Malaysiakini |
Apr 23, 08 12:15pm |
Rakyat bakal menerima beberapa berita baik sebelum atau pada 1 Mei ini, bagi membantu mereka menghadapi kesan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Itu janji Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad kepada rakyat Malaysia. Beliau membayangkan khabar baik itu akan berkait secara langsung atau tidak langsung dengan kesan inflasi harga barang yang ditanggung pengguna ketika ini. "Kita akan mendengar beberapa pengumuman yang akan dilaksanakan sebelum atau pada 1 Mei ini. Ada berita yang baik, ada berita yang akan membolehkan rakyat menjimat perbelanjaan, mungkin dari segi pelajaran, dan juga bantuan kebajikan yang lebih tersusun, lebih teratur dan bantuan perniagaan kecil-kecil-kecilan akan disusun balik," katanya. Shahrir berkata kesemua keputusan itu dibuat hasil perbincangan jawatankuasa kabinet bagi membendung inflasi sejak sebulan lalu, demikian menurut laporan Bernama. "Keputusan-keputusan dah dibuat, kita tunggu pengumuman," katanya dalam program Bicarawara: Bersemuka Bersama Media yang disiarkan secara langsung selama satu jam oleh RTM 1 malam tadi. Kenaikan harga barang Dalam program yang diperantara oleh Sayed Munawar S M Mustar itu, Shahrir ditemubual editor meja penyuntingan bahasa Malaysia, Bernama, Amer Hamzah Md Sap dan pengarang berita Malaysiakini, Fathi Aris Omar. Menjawab soalan Fathi bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal melaksanakan janji dalam manifestonya semasa pilihanraya umum lalu, Shahrir berkata janji BN adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah daripada menerima kesan yang teruk akibat inflasi harga barang dan perkara itu. Menurutnya, ia sedang diusahakan oleh kerajaan BN menerusi beberapa langkah yang sedang dan akan diambil. Shahrir berkata, sekalipun berlaku kenaikan harga barang, ia tidak menjejaskan barangan keperluan khusus yang diguna oleh majoriti rakyat. "Macam kenaikan harga tepung, ia hanya membabitkan tepung yang diperkaya iaitu yang diguna untuk membuat kuih, kek dan sebagainya, dan bukan tepung biasa yang diguna rakyat biasa," katanya. Bahan alternatif Shahrir bagaimanapun mengakui sebahagian besar kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan kerana ada bahan mentah yang diguna untuk menghasilkan barang keperluan tersebut turut menjadi bahan menghasilkan bahan api alternatif. Kenaikan harga minyak sekarang menyebabkan permintaan terhadap bahan api alternatif meningkat, sekaligus mendorong harga bahan mentah seperti soya dan jagung meningkat. "Soya dan jagung ini adalah bahan utama makanan ayam. Sekarang harganya meningkat menyebabkan harga makanan ayam juga meningkat dan kesannya penternak ayam kita minta supaya harga ayam dinaikkan. "Ini kementerian saya akan bincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan isu ini kita perlu lihat dengan teliti kerana 90 peratus kita makan ayam segar, cuma 10 peratus saja makan ayam proses," katanya. Shahrir turut menegaskan soal kenaikan harga barang adalah isu yang kompleks kerana ia juga membabitkan cara hidup rakyat negara ini yang mementingkan cara hidup sihat dan berkualiti. |
Wednesday, April 23, 2008
Shahrir janji berita baik untuk rakyat
0 comments Labels: bela rakyat, malaysiakini
Sembang santai bersama Presiden PAS
Harakahdaily Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wed | Apr 23, 08 | 6:48:42 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Setelah berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu selama enam hari semenjak dimasukkan pada 10 April lalu, kini Presiden PAS Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah mula menjalankan tugasnya seperti biasa dan sempat berseloroh dalam suasana ceria ketika ditemubual wartawan dan jurugambar Harakahdaily di Pejabat Agung PAS pagi semalam. "Saya semakin sihat. Cuma doktor nasihatkan supaya saya mengemaskinikan program yang perlu dihadiri dan jadual kerja yang begitu padat menyebabkan kesihatan saya boleh terjejas," kata Ustaz Hadi sebagai mukadimah perbualan dengan Harakah. "Pun begitu saya tetap akan hadir ke Parlimen dan mesyuarat PAS Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi. Terima kasihlah kepada semua yang mendoakan dan prihatin kepada saya selama ini." Dalam pada itu beliau menjelaskan walaupun dinasihatkan supaya banyak beristirehat namun tidak bermakna beliau perlu melupakan tanggungjawab beliau sebagai seorang Presiden dan tenaga pengajar dalam kuliah-kulaih agama yang dianjurkan. Katanya beliau masih meneruskan sesi kuliah dan mengajar hari Jumaat dan malam Khamis di Terengganu kerana itu merupakan jadual wajib beliau sebelum menjadi Presiden PAS lagi dan memperuntukan hari Sabtu, Ahad dan Isnin bagi tugasan rasmi, bertemu masyarakat dan berceramah di luar negeri kelahiran beliau itu. "Sesibuk mana pun pasti dapatkan tidur yang cukup... itu pesan bekas Presiden PAS Almarhum Dr Haji Abbas kepada saya. "Duduk diam pun boleh memberi tekanan. Jadi waktu lapang saya mengikuti perkembangan politik melalui akhbar dan internet termasuk menghabiskan masa menulis," katanya yang pernah menulis sebanyak 30 buah buku pelbagai judul. Katanya, Islam mengajar umatnya untuk tidak membazirkan waktu dengan melakukan perbuatan sia-sia malah ketika berehat pun manusia dituntut untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan manfaat yang menyebabkan beliau sendiri 'tidak duduk diam' dan sentiasa mengisi masa terluang dengan pelbagai aktiviti. Dalam pada itu mengulas isu kesihatan Ustaz Hadi berkata sebagai ahli politik yang perlu bercampur dengan segenap lapisan masyarakat, beliau menghadapi masalah untuk mengawal pemakanan yang menjadi antara punca terganggunya kesihatan beliau selama ini. "Kita tidak boleh tentukan dan pilih makanan ketika bermasyarakat, pergi ceramah atau hadir ke majlis walaupun ada yang tahu tetapi kita raikan mereka dan saya pun tidak pernah memilih..semua boleh. "Masalahnya sebelum ceramah mereka sajikan makanan dan selepas ceramah pun makan lagi.Kita tahu mereka sayang kepada pemimpin, dan menyediakan pelbagai jenis hidangan tapi...nampaknya kena ada kawalan sikitlah," katanya tersenyum. Ustaz Hadi sempat menceritakan antara hobi yang 'dirindui' beliau yang sudah tidak dapat dilakukan secara kerap semenjak menjadi Presiden ialah turun ke laut menjala ikan. "Itulah kalau ada masa, saya akan ikut bot-bot untuk ke laut menjala ikan...hobi saya sejak zaman kanak-kanak lagi. Ia memberi ketenangan dan saya dapat menghirup udara bersih," katanya ketika berbicara di dalam pejabatnya. Ditanya tentang amalan harian beliau dan kaedah menghadapi pelbagai serangan fitnah dan tohmahan termasuk masalah-masalah dalam arena politik yang memberi tekanan atau 'stress' bagi sesetengah pemimpin politik, Ustaz Hadi berpandukan amalan yang ditinggalkan oleh Rasullulah s.a.w. kepada umatnya yang berada dalam gerakan Islam. "Kalau ada banyak masalah, banyakkan solat... itu yang Nabi ajar. Solat pemberi semangat dan inspirasi kepada kita dan sebab saya itu tidak ada masalah yang rumit sehingga tidak boleh diselesaikan dan menganggu tidur saya. "Bagi fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh musuh, saya anggap ianya memberi pahala kepada saya jika kita sabar. Nasihat beliau kepada rakan-rakan politik terutama yang berada dalam gerakan Islam dan menghadapi segala cabaran daan rintangan ialah supaya sentiasa meningkatkan dan mendekatkan diri dengan Tuhan di samping menambahkan ilmu dengan membaca dan melaksanakan amalan agama sebaik mungkin. - mks. |
0 comments Labels: Harakahdaily, PAS, TGHA
Tulisan terakhir Rustam: Mahathir yang celupar
Siasah daily
Oleh Rustam A Sani
Selasa, 22 April 2008
Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.
Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.
Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka "orang putih" yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.
0 comments Labels: bloggers united, dr det, siasahdaily
PAS Sokong Tuntut Kembali Royalti, UMNO Terengganu sokong Perdana Menteri?
Buletin Online Ditulis oleh SM Noor | |
Wednesday, 23 April 2008 | |
(Foto: Krisis Mac lalu berulang ?) "Dewan Pemuda PAS menolak pendekatan pusat menubuhkan Dana Khas Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan wang ihsan melalui program pembangunan ke Terengganu," kata Salahuddin. Selain dari PAS, MAMPAT atau Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu sebuah gabungan NGO negeri Terengganu turut menyatakan sokongan terhadap tuntutan Menteri Besar Terengganu itu. Namun sudah dua hari berlalu sejak Menteri Besar Terengganu membuat kenyataan meminta Kerajaan Persekutuan menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri, belum kedengaran mana-mana pihak dari UMNO Terengganu yang menyokong. Ketiadaan sokongan dari mana-mana pihak UMNO Terengganu dilihat kerana Perdana Menteri telah menafikan kenyataan Mad Said dengan membuat respon “Wang Ehsan Banyak Bantu Rakyat Terengganu” Ini adalah kali kedua UMNO Terengganu berbelah bahagi diantara menyokong Mad Said (pimpinan UMNO Terengganu) atau menyokong Perdana Menteri (Pimpinan UMO Pusat). Sebelum ini keadaan yang serupa berlaku apabila Terengganu menghadapi kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu. Mad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang mewakili Sultan Terengganu telah ditentang oleh 22 orang wakil-wakil rakyat Terengganu termasuk Ketua Pemuda UMNO Negeri, Sabri Alwi yang turut menyertai kumpulan tersebut. PAS konsisten didalam menyokong apa-apa isu yang memberikan kebaikan kepada rakyat, termasuk menyokong pelantikan Mad Said oleh MPPR dan tuntutan kembali royalti walaupun Mad Said adalah kepimpinan UMNO Terengganu. Tindakan Mad Said meminta kerajaan Pusat serah kembali royalti minyak adalah membawa hasrat istana Terengganu dan mandat rakyat umum Terengganu. Rakyat tidak puas hati dan mempersoalkan penggunaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DPPK) bagi projek-projek yang tidak membawa manfaat yang besar kepada negeri Terengganu. Buletin Online juga dimaklumkan, isu pengurusan Dana Khas Kerajaan Persekutuan adalah antara perkara yang menjadikan istana murka kepada mantan Menteri Besar Terengganu. |
0 comments Labels: buletin online, terengganu, UMNO haprak
MB doa agar dijauhkan rasuah
Harakahdaily Ahmad Lutfi Othman & Saidah Hairan Wed | Apr 23, 08 | 6:45:37 am MYT | |
Hasan Ali mahu wujudkan suasana agama di mana-mana Apabila perubahan melanda Selangor, "apek pun undi PAS." Perkembangan ini membolehkanKeADILan, PAS dan DAP) berkuasa di negeri terkaya itu. Untuk mengisi kemenangan kerja keras diperlukan, selain memastikan elemen rasuah dan salah guna kuasa dapat dibanteras dari akar umbi. Ikuti wawancara Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN dan wartawan kanan SAIDAH HAIRAN dengan anggota Exco Kerajaan Selangor bagi Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor. Ia diadakan di Shah Alam, 3 April, jam 8 malam, mencuri setengah jam masa rehatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Selangor sementara menunggu mesyuarat perhubungan negeri. HARAKAH: Mungkin sudah agak terlewat, namun bolehkah Dato' rumuskan keputusan pilihan raya lalu, terutama dalam konteks Selangor? DR HASAN: Dari segi kemenangan kita di Selangor ada beberapa perkara boleh dirumuskan. Pertama sekali adalah perubahan besar pada minda rakyat. Selama ini lebih 50 tahun rakyat memikirkan bahawa tidak ada alternatif kerajaan selain daripada BN-Umno. Bagaimanapun dalam pilihan raya ini rakyat pelbagai golongan dan yang paling memeranjatkan sekali di kalangan orang India dan Tionghua, telah membantu kemenangan di Selangor. Saya lihat kawasan bandar, pekelilingan bandar, pinggir bandar nampaknya lebih menonjol daripada kawasan-kawasan tradisi. Kalau di Selangor kita lihat kawasan dari Sabak Bernam hingga Kuala Selangor banyak kawasan kita tumpas, berbanding kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar termasuk kawasan saya sendiri di Gombak Setia mendapat kejayaan yang sangat hebat. Di kawasan saya, di saluran satu kemenangannya tidak begitu menggalakkan. Di saluran dua, tiga, empat dan lima iaitu saluran orang berumur 40-an dan 30-an sokongannya begitu mantap. Saya fikir fenomena ini juga berlaku kepada calon-calon lain. Daripada kekalahan kita tahun 2004, persediaan sudah dirancang. Di Selangor sudah ada 'blueprint' ketika itu untuk kita menghadapi pilihan raya. Kemantapan hubungan kita dengan KeADILan, walaupun tidak ada hubungan langsung dengan DAP, kita dapati kombinasi tersebut telah melahirkan kemenangan yang kita dapat lihat hari ini. Apakah sokongan hebat itu hanya merupakan fenomena sementara dan akan berubah dalam pilihan raya akan datang? Saya tidak melihat begitu. Kebanyakan orang India yang saya jumpa, begitu juga dengan Persatuan Tionghua di Gombak Setia, mereka menjamu saya dengan kepala ikan. Ini adalah golongan pertengahan atasan dan pertengahan yang mengatakan bahawa mereka minta kita ini, calon-calon PAS, DAP, KeADILan dapat kekalkan dari segi moral bahawa kita lebih baik daripada calon BN-Umno. Kita perlu peka dengan orang yang mengundi kita. Turun padang dan sebagainya. Mereka tahu had yang ada pada kita walaupun sudah memerintah negeri Selangor. Kalau kita dapat 'kotakan janji' sebagaimana yang tertera dalam menifesto bahawa, 'Selangor bersih, Selangor maju, Selangor berkebajikan', saya rasa rakyat pun faham. Ada yang cerita kepada saya: "Saya jumpa itu apek-apek yang tidak pernah undi PAS pun, kali ini undi PAS." Ini berlaku kerana sudah ada perubahan minda, perubahan keyakinan dan perubahan arus, sama ada 'upper current' atau 'under current' yang begitu kuat untuk memberikan sokongan kepada BA. Ia mungkin fenomena sementara jika kemenangan yang kita perolehi itu tipis. Ini kalau kebanyakan kemenangan macam Dr Siti Mariah Mahmud, yang dapat majoriti 20,000 undi, saya tidak fikir ia fenomena sementara. Kecuali kita menang nyawa-nyawa ikan. Satu majoriti yang sangat besar misalnya Teresa Kok 40,000 lebih, ini yang tertinggi di Malaysia. Kerajaan baru selalunya membuat satu dua perubahan yang mengejutkan, misalnya di Selangor, selain bekalan air percuma, mungkin ada perkara-perkara lain yang lebih menarik? Dalam tempoh sebulan, perubahan yang dibuat menunjukkan kepada rakyat kemampuan kita untuk memimpin. Kalau kita tengok cara kita mengendalikan Selangor dalam tempoh sebulan ini dengan YAB Menteri Besar dan Adun-adun yang semua berkaliber, tidak ada satu yang tidak berkaliber, dari segi kelulusan, pengalaman dan sumbangan kepada masyarakat serta penglibatan dalam politik dan sebagainya. Ini merupakan tanda-tanda yang ada kepada mereka yang menyebabkan saya rasa di peringkat awal ini di mana-mana sambutan rakyat terhadap kenyataan, pemaparan kita sangat positif. Contohnya himpunan kemenangan yang kita buat di Stadium Melawati. Ada yang kata 40,000 tapi popularnya 25,000 ke 30,000. Sebenarnya ini bukan saja kemenangan rakyat atau pimpinan tetapi kemenangan kepada mereka yang hendak melihat perubahan berlaku di Malaysia terutama Selangor. Kalau kita tengok kenyataan misalnya negeri Selangor akan mengehadkan pemberian tanah kepada individu sebaliknya pada institusi. Itu satu perkara bagus. Kita akan membatalkan langsung pembangunan di tanah cerun bukit, pembangunan yang dikatakan sebagai katogeri tiga dan empat yang melebihi 35 hingga 25 peratus kecerunan. Itu satu benda yang kerajaan dulu tidak buat tetapi kita buat. Kita tidak mengambil pendekatan yang drastik misalnya memberhentikan JKKK, kakitangan dan pegawai Majlis Kerajaan Tempatan (PBT), pegawai kerajaan yang condong kepada Umno dan mereka yang mempunyai jawatan politik dalam BN-Umno. Saya tanya orang Umno, mereka sendiri pun mengiktiraf apa yang kita lakukan. Pada saya sangat positif dalam bulan ini tetapi kita selalu menjanjikan kepada rakyat bahawa kesan yang lebih besar akan ditunjukkan dalam 100 hari kita memegang pemerintahan. Kerajaan baru Selangor ada membuat kenyataan tidak akan menggali atau membongkar penyelewengan kerajaan lama. Baru-baru ini dalam satu forum yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Besar Selangor seolah-olah mencabar MB baru kononnya dia bersih dan boleh semak akaun bank dia. Adakah itu akan mendorong kerajaan baru bertindak? Kita menjanjikan siapa saja yang melakukan penyalahgunaan kuasa, rasuah, melarikan wang rakyat, membelanjakan wang negeri dengan sewenang-wenangnya, kita akan kaji dan teliti perkara ini. Kita akan hantar maklumat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Untuk pengetahuan, anggota Exco telah bersetuju menubuhkan badan bebas untuk membuat kajian terperinci mengenai salah laku sama ada sebelum atau selepas pilihan raya yang berkaitan dengan perjanjian, penguasaan anak-anak syarikat dan sebagainya. Dato' ada sebut antara perubahan adalah untuk tidak lagi menganugerahkan tanah-tanah kepada individu atau syarikat. Soalnya hal sama turut didakwa berjalan di zaman BN sebelum ini tetapi ia masih membolehkan salah guna kuasa berlaku khususnya apabila tanah-tanah berkenaan diserahkan kepada anak syarikat kerajaan negeri, yang kemudiannya diagihkan kepada individu tertentu atas nama kerjasama dengan syarikat kroni. Baru-baru ini apabila kita melihat minit-minit yang lepas dalam exco, walaupun kita tidak meluluskan sebab kita tidak menjadi ahli dalam mesyuarat tersebut ketika itu, kita dapati tanah-tanah yang diluluskan masih ramai dimiliki oleh individu. Soal memberikan peluang dan ruang yang begitu luas kepada kroni Umno-BN melalui anak syarikat, pembelian balik kepada beberapa anak syarikat dan sebagainya dijual balik kepada syarikat kroni, ini memang berlaku. Tidak ada orang yang boleh menafikan hal ini. Hanya sehingga kini kita belum mendapatkan penelitian lanjut mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Saya ingin menyebutkan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini dengan bentuk keperibadian dan gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar dan ahli-ahli Exco, setiap kali bermesyuarat diadakan perlunya kita bersih dan menjauhi gejala rasuah. Dalam dua kali mesyuarat, Menteri Besar sendiri membaca doa. Dalam doanya diulang-ulang perkataan menjauhi rasuah. Saya tanyakan kepada teman-teman, hal ini tidak pernah berlaku dalam kerajaan sebelumnya. Bahkan saya mendengar dalam kata-kata doa itu, saya nampak ada sedikit rasa kegugupan dan kesyahduan dalam doa yang dibacakan itu. Mungkin kita katakan itu tidak ada kaitan tapi pada saya itu komitmen yang sangat mendalam di hati, di jiwa, di benak, di perasaan kepada mereka yang telah diamanahkan untuk memimpin. Saya tertarik apabila penekanan Dato' kepada kerajaan Selangor terhadap rasuah. Bagi saya cabaran terbesar di negeri kaya seperti Selangor adalah bagaimana untuk kita memastikan, dari segi mekanismanya dari pimpinan politik, ahli Majlis, Dewan Bandaraya, pegawai kanan dan penjawat lainnya, ada kaedah khusus untuk mengelak dari terjebak dengan rasuah. Pertama, kita tidak boleh menentukan orang lain bersih kalau kita sendiri tidak bersih. Saya ingat dalam borang yang diedarkan untuk perisytiharan harta, MB mengatakan selepas perisytiharan dibuat, ia akan dipamerkan. Mungkin perisytiharan harta pernah berlaku dalam kerajaan sebelumnya. Tapi membuka perisytiharan itu kepada orang ramai untuk diteliti barangkali tidak pernah berlaku. Ini akan dilakukan. Kita akan bekerjasama, bahkan dalam mesyuarat Exco telah diputuskan bahawa Pengarah BPR Selangor akan diberikan ruang dan peluang untuk memberikan penerangan tentang gejala rasuah dan bagaimana caranya kita yang menjadi pemimpin dapat mengelakkan diri daripada rasuah. Ini pun satu tindakan yang saya rasa merupakan satu peringatan awal. Kita rasa walaupun tidak ada bukti khusus tapi ada beberapa anak syarikat yang memang kita dapati tidak begitu bersih. Penyalahgunaan kuasa dan wang awam, yakni rasuah berlaku. Yang ini kita patut teliti. Badan khas yang ditubuhkan itu antara lain di peringkat awal ini akan mendedahkan beberapa kes korupsi. Saya ingat ini akan menjadi peringatan kepada orang lain. Sama ada golongan rakyat atau orang yang memimpin. Bagaimana kita dapat menyuburkan budaya politik yang sihat ini? Saya merancang agar nilai-nilai agama itu dapat diterapkan dengan lebih mendalam. Baru-baru ini ada taklimat daripada Ketua Polis Negeri dan saya gembira bila pihak polis pun sudah mengambil tindakan yang positif untuk membina diri dengan program keagamaan, qiamulail dan sebagainya. Ini satu benda yang baik dan saya sebagai exco agama akan menentukan bahawa program-program yang bercorak pembinaan peribadi, berketrampilan sahsiah itu akan berlaku. Dulu, Dato' sendiri pernah mempersoal kewajaran kemudahan rumah anggota exco kerajaan Selangor yang menelan belanja puluhan juta ringgit. Apakah ia akan dijual? Ini kita belum pastikan lagi tapi yang pastinya tidak ada anggota Exco kita yang akan masuk ke situ. Tiada Exco yang menukar kereta baru, mengubah suai bilik atau melakukan sesuatu yang membazirkan wang rakyat dalam sebulan ini. Pada saya walaupun kecil tetapi ia menunjukkan azam dan tekad kita untuk lebih bertanggungjawab memegang amanah rakyat. Berhubung dengan 10 rumah anggota Exco, saya tanya sahabat-sahabat dalam Exco, mereka tidak berminat untuk masuk ke rumah itu. Ini semata-mata untuk tunjukkan satu contoh kepada masyarakat. Anggota Exco kerajaan BN dulu menggunakannya? Semua rumah itu sudah diguna, sama ada anggota Exco duduk sendiri atau saudara mereka duduk. Apa pun, semua mereka gunakan rumah-rumah tersebut. Keputusan sama ada dijual atau disewa saya rasa Exco belum buat keputusan. Dari segi portfolio Exco yang diamanahkan kepada DatoÕ, mungkin ada perancangan tertentu, khususnya bagi melakukan perubahan? Pertama sekali, menjaga hal ehwal agama Islam. Yang kedua, bersabit dengan adat istiadat Melayu dan ketiga, mengenai infrastruktur dan kemudahan awam. Kalau kita lihat kombinasinya, kedua-duanya seperti tidak terjangkau. Satu agama dengan adat istiadat dirangkum. Tetapi agama, adat istiadat dengan infrastruktur ini satu kombinasi yang setengah-tengah pihak kata tidak cocok. Saya mengucapkan terima kasih dan terharu dengan YAB Menteri Besar yang telah memberi kepercayaan. Kalau kita lihat dua-dua portfolio ini, ia mengambil peruntukan kewangan yang besar dengan urusan sekolah, masjid, surau, dakwah, pendidikan dan sebagainya. Begitu juga dengan infrastruktur. Apa saja kemudahan awam sama ada JKR, JPS termasuk telefon, Syabas, Puas, dan pelbagai lagi. Bagi saya ada beberapa perkara yang akan saya lakukan bahkan sedang berlaku pun. Misalnya, bahagian agama saya akan tentukan sistem pentadbiran dan pengurusan. Kalau kita banyak sumber pun tetapi sistemnya tidak betul, tidak kesampaian juga. Jadi saya dengan pengalaman dan ilmu pengurusan yang ada, dalam kerajaan 20 tahun dan swasta 17 tahun, saya rasa dapat bantu banyak dalam hal ini. Paling tidak disamaratakan hal-hal yang bersangkutan dengan perbelanjaan, misi dan visi, mengoptimumkan kemampuan dan kebolehan daripada jabatan dan sebagainya untuk memberikan sumbangan yang terbaik kepada rakyat. Saya cuba sedaya upaya berusaha mengurangkan keresahan di kalangan rakyat dengan pentadbiran masjid dan surau. Ada lapan masjid digantung dan surau, termasuk di Seksyen 8 juga digantung. Dalam masa terdekat penggantungan itu akan berakhir di mana keseluruhannya akan diserahkan kepada anak kairah. Pada saya inilah model terbaik dari zaman berzaman. Pentadbiran agama Selangor terlalu Ôbersifat UmnoÕ. Jabatannya terlalu Umno. Pandangannya terlalu Umno, pelaksanannya terlalu Umno, keuntungannya pun terlalu Umno. Bukan saya hendak menyekat melulu, bahkan saya akan tengok balik. Kalau terlalu Umno pun tidak bagus bahkan kalau terlalu PAS pun tidak bagus. Jadi saya rasa kita kena logikal perkara ini, kita kena fikir jauh perkara ini bukan untuk diri kita yang akan hidup beberapa tahun lagi tapi untuk generasi kita. Itu yang saya fikirkan. Mengenai pentaulihan, saya hendak letakkan rakyat satu minda. Minda untuk kita dapat meresapkan peraturan-peraturan itu dalam kepala kita. Bukan hanya melihat peraturan itu dengan negatif atau peraturan yang menyekat. Misalnya, yang tidak bertauliah tidak dibenarkan berkhutbah dan berkuliah. Dari satu segi inilah yang tersekat kita orang PAS. Tapi dari satu segi kita dapat lihat rasionalnya bagaimana. Saya selalu nasihatkan teman-teman kalau dapat kita gunakan kekuatan berfikir untuk menjadikan gelanggang-gelanggang ini, menjadikan mimbarnya dan di mana-mana tempat yang dibenarkan untuk kita berkuliah, maka berkuliahlah dengan baik. Berkhutbahlah dengan baik. Saya pun setuju kalau itu tidak dijadikan gelanggang bukan politik. Saya rasa tidak dijadikan gelanggang politik yang kasar. Saya ada 48 nama yang telah diberi kelulusan di peringkat awal termasuk beberapa pimpinan PAS. Jadi saya akan bagikan dari semasa ke semasa. Saya hendak setiap orang PAS dan bukan PAS yang pergi ke masjid untuk berkhutbah atau berkuliah semuanya sudah diberikan tauliah. Setidak-tidaknya mengikut peraturan dan memenuhi hasrat Sultan Selangor. Saya hendak bina suasana agama di mana-mana. Misalnya di pasar-pasar malam. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah setuju supaya adakan banyak musalla, maknanya sampai saja waktu, imam-imam yang dekat akan mengimamkan solat di musalla, termasuk di pasar malam. Logistiknya kena dibuat tempat ambil wuduk yang banyak. Ada pembeli berhenti membeli dan penjual berhenti menjual. Kita mahu melihat suasana agama terus berlaku di pasar malam dan pasar tani. Ini suasana agama di pasar-pasar ini mencakupi semua golongan umur. Saya hendak ambil contoh di Kota Bharu (Kelantan) dan Rusila (Terengganu), kita adakan kuliah dan ceramah agama. Kalau dengan izin, insya-Allah saya akan lakukan bermula di Masjid Negeri. Jadi orang yang pakai jeans, skirt pun boleh datang mendengar. Biar kita tarik mereka dengan cara begitu. Begitu juga dengan orang yang berjoging di tepi tasik. Kita tidak tentukan lagi hari apa tetapi idea itu sudah dapat diterima oleh Jais. Saya akan lihat pendidikan dan kebajikan guru-guru yang selama ini tertinggal jauh. Guru-guru Kafa dipertimbangkan untuk kenaikan sedikit imbuhan. Ini adalah perkara yang saya fikir dan akan dilakukan di peringkat awal. Ada orang melihat dari aspek ke-Melayuan, kemenangan Pakatan Rakyat di Perak, Selangor juga di Pulau Pinang menunjukkan pengaruh kekuatan Melayu dalam kerajaan baru berbanding dengan dulu, agak berkurangan. Maknanya ada pihak yang melihat suasana ini akan membuatkan orang Melayu berbelah bagi sama ada akan berlaku kecenderungan kembali kepada Umno atau kepada PAS, memastikan bahawa teras kerajaan berpaksi Melayu. Memang kita dapati tonggak kekuatan itu kepada Umno, begitu juga PAS. Maknanya Melayu itu menjadi sandaran utama kepada pembentukan kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau negeri. Sebagaimana yang kita tahu kekuatan Umno tercabar dalam pilihan raya baru-baru ini, begitu juga MCA dan MIC. Apa pun komposisi, kita akui ada pihak melihat parti bersandarkan orang Melayu di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) terutama di Pantai Barat agaknya memang kecil dibanding dengan orang Cina terutama di Pulau Pinang dan Perak. Saya rasa yang lepas-lepas apabila kita bincangkan soal pengimbangan masa depan politik mengikut kaum seolah-olah tidak ÒrealÓ. Sebab itu kita bercakaran. Kita tidak pernah ada tumpuan untuk bersatu, tidak pernah memikirkan selain memikirkan keuntungan untuk menang lima tahun. Sekarang ini rasanya Umno, PAS dan siapa juga yang masuk dalam parti Melayu fikirannya perlu tajam. Kalau selama ini pandang satu dinding sekarang ini kita berfikir pandang tembus dinding itu sampai 10 dinding. Ini saya rasa kena latih tenaga-tenaga muda, pimpinan-pimpinan muda untuk berfikir secara lojik situasi yang berlaku. Teras pemerintahan Melayu sudah diterima, namun yang lebih penting ialah keadilan untuk semua, memastikan ketelusan dan amanah kepimpinan ditangani secara jujur dan adil. Itulah yang menyebabkan satu kestabilan di kalangan orang Melayu. Walau siapa pun memegang tampuk kuasa, semua rakyat, tidak kira sama ada Melayu, India dan Cina, semuanya dalam keadaan selesa. |
0 comments Labels: Harakahdaily, PAS, pemimpin rakyat, selangor
Rustam A Sani ke rahmatullah
Malaysiakini |
Apr 23, 08 9:49am |
Penulis kolum terkenal, cendekiawan Melayu dan juga bekas pemimpin politik kanan Parti Rakyat Malaysia (PRM) Rustam A Sani meninggal dunia di rumahnya di Gombak awal pagi ini. Allahyarham, anak kepada pengasas parti itu dan bekas ahli parlimen Ahmad Boestaman, meninggalkan isteri dan dua anak, lelaki dan perempuan, di usia 64 tahun. Rustam, yang memblog di Suara Rakyat dan Karya Semasa, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), kumpulan pemikir terkenal negara ini. Selain menghasilkan buku dan membentangkan fikirannya di pelbagai pertemuan akademik dan bukan ilmiah, beliau giat menulis rencana dan kolum dalam bahasa Inggeris dan Melayu di akhbar-akhbar harian tempatan. Kolumnya di Utusan Malaysia sebelum krisis politik 10 tahun lalu - peristiwa pemecatan dan pemenjaraan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim - dikumpulkan dalam buku Menjelang Reformasi. Rustam, seorang yang mudah didekati dan mesra, dilahirkan dan mendapat pendidikan awal di Tanjong Malim, Perak sebelum menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dan akhirnya ke Universiti Yale. Ahli sains sosial dan pemikir penuh warna-warni ini diberikan amanah sebagai naib presiden PRM sebelum ia bergabung dengan Parti Keadilan Nasional dan melahirkan PKR. Allahyaraham hanya menunggu tiga hari lagi untuk majlis pelancaran dua buku terbarunya Failed Nation? Concerns of Malaysian Nationalist dan Social Roots of The Malay Left yang akan disempurnakan oleh Anwar di perpustakaan negeri Selangor di Shah Alam pada Sabtu ini pada 3 petang. orangkita - Al Fatihah kepada Pak Rustam, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang yang beriman.... |
0 comments Labels: bloggers united, malaysiakini
Kelantan tidak sekat bukan Islam ternak babi
Harakahdaily Salmah Mat Husain Tue | Apr 22, 08 | 6:22:45 pm MYT | |
PASIR PUTIH, 22 April (Hrkh) - Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat mana-mana golongan bukan Islam di negeri itu menternak babi kerana ia merupakan makanan untuk golongan berkenaan. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat, memberitahu kerajaan negeri tidak membenarkan ianya diusahakan secara besar-besaran kerana masyarakat Cina tidak seramai di Selangor. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sini semalam sebagai mengulas berhubung ternakan binatang berkenaan yang menjadi isu di negeri Selangor. Tuan Guru seterusnya memberitahu, kerajaan negeri tidak akan menyekat mana-mana individu kaum itu menternak babi sekiranya ia untuk keperluan harian. "Bagaimanapun kita tidak membenarkan mana-mana pihak membuka ladang ternakan binatang itu secara komersial kerana keperluan di negeri kita ni agak kecil berbanding negeri lain terutama Selangor. "Cukuplah ladang yang sedia ada di belakang rumah mereka yang diternak secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri dan ianya sudah mencukupi," ujarnya. Beliau bagaimanapun menyokong tindakan kerajaan Selangor itu sekiranya ia untuk keperluan masyarakat berkenaan yang begitu ramai berbanding di Kelantan. Tambahnya, walaupun Islam mengharamkan penganutnya memakan daging binatang itu, tidak bererti kerajaan negeri harus bertindak mengharamkan ianya dari diternak oleh masyarakat bukan Islam. Menyentuh soal pencemaran alam sekitar ekoran penternakan itu beliau berkata ianya boleh dibincangkan dengan Jabatan Alam Sekitar yang mempunyai cara khusus untuk menanganinya. - mns |
0 comments Labels: Harakahdaily, Kelantan
Cabul: Polis siasat bekas menteri
Malaysiakini |
Apr 22, 08 11:32pm |
Polis sedang menyiasat dakwaan seorang bekas menteri melakukan jenayah seksual di sebuah hotel bertaraf lima bintang berdekatan stesen Sentral Kuala Lumpur baru-baru ini. |
0 comments Labels: malaysiakini, pemimpin haprak
Kemaskini: Bekas menteri gatal dipercayai kawan baik TPM
KLpos |
Oleh Mohd Sayuti Omar | |
Rabu, 23 April 2008 | |
BARU sekejap tadi TV3 melaporkan kenyataan polis yang akan menyiasat seorang ahli politik yang dikatakan cuba mencabuli seorang pelayan berusia 30-an.
"Apa yang boleh diberikan gambaran bekas menteri yang gatal itu adalah sahabat baik kepada timbalan perdana menteri Mohd Najib Razak. Mereka berkawan sejak kecil lagi dan bekas menteri berkenaan adalah orang istimewa kepada Mohd Najib" Laporan itu juga menyebut tokoh politik itu kini berada di luar negeri. Orang ramai tentu tertanya-tanya siapakah bekas menteri berkenaan. Disebabkan kita berpegang kepada kod etik profession maka ianya tidak boleh disebut selagi tidak disebut di mahkamah. Begitulah kalau mereka yang terlibat itu bekas orang besar. Tetapi kalau ianya nelayan, penoreh getah atau pengayuh beca pasti nama dan gambarnya sudah disiarkan dalam media massa. Dan oleh kerana saya juga menghormati kod etika penulisa/kewartawan saya juga tidak boleh menyebut nama bekas menteri berkenaan.
"Bekas menteri tersebut dikatakan boleh datang ke rumah Najib bila-bila masa berbeza dengan kawan Najib yang lain terpaksa membuat temu janji terlebih dahulu" Mereka berkawan sejak kecil lagi dan bekas menteri berkenaan adalah orang istimewa kepada Mohd Najib. Bekas menteri tersebut dikatakan boleh datang ke rumah Najib bila-bila masa berbeza dengan kawan Najib yang lain terpaksa membuat temu janji terlebih dahulu. Menurut laporan berita TV tadi laporan terhadap bekas menteri berkenaan dibuat 14 April lalu setelah empat hari kejadian. Apapun sama-sama kita tunggu kenyataan dan jaminan polis yang ingin menyiasat tokoh politik berkenaan. Sekarang ini beliau masih di luar negera. Sebaik-baiknya setiba bekas menteri berkenaan di airport polis terus mencekupnya dan di bawa ke balai polis. |
0 comments Labels: klpos, pemimpin haprak
Tidak kesal apa yang berlaku terhadap Anwar - Tun Mahathir
Detik daily
Posted on Tuesday, April 22 @ 16:21:01 MYT by TokAyah
Sumber Bernama
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bukannya seorang anti barat, tapi akan terus bercakap mengenai pelbagai kesilapan yang dilakukan mereka terhadap orang ramai.
"Saya bukannya anti barat, (tapi) saya menentang perkara-perkara buruk yang dilakukan oleh negara-negara barat," katanya.
Beliau berkata orang barat, terutamanya British, menggelarkan orang Melayu dengan nama-nama yang negatif seperti malas serta tidak cekap, dan menjangka mereka (orang Melayu) akan menyukainya. Beliau berkata oleh itu, orang barat juga perlu bersedia mendengar mengenai apa yang difikirkan oleh orang lain.
"Orang British memanggil kami Melayu malas, Melayu tidak cekap, tidak boleh dipercayai. Kita tidak dapat berkata apa-apa mengenai anda, jadi bila saya berada dalam kedudukan untuk berkata mengenai apa yang fikirkan tentang anda, dan kemudiannya anda katakan anda tidak sukakannya.
"Bila anda katakan kepada kami, anda jangka kami untuk menyukainya, kami tidak menyukainya tapi kami tidak ada cara untuk manjadikan suara kami didengari," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian semasa ditemuramah dalam rancangan "Hard Talk" yang disiarkan oleh BBC di London, semalam.
Beliau mengakui pernah mengatakan bahawa AngloSaxon Eropah adalah penyokong peperangan, perhambaan dan 'holocaust'.
"Ia benar... Saya berkata benar. Ini adalah karektor mereka dan saya akan terus berkata demikian," katanya.
Berhubung demokrasi, Dr Mahathir mempertahankan corak sistem yang diamalkan di Malaysia.
"Tidak semestinya sistem itu akan berjalan lancar bagi setiap orang, tapi jika ada pemimpin yang tidak baik, sistem demokrasi sekalipun akan gagal.
"Anda perlu ingat bahawa sebuah demokratiklah yang menjatuhkan bom atom yang membunuh lebih 200,000 orang," katanya.
Beliau berkata sekiranya dilihat kepada sejarah barat, mereka akan temui bahawa orang barat biasanya akan menampilkan pelbagai jenis ideologi.
"Mereka menggunakan ia untuk seketika dan kemudiannya mereka mendapati ia rosak. Mereka buangkannya dan mulakan yang lain.
"Satu hari, mereka akan melupakan demokrasi kerana di beberapa negara demokrasi biasanya akan berakhir dengan anarki, dan secara praktiknya kerajaan tidak wujud," katanya.
Dr Mahathir berkata demokrasi bukanlah satu sistem yang boleh disesuaikan dengan semua orang.
"Anda perlu ada sedikit persefahaman berhubung batasan demokrasi dalam usaha menjadikan ia boleh dilaksanakan," katanya.
Dr Mahathir juga diminta mengulas mengenai keputusan pilihan raya umum baru-baru ini di mana parti memerintah kehilangan lima negeri kaya kepada gabungan pembangkang dikatakan akibat perbezaan kaum yang diperjuangkan oleh beliau semasa pentadbirannya.
"Saya tahu itu cuma andaian pengkritik asing tetapi hakikatanya dalam keputusan itu, ia diakibatkan oleh rasa tidak puas para penyokong parti memerintah dengan keputusan-keputusan sekarang," kata beliau.
Beliau juga mempertahankan Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan penyebab kekalahan, dengan menyatakan ia adalah langkah perlu bagi membetulkan ketidakseimbangan yang wujud semasa penjajahan British.
Mengenai soal berhubung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata jika Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau dialu-alukan untuk menjalankan siasatan penuh dan menyeluruh mengenai apa yang dipanggil salah laku beliau (Dr Mahathir).
"Beliau dialu-alukan berbuat demikian, tetapi saya harap beliau mendapatkan orang yang neutral, yang tidak berat sebelah, mungkin orang luar kerana saya tidak mempercayai orang yang mereka letakkan menjaga orang yang mereka tidak suka," kata beliau.
Dr Mahathir juga ditanya sama ada beliau kesal dengan apa yang beliau lakukan terhadap Anwar.
"Mengapa saya mesti kesal, beliau ditangkap di bawah undang-undang negara, beliau dibicarakan dan dihukum oleh mahkamah, jika beliau tidak bersalah, saya tidak fikir tidak kira apa anda fikir mengenai kehakiman kami, saya tidak fikir beliau dihukum penjara," kata beliau.
Mengenai sistem kehakiman di Malaysia, Dr Mahathir dengan tegas menafikan beliau melantik hakim-hakim di Mahkamah Agung dan menyatakan beliau sentiasa percaya terhadap sistem itu.
"Saya tidak melantik hakim-hakim, hakim-hakim dilantik oleh Ketua Hakim Negara, dan tugas saya ialah untuk memeriksa sama ada mereka mempunyai sebarang rekod, dan selepas itu ia dipersembahkan kepada Agong yang kemudian melantik hakim-hakim," jelas beliau.
Mengenai langkah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menawarkan bayaran exgratia kepada hakim-hakim yang dipecat semasa pentadbirannya beliau (Mahathir) menyifatkannya sebagai "tindakan politik".
"Ia tindakan politik, sesuatu bagi seseorang yang menjadi begitu tidak popular sekarang mahu menunjukkan beliau perlu melakukan sesuatu yang betul," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir juga menuduh Abdullah menggunakan sistem dengan cara seteruk mungkin.
"Tidak ada orang boleh menyatakan sesuatu yang menentang beliau, beliau mempunyai surat khabar yang melaporkan sewajarnya mengenai diri beliau dan tentang betapa hebatnya beliau, dan beliau dikelirukan oleh penyokongnya sendiri untuk mempercayai yang beliau akan menang besar dalam pilihan raya baru-baru ini," kata beliau.
Ditanya mengapa beliau memilih Abdullah sebagai penggantinya, Dr Mahathir berkata,"Orang-orang ini, mereka bijak dalam menyembunyikan sifat sebenar, beliau dikenali sebagai Mr Clean dan saya fikir saya perlu melantik seseorang yang bersih menggantikan saya ...walaupun beliau bukan seorang yang mempunyai undi terbanyak (sebagai naib presiden) dalam parti, tetapi saya fikir beliau lebih tua dan saya lantik beliau dengan memikirkan beliau tidak akan melakukan sesuatu yang salah".
0 comments Labels: Detik daily, dr det, DSAI
MB Pahang tidak perlukan liputan Utusan selepas ini
Siasah daily
KUANTAN, 21 April: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub berkata, beliau tidak memerlukan sabarang liputan dari akhbar Utusan selepas ini.
Adnan berkata demikian dalam satu kenyataan bertulis beliau pada hari Sabtu lepas berikutan laporan Utusan Malaysia pada 19 April lepas bertajuk "Jawatan Exco gugur - MB'.
Penjelasan MB Pahang
1. Saya ingin membuat penjelasan mengenai tajuk berita dalam Utusan Malaysia 19 April 2008, hari Sabtu, muka surat tiga bertajuk Jawatan Exco Gugur - MB.
2. Tajuk berita dan isi berita dalam perenggan enam yang melaporkan "dan sebagai Menteri Besar, beliau (yakni Adnan) mempunyai hak mutlak melantik sesiapa sahaja" adalah salah, mengelirukan dan boleh melaga-lagakan Menteri Besar dengan Perdana Menteri dan di antara Menteri Besar dengan Sultan Pahang.
3. Berdasarkan kepada rakaman percakapan yang direkodkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar dan ramai pemberita lain, saya tidak pernah menggunakan perkataan 'hak mutlak saya' dan tidak pernah mengatakan 'Datuk Maznah Mazlan digugurkan sebagai Exco'.
4. Hak mutlak atau prerogatif diberikan kepada Perdana Menteri dalam pemilihan anggota kabinetnya dengan menyembah nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.
5. Sultan Pahang mempunyai hak mutlak melantik Menteri Besar sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang.
6. Mengenai pengisian jawatan yang dikosongkan oleh Maznah saya menyatakan, "Itu kita tunggu saya menyembah nasihat, menyembah maklum, mengadakan perbincangan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang."
7. Saya ada menyatakan juga "kedudukan Maznah dengan sendirinya di Majlis Mesyuarat Kerajaan akan dikosongkan." Saya tidak pernah menyatakan Maznah akan digugurkan sebagai Exco sebagaimana yang dilaporkan.
8. Berita yang telah tersiar menggambarkan saya sebagai Menteri Besar tidak memahami kuasa dan prerogatif yang ada pada Perdana Menteri dan kuasa dan prerogatif yang ada pada Sultan Pahang, sedangkan pada hakikatnya saya amat memahami.
9. Saya ucapkan terima kasih kerana menyiarkan kenyataan saya ini yang sepatutnya tidak perlu berlaku jika Utusan lebih berhati-hati, beretika dan profesional dalam laporannya.
10. Saya tidak memerlukan sebarang liputan lagi oleh Utusan selepas ini.
ADNAN YAAKOB
0 comments Labels: MB Pahang, siasahdaily
DAP desak PAS gugur negara Islam
Malaysiakini |
Apr 22, 08 8:57pm |
Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam. Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang - PAS, PKR dan DAP - berjaya menawan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kerajaan campuran di Kedah terdiri daripada PAS dan PKR. Di Pulau Pinang pula antara PKR dan DAP. Manakala ketiga-tiga parti tersebut menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor. Berikutan itu, pada 1 April, pucuk pimpinan ketiga-tiga parti berkenaan sepakat untuk merujuk keempat-empat negeri tersebut sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. |
0 comments Labels: DAP, malaysiakini, Negara Islam, PAS