+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, March 26, 2009

ADUN Titi Serong lapor polis blog tulis "Kill Nizar".

cinaislam

BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai Blog yang menyiarkan satu tulisan dan belakang wanita yang ditulis dengan tatto "kill nizar" di Balai Polis Changkat Jering dan di IPD Taiping. Laporan itu telah dibuat oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Berikut ini adalah laporan penuh tersebut :

LAPORAN POLIS

Tarikh laporan : 26 Mac 2009
Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Jawatan :ADUN Titi Serong Perak.
No. Kad pengenalan : 641102-03-5125
Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.
No. Talipon :019 4759697

Inilah Laporan Polis saya :-

Semasa saya melayari internet pada pagi ini 26 Mac 2006 kira-kira jam 9.00 pagi di Markaz PAS Ayer Kuning, saya sangat terkejut dengan satu laman web http://perakbangkit.blogspot.com/ (seperti yang dilampirkan) telah menulis dan menyiarkan gambar dan tulisan yang melampau dan dengan tujuan yang tidak baik.

Saya mendapati tulisan bertajuk “Kill Nizar” dan tulisan “kill nizar” pada badan wanita seperti yang disiarkan oleh penulis blog tersebut adalah sangat tidak bertanggung jawab, menghasut dan satu penghinaan.

Dipercayai ianya diterbitkan kerana berkaitan dengan pengumuman Dato’Seri Ir. Muhamaad Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS bagi PRK Bukit Gantang seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS pada 23 Mac 2009 di Padang Taman Kota Jaya Simpang.

Oleh itu saya memohon dari pihak Polis untuk mengadakan siasatan terperinci kepada penulis blog tersebut kerana ianya mengandungi unsur-unsur menghasut yang melampau diluar batas undang-undang Negara.

Laporan ini juga adalah satu laporan untuk melindungi Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dari sebarang ancaman keselamatan yang menyalahi undang-undang Negara , serta saya mendakwa sekiranya apa-apa yang berlaku kepada beliau selepas laporan ini dibuat adalah kesan dari laman blog yang menghasut ini, dan tindakan sewajarnya hendaklah diambil kepada pemilik blog ini.

Sekian laporan saya yang sebenarnya,



(YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM)

Read More...

10 ribu gangster akan dilepaskan ke Bukit Gantang ?

ABO

..maklumat yang baru saya terima sebentar tadi, dari seorang hamba Allah, memaklumkan terdapat agenda "jahat" akan dilangsungkan sepanjang Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau bermula dari hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi. Ia dikatakan sebuah "perancangan jahat" pihak atasan BN dengan sejumlah "gengster" yang ada kaitan dengan Pakida dikenali Angkatan Rakyat Insaf, untuk mencetuskan huru-hara sepanjang kempen pilihan raya di kedua-dua kawasan ini.

Sudah dua pertemuan diadakan. Satu di Klang dan yang terkini di Concord Hotel bagi membincangan agenda dan strategi busuk untuk memenangi dua bukit tersebut oleh BN.
Gengster yang dikatakan sejumlah hampir 10,000 orang ini akan "dilepaskan" dan "digerakkan" di dua kawasan pilihan raya ini kelak yang terdiri dari Melayu, India dan Cina. Apakah penggantungan permit akhbar suka ramai rakyat di negara ini ada kaitan dengan strategi jahat ini? Agar segala maklumat "jahat" berkenaan tidak dapat disebarkan kepada rakyat tegar yang masih bergantung maklumat kepada media cetak...
Bacaan penuh sila skrol kotak di bawah.

AKHBAR Harakah digantung selama tiga bulan tanpa sebarang alasan dan sebab. Sepucuk surat yang difakskan kepada Pejabat Harakah kira-kira jam 4.55 petang tadi hanya memaklumkan bahawa Harakah digantung selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Apakah agenda di sebalik penggantungan ini? Adakah ia ada kaitan dengan kebimbangan Najib Tun Razak yang terpaksa berdepan dengan pelbagai dakwaan tentang nasib peralihan kuasanya? Atau BN makin gelabah dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang bakal meranapkan impian Najib untuk menang di pihak BN?
Namun maklumat yang baru saya terima sebentar tadi, dari seorang hamba Allah, memaklumkan terdapat agenda "jahat" akan dilangsungkan sepanjang Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau bermula dari hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi. Ia dikatakan sebuah "perancangan jahat" pihak atasan BN dengan sejumlah "gengster" yang ada kaitan dengan Pakida dikenali Angkatan Rakyat Insaf, untuk mencetuskan huru-hara sepanjang kempen pilihan raya di kedua-dua kawasan ini. Sudah dua pertemuan diadakan. Satu di Klang dan yang terkini di Concord Hotel bagi membincangan agenda dan strategi busuk untuk memenangi dua bukit tersebut oleh BN.

Gengster yang dikatakan sejumlah hampir 10,000 orang ini akan "dilepaskan" dan "digerakkan" di dua kawasan pilihan raya ini kelak yang terdiri dari Melayu, India dan Cina.Apakah penggantungan permit akhbar suka ramai rakyat di negara ini ada kaitan dengan strategi jahat ini? Agar segala maklumat "jahat" berkenaan tidak dapat disebarkan kepada rakyat tegar yang masih bergantung maklumat kepada media cetak. Saya akan cuba mendedahkan maklumat lanjut selepas ini. -Tarmizi Md Jam-

Gengster kaa...pengundi hantu ? Cakap biaq terang beb ! Kalau banyak tu..yang nak mai..adoii ! Wak no komen..nanti2 wak komen dan cari bahan foto buat bukti..! Tukang karut kat bawah ni apa hal pulak ? Ciri-ciri gangster yg makin terserlah..! Memang kurang akhlak punya worang !!

Kalau Nizar tu kena bunuh, hangpa pakat cari dia kat sini. Penghasut tahap longkang ! (reshedule posted)

Read More...

Pak Lah tempelak Najib sekat kebebasan rakyat bersuara

Harakahdaily

Salmah Mat Husain, Mohd Nor Yahya | Foto Rizal Tahir
Thu | Mar 26, 09 | 4:03:23 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 26 Mac (Hrkh) - Semakin dekat Dato' Seri Najib Razak menghampiri jawatan Perdana Menteri, bertambah ramai pihak tampil mempertikaikan kewibawaannya.

Malah kegelojohan pemimpin terbabit dapat dilihat apabila cuba menyekat kebebasan rakyat bersuara. Tindakan menggantungkan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan membuktikan hakikat itu.

Lebih memeranjatkan lagi apabila Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti menempelak tindakan Najib dengan menganggap Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan 'order lama' yang tidak disenangi rakyat.

"Termasuk menyekat kebebasan rakyat. Ramai tidak yakin Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama dengan menyekat kebebasan rakyat menyuarakan kritikan," katanya pada ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat Umno tidak akan selamat bahkan mungkin berdepan dengan masalah dalaman yang lebih parah di bawah kepemimpinan Najib.

Menurutnya kekalutan yang berlaku dalam parti itu bukan kerana orang lain, sebaliknya kerana masalah dalaman parti itu sendiri.

"Keadaan itu berlaku berikutan kegagalan pemimpin Umno mentadbir parti dalam mengekang kemaraan rasuah yang semakin parah dan bernanah dalam parti itu," katanya pada majlis penyerahan watikah dan angkat sumpah penghulu-penghulu Kelantan 2009, di Putik, hari ini.

Pada perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno semalam menyaksikan calon yang kurang pencalonan pada mesyuarat di peringkat bahagian menang iaitu Khairy Jamaluddin.

Sedangkan sebelum ini menantu Perdana Menteri itu disahkan bersalah kerana terbabit dengan amalan politik wang, namun masih berpeluang bertanding.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ekoran masalah yang berlaku dalam Pemuda Umno semalam beliau difahamkan telah berlaku rasa tidak puas hati di kalangan perwakilan.

"Ini adalah sebahagian dari petanda-petanda yang akan memecah-belahkan Umno pada masa akan datang khususnya setelah berada di bawah Najib," katanya.

Beliau juga berkata, walau pun kesemua sayap Umno kini dipimpin pemimpin baru termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri namun asas perjuangan tetap sama.

Katanya, selagi parti berkenaan tidak menjurus kepada ketaqwaan kepada Allah dan hanya mengutamakan bangsa Melayu sahaja, suasana gawat tetap akan berlaku.

Oleh itu beliau berkata, bagi mengelakkan kecelaruan politik di negara ini rakyat hendaklah menolak perjuangan Umno dan BN.

Katanya juga pemimpin Umno sekarang mulai membaca terjemahan ayat-ayat al Quran ketika merasmikan perhimpunan tersebut semalam.

"Ini menggambarkan pengaruh PAS dalam masyarakat hari ini begitu hebat sehingga menyebabkan pemimpin Umno terpaksa menggunakan terjemahan ayat al-Quran dalam ucapannya untuk menarik perhatian umum.

"Perkembangan itu memaksa Umno menciplak apa yang menjadi pegangan PAS selama ini," ujarnya.

Beliau juga menyarankan Umno mengamalkan apa yang terkandung dalam al-Quran sepenuhnya berbanding dari apa yang dilakukan sekarang hanya mengambil sebahagian kecilnya sahaja.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Umno masih lagi mengangkat pemimpin yang disahkan terbabit dengan rasuah seperti diputuskan Lembaga Disiplin Umno terhadap Khairy sebelum ini.

Ketua Pemuda PAS Pasir Mas, Rozi Muhammad berkata, Umno semakin cepat menuju kehancuran apabila pemimpin yang disahkan terbabit dengan rasuah diberi peluang menerajui Umno.

"Kemenangan Khairy membuktikan usaha Umno membanteras rasuah politik tidak berjaya," katanya. - mj_

Read More...

Blog Tok Guru dilancarkan.

Tranungkite

Dilulus terbit pada Thursday, March 26 @ 19:00:30 MYT oleh TokPenghulu
Nak Royat Oleh IzalPutra

"

Pendapat dan buah fikiran daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ditulis dalam blog tok guru yang hari ini dilancarkan dan sudah berada di page rank no 1 di google bagi keyword blog tok guruMajlis pelancaran blog tok guru dijalankan serentak dengan pelancaran khidmat wi-fi A’ptus Net yang merupakan anak syarikat kepada PKINK atau juga dikenali sbg SEDC.


Pelancaran di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan Jam 3:00 petang (sekarang ini)

JOM KE BLOG TOK GURU!

http://blogtokguru.com

PS: Dijangka dapat menyaingi blog che det nih!


Sumber:

http://atoqa.wordpress.com/2009/03/26/blog-tok-guru-dibuka-hari-ini/

Read More...

Khairy, Shahrizat ketuai Pemuda, Wanita UMNO

Malaysiakini

Mar 25, 09 3:47pm

kemaskini 12.19pm Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.

Rafidah menerajui Wanita Umno sejak 1984, melainkan untuk satu penggal ekoran kekalahannya kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman pada 1996.

shahrizat wanita umno victory 250309 2Ahli parlimen Kuala Kangsar memenangi semula jawatan itu daripada Siti Zaharah pada pemilihan 2000 sehingga dikalahkan hari ini.

Shahrizat menewaskan Rafidah dengan majoriti 227 undi.

Jumlah undi bagi jawatan ketua Pemuda menimbulkan debaran berpanjangan apabila ia diumumkan paling lewat malam ini.

Persaingan sengit tiga penjuru akhirnya dimenangi oleh naib ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Menantu perdana menteri mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232).

Sementara naib ketua dikuasai oleh Datuk Razali Ibrahim dengan menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican, regu Khairy.

Kemenangan Khairy ini, yang diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pertanding Umno, dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz.

Berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno.

Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk "rantaian manusia" daripada menyuraikan mereka.

Jawatan ketua Puteri dipertandingkan enam penjuru antara Datuk Shahaniza Shamsuddin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ida Rahayu Md Noor dan Saarah Ali Bashah.

perwakilan umno 2009 polls delegates breakdown 250309Rosnah dan Shahanim Mohamad Yusoff masing-masing terpilih ketua dan timbalan ketua Puteri Umno.

Turut dipertandingkan, jawatan-jawatan exco, pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap ketiga-tiga sayap berkenaan.

Seramai 796 perwakilan Wanita, Pemuda (791 orang) dan Puteri (789 orang) membuang undi.

Pengundian bermula kira-kira jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira dua jam kemudiannya

Berdasarkan proses pengundian yang berjalan lancar pagi tadi, ramai yang beranggapan bahawa para perwakilan sudah tekad memilih calon masing-masing.

Esok bermula pula persaingan sengit dua penjuru jawatan nombor dua Umno dan naib presiden (lapan calon) selepas majlis perasmian oleh presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jam 9 pagi.

Menurut jadual, pengundian untuk menentukan nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan bermula jam 11 pagi.

Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak secara rasmi akan diumum sebagai pengganti Abdullah.

Selain perebutan 25 kerusi sebagai anggota Majlis Tertinggi di kalangan 50 calon, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam esok.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |