+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, May 22, 2008

Isu Royalti Minyak Terengganu Ada Perkembangan Positif, Kata Ahmad

Bernama

KUALA TERENGGANU, 22 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata isu supaya kerajaan Pusat menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri, kini menunjukkan perkembangan yang positif.

Beliau berkata gambaran tersebut diperolehinya selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen, semalam.

"Hasil perbincangan dengan Perdana Menteri menampakkan perkembangan positif dan rundingan lanjut akan diadakan selepas ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini Khamis.

Ahmad sebelum ini meminta kerajaan Pusat menyerahkan kembali pengurusan wang royalti itu kepada kerajaan negeri setelah ia dihentikan ketika PAS mengambil alih pemerintahan negeri pada 1999.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata rundingan lanjut berhubung isu itu dijangka diadakan sama ada ketika Perdana Menteri melakukan lawatan kerja ke negeri itu bagi merasmikan majlis penutup Sukan Malaysia (Sukma) pada 9 Jun ini atau semasa melawat projek jelapang padi Terengganu di Setiu pada 14 Jun.

"Kita berharap perbincangan itu akan membuahkan hasil yang baik dan memberi kepuasan kepada semua pihak. Sama-samalah kita berdoa," katanya bahawa rakyat juga mahukan supaya wang royalti itu diuruskan oleh kerajaan negeri. Beliau berkata kerajaan negeri meminta kerajaan Pusat menyerahkan kembali pengurusan wang royalti itu kerana Sabah dan Sarawak masih menerima wang tersebut di bawah perjanjian yang sama dengan Terengganu.

"Sabah sebelum ini juga pernah diperintah oleh pembangkang (tetapi masih menerima wang royalti minyak)," katanya.

Read More...

Saya bukan tamak - Anifah Aman

Mstar Online

22-05-2008 10:13:07 PM
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: "Saya bukan tamak jawatan." Demikian tegas Datuk Anifah Aman yang sekali lagi 'mencuri' perhatian banyak pemimpin politik tanah air ekoran keputusannya menolak tawaran jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Ahli Parlimen UMNO (UMPG) di Dewan Rakyat, hari ini.

Malah beliau juga menolak andaian bahawa tindakan menolak itu, yang diumumkan dua hari selepas ditawarkan, berkait dengan perkembangan politik negara sekarang khususnya desas-desus melompat parti dan sebagai satu lagi tindakan pihaknya menyatakan rasa tidak puas hati dengan perwakilan rakyat Sabah dalam Kabinet Persekutuan.

Pengumuman terbaru ini merupakan tindakan menolak tawaran jawatan kali kedua dalam tempoh lebih dua bulan sejak pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

Sebelum ini, Anifah, adik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dalam Kabinet Persekutuan.

Ketika dihubungi petang ini, Anifah memberitahu mStar Online: "Saya memutuskan untuk tidak menerima jawatan (Pengerusi UMPG) kerana telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Pengerusi Penyokong Kerajaan BN Sabah di Dewan Rakyat."

"Saya tidak mahu mengecewakan kawan-kawan saya di Sabah," katanya.

"Jawatan ini (Pengerusi Penyokong Kerajaan BN Sabah di Dewan Rakyat) telah diputuskan minggu lalu. Saya tidak mahu menerima jawatan baru ini kerana mahu memberi tumpuan ke atas kedudukan sebagai Pengerusi Penyokong Kerajaan BN Sabah di Dewan Rakyat.

"Jadi, kalau saya terima jawatan ini (Pengerusi UMPG) bermakna ia juga membabitkan konflik kepentingan diri antara dua kedudukan ini. Saya bukan tamak (mahu menerima dua jawatan)," kata beliau ketika ditanya mengapa berubah fikiran selepas dua hari diumumkan pelantikan ke jawatan itu.

Dua minggu lalu, Anifah mencetuskan suasana hangat ketika berucap di Dewan Rakyat dengan mendakwa rakyat Sabah dianaktirikan dan dihina dengan dakwaan mahu melompat parti.

Katanya, wakil rakyat Sabah dipandang serong semata-mata kerana menyampaikan keluhan rakyat negeri itu yang beliau dakwa sekian lama dipinggirkan daripada arus pembangunan.

"Bukan bererti apabila kita menyuarakan aspirasi rakyat, kita menentang kerajaan. Bukan bererti apabila kita keluarkan kata-kata keras, kita nak melompat parti. Apa yang kita nak beritahu di Dewan ini, rakyat Sabah tidak melompat seperti lima buah negeri di Semenanjung," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tidak salah jika berlaku lompat parti atau "keluar dari rumah banglo dan masuk rumah teres, jika mereka tidak diberi ruang yang cukup di rumah banglo itu."

"Rumah teres pun rumah tereslah, asal kita sama-sama menikmati kemudahan yang ada. Tinggal di rumah banglo pun tidur di tepi tandas sahaja," katanya.

Sejak itu desas-desus melompat parti juga semakin 'hebat' diperkatakan dengan merujuk kepada ahli-ahli Parlimen dari Sabah khususnya.

Sebelum ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata bahawa beberapa wakil rakyat BN di Sabah akan menyertai pembangkang bagi membolehkan pembangkang menubuhkan kerajaan.

Terdahulu dalam kenyataannya kepada Bernama, Anifah yang merupakan Ahli Parlimen Kimanis berkata, beliau ingin memberi tumpuan sebagai Pengerusi Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah.

"Saya tidak nafikan adalah satu penghormatan menjadi pengerusi UMPG. Pengerusi UMPG adalah jawatan lebih baik yang saya mesti berterima kasih kepada pucuk pimpinan kerana mencalonkan saya.

"Bagaimanapun, buat masa ini, saya ingin menyuarakan sesuatu yang lebih relevan buat Sabah. Sebab itu saya ingin terus menjadi pengerusi penyokong kerajaan BN Sabah di Dewan Rakyat.

Kata Anifah, beliau akan menyampaikan keputusannya itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Parlimen, Isnin ini.

Read More...

Dr M: Jangan libatkan Agong

Malaysiakini

May 22, 08 7:19pm

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak perlu dilibatkan dalam usaha membantu menyelesaikan kemelut antara beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ini soal politik Umno, kita tak akan bawa kepada Agong," katanya apabila diminta mengulas mengenai cadangan itu oleh veteran Umno Tan Sri Aziz Tapa.

Abdul Aziz memberitahu Bernama bahawa kemelut antara dua pemimpin itu telah mencapai tahap yang memerlukan penglibatan Yang di-Pertuan Agong sebagai "orang tengah" untuk menyelesaikannya.

Veteran Umno itu berkata hanya menerusi campur tangan Tuanku Mizan sebagai wakil Raja-raja Melayu, kedua-dua pemimpin itu boleh duduk berbincang bagi mengatasi perselisihan pendapat antara mereka.

Menurut Bernama, Dr Mahathir, yang berada di Tokyo bagi menghadiri persidangan antarabangsa Nikkei, juga berkata beliau tidak ada halangan jika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin menemui beliau.

Kemelut antara Dr Mahathir dan Abdullah memuncak selepas bekas perdana menteri itu mendesak Abdullah meletak jawatan setelah Umno dan Barisan Nasional mengalami prestasi buruk dalam pilihanraya umum lepas.

Isnin lepas Dr Mahathir mengumumkan tindakannya untuk keluar Umno dan berkata akan hanya kembali jika Abdullah berundur.

Read More...

Hanya Agong Boleh Bantu Selesai Kemelut Dr M-PM, Kata Tan Sri Aziz Tapa

Bernama

22 Mei, 2008 11:58 AM

Oleh Nor Hayati Muda

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kemelut antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mencapai tahap memerlukan penglibatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai "orang tengah" untuk menyelesaikannya, kata veteran Umno Tan Sri Abdul Aziz Tapa.

Beliau berkata hanya menerusi campur tangan Tuanku Mizan sebagai wakil raja-raja Melayu, kedua-dua pemimpin itu boleh duduk berbincang bagi mengatasi perselisihan pendapat antara mereka.

"Susah nak selesai dah. Tak ada lompang lagi (antara mereka), macam mana nak berbincang. Sebab tu saya ada cadangan, kalau boleh Yang di-Pertuan Agong panggil kedua-dua mereka ini dan berbincang.

"Pada saya tidak ada siapa lagi dah yang boleh menjadi orang tengah, sebab dua-duanya api. Api sama api susah nak dilerai. Veteran (Umno) pun tak laku (untuk jadi orang tengah)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Aziz, 85, berkata seperti pepatah Melayu "alam beraja, luak berpenghulu, bersuku-suku anak buah sembah kepala datuk", orang Melayu terikat dengan tradisi yang berakar umbi kepada raja.

Beliau berkata tidak ada salahnya untuk raja-raja Melayu campur tangan dalam kemelut antara bekas perdana menteri dan penggantinya itu memandangkan Umnolah yang mengembalikan semula kuasa raja.

"Semasa Malayan Union, raja tak ada kuasa langsung kecuali sebagai ketua agama (Islam), tetapi Umno menaikkan balik (kuasa raja), (pengasas parti) Datuk Onn (Jaafar) perjuangkan hak raja Melayu," katanya.

Tambahan pula, yang menjadi pertaruhan dalam isu kedua-dua pemimpin Melayu itu bukan setakat Umno tetapi orang Melayu secara amnya, kata Aziz.

"Saya melihat ini sebagai tanda-tanda kehancuran Umno, dan orang Melayu juga akan terus berpecah. Pak Lah (Abdullah) dah ada Kabinet, menang pilihan raya, macam mana nak turun. Takkan kerana sebab itu (Dr Mahathir meninggalkan Umno), beliau (Abdullah) nak letak jawatan.

"Sekarang ramai yang dah nyatakan sokongan mereka kepada Pak Lah, dan yang tak sokong pula tak berani bersuara, senyap-senyap saja. Berpecahlah," katanya.

Abdul Aziz menggambarkan perasaannya terhadap apa yang berlaku kepada orang Melayu sekarang melalui pantun yang berbunyi:

Anak raja menjunjung kayu,

Kayu dibawa dibuat titian,

Malang sungguh anak Melayu,

Sebab pemimpin berdengki-dengkian.

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Aishah Ghani bagaimanapun berpendapat kemelut antara Dr Mahathir dan Abdullah tidak memerlukan penglibatan raja kerana ia adalah perkara dalaman parti.

"Tak usahlah kita nak libatkan Yang di-Pertuan Agong kerana ini soal parti. Lagipun, ini bukan kali pertama Umno menghadapi krisis, malah ada yang lebih teruk. Tapi semuanya kita dapat atasi.

"Lagipun nak panggil mereka berdua ni duduk berbincang bukan senang. Mereka bukan budak-budak," kata veteran Umno itu.

Sebaliknya, Aishah, berkata beliau yakin kemelut Dr Mahathir dan Abdullah dapat diselesaikan "jika Pak Lah beransur sikit".

"Cadangan saya dalam hal ini Pak Lah beritahu bila nak berundur. Dulu dia pernah cakap tapi tak beritahu bila. Jadi sekarang masanya dia beritahu.

"Bukan apa, orang muda sekarang bukan senang nak percaya. Bila ada jangka waktu orang yang harap Pak Lah berundur tak adalah nak gesa dia, sebab dah tahu bila dia nak buat," katanya.

Aishah berkata beliau banyak mendengar "cakap-cakap" daripada kalangan anggota parti sendiri yang sinis dengan kenyataan Abdullah untuk melepaskan jawatan.

"Itulah masalahnya, cuma cakap saja tapi orang tak nampak. Macam kenyataan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kata dia akan bincang pasal peralihan kuasa dengan Pak Lah, buatlah cepat. Jangan cakap saja," katanya.

Aishah, 85, berkata sebagai "orang lama" yang membesar di dalam parti beliau sedih dengan apa yang berlaku dalam Umno sekarang.

"Kami ni dah tak boleh buat apa-apa, dah tak ada kuasa, cuma anggota biasa sahaja. Yang kami ada cuma pengalaman dan kasih sayang kami terhadap Umno, dan kerana kasih sayang kamilah kami masih beri pandangan dan nasihat. Sama ada mereka (pemimpin sekarang) nak ikut atau tidak terpulang kepada mereka," katanya.

Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein pernah menyuarakan pandangan serupa bahawa tidak ada salahnya jika Abdullah mengalah dan membuat langkah pertama menemui Dr Mahathir.

"Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Apatah lagi ia untuk kepentingan Umno dan orang Melayu," kata Ahmad Atory, Pensyarah Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang Universiti Utara Malaysia.

Bagaimanapun, pada mata kasar, saranan Aishah dan Ahmad Atory, sukar untuk direalisasikan kerana sejak kemelut Dr Mahathir dan Abdullah berlaku, kedua-dua tokoh pemimpin itu pernah mengadakan pertemuan.

Bagaimanapun jelas ia gagal menyelesaikan perselisihan pendapat antara mereka, sebaliknya, Dr Mahathir terus lantang mengkritik Abdullah yang disifatkannya sebagai lemah dan berada di bawah kawalan orang terdekat termasuk keluarga.

Abdullah yang menerima baton sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional daripada Dr Mahathir pada 31 Okt 2003, lebih banyak berdiam diri daripada menjawab kritikan bekas ketuanya itu.

Kemelut itu menyaksikan satu kejutan apabila Isnin lepas, Dr Mahathir yang pernah memimpin Umno selama 22 tahun, mengumumkan keluar daripada parti atas alasan tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah.

Tindakan itu dilihat sebagai cubaan terakhir beliau untuk memaksa Abdullah berundur.

-- BERNAMA

Read More...

Keputusan Ezam 'aneh', kata Wan Azizah

Malaysiakini

S Pathmawathy | May 22, 08 4:47pm

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyifatkan sebagai aneh bagi bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Ezam Mohd Nor menyertai semula Umno.

keadilan wan azizahKetua pembangkang itu berkata, ia kerana Ezam sendiri begitu kritikal terhadap parti Umno.

"(Tetapi) ini pilihannya. Selepas apa yang dilakukannya untuk parti, selepas dipenjara, dia memilih untuk kembali semula kepada mereka (Umno)," katanya ketika diminta mengulas laporan media yang Ezam akan menyertai semula Umno.

Wan Azizah bagaimanapun menolak andaian bahawa tindakan Ezam itu akan membawa kerugian besar kepada PKR.

Sebaliknya, kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu, parti itu mempunyai ramai lagi ahli untuk memimpin dan memperkukuhkan parti.

Manakala Ketua Penerangan PKR, Tian Chua pula berkata, tindakan Ezam itu tidak memberi sebarang kesan kepada PKR kerana beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam parti itu.

Bagaimanapun Tian yang juga ahli Parlimen Batu, berkata beliau hanya kesal kerana Ezam membuat pilihan seumpama itu.

'Bukan pilihan bijak'

ezam mohd noor 220507Ezam - salah seorang pengasas PKR - meninggalkan parti itu tahun lalu kerana tidak sehaluan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Sejak itu, beliau mengetuai Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak). Bagaimanapun, sejak kebelakangan itu, timbul desas-desus, bahawa beliau akan kembali semula menyertai Umno.

Hari ini, Ezam memberitahu Malaysiakini yang beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenainya minggu depan.

Menurut Tian Chua lagi, parti itu akan sentiasa menghargai perjuangan dan sumbangan Ezam.

"Saya rasa beliau telah berkorban untuk perjuangan kita dan beliau telah membuat pendirian yang kritikal untuk membawa perubahan.

"Tetapi apabila perubahan itu telah diterima oleh rakyat, maka adalah aneh untuk menentang arus tersebut - untuk bersama dengan pihak yang kita tentang selama ini," katanya.

"Ini adalah sesuatu yang saya tidak faham dan saya fikir ianya bukan satu keputusan yang bijak," tambahnya.

Reaksi pemimpin Umno

smm meeting with nazri 110907 nazri abdul azizBagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz gembira dengan kepulangan Ezam ke pangkuan Umno.

Beliau berkata, Ezam adalah salah seorang yang paling dipercayainya ketika beliau (Ezam) masih dalam Umno.

"Saya memberi kepercayaan kepadanya untuk menyediakan ucapan saya dan banyak benda lain lagi dan saya amat sedih bila beliau meninggalkan Umno," kata Nazri

"Saya begitu gembira bila mendengar beliau akan menyertai semula Umno. Keahlian Umno adalah terbuka kepada semua orang, mereka yang layak dan mahu menjadi ahli, mesti diterima," katanya.

Menurutnya, dengan kedudukan Umno yang tercorot sekarang, maka parti itu tiada pilihan, kecuali untuk naik semula ke atas.

"Umno akan mempunyai prospek yang lebih baik pada masa akan datang," kata Nazri.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal juga menyambut baik Ezam menyertai semula Umno, dan menegaskan keputusan akhir adalah di tangan perdana menteri.

"Mengapa tidak, sekiranya ia merupakan langkah untuk memperkukuhkan parti," tanya.

Ezam, 40, mengikut Anwar meninggalkan Umno pada 1998.

Ketika itu, beliau merupakan setiausaha politik Anwar dan pernah ditahan di bawah ISA dan menjalani hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Read More...

Bersih buat laporan polis ke atas PM, Musa, Ghani dan Rashid

Malaysia Today

PDF Print E-mail
Posted by Super Admin
Thursday, 22 May 2008

(Harakah) - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) telah membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan tiga lagi individu berikutan isu pembatalan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum yang lalu.

Setiausaha Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (Tun H.S. Lee) dekat Jalan Stadium hari ini menegaskan, empat individu tersebut harus bertanggungjawab di atas pembatalan penggunaan dakwat itu.

Tiga lagi yang disenaraikan dalam laporan polis yang dibuat itu ialah, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Turut serta semasa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang wangi pagi tadi ialah, calon KeADILan bagi Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan Jurucakap National Institute For Electroral Integrity (NIEI), Amin Iskandar.

Empat hari sebelum pilihan raya umum pada 8 Mac lalu, SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat dengan alasan keselamatan dan ada pihak yang telah membeli dakwat itu bagi tujuan penyelewengan, ujar Faisal.

SPR dikatakan telah menggunakan RM2.4 juta wang rakyat untuk membeli dakwat kekal dari India untuk digunakan pada pilihan raya lalu, katanya.

Bagaimanapun kata Faisal, SPR baru-baru ini memberitahu media bahawa kabinet Abdullah Ahmad Badawi yang sebenarnya membantah penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum yang lalu.

Sementara itu katanya, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar pula mendedahkan di Parlimen yang laporan polis berasakan kepada khabar angin mengenai pembelian dakwat kekal oleh parti-parti politik untuk tujuan penyelewengan pilihan raya.

Baginya, jelas sebenarnya pengumuman pembatalan penggunaan dakwat itu hanyalah helah untuk menyelamatkan kerajaan BN tumbang pada pilihan raya umum lalu.

Jelaslah di sini bahawa kabinet Abdullah Badawi tahu yang mereka akan kalah dalam pilihan raya ke-12 yang lalu jika dakwat kekal digunakan, katanya.

"Jelas juga yang SPR hanyalah alat Barisan Nasional untuk menipu rakyat dalam pilihan raya umum," ujarnya.

Dengan laporan polis yang dibuat itu, Bersih mendesak kesemua terbabit meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia oleh kerana bersekongkol.

Bagi Bersih, Polis dan Peguam Negara hanya dijadikan alat untuk membantu BN memanipulasi pilihan raya yang lalu, ujarnya.

Sementara itu Jurucakap National Institute For Electroral Integrity (NIEI), Amin Iskandar yang turut serta bersama Bersih membuat laporan itu mengecam tindakan berupa penipuan yang dilakukan SPR, Perdana Menteri, Musa dan Peguam Negara.

"Selepas membazirkan wang rakyat sejumlah RM2.4 juta, mereka akhirnya menipu rakyat terang-terang selepas mereka mendapat maklumat akan kalah pada pilihan raya umum lalu," kata Amin yang juga pernah membuat pemantauan pilihan raya di beberapa buah negara termasuk Afghanistan dan Nepal.

Beliau menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal di negara ini tidak akan mendatangkan ancaman kepada kerajaan atau keselamatan negara.

Alasan yang diberikan SPR dan pihak berkuasa sebelum pilihan raya lalu amat dangkal, dan ia mengesahkan bahawa polis sebenarnya yang gagal mengawal keselamatan negara.

Justeru beliau mendesak siasatan dibuat ke atas Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi SPR berikutan pembohongan tersebut.

"Kita mahu mereka bertanggungjawab dan meletak jawatan segera," tegasnya.

Read More...

Adnan Gadai Tanah Melayu

Suara Keadilan

Khamis, 22 Mei 2008 •

Oleh Azmin Arabi

22 Mei (SK) -KeADILan membongkar sindiket menggadai tanah melayu di negeri Pahang membabitkan Menteri Besar negeri itu, Adnan Yaakob, dan pemimpin-pemimpin Umno negeri.

Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 17 Mei lalu mendedahkan pembabitan Adnan Yaakob menjual tanah-tanah orang kampung seluas 30,000 di mukim Ulit, daerah Maran kepada seorang towkey.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam ucapannya di Dewan Rakyat mengkritik keras skandal penjualan tersebut. Dianggarkan Adnan Yaakob menjual tanah orang Melayu kepada towkey itu pada RM600 juta ringgit.

“Adnan Yaakob telah memperdaya rakyat Melayu Pahang. Di kala rakyat Pahang sedang menghadapi pelbagai kesusahan, gelagat rakus dan gelojoh MB Pahang ini menjadikan rakyat, khususnya orang Melayu, tidak selamat di bawah Umno-BN,” tegas Fuziah.

Bukti salahlaku Adnan ini disebut dalam laporan Umno Bahagian Paya Besar kepada Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi pada 5 Mei lalu. Sehingga ke tarikh berita ini dibuat, Abdullah tidak mengumumkan sebarang siasatan dibuat keatas penjualan tanah orang Melayu ini.

Sementara itu juga, KeADILan berjaya memperoleh rekod Jabatan Tanah dan dokumen dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuktikan salahguna kuasa Menteri Besar Pahang ini.

Read More...

Projek penswastaan Selangor rugi lebih RM35 bilion - MB

Harakahdaily

Saidah Hairan

Thu | May 22, 08 | 5:48:31 pm MYT

SHAH ALAM, 22 Mei (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan projek-projek usahasama yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor tidak menguntungkan, sebaliknya kerajaan negeri terpaksa menanggung risiko yang tinggi hasil keuntungan yang tidak menentu.

Menurut beliau, ia ekoran daripada pembelian tanah yang dilakukan oleh kerajaan BN-Umno melalui perjanjian usahasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat swasta.

Beliau kesal kerana pemaju mempunyai kuasa terhadap tanah apabila kerajaan negeri membeli tanah melalui PNSB dengan pegangan 30 peratus manakala pemaju tanah Sepang Bay Sdn.Bhd sebanyak 70 peratus.

"Saya telah meneliti semua perbelanjaan negeri malangnya segala kekayaan itu tidak dapat disalurkan kepada rakyat ekoran kerugian melebihi 35 bilion," katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.

Dalam sesi soal jawab lisan, Adun Batu Caves (KeADILan) minta penjelasan tentang syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti PKNS dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang ada membuat projek pembangunan yang dijalankan secara usahasama dengan syarikat swasta.

Menjawab soalan tersebut, Khalid menjelaskan, antara syarikat projek usahasama yang terlibat Sepang Gold Coast Sdn.Bhd. (Usahasama antara Sepang Bay sdn.bhd. dan PNSB).

Katanya, syarikat tersebut bercadang membina pembangunan berkonsepkan pelancongan di atas tanah seluas 3,686 ekar di daerah Sepang dan 935 ekar di Kuala Langat.

Beliau menjelaskan, sebahagian daripada pembangunan Sepang Gold Coast melibatkan penggunaan teknologi on-stilt (bangunan atas tiang) iaitu menanam cerucuk di atas tanah laut yang melibatkan kos tinggi.

Manakala syarikat Lebar Daun Development Sdn. Bhd. pula bercadang membina dan menyiapkan pusat membeli belah, pejabat dan kediaman di atas Precint 2.9 seksyen 14, Shah Alam dengan keluasan tanah 3.475 ekar.

Malangnya menurut beliau pembinaan itu belum dapat dibina sejak perjanjian usahasama ditandatangani 21 November 2002.

Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar (PAS) mengajukan soalan tambahan, apakah kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan sistem yang diamalkan oleh kerajaan dahulu, BN.

Khalid menjawab; "Saya telah minta semua syarikat PKNS, PKPS tidak lagi membuat perjanjian usahasama sehingga semua usahasama yang ada diselesaikan."

Menurut beliau, kerajaan BN telah menyerahkan kuasa tanah pada syarikat-syarikat tersebut dan kerajaan negeri hanya memperolehi 6 peratus keuntungan daripada usahasama itu jika berjaya.

"Semua pengusaha syarikat itu telah lari dan perkara ini amat serius," tegas beliau.

Beliau turut simpati dengan ketakutan pegawai terlibat yang mengigil ketika menyerahkan minit berhubung pembelian tanah.

"Saya mempertikaikan tentang perjanjian pembelian tanah itu yang agak cepat, malangnya pegawai tersebut hanya menjawab; "Saya ikut arahan." - mns

Read More...

Rupanya Abe Nor Abang Ipar Ayah Pin !

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Wednesday, 21 May 2008
The image “http://buletinonline.net/images/pas/ne_01.2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto : Jahara, adik Abe Nor, berbaju merah )

KUALA TERENGGANU - "Saya tak pernah menuntut ilmu dengan Ayah Pin."
Demikian penafian Mohamed Nor Awang, 57, ketika mengulas desas-desus bahawa beliau mempunyai hubungan dengan ketua ajaran sesat itu sehingga mendorongnya mengikut gaya hidup Ayah Pin berkahwin empat.

Bagaimanapun, menurut pemandu lori itu, beliau memang mengenali rapat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 68, kerana mempunyai ikatan kekeluargaan dengan lelaki berkenaan.

"Dia menjadi adik ipar saya selepas dia berkahwin dengan adik saya, Che Jahara Awang (isteri kedua Ayah Pin)," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut Mohamed Nor, beliau tidak tahu mengenai sebarang ilmu yang dimiliki pemimpin 'Kerajaan Langit' itu termasuk kononnya boleh memikat wanita untuk dijadikan isteri kerana tidak pernah menjadi pengikutnya.

Ketika ditanya sama ada beliau terikut-ikut gaya hidup Ayah Pin mahu berkahwin empat dalam satu masa, beliau menafikannya dan memberitahu mengahwini ketiga-tiga isteri atas dasar tanggungjawab dan cinta.

"Ayah Pin memang keluarga saya tapi jangan kaitkan apa yang saya buat dengan dia. Saya adalah saya dan dia ikut apa yang dia suka," katanya yang dipanggil Abe Nor oleh ketiga-tiga isterinya.

Mohamed Nor menjadi perhatian selepas hasratnya mengahwini bakal isteri keempat, Suzi Sulong, 34, mendapat kebenaran serta sokongan tiga isterinya iaitu Wan Rukina Mat Yusof, 52, Khalthom Dollah, 39, dan Noraini Daud, 40 (gambar).

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Syariah di sini, keberatan memberi keizinan ekoran pendapatannya tidak cukup untuk menanggung tiga isteri dan 18 orang anak.

Sementara itu, Ayah Pin yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan mempunyai empat isteri yang hidup aman dan tinggal berjiran antara satu sama lain walaupun berkongsi suami.

Bagaimanapun Ayah Pin gagal dikesan sehingga kini selepas markas kumpulan itu di Kampung Batu 13, Hulu Besut diserbu sekumpulan lelaki bertopeng pada Julai 2005.

Mengulas lanjut, Mohamed Nor mengakui pernah disiasat pihak berkuasa tidak lama dahulu kerana disyaki terlibat dengan ajaran Kerajaan Langit yang diasaskan Ayah Pin.

"Tetapi saya jelaskan saya tidak pernah jadi pengikutnya. Lagipun selepas Ayah Pin hilang, saya tak tahu di mana dia.

"Tapi sehingga sekarang ini saya masih berhubung dengan adik saya (Che Jahara) dan sentiasa memberinya nasihat kerana kami masih adik-beradik," katanya yang juga berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.

Mengenai perkahwinan dengan Suzi yang tertangguh, Mohamed Nor berkata, beliau agak risau untuk berkahwin empat, namun menganggap jodohnya sudah ditentukan dengan Suzi.

Walaupun terpaksa turun naik mahkamah, beliau akan terus mengikut saluran yang betul untuk mengahwini Suzi dan tidak terfikir untuk berkahwin lari di negara jiran.

"Kalau dibenarkan nikah oleh mahkamah, saya mahu ia jadi ikutan kepada orang lain yang hendak berpoligami supaya berkahwin dengan cara yang betul dan mengikut undang-undang," katanya.

Sementara itu, isteri ketiganya, Noraini juga menafikan suaminya memiliki ilmu memikat wanita sehingga mampu membuat ketiga-tiga isterinya hidup aman dan tidak bertelagah.

"Tak ada ilmu apa pun. Macam dia kahwin dengan saya dulu pun sebab dah suka sama suka. Pada masa itu, kami tetap kahwin walaupun dihalang keluarga," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Merchang, Marang.

Noraini juga menafikan bahawa dirinya pernah menjadi pengikut Ayah Pin dan yakin dua madunya juga tidak pernah terbabit walaupun suami mereka adalah abang ipar lelaki tersebut.

"Yang saya tahu suami saya beramal macam orang Islam yang lain. Kami sekeluarga juga baca Yassin, bersembahyang lima waktu dan mengaji bersama pada waktu malam," ujarnya
-Kosmo Online

Read More...

Siasat 'kehilangan' RM3b royalti T'ganu

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 22, 08 5:05pm

Misteri "kehilangan" RM3 bilion wang royalti petroleum Terengganu dilaporkan kepada polis selepas ia disyaki melibatkan penyelewengan dan rasuah.

"Saya percaya telah berlaku suatu penyelewengan dalam pengurusannya dan ia mempunyai unsur-unsur jenayah yang perlu disiasat," kata Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dalam aduannya hari ini.

"Sebagai rakyat Terengganu, saya mempunyai hak dan tanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis tentang kehilangan RM 3 bilion tersebut yang merupakan kehilangan wang secara misteri yang tidak sepatutnya berlaku di dalam pentadbiran sesebuah kerajaan yang amanah," kata pengerusi Mampat, Mohd Fauzi Abu Samah.

terengganu oil money petrolLaporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu pagi tadi.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Fauzi menambah, keraguannya timbul selepas membaca kenyataan beberapa pihak di akhbar baru-baru ini, termasuk menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Kedua-dua tokoh ini dilaporkan tidak tahu-menahu "kehilangan" wang sejumlah itu selepas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amirsham Aziz mendedahkan di Dewan Rakyat minggu lepas bahawa negeri itu menerima RM7.3 bilion daripada Petronas.

Ahmad dilaporkan berkata Terengganu menerima RM4.3 bilion sahaja selama tiga tahun bermula 2004, selepas kerajaan negeri berjaya ditadbir semula oleh BN daripada PAS.

Sementara Idris, yang memimpin negeri itu dalam tempoh tersebut, pula mendakwa beliau tidak mengetahui jumlah sebenar wang kerana ia diuruskan oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri "hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun" dalam tempoh tersebut.

"Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fauzi berkata Mampat akan membuat aduan isu tersebut kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak lama lagi.

ahmad said idris jusoh terengganuBadan gabungan ini turut melancarkan 'Kempen Selamatkan Royalti Terengganu, Kembalikan Hak dan Maruah' di Kuala Terengganu pada Sabtu ini.

"Riben hitam putih dan pelekat percuma akan diedarkan di samping mengambil tandatangan sokongan daripada rakyat Terengganu," katanya.

"Mampat juga bercadang mengembangkan kempen ini ke seluruh negara khususnya kepada anak Terengganu di Lembah Klang. Mampat mengalu-alukan keterlibatan NGO atau individu yang sedia bekerjasama bagi menjayakan kempen ini."

Mampat antara kumpulan penting berkempen untuk Ahmad dan menyokong pihak istana ketika wakil rakyat Kijal itu berdepan dengan krisis perebutan jawatan menteri besar Mac lalu.

Sebulan selepas dilantik menteri besar, Ahmad menggesa wang royalti 5 peratus diserahkan kembali kepada Terengganu daripada kerajaan persekutuan.

Wang ini ditadbir kerajaan pusat mulai 2000 dengan nama Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan".

Read More...

Tidak laksana perundangan Islam punca rasuah berleluasa - Presiden PAS

Harakahdaily

Intan Abdullah

Thu | May 22, 08 | 5:09:28 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mengetengahkan bahawa kebanyakan pemimpin negara Islam yang terlibat dengan gejala rasuah.

Dalam soalan yang dibangkitkan Dato' Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) beliau menyatakan bahawa penyakit rasuah telah lama berlaku.

"Meskipun dalam Islam tidak menetapkan hukuman rasuah, ia terserah kepada budi bicara pemerintah bagi menyelesaikan, saya mencadangkan supaya memberi penekanan kepada aspek zahir semata-mata tanpa menitik beratkan aspek spiritual dalam aspek pencegahan," ujarnya dalam sesi penggulungan ke atas perbahasan titah ucapan diraja oleh Jabatan Perdana Menteri mengenai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Nazri dalam jawapan beliau meminta agar Abdul Hadi yang juga merupakan Presiden PAS mengusulkan cadangan secara khusus bagi menangani masalah rasuah yang kini telah dikategorikan sebagai penyakit wabak yang merbahaya.

Namun, Abdul Hadi juga menegaskan bahawa punca berleluasanya masalah tersebut di negara-negara Islam adalah disebabkan pemimpin yang menerajui negara tersebut tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Sementara itu, ketika menjelaskan persoalan yang dibangkitkan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) Nazri tidak membenarkan Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) untuk menjawab soalan berkenaan walaupun beliau telah pun berdiri untuk memberi ulasan mengenainya.

"Saya telah dihubungi BPR tentang hal ini dan ianya tidak dimaklumkan menerusi media, jadi apa yang dilaporkan oleh akhbar The Sun tidak betul," katanya.

Dalam soalan yang dikemukakan Lim, beliau ingin mendapatkan penjelasan mengenai tindakan Abdul Rahman yang tidak mahu membuat laporan kepada BPR berhubung sejumlah wang yang ditawarkan kepadanya sehingga ia dikatakan boleh berbelanja sehingga dua ke tiga generasi.

"Ini seolah-olah menunjukkan wujudnya fahaman yang berbeza-beza di kalangan pemimpin BN," tegasnya.

Pada masa yang sama, Nazri menjelaskan bahawa persoalan mengenai hasil siasatan BPR tidak akan didedahkan kepada umum.

"Jika Yang Berhormat ingin mendapatkannya, ianya disimpan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," katanya.

Dalam persoalan yang ditimbulkan sebelumnya, Tian Chua (KeADILan-Batu) meminta penjelasan mengenai hasil siasatan BPR bagi membersihkan nama baik Perdana Menteri setelah pelbagai tohmahan dikenakan ke atas beliau menerusi laman web dan blog.

"Yang menjadi kehairanan saya ialah kenapa pihak berkuasa bertindak dengan cepat dalam membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri dan sebaliknya berlaku kepada Perdana Menteri?" ujarnya.

Mengulas mengenai isu tersebut, Nazri menyatakan ianya adalah terpulang kepada pihak polis dan Peguam Negara untuk mengadakan siasatan dan tindakan selanjutnya. - mks.

Read More...

'Komplot' 3 Tan Sri batal dakwat kekal

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman & Zahra Hamdan | May 22, 08 1:42pm

Pembatalan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum lalu hasil "komplot" tiga badan utama negara untuk "menggagalkan usaha memastikan pilihanraya itu tidak dicemari penipuan", dakwa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Dalam laporan polisnya, jurucakap gabungan itu Faisal Mustaffa mendakwa usaha terancang itu melibatkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

bersih police report indelible ink 220508 01"Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal.

Aduan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi tadi susulan kenyataan beberapa tokoh ini sejak minggu lalu.

Sabtu lepas, Abdul Rashid mendedahkan, kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen pada 13 Februari, untuk menolak penggunaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada hari yang sama ,bagaimanapun menafikan kabinet mengarahkan suruhanjaya itu berbuat demikian.

Tahun lalu, SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang hari pengundian atas alasan keselamatan.

Abdul Gani dan Musa turut hadir di sidang media SPR sewaktu mengumumkan pembatalan tersebut, pada 4 Mac lalu.

Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi penggunaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis.

Menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar bagaimanapun memberitahu Dewan Rakyat minggu lepas bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal berdasarkan "bukti khabar angin".

Bercakap di satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIM), Abdul Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara.

"Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut.

"(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (menteri) percaya ia memang benar-benar wujud," kata Abdul Rashid.

bersih police report indelible ink 220508 03Turut hadir di balai polis, pengarah eksekutif Institut Integriti Pilihanraya Kebangsaan (NIEI) Amin Iskandar (foto, kiri sekali).

Bersih dan NIEI dalam kenyataan bersama selepas itu turut menyebut penglibatan perdana menteri dalam kontroversi ini.

Menurut mereka, ketua polis mendakwa terdapat laporan polis dibuat di Kelantan, Kedah, Perlis di antara 16 hingga 21 Februari lalu.

Namun, tambah mereka, jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Syed Hamid ketika menjawab soalan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan mengesahkan "sebenarnya tiada sebarang bukti berkenaan penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran."

Membaca kenyataan itu, Faisal berkata, percanggahan dakwaan keempat-empat pihak ini menunjukkan bahawa "Abdul Rashid berada di bawah telunjuk ahli kabinet".

Sepatutnya SPR membentangkan pindaan kepada Parlimen bagi membolehkan pelaksanaannya menurut undang-undang, tambahnya.

"SPR hanya merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan kelulusan berikutan penggunaan dakwat kekal tanpa ada pindaan (akta) kepada Parlimen," tambahnya.

Bersih dan NIEI juga mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan serta-merta berdasarkan sikapnya yang didakwa "tidak profesional".

Amin pula berkata, alasan untuk membatalkan penggunaan dakwat "tidak masuk akal" kerana prosedur pembelian dakwat itu amat ketat.

"Dakwat ini bukan boleh beli di kedai alat tulis. Kena ada surat, kena ada suruhanjaya. Bukan boleh senang-senang pergi beli," katanya.

Mengulas tentang dakwaan terdapat pembelian dakwat ini dari negara jiran, Amin berkata: "Thailand sendiri mengimport dakwat kekal dari India."

Menurut pemantau pilihanraya itu lagi, India adalah pengeksport utama dakwat kekal untuk pilihanraya di rantau ini.

"Dakwat (kekal) yang dikemukakan kepada pihak (majlis) mufti itu sendiri adalah dari India," katanya, yang turut memantau pilihanraya umum di Nepal baru-baru ini.

Dalam aduan polisnya, Bersih melampirkan 12 keratan akhbar berhubung kontroversi ini, termasuk laporan Bernama, The Star dan Malaysiakini.

Read More...

Akhirnya Sdr Ezam Pergi Jua! - Versi Baru

Tranungkite

Dilulus terbit pada Thursday, May 22 @ 13:46:27 MYT oleh greenboc
Artikel Pendek Oleh khairulfaizi

"a
Terkejut dengan berita ini, saya telah menghubungi sdr Badrul Shahrin (CheguBard) untuk mengesahkan perkara ini sebentar tadi. Beliau menyebut bahawa saya sudah pasti akan menghubunginya kerana ketika Ezam meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan dahulu, saya telah menulis artikel bertajuk "Akhirnya Sdr Ezam Pergi Jua". Tidak silap saya, artikel tersebut telah keluar dalam Malaysiakini.com pada 2 November 2006.

Ketika itu, ramai yang beranggapan bahawa Ezam akan menyertai UMNO. Berbeza dengan saya yang masih beranggapan bahawa Ezam tidak akan menyertai UMNO kerana prinsip yang beliau pegang selama ini.

Dalam perbualan saya dengan Chegubard sebentar tadi, terasa bahawa segala prinsip perjuangan yang telah disebut dan dilaung-laungkan oleh Ezam selama ini telah hancur berkecai, berderai bab kaca terhempas ke tanah. Chegubard adalah di antara manusia yang cukup mempertahankan Ezam apabila dicemuh dan dicaci selama ini. Biarpun ramai yang bersikap begitu tetapi Chegubard, Nurin Aina dan rakan-rakan yang lain tetapi mahu bersama dengan Ezam. Berapa ramai penggerak Reformasi yang sanggup untuk bersama-sama GERAK kerana percaya Ezam.

Saya tidaklah rapat dengan beliau sepertimana Chegubard dan rakan-rakan yang lain tetapi saya melihat bahawa sdr Ezam sudah hilang maruah diri sebagai seorang pemimpin yang disegani oleh generasi muda seperti saya dan yang lain-lain.

Chegubard memberitahu saya bahawa beliau sendiri telah meninggalkan GERAK sejak beberapa bulan yang lalu. Beliau telah berusaha agar Ezam tidak bertindak menyertai UMNO atas apa jua alasan kerana ia sangat-sangat bertentangan dengan apa yang beliau telah perjuangkan selama ini. Ezam sendiri tahu bahawa UMNO sudah dirosakkan dengan pelbagai gejala negatif termasuk gejala rasuah yang sangat membarah.

Apakah Ezam ingin memulihkan UMNO daripada dalam seperti mana yang pernah dilakukan oleh sdr Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu? Saya difahamkan bahawa Ezam menyertai UMNO di atas alasan ingin mengembalikan kuasa dan maruah Melayu yang semakin terhakis ketika ini sehinggakan GERAK akan diserahkan kepada pihak lain untuk meneruskan perjuangan memerangi rasuah dalam negara.

Saya pernah bertanya dengan Ezam pada satu masa dahulu sama ada beliau akan menyertai UMNO namun beliau jelas tidak akan menyertainya lagi tetapi mahu berjuang membenteras rasuah melalui GERAK. Sekarang, segalanya telah berakhir dengan episod yang mendukacitakan. Ezam telah berjaya mengesahkan apa yang pernah disebut-sebut oleh pelbagai pihak bahawa Ezam akan menyertai UMNO.

Sdr Ezam, ketika anda meninggalkan jawatan sebagai Ketua AMK dahulu, saya mendoakan agar anda akan terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan melalui medan baru yang anda pilih. Tetapi bila anda memilih untuk bersama dengan UMNO sebagai wadah baru di atas apa jua alasan, maka tidak ada apa-apa yang saya perlu doakan untuk kebaikan kerana anda telah mengkhianati perjuangan.

Sdr Ezam, masih ada masa untuk anda menarik balik hasrat untuk menyertai semula UMNO namun sekiranya segalanya telah muktamat untuk anda maka ingatlah bahawa anda telah meletakkan kaki ke dalam golongan atau kumpulan orang yang zalim. Bersedialah untuk berhadapan dengan rakyat dan bersedialah untuk berhadapan dengan Allah S.W.T.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
22 Mei 2008, 11.11pagi
----------------------------------

Read More...

"Ezam di luar negara sampai minggu depan" GERAK

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Mohamad Mukhreez
Khamis, 22 Mei 2008

PENGERUSI Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor kini berada di luar negara dan hanya akan pulang awal minggu depan, kata jurucakap GERAK ketika dihubungi KLpos sebentar tadi.

Cerita Ezam hendak masuk semula Umno menjadi tajuk muka depan akhbar The Star hari ini.

Menurut laporan yang memetik sumber dalaman Umno itu, tenaga dalam pengalaman Ezam menentang rasuah diperlukan bagi membantu reformasi besar-besaran yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini.

Ezam tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara tersebut.

Menurut Jurucakap GERAK, Ezam berada di luar negara dan hanya kembali awal minggu depan.

Bacaan berkaitan

Liku perjuangan pendekar jawa

"GERAK tidak mahu terperangkap dengan politik kepartian" Ezam

Read More...

Masuk Umno: Ezam sahkan minggu depan

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | May 22, 08 1:54pm

Teka-teki sama ada bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor bakal menyertai Umno akan terjawab sewal-awalnya minggu depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini melalui SMS hari ini, Ezam berkata beliau sedang berada di luar negeri.

ezam mohd noor 220507Dalam jawapannya, Ezam berkata, beliau akan kembali ke tanahair Selasa ini.

Menurutnya, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut selepas kembali ke tanahair.

SMS beliau berbunyi: Saya di luar negara. Kembali Selasa. Kena buat kenyataan selepas kembali. Wassalam.

Ezam diminta mengulas laporan yang menyatakan beliau akan menyertai Umno selepas mendapat lampu hijau daripada pucuk pimpinan parti tersebut.

Difahamkan, Ezam juga akan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya tidak lama selepas dibebaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2003.

Desas-desus mengenai kemungkinan Ezam menyertai Umno telah tersebar luas melalui Internet, khususnya sejak minggu ini.

Manakala akhbar berbahasa Inggeris The Star memetik sumber-sumber yang berkata Ezam telah mengadakan perbincangan dengan presiden dan timbalan presiden Umno untuk kembali kepada parti itu selepas keluar pada 1998.

Read More...

Dewan Rakyat: YB kutuk kes ugut Karpal


Berita Harian


SEMPAT BERGURAU: Nazri berjenaka dengan Guan Eng ketika sidang media di lobi Parlimen, semalam.

AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang semalam mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab menghantar surat ugutan berserta sebutir peluru hidup kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dianggap perbuatan pengecut serta meminta pihak berkuasa menyiasat kes itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang juga Pengerusi Kaukus Hak Asasi Manusia berkata, sesiapa pun tidak boleh bertindak keterlaluan dan mengambil undang-undang sendiri.

"Adalah salah menghantar peluru hidup, itu perbuatan orang penakut... jika betul tidak berpuas hati dengan Karpal, tentunya boleh datang berbincang dengan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu," katanya pada sidang media bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di lobi Parlimen semalam.

Kelmarin, Karpal membuat laporan polis menerima surat ugutan berserta sebutir peluru hidup yang dihantar ke pejabatnya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur. Beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 5 petang selepas menerima surat ugutan berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Lim yang membacakan satu kenyataan, mengecam ancaman bunuh itu dan menyifatkannya sebagai budaya hutan rimba dan samseng yang tidak mendapat tempat dalam aspirasi nasional dan semangat kemanusiaan serta kenegaraan Malaysia.

Beliau meminta polis memberikan perlindungan sewajarnya kepada Karpal serta menjalankan siasatan dan menangkap pihak yang membuat ancaman itu. "Kita sebagai pengamal demokrasi percaya kepada keamanan dan tidak percaya kepada keganasan untuk mencapai matlamat," katanya.

Sementara itu ketika ditanya perkara berkenaan pada sidang media berasingan, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Pemuda Umno dan Pemuda BN tidak bersetuju dengan tindakan seumpama itu.

"Kita dalam negara yang tidak menghalalkan tindakan seperti itu. Hantar peluru dan buat perkara tidak munasabah bukan cara kita," tegasnya sambil menyatakan tentunya polis akan menyiasat kes itu.

Read More...

Ezam to rejoin Umno


The Star Online


Exclusive: By JOCELINE TAN
newsdesk@thestar.com.my

PETALING JAYA: Former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor will be rejoining Umno after receiving the green light from the top Umno leadership.

He will also cease to head the anti-corruption NGO, Gerak, from June 1 in preparation for his return to Umno. Mohd Nazree Yunus has been named to take over as chairman of Gerak.

Ezam: Speculation on future role

Sources said he has met both the Umno president as well as deputy president for discussions in connection with his move.

His return to Umno is expected to be announced soon and will be seen as a blow to PKR.

Ezam, 40, was a rising star in Umno when he chose to follow Datuk Seri Anwar Irahim out of Umno after the latter’s sacking in 1998.

He was then Anwar’s political secretary and had also gone to jail under the ISA and OSA.

He resigned from PKR last year after an internal power struggle with PKR vice-president Azmin Ali. At the time of his resignation, he criticised Anwar for his “dictatorial politics” and accused Azmin of being “a schemer who dominates Anwar.”

Ezam has since concentrated on Gerak which is aimed at promoting a corruption-free culture, free media and independent judiciary.

There is some speculation about his future role in Umno including the possibility of appointing him a Senator. But the source said that he was content to be an ordinary member for a start.

Sources said the timing for his rejoining Umno could not be better given the Government’s initiative to strengthen judicial independence and the anti-corruption legislation.

Read More...

GPMS lancar blog Daulat Tuanku, SMS

Malaysiakini

May 22, 08 10:55am

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) melancarkan laman blog dan khidmat SMS untuk orang ramai terutama golongan belia, menyuarakan pandangan berhubung isu yang berkaitan perpaduan kaum di negara ini.

Timbalan Presiden GPMS Syed Anuar Syed Mohamad berkata kewujudan blog yang dinamakan Daulat Tuanku dan SMS itu adalah berikutan rasa tanggungjawab GPMS terhadap beberapa isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.

gpms daulat tuanku blog website 220508"Blog dan SMS ini bertujuan memberi ruang kepada semua kaum terutama golongan belia memberi pandangan terhadap isu berkaitan perpaduan kaum sebagai tanda pendirian mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman blog itu semalam.

Menurut laporan Bernama, orang ramai yang mempunyai pandangan atau komen mengenai sebarang isu semasa yang melibatkan perpaduan kaum di negara ini, boleh menyuarakan pendapat menerusi lamanweb www.daulattuanku.blogspot.com atau menerusi SMS dengan menaip DT Nama No.K/P Pendapat/Komen dan hantar ke 32728.

Setiap SMS akan dikenakan caj 50 sen dan GPMS akan memberikan maklumbalas dengan kadar segera pada sebarang pertanyaan daripada orang ramai, katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pandangan GPMS sebagai sebuah badan bukan kerajaan mengenai keadaan politik negara, Syed Anuar berkata: "Kami yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan biarlah mereka yang menyelesaikan masalah dalam parti mereka".

Read More...

Anwar: 'Saya tidak akan jadi PM lebih 10 tahun'

Mstar Online

21-05-2008 08:10:38 PM
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan memegang jawatan Perdana Menteri lebih daripada 10 tahun jika berpeluang untuk memimpin negara ini.

"Jika anda tidak berupaya melakukan perubahan signifikan dalam 10 tahun (sebagai Perdana Menteri), bermakna sudah sampai masanya untuk berundur," kata beliau yang yakin bahawa mempunyai sokongan padu ahli-ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau, yang dipetik Bloomberg, menyatakan demikian pada pertemuan dengan wartawan di Singapura hari ini.

Anwar yang kini mengetuai Pakatan Rakyat berkata, sehingga kini belum lagi menerima makluman rasmi mengatakan bahawa beliau sudah layak untuk memegang jawatan parti.

Larangan memegang jawatan parti dan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun ke atas Anwar, yang dipecat daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden pada 1998, berakhir bulan lalu.

Kini Pakatan Rakyat menguasai 82 kerusi di Dewan Rakyat manakala Barisan Nasional (BN) yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga pula memiliki 140 kerusi.

Sejak kebelakangan ini, Anwar mendakwa beliau mempunyai sokongan memandangkan sekumpulan ahli Parlimen BN telah menyatakan kesediaan untuk melompat ke Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat memerlukan 30 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Malah, kata Anwar, beberapa wakil rakyat pembangkang telah menyatakan kesediaan untuk berundur bagi membolehkannya bertanding kerusi Parlimen.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga berkata, undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan "pilihan terbaik untuk menjatuhkan" BN yang sedang memerintah.

"Anda gunakan saluran perlembagaan untuk membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat untuk membawa usul bagi menjatuhkan perdana menteri," katanya.

Kelmarin tekanan ke atas Abdullah meningkat ekoran keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memutuskan untuk keluar Umno atas alasan kecewa dengan kepimpinan parti.

Read More...

Anwar ada peluang cerah selepas Mahathir keluar Umno?

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Thu | May 22, 08 | 9:15:27 am MYT


KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Dua hari lalu kecoh cerita ahli Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana nombor keahliannya ialah, 001 mengisytihar keluar Umno Baru yang beliau sendiri asaskan selepas berjaya mengharamkan Umno yang asal.

Mengulas isu itu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) berkata, pengumuman Mahathir itu dijangka merancakkan lagi 'percaturan perebutan kuasa' dalam Umno yang dilihat amat mendebarkan kebelakangan ini.

Perkara ini akan lebih dramatik apabila Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) juga dijangka lambat laun akan mengekori rentak Mahathir yang memberikan tekanan hebat kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Umno itu sendiri, katanya.

Perkembangan terdahulu beberapa puluh jam sebelum pengumuman keluar Umno oleh Mahathir ini membayangkan betapa Umno dalam keadaan yang sangat tidak stabil.

"Kuat khabar yang bertiup menyatakan kemungkinan Mahathir dan lima lagi akan didakwa. Ini ekoran pendedahan laporan penyiasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja menyiasat kes Pita Linggam," katanya.

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes Pita Lingam mencadangkan agar Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri untuk disiasat berhubung dengan peranan beliau dalam pelantikan hakim-hakim sewaktu berkuasa dahulu, katanya.

Selain Mahathir, Tengku Adnan, Vincent Tan, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Eusof Chin dan VK LIngam turut dicadangkan untuk disiasat.

Dalam pertarungan di antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak untuk merebut kekuasaan, Anwar kini mendapat sedikit kelebihan apabila 'mentor' Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia akan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Rakyat kini sedang menanti plot selanjutnya, adakah benar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi berani merealisasikan saranan suruhanjaya diraja menyiasat kes pita Linggam.

"Ini kerana Abdullah memang terkenal sebagai 'penubuh suruhanjaya dan jawatankuasa penyiasat' tetapi tidak berani menjalankan saranan suruhanjaya atau jawatankuasa yang dibentuk," katanya.

Anwar sendiri dalam komentarnya berhubung tindakan Dr Mahathir keluar Umno menyatakan secara serius betapa rakyat kini tidak perlu lagi mengharapkan Umno yang kian lemah.

Sebaliknya Anwar menyeru rakyat beralih kepada Pakatan Rakyat yang mempunyai misi dan visi yang akan mensejahterakan rakyat. - mks.

Read More...

BPR buka kes percutian Eusoff-Lingam

Utusan Online

KUALA LUMPUR 21 Mei – Setelah 10 tahun siasatan dihentikan, Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuka semula siasatan kes percutian melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan peguam, V. K. Lingam di New Zealand pada 1994.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan yang mengesahnya berkata, keputusan itu dilakukan setelah BPR menerima arahan Peguam Negara semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

‘‘Kita membuka semula siasatan seperti diarahkan oleh Peguam Negara yang diterima semalam,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ekoran laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V.K. Lingam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan BPR membuka semula siasatan terhadap Eusoff dan Lingam.

Siasatan tertumpu kepada dakwaan mereka ‘bercuti bersama’ pada tahun 1994 berdasarkan gambar percutian bekas Ketua Hakim Negara itu dengan keluarga Lingam.

Siasatan juga dijangka memberi tumpuan terhadap beberapa isu lain yang dibangkitkan dalam laporan suruhanjaya tersebut.

BPR pada 1998 menyiasat kes itu setelah menerima aduan daripada orang ramai tetapi siasatan diarah ditutup oleh Peguam Negara berikutan kekurangan bukti.

Lingam dalam perbicaraan suruhanjaya klip video memberitahu, beliau bersama Eusoff merancang percutian di New Zealand secara berasingan walaupun butir percutian mereka, termasuk tarikh penerbangan hampir sama.

Read More...

Ucapan menteri gambarkan BN selama ini lakukan banyak kesilapan

Harakahdaily

Intan Abdullah

Wed | May 21, 08 | 6:00:23 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Khalid Samad (PAS-Shah Alam) menyifatkan ucapan Menteri Kerjaraya, Dato' Ir Mohd Zin Mohd sebagai menunjukkan kesilapan yang selama ini dilakukan kerajaan BN dalam mengendalikan urusan pembinaan jalan raya.

"Ucapan menteri menggambarkan kelemahan BN sebelum ini adalah natijah daripada tindakan yang salah seperti kontraktor yang menipu, JKR tidak boleh diharap, dan sebagainya.

"Ini hal yang serius, adakah sistem yang ada cukup korup? Dan adakah penjelasan menteri mengenai penyelesaian terhadap masalah pembinaan jalan raya di tanah gambut suatu penemuan baru kepada BN?" ujarnya.

Namun persoalan tersebut dinafikan oleh Mohd Zin untuk meneruskan penjelasan ekoran pada pandangannya ia merupakan anggapan Khalid menggunakan kesempatan tersebut untuk membuat persepsi.

"Kalau Yang Berhormat tidak berpuas hati, saya sedia untuk berdebat secara terbuka dengan Yang Berhormat selepas ini di luar," tegasnya.

Sementara itu, persoalan yang dibangkitkan Dato' Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) telah mengundang situasi panas di dalam Dewan mengenai pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra ke-2.

Kamarudin yang meminta penjelasan mengenai status pembinaan jambatan berkenaan mendakwa projek tersebut sekarang ini tidak berjalan dengan lancar ekoran ia melibatkan penyokong dan Pemuda Umno Kelantan yang sekadar untuk mendapat keuntungan dan dividen daripada projek itu.

Belumpun beliau sempat menghabiskan soalan tersebut, Dato' Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) menyampuk dengan menuduh Kamarudin, "awak pun sama."

Namun, Kamarudin menegaskan bahawa beliau berani cabar Tajudin untuk membuktikan tuduhan yang dikatakan itu di luar Dewan sambil menyatakan bahawa Tajudin yang sebenarnya memiliki rekod yang buruk.

Perbahasan titah ucapan Diraja hari ini diteruskan dengan sesi penggulungan Kementerian Kerja Raya yang sebahagian besarnya melibatkan penjelasan masalah yang timbul berkaitan projek membina dan membaik pulih jalan raya di sekitar negeri Pantai Timur, Sabah, Sarawak dan Johor. - mns

Read More...

Ahli Parlimen BN sokong PM

Berita Harian

Oleh Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Azman Zakaria, Abdul Halem Yusoff, Faiza Zainuddin dan Norliza Wasilan


PERKUKUH PARTI: Abdullah dan Najib melihat dokumen ditunjukkan Tengku Adnan sebelum mesyuarat khas MT Umno, di Menara Datuk Onn, PWTC, malam tadi.

Komponen mahu Pak Lah kekal, tolak saranan Dr M minta ahli Umno tinggal parti

KUALA LUMPUR: Selepas menerima sokongan padu daripada Ahli Parlimen Umno kelmarin, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mendapat ikrar taat setia daripada kalangan Ahli Parlimen parti komponen Barisan Nasional (BN).

Mereka bukan saja mahu Abdullah terus menerajui negara, malah secara tegas menolak saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meminta supaya ahli Umno bertindak meninggalkan parti itu.

Semua Ahli Parlimen parti komponen berpendapat, tindakan ahli Umno keluar daripada parti tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan hanya menjejaskan kestabilan kerajaan BN yang ditunjangi Umno serta membantu pembangkang merealisasikan hasrat membentuk kerajaan.

Naib Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Pandan, Datuk Ong Tee Keat, berkata semua wakil rakyat BN akan terus setia menyokong kepemimpinan Abdullah dan tidak timbul keperluan untuk mereka mendesak pengunduran Perdana Menteri.

"Kita sudah tegaskan berkali-kali bahawa semua parti komponen BN menyokong penuh Abdullah yang diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu dan keputusan itu mesti dihormati," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam. Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, walaupun gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum lalu, hakikatnya Perdana Menteri tetap berjaya memacu kejayaan BN.

Kelmarin, Ahli Parlimen daripada Umno menyatakan sokongan padu terhadap kepemimpinan Abdullah sebagai presiden parti serta berikrar tidak akan meninggalkan Umno seperti disarankan Dr Mahathir yang mengumumkan keluar daripada parti Isnin lalu.

Ikrar taat setia itu dinyatakan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri di Bangunan Parlimen. Mereka juga sebulat suara bersetuju menubuhkan Kumpulan Wakil Rakyat Umno bagi memudahkan Ahli Parlimen daripada parti itu berkumpul membincangkan pelbagai isu mengenai parti.

Isnin lalu, Dr Mahathir ketika mengumumkan keputusannya keluar daripada Umno berkuat kuasa serta-merta kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah, mengajak semua ahli Umno lain mengikuti jejaknya dan hanya kembali menyertai parti itu selepas Abdullah meletak jawatan.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata, beliau dan parti itu akan terus memberikan sokongan padu terhadap kepemimpinan Perdana Menteri sebagai Pengerusi BN dan meminta semua ahlinya menghormati mandat rakyat.

"Saya juga yakin semua parti komponen BN lain turut berpendirian sedemikian," katanya yang menyifatkan tindakan Dr Mahathir keluar daripada Umno tidak akan menjejaskan kekuatan BN.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, soal masuk dan keluar parti bukan perkara yang ganjil atau luar biasa dan tindakan Dr Mahathir itu adalah sesuatu yang memang biasa berlaku di negara ini serta tidak sepatutnya diperbesar-besarkan.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah, Datuk Liew Vui Keong pula berkata, sebagai anggota komponen BN, parti itu akan tetap setia menyokong Abdullah kerana beliau adalah Perdana Menteri yang sah selepas pilihan raya lalu.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, cadangan Dr Mahathir supaya ahli Umno dan BN keluar parti tidak boleh diterima kerana Abdullah hanya lucut jawatan jika tewas pada pilihan raya.

Ahli Parlimen Sandakan itu berkata, jika ada wakil rakyat BN yang mahu menyahut saranan Dr Mahathir, mereka perlu mengosongkan kerusi dan mendapat mandat baru rakyat, tetapi yakin tiada yang akan mengkhianati perjuangan BN.

Sementara itu, Ketua Penerangan MIC, Datuk M Saravanan, berkata desakan Dr Mahathir supaya ahli Umno bertindak keluar parti bagi memberi tekanan kepada Abdullah supaya berundur, mungkin satu tindakan yang akan memakan diri.

Ahli Parlimen Tapah yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, pembangkang akan menggunakan kesempatan apabila parti kerajaan hilang majoriti di Dewan Rakyat untuk cuba membentuk kerajaan.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Douglas Uggah Embas, berkata beliau dan parti akan terus menyokong Abdullah yang sudah membuktikan keupayaannya membawa pembangunan ke seluruh negara, termasuk di Sarawak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata, sebagai tunjang kekuatan BN di Sarawak, semua ahli PBB juga berpuas hati dengan prestasi Abdullah sebagai pemimpin dan tidak perlu mengikut saranan Dr Mahathir.

Katanya, rakyat Sarawak sudah membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu dengan memberi 30 daripada 31 kerusi Parlimen kepada BN dan mandat itu mesti dihormati dan tidak dikhianati.

Read More...

Dr M kepada Musa dan Shahrir: "Tepuk dulang paku serpih"

Mstar Online

22-05-2008 10:24:38 AM
Oleh SA'ODAH ELIAS

PETALING JAYA: Walaupun kini di Jepun, Tun Dr Mahathir Mohamad terus lantang membelasah mereka yang mengkritik beliau kerana keluar Umno, terutama veteran Tun Musa Hitam dan ahli majlis tertinggi Datuk Shahrir Samad.

Melalui posting terakhir beliau dalam laman blog peribadinya www.chedet.com, awal pagi Khamis, bekas perdana menteri itu mengaku berasa geli hati mengikuti laporan media yang memetik Musa sebagai menganggapnya sebagai duri dalam daging.

"Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging Umno tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri (di lantik oleh saya). Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno kerana hendak saya berhenti daripada jadi perdana menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden Umno. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

"Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding presiden, dan Tun jadi timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh," tulis beliau.

Berikutan tindakan Musa itu, kata Dr mahatir, akhirnya pecahlah Umno dan muncullah parti serpihan Semangat 46.

"Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada Umno Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli Umno atau tidak," tambahnya.

Mengenai Shahrir Samad yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dr Mahathir mengingatkan beliau tentang sejarahnya pernah keluar Umno serta menjadi calon bebas bagi menentang Barisan Nasional dalam satu pilihan raya kecil menggunakan simbol kunci.

"Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Datuk dibenar kembali ke pangkuan Umno, Datuk akan jadi duri dalam daging Umno lebih lama. Walaupun Datuk maki hamun saya semasa pilihan raya kecil saya bersetuju Datuk masuk balik Umno.

"Saya ucap tahniah kerana Datuk dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya," katanya dengan mengakhiri tulisannya kali ini dengan pantuk dua rangkap "Tepuk dulang paku serpih. Katakan orang awak yang lebih.

Read More...

How BN finished RM500k in less than 60 days (JPEG)

Wengsan.blogspot









16 Comments:

At Monday, May 12, 2008 2:23:00 PM , Blogger l藍海 said...

找人查一查看那些公司幕後註冊和擁有者的身份看:)

At Wednesday, May 14, 2008 12:11:00 AM , Blogger Gene said...

just picking out 1 obvious listing from the list, not even going to attempt to speculate on the others.

23/2/08 Bali Bina Enterprise
"Kerja membaikpulih tiang gelanggang bola keranjang di ss 3/14" RM5000

i like how the accounts is in such simple round numbers written in basic excel. if this is real, god help us all when people who steal become so complacent as to not even try to hide it anymore.

At Wednesday, May 14, 2008 12:47:00 AM , Blogger Save DAP said...

省钱秀还是花钱秀?

At Wednesday, May 14, 2008 5:03:00 AM , Blogger WY Kam 甘永元 said...

is this OSA?

how come it come across to me that the account is made up? all the contractors are the same people. the events are all seem to be made up..and the sums are always round figure. WTF! can you demand detailed budget from EACh contractor and Each project! This is DAY LIGHT ROBBERY!

At Wednesday, May 14, 2008 8:32:00 AM , Blogger msian said...

this is kempen menghabiskan duit rakyat... :)

At Wednesday, May 14, 2008 2:21:00 PM , Blogger KY said...

oOo semua sulit sulit @.@

At Wednesday, May 14, 2008 5:52:00 PM , Blogger Kin Kit said...

TWO question;
WHY the government can spend money on politicians when they organised "Mesra Rakyat bersama pemimpin MCA". This is obviously abuse of power!! Politics and government must separated!!

2) If all those projects were done by private bumi constructor, what the fuck did the local government did? Didn't all those jobs to repair longkang is supposed be done by them?

At Wednesday, May 14, 2008 5:53:00 PM , Blogger amoker said...

Anybody notice how certain payments are made twice( different cheque number) for the same item? Haha.

Satu lagi project barisan national

At Wednesday, May 14, 2008 9:12:00 PM , Blogger Bull said...

an what the hell can you do? You in the government for almost 2-3 months. I ain't seeing any one being charge for corruption or what ever charge. What can you say? What do you dare to do on all this bull shit??

At Thursday, May 15, 2008 6:21:00 AM , Blogger Zhuang Tze (庄子) said...

Last month,while I was at the PJ Majistrate court 3 to post bail for my friend who was accused for running a business without licence,I was shocked to witness one case ,regarding a young man being accused for stealing Rm2 worth of goods from a 7/11 outlet in PJ.
If stealing Rm 2 goods is a crime,then why those people suspected of misappropriate of the Government fund are not punished?

At Thursday, May 15, 2008 12:12:00 PM , Blogger Thor Zhe Lin said...

hi, the pic is too small, was unable to read the contents. Is there a way to read it in normal size?
thx

At Thursday, May 15, 2008 12:13:00 PM , Blogger Thor Zhe Lin said...

hi, was unable to read the contents. is there a way to view it in normal size?

thx

At Thursday, May 15, 2008 2:32:00 PM , Blogger 'nyau said...

Sadly I don't live within your constituency but I was just wondering if you take a look at the 4th spreadsheet, read YB Dato' Dr Wong Sai Hou (https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6hO7ShpB6ugXlg9zBE7MQwNkf8IgiqwhDldHdmGgCogRfkz78MC0LtnrnoAAUn5bjoY5oHmAchGW2cK4MT6po2kJH8Sb5HdojVjjXhjv0eZT5idhV8pZYzRX4Vz4LfUmsMu9OmTjQIpU/s1600-h/peruntukan2008-01+(Large).JPG), you'd find Peruntukan Pentadbiran Pejabat ADUN Tahunan 2008; my point being, he was in office for less than 3 months into 2008, let's say he gets RM1,000 a month therefore he's already untung 9 months gaji buta in lieu. Is your office taking steps to recover the left over sum? Seeing he is no longer looking after Kampung Tunku

At Thursday, May 15, 2008 11:08:00 PM , Blogger Zhuang Tze (庄子) said...

I would like to highlight to you that the management of the Dataran Prima office complex is using bullying tectic to treat the purchasers.
Due to the development of the new blocks, there are serious shortage
of car park.
The company is gaining at least few thousand daily by locking the cars parking in non designated area.
you help us to advise the Dataran Prima management to open more parking bays,instead of imposing fine of Rm 50.00 for unlocking the cars parked at non designated area.

At Friday, May 16, 2008 2:19:00 PM , Blogger Emily said...

All the contractors/companies shows clearly they're sole proprietors... which anyone can 100% guess these companies are 'dummy companies' belonging to unscrupulous people in BN. Any accountant / auditors would know these figures are all manipulated just for personal gain. I'm not an accountant but as a normal citizen, I know this figures are 'bull-shits'.

Where is the proof that the projects / repairs were done... maybe 2~3% of it is done while the rest are mismanagement of rakyat's funds!

I would suggest that Pakatan Rakyat must do something about this and bring justice to Malaysia rakyat, to have those directly involved in this scam be brought to justice. Sadly the good rakyat become poorer but the BN cronies continue to steal from the rakyat.

Note: For those who wrote that they cannot read the spreadsheet - pls click on the sheet and it will pop up 'bigger'.

At Sunday, May 18, 2008 11:22:00 PM , Blogger Zhuang Tze (庄子) said...

I have made some comments on the MBPJ and DBKL in my blog.
Hope my comment could help the PR to improve their performance and gaining more support in the comming GE.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |