+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, July 20, 2008

14 Buah E200 Kompressor Untuk Exco - Terengganu Mula Bermewah-mewah

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Sunday, 20 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita9/mercedestrg.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Belum pun menerima duit royalti minyak, Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan akan menggunakan kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewah, sebagai kereta rasmi mulai hari ini. Tindakan itu telah mendapat liputan meluas dan menjadi kritikan kepada sesetengah media.

Pembelian Mercedes bukan guna duit royalti - Ahmad -Kemaskini 5.00 petang

Kuala Terengganu, 5ptg - Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

Ahmad berkata, pembelian kereta itu menggunakan peruntukan yang disediakan sebelum ini dan bukan menggunakan wang royalti minyak.

“Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Bernama melaporkan , Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

“Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

“Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis tahlil sempena Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini hari ini.


Berita Sebelumnya - 14 Buah E200 Kompressor Untuk Exco, Pegawai Kanan

Kuala Terengganu - Belum pun menerima duit royalti minyak, Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan akan menggunakan kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewah, sebagai kereta rasmi mulai hari ini.

Kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu.

Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Kenyataan itu seolah-olah menafikan bahawa kereta buatan Malaysia Proton Perdana V6 yang dibeli pada tahun 2004 lalu, tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan.

“Kerajaan negeri membuat penilaian bahawa Mercedes lebih baik untuk digunakan bagi jangka panjang dan sudah tiba masanya untuk menggantikan Proton Perdana”katanya.

Walau bagaimana pun, menurut beliau Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said lebih suka menggunakan kereta sedia.

Namun beliau tidak menyatakan mengapa sebab-sebab Ahmad lebih menggunakan kereta lama tersebut.

Orang ramai yang ditemui oleh Buletin Online semalam umumnya menyatakan bantahan terhadap pembelian kereta baru tersebut.

Mereka berpendapat bahawa kereta Proton Perdana V6 masih sesuai dan selamat digunakan kerana baru berusia empat tahun.

“Mungkin Ahmad Said tidak setuju dengan pembelian itu, sebab itu dia lebih suka menggunakan kereta sedia ada,”kata Mustaffa yang sempat ditemui pada majlis ceramah di Batu Enam semalam.

“Ahmad sebelum ini mengatakan bahawa beliau mengutamakan kepentingan rakyat,”tambah Mustaffa yang juga Pengerusi Persatuan Peniaga Batu Enam.

2 comments:

Unknown said...

Kerajaan Persekutuan pun boleh pakai perdana v6 saja. Ini pulak bahagian terengganu nak tukar kepada e200 kompressor?

Pembaziran semata-mata. Alasan uyang remeh sahaja mengatakan kos penyelenggaraan adalah lebih tinggi maka sanggup membeli kereta yang lebih mewah.

Diorang ini semua telah membuat dua kesilapan. Pertama sekali perdana v6 tu kereta nasional. Sokonglah sikit kereta nasional. Dah nama pun wakil kerajaan daripada terengganu.

Lagi satu pembaziran dengan membeli kereta yang mewah sebegini. Kos penyelenggaraan bagi e200 tidak diukur lagi pun sudah mahu memberikan alasan sedemikian.

Sang Pemantau said...

tula pasal....saya sangsi dia cakap sekali selenggara RM50k....kena audit balik ni...selama ni rupanya duit dibazirkan pada selenggaraan....mana ada V6 sekali tukar gear box smpai RM50k....ada yg tak kena....

Lagi satu...kalau nak sangat beli kereta luar negara, taknak pakai proton, beli je la Toyota Camry ke, Honda Accord ke....kan dah sedap nak jalan jauh tu....apsal la nak ke merc sgt....ni mesti supplier merc ni suku sakat dia jgk...kena check balik ni.....

drpd beli merc tu, baik hapuskan cukai pintu...then, duit beli merc tu tampung balik...baru le btul tolong rakyat.....di kala Paklah suruh ubahcara hidup ke lagi miskin....mereka ubah ke cara yang lebih bermewah-mewah.....hampeh!!!!

Ni ke kerajaan yang kita nak????
Tau Takpe......:)

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |