jasin daily |
Antara muka LAMA yang patut diBERSARAKAN terus dari UMNO serta kepimpinan Kerajaan TETAPI dinaikkan KEMBALI oleh pemimpin ISLAM Ada Had dan Ada Hari adalah Tan Sri Muhammad Taib. Beliau telah tersingkir dari jawatan MB Selangor ekoran kes KORUPSI beliau dimana beliau telah ditahan di sebuah Lapangan Terbang di Asutralia kerana tidak ISTIHAR wang yang bejuta-juta jumlahnya. Beliau telah dibicarakan di Mahkamah Australia, dan diwakili oleh peguam yang hebat bertaraf QUEEN COUNCIL dan dilepaskan atas sebab TEKNIKAL, dimana Mahkamah telah menerima HUJAH peguam beliau yang tidak mengISTIHARKAN seJUMLAH wang tersebut ekoran kekeliruan terhadap PAPAN TANDA di lapangan terbang tersebut yang BERBAHASA INGGERIS. Peguam beliau telah menggunakan HUJAH bahawa KLIEN mereka seoarng MB Selangor dan NAIB PRESIDEN UMNO tidak tahu BAHASA INGGERIS. Maka berlakon lah Mat Taib menjadi seorang budak TOLOL tak tahu berbahasa INGGERIS sehingga terpaksa menggunakan khidmat seorang pakar bahas dari Universiti Malaya sebagai PENTERJEMAH. Hari ini Mat Taib dilantik menjadi seorang MENTERI KABINET dollah badawi yang berdegar degar dengan INTEGRITI, KREDIBILITI dan MEMERANGI RASUAH!!!!!! !!!!!!!!! ! |
Thursday, March 20, 2008
BAGAIMANA MAT TAIB LEPAS DI MAHKAMAH AUSTRALIA
0 comments Labels: jasindaily, UMNO
Senarai penuh anggota Kabinet Malaysia
siasahdaily
Tuesday, March 18, 2008
Timbalan Menteri:Datuk Johari Baharom, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Datuk K Devamany, Datuk Hassan Malik
Kementerian Kewangan
Menteri Kewangan Kedua:Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan Menteri:Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri:Datuk Wira Abu Seman Yusof
Kementerian Dalam Negeri
Timbalan Menteri:Datuk Chor Chee Heong, Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Timbalan Menteri:Datuk Robert Lau, Datuk Hamzah Zainuddin
Kementerian Kerja Raya
Timbalan Menteri:Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Timbalan Menteri:Datuk Joseph Salang Gandum
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Timbalan Menteri:Datin Paduka Rohani Abdul Karim
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Timbalan Menteri:Loh Wei Keong, Datuk Jacob Dungau Sagan
Timbalan Menteri:Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
Kementerian Pelajaran
Timbalan Menteri:Datuk Wee Ka Siong, Datuk Razali Ismail
Kementerian Pengajian Tinggi
Timbalan Menteri:Khoo Kok Choong, Datuk Idris Harun
Kementerian Pengangkutan
Timbalan Menteri:Anifah Aman
Kementerian Sumber Manusia
Timbalan Menteri:Datuk Noraini Ahmad
Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga
Timbalan Menteri:Noriah Kasnon
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Timbalan Menteri:Datuk Teng Boon Soon
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Timbalan Menteri:Fadilah Yusof
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Timbalan Menteri:Datuk Saiffuddin Abdullah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Timbalan Menteri:Datuk Abu Ghapur Salleh
Kementerian Luar Bandar dan Wilayah
Timbalan Menteri:Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Timbalan Menteri:Jelaing Mersat
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Timbalan Menteri:Senator A Kohilan
Kementerian Belia dan Sukan
Timbalan Menteri:Wee Jack Seng
Kementerian Kesihatan
Timbalan Menteri:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Penerangan
Timbalan Menteri:Datuk Tan Lian Hoe
Kementerian Pelancongan
Timbalan Menteri:Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abu Taib
Kementerian Wilayah Persekutuan
Timbalan Menteri:M Saravanan
0 comments Labels: kerajaan BN, siasahdaily
Rahin Mohd Said bakal MB Terengganu?
siasahdaily
Tuesday, March 18, 2008
KUALA TERENGGANU, 18 Mac: Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said bakal ditabalkan sebagai Menteri Besar Terengganu, bukannya Datuk Seri Idris Jusoh, tulis Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar dalam blognya.
Namun sehingga lewat petang ini tiada pihak dapat mengesahkan tarikhnya.
Buletin Online dimaklumkan bahawa Tuanku Sultan Mizan tidak meletakkan jadual kerangkatannya hari ini(18/3) manakala anakandanya Tengku Muhammad dimaklumkan ada di Singapura.
Sumber-sumber yang rapat dengan istana yang sepatutnya menghubungi Buletin Online, tidak berbuat demikian sehingga lewat semalam.
(Gambar: Istana Maziah tempat sepatutnya istiadat mengangkat sumpah diadakan)
Jika upacara angkat sumpah masih tidak diadakan esok, bermakna Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang masih belum mempunyai Menteri Besar selepas sepuluh hari Pilihan Raya Umum Ke-12 berakhir.
Sehingga pukul 6.30 petang kelmarin, tiada petunjuk jelas mengenai persediaan bagi mengadakan majlis itu. Semua pihak yang dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta pihak media menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh pihak istana.
0 comments Labels: siasahdaily, terengganu
Ku Li dinasihat jangan cabar presiden
malaysiakini
Muda Mohd Noor | Mar 20, 08 4:08pm
Umno akan sekali lagi dilanda 'tsunami politik' sepertimana yang berlaku pada tahun 1987 jika jawatan presiden dipertandingkan dalam pemilihan Umno kali ini, kata seorang pemimpin kanan Umno Perlis.
Ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menegaskan demikian ketika diminta mengulas hasrat bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden dalam pemilihan Umno yang dijangka diadakan Ogos ini.
Pada 1987, Tengku Razaleigh yang popular dengan panggilan Kuli Li, mencabar presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kalah dengan majoriti kecil.
Akibatnya berlaku perpecahan dalam Umno sehingga parti diheret ke mahkamah yang kemudiannya mengisytiharkan parti orang Melayu sebagai haram.
Berikutan itu, Dr Mahathir menubuhkan Umno (baru) manakala Ku Li menubuhkan Semangat 46 (S46).
Bagaimanapun, S46 membubarkan dan Kuli serta pengikutnya kembali ke pangkuan Umno selepas pilihanraya umum 1995.
Hashim bimbang jika Ku Li sekali lagi mencabar jawatan presiden dalam perhimpunan akan datang, Umno akan menjadi punah ranah, malah lebih teruk dari tragedi 1987.
"Kita kena ingat setiap pemimpin ada penyokongnya. Apa akan berlaku jika penyokong Abdullah dan Ku Li bertembung dalam pemilihan kali ini?" katanya ketika dihubungi hari ini.
Sedia dicalonkan
Semalam, Ku Li menyuarakan secara terbuka hasratnya untuk menentang Abdullah untuk jawatan presiden jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan tertinggi Umno itu.
"Terpulang kepada bahagian-bahagian Umno, kalau mereka mencalonkan saya dan cukup 30 peratus maka saya sedia untuk bertanding jawatan presiden," katanya dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu.
Menurut Ku Li, beliau bersedia memikul tanggungjawab untuk memulihkan Umno yang kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu di mana Barisan Nasional (BN) gagal mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kehilangan empat negeri - Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor - kepada barisan pembangkang.
Manakala PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dengan pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Lagi pula, tegas Hashim lagi, parti pembangkang yang pernah kalah teruk dalam pilihanraya umum tidak pernah menukar presiden parti.
"Kita (Umno) kena buat secara berhemah dan dalam keadaan sekarang tidak boleh bertindak untuk melemahkan lagi parti," katanya lagi.
Manakala timbalan menteri jabatan perdana menteri, Datuk Hassan Malek juga sependapat dengan Hashim bahawa Umno akan berpecah jika Ku li mencabar Abdullah untuk jawatan presiden parti sepertimana yang berlaku pada 1987.
Bagaimanapun, katanya, adalah hak Ku Li untuk bertanding jawatan presiden Umno dan pihak-pihak lain tidak boleh menghalangnya.
"Tetapi bagi saya, dalam keadaan Umno sekarang, sangat wajar jawatan presiden parti tidak dipertandingkan," kata Hassan yang juga timbalan ketua Umno bahagian Kuala Pilah.
0 comments Labels: ku li, malaysiakini, UMNO
Tengku Razaleigh ulangi kesediaan tandingi jawatan Presiden Umno
mstar online
20-03-2008 04:41:21 PM
GUA MUSANG: Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pandangannya bahawa perubahan dalam Umno perlu berlaku untuk memulihkan kembali imej Umno yang tercalar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.
Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata atas alasan tersebut, beliau bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar, termasuk bertanding jawatan presiden parti.
"Perlembagaan dalam parti membenarkan sesiapa pun bertanding.
Ini demokrasi dan jika tidak, lebih baik kita tukar kepada presiden seumur hidup dan berkuasalah sampai bilabila," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan
Mesyuarat Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang di sini, pada hari Khamis.
Semalam Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang telah membuat kejutan dalam sidang akhbarnya di Kota Baharu dengan mengatakan bahawa beliau bersedia bertanding sekali lagi bagi jawatan Presiden Umno pada persidangan agung parti akan datang.
Pemimpin veteran Umno itu berkata jika mendapat cukup pencalonan untuk bertanding, tiada sebab baginya untuk menolak "harapan" bahagian-bahagian yang mahukan perubahan pada peringkat pucuk pimpinan.
"Keputusan ini bergantung kepada sejauh mana anggota Umno mahukan perubahan dan jika tidak, tidak apalah (tidak bertanding)," katanya.
Pada 1987, Tengku Razaleigh mencabar presiden Umno ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad tetapi tewas dengan 43 undi.
Mengulas cadangannya supaya diadakan perhimpunan agung khas parti, Tengku Razaleigh berkata cadangannya itu perlu diambil kira oleh semua bahagian Umno di seluruh negara kerana ia penting untuk hala tuju perjuangan Umno selepas ini.
"Saya minta semua ketua Umno bahagian mengambil kira pandangan saya dalam surat itu kerana perhimpunan khas ini perlu diadakan untuk kita duduk semeja dan membincangkan mengenai prestasi buruk Umno dan kerajaan," katanya.
Perlembagaan parti telah menetapkan untuk diadakan perhimpunan khas itu, ia memerlukan persetujuan 50 peratus daripada 210 bahagian Umno seluruh negara.
"Kalau dapat 50 peratus ini, ia boleh diadakan tetapi terpulanglah kalau kata tidak payah, tidak payahlah buat," katanya.
Tengku Razaleigh berkata sebanyak 26,000 pucuk surat telah diedarkan kepada semua ketua Umno bahagian, anggota jawatankuasa bahagian dan ketua Umno cawangan di seluruh negara bagi mendapatkan persetujuan untuk diadakan perhimpunan khas itu.
Sehubungan itu, Umno Bahagian Gua Musang akan mengadakan mesyuarat khasnya pada 4 April ini untuk meluluskan usul mengadakan perhimpunan agung khas itu. BERNAMA0 comments Labels: ku li, mstar online
Terkini: Mahathir akan keluarkan kenyataan menggemparkan negara hari ini
klpos |
Oleh Mohd Sayuti Omar | |
Khamis, 20 Mac 2008 | |
PARA veteran Umno dikatakan akan mengunjungi bekas PM Dr Mahathir Mohamad untuk menerima pandangan berhubung pergolakan yang berlaku dalam Umno kini.
"Apakah ianya ada hubungan dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah di Kota Bharu semalam yang menyatakan kesediaan untuk menentang Abdullah Ahmad Badawi untuk jawatan presiden Umno Julai depan tidak dapat disahkan" Selepas pertemuan itu Dr Mahathir dikatakan akan mengeluarkan satu kenyataan yang menggemparkan Umno khususnya! Apakah ianya ada hubungan dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah di Kota Bharu semalam yang menyatakan kesediaan untuk menentang Abdullah Ahmad Badawi untuk jawatan presiden Umno Julai depan tidak dapat disahkan. Bagaimana pun difahamkan Tengku Razaleigh mengunjungi Dr Mahathir dua hari lepas. Dipercayai kunjungan itu ada kaitan dengan perkembangan mutakhir dalam Umno. Beberapa hari lalu Dr Mahathir membuat seruan agar Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihan raya lalu sehingga terlepas empat buah negeri. Dalam pada itu satu sumber menyebut satu gerakan yang digerakkan kumpulan tertentu untuk merapatkan bekas Perdana Menteri dengan bekas Menteri Kewangan itu giat dijalankan. Mereka diminta agar kedua tokoh itu duduk bersama dan bekerjsama untuk mengatasi masalah dalam Umno hari ini. Tengku Razaliegh adalah satu-satunya tokoh yang dapat menyelesaikan kemelut yang melanda Umno hari ini dan ia akan berjaya sekiranya Dr Mahathir memberi sokongan padu. |
0 comments Labels: klpos, mahathir
Umno Selangor akan tuntut Abdullah berundur
Abdul Halim Mohd Rashid Thu | Mar 20, 08 | 9:00:08 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Badawi dilihat semakin hampir kepada saat penghujung kekuasaannya. Ketika Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah secara terbuka menawarkan diri untuk dicalonkan mencabar Abdullah sebagai Presiden Umno, muncul pula laporan bahawa Umno Selangor akan menuntut Perdana Menteri berundur. Menurut seorang blogger Umno, The "thirteen million plus Ringgit" guy (bigdogdotcom.wordpress.com), hanya dua bahagian sahaja di dalam Umno Selangor yang tidak terlibat dengan cadangan itu. "Semalam, semua Bahagian Umno Selangor kecuali Tanjung Karang dan Sepang bersetujui untuk mencadangkan PM 'Flip-Flop' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur dari semua jawatan politik, setelah BN Selangor mengalami kekalahan buruk dan untuk pertama kali, kerajaan Selangor diperintah oleh pembangkang, yang diketuai PKR," kata beliau dalam posting bertajuk "Dr. Khir Toyo berundur, Ku Li sedia cabar PM 'Flip-Flop' Abdullah" bertarikh 19 Mac. Mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN Selangor, The "thirteen million plus Ringgit" guy menyatakan, "dikhabarkan bahawa hanya 9 dari 22 Bahagian Umno Selangor meminta Dr Khir melepaskan jawatan tertinggi Umno negeri itu". Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN hanya mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen di Selangor. Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 15 kerusi DUN dan sembilan Parlimen manakala DAP 13 DUN dan empat Parlimen sementara Pas menang lapan DUN dan empat Parlimen. Sementara itu, KL Pos melaporkan, lima cawangan Umno di Kampung Bukit Sungai Putih Ampang akan dibubarkan dengan semua ahlinya akan menyertai PKR dalam satu majlis khas pada 23 Mac ini. - abmr/ mr |
0 comments Labels: Harakahdaily, Pak Lah undur, UMNO