Malaysiakini |
Jul 19, 08 7:00am |
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil. "Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat. "Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi," katanya. Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu. Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999. Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut. ketika menyampaikan ceramah politik di Cheng, Melaka malam ini, Bernama melaporkan Anwar berkata, sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah. 'Beralas simen' Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya "corrobotive evidence" (bukti yang memberi pengesahan). "Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil...ingat," katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah. Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lepas. Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lalu seolah-olah beliau "Osama Laden" . "Saya telah "diiringi" oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya," katanya. Katanya semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri. |
Saturday, July 19, 2008
Anwar: Buktikan 'siapa rogol siapa'
0 comments Labels: DNA, DSAI, malaysiakini, penjelasan isu
Lebih baik jika Ali Rustam tak buat apa-apa dari komen isu muzakarah
Harakahdaily Ibrahim Othman Fri | Jul 18, 08 | 10:06:06 am MYT | |
Apabila Naib Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam membuka mulut, mengatakan sudah wujud perubahan pandangan daripada parti pembangkang itu (PAS) dalam mencari persefahaman demi kepentingan Melayu dan umat Islam di negara ini, menunjukkan dia tidak tahu sejarah PAS sebenarnya. Kenyataan ini dibuat Mohd Ali yang juga Ketua Menteri (KM) Melaka, selepas merasmikan persidangan tahunan berkelompok cawangan Umno Bahagian Bukit Katil, di Melaka. Di kalangan pemimpin Umno, Mohd Alilah satu-satunya pemimpin yang dilihat 'mahu memusuhi PAS' dengan mengeluarkan arahan suatu ketika dahulu, melarang 'orang Melaka' melawat Kelantan yang diperintah PAS. Namun, 'sekali air bah, sekali pantai berubah'. Apabila Presiden Umno yang juga Perdana Menteri (PM) sendiri menyambut baik hasrat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk 'bertemu dan bermuzakarah' banyak pihak di dalam Umno, nampaknya �positif� walaupun mereka seperti teraba-raba di dalam gelap. Mohd Ali merupakan satu-satunya pemimpin Umno yang cukup dibimbangi oleh ahli-ahli parti apabila membuat komentar. Dia juga dilihat seorang pemimpin yang cukup kurang kemampuan untuk berucap dan menjelaskan isu yang diperbahaskan. Tidak hairanlah, apabila bekas KM Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkali-kali mencadangkan 'diadakan debat terbuka' antara calon-calon yang mahu bertanding jawatan Presiden, timbalan Presiden dan naib Presiden, ramai yang beranggapan Rahim cuba untuk 'membandingkannya' kebolehannya dengan Mohd Ali dalam perdebatan. Dalam masa yang sama, Mohd Ali merupakan salah seorang pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan Debat antara Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek dengan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim walaupun, dalam masa yang sama PM mengatakan persetujuannya. Mohd Ali mungkin 'fobia' dengan perkataan 'debat' kerana dia tidak berkemampuan berbuat demikian. Justeru, hasrat murni Presiden PAS itu sebenarnya 'untuk menyelamatkan Umno�' yang dilihat terumbang ambing sekarang, dan sejarahnya PAS yang bukan sekali 'menyelamatkan orang-orang Umno' yang bermasalah tidak dapat 'dilihat dan dibaca' oleh Mohd Ali. Itulah sebabnya, dalam perkata berkaitan, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bersetuju cadangan Abdul Hadi, mengingatkan 'pengalaman pahit' berkawan dengan Umno kerana sejarah terdahulu. Mohd Ali seharusnya tahu, apabila Umno (Perikatan) bermasalah dalam pilihan raya umum (PRU) tahun 1969, PAS sanggup berkorban dengan menyertai Perikatan tetapi dikeluarkan dari pakatanitu dalam tahun 1978, oleh Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Hussein Onn. Apakah Mohd Ali tidak ingat, bagaimana dalam tahun 1987, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tewas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merebut jawatan Presiden Umno, PAS menerima kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (S 46) yang diketuai Ku Li, yang ketika itu tidak dibenarkan menyertai Umno? S 46 kemudiannya meninggalkan PAS atas alasan sendiri dan kemudiannya membubarkan parti itu, untuk ahli-ahlinya menyertai Umno kembali. Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno, pemimpin PASlah yang pertama sekali menghulurkan tangan membela Anwar dengan menjelajah ke seluruh negara, selain memberikan ruang seluas-luasnya di dalam Harakah, untuk Anwar dan rakan-rakannya 'membela diri'. Mohd Ali mungkin tidak tahu semua ini, atau terasa Umno masih terlalu kuat untuk 'bermuzakarah' sedangkan kepimpinan PAS sudah nampak, Umno mungkin 'dalam keadaan bahaya' jika terus bersendiri tanpa 'kawan' yang sebangsa dan seagama. Percakaran sesama sendiri dalam komponen BN, usul undi tidak percaya dari PKR, krisis yang melanda MIC, Gerakan dan MCA, menyebabkan Umno makin �kurus� (baca: lemah) dari segi sokongan. Memetik kata-kata Abdullah; "Umno sedia bermuzakarah dengan PAS bagi mencari titik persefahaman antara kedua-dua parti itu demi kepentingan Islam dan orang Melayu," membuktikan Abdullah nampak keperluan itu tetapi malangnya, Mohd Ali hanya nampak wujud perubahan pandangan daripada parti pembangkang itu dalam mencari persefahaman demi kepentingan Melayu dan umat Islam di negara ini. Abdullah seterusnya berkata; "bagi saya langkah ini amat penting kerana ia boleh menyelesaikan banyak isu khususnya yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu. "Kedua-dua parti seharusnya mengelakkan sebarang perbalahan jika timbul isu dan masalah membabitkan kepentingan bersama. "Saya terima baik hasrat PAS untuk berunding atau berbincang mengenai apa jua yang saya fikir perlu diwujudkan persefahaman antara kedua-dua parti ini," Abdullah mengulas kesediaan PAS yang dinyatakan Ustaz Abdul Hadi dalam wawancara dengan lidah rasmi parti, Harakah. Dalam wawancara itu, Abdul Hadi dengan nada tegas menyatakan dalam menyampaikan mesej Islam, PAS berhak mengadakan rundingan dengan Umno tanpa perlu merujuk dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang. Abdullah seterusnya yakin jika PAS dan Umno Berjaya membentuk persefahaman, beliau yakin ia akan memberi banyak manfaat kepada Islam dan Melayu. Sebenarnya, langkah Dato' Mustafa Ali di Terengganu yang mengadakan pertemuan khas dengan MB Terengganu untuk membincangkan kepentingan rakyat Terengganu harus dicontohi pemimpin-pemimpin lain, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, untuk mengadakan pertemuan dengan MB Kedah. - mr_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, pemimpin haprak
Surau atau pejabat UMNO?
|
Ditulis oleh AYu | |
Saturday, 19 July 2008 | |
Ini kerana apabila papan tanda UMNO cawangan dipasang di situ memberikan gambaran bahawa seolah-olah surau yang dibina oleh kerajaan itu menjadi pejabat UMNO. Tambahan pula, pihak berkenaan tidak dapat menghidupkan surau itu sama ada dengan mendirikan solat secara berjemaah atau mengadakan majlis ilmu sejak mengambilalih pengurusannya selepas pilihan umum 2004 lalu. Difahamkan, hanya majlis pembahagian wang ehsan yang dikendalikan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan yang setaraf dengannya sahaja diadakan di surau itu. Bahkan pihak JKKK di situ turut mengadakan mesyuarat di surau itu. Menurut penduduk, ini berbeza sewaktu zaman pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004 lalu kerana pihak Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) yang diamanahkan mentadbir surau itu berjaya mengimarahkannya. Sehubungan itu, mereka berharap pihak berkenaan terutama JKKK perlu mengambil tanggungjawab agar dapat melakukan sesuatu untuk menghidupkannya terutama pada bulan Ramadhan nanti. Tinjauan Selasa lalu mendapati paip di bahagian tempat wuduk lelaki dan wanita tiada air kecuali satu saluran getah ke tandas yang disambungkan pada paip di belakang surau itu. Bagaimanapun, bekalan elektrik tidak menghadapi masalah manakala karpet baru berwarna biru difahamkan dipasang beberapa hari lalu. Kampung Terap termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat. |
0 comments Labels: buletin online, terengganu, UMNO haprak
DNA: Anwar bersedia jika 5 syarat dipenuhi, PM saran jalani ujian
Mstar Online
19-07-2008 10:42:50 AM
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang dalam siasatan polis kerana tuduhan meliwat bekas pembantunya, meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.
"Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.
"Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi," katanya ketika menyampaikan ceramah politik yang dihadiri lebih 1,000 orang di Cheng, Melaka malam tadi.
Kata Anwar, jika empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.
Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya corrobotive evidence (bukti yang memberi pengesahan).
"Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil .. ingat," kata beliau bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.
Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lepas.
- Anwar akan diberi salinan laporan jika dituduh - Ismail
- DNA: Keluarga Anwar was-was syor polis benarkan Anwar pilih sendiri pakar
Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lepas seolah-olah beliau "Osama Laden" .
"Saya telah "diiringi" oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya," kata beliau yang dipetik Bernama.
Kata Anwar, semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.
Anwar enggan membenarkan sampel darahnya diambil ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam Rabu lalu, dengan membantah bahawa beliau bimbang ia akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu seperti dalam kes liwatnya 10 tahun lepas.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis menimbang mendapatkan perintah mahkamah bagi Anwar memberi sampel darahnya untuk ujian DNA.
Kira-kira enam jam sebelum itu, Anwar pada sidang media di rumahnya di sini juga telah meletakkan syarat bagi menjalani DNA iaitu pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel daripada pihak pengadu, Mohd. Saiful dijalankan secara profesional.
Beliau semua pemeriksaan perubatan dan sampel yang diambil dari Mohd Saiful, disahkan secara bebas sebelum beliau mempertimbangkan untuk menjalani sebarang analisis DNA, kata beliau menerusi peguamnya R. Sivarasa.
"Terlebih dahulu semua pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel berkaitan pengadu (Mohd Saiful) perlu ditentusahkan secara bebas dan dilakukan secara profesional tanpa sebarang campur tangan polis.
"Hanya selepas itu sahaja, Datuk Seri (Anwar Ibrahim) akan mempertimbangkan untuk menyertai sebarang analisis DNA," katanya.
Di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Anwar perlu memberikan sampel DNA yang boleh dibuat secara telus bagi membantu siasatan dakwaan kes liwat yang didakwa melibatkannya.
Perdana Menteri berkata, Anwar sendiri boleh melihat proses ujian DNA itu bagi mengetahui keputusannya.
"Kalau dia betul-betul kata tak terlibat ke apa. Bagi sampel," kata Abdullah, sambil menambah kata seolah-olah dirinya berada di tempat Anwar sekarang dengan berkata: "Buat sekarang. Saya nak tengok."
Abdullah berkata: "Dia (Anwar) kata dia tak buat apa-apa. Tengoklah. Tentu hasilnya tidak membuktikan sesuatu yang dia tidak lakukan. Itu caranya... apa susah sangat?"
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai keperluan pihak berkuasa mengambil sampel itu sekali lagi setelah sampel berkenaan diambil 10 tahun lalu semasa kes liwat melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu.
Mengenai perhatian kerajaan Amerika Syarikat dan Jepun kononnya kes itu bermotifkan politik, Abdullah berkata ia tidak betul.
"Tak ada. Tidak ada sebarang konspirasi atau pun apa-apa tindakan yang nak menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak ada. Toksah dok percayalah," katanya.
Abdullah berkata kerajaan sememangnya mahu kes itu diselesaikan dengan segera.
Mengenai permintaan Anwar supaya Perdana Menteri memberi jaminan siasatan polis akan dijalankan secara profesional, Abdullah memberikan jaminan itu.
"Dia (Anwar) akan dilindungi oleh undang-undang yang ada. Kita mesti patuh dengan undang-undang. Pihak berkuasa juga patuh dengan undang-undang.
"Kita ada undang-undang. Undang-undanglah yang akan menjadi pedoman untuk kita nak bertindak atau ambil apa-apa langkah dan tindakan," kata Abdullah.
0 comments Labels: DNA, DSAI, mstar online, Pak Lah undur
Anwar risau DNA dimanipulasi
Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Jul 18, 08 3:53pm |
Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menyerahkan sampel DNA beliau kerana bimbang berulang proses pemalsuan bukti sampel itu seperti dalam perbicaraan kes pertamanya kira-kira 10 tahun lepas, kata peguamnya. Sivarasa Rasiah, yang juga naib presiden PKR, berkata Anwar pernah mengalami penipuan bukti DNA beliau apabila sampel sebenar dalam jagaan polis forensik telah dibuang secara tidak sah oleh seorang pegawai berpangkat senior asisten komisioner. "Ketika disoal balas terhadap saksi-saksi pendakwaan, terdedahlah bahawa DNA yang diambil dari sampel darah telah sengaja diletakkan (kemudian) ke atas tilam yang dikenali umum itu (melalui televisyen)," kata Sivarasa. Beliau menjelaskan, apabila peguam bekas timbalan perdana menteri itu juga mencabarnya, keterangan awal tentang perkara itu dibuang daripada keterangan mahkamah oleh hakim waktu itu Datuk Seri S Augustine Paul. "Apabila dihadapkan dengan fakta ini, pihak pendakwaan meminda pertuduhan (terhadap Anwar) dan memujuk hakim, Augustine Paul, agar membuang keseluruhan bukti DNA daripada rekod (keterangan mahkamah), menghalang peguam-peguam Anwar mencabarnya." Pada 1998, Anwar dituduh menyalahgunakan kuasa apabila cuba mempengaruhi tugas polis dalam siasatan terhadap dakwaan salah laku seksnya. Tambahnya, Anwar hanya bersedia memberikan sampel DNA sekiranya ia dijalankan secara profesional dan wujud pihak perubatan yang bebas. Sivarasa juga menganggap kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar sebagai "mencampuri" urusan siasatan polis dalam kes tersebut. "Kami dapati kenyataan itu tidak sesuai, mencampuri (proses) siasatan dan mempolitikkannya. Kami percaya keseluruhan proses bermotifkan politik." Sebagai ahli kabinet, kata Sivarasa, tindakan Syed Hamid itu boleh dianggap mencampuri siasatan. "Ia bukan datang daripada pemimpin biasa atau ketua Pemuda Umno tetapi menteri penuh, antara menteri yang berpengaruh dalam negara," katanya di sidang media di rumah penasihat PKR di Bukit Segambut, Kuala Lumpur petang ini. "Respons kami, berhenti buat komen, berhenti campur tangan dalam proses siasatan." Mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, peguam itu berkata Anwar memang ditelanjang dan bahagian sulitnya diukur seperti dimaklumkan kepada media semalam (foto kanan). "Itu kenyataan (dalam akhbar) yang salah. Beliau dibogelkan dan (bahagian sulit) beliau diukur," katanya. New Straits Times hari ini memetik satu sumber, yang tidak dinamakan, dari hospital Kuala Lumpur yang menafikan doktor berbuat demikian seperti dakwaan Anwar dalam sidang medianya semalam. Sivarasa menambah, Anwar memberikan kerjasama dalam siasatan kelmarin walaupun kandungan laporan polis pengadu kes itu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun tidak dimaklumkan kepadanya. "Beliau dinasihatkan peguam-peguam kanan supaya tidak memberi keterangan sebelum melihat laporan polis. Kalau beliau tidak memberi kenyataan, sehari selepas itu media akan mainkan (isu bahawa) Anwar menolak memberi kenyataan dan tidak bekerjasama dengan polis. "Beliau (akan dituduh) menyembunyikan sesuatu. Perkara ini bertentangan dengan kehendaknya. Beliau bekerjasama penuh selama lima jam setengah," katanya. Mengulas usaha Anwar mendapatkan kandungan laporan itu, Sivarasa berkata, peguam-peguamnya belum memutuskan tindakan khusus untuk mendapatkannya. Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Syed Hamid bahawa tiada peruntukan undang-undang untuk memaksa seseorang memberikan sampel darah bagi siasatan polis. Ditanya sama ada Anwar dibenarkan ke luar negeri atau sebaliknya, Sivarasa berkata pihaknya tidak diberitahu tentang perkara itu. "Rasminya, pihak berkuasa tidak berkata bahawa beliau tidak boleh pergi. Jika perlu, kami akan berhubung dengan pihak yang relevan seperti imigresen atau perlu dibuat permohonan kepada mereka (imigresen) atau perlu meminta kebenaran mahkamah," katanya. Disoal alibi Anwar pada hari beliau didakwa meliwat bekas pembantunya itu, Sivarasa berkata "segala bukti tentang alibi telah diberitahu polis." "Beliau telah beri semua butir-butir yang perlu kepada pihak polis apabila kenyataannya dirakamkan. Itu sebabnya kita ambil (masa) lima jam setengah (beri keterangan). "Semua saksi lain yang terlibat telah diberitahu. Bagi pihak kami, itulah yang patut disiasat secara profesional dan bebas. Bagi kita, DNA tidak perlu lagi selepas siasatan itu," katanya. Soalan pemberita berulang kali kepada Sivarasa berkaitan alibi dijawab dengan "segala keterangan telah diberitahu polis." Berbeza dengan semalam, hampir 30 wartawan dan jurugambar hadir di sidang media itu dan tiada penyokong Anwar kelihatan. |
0 comments Labels: DNA, DSAI, konspirasi, malaysiakini
Polis buat kerja gila - Mohd Sabu
Harakahdaily Intan Abdullah Fri | Jul 18, 08 | 5:28:08 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Pihak polis sengaja menimbulkan suasana ketegangan sebagai provokasi dengan mengadakan sekatan jalan raya dalam kehangatan isu liwat Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan ura-ura usaha Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat. Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyelar tindakan pihak polis yang disifatkan mengadakan sekatan jalan raya yang tidak perlu dan tidak menitik beratkan kesan dan masalah yang terpaksa ditanggung pengguna jalan raya akibat sekatan tersebut. "Ini semua kerja gila, dan sengaja diada-adakan atau mungkin polis sudah tiada kerja lain yang hendak dibuat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Mengulas mengenai dakwaan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengenai kemungkinan suatu perhimpunan akan dianjurkan dalam masa terdekat, beliau dengan tegas menafikannya. "Kita (PAS) tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan perhimpunan buat masa ini. "Bahkan sekiranya hendak diadakan perhimpunan pun, polis buat sekatanpun perhimpunan tetap boleh dijalankan," ujarnya. Mantan Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu turut menjelaskan perhimpunan 100,000 rakyat pada 10 November tahun lalu membuktikan sekatan jalan raya tidak memberikan apa-apa kesan kepada 'kekuatan suara hati dan kehendak' rakyat untuk menyampaikan hasrat mereka. Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua pula menyifatkan tindakan polis mengadakan sekatan yang masih berterusan itu sebagai tidak bertanggung jawab serta menyusahkan rakyat. "Ini satu perkara yang tidak masuk akal dan tidak bertanggung jawab," tegasnya. Ahli Parlimen Batu itu melahirkan kehairanan terhadap pendirian dan tindakan pihak polis yang kelihatan sudah mula tersasar daripada peranan dan tanggung jawab mereka yang sebenar. "Kerja polis bukan buat sekatan kerana ia tidak akan membantu apa-apa malah operasi tersebut akan melibatkan anggota polis yang ramai," ujarnya. Dalam suasana indeks jenayah negara kian meningkat khususnya di Lembah Klang, beliau juga melahirkan kekesalan dengan sekatan tersebut yang telah memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat. "Apa yang berlaku menyebabkan orang ramai marah kerana ia menyusahkan. "Mereka tidak mempertimbangkan kesan apabila para peniaga terjejas pendapatannya, selain pengguna jalan raya yang mengejar urusan kerja masing-masing," katanya lagi. Memburukkan lagi keadaan, pihak polis katanya mengambil keputusan menjalankan sekatan jalan raya dengan menggunakan khabar angin semata-mata. "Itulah lambang tahap profesional dan integriti polis kita," ujarnya. Semalam, menurut Khalid, sekatan jalan raya di 22 lokasi di seluruh negeri dibuat bagi membendung kecenderungan pihak tertentu mengadakan perhimpunan tanpa permit. Selain mencegah jenayah, beliau berkata, sekatan jalan yang sentiasa berubah lokasi itu perlu bagi memastikan tidak ada elemen tidak sihat yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan masyarakat khususnya di Selangor. "Saya sedar sekatan jalan ini menimbulkan ketidakselesaan tetapi saya mohon maaf. Ini membabitkan keselamatan, jadi kita perlu beri perhatian," katanya ketika ditemui pemberita semalam. Beliau ditanya mengenai sekatan jalan raya menghala ibu negara yang menyebabkan kesesakan teruk sejak Isnin lalu. Dilaporkan lebih 1,600 pegawai dan anggota membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Anjing Pengesan, Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Berkuda dan Unit Udara dikerah mengawal semua pintu masuk ke ibu kota. Khalid berkata, walaupun Anwar Ibrahim dibebaskan semalam, polis tidak menolak kemungkinan penyokongnya mungkin mengadakan perhimpunan dalam tempoh terdekat. - mns _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, polis
Petani gelisah upah tuai naik
Utusan Online
ALOR STAR 18 Julai - Keputusan Persatuan Usahawan Jentuai Kedah/Perlis (Kicai) mengambil tindakan menaikkan kadar upah menuai padi antara 25 peratus hingga 30 peratus serelung pada Musim 1 2008 yang bermula Rabu lalu mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pesawah.
Ini berikutan petani dikatakan baru sahaja hendak menikmati kenaikkan Harga Minimum Terjamin (HMT) padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Sehubungan itu, kadar upah menuai baru sehingga 30 peratus yang dikenakan Kicai itu dilihat mereka seolah-olah tidak membawa keuntungan meskipun HMT padi dinaikkan.
Ini lebih-lebih lagi pada saat kira-kira 70,000 pesawah di negeri ini hanya meraih pendapatan secara purata RM180 bagi setiap relung padi yang dituai pada musim-musim sebelum ini.
Bagaimanapun, jika dilihat secara logik dan tanpa mempertahankan mana-mana pihak, perlu diakui bahawa KICAI membuat keputusan untuk menaikkan kadar upah menuai kerana kos operasi yang meningkat.
Menurut Presiden Kicai, Md. Nor Hamzah, kadar upah baru yang diputuskan pada mesyuarat agung persatuan tersebut pada bulan lalu itu disebabkan oleh kenaikan harga sebahagian barang yang sekali gus meningkatkan kos operasi menuai.
Mereka mendakwa kos pembelian minyak diesel naik 63 peratus; alat ganti import (45 peratus); alat ganti buatan besi tempatan (95 peratus); kos pengangkutan (52 peratus); upah pekerja (30 peratus); makanan pekerja (35 peratus) dan bateri sehingga 95 peratus.
Berikutan itu, Kicai memutuskan kadar upah menuai baru pada musim ini ialah RM120 serelung bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), manakala di luar MADA pula RM130 berbanding RM90 pada musim lalu.
"Kadar upah baru itu adalah yang paling rendah kami kenakan. Ia perlu dilaksanakan selepas kos operasi menuai yang meningkat tinggi terutama kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini.
"Untung yang diperoleh oleh pemilik mesin jentuai pun sebenarnya tidak seberapa," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Dalam pada itu, berikutan keputusan Kicai tersebut, Pengerusi Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA, Ahmad Radin meminta persatuan berkenaan mengkaji semula jumlah kenaikan yang ingin dikenakan itu demi kepentingan semua pihak.
Malah, katanya, PPK, MADA sedia mengadakan perbincangan dengan Kicai bagi mencari satu persetujuan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Ini kerana, ujar beliau, para peladang sebenarnya terpaksa menanggung peningkatan kos input tani seperti merumput, membajak, benih padi, pelbagai jenis racun, membaja termasuk baja tambahan dan kos sewa bendang RM300.
Ahmad berkata, kenaikan HMT padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini memberi sedikit kelegaan kepada para pesawah untuk mendapat pendapatan yang lebih baik.
"Peladang baru nak rasa kenaikan harga padi, tetapi kadar upah menuai terbaru itu akan membuatkan keuntungan diperoleh pesawah yang sepatutnya bertambah berikutan kenaikan HMT padi menjadi kurang semula.
"Kami cukup memahami kos operasi yang semakin tinggi ditanggung oleh pemilik mesin jentuai, tetapi kenaikan kadar upah menuai itu biarlah bersesuaian," katanya.
Dalam hal ini, kedua-dua pihak perlu memahami antara satu sama lain agar isu kenaikan kadar upah menuai padi ini tidak berlarutan sehingga menjejaskan kerjasama antara mereka.
Pada keadaan ekonomi yang menekan, kedua-dua pihak perlu lebih bertimbang rasa agar wujud situasi menang-menang antara mereka, lebih-lebih lagi Kedah merupakan penyumbang kepada lebih 40 peratus pengeluaran beras negara.
0 comments Labels: barang naik, penindasan, utusan
Wajar Kalau Anwar Cepat Tanding Pilihan Raya
msomelayu
SEKIRANYA petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Bandar Baru - Kulim yang mulai didengari Ahnad ini diterima bermakna kerusi berkenaan kosong. Dalam tempoh 60 hari satu pilihan raya kecil perlu diadakan.
Apakah Anwar sudah dapat menghidu kerusi Parlimen Bandar Baru - Kulim itu akan terlepas?
Adalah elok kalau Penasihat PKR segera menyertai mana-mana pilihan raya kecil bagi membolehkan beliau berada di Parlimen. Lebih cepat beliau menjadi ahli Parlimen ia akan membantu proses untuk menggulingkan kerajaan BN menerusi undi tidak percaya seperti mana dirancangkan.
Sekiranya dakwaan Anwar benar terdapat 30 ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, kemenangan Anwar dalam pilihan raya itu nanti akan membawa perkembangan baru. Ia akan menambahkan semangat keyakinan umum bahawa ura-ura untuk mengambil alih kerajaan dalam tempoh terdekat akan jadi lebih diyakini lagi.
Hari ini dengan beliau berada di luar Parlimen menyebabkan ada orang tidak percaya dengan rancangan berkenaan. Ini menyebabkan orang mengira apa yang dihebohkan itu sebagai gimik saja.
Sesungguhnya lagi cepat kerajaan yang ada kini digulingkan ia lebih baik. Sudah pastiAnwar sendiri tidak mahu berpening kepala dengan apa yang dihadapinya pada masa kini. Beliau harus selesaikan isu hari ini dengan apa saja.
Sekiranya kerajaan hari ini tumbang beliau sudah pasti akan dipilih menjadi Perdana Menteri. Dengan kedudukan itu segala fitnah, tuduhan dan serangan kini akan berakhir. Kerana begitulah apa yang berlaku dan diamalkan di negara ini bila seseorang sudah menjadi orang besar apa lagi nombor satu segala mengenai dirinya diselesai dengan mudah dan akan dilihat semua elok. [wm.kl 5:20 pm 18/07/08]
0 comments Labels: DSAI, msomelayu, PRU
Nik Aziz tegur media
Anwaribrahimblog
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.
Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.
“Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)…kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia,” katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak. BERNAMA
0 comments Labels: DSAI, media bebas, TGNA
Pemandu teksi dapat harga istimewa petrol RM1.92
Berita Harian
Oleh Abdul Razak Raaff
raaffar@bharian.com.my
Datuk Shahrir Samad |
PUTRAJAYA: Sebanyak 40,231 pemilik teksi dan kereta sewa berenjin petrol di seluruh negara akan menikmati kemudahan petrol bersubsidi pada harga RM1.92 seliter dengan kuota bagi setiap kenderaan sebanyak 720 liter sebulan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata berikutan keputusan itu, kerajaan menyediakan peruntukan kira-kira RM271 juta setahun bagi membiayai subsidi berkenaan.
Beliau berkata, pemilik teksi dan kereta sewa berenjin petrol boleh mengemukakan permohonan mendapatkan surat tawaran kelayakan subsidi petrol di semua pejabat kementerian di seluruh negara mulai Isnin ini.
"Kita menggunakan sistem kad fleet bagi menyalurkan subsidi petrol kepada pemilik teksi dan kereta sewa berkenaan. Mereka juga boleh terus pergi ke syarikat minyak untuk mendapatkannya selepas permohonan diluluskan.
"Sebelum ini, kita tidak pernah beri kemudahan itu kepada teksi berenjin petrol tetapi kali ini ia dibuat selepas kenaikan harga yang diumumkan bulan lalu," katanya pada sidang media selepas Dialog Bersama Usahawan Sektor Makanan, di sini semalam.
Sehubungan itu, Shahrir berkata kadar tambang teksi masih dikekalkan pada kadar sedia ada supaya tidak membebankan pengguna.
Katanya, penetapan kuota itu dibuat berdasarkan kawasan liputan terhad bagi permit yang dikeluarkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), manakala jumlah teksi yang layak adalah mengikut daftar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Jangkaan kita bahawa pemberian kuota 720 liter sebulan mencukupi bagi membantu mereka menguruskan operasi sama ada di kawasan bandar dan luar bandar.
"Pemberian subsidi petrol kepada pemandu teksi dan kereta sewa berenjin petrol ini juga adalah sebahagian daripada tindakan kerajaan meringankan beban rakyat," katanya.
Shahrir berkata, kerajaan prihatin terhadap masalah mereka yang perlu menanggung kos operasi yang meningkat.
Katanya, sejak Selasa lalu, sebanyak 7,665 teksi dan kereta sewa berenjin diesel sudah menikmati subsidi melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi dengan jumlah kuota 5,518,800 liter sebulan.
0 comments Labels: Berita Harian, harga minyak, subsidi
Anwar intai p'raya kecil Kulim
Malaysiakini |
Jul 18, 08 4:35pm |
Selepas terlepas peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar apabila mahkamah menolak petisyen PAS untuk membatalkan keputusannya, kini ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mensasarkan untuk bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu. Sedia beri laluan Pada 2004, Zulkifli bertanding kerusi parlimen Kuala Langat di Selangor tetapi kalah kepada calon BN dari Umno, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini
Azizah: 'Saya percaya Anwar, satu lagi konspirasi politik'
Mstar Online
19-07-2008 10:04:23 AM
Oleh G. MANIMARAN
DR. WAN Azizah Wan Ismail ketika ditemu bual mStar Online di rumah beliau di Bukit Segambut, Kuala Lumpur pagi semalam. - foto The Star oleh AZHAR MAHFOF
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Sambil menyifatkan nasib dialami Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai konspirasi politik, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat menjangkakan momentum gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinnya selepas ini.
"Saya kata ada dan tidak... memang pada satu sudut kita kena tumpukan perhatian kita kepada kes apabila dibawa ke mahkamah," katanya.
Bagaimanapun kata isteri bekas Timbalan Perdana Menteri itu, ramai orang melihat isu yang dihadapi Anwar sekarang bukan kes biasa sebaliknya sebagai "kes politik."
"Ini kes politik, tak akan bukan kerana politik, tindakan-tindakan ini dilakukan. Dan, ada yang mengatakan ini adalah zalim, zalim terhadap sesiapa, bukan kerana saudara Anwar, tetapi sesiapa saja," kata Ketua Pembangkang di Parlimen ini dalam temu bual dengan mStar Online di rumah mereka di Bukit Segambut hari ini.
Malah, Dr. Wan Azizah berkata, pihak pemerintah bertindak 'tegas' ke atas Anwar selepas forum debat yang disertai Anwar pada malam Selasa lalu.
Anwar ditahan hari keesokan ketika beliau dalam perjalanan ke rumahnya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah, sejam sebelum hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Kata Dr. Wan Azizah, tahap sokongan ke atas Anwar meningkat ekoran program itu yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen ke seluruh negara.
Ia merupakan kemunculan pertama Anwar selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998.
Ketika ditanya lagi sejauh mana beliau melihat ia sebagai konspirasi politik, Dr. Wan Azizah menjelaskan: "Saya bermaksud begini... sebab, cara bagaimana Anwar diperlakukan, kenapa?"
Katanya, jika Anwar berhadapan dengan tuduhan yang dimaksudkan, beliau tidak harus dikepung oleh anggota pasukan khas sehingga 20 orang dengan sesetengah mereka bertopeng, di tengah-tengah jalan ketika pulang ke rumah.
"Serbu, ditahan di tengah jalan, macam drama, macam drama Tamil pula itu," katanya dengan diringi senyuman kecil beliau.
"Tahun 98 pun macam itu, mereka datang ke rumah ketika sedang diadakan sidang akhbar. Sungguh dramatik, tiada syak ini adalah motif politik," katanya.
Di peringkat awal temu bual Dr. Wan Azizah juga menyifatkan tangkapan Anwar sebagai "ulang tayang" dengan merujuk kepada suasana tahun 1998 di rumah mereka di Bukit Damansara.
"Dan kenapa pihak polis dan juga pihak kerajaan ingin sangat peroleh sampel untuk DNA kerana kita tahu bahawa sampel DNA sudah dipegang oleh polis sejak 1998, dan kita juga telah lihat bahawa banyak bukti telah direka cipta dalam kes-kes terdahulu apabila Anwar telah dibebas, dilepaskan daripada tuduhan-tuduhan terdahulu.
"Ini kita melihat ulang tayang yang saya rasa bahawa peristiwa kali ini macam ulang tayang," katanya lagi.
Apabila ditanya sejauh mana pihaknya boleh melihat ia sebagai konspirasi politik sedangkan beliau dan Naib Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali sendiri telah menemui dua kali sepanjang tiga minggu lalu, Dr. Wan Azizah memberitahu, kedua-dua mereka menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meminta jaminan keselamatan Anwar.
"Saya apabila bertemu, bila dikatakan hendak ditangkap, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didakwa terlibat dan sekurang-kurangnya kedua-dua mereka tidak boleh mencampuri kes Anwar kerana ada konlfik kepentingan.
"Perdana Menteri jamin Anwar tidak akan dipukul dan dikasari, jaminan itu saya peroleh sendiri, yang lain itu... saya mahu lebih lah tetapi...," kata beliau sambil menambah:
"Kini makin terserlah, ini adalah politik. Oleh kerana politik, mereka bertindak dan beginilah dilakukan apabila Anwar dilihat sebagai satu cabaran, cabaran yang kuat kepada pihak pemerintah. Lebih-lebih lagi apabila ada debat yang kuat, tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada debat macam pemilihan presiden Amerika Syarikat.
"Kita melihat bahawa saudara Anwar memang meyakinkan bagaimana kalau dia, kita boleh memegang tampuk kerajaan.
"Itu telah melonjakkan rating Anwar, Keadilan dan Pakatan... melihat ini saya kira pihak berkuasa mengambil tindakan (menahannya)," katanya.
BERITA TERDAHULU:
DNA: Keluarga Anwar was-was syor polis benarkan Anwar pilih sendiri pakar
KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap was-was untuk memberikan sampel darah meskipun pihak polis memberikan pilihan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu agar memilih sendiri pakar forensik mengendalikan pemeriksaan dan ujian DNA terhadapnya.
Dalam temu bual dengan mStar Online sebentar tadi, isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, berdasarkan pengalaman sedekad yang lalu keluarga pihaknya masih tidak percaya dengan pihak berkuasa polis.
"(Kami) masih was-was, sebab kita dah kena (pengalaman dulu)... kalau tuan-tuan, kalau saudara atau sesiapa terkena baru terasa," kata beliau dalam pertemuan yang diadakan di rumahnya di Bukti Segambut dekat sini, sehari selepas Anwar dibebaskan atas jaminan polis semalam.
Semalam Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis mungkin mendapatkan perintah mahkamah bagi mengambil contoh darah Anwar untuk tujuan analisis DNA jika beliau terus enggan bekerjasama. Katanya lagi, Anwar akan membenarkan sampel diambil atas arahan mahkamah. Ketika ditanya sama ada pihaknya meletakkan syarat sebelum memberikan sampel untuk ujian DNA, Dr. Wan Azizah berkata, "kita tengok dulu dan kita tengok apakah kandungannya, kenapa tidak diberi (laporan polis), kenapa hendakkan DNA itu." |
0 comments Labels: DSAI, DSWA, koleksi video, konspirasi, mstar online
DNA – Rakyat Tidak Percaya Jaminan Abdullah, Pernah Berbohong Sebelum ini.
Buletin Online |
Ditulis oleh MatStringer | |
Saturday, 19 July 2008 | |
Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini campur tangan dalam urusan polis dengan mencabar Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA beliau kepada pihak polis. Abdullah juga ‘berlagak seolah-olah beliau seorang pakar DNA’ dengan berkata DNA Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama. Sebelum itu, peguam Anwar, R. Sivarasa meminta pegawai-pegawai tinggi kerajaan terutama menteri menghentikan komen-komen yang disifatkan mencampuri siasatan polis dan menimbulkan salah faham rakyat terhadap kes Anwar. Sivarasa berkata demikian berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar yang dilaporkan media tempatan mempersoalkan mengapa Anwar perlu takut memberikan DNA, dan mencadangkan Anwar boleh memberi DNA dengan kehadiran doktornya. Sivarasa berkata, kenyataan Syed Hamid itu seperti mencampuri siasatan yang sedang dijalankan selain menimbulkan salah faham yang seolah-olah menggambarkan Anwar enggan memberi kerjasama kepada polis. Ismail menolak sama sekali kaedah itu dengan berkata; “Ini kes sekarang, yang sekarang adalah sekarang. Yang lepas adalah lepas, jangan kaitkan dengan kes dulu, tolong jangan keliru,” Jaminan Abdullah tidak lagi dipercayai oleh rakyat kerana Abdullah pernah bercakap bohong beberapa kali sebelum ini. |
0 comments Labels: buletin online, DNA, DSAI, Pak Lah undur
'Serah DNA jika benar' - Pak Lah
Berita Harian
Oleh Wan Hazmir Bakar
wanhazmir@bharian.com.my
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi |
Pak Lah cabar Anwar jika tidak terbabit dalam kes liwat
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberikan sampel DNA untuk membantu siasatan polis berhubung dakwaan meliwat, jika benar beliau tidak melakukan perbuatan itu.
Perdana Menteri berkata, itulah cara betul dan mudah untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuktikan dirinya tidak bersalah berhubung dakwaan liwat yang dibuat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Kalau dia betul-betul tak terbabit, bagi sampel, buat (ujian DNA) sekarang. Kalau dia kata memang tak buat apa-apa, tengok hasilnya nanti... itulah caranya, bukan susah sangat," katanya selepas melancarkan projek pemasangan alat penjimatan petrol, Hydrofuel, pada teksi dan kereta sewa di Dataran Putra di sini, petang semalam.
Abdullah diminta mengulas keengganan Anwar membenarkan sampel darahnya diambil untuk perbandingan DNA ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi pemeriksaan selepas ditahan polis Rabu lalu untuk membantu siasatan.
Anwar pada sidang media kelmarin berkata, beliau menolak untuk menjalani ujian DNA kerana bimbang ia akan dimanipulasikan pihak tertentu, selain mendakwa polis sudah memiliki sampel DNA beliau yang diambil ketika siasatan kes liwat pada 1998.
Mengenai reaksi Amerika Syarikat dan negara lain yang menyatakan kebimbangan berhubung siasatan kes terbaru Anwar, Abdullah menegaskan tiada sebarang konspirasi atau tindakan untuk menganiayai penasihat PKR itu.
"Tak ada... tak ada sebarang konspirasi untuk menganiayai beliau. Tak ada, tak usah percaya," katanya. Anwar sebelum ini mendakwa tuduhan terbaru itu dibuat pihak tertentu untuk menghalang beliau daripada kembali aktif dalam politik.
Beliau yang mendakwa akan bertanding kerusi Parlimen yang akan dikosongkan Ahli Parlimen PKR, turut mengumumkan sudah berjaya memujuk sejumlah Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Abdullah dan membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah.
Perdana Menteri berkata, dakwaan kononnya ada konspirasi menghalang Anwar hanyalah persepsi mereka, sama seperti ketika kes pada 1998 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan berikutan dakwaan meliwat.
Mengenai kebimbangan terhadap keselamatan Anwar, Abdullah berkata perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sudah memberi jaminan keselamatan kepada beliau dan keluarganya, malah pihak berkuasa sentiasa menjalankan siasatan mengikut garis panduan dan lunas undang-undang.
"Tak ada masalah, hari itu isteri dia (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) datang... Azmin (Ali) pun datang, saya bagi jaminan dia akan selamat dan dilindungi undang-undang. Kita mesti patuh kepada undang-undang dan pihak berkuasa pun patuh kepada undang-undang," katanya.
Ditanya bila kes Anwar akan berakhir, Abdullah berkata kerajaan memang mahu ia diselesaikan seberapa segera yang boleh.
"Kalau boleh kita nak selesaikan semalam tapi tak boleh lagi," katanya merujuk keengganan Anwar memberikan sampel DNA untuk membantu siasatan polis turut melewatkan lagi proses berkenaan.
0 comments Labels: Berita Harian, DNA, DSAI, konspirasi, Pak Lah undur
Shabery gementar, Anwar jaguh - Mahathir
Harakahdaily Azamin Amin Fri | Jul 18, 08 | 10:07:11 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Debat di antara Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato' Shabery Cheek baru-baru ini turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan namun baginya ia bukanlah satu pertandingan yang adil. "Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan. "Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar," kata Mahahtir dalam blognya. Baginya Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya malah Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terkini terhadap Anwar adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri. Sementara itu rata-rata pemerhati dan responden melihat persembahan pembukaan Menteri Penerangan itu sebagai berjalan lancar dan berada di landasan yang betul dalam mempertahankan dasar kerajaan. Namun setelah agak lama, beliau kelihatan agak tersasar dan lebih tertumpu kepada serangan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim malah dengan tidak semena-mena cuba membangkit nostalgia lama Anwar memperjuangkan isu Baling pada 1974. Shabery serang peribadi, Anwar pertahan nasib rakyat "Saya lihat Anwar tidak berubah. Masih lagi mengambil kesemepatan atas kesempitan hidup rakyat," begitulah kira-kira antara ungkapan Shabery kepada Penasihat KeADILan itu. Shabery terus menerus mengungkit latar belakang Anwar sebagai Timbalan Perdana Mneteri yang tidak berbuat apa-apa semasa berada di dalam kerajaan tetapi 'pandai bercakap' bila berada di luar dan menjadi pembangkang. "Senanglah cakap. Dulu masa saudara menggerakkan massa, berdemostrasi Baling kata yang kaya menjadi kaya, yang miskin papa kedana," kata Menteri Penerangan itu dan dijawab secara seloroh dan sinikal oleh Anwar :"Betul tu." Pemerhati debat juga kesal isu fitnah terhadap Anwar yang kononnya menjadi 'pak turut' IMF dalam krisis ekonomi negara ditimbulkan semula dalam debat tersebut malah menuduh Anwar membawa rakyat ke jalan raya demi mencapai matlamatnya. "Kenaikan harga minyak sekarang adalah mengikut perskripsi IMF," begitulah bidasan tajam Anwar kepada Shabery. Malah Anwar juga mencuit dan meruntun rasa rakyat apabila menyatakan perbezaan antara subsidi dan insentif yang dilaungkan oleh kerajaan selama ini. "Kalau untuk menyelamat dan bantu pedagang-pedagang, korporat dipanggil insentif tetapi kalau untuk rakyat dipanggil subsidi. Perkataan subsidi itu seperti negatif," antara petikan kata-kata Anwar Rata-rata pemerhati politik dan rakyat bawahan yang memberi maklum balas menyatakan berpuas hati dengan perdebatan semalam khususnya hujah Anwar yang dilihat tertumpu dan menekankan isu membela nasib rakyat berikutan kenaikan mendadak melampau harga minyak di negara ini. Ini berbeza dengan Shabery yang menyenaraikan 'kesalahan' lampau Anwar dan menyerang secara peribadi tanpa sebarang hujah dan fakta yang jelas demi menjatuh kredibiliti tokoh yang telah membuat 'come-back' dalam landskap politik negara. Malah lebih mengejutkan dan dikagumi ramai ialah tindakan Anwar yang tidak menyerang balas hujah dangkal Sahbery tersebut. "Biarlah dia serang peribadi saya. Saya tak akan balas kerana ini bukan platformnya. Malah Shabery ada banyak ruang media lagi untuk berbuat demikian, saya selepas ini tidak ada peluang," demikian antara kata akhir Anwar dalam Debat tersebut. Tidak syak lagi, sesiapa pun mengakui Anwar ternyata hebat dalam berpidato beserta dengan nada, intonasi, retorik dan kecekapannya mencantas hujah lawan manakala Shabery pula dilihat boleh berhujah tetapi mula terbawa-bawa dengan emosi dalam mengemukakan hujah. Perdebatan di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semalam dianjurkan oleh Agendadaily atas tajuk " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" menyaksikan kehadiran kira-kira 300 hadirin dengan moderatornya Dato'Johan Jaafar. Pihak TV9,TV3,Astro Awani,Bernama TV dan Radio 24 telah merakamkan serta menyiarkan secara langsung debat itu untuk tontonan 27 juta rakyat Malaysia yang terhimpit berikutan kenaikan harga minyak ini. Syabas untuk semua! _ |
0 comments Labels: DEB, dr det, DSAI, Harakahdaily
Ku Li mahu ubahsuai DEB jika dipilih sebagai Presiden Umno
Mstar Online
18-07-2008 09:36:53 PM
GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini berkata beliau akan mengubahsuai Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memastikan pelaksanaannya lebih mantap sekiranya dipilih sebagai Presiden Umno.
Tengku Razaleigh yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Nombor Satu Umno pada pemilihan Disember nanti berkata dasar itu akan diperkemaskan lagi kerana ia adalah untuk kebaikan semua kaum dan bukan dikhususkan untuk kepentingan orang Melayu sahaja.
"DEB yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak itu bukan sahaja untuk kepentingan orang Melayu, malah untuk kebaikan semua kaum di negara ini.
"Nampaknya selepas pelaksanaannya, dasar berkenaan belum menunjukkan perubahan ketara kepada kemajuan ekonomi orang Melayu dan apa yang perlu kita buat ialah mengemaskan lagi pelaksanaannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Cawangan-Cawangan Umno dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Nenggiri di Dewan Bukit Chekati, di sini.
Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh mengecam pihak tertentu yang menuduhnya mempunyai kepentingan diri apabila menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno.
Sebaliknya, beliau menjelaskan hasratnya berbuat demikian adalah bagi memulihkan Umno kerana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu.
"Saya bukan tamak kuasa atau gila nak jadi Perdana Menteri, tetapi apa yang saya nak perjuangkan ialah membela bangsa Melayu dan membendung kadar kemiskinan yang masih tinggi.
"Orang yang menuduh saya tamak dan gila kuasa itu sebenarnya yang ingin mengadaikan maruah bangsa Melayu," katanya semasa berucap merasmikan persidangan tahunan Cawangan-Cawangan dalam DUN Paloh di Dewan Orang Ramai Ciku Satu, dekat sini.
Ditanya mengenai sikap Umno Kelantan yang menyambut dingin hasratnya itu, Tengku Razaleigh berkata beliau tidak merasa goyah atau hilang keyakinan apabila ada pihak di negeri itu yang menyuarakan sokongan kepada Presiden dan timbalan presiden parti yang ada sekarang.
"Saya tetap dengan pendirian saya untuk bertanding dan keputusannya sama ada saya menang atau kalah ditentukan oleh anggota parti dalam perhimpunan Agung Umno nanti," katanya. BERNAMA
0 comments Labels: DEB, ku li, mstar online, UMNO haprak
Siasat kandungan akuan Petra
Malaysiakini |
Jul 18, 08 3:27pm |
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mahu polis memberikan keutamaan siasatan terhadap kandungan akuan berkanun Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan bukannya mendakwa penulis blog terkenal itu. "Apabila Raja Petra mendedahkan dakwaan itu (dalam akuannya) pada 18 Jun, beliau dengan jelas menyatakan ia bertujuan 'mendesak semua pihak yang mengetahui dan mempunyai maklumat tentang perkara ini agar tampil membongkar kebenaran agar polis boleh menjalankan siasatan perinci pembunuhan Altantuya'," kata penyelarasnya John Liu. Walaupun isteri Datuk Seri Najib Razak telah menafikan penglibatannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu, tambah Suaram, "tidak wujud sebarang pendedahan tentang siasatan polis mengenai nama-nama yang dikaitkan" dalam akaun berkanun pengendali blog Malaysia Today. Raja Petra semalam didakwa di mahkamah atas tuduhan memfitnah Rosmah Mansor dan dua orang lagi - Lt Kol. Aziz Buyong yang didakwanya "pakar bahan letupan C4" dan isterinya Lt Kol. Norhayati Hassan, yang dikatakan pengawal peribadi isteri Najib. Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan kemudian dibebaskan dengan jaminan RM2,000. Perbicaraan kes itu ditetapkan pada 15 Ogos. Dalam kenyataannya hari ini, badan pejuang hak asasi manusia itu juga mengecam pendakwaan terhadap penulis popular tersebut. "Jika polis tidak memanggil individu-individu yang dinamakan oleh Raja Petra dalam akuan berkanunnya, keputusan mendakwanya dengan jenayah memfitnah pada saat ini boleh dianggap setidak-tidaknya, pada saat ini, pramatang," kata Suaram. "Selagi tiada bukti kukuh menunjukkan dakwaan Raja Petra itu palsu, beliau tidak patut didakwa jenayah memfitnah." |
0 comments Labels: malaysiakini, RPK, sumpah