+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, July 13, 2008

Usul Hilang Percaya Tidak Dapat Dielakkan

Kickdefella

Usul hilang percaya pada Abdullah tidak dapat tidak, harus dibentang dan wajib disokong oleh ahli-ahli Parlimen dari UMNO terutama Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.

Pengumuman Abdullah tentang proses penyerahan kuasa kepada Timbalannya Najib Razak pada Jun 2010 menandakan bahawa,

• Tekanan terhadap Abdullah supaya melepaskan jawatannya begitu kuat di dalam UMNO.
• Majlis Tertinggi UMNO telah menerima bahawa Abdullah adalah liabiliti kepada UMNO dan menyokong tekanan akar umbi supaya Abdullah berundur.
• Tiada pihak yang didalam UMNO yang menggesa Abdullah menarik balik keputusannya dan ini bermakna, UMNO secara keseluruhannya menolak kepimpinan Abdullah.
• Parti-parti rakan UMNO dan komponen BN tidak merasa terkejut atau menolak cadangan penyerahan kuasa Abdullah itu.

Oleh yang demikian, ini bererti,

• Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli partinya.
• Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti pemimpin-pemimpin partinya.
• Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli parlimen UMNO dan parti-parti komponen BN.

Berdasarkan kesimpulan tersebut,

• Abdullah tidak boleh kekal sebagai Perdana Menteri apabila dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.
• Abdullah tidak boleh menjadi Perdana Menteri apabila dia tidak lagi mewakili majoriti anggota Dewan Rakyat.

Maka dengan itu,

• Satu Usul Hilang Percaya terhadap kepimpinannya perlu dibentangkan, dibahaskan dan satu undian perlu dilakukan.

Apabila usul ini dibawa ke peringkat pengundian, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, demi perpaduan Barisan Nasional tidak boleh menyokong usul tersebut, tetapi demi masa depan Barisan Nasional mereka haruslah,
• Menggunakan ruang masa waktu perbahasan untuk membahaskan kelemahan dan kepincangan kepimpinan Abdullah yang telah mengakibatkan pretasi buruk Barisan Nasional dan mengakibatkan Barisan Nasional kehilangan 4 buah negeri termasuk Negeri Perdana Menteri sendiri, kehilangan kerusi-kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kehilangan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan dan gagal menawan semula Kelantan.
• Bertindak untuk berkecuali sewaktu pengundian di buat.

Oleh yang demikian, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional tidak dilihat menyokong usul pembangkang dan melanggar etika Barisan Nasional, tetapi pada waktu yang sama bersetuju bahawa kepimpinan Abdullah tidak harus diteruskan.

Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lain ahli Parlimen Barisan Nasional yang lantang menyelar Abdullah seharusnya bertindak konsisten sewaktu Usul ini dan tidak pula bersikap seperti lalang dan menampakkan diri mereka tidak ada bezanya dengan Abdullah sendiri yang tidak pernah konsisten didalam keputusannya.

Kenyataan Abdullah berhubung proses penyerahan kuasa kepada Najib pada Jun 2010 adalah satu penipuan dan jelas sekali tidak sah kerana,

• Penggal Abdullah sebagai pemimpin UMNO akan tamat Disember ini, oleh yang demikian beliau tidak boleh mengakui beliau masih Presiden UMNO sehingga Jun 2010.
• Abdullah hanya boleh mengaku menjadi Presiden sehingga 2010 selepas pemilihan pucuk pimpinan UMNO Disember ini dan jika Abdullah menang pemilihan tersebut.
• Najib bukan Timbalan Presiden UMNO sehingga 2010 oleh itu bagaimana Abdullah yang juga bukan Presiden sehingga 2010 boleh melantik Najib menerajui UMNO selepas Jun 2010.
• Oleh yang demikian bagaimana Abdullah boleh mahu melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Jun 2010?
• Perlantikkan Perdana Menteri bukan bidang kuasa Abdullah tetapi hak YDP Agung.

Beberapa faktor lain yang menyebabkan usul hilang percaya pada Abdullah harus dibahaskan dan dibuat pengundian,

• Abdullah telah gagal mempertahankan kedaulatan Negara sebaliknya merelakan pencabulan kedaulatan Negara oleh pihak luar.
• Abdullah telah mengusulkan supaya pencabulan kedaulatan Negara dihalalkan menerusi Iskandar Malaysia dimana warga asing boleh memasuki kawasan Iskandar tanpa memerlukan kelulusan imigresen dan tanpa dokumen yang sah.
• Abdullah membenarkan Perairan Negara di Selat Melaka dikawal oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Singapura.
• Abdullah telah membenarkan Tentera Komando Singapura menggunakan Pengkalan ‘Special Warfare’ di Gemas sedangkan ini bererti beliau telah kompromi pengkalan strategik Angkatan Tentera Malaysia.
• Abdullah telah hilang kewibawaannya dan terdedah kepada ugutan Amerika Syarikat apabila syarikat milik anaknya terbabit didalam skandal ‘supplying nuclear parts’ kepada negara ketiga.
• Asset milik anaknya, iaitu kapal milik syarikat anaknya telah ditahan kerana membawa ‘nuclear parts’ untuk pihak negara ketiga.
• Abdullah telah diberitahu oleh Presiden Amerika Syarikat bahawa pembabitan syarikat milik anaknya itu adalah boleh mengakibatkan anaknya di tahan dan diklasifikasikan sebagai bersimpati dengan pengganas.
• Pembabitannya sendiri didalam skandal Oil for Food di Iraq juga menyebabkan beliau terpaksa akur dengan tekanan luar untuk mempertahankan kedudukannya.

Oleh yang demikian, Abdullah terdedah kepada ugutan oleh kuasa besar yang boleh mengakibatkan beliau terpaksa kompromi keselamatan dan kedaulatan Negara jika ingin terus menjadi pemimpin Malaysia.

Ahli-ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional harus bertindak sebagai berkecuali sewaktu pengundian usul hilang percaya. Ahli-ahli Dewan Rakyat dari Pakatan Rakyat dan Bebas harus bertindak menyokong usul hilang percaya ini.

Abdullah perlu meletakkan jawatannya segera selaps beliau tidak lagi menikmati kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Read More...

Perintah Mahkamah Fitnah dan Salahguna Undang-undang

Anwaribrahimblog

Saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil keputusan untuk mengadakan satu perhimpunan di Parlimen esok.

Keputusan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas iaitu untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan di bawah peruntukan 18(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen.

Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara exparte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008. Majistret yang dikatakan membenarkan perintah tersebut adalah Tuan Nazran bin Mohd Sham. Perintah tersebut tidak diserah ke atas saya tetapi hanya ditampal di luar rumah pada hari ini.

Saya menganggap perintah mahkamah tersebut merupakan satu fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang. Saya akan mengarahkan peguam kami untuk memulakan proses undang-undang untuk mengenepikan perintah tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Read More...

SAYA MUNGKIN AKAN DITAHAN - DSAI

wrlr




















Alor Setar 12 Julai.Ketua umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memberi penjelaskan bahawa beliau berkemungkinana ditahan .Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas berceramah bersama Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Razak dan juga Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.



Menurut maklumat yang diterima , beliau yang akan dipanggil pada 14 Julai ini pada jam 2 petang untuk diambil keterangan berhubung soal liwat yang dituduh keatas beliau di balai polis jalan Travers.Kebimbangan mengenai beliau ditahan menaikkan semangat beliau untuk terus menentang tuduhan yang dikenakan keatas beliau.dan berikrar akan melawan “saya akan lawan terus lawan” demikian ketika Anwar lagi dalam berceramah.



Sementara itu dalam satu sidang akhbar slepas berceramah beliau menjelaskan kepada soalan yang ditanya berhubung dengan panggilan dari pihak polis supaya hadir. “saya mempunyai pegalaman yang lepas dan sudah tentulah ianya sedikit sebanyak meninggalkan pengalaman dan apa yang pastinya orang yang sama juga turut berada dalam permainan politik ini.Cuma saya berharap mereka menghormati undang-undang”. Demikian jelas beliau .

Anwar juga turut menjelaskan bahawa beliau berpegang kepada janji Perdana Menteri bahawa keselamatan beliau adalah dijamin dan undang-undang dihomati. “Saya juga berasa bimbang berhubung dengan apa yang akan berlaku nanti.Pengalaman lama menjadikan saya berhati-hati,namun jaminan Perdana Menteri sedikit meyakinkan.

Sementara itu apabila ditanya berhubung dengan soal usul dari ketua pembangkang pada hari Isnin ini, belau berkata “kita tunggu dan lihat pada hari isnin ini”, jelas beliau lagi.

Anwar juga turut mengulangi bahawa jika kerajaan yang memerintah ini tidak di tumbangkan , harga barang pasti akan naik dan juga ekonomi akan merudum dalam jangkamasa 2 ke 3 bulan akan datang, dan terus mengulangi lagi bahawa komintmen kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk kesejahteraan rakyat dan berjanji akan menurunkan harga minyak jika diberi peluang memerintah.Beliau berceramah di hadapan lebih 70,000 yang hadir memenuhi komplek PAS batu 9 Kota Sarang semut dekat Alor Setar .





Read More...

Usul Undi Tidak Percaya - Uji Abdullah atau Pakatan Rakyat?

msomelayu

CERITA panas yang bakal diperkataan esok ialah mengenai usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. Parlimen akan jadi tumpuan pemerhati dari dalam dan luar negeri esok. Apakah esok Parlimen dan perdana menteri bakal melakar satu sejarah politik negara. Sebelum ini belum pernah ada perdana menteti dihadap dengan usul undi tidak percaya.

Awal-awal lagi menteri ditugas menjaga Parlimen, Mohamad Nazri Aziz sudah membuat kenyataan meminta supaya ahli Parlimen tidak membawa tetamu masing-masing. Arahan beliau itu menggambarkan seperti ada sesuatu yang menggemparkan akan berlaku di Parlimen esok?

Sementara menurut kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, semua jalan menuju ke Parlimen juga akan ditutup. Parlimen akan jadi seperti 'zoo' esok dikawal dan dijaga rapi!

Larangan dan kawalan ini menggambarkan suasana seolah-olah negara ini di ambang darurat. Mengapa harus halang orang ramai untuk mengunjungi Parlimen? Rakyat sepatutnya diberikan kebebasan untuk memerhatikan peristiwa penting yang bakal menentukan nasib dan masa depannya.

Dengan tindakan itu juga menyebabkan ‘agenda’ undi tidak percaya yang dianggap sengaja dilakukan bagiu mengalihkan pandangan rakyat mengenai sesutau isu itu berjaya dan semakin menjadi perhatian umum!

Noits usul itu telah diserahkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bersama 14 MP Pakatan Rakyat minggu lepas.

Sama ada Speaker membenar usul itu dibahas atau tidak, ia tidak menjadi masalah lagi. Usul itu tetap penting dan bakal menjadi petunjuk ke arah mana para ahli Parlimen pembangkang selepas ini. Ahli Parlimen pembangkang perlu menyatakan sikap mengenai hal itu bila mana ianya di bawa ke Parlimen atau kepada Speakar walaupun ia akan ditolak.

Saya sangat berharap supaya Speaker membenarkan usul berkenaan dibahaskan kerana ingin melihat sejauh mana kesepaduan ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Ia juga untuk melihat sejauh mana kebenaran dakwaan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa jika usul dikemukakan Abdullah akan jatuh.

Sekiranya usul itu diterima dan ianya ditolak Parlimen ini bermakna dakwaan Anwar sebelum ini hanya dibuat atas angin dan di atas katil sahaja. Kredibiliti Anwar juga terjejas. Ia akan dianggap tidak lebih dari gimik politik yang kehabisan modal. Kerana itu pada saya usul tersebut disamping boleh menggetarkan lutut Abdullah tetapi ia juga menjadi perangkap berkesan untuk pihak kerajaan bagi menguji kekuatan pembangkang itu sendiri.

Ini kerana ada perkembangan menunjukkan wujud tidak sekata dan sehaluan di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat dalam beberapa hal termasuk mengenai usul berkenaan. Sudah ada suara dan tanda-tanda pihak yang tidak berpuas hati antara satu sama lain dan menunjukkan reaksi bersedia untuk membuat koreksi atas persepakatan itu. Nampaknya ada pihak yang mulai sedar pakatan itu lebih banyak membawa kerugian daripada keuntungan!

Paling jelas ialah di pihak Pas. Pas seakan tidak berpuas hati dengan berapa perkara yang berlaku termasuk beberapa hal dalam kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat di Selangor dan di Perak. Pas merasakan kehadiran mereka di dalam kerajaan berkenaan hanya sebagai tukang anggup dan turut saja atau sebagai simbol wujudkan pakatan. Beberapa keputusan penting membabitkan soal kepentingan Melayu dan Islam tidak dibincang dahulu dengan Pas.

Sikap membelangkan Pas ini katanya benar-benar mengecewakan Pas menyebabkan Pas Selangor kini sudah bersedia membuat keputusan yang boleh mengejutkan banyak pihak. Wajar kalau Pas kecewa kerana dibahu merekalah terletaknya tanggungjawab mengenai agama dan bangsa. Rakyat tidak peduli kalau DAP tidak membela Islam atau PKR mengabaikan kepentingan Melayu!

Beberapa tindakan yang menyentuh kedudukan agama dan orang Melayu begitu sensitif bagi Pas berbanding rakananya PKR dan DAP inilah menajdi punca kenapa 'kemurungan' hubungan ini berlaku.

Insiden konsert liar yang cuba melondehkan seluar dalam semasa Himpunan Sejuta Rakyat memprotes kenaikan harga minyak dua minggu lepas di stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya(yang diketuai sendiri oleh Bendahari Pas, Mohd Hatta Ranmli) adalah antara i
su yang menunjukkan tidak ada kebulatan semangat antara parti Pakatan Rakyat. Pas kurang senang dengan apa yang berlaku dan menyifatkan ianya satu keburukan yang terhasil dari Pakatan Rakyat. Khabarnya Hatta Ramli diarahkan supaya memohon maaf kepada ahli
Pas atas apa yang berlaku.

Bagaimana pun rasa sensitif dan tidak senang itu bukan dari semua ahli Parlimen Pas. Mereka yang berpendidikan Barat dan profesional yang menerima pakai politik Machiavilli seakan tidak merasa apa-apa kerugian dengan apa yang berlaku. Pada mereka apa yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat itu sekarang ini cukup harmoni dan menguntungkan Melayu dan Islam.

Sebaliknya pemimpin Pas yang beraliran agama yang bercita-cita tertegaknya pemerintah Islam tulen - menurut Quran dan Hadith di negara ini sangat merasai dan bimbang
apa yang berlaku. Malahan ada kalangan mereka merasakan Pas kini berada dalam keadaan untung secupak rugi segantang! Bagi mereka sesetengah tindak tanduk kerajaan dikedua buah negeri itu seakan menghalang cita-cita tertegaknya syariah Islam.

Perkembangkan ini – perselisihan di kalangan ahli Parlimen Pas mengenai kepentingan perjuangan mereka ia bukan saja bakal menimbul polemik dalam parti itu tetapi akan membawa petaka kepada Pakatan Rakyat seluruhnya kalau tidak dibendung. Perpecahan dalam Pas akan merebak ke dalam Pakatan Rakyat. Retak yang sedikit ini akan membawa kepada pecah yang bear, kerana organ yang retak itu ialah hati bukan lutut.

Apapun esok – jika usul undi tidak percaya itu dibenarkan oleh Speaker untuk dibahas, ia akan memberi jawaban kepada teka teki ini. Apakah Pakatan Rakyat masih utuh dan padu, atau sebaliknya. Dan secara tidak langsung juga ia menguji wibawa Presiden Pas itu sendiri serta ahli-ahli Pas yang sewaktu dengannya. Apakah Islam tulen dalam Pas akan menang ataupun klon Pas akan mula menaring.

Kalau ahli Parlimen Pas membuat keputusan bertentangan dengan presdien esok, bermakna sesuatu yang buruk akan berlaku dalam Pas. Kemucaknya kelak kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden sendiri mungkin tercabar. Perselisihan ini sudah pasti akan dijadikan titik mula untuk para Pas klon bertindak menguasai parti.

Majlis Syura yang menjadi badan tertinggi Pas dalam memberi pandangan, nasihat dan megemukakan formula penyelesaian secara syariah hendaklah bertindak segera. Seluruh ahli juga perlu patuh kepada keputusan Majlis Syura. Ini penting, kerana kalau Majlis Syura sudah dibelakangkan, bermakna Pas juga menjadi parti tanpa prinsip dan haluan hakiki seperti mana Umno di mana wang dan kebendaan menjadi penentu kuasa dan kepimpinannya.

Musyidul Am yang statusnya tertinggi dalam Pas mungkin tidak relevan untuk dirujuk mengenaihal ini kerana perlembagaan tidak memberi hak dan kuasa itu kepadanya.

Besok adalah hari penting untuk melihat; pertama perpaduan dalam Pakatan Rakyat, kedua sikap di kalangan ahli Parlimen Pas dalam menangani isu semasa yang turut memwarnai politik mereka. [wm.kl 10: 45 am 13/07/08]

Read More...

Lautan Manusia Membanjiri Putik

Tranungkite

Dilulus terbit pada Sunday, July 13 @ 08:36:34 MYT oleh SongkokPutih
Berita

Lautan Manusia Membanjiri Putik Untuk Mendengar Ucapan Daripada Tok Guru, Anwar, Husam Dan Saifuddin

Oleh Kerana Saya dan kawan-kawan terlewat sampai ,bukan disebabkan datang lewat tetapi disebabkan kesesakan jalan raya yang teramat sangat maka kami berempat hanya sempat mendengar dan menonton ucapan penceramah-penceramah melalui skrin besar yang disedikan di luar dewan besar Putik sahaja.Ingatkan datang awal lepas magrib dapatlah kami masuk dalam dewan, tapi sangkaan kami meleset,rupanya ada lagi yang seawal jam 6 petang datang berpusu-pusu ke Putik



Parking kereta dekat setengah jam berjalan kaki .Terkejut giler melihat lautan manusia membanjiri putik.Untuk kenangan, ada beberapa keping gambar dan Video yang sempat saya rakam tetapi semuanya di luar dewan besar…Try nak masuk ke dalam dewan tetapi tak terdaya kerana ramai yang berpusu-pusu di luar pintu dewan..Pinkturtle



Read More...

Gelombang Kebangkitan di Kota Bharu & Kota Sarang Semut

anwaribrahimblog

Perhimpunan rakyat di Kota Sarang Semut selesai sabentar tadi. Pidato Tuan Guru Ustaz Hadi dan Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan menyangkal tohmahan kalangan yang sengaja mengungkit isu keretakan Pakatan Rakyat. Mereka mengulangi komitmen dalam rangka kerjasama dan mengingatkan umat akan kejahatan dan bahaya fitnah.

Perhimpunan di Kota Bharu pula menyaksikan kebangkitan rakyat Kelantan menuntut perubahan. Puluhan ribu rakyat bersesak untuk mendengar pidato Saifuddin Nasution, Datuk Husam, saya dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Saifuddin Nasution memberikan urutan peristiwa - dari gugatan ke atas Pakatan Rakyat, aduan terhadap Musa Hassan dan Gani Patail, kes rasuah dan pembunuhan Altantuya. Maka strategi mengalih pandangan rakyat adalah dengan merekayasa pertuduhan salahlaku seks terhadap saya. Beliau bangkitkan isu biasiswa, pejabat TPM, dan lain-lain.

Datuk Husam mengulas kisah Nabi Yusuf ‘alaihissalam, Siti ‘Aishah dengan al-ifk sebagai pengajaran. Malah dikesalkan sekali betapa pimpinan Umno-BN sanggup meneruskan fitnah keji. Beliau menggesa rakyat supaya istiqamah memperjuangkan keadilan, mempertahankan wadah Pas bersama Pakatan Rakyat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggesa rakyat menolak fitnah dan muslihat Umno yang berterusan. Beliau menegaskan untuk memperkuat Pas bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat. Saya menyentuh isu minyak, debat 15 Julai, dan mengapa perubahan kerajaan perlu disegerakan.

Seandainya rakyat umum dapat melihat lautan manusia di majlis di Kota Sarang Semut seperti juga di Kota Bharu malam semalam, mereka akan lebih mengerti maksud kemaraan rakyat!

ANWAR IBRAHIM

Read More...

Jangan sekadar berbicara, unjurkan bukti – Tian Chua kepada Ezam

Suara Keadilan

Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua membalas kenyataan ahli baru Umno, Ezam Md Noor, yang mengancam untuk mendedahkan rahsia-rahsia sulit Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sekiranya dia dikaitkan dalam konspirasi sodomi.

Kata Tian Chua, sekiranya bekas Pengerusi Gerakan Demokrasi & Anti-Korupsi (Gerak) itu tekad membasmi rasuah sepertimana yang diikrarkannya dahulu, Ezam tidak seharusnya menyimpan bukti penyelewengan mana-mana pemimpin politik.

“Sekiranya seseorang itu mempunyai bukti rasuah atau salahlaku, mengapa perlu disembunyikan? Jadi saya persoalkan, mengapa perlu tunggu adanya pertuduhan terhadapnya baru mahu bongkar sesuatu? Sekiranya sungguh Ezam Md Noor ada bukti Anwar Ibrahim menyeleweng – jangan tunggu, jangan tangguh – dedahkan sekarang juga,” tegas Tian Chua.

Ezam, yang menyertai Umno semula baru-baru ini dengan sokongan kuat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, membuat amaran sedemikian di suatu majlis anjuran Umno dan badan bukan kerajaan Alam Free Speech di Shah Alam 12 Julai lalu.

Lapor Bernama, Ezam memberi amaran sekiranya Anwar Ibrahim mahupun Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaitkannya sebagai sebahagian dari sebuah konspirasi, beliau akan membongkar semua ‘rahsia’ yang dia tahu meskipun pendedahan itu akan membawa malu kepada anak-anak dan keluarga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.

Ezam juga menambah Anwar seharusnya tumpu kepada laporan sodomi yang dibuat kepada bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, dan bukan mengenai konspirasi politik.

Mengulas dengan lebih lanjut, Tian Chua berkata persoalan samada Ezam terbabit atau tidak dalam pertuduhan sodomi ini bergantung kepada siasatan polis dan Jabatan Peguam Negara, berdasarkan kepada testimoni yang disediakan oleh yang menuduh.

“Anwar sehingga kini tidak menyebut apa-apa mengenai pembabitan Ezam Md Noor dalam konspirasi ini. Mengapa beliau harus melatah?,” soal Tian Chua.

Mengapa Ezam Pertahan Najib?

Tian Chua, yang juga regu reformasi Ezam di era 1998, turut menyatakan kekesalannya dengan sikap Ezam, menuduh Anwar telah memperbesarkan konspirasi sodomi ini dengan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak dan Altantuya Shaariibuu.

Lapor Malaysiakini, Ezam berkata demikian di majlis yang sama, dan merujuk kepada Akuan Bersumpah P Balasubramaniam. Akuan tersebut mendedahkan Najib bukan sahaja kenal dengan mangsa, bahkan juga pernah menyetubuhi ibu beranak dua itu.

Menurut penyiasat persendirian itu lagi, Altantuya mengizinkan dirinya diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.

P Balasubramaniam, adalah bekas polis Cawangan Khas, dan diupah Abdul Razak Baginda memantau pergerakan Altantuya. Mangsa dibunuh oleh dua pegawai pengiring Najib – Azilah Hadri dan Sirul Azhar – pada malam Ramadhan 2006.

“Anwar Ibrahim, tidak menuduh Najib, tetapi sebaliknya beliau menyeru pihak berkuasa supaya menyiasat Akuan Bersumpah ini kerana ia mengisi ruang-ruang kosong dalam siasatan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu,” kata Tian Chua.

Read More...

PERALIHAN KEPIMPINAN


chedet



Saya percaya ramai daripada ahli UMNO dan orang ramai juga berasa lega apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan yang dianya akan letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada Jun 2010. Pengisytiharannya di hadapan pemimpin-pemimpin UMNO dari seluruh Negara disambut dengan tepukan gemuruh.

Dia juga memilih Dato Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

Saya tidak hendak pertikai samada ini menurut tradisi UMNO atau tidak. Tetapi saya ingin tarik perhatian kepada keadaan dalam parti UMNO, parti Barisan Nasional dan Negara menjelang pilihanraya ke-13 hanya empat setengah tahun lagi.
Umum tahu bahawa UMNO, BN dan parti-parti komponennya sudah rosak teruk dan tidak mendapat kepercayaan daripada rakyat lagi setelah lima tahun Dato Seri Abdullah menerajui Parti dan Kerajaan. Buktinya ialah kekalahan teruk BN dalam Pilihanraya Umum ke-12, 2008. Belum pernah BN kalah sebegini dalam sebelas Pilihanraya Umum yang terdahulu, termasuk pada tahun 1969.

Kerja untuk memulihkan parti-parti dan kepercayaan rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 memerlukan masa yang panjang. Masa yang ada hanyalah empat setengah tahun jika tidak kurang daripada itu.

Kenyataan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah bermakna dalam masa yang singkat ini, walaupun Dato Seri Najib mengambilalih pada Jun 2010; UMNO, BN dan Kerajaan akan dipimpin oleh dua pemimpin, masing-masing dengan masalah masing-masing dalam hanya dua setengah tahun bagi tiap satu.

Masa ini terlalu singkat untuk berusaha memulih semula parti BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain. Sesungguhnya selain daripada parti-parti di Sabah dan Sarawak semua parti BN di Semenanjung telah ditolak oleh rakyat dan perlu rawatan luar biasa.

Keadaan politik dan peristiwa selepas Pilihanraya Umum ke-12 bergolak dan tidak menentu. Sebenarnya kurang kepercayaan keapada BN menambah kerana mesej rakyat kepada pemimpin tertinggi Kerajaan tidak dipedulikan olehnya. Pemimpin ini ternampak khayal dan berada dalam keadaan menidakkan kenyataan.

Dengan Dato Seri Abdullah menerus kepimpinannya hingga Jun 2010, pemulihan tidak dapat dimulakan kerana beliau tidak faham kehendak rakyat - iaitu beliau berhenti daripada mengepalai parti dan Kerajaan.

Jika Dato Seri Najib ambil alih pada Jun 2010 dia hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan UMNO, pulihkan BN dan menolong memulih parti-parti komponen dalam BN.

Kerja ini bukan mudah. Ia berkehendakkan Dato Seri Najib dan semua pemimpin UMNO dan BN turun padang untuk menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh mereka untuk memperbaiki kerosakan dalam parti-parti mereka dan pemerintahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah.

Dimasa yang sama mereka perlu bertindak untuk memulih ekonomi Negara. Dalam tiga empat tahun yang menyusul ekonomi dunia akan alami huru-hara kerana kenaikan harga minyak, bahan mentah dan makanan. Amerika Syarikat akan terus menghadapi krisis kewangan disebabkan hutang Amerika Syarikat yang tidak dapat dibayar dan kemelesetan ekonominya.

Dalam Negara inflasi luar biasa akan berlaku disertai oleh pengangguran yang tinggi. Perniagaan runcit dan industri perkhidmatan akan tergugat. Kenaikan harga barang dan makanan akan diikuti dengan lebih ramai kes muflis dan penutupan perniagaan.

Semua ini perlu ditangani oleh Dato Seri Najib dan anggota Kabinet daripada BN dalam dua setengah tahun. Ini tidak boleh jadi kerja sambilan. Ia berkehendak tumpuan sepenuh masa.

Apakah Dato Seri Najib mampu menangani semua masalah-masalah ini disamping memulihkan parti-parti? Sebenarnya kredibiliti Dato Seri Najib telah banyak merosot sejak dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah.

Dahulu Dato Seri Najib merupakan bintang yang gemilang di antara Menteri-Menteri Kabinet. Tetapi oleh kerana dia tunduk rendah kepada Dato Seri Abdullah, dengan selalunya mengia apa sahaja yang dikata dan dibuat oleh Dato Seri Abdullah, pandangan tinggi rakyat kepadanya sudah jatuh merudum. Dia perlu masa untuk memperbaiki semula imejnya. Jika daripada sekarang hingga Jun 2010 dia masih dilihat sebagai "Mr Yes" yang utama, mustahil dia akan dapat pulih imejnya.

Kenyataannya yang dia berasa terharu kerana kepercayaan Dato Seri Abdullah kepadanya tidak meyakinkan sesiapa yang dia boleh ubah sikapnya. Dia akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah yang mudah dikongkong oleh Dato Seri Abdullah. Apakah ada jaminan yang dia akan dapat bebaskan dirinya daripada Dato Seri Abdullah setelah mengambil alih? Sukar bagi kita mempercayai yang dia mampu.

Di masa yang sama banyak tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Dalam keadaan ini pemulihan UMNO, BN, MCA , MIC, Gerakan dan PPP tidak mungkin dijayakan sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Dato Seri Abdullah harus tahu bahawa akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa menang dan siapa kalah.

Hari ini Dato Seri Abdullah boleh paksa, ugut, sogok ahli dan pemimpin UMNO untuk ikut kehendaknya, untuk sokong apa sahaja yang dikatakan olehnya, atau yang dibuat olehnya.

Tetapi seperti pada Pilihanraya Umum ke-12, ahli UMNO dan BN, penyokong biasa UMNO dan BN dan mereka yang secara terbuka pandang jijik kepada kepimpinannya akan tolak UMNO dan BN.

Percayalah jika UMNO dan BN hendak dipulih supaya tidak kalah lebih teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 berbanding Pilihanraya Umum ke-12 Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan sekarang juga.

Biarlah ada pertandingan untuk jawatan-jawatan presiden, timbalan presiden dan lain-lain dalam Mesyuarat Agong Disember ini.

Siapa juga yang dipilih hendaklah diasingkan daripada Dato Seri Abdullah supaya pengaruhnya dan ketamakan konco-konconya tidak lagi dapat merosakkan Negara.

Apabila ini berlaku maka kepemimpinan baru dan seluruh jentera parti boleh digerak dengan semangat yang baru untuk berusaha menarik balik ahli dan penyokong yang telah undi parti lawan atau merosakkan undi pada Pilihanraya Umum ke-12.

Kerajaan perlu disusun semula supaya dapat menghadapi dan mengatasi masalah ketidakstabilan politik, masalah ekonomi yang telah rosak dan tekanan politik dan ekonomi dari luar negeri.

Ahli UMNO yang sudah di sedapkan oleh kenyataan Dato Seri Abdullah perlu fikir dengan mendalam.

Jika kerana diri sendiri hendak senang Parti UMNO biar dihancurkan, generasi sekarang dan akan datang akan kutuk kamu. Janganlah kerana duit RM100, kain pulikat dan sejadah, bangsa sendiri dijual.

Janganlah utamakan kepentingan diri, keinginan untuk jadi menteri, untuk mendapat kontrak bagi diri sendiri, maka bangsa dan maruah dijual.

Ingatlah beberapa Menteri Besar yang begitu yakin mereka akan terus jadi MB, akan terus mengagih peluang jadi Exco, peluang untuk kekayaan dan dengan itu menyatakan dengan kuat sokongan mereka kepada Dato Seri Abdullah, Presiden UMNO, hari ini jadi ketua pembangkang, terpaksa tinggal mahligai mereka dan tidak boleh beri gula-gula kepada yang mencium tangan mereka.

Dan Dato Seri Abdullah sendiri harus ingat parti lawan hanya memerlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk menang pilihanraya. Sokongan oleh ahli yang setia secara buta tuli tidak mencukupi untuk menang. Sokongan penyokong yang bukan ahli diperlukan.

Di masa yang sama jikalau calon-calon parti komponen tidak menang kerana orang Cina dan India tidak suka pada Dato Seri, justeru itu menolak MCA, MIC, Gerakan dan PPP, BN tidak akan menang Pilihanraya Umum ke-13, Dato Seri tidak akan dapat memberi gula-gula lagi.

Ingatlah kalau UMNO kalah Pilihanraya Umum ke-13, ia tidak akan kembali berkuasa walau siapa pun yang memimpinnya.

Sedarlah akan hakikat ini semua. Jika Dato Seri kalah, UMNO dan BN kalah, generasi ini dan akan datang akan kutuk Dato Seri, pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

Read More...

Usaha baik kerajaan Perak di putar belit.

cinaislam

Kelmarin dilaporkan Satu sindiket dikesan memperdayakan orang ramai dengan membuat tawaran palsu bagi kemasukan ke beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Sindiket itu, yang mendakwa dilantik sebagai ejen IPTA terbabit, dikatakan meminta sejumlah bayaran bagi menguruskan proses kemasukan pelajar ke universiti itu. Setakat ini, antara IPTA yang dikesan menjadi mangsa kegiatan sindiket itu ialah Universiti Malaya (UM).


Di Perak pula di laporkan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim kecewa selepas gagal menuntut wang ganjaran sebanyak RM1,000 seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Perak di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.


Sebab itulah setiap bantuan dermasisiwa yang akan dikeluarkan telah diambil langkah yang sangat berhati-hati bukan dengan tujuan menyulitkan.

Pelajar berkenaan, Norzyah Sabri, 20, yang baru sahaja mendaftar dalam program ijazah Sarjana Muda Pendidikan (bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua) di UPSI pada 29 Jun lepas yang ditemani bapanya, Sabri Puteh, 39, terpaksa pulang hampa selepas diberitahu ganjaran tersebut tiada.


Noryzah berkata, semasa meminta bantuan petugas kaunter di pekarangan bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu untuk berjumpa dengan Exco Pendidikan Perak, Nga Kor Ming, dia dan bapanya diminta pulang dan melupakan hasrat untuk mendapatkan wang ganjaran tersebut.


''Kata petugas itu mana ada ganjaran sedemikian dan tidak perlu buang masa jumpa Exco berkaitan," katanya di sini hari ini.

Saya ingin memberikan ulasan untuk ke di Perak, saya menafikan sama sekali bahwa tidak ada bantuan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Perak kepada pelajar yang layak ke IPTA.

Pada petang Jumaat 10 July kenyataan resmi dikeluarkan sekali lagi berkatian dengan tiadanya Perjanjian Pangkor 2 dan seorang wartawan akhbar Cina bertanya tentang tersebar isu mengatakan bahawa demasisiwa itu hanya untuk orang melayu sahaja.

Itu juga dinafikan, kerana sesiapa yang layak tidak mengira bangsa dan agama akan diberikan bantuan tersebut.

Inilah putar belit dan kerja mengaburkan fakta sebenar untuk menipu rakyat, berita yang disebarkan itu sebenarnya menipu. Syabas kepada dua pelakon ayah dan anak diatas dan tidak lupa kepada pengarahnya sekali.

Read More...

Mesyuarat Tergempar 3

matsamankati

"Dapat dah semua tarikh lahir depa?" Tanya Pak Nawi.

"Dah. Semua dapat." Aku jawab.

"Kamu kira sendiri. Tak larat aku nak kira dah." kata Pak Nawi.

Tunku: 8.2.1903 8+2+1+9+3 = 23 = 2+3 = 5
Tun Razak: 11.3.1922 = 19 = 1+9 = 10 = 1
Hussein Onn: 12.2.1922 = 19 = 1
Mahathir: 10.7.1925 = 25 = 7
Pak Lah: 26.11.1939 = 32 = 5
Musa Hitam: 18.4.1934 = 30 = 3
Ku Li: 13.4.1937 = 28 = 10= 1
Ghafar Baba: 18.2.1925 = 28 = 10 = 1
Anwar: 10.8.1947 = 30 = 3
Najib: 23.7.1953 = 30 = 3

"Aku cakap, kamu check. Betul ke tak betul" kata Pak Nawi.

"Mula-mula Tunku jadi PM. Ada sapa berani lawan tak? Tun Razak pun tak berani lawan. Yang berani lawan, Mahathir. Tunku turun bukan pasai Tun Razak lawan, tapi pasai 13 Mei. Tahun 1990, Tunku dengan Ku Li lawan Mahathir, sapa menang? Kemudian Tun Razak naik, tapi dia tak lama. Tak sempat orang nak lawan dia dah mati.

Naik Hussein Onn, tapi lembik. Sapa yang lawan? Mahathir! Hussein Onn lari ikut tingkap, Mahathir naik. Bila Mahathir naik, sapa pun tak boleh lawan. Dia suruh Musa Hitam lawan dengan ku Li untuk Timbalan, tapi Ku Li tak boleh lawan Musa. Kamu ingat Musa menang pasai dia kuat ka? Tak!.... tapi pasai Musa 3, Ku Li 1. Kemudian Musa letak jawatan. Pasai apa Musa tak berani lawan Mahathir? Sebab Musa tau, kalau lawan pun dia akan kalah.

Mahathir lantik Ghafar Baba. Ghafar Baba tak kuat! Jadi, bila Anwar lawan, Ghafar baba lari terjun pintu. Pasai apa Ghafar Baba kalah? Pasai Anwar 3, Ghafar Baba 1. Kemudian Anwar lawan Mahathir. Sapa menang? Dah tentu Mahathir, sebab Mahathir 7, Anwar 3.

Kemudian Mahathir pilih Pak Lah. Pasai apa Pak Lah tak pernah lawan Mahathir? Sebab dia cucu Abdullah Fahim, pakar Tajul Muluk. Pak Lah tau, kalau dia lawan Mahathir, dia tentu kalah. Itu pasai, Mahathir cakap apa pun kat dia, dia buat tak tau saja.

Sekarang pasai Najib. Najib tak boleh lawan Pak Lah. Kalau Najib lawan Pak Lah, Najib bungkus. Itu sebab Najib jadi Pak Sanggup. Apa saja cakap Pak Lah dia ikut.

Kamu tengok pulak Anwar. Pasai apa Anwar tak lawan Pak Lah? Sebab kalau dia lawan, Anwar akan bungkus. Sebab Anwar 3, Pak Lah 5. Jadi Anwar lawan Najib, Anwar 3, Najib 3. Mungkin Anwar ingat, dengan Najib ada peluang, tapi Anwar tak tau, Najib dah sampai kekemuncak bukit. Dia baru nak merangkak. Aku rasa Najib menang." Kata Pak Nawi.

"Mungkin ka Anwar masuk penjara lagi?" aku tanya.

"Yang tu aku tak boleh nak kata, sebab nak masuk penjara ni, Najib bukan boleh buat sorang. Hang kena cari sapa lagi lawan Anwar."

"Habih, sapa yang boleh lawan Najib? Aku tanya Pak Nawi.

"Aku pun tak tau, kamu check Wan Azizah! " kata Pak Nawi.

Aku pun Google Wan Azizah dan dapat tarikh lahir nya.

3.1.1952 = 21 = 3

"Serupa ja , Pak Nawi!" aku bagi tau.

"Khairy Jamaludin macam mana?" tanya Pak Nawi.

10.1.1976 = 25 = 7.

Ha??!?!??

"Kamu perhati budak ni Mat." Pak Nawi bawa keluar tembakau dan daun nipah, pelan-pelan dia gulung.

Read More...

Mesyuarat Tergempar 2

matsamankati

Usul undi tidak percaya akan didengar esok, hari Isnin. Dan setelah sekian lama polis menyiasat kes liwat Saiful, maka polis pun memanggil Anwar untuk mengambil kenyataan, juga pada hari Isnin. Kebetulan? Ataupun sebahagian dari perancangan? Atau pun dah memang takdir?

Selepas Asar, aku dan Pak Nawi pekena kopi O. Mak Cik Piah buat roti jala dan kuah durian. Sementara minum petang, Pak Nawi meneruskan agenda kedua.

"BN ni tak boleh tumbang, Mat. Sebab Umno jadi tunggak, dan parti lain cuma jadi Pak Turut. Kalau nak tumbangkan BN, kena tumbangkan Umno. Dan yang boleh menumbangkan UMNO cuma parti dari Sabah dan Sarawak. Itu pun bukan senang. Setakat kekuatan diri, masing-masing sama kuat. UMNO, UPKO dan SUPP. 9-9-9. Tapi Umno sudah sampai kekemuncak, manakala dua lagi parti ni baru nak naik. Rimau yang ada kat atas bukit, lebih kuat dari rimau yang baru nak naik.

Serupa jugak. PKR lawan Pas, PKR kalah. Pas lawan Umno, Pas kalah. PKR lawan Umno, PKR kalah. Tak percaya, kamu kira." Pak Nawi membuat ucapan alu-aluan.

Aku pun ambil buku dan kira, sementara Pak Nawi makan roti jala dengan kuah durian.

UMNO: 3456 = 18 = 9
MCA: 431 = 7
MIC: 493 = 16 = 7
GERAKAN: 7591215 = 30 = 3
PPP: 777 = 21 = 3

Fuh!!! Macam sengaja disusun pulak! Tapi itulah kekuatan parti-parti yang ada dalam BN diSemenanjung! Kebetulan?

Sarawak:

PBB: 722 = 11
SUPP: 1377 = 18 = 9
PRS: 791 = 17 = 8
SPDP: 1747 = 19 = 10 = 1

"11 dan 22 ialah nombor khas. Tak boleh dicampur lagi, dan siapa yang dapat nombor khas, nombor 9 pun kalah. " Pak Nawi mengingatkan aku.

"Hang tengok PBB, Umno pun takut nak masuk Sarawak. Taib Mahmud pun sapa tak berani lawan, kalau lawan mesti out. Berapa kerusi Parlimen depa dapat?" Pak Nawi bertanya.

PBB = 14, SUPP = 6, PRS 5, SPDP =4. Hah!!! Kebetulan lagi!.

"Sabah macam mana?" Tanya Pak Nawi lagi.

UMNO: 3456 = 18 = 9
UPKO: 3726 = 18 = 9
SAPP: 1177 = 16 = 7
LDP: 347 = 14 = 5
PBRS: 7291 = 19 = 10 = 1
PBS: 721 = 10 = 1

Kerusi Parlimen: UMNO = 14, UPKO = 4, SAPP = 2, LDP = 1, PBRS = 1, PBS = 3.

"Hah! Semua betui, kecuali PBS! Macam mana ni Pak Nawi?" Aku tanya kat Pak Nawi.

"Kalau semua betui, aku dah jadi keramat dah!" balas Pak Nawi.

"Macam mana Umno boleh masuk Sabah?" aku tanya kat Pak Nawi.

"Sebab USNO masa tu tak kuat, kalau dia lawan pun, mesti kalah. USNO berapa?" Tanya Pak Nawi.

"USNO: 3156 = 15 = 6. Hah! Pak Nawi main silap mata kot?"

"Kalau macam ni, macam mana nak lawan Umno?" aku tanya Pak Nawi.

"Memang tak boleh lawan! Sapa lawan dia kalah. Kalau hang nak lawan, tok sah lawan Parti Umno, sebab tak ada parti lain kat semenanjung ni yang kuat, tapi lawan Orang Umno!. Sebab ramai orang Umno yang lemah."

"Ohhh! Sebab tu Anwar tak lawan Umno? Tapi dia lawan orang dalam Umno. Ada yang dia buat kawan, ada yang dia lawan."

Tapi pasai apa dia lawan Najib? Pasai apa dia tak lawan Pak Lah? Pasai apa dia lawan Mahathir?
"Hoi Mat, kopi O tu dah sejuk. Hang pi cari maklumat pasai orang-orang Umno. Lepas Isya nanti, kita sambung balik"

Read More...

Ada GLC Kedah agih keuntungan di kalangan kroni - MB Kedah

Harakahdaily

Izwan Abdul Halim

Sun | Jul 13, 08 | 2:34:50 pm MYT

KOTA SARANG SEMUT, 13 Julai (Hrkh) - Buat pertama kalinya, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mendedahkan penyelewengan yang pernah berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu setelah lebih empat bulan menerajui tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) sepatutnya membantu Kerajaan Negeri dalam soal kewangan negeri bahkan syarikat-syarikat itu diberi kemudahan berbanding syarikat lain untuk aktif dalam perniagaan.

Image"Tetapi malangnya, keuntungan ini diagihkan di kalangan pengarah dan kuncu-kuncu mereka juga ahli-ahli politik mereka. Di sinilah kita dapati wang rakyat telah hilang.

"Satu syarikat mengeluarkan sebanyak RM 340,000 beli dua jam tangan untuk dihadiahkan kepada orang-orang tertentu,"ujarnya mendedahkan perkara tersebut pada majlis ceramah '100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah' di Kompleks PAS Kedah di sini semalam.

Beliau turut menyentuh pertemuannya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Dewan Wawasan, Jitra baru-baru ini mengenai perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di samping turut melontarkan peringatan buat Umno Kedah.

"Banyak yang dibincangkan, alhamdulillah projek-projek yang dirancang di bawah NCER akan diteruskan.

"Umno Kedah jangan fikir projek ini dia akan dapat secara mutlak, dia mesti melalui tender. Setiap tender yang melibatkan Negeri Kedah mesti ada wakil Kerajaan Negeri," tegasnya. - mks. _

Read More...

Surat buat Ezam dari Bayan Baru

Tranungkite

Dilulus terbit pada Sunday, July 13 @ 20:07:49 MYT oleh SongkokPutih

Artikel Oleh cheguBard


 Semalam ketika pulang dari sesi taklimat khas isu semasa bersama kepimpinan Bahagian keADILan Jempol dan ceramah umum, cheGuBard agak terkejut. Dari Palong ke Kuala Lumpur tidak kurang dari 9 sekatan jalan raya terpaksa ditempuhi. Malah sekatan yang agak luar biasa di adakan di Sungai Besi. sms dari teman - teman pula (belum dalam dipastikan kebenaranya) menyatakan parlimen sudah dikepong polis dan bangunan penyiaran seperti Angkasapuri dikawal tentera.

Mungkinkah ini sebagai bukti menunjukkan kebenaran kenyataan menteri - menteri Umno yang menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan proses perubahan fasa 2 (selepas perubahan tsunami politik 8 Mac) yang akan dimulakan Isnin ini dengan usul tidak percaya kepada Pm di Parlimen. Nampaknya perkembangan sehingga terpaksa menggerakkan tentera membuktikan penguasa korup mula panik dengan ketakutan.

Pengumuman Abdullah bahawa dia akan berundur 2 tahun lagi sebenarnya adalah untuk mengendurkan tekanan yang wujud. Pertama tekanan yang diberikan kerana kelemahan dirinya dan kedua tekanan dari kem Najib/Mahathir yang sudah tidak mahu menunggu kerana bagi mereka kelemahan Abdullah akan diperguna PAKATAN untuk mengambil alih kerajaan. Abdullah dilihat bukan sahaja tidak mampu menghentikan proses 'lompat' tetapi memperlahankan proses itu juga tidak mampu.

Ada satu teori pula mengatakan pengumuman Abdullah hanya tindakan membeli masa yang gagal. Jelas kem Mahathir/Najib amat tidak selesa dengan pengumuman 2 tahun itu. Kemungkinan apa yang berlaku ialah modus operandi Tun Razak mengambil alih kuasa dari Tengku Abdul Rahman mungkin tidak boleh dielakkan. Dalam teori ini Anwar dan 'tenteranya' mungkin terpaksa ditahan. tetapi amaran buat Regim Najib nanti jika ini benar berlaku bukan sedikit celaka diundang dalam negara. Kebangkitan kali ini bukan setakat kerana Anwar semata tetapi Anwar dijadikan ikon gerakan rakyat tertindas. Rakyat pasti akan bangkit melawan penderitaan sendiri.

Menyentuh soal Ezam pula seminggu dua ini che'GuBard menerima terlalu banyak sms, komen blog dan email yang mempertikaikan che'GuBard kerana berdiam diri dan tidak komen pasal Ezam. Ada yang memetik semula kenyataan che'GuBard dalam Malaysia today yang menyatakan 'Ezam tetap teman saya tetapi jika dia menyerang parti selaku MPT saya wajib mempertahankan parti...'

Benar kini Ezam telah mula menyerang, tetapi itu bukan bermaksud tumpuan kita harus kepadanya kerana itu yang diharapkan. Dia baru memasuki Umno, jangkaan beliau jalanya senang kerana borangnya diterima presiden Umno sendiri tetapi semuanya berubah selepas itu. Dia hampir tidak diterima keahlianya, dalam mesyuarat MKT umno memutuskan dia hanya dibenar menjadi ahli tetapi tidak dibenar pegang jawatan atau bertanding. Ini anti klimaks bagi penyokongnya.

Sekarang dia dalam proses menyakinkan kepimpinan Umno betapa dia penting dan mampu menjadi meriam strategik untuk menyelamatkan Umno dari serangan kebangkitan rakyat. Dia cuba membuktikan bahawa dia setia malah lebih setia dari orang Umno yang tidak pernah keluar Umno. Dia sedang memancing untuk dijadikan objek serangan PAKATAN ...dia cuba menunjukkan keikhlasan dengan menadah dada untuk di tembak agar memancing simpati dan keyakinan pimpinan Umno. Untuk itu sudah tentu dia memerlukan hujan peluru yang lebat dan kuat agar menimbulkan lebih simpati dan keyakinan.

Dan hari ini mungkin dia sedikit berjaya ketika dia mula ditembak. Mengenai sumpah dan bongkar, apa nak dihairankan ia terlalu sinonim dengan Ezam.

Namun untuk puaskan hati kawan - kawan di bawah ini saya siarkan petikan surat dari Zul, Bayan Baru dan gambar 'kononya' rumah Ezam makin besar semenjak masuk Umno.



Cuma pesanan ikhlas cheGuBard tuduhan abang terlibat dalam konspirasi adalah punca mulut teman yang rapat dengan kamu juga. Budak - budak kamu sendiri yang pecahkan 'lobang' sebelum laporan polis dibuat kamu bertemu Saiful..? Sebelum laporan polis di buat abang sudah umumkan 'akan ada letupan kes liwat terbaru Anwar ? Dalam satu pertemuan tertutup (lebih 3 bulan lepas) di pejabat GERAK abang sudah umumkan cerita skrip liwat terbaru Anwar dan kali ini ia benar terjadi cuma watak berbeza dulu namanya R_sh_d tetapi cerita yang sama cuma namanya Saiful ? Bagaimana ini boleh berlaku ? Jika abang bukan perancang mungkin abang punya ilmu tilikan yang cukup tinggi untuk mengetahui masa depan atau mungkin benar cerita Shamsul, ketika menjadi peguam masa abang di bawah ISA bahawa abang berzikir malam sehingga abang mampu terapung .... wallAllahuallam....



Massive renovations to Ezam's already massive house in Shah Alam, started since he joined Umno

(surat dari Bayan Baru) Salam sejahtera kepada semua teman-teman seperjuangan.Terpanggil saya menulis adalah untuk rasa hati yang memberontak kesan tuduhan serta lemparan kata nista serta cerca daripada AHLI UMNO CAWANGAN DI BAHAGIAN PETALING JAYA,Ezam Md Nor satu-satunya anak Pak Md Nor yang bernama Ezam.

Kehairanan saya timbul kerana setiap hari batang tubuh yang bernama Ezam makin menjadi-jadi cabarannya umpama kata orang tua-tua Bagai Murai Tercabut Ekor.Mengelabah,Meracau,Merapu & Melalut seperti orang yang mabuk.Kenapa yang dia sibuk setiap kali mengajukan cabaran seperti dalam Buletin 1.30 TV3 suku sebentar tadi?Kenapa dia mahu menjadi jaguh tatkala semasa dalam PKR dahulu maki hamun kepada UMNO terutama kepada insan-insan yang menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat.Teringat taklimat semalam bersama seluruh kepimpinan PKR Bahagian & AJK Perhubungan & AMK Negeri Pulau Pinang apabila Dr Mansor Othman MPT keadilan pusat yang menjawab soalan salah seorang hadirin dalam taklimat.Jawapan Dr Mansor cukup ringkas,”saya tak mahu komen biarlah anda semua nilai sendiri sebab kalau ceramah ezam di pentas keadilan,saya pun tak gamak nak kata macam dia dok ceramah,kasar betul”

Bila di siarkan sebentar tadi dalam buletin 1.30 Ezam kata jangan sampai dia bersumpah mendedahkan siapa Anwar Ibrahim jika dia di hina mendapat jutaan ringgit kerana menyertai UMNO keluar dari mulut Anwar atau pun Wan Azizah.Terfikir sejenak,aku keliru,bab sumpah ni bagi manusia yang bernama Ezam sudah menjadi kebiasaan.Keluarkanlah CD Ceramah Ezam dulu-dulu,bukan takat Sumpah Keramat atau Sumpah Seranah lain tapi menyumpah dengan UMNO sampai satu tahap kepada AHLI UMNO kena tanyala kepada Ezam.Jangan tanya Ezam ‘Apa Yang U Maki Umno’ tapi tanya dia ‘Apa Lagi Yang U Tak Kata Kat UMNO’ masa dalam PKR.Habis sumpah seranah & ucapan yang keluar dari mulut Ezam hingga waktu itu anak muda menjadikan dia sebagai ikon keberanian menentang kezaliman pemerintah.

Kenapa nak tunggu keluar dalam mulut Anwar atau Wan Azizah?Untuk pengetahuan Ezam,saya sempat berjumpa dengan teman seperjuangan anda dulu dari pulau pinang sekarang ini mereka ialah Exco Angkatan Muda Malaysia iaitu saudara Amizudin Ahmat & saudara Zulkifli Ibrahim bagaimana respon Dato’ Seri Anwar berkenaan isu Ezam sibuk nak cabar Anwar.Jawapan Anwar cukup untuk menjawab cabaran daripada Ezam,Anwar maklumkan ‘Biar la,dia nak belajar macam mana politik.Banyak lagi agenda kita kepada rakyat’.Terfikir pula saya,jika Ezam mengatakan bahawa nak tunggu keluar dari mulut Anwar nak sentuh berkenaan nama EZAM.Buang masa Ezam nak tunggu,bukan Anwar sahaja bahkan ramai kalangan pimpinan pusat termasuklah din & zul yang Ezam kenal cukup rapat dengan mereka ini pun tak pernah nak usik atau menghina Ezam.

Saya juga mendapat tahu bahawa AMK Pusat pernah membangkitkan isu berkenaan cabaran & keceluparan saudara.Sekali lagi saudara di selamatkan oleh saudara Amizudin,Zulkifli,Abd Rahman & beberapa lagi teman Exco untuk tidak membincangkan mengenai Ezam sehingga mereka telah membuat keputusan abaikan dari melayan karenah kebudak-budakan Ezam dengan menumpu kepada misi pembangunan membawa agenda rakyat serta memperkasakan parti.Saya rasakan ada dua kemungkinan tindakan itu dibuat,sama ada Exco AMK Pusat masih sayangkan Ezam sebab itu mereka tidak mahu pukul habis-habisan Ezam dalam pentas politik ataupun Exco AMK Pusat tidak pernah menganggap kewujudan Ezam di pentas politik.

Andaikan anggappan kedua betul,Ezam perlu rasa malu & sedar bahawa tindakan Ezam cuba mencari publisiti glamour atau cubaan menjadi jaguh dengan menonjolkan diri dalam media-media bak kata pepatah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.sedarkah Ezam,bukan sahaja AHLI UMNO yang meluat dengan tingkah laku Ezam bahkan saya sempat dihubungi teman lama yang saya cukup yakin tidak mengikuti perkembangan politik dari dekat tiba-tiba menghubungi saya & memaki hamun kepada manusia yang bernama EZAM MD NOR.

Saya cukup berpuas hati sikap kematangan politik AMK Pusat yang ‘Ignore’ saja segala tohmahan serta cabaran EZAM,tetapi yang paling penting Anwar tidak memberi respon kepada EZAM membuatkan dia tidak setaraf dengan Pimpinan parti di semua peringkat di pusat.layak saya samakan taraf EZAM dengan AJK WANITA KeADILan BAHAGIAN.Nasihat saya kepada Ahli UMNO yang sahaja,pada EZAM tak guna nasihat sebab dia Ego,penting diri,menipu,hipokrit,tak malu dan banyak lagi.Tanyakan kepada EZAM

1.Mana dia 6 kotak rasuah pemimpin UMNO yang ada ditangan anda?
A.J.E:Saya cakap sebab Anwar cakap ada pada dia,jadi tanyala Anwar.

2.Kami tahu skandal Rafidah berkaitan saham & AP,kenapa EZAM masuk UMNO?
A.J.E:Saya yakin kepimpinan DS Abdullah & DS Najib yang menunjukkan komitmen menanggani rasuah yang tidak pernah di lakukan mana-mana pemimpin negara.

3.Dato Seri Anwar Ibrahim masa jadi pemangku dia terus pinda akta rasuah itu bukan saja komitmen tapi pelaksanaan membenteras rasuah?
A.J.E:Itu dulu,dia pun bukan bersih,saya tahu siapa Anwar saya tak nak aibkan

4.Jawab soalan saya,klau nk ikut komitmen lawan rasuah,Anwar dah tunjukkan.Kenapa masih pilih UMNO?
A.J.E:Macam saya kata tadi la,saya yakin dengan perubahan DS Abdullah

5.Dalam PKR dulu saudara selalu tak sehaluan dengan Pimpinan sama ada dlm kalangan pemuda itu sendiri Saifuddin,Saiful Izham,Lokman sehingga Azmin Ali?
A.J.E:Saya tegur cara mereka ini juga di ajar dalam islam,kalau mereka tak mahu dengar tak guna saya jadi ketua pemuda PKN,baik saya tumpu pada agenda rakyat.UMNO pilihan saya.

6.Tetapi pertembungan saudara membuatkan org lain terlibat sama,Contoh dulu cikgu Bard tak ada masalah dengan Saifuddin & Azmin tapi kerana pertahankan saudara dia bertembung dengan Saifuddin & Azmin?
A.J.E:Saya tak minta dia bertembung kerana saya,biar saya dah la berdepan

7.Saya dengar dakwaan Amizuddin Ahmat Exco Kanan AMK Pusat mengenai saudara bukan seorang pejuang tetapi pekerja kerana sepanjang dalam keadilan saudara di biayai sehinggakan Ezam & Isteri dibiayai ke mekah tahun sudah?
A.J.E:Tak betul,itu semua fitnah pada saya.Saya ke mekah pun duit hasil simpanan saya selama 10 tahun.
8.Sejak masuk UMNO ni,lain sungguh jawapan saudara ya?dah lama buat keja menipu ni?Semua soalan saya langsung tak menunjukkan jawapan sebenar.
A.J.E:Saya tak pernah bohong,saudara tak tahu yang Anwar tu kaki liwat,Tapi saya tak mahu aibkan dia,saya ada bukti.

Oleh itu,saya cabar saudara EZAM untuk buktikan siapa dia Anwar?Tak perlu bagi alasan ‘JIKA’ keluar dari mulut Anwar atau Wan Azizah sebab Ezam masuk UMNO kerana habuan jutaan ringgit.Jangan gunakan alasan ‘tak mahu aibkan’ sebab dulu tiada istilah tersebut sewaktu saudara londeh Mahathir,londeh anak menantu Pakla,londeh Najib rosmah,londeh Hishamuddin Hussien onn,londeh khir toyo & kami tak lupa langsung apa yang kamu dakwa pemimpin pada UMNO,Sebab tu saya mahu anda jumpa EZAM tanya dia ‘ADA APA LAGI YANG DIA TAK KATA PADA UMNO’ semasa dalam PKR?Dulu kata PKR jangan cabar saya,sekarang kata pula,‘JIKA’ Anwar & Wan Azizah desak.Belit-belit la lu Ezam.

Anwar,Wan Azizah & seluruh kepimpinan pusat tak ada masa nak layan bincang isu anda,jadi saya buka gelanggang EZAM buktikan siapa ANWAR supaya demi AQIDAH kami layak tahu kerana kami adalah orang yang akan pertahankan insan di zalimi bukan sahaja pada Anwar.Buktikan,Buktikan & Buktikan jangan hanya tahu menyalak macam anjing salak bukit.Kamu penipu besar,benarlah kata-kata Lokman Noor Adam sebelum ini mengenai EZAM.Iaitu PEMBOHONG!!!

Note : A.J.E. bermaksud ‘Adakah Jawapan Ezam’

Zulfazdli Md Noordin, Timbalan Ketua AMK Bhg Bayan Baru

Read More...

Pengakuan Kawan Ezam....

m@rhaen.org

Assalamualaikum wbth...

Pertamanya saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Sdr. Ezam. Saya doakan Ezam sentiasa sihat dan dapat mendirikan Sholat dengan istiqamah dan khusuk ketika ini.

Bila saya baca profile ezam dalam ezam.my, saya agak terkejut bila jawatan ezam tidak disebut mengenai keADILan dan PKR di situ. Buat pengetahuan ezam, saya Sahat Mohd Saleh adalah bekas Ketua Pemuda keADILAan Johor Bahru yang saudara minta saya bawakan buku2 dan kandungan ' 6 peti rahsia ' dari JB ke Singapora 8-9 tahun yang lepas.

Mungkin ezam malu nak menyatakan jawatan ezam bersama-sama kami dahulu kerana menjaga 'periuk nasi' sekarang...

Buat pengetahuan ezam, saya adalah kawan karib Lokman. Mungkin sehingga hari terakhir ezam nak mati nanti pun mungkin ezam tidakkan lupa nama, rupa , sendu tawa dan sikap LOKMAN NOOR ADAM. Walaupun beliau mempunyai senjata yang cukup untuk ' membungkus ' ezam hari ini. Saya sebagai sahabat karibnya. Tidak akan membenarkan beliau tersungkur dlm dunia politik.

Buat pengetahuan tuan ezam, terlalu byk ' rekod ' perbualan telefon dan SMS ezam dan data data2 kewangan ezam ' mungkin berada' berada ditangannya. Cuma saya berharap saudara dalam mencari rezeki untuk anak-anak dan keturunan. Usahlah terlalu mencaci cemuh bekas Mentor kita ....DSAI. Saya ada bertanya PA abg Azmin. " apa kata DSAI pasal ezam ...." DSAI cakap.... " Biarlah dia baru nak belajar berdikari... "

Bagi saya, walaupun ezam baru berjinak-jinak mau menjadi menteri ...menderhaka pada gurunya sendiri tu tidak membawa kemana. Saya rasa tuan tidak patut membunuh LOKMAN dan DSAI. Waktu dulu, sekarang dan akan datang. Ezam terlalu cetek dlm dunia politik dan perjuangan. Kerana RM ezam menikam sana dan sini. Saya pun kekadadng malu nak baca cerita-cerita tuan dalam Utusan Malaysia..... Banyak2 manusia dalam dunia, guru sendiri dilawan.... Tapi saya yakin dan mungkin DSAI yakin dengan keupayaan ezam dalam politik. Dia masih belum berminat 'merotan anak-anaknya '. Saya bimbang, jika DSAI hilang sabar... Kemana agaknya ezam hendak bawa diri nanti jika ianya berlaku.

Tempoh hari ada teman di Surau bertanya. " Betulkah DSAI meliwat Saiful tu..... " Saya jawap... Tu kena tanya Ezam. Ezam pun cun jugak.... dialah orang pertama diliwat kerana muka dia lebih kurang Saiful jugak.... mungkin rindukan punggung ezam, Saiful jadi mangsa.. "

So, Saudaraku Ezam.. selamat berjuang. Semoga Ezam berjaya dan ikhlas dalam perlakuan sehari-hari

“LAWAN TETAP LAWAN”

Sumbangan

Setiausaha
Angkatan Muda keADILan Negeri Johor

Read More...

Pak Lah undur 2010 untuk pungut komisen 5 koridor?

Detik Daily

Posted on Sunday, July 13 @ 03:26:54 MYT by reformis
Catatan Dari Menara

Oleh Ali Bukhari Amir


Majoriti rakyat tak terkejut apabila Pak Lah umumkan 2010 sebagai tahun beliau akan berundur. Rakyat pun tahu bahawa semua ini kemungkinan terkait dengan wang juga.

Mustahil Abdullah akan meninggalkan khazanah dan legasi seperti koridor di Sabah, Sarawak, Kedah dan lain-lainnya yang berjumlah trillion itu.

Sejak awal lagi ketika Abdullah berkata bahawa beliau akan meletakkan jawatan dan akan membuat peralihan kuasa (dalam tempoh terdekat), secara peribadi saya sukar mempercayai Abdullah. Beliau banyak menipu.

Sangkaan saya ini tepat akhirnya. Abdullah meletakkan jawatannya dalam tempoh dua tahun lagi; 2010. Bukan letak jawatan dalam masa terdekat.

Dua tahun untuk dapatkan komisen projek 5 Koridor

Abdullah sebagai pengerusi lima koridor ini tentunya akan mendapat wang komisen. Kita andaikan Abdullah mendapat komisen 5% saja dari projek koridor itu. Makan tak habis 7 keturunan dari sebelah menantunya Khairi.

Marilah kita congak berapa jumlah wang yang Abdullah akan dapat ekoran komisen pembinaan koridor tersebut.

Katakanlah jumlah pembinaan projek itu kira-kira 1 trillion. 5% daripada 1 trillion itu berapa dah? Fakta perangkaan dan jumlah komisen yang akan diterima ini mungkinlah tak tepat.

Hal ini saudara semua boleh siasat dan congak mengguna kebijaksanaan sendiri.

Paling koman, Abdullah mesti dapat berbilion-bilion daripada 5% komisen tu. Paling lekeh pun, berjuta-jutalah wangnya.

Ahli-ahli Parlimen sepatutnya bertanya, ada kemungkinankah Abdullah itu mahu menunggu sehingga 2010 kerana mahu mendapatkan komisen dari lima koridor yang beliau cadangkan itu? Wallahu 'alam ...

Read More...

Dr. Mahathir terus asak Abdullah bersara sekarang

Mstar Online

13-07-2008 04:24:35 PM
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Dalam komen terbaru hari ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan sekarang, bukannya pada Jun 2010 sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

Dr. Mahathir yang mengulas pelan peralihan kuasa Abduillah dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sejak Khamis lalu berkata, biarlah ada pertandingan untuk kesemua jawatan tertinggi Umno pada Disember ini.

"Percayalah jika Umno dan Barisan Nasional (BN) hendak dipulih supaya tidak kalah lebih teruk dalam pilihan raya umum ke-13 berbanding pilihan raya umum ke-12, Datuk Seri Abdullah perlu letak jawatan sekarang juga," kata beliau dalam blognya hari ini.

Dr. Mahathir yang keluar daripada Umno Mei lalu menambah, sesiapa juga yang dipilih hendaklah diasingkan daripada bayangan Abdullah supaya pengaruhnya dan ketamakan konco-konconya tidak lagi dapat merosakkan negara.

"Apabila ini berlaku maka kepemimpinan baru dan seluruh jentera parti boleh digerak dengan semangat yang baru untuk berusaha menarik balik ahli dan penyokong yang telah undi parti lawan atau merosakkan undi pada pilihan raya umum ke-12," katanya.

Dr. Mahathir memberikan kepimpinan Abdullah mengetuai Umno dan kerajaan sebagai alasan keluar daripada parti itu dua bulan lalu.

Katanya, beliau tidak akan kembali ke Umno selagi Abdullah memegang jawatan Presiden parti.

Dr. Mahathir yang menyerahkan kepimpinan BN dan parti kepada Abdullah pada Oktober 2003 memberitahu, kerajaan perlu disusun semula supaya dapat menghadapi dan mengatasi masalah ketidakstabilan politik, masalah ekonomi yang telah rosak dan tekanan politik dan ekonomi dari luar negeri.

Katanya lagi, ahli-ahli Umno yang sudah menerima pendirian Abdullah, yang diumumkan Khamis lalu, perlu fikir tentang aspek itu dengan mendalam.

Ketika parti dan kerajaan berhadapan dengan pelbagai masalah, kata Dr. Mahathir, kesemuanya perlu ditangani oleh Najib dan anggota Kabinet daripada BN dalam dua setengah tahun.

"Apakah Najib mampu menangani semua masalah-masalah ini di samping memulihkan parti-parti? Sebenarnya kredibiliti Najib telah banyak merosot sejak dia menjadi
Timbalan Perdana Menteri di bawah pimpinan Dato Seri Abdullah," katanya.

Dr. Mahathir memberitahu, pada masa lalu Najib merupakan bintang yang gemilang di antara anggota Kabinet.

"Tetapi oleh kerana dia tunduk rendah kepada Abdullah, dengan selalunya mengia apa sahaja yang dikata dan dibuat oleh Abdullah, pandangan tinggi rakyat kepadanya sudah jatuh merudum. Dia perlu masa untuk memperbaiki semula imejnya.

"Jika daripada sekarang hingga Jun 2010 dia masih dilihat sebagai Mr Yes yang utama, mustahil dia akan dapat pulih imejnya," katanya lagi.

Read More...

Jika ditangkap - Anwar mahu PAS, KeADILan dan DAP teruskan perjuangan

Harakahdaily

Izwan Abdul Halim

Sun | Jul 13, 08 | 2:40:23 pm MYT

KOTA SARANG SEMUT, 13 Julai (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu PAS, KeADILan dan DAP untuk meneruskan agenda perjuangan Pakatan Rakyat sekiranya apa-apa terjadi kepada beliau.

ImageBeliau juga mahu agar rakyat turut sama meneruskan agenda perjuangan bersama pemimpin Pakatan Rakyat seandainya kemungkinan beliau dipenjara semula.

Perkara itu ditegaskannya semasa menyampaikan ceramah '100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah' bersama-sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Kompleks PAS Kedah di sini semalam.

Menjawab pertanyaan media bahawa wujud khabar angin yang mengatakan pihak keselamatan akan melakukan sesuatu ke atasnya, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.

Image"Kita tidak tolak kemungkinan itu sebab kita pernah lalui dan watak yang sama juga masih main peranan, saya tidak tahu. Tetapi saya tidak tolak kemungkinan.

"Dulu kita tolak kemungkinan perkara itu berlaku, jadi kemungkinan itu ada. Saya cuma harap harap kali ini mereka hormat proses undang-undang,"ujarnya pada sidang media selepas ceramah tersebut.

Ditanya media mengenai jaminan keselamatan ke atasnya, beliau menegaskan tidak melihat adanya perubahan dari segi kawalan keselamatan sebagaimana yang mereka lakukan terhadap Balasubramaniam dan juga Saiful.

Pada ceramah tersebut, Anwar turut menyentuh mengenai debat antara beliau dengan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang disambut hadirin dengan laungan 'lawan, lawan'.

"Saya nak lawan Menteri Penerangan buat apa? Saya nak lawan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Jadi saya hendak ulang, saya tunggu 15 haribulan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau kedua-duanya sekali! Tetapi setakat ini dia tidak mahu, dia tidak mahu tidak mengapa,"ujarnya.

Bagaimanapun menurutnya, selepas beliau berbincang dengan pimpinan PAS dan DAP, beliau setuju meneruskan debat itu dengan tujuan mengambil peluang untuk jelaskan mengenai kesediaan Pakatan Rakyat untuk memerintah. - mks. _

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |