+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, July 19, 2008

DNA – Rakyat Tidak Percaya Jaminan Abdullah, Pernah Berbohong Sebelum ini.

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh MatStringer
Saturday, 19 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita9/180px-dna_orbit_animated.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini campur tangan dalam urusan polis dengan mencabar Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Abdullah juga ‘berlagak seolah-olah beliau seorang pakar DNA’ dengan berkata DNA Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama.

Sebelum itu, peguam Anwar, R. Sivarasa meminta pegawai-pegawai tinggi kerajaan terutama menteri menghentikan komen-komen yang disifatkan mencampuri siasatan polis dan menimbulkan salah faham rakyat terhadap kes Anwar.

Sivarasa berkata demikian berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar yang dilaporkan media tempatan mempersoalkan mengapa Anwar perlu takut memberikan DNA, dan mencadangkan Anwar boleh memberi DNA dengan kehadiran doktornya.

Sivarasa berkata, kenyataan Syed Hamid itu seperti mencampuri siasatan yang sedang dijalankan selain menimbulkan salah faham yang seolah-olah menggambarkan Anwar enggan memberi kerjasama kepada polis.

Kenyataan Abdullah agak berbeza dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar apabila menjawab soalan mengenai kemungkinan polis boleh merujuk semula sampel DNA Anwar yang diperoleh untuk kes liwat pertamanya kira-kira 10 tahun lalu.

Ismail menolak sama sekali kaedah itu dengan berkata; “Ini kes sekarang, yang sekarang adalah sekarang. Yang lepas adalah lepas, jangan kaitkan dengan kes dulu, tolong jangan keliru,”

Justeru, ramai pihak yang pelik mengapa pihak polis perlukan DNA yang baru manakala Menteri dan Perdana Menteri beriya-iya meminta Anwar memberikan sampel yang baru.

Kelmarin Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyokong keputusan Anwar yang enggan membenarkan Hospital Kuala Lumpur.


Dalam kenyataannya yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, yang juga ahli Parlimen Bachok di Parlimen, Tuan Guru Hj Abdul Hadi berkata parti ini mengambil pendirian menolak sebarang tuduhan yang berbentuk andaian dan spekulasi.

Sehubungan dengan itu Ketua Pemuda PAS , Salehuddin Ayob hari ini menyatakan kebimbangan dan mengesyakki ada sesuatu yang tidak kena, sekiranya pihak polis terus memaksa Anwar untuk memberikan sampel yang baru.

“Apa muslihat pihak pihak polis meminta DNA yang baru, sedangkan DNA yang lama telah ada,”katanya ketika dihubungi Buletin Online semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar mempunyai sebab mengapa beliau enggan menyerahkan sampel DNA kerana bimbang berulang proses pemalsuan bukti sampel itu seperti dalam perbicaraan kes serupa yang lalu.

Sivarasa Rasiah, yang juga naib presiden PKR, berkata Anwar pernah mengalami penipuan bukti DNA beliau apabila sampel sebenar dalam jagaan polis forensik telah dibuang secara tidak sah oleh seorang pegawai berpangkat senior asisten komisioner.

"Ketika disoal balas terhadap saksi-saksi pendakwaan, terdedahlah bahawa DNA yang diambil dari sampel darah telah sengaja diletakkan (kemudian) ke atas tilam yang dikenali umum itu (melalui televisyen)," kata Sivarasa.

"Apabila dihadapkan dengan fakta ini, pihak pendakwaan meminda pertuduhan (terhadap Anwar) dan memujuk hakim, (Datuk Seri S) Augustine Paul, agar membuang keseluruhan bukti DNA daripada rekod (keterangan mahkamah), menghalang peguam-peguam Anwar mencabarnya."


Walaupun Abdullah sekali lagi menafikan bahawa wujud sebarang konspirasi dan penganiayaan Anwar dalam kes kali ini, tapi seluruh rakyat telah ditipu oleh polis dan kerajaan yang sama sepuluh tahun lalu

Jaminan Abdullah tidak lagi dipercayai oleh rakyat kerana Abdullah pernah bercakap bohong beberapa kali sebelum ini.

** Masih kau ingat ? PM Tipu?

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |