Harakahdaily Izwan Abdul Halim Sun | Jul 13, 08 | 2:34:50 pm MYT | |
KOTA SARANG SEMUT, 13 Julai (Hrkh) - Buat pertama kalinya, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mendedahkan penyelewengan yang pernah berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu setelah lebih empat bulan menerajui tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri. Menurut beliau, Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) sepatutnya membantu Kerajaan Negeri dalam soal kewangan negeri bahkan syarikat-syarikat itu diberi kemudahan berbanding syarikat lain untuk aktif dalam perniagaan. "Tetapi malangnya, keuntungan ini diagihkan di kalangan pengarah dan kuncu-kuncu mereka juga ahli-ahli politik mereka. Di sinilah kita dapati wang rakyat telah hilang. "Satu syarikat mengeluarkan sebanyak RM 340,000 beli dua jam tangan untuk dihadiahkan kepada orang-orang tertentu,"ujarnya mendedahkan perkara tersebut pada majlis ceramah '100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah' di Kompleks PAS Kedah di sini semalam. Beliau turut menyentuh pertemuannya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Dewan Wawasan, Jitra baru-baru ini mengenai perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di samping turut melontarkan peringatan buat Umno Kedah. "Banyak yang dibincangkan, alhamdulillah projek-projek yang dirancang di bawah NCER akan diteruskan. "Umno Kedah jangan fikir projek ini dia akan dapat secara mutlak, dia mesti melalui tender. Setiap tender yang melibatkan Negeri Kedah mesti ada wakil Kerajaan Negeri," tegasnya. - mks. _ |
Sunday, July 13, 2008
Ada GLC Kedah agih keuntungan di kalangan kroni - MB Kedah
Posted by
Sang Pemantau
at
10:15 PM
Labels: Harakahdaily, MB Kedah, penyelewengan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment