akan terbawa2 juga sehingga AAB perlu buat statement itu ini. Biar pihak yang sepatutnya buat kerja masing dengan aman. Biar yang jadi kecoh dan tak puas hati hanya DSAI sendiri kerana dia yang tertuduh di sini, sudah tentulah!

Sang Pemantau said...

saudaara semua,

bagi saya, Paklah sebagai Menteri Perdana, ketua eksekutif kerajaan sepatutnya tidak boleh memberi kenyataan yang boleh memberi kesangsian rakyat dalam pada polis menjalankan penyiasatan kes DSAI ini....

kenapa Paklah tak campurtangan pasal bom C4 yg meletupkan altantuya tu??bukan ke ia lagi membahayakan negara>>>sebab bom yang dikawal penggunaanya di gunakan sewenang-wenangnya untuk meletupkan orang.....

kenapa Paklah lebih berminat dengan kes DSAI yang penuh prasangka ini...sedangkan kes bunuh Altantuya lagi nyata dan terbukti berlaku??Kenapa yang ini dilambat-lambatkan perbicaraannya???

Kita jangan tafsirkan orang nampak dalam ruang mereka sahaja...walhal, kita sendiri yang terkurung dalam ruang kita....tengok secara meluas...jangan tumpukan pada kes DSAI yang tak confirm pun dia buat...cuma tuduhan yang penuh prasangka dasyhat....baik tumpukan kes yang terbukti berlaku....

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |