Harakahdaily Salman Hussin Fri | Apr 25, 08 | 12:11:23 pm MYT | |
KLUANG, 25 April (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Mohamad, bertekad tidak akan merelakan negeri ini terus kekal sebagai kubu kuat Umno di negara ini, apatah lagi hasrat untuk menobatkan Johor sebagai 'Muzium Umno'. "Bahkan sekarang ini pun istilah keramat ini sudah mulai luntur sedikit demi sedikit ditelan zaman, hanya menunggu masa dan ketikanya sahaja untuk pupus dan lenyap dari muka bumi Johor ini, Insya-Allah. "Kita akan menyekat sebarang usaha untuk terus merealisasikan ungkapan ini di Johor dan kita akan memastikan bukan sahaja Negeri Johor tidak berjaya dijadikan sebagai 'Muzium Umno', sebaliknya kita berazam untuk meletakkan Umno sebagai 'artifak' yang hanya sesuai dipamerkan di dalam muzium sahaja," katanya di sini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas sindiran sesetengah pihak berikutan kegagalan PAS Johor menawan negeri ini pada Pilihan raya Umum Ke-12 lalu. Pada PRU lalu, PAS Johor hanya mampu menawan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), iaitu Maharani dan Sungai Abong, DAP pula memperolehi satu kerusi Parlimen (Bakri) dan empat Dun (Bentayan, Mengkibul, Senai dan Skudai), manakala Dun tunggal dimenangi pembangkang (PAS) pada PRU Ke-11, iaitu Dun Senggarang, gagal dipertahankan. "Walau pun sindiran ini sangat tajam bagi kita, namun, PAS Johor menganggap ianya satu gurauan yang perlu dijadikan iktibar dan cabaran yang perlu diterima secara positif oleh setiap pendokong Pakatan Rakyat di negeri ini, khususnya PAS. "PAS Johor tidak sedikit pun berkecil hati atau marah terhadap sindiran sahabat-sahabat kita yang menang di beberapa negeri pada PRU baru-baru ini, sebaliknya kita akan menjadikan ianya sebagai satu cabaran yang perlu diberi perhatian serius dan tidak boleh dipandang enteng," katanya pada majlis perasmian tujuh cawangan baru PAS, di Parlimen Simpang Renggam, dekat sini, baru-baru ini. Hadir sama pada majlis ini Anggota Parlimen Jerai, Ustaz Mohamad Firdaus Jaafar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Atan Gombang, Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussein, serta 200 ahli baru dari cawangan Bukit Batu, Bukit Keremoiyang, Kampung Md Amin, Kampung Batu 6, kampung Penak, Empangan Macap dan Paya Mas, yang menyertai PAS selepas PRU lalu. Katanya, penyertaan 200 ahli baru PAS di Parlimen Simpang Renggam ini menunjukkan PAS semakin mendapat perhatian dan sokongan rakyat, fenomena seumpama ini juga berlaku di semua kawasan selepas PRU lalu dan ini adalah petanda yang sangat positif bagi masa depan PAS Johor. "Ini kerana rakyat hari ini terutama kalangan anak-anak muda dan juga golongan bukan Islam merasakan Umno-BN sudah tidak relevan lagi masa kini, sebab itu mereka beramai-ramai beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat pula. "Perkembangan menarik yang berlaku mutakhir ini di Johor jelas menunjukkan harapan yang sangat cerah bagi kita untuk menggagalkan usaha untuk menjadikan negeri ini sebagai 'Muzium Umno'," ujarnya lagi. Sementara itu Anggota Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, semasa berucap pada majlis yang sama, menyelar sikap pemimpin Umno yang tidak dapat menerima kekalahan mereka pada PRU Ke-12 lalu. "Dalam apa-apa keadaan sekali pun, mereka seboleh-bolehnya mahu kemenangan sentiasa memihak kepada mereka, walaupun jelas rakyat sudah tidak mahukan mereka lagi, tetapi amat sukar bagi mereka untuk menerima kenyataan ini, sikap ini menggambarkan pemikiran yang jumud serta tidak profesional pemimpin Umno," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kementerian Pelancungan, membatalkan hubungan dengan lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, baru-baru ini. Katanya, mereka lupa bahawa lima negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah atas kehendak rakyat, mereka wajar menghormati keputusan rakyat ini, bukan menafikannya. "Tindakan memutuskan hubungan serta membatalkan peruntukan dalam sektor pelancongan di lima negeri di kuasai Pakatan Rakyat ini adalah satu tindakan yang sangat tidak cerdik dan angkuh, tindakan ini juga sekali gus akan menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap mereka," katanya. Firdaus yang juga exco pemuda PAS Pusat, selanjutnya berkata, inilah sikap sebenar pemimpin-pemimpin Umno, mereka begitu angkuh dan sombong. "Mereka lupa disebabkan keangkuhan dan kesombongan inilah yang menyebabkan rakyat menolak mereka pada PRU lalu. "Jika perangai mereka ini berterusan maka tidak mustahil suatu hari nanti rakyat Johor juga akan mengikuti jejak langkah rakyat negeri-negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat, menolak mereka pada PRU Ke-13 nanti," katanya. - mns |
Friday, April 25, 2008
PAS tidak rela Johor jadi 'Muzium Umno'
0 comments Labels: Harakahdaily, Johor, PAS
Kenyataan Anwar gimik politik: Hishammuddin
Sinar Harian
PUTRAJAYA - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan ramalan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan pembangkang akan dapat menubuhkan kerajaan persekutuan sebelum 16 September ini sebagai permainan politik semata-mata.
“Tiga minggu lepas dia kata akan ada perubahan kepimpinan (negara) dalam masa dua minggu. Dua minggu dah pun berlalu (dan) sekarang dia kata ia akan berlaku bulan September.
“Bagi saya dia boleh buat macam-macam ramalan dan kalau ramalannya tidak menjadi kenyataan ia akan menjejaskan kredibiliti tuan punya badan sendiri,” kata Menteri Pelajaran itu kepada pemberita di sini semalam.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, orang ramai sudah mula melihat sendiri permainan politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu apabila satu demi satu kenyataan dan tuduhan beliau sebelum ini tidak menjadi kenyataan, termasuklah kenyataan bahawa pilihan raya di negara ini tidak bebas.
Katanya, perhatian utama kerajaan Barisan Nasional (BN) kini tertumpu kepada menunaikan tanggungjawab seperti mana yang diamanahkan rakyat, bukannya melayani ramalan seperti itu.
Mengulas pandangan anggota Exco Pemuda, Datuk Idris Haron semalam bahawa jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang akan datang sebaiknya diisi oleh mereka yang telah dibentuk dan dibimbing untuk mengisi jawatan itu dan bukannya melalui pertandingan, Hishammuddin berkata, perkara itu terpulang sepenuhnya kepada perwakilan pergerakan itu.
Beliau berkata, pertandingan untuk merebut jawatan itu merupakan amalan yang sihat, dengan syarat mereka yang menawarkan diri untuk bertanding mestilah memahami arah perjuangan pergerakan itu sendiri, bukannya kerana jawatan semata-mata.
Mengenai cadangan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat kemerosotan sokongan terhadap UMNO, Hishammuddin berkata, perkara itu seharusnya dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi (MT) untuk diputuskan.
Anggota MT UMNO yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam menggesa UMNO supaya berubah dalam cara ia beroperasi dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat sebab-sebab merosotnya sokongan terhadap parti itu, yang menjadi teras BN. - BERNAMA
0 comments Labels: DSAI, pemimpin haprak, sinar harian
Bapa Altantuya: Saya datang demi kemanusiaan
Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Apr 24, 08 7:45pm |
Bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh kejam Oktober 2006 berkata, beliau datang ke negara ini bukan kerana wang tetapi menuntut rasa kemanusiaan seluruh warga Malaysia. "Kenapa anda semua takut untuk mengambil tindakan kemanusiaan untuk (membantu) anaknya (Altantuya) yang paling kecil? Apakah anda tidak tahu malu? "Saya ke mari bukan untuk wang, saya hanya mahu pertolongan kemanusiaan. Di manakah tanggungjawab kemanusiaan anda semua? Saya mahu tanya semua ini," kata Shaariibu Setev dengan nada tertekan. Beliau yang kelihatan marah kemudian menepuk meja dan berkata "sudahlah" dalam bahasa Mongolia. Beliau segera meninggalkan sidang media tersebut. Ucapannya diterjemahkan oleh Munkhsaruul Mijiddorj (foto atas: kiri), seorang peguam bersama Pusat Kebangsaan Menentang Keganasan (NCAV), sebuah badan bukan kerajaan di Mongolia. Hadir sama di sidang media itu, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail dan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk timbalannya Dr Syed Husin Ali dan naib presiden R Sivarasa. Sebelum itu, Setev mempertikaikan media Malaysia yang didakwanya tidak cuba menyiasat lebih mendalam kemusykilan yang timbul berhubung kes anaknya itu. "Apakah anda tahu bahawa bahan letupan yang digunakan oleh pegawai-pegawai polis ini datangnya daripada tentera? Ia bukannya sebilah pisau. Bahan letupan ini seharusnya digunakan untuk negara lain (musuh) tetapi sebaliknya ia digunakan terhadap anak saya. "Anda boleh lihat sekarang jenis manusia berbahaya yang bertugas di peringkat tinggi, khususnya pegawai polis," kata Setev dalam satu sidang media di pejabat penasihat PKR di Petaling Jaya hari ini. Penganalisis politik Abdul Razak Baginda dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya. Dua anggota polis unit khas cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar dituduh melakukan pembunuhan di sebuah kawasan terpencil dekat Shah Alam. Kedua-duanya bertugas di unit tindakan khas (UTK), pasukan berprofil tinggi, antaranya menjaga keselamatan pemimpin utama negara termasuk perdana menteri dan timbalannya. Ketiga-tiga mereka menghadapi hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah. Setev berkata, surat perdana menteri Mongolia yang dihantar kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akhir tahun lalu tidak mendapat respons. Beliau ternyata marah dengan kegagalan perdana menteri Malaysia memberi jawapan kepada surat tersebut. "Surat terakhir daripada kerajaan Mongolia kepada Abdullah (menyebut), jika Malaysia membuat penghakiman secara tidak adil, tidak bertanggungjawab dalam kes ini, kerajaan kami akan memutuskan hubungannya dengan Malaysia. "Isu ini bukan hal peribadi (keluarga saya) tetapi isu antara dua negara. Bolehkah anda bayangkan bagaimana kes ini akan menentukan keadaan ekonomi Malaysia?" katanya. |
0 comments Labels: malaysiakini
Lee Kah Choon resignation unfortunate: Najib
NST Online
KUALA LUMPUR, Thurs:
Barisan Nasional deputy chairman Datuk Seri Najib Razak has described the resignation of Gerakan’s Datuk Lee Kah Choon from the party as “unfortunate”.
Lee was given a show cause letter by Gerakan on Tuesday.
The next day, the former Health Ministry parliamentary secretary and Gerakan deputy secretary-general, who had quit all party positions two weeks ago, announced that he was leaving the party.
Najib, the deputy prime minister, said Lee’s acceptance of the state government’s offer of the two positions made his membership of a BN component party untenable.
Gerakan advisor Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yesterday called Lee an opportunist and lacking in principle.
“Don’t say he is out of politics because he is now very much a part of the DAP agenda,” he said, adding that Lee’s departure from Gerakan was no loss to the party and country.
Dr Lim told reporters after opening a forum on the mid-term review of the Ninth Malaysia Plan here that the DAP’s poaching had nothing to do with being democratic.
“Run the state of Penang but there is no need to poach our people and he (Chief Minister Lim Guan Eng) called this the new era of politics. I doubt if Karpal Singh or his father (Lim Kit Siang) encouraged this,” said Dr Lim.
On the claim by Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim on Wednesday that Pakatan Rakyat would be able to form the federal government by September, Najib said Anwar could claim whatever he wanted.
“It is part of the political gamesmanship that he is playing,” he said.
Najib said he was confident the Sabah and Sarawak BN components would continue to support and remain with the coalition.
“We don’t expect them to walk out of the coalition. They will be loyal to the BN,” he said. "They must have confidence that the future of the country would be more assured under the BN."
On a suggestion by Umno supreme council member Datuk Seri Rais Yatim for the party to form a commission to study why it had lost support, Najib said there was no need for such a body.
0 comments Labels: keluar BN, najib razak, NST online
BN pandang berat laporan 30 wakil rakyatnya berpaling tadah - Najib
Utusan Online
PUTRAJAYA 25 April — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen dari parti itu akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.
“Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, yang mengandungi PKR, DAP dan PAS, untuk membolehkannya membentuk kerajaan kerajaan kerana pembangkang kini mempunyai 82 wakil dalam Dewan Rakyat berbanding 140 daripada BN. Sekiranya 30 wakil rakyat BN keluar parti, ia akan hanya mempunyai 110 orang saja.
Ketika ditanya sama ada BN akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua Anggota Parlimennya tidak menyertai pembangkang, Najib berkata : “Kita akan lakukan sesuatu tetapi saya tidak akan beritahu anda.”
“Kita dengar ura-ura (lompat parti) ini tetapi tidak ada siapapun yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN.”
“Namun), kita tetap pandang berat dan tidak boleh ketepikannya walaupun ada unsur mainan politik.” - Bernama
0 comments Labels: keluar BN, najib razak, utusan
"Mereka mula gelabah" Anwar
| | |
KLpos Oleh Anwar Ibrahim | |
Khamis, 24 April 2008 | |
Semalam di Sabah
Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!! Sdr Ansari dan Dr Jeffrey memulakan ucapan menekankan masa depan terjamin dibawah KeADILan dan Pakatan Rakyat. Saya menyorot kembali pengalaman Pilihanraya Umum Ke-12 yang dinodai dengan penipuan dan tipu helah. Namun kemenangan di Semenanjung cukup menakjubkan. Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus. Maka sukar buat Ahli Parlimen menolak pelawaan kita berdasarkan tawaran yang menunjukkan kepedulian terhadap rakyat. Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!! |
0 comments Labels: DSAI, klpos
MP: Anwar is power crazy
Friday April 25, 2008
KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim is power crazy, the Barisan Nasional Backbenchers Club (BBC) claims.
BBC deputy chairman Datuk Bung Mokhtar Radin said the Opposition figure head was trying his best to undermine the strength of the ruling coalition.
Bung Mokhtar said claims by Anwar that Barisan MPs were ready to crossover was a political gimmick that showed that he was suffering from a craze for power.
He said Anwar must accept the fact that Barisan holds the majority in Parliament and his Pakatan Rakyat coalition had lost the general election.
“The people have made it clear that they support the Barisan government,” he said when dismissing Anwar’s claims that the Pakatan Rakyat government had enough Barisan MPs to form the Federal government and it would be done by Malaysia Day (Sept 16).
The Kinabatangan MP said Anwar was using unethical methods to woo Barisan MPs so that he can take over the Government.
“He is just finding ways to get to power by making all sorts of claims,” Bung Mokhtar said after chairing the Sabah Commercial Vehicles Licensing Board meeting here yesterday.
He said Barisan MPs have pride and respect the wishes of the people and he did not see the possibility of them crossing over to the Opposition.
“The Opposition coalition is weak and is built on political convenience and this could collapse anytime when you compare it to long-term working relations between parties in Barisan,” he added.
0 comments Labels: DSAI, the star
Retro Isu Royalti : Kerajaan Pusat Tiada Hak Hapus Royalti Terengganu
Buletin Online |
Ditulis oleh SM Noor | |
Friday, 25 April 2008 | |
Demikian dinyatakan oleh Tun Dato' Dr Haji Mohd. Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara yang juga menjadi anggota Exco kerajaan Negeri Terengganu ketika di wawancara media pada tahun 2000. Beliau berkata tindakan menukarkan nama bayaran kepada wang ehsan (kemudian dana khas) tidak akan mengubah kedudukan bayaran itu pada segi undang-undang kerana ia mesti dibayar oleh Petronas dan menjadi hak Terengganu. Beliau menafikan dan membidas kenyataan kerajaan pusat bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memberikan royalti pada 1974 kerana Terengganu dianggap negeri paling miskin waktu itu. "(Kenyataan) itu tidak boleh diterima akal," kata Mohd Salleh. Menurutnya, Akta Kemajuan Petroleum berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974 dan perjanjian wang tunai (royalti) di bawah akta itu dibuat pada pada 22 Mac 1975. Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 tetapi petroleum hanya dijumpai di persisiran pantai Terengganu pada pertengahan tahun itu dan dikeluarkan dua tahun kemudian. Pada tahun 1978, Terengganu menerima royalti lebih kurang RM13 juta. "Mustahil Abdul Razak mengarahkan supaya royalti petroleum dibayar kepada Terengganu sebelum beliau meninggal dunia sedangkan petroleum belum dijumpai," jelas bekas Ketua Hakim Negara itu. Jawapan : Royalti minyak adalah hak Kerajaan Negeri Terengganu yang mesti dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS, sebabnya : a. Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan bahawa hak kepunyaan petroleum keseluruhannya sama ada di darat atau di laut adalah terserah (vested) kepada PETRONAS dan penyerahan hak kepunyaan ini akan berkuat kuasa apabila surat acara penyerahan telah ditandatangani. Penyerahan ini adalah muktamad, tidak boleh ditarik balik dan kepunyaan itu adalah menjadi hak kepunyaan PETRONAS buat selama-lamanya. b. Di bawah Seksyen 4, sebagai balasan penyerahan ini, PETRONAS diwajibkan membayar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan, iaitu negeri di mana petroleum dijumpai dan diusahakan satu jumlah wang sebanyak yang dipersetujui di antara pihak berkenaan. c. Surat cara penyerahan hak kepunyaan telah dibuat oleh semua negeri di Malaysia, termasuklah negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu. Bagi Negeri Terengganu surat acara itu ditandatangani oleh Menteri Besar Negeri Terengganu pada masa itu sebagai mewakili negeri dan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, selaku Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRONAS, mewakili PETRONAS. Surat cara penyerahan itu dibuat di Kuala Terengganu pada 22 Mac 1975. d. Pada hari yang sama dan ditempat yang sama satu perjanjian ditandatangani oleh Menteri Besar Terengganumewakili Negeri dan oleh Tengku Razaleigh mewakili PETRONAS. Perjanjian ini menetapkan jumlah wang tunai yang mesti dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri sebanyak lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati di Negeri Terengganu dan dijual oleh PETRONAS atau agen-agen atau kontraktor-kontraktornya. Bayaran ini hendaklah dibuat tiap-tiap enam bulan sekali iaitu sebelum 1 September bagi petroleum yang diperolehi dan dijual dalam tempoh enam bulan yang pertama dan sebelum 1 Mac tahun berikut bagi petroleum yang diusahakan dan dijual dalam tempoh enam bulan yang kedua, iaitu daripada bulan Julai hingga bulan Disember. Adalah diingatkan bahawa bayaran wang tunai itu tidak diberi nama apa-apa sama ada royalti atau bayaran ihsan. e. Pada 16 September 1987 PETRONAS memeberi nama bayaran wang tunai ini sebagai bayaran royalti. Ini jelas disebut dalam surat Tan Sri Abdullah Salleh selaku Presiden PETRONAS kepada Dato’ Seri Amar Diraja, Menteri Besar Terengganu. Surat ini merakamkan persetujuan di antara PETRONAS dengan Negeri Terengganu tentang bagaimanakah lima peratus royalti itu dikira atau dihitung. Tajuk surat ini ialah: Computation of royalty payment to the Government of The State Of Terengganu by PETRONAS for the production of petroleum. (Penghitungan bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS kerana pengeluaran petroleum). Kesimpulannya ialah bayaran wang tunai itu ialah PETRONAS sebagai balasan menerima hak kepunyaan petroleum daripada Kerajaan Negeri terenganu. Bayarannya itu bukan satu bayaran ihsan sebagai belas kasihan atau murah hati PETRONAS. Bayaran itu diwajibkan apabila petroleum diperolehi di darat ataupun di laut Negeri Terengganu dan dijual. Sekiranya petroleum diperolehi dinegeri-negeri lain, seperti Pahang,Johor,kelantan dan sebagainya negeri-negeri itu berhak kepada bayaran tersebut kerana tiap-tiap buah negeri ada membuat surat cara penyerahan hak kepunyaan dan juga menandatangani perjanjian lima peratus bayaran wang tunai. Tetapi Allah Yang Maha Kuasa dan Amat Pemurah Lagi Amat Penyayang telah memberi berkat kepada Negeri Terengganu. Dilaut negeri lain petroleum tidak dijumpai, tetapi di laut negeri Terengganu petroleum dijumpai. Yang demikian, negeri negeri Terengganu ialah sebuah negeri yang berkenaan sebagaimana negeri Sabah dan Sarawak. Satu kesimpulan lain ialah bayaran wang tunai ini ialah bayaran royalti kerana mengikut undang-undang, khususnya amalan perniagaan (Commercial Usage) royalti itu ialah satu bayaran yang wajib dibuat oleh penerima hak kepunyaan kepada tuannya yang menyerahkan hak kepunyaan itu. Syarikat-syarikat minyak menggunakan perkataan royalti kepada bayaran mereka buat sebagai balasan kepada mana-mana concession yang mereka dapat. Bayaran royalti setakat lima peratus itu adalah hak Kerajaan Terengganu dan rakyat Negeri Terengganu dan PETRONAS wajib membayarnya. Hak kerajaan Terengganu tidak boleh diganggu dan dibolot oleh Kerajaan Pusat. 2. Soalan : Bolehkan Kerajaan Pusat menafikan hak Kerajaan Negeri Terengganu? Jawapan : Oleh kerana hak royalti itu hak Negeri terenganu ,Kerajaan Pusat tidak ada kuasa menafikan atau menghapuskan hak Kerajaan Negeri Terengganu melainkan Kerajaan Negeri Terengganu sendiri bersetuju. Tidak ada persetujuan yang demikian telah dibuat bahkan Kerajaan Negeri Terengganu pun tidak tahu dan langsung tidak diberitahu secara resmi oleh PETRONAS dan Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Negeri Terengganu tidak mempunyai apa-apa hak.Kerajaan Negeri tidak pernah diminta berunding dan bicara mengenai hal-hal ini. Apa yang diketahui ialah melalui salinan fotostat siaran akhbar Kementerian Kewangan sahaja bertarikh 5 september 2000. Itulah pada awalnya Menteri Besar Terengganu teragak-agak menerima siaran akhbar itu sebagai kenyataan yang benar dibuat oleh Kerajaan Pusat. Sekarang sudah jelas dan nyata bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah dinafikan haknya kerana royalti bagi pengeluaran dalam tempoh bulan Januari hingga 1 Julai tahun 2000 ini yang sepatutunya dibayar pada 1 September 2000 belum lagi dibayar. Mungkin wang royalti itu sudah dibayar kepada Kerajaan Pusat. Cara Kerajaan Pusat menghapuskan hak Kerajaan Terengganu ialah dengan cara mengubahkan nama bayaran wang tunai daripada perkataan royalti kepada perkataan bayaran ihsan amatlah dikesali sekali. Royalti ialah satu bayaran yang wajib oleh penerima hak kepunyaan kepada pemunya hak yang menyerahkan hak itu; tetapi bayaran ihsan ialah satu bayaran sukarela atas belas kasihan si pembayar sahaja. Sudah tentu bayaran ini tidak mesti atau diwajibkan dibuat. Dan jika dibuat pun masa bila dan jumlah berapa banyak bayaran hendak dibuat bergantung kepada budi bicara pembayar itu sendiri.Dengan menukarkan nama bayaran wang tunai itu daripada bayaran royalti kepada perkataan bayaran ihsan tidak akan mengubah kedudukan bayaran itu kerana ia tetap wajib dibayar oleh PETRONAS dan menjadi hak Kerajaan Terengganu. Jika benar bayaran wang tunai itu bayaran ihsan dan suatu bayaran yang tidak wajib, kenapakah mesti adanya penukaran nama itu? Penukaran nama ini adalah semata-mata untuk mengelirukan pemahaman rakyat mengenai royalti petroleum. Selain daripada itu tanggungan (Obligation) PETRONAS membayar wang tunai ini adalah diwajibkan oleh Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian pada 22 Mac 1975 di antara PETRONAS dengan Kerajaan Negeri Terengganu. Kerajaan Pusat tidak ada kena mengena dengan perjanjian ini dan tidak boleh campur tangan sama sekali untuk menghapuskan hak Kerajaan Terengganu. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Kita berharap Kerajaan Pusat yang sering melaungkan sebagai kerajaan demokrasi dan berpegang kepada prinsip rule of law tidak sepatutnya bertindak liar sedemikian. 3. Soalan: Benarkah Allahyarham Tun abdul Razak membuat keputusan pada tahun 1974 agar memberi royalti minyak kerana Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang termiskin pada ketika itu? Jawapan : Kenyataan ini adalah satu anggapan yang tidak benar. Kenyataan ini dibuat oleh Kementerian Kewangan sebagai alasan menafikan atau menghapuskan hak royalti petroleum Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1974. Petroleum belum lagi dijumpai di dasar laut mana-mana negeri di Semenanjung khususnya di negeri Terengganu. Petroleum yang dijumpai pada masa itu hanyalah di dasar laut Sabah dan Sarawak sahaja. Benar sekali negeri Terengganu pada masa itu miskin bahkan pada masa ini pun negeri ini masih lagi miskin. Pada tahun 1974 Allahyarham Tun Abdul Razak tidak tahu sama ada petroleum akan dijumpai atau tidak di mana-mana negeri di Semenanjung. Pada masa itu saya memegang jawatan Peguamcara Negara dan sayalah yang mengarang Akta Kemajuan ini di bawah arahan Allahyarham Tun Abdul Razak. Allahyarham Tun Ismail Ali (bekas Gabenor Bank Negara), Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub dan Tengku Razaleigh. Pada ketika itu perhubungan Kerajaan Pusat yang diterajui oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah amatlah genting dan tegang. Masalah dengan Sarawak ialah tentang royalti petroleum yang mana Sarawak mendakwa hampir-hampir 100 peratus royalti. Begitu juga negeri Sabah. Alasan mereka menuntut sepenuh royalti itu ialah kerana mereka berkata bahawa sebelum mereka masuk Malaysia pada tahun 1963 mereka sudah ada dasar laut bersendirian yang diisytiharkan oleh Kerajaan Kolonial British. Berita dan artikel ini pernah disiarkan oleh Siaran Warta Terengganu dan Malaysiakini sekitar November, 2000. Ia diubah mengikut kesesuaian masakini |
0 comments Labels: buletin online, terengganu
Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang - Anwar
Harakahdaily Nabila Abdullah Thu | Apr 24, 08 | 2:20:44 pm MYT | |
PENAMPANG, 24 April (Hrkh) - "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam. Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak. "Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya. Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN. "Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya. "Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang. Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya. Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti. Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu. Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi mangsa, ujarnya. "Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya./wann. |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, Pak Lah undur