+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, May 10, 2008

Najib perlu jawab, bukan 'selindung' di bawah Akta Hasutan

Harakahdaily

Azamin Amin

Sat | May 10, 08 | 9:44:05 am MYT

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor perlu menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pengendali Laman Web Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin dan bukan berselindung di sebalik Akta Hasutan 1948.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pendakwaan terhadap Raja Petra bermotifkan politik semata-mata, dalam keadaan artikel "Let's Send Altantuya Murderer To Hell" tidak langsung dibidas dan dijawab secara berfakta Najib dan Rosmah.

"Serangan Raja Petra ke atas Najib dan Rosmah tidak boleh sama sekali ditakrifkan sebagai hasutan kepada kerajaan, dalam keadaan ia tidak langsung merujuk kepada kerajaan, sebaliknya hanya peribadi dan moral Najib serta isterinya," katanya dalam satu kenyataan media.

Kata Shamsul adalah menjadi tanggungjawab moral Najib dan Rosmah untuk menjawab secara berfakta dan berhadapan dengan sebarang bentuk tuduhan ke atas mereka, dengan membuktikan sebaliknya bukan menunjukkan ketakutan mereka dengan berselindung di sebalik akta 'drakonian' tersebut.

AMK katanya menggesa agar pertuduhan ke atas Raja Petra digugurkan atas alasan pendakwaan yang tidak sempurna dan tempang memandangkan kehendak-kehendak kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan tidak dipenuhi dengan ketat.

"Kita menggesa Najib agar bersikap 'jantan' dan terbuka untuk menerima kecaman dan kritikan," katannya.

Dalam pada itu beliau turut mendesak agar Parlimen memansuhkan segera Akta Hasutan 1948 bagi mengelakkan sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan oleh kerajaan BN, khususnya di kalangan mereka yang bersikap jahil dan takut untuk dikecam dan dikritik.-Az

Read More...

Petisyen cabar kerusi Khairy di Rembau

Malaysiakini

S Pathmawathy | May 9, 08 7:09pm

Satu petisyen pilihanraya telah difailkan untuk mencabar keputusan kerusi parlimen Rembau yang dimenangi oleh naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

khairy jamaluddin and badrul hisham and rembauPetisyen tersebut difailkan oleh lawan Khairy - anggota Majlis Kepimpinan Teringgi PKR, Badrul Hisham Shaharin - di Mahkamah Tinggi Seremban pada 25 April lalu.

Ketika dihubungi hari ini, peguam Badrul yang juga bendahari PKR, William Leong berkata petisyen tersebut difail untuk mencabar kesahihan keputusan tersebut dan untuk membatalkan keputusan tersebut atas alasan jumlah undi tidak selaras.

William berkata jumlahnya tidak selaras dan mendakwa terdapat tambahan 745 undi yang tidak dapat diperjelaskan.

Jumlah kertas undi yang dikeluarkan bagi kawasan parlimen tersebut ialah 48,901 tetapi bagi empat kerusi negeri di bawahnya (Paroi, Chembong, Rantau and Kota), sejumlah 49,646 undi dikeluarkan.

Khairy - yang merupakan menantu perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,746 undi.

Dalam petisyen tersebut, Badrul mendakwa beliau tidak menerima Borang 14 dan mendakwa beberapa pusat pengundian juga tidak disediakan borang tersebut.

Borang 14 menyenaraikan jumlah pengundi di setiap pusat mengundi dan jumlah undi bagi setiap calon apabila selesai proses pengiraan undi.

Selain dari itu, Badrul juga mendakwa, bahan kempen PKR telah dibakar, dikoyak dan dicuri.

Beliau mendakwa, laporan polis dan aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai perkara itu tidak diambil tindakan.

Badrul juga menuduh pihak berkuasa tempatan membantu pencabarnya dengan tidak membenarkannya menggunakan padang Majlis Perbandaran Rembau, sedangkan Khairy dibenarkan menggunakannya sewaktu berkempen.

Dakwaan lain ialah sekatan tertentu yang dikenakan terhadap penyokong PKR dalam pusat pengundian dan pusat pengiraan undi sewaktu hari pembuangan undi.

SPR dinamakan sebagai responden dalam petisyen tersebut - yang merupakan satu daripada enam petisyen yang difailkan oleh pembangkang. Berita asal

Read More...

Pertemuan rasmi lima ketua negeri Pakatan awal Jun

Siasah Daily

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Mesyuarat bersama lima ketua kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan diadakan awal bulan Jun ini, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang bakal menjadi tuan rumah mesyuarat bersejarah itu berkata, beliau kini sedang menyiapkan satu kertas kerja khas untuk menjadi panduan dalam perbincangan itu nanti.

"Selepas pertemuan yang diadakan bersama penasihat KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini saya sedang berbincang untuk menangani hal pertemuan dengan ketua-ketua di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Restoran Cheng Ho milik penyanyi rock terkenal Amy Search, dekat Wangsa Maju, Ahad lepas.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan dibuat bulan depan memandangkan beliau akan mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini.

Sebelum ini, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar mengumumkan, mesyuarat pertama di kalangan lima ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu akan diadakan di Kelantan dengan MB Kelantan menjadi tuan rumah.

Ini kerana, beliau adalah MB yang paling seniur di kalangan lima ketua kerajaan itu setelah mentadbir Kelantan sejak 1990 lalu.

Read More...

'Jangan berlakonlah'... kata Menteri Dalam Negeri pada Raja Petra

Agenda Daily



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dikenali sebagai orang yang serius dan jarang bermain kata-kata bila diminta mengulas sesuatu hal serius oleh para wartawan.

Kalau nak tau ini adalah antara reaksi spontan Menteri Dalam Negeri itu kepada Agendadaily ketika ditemui untuk mengulas dakwaan pengendali laman Malaysia Today,Raja Petra Kamaruddin dia membayar wang ikat jamin untuk keluar penjara Sungai Buloh kerana merasa keselamatanya terancam jika tinggal terus di situ sementara tunggu perbicaraan kesnya pada 6 Oktober ini.

“Jangan berlakonlah…” katanya.

Menteri itu berkata bahawa Raja Petra suka membuat dakwaan-dakwaan liar tetapi kemudiannya tidak tampil dengan bukti-bukti.

“Saya fikir itu semua kenyataan liar…ada peraturan dan prosedur…ramai orang yang dah masuk penjara dan keluar …sebab itu dia keluar sihat saja,”ujarnya.


Syed Hamid yang ditemui lepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC menegaskan jika Raja Petra hendak mempertahankan dakwaanya dia hendaklah membuat laporan polis mengenainya.

Raja Petra yang keluar dari penjara jam 9.30 pagi ini setelah membayar wang ikat jamin RM5,000 mendakwa dia diberitahu oleh para pengawal penjara Sungai Buloh mereka dengar dua anggota polis Unit Tindakan Khas yang sedang dibicarakan atas kes Altantuya, Sirul Azhar Umar dan Hazilah Hadri yang ditahan di penjara sama telah memekik sesuatu akan berlaku keatas dirinya.

Dia juga mendakwa para pengawal penjara menyuruhnya cepat keluar kerana mereka tidak boleh tidor kerana terpaksa jaga keselamatannya.

“Tak adalah…itu semua tak betul…dia selalu buat tuduhan yang melulu…yang liar tapi dia tidak tampil dengan apa-apa bukti..kalau betul begitu dia boleh buat laporan kepada polis dan kita boleh siasat.

“Ini memang lakonan untuk meraih simpati..lakonan yang sentiasa dimainkan,”katanya.

Menurut Syed Hamid keselamatan tahanan reman sentiasa terjamin termasuk soal rawatan perubatan.

“Kalau dia nak doktor…kita panggil doktor…tak ada masalah….jangan berlakonlah,”ujarnya.- 9/5/2008


-----------------------------

Babak kedua 'hero' dakwa ada ancaman

Babak kedua drama untuk terus jadi hero menyaksikan Raja Petra Kamaruddin yang dibebaskan daripada tahanan reman jam 9.30 pagi Jumaat selepas membayar ikat jamin diteruskan dengan dakwaan baru kononnya keselamatan dirinya terancam jika terus berada di penjara Sungai Buloh.

Menurut cerita yang menjadi plot dramanya, dia diberitahu oleh pihak penjara bahawa mereka tidak dapat member jaminan keselamatan dirinya ekoran adanya ancaman daripada tertuduh kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.

“Pihak penjara memaklumkan kepada saya mereka tidak dapat member jaminan keselamatan kepada saya kerana berdasarkan laporan, Sirul dan Azilah ada menjerit sesuatu akan berlaku ke atas diri saya,” katanya kepada pemberita selepas dibebaskan pagi ini di Sungai Buloh.

Raja Petra ditahan reman sejak Selasa lalu kerana enggan membayar ikat jamin selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Hasutan kerana tulisannya yang menuduh Timbalan Perdana Menteri dan isterinya terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

Setelah memilih untuk tidak membayar ikat jamin akhirnya dia tukar fikiran dan bagi mewajarkan tindakannya dengan cuba memberikan gambaran kononnya Azilah dan Sirul yang menjadi tertuduh kes Altantuya mengancam keselamatannya.

Dakwa Raja Petra lagi, walaupun pihak penjara berjanji untuk menempatkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menjaga keselamatannya tetapi tidak ada usaha bersungguh-sungguh kea rah itu dibuat.

Dakwaannya itu bagi menolak dakwaan bahawa dia sudah tidak tahan berada dia sudah tahan berada di dalam tahanan. – 9/5/2008

------------------------------------

Babak awal hero berakhir dengan ikat jamin…

Raja Petra Kamaruddin yang pada mulanya berkeras tidak mahu membayar ikat jamin sebanyak RM5,000 dan memilih tinggal di penjara serta tidak mahu bertemu dengan sesiapa termasuk isteri sendiri, akhirnya menamatkan 'babak' pertama dramanya apabila bersetuju untuk membayar ikat jamin.

Isterinya, Marina Lee Abdullah telah menyelesaikan urusan pembayaran ikat jamin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari Khamis.

Namun ekoran urusan pentadbiran antara pihak Mahkamah dan penjara, Raja Petra akan terus berada di dalam penjara sehingga esok sebelum dibebaskan.

Selain bersetuju membayar wang jaminan berkenaan, Raja Petra yang menolak untuk mengambil makanan yang diberikan, menurut isterinya telah mula makan hari ini.

Sehingga kini sebanyak RM40,000 berjaya dikumpulkan oleh laman web Malaysia Today dalam kempen mereka untuk menyediakan wang jaminan buat Raja Petra.- 8/5/2008


baca seterusnya di sini.

Read More...

Hentikan ‘Monsoon Cup’, Gunakan Peruntukan Ratusan Juta Untuk Rakyat

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh WanKay & SM Noor
Friday, 09 May 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/taknakmcup1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak mengesa kerajaan negeri agar menghentikan penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun (Monsoon Cup) yang bermula sejak tiga tahun lepas kerana ia didakwa gagal memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Tengku Seri Panglima Raja dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud kelmarin.

Dalam kesempatan berucap selama 20 minit yang diberikan oleh Yang DiPertua Dewan, Dr. Alias berjaya mengemukakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Tunggal khasnya Pulau Duyong.

”Penduduk Pulau Duyong miskin, kaum nelayan, rumahnya berasak-asak, bertemu cucur atap, sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan, kenderaan ambulan dan bomba tidak boleh sampai kerumah,
”dalam keadaan begitu, kita menganjurkan Monsoon Cup yang bertaraf dunia.” Kata Dr. Alias memberitahu DUN tentang kesusahan penduduk Pulau Duyong.

Justeru itu beliau mencadangkan kerajaan membuat pengambilan balik semua tanah di Pulau Duyong seluas 63 hektar (156 ekar) untuk dibuat ‘layout’ baru untuk penduduk tempatan.

”Kita boleh dapat 900 lot lebih, jumlah rumah di Pulau Duyong sekitar 600 lebih, dengan perparitan dan jalan yang baik,
“selebihnya boleh digunakan untuk pembinaan sekolah dan rezab perkuburan.” jelas beliau.

Beliau berkata peruntukan yang digunakan untuk kejohanan itu boleh diagihkan bagi projek pembangunan semula Pulau Duyong termasuk mendirikan rumah kos rendah untuk rakyat.

''Rakyat sebenarnya memerlukan kediaman lebih selesa selain kemudahan mencari rezeki selepas sekian lama menduduki pulau itu dalam keadaan daif,
”mereka tidak memerlukan pembinaan projek mewah kerana faedahnya bukan untuk rakyat, tetapi segelintir golongan tertentu," katanya.

Beliau berkata kerajaan membelanjakan RM 250 juta untuk membangunkan Kelab Teluk Warisan dan RM 300 juta untuk penganjuran Monsoon Cup.

Dr. Alias juga turut mencadangkan kerajaan supaya meningkatkan kehidupan para nelayan di Pulau Duyong.

”Berilah mereka bot laut dalam, satu kumpulan 5,6 orang, bukan mengadakan kejohanan Monsoon Cup,
”lima hari setahun Monsoon Cup, bagaimana dapat meningkatkan pendapatan nelayan dengan penganjuran sukan itu Cuma lima hari setahun” tambah beliau.

Dr. Alias turut melahirkan perasaan kecewa kerana penduduk di Pulau Sekati berhampiran Pulau Wan Man dan Pulau Duyong masih belum menikmati bekalan air bersih walaupun negara telah mencapai kemerdekaan 50 tahun lepas.

Katanya lagi, penduduk terbabit memperoleh air daripada perigi yang digali di halaman kediaman masing masing.

''Tiada usaha dilakukan kerajaan walaupun kawasan sekitar terdapat banyak projek mewah dibangunkan oleh kerajaan," katanya

Read More...

Gaji Shahrizat RM33 ribu sebulan

KLpos

Kerajaan belanja RM1.14 juta setahun untuk tiga orang penasihat kepada PM

Cetak E-mail
Oleh Wartawan KLpos.com
Jumaat, 09 Mei 2008

TEKA berapa gaji Datuk Seri Shahrizat Jalil sebulan sebagai Penasihat hal Ehwal Wanita kepada Perdana Menteri? Tidak banyak hanya RM33,727.20 sebulan atau RM404,726.40 setahun.

Selain Shahrizat, Tan Sri Abdul Hamid Othman yang tugas beliau adalah menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, gaji sahaja RM27,163 atau RM549,675 setahun termasuk bayaran kepada staf RM18,643.25 sebulan.

Dan untuk rekod beliau dilantik menjadi Penasihat Agama sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi.

Manakala Tun Dr Mahathir menjadi Penasihat Petronas dengan gaji RM15,000 sebulan.

Semua itu menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.14 juta bagi membayar elaun tiga penasihat kerajaan yang juga bekas ahli politik Barisan Nasional (BN).

Zulkifli Nordin (PKR-Kulim Bandar Baru) memberitahu, beliau terkejut apabila memperoleh jawapan bertulis daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai gaji dan elaun setahun yang dibayar oleh kerajaan kepada ketiga-tiga penasihat tersebut.

''Gaji dan elaun itu dibayar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Ahmad Maslan (BN-Pontian) membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli mendedahkan, dalam jawapannya itu Perdana Menteri menyatakan Dr. Mahathir menerima elaun RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun atas pelantikannya sebagai Penasihat Petronas.

''Shahrizat menerima bayaran tahunan RM404,726.40 dan Abdul Hamid menerima RM549,675 atas pelantikan mereka sebagai penasihat kepada Perdana Menteri," katanya.

Shahrizat penasihat hal ehwal wanita manakala Abdul Hamid penasihat agama.

Kata beliau, penasihat-penasihat itu sebenarnya menjalankan tugas bertindih dengan menteri-menteri kerajaan BN.

Tegasnya, wang sebanyak RM1.14 juta itu sepatutnya boleh digunakan untuk membina lebih 36 buah rumah untuk penduduk miskin.

''RM1.14 juta itu juga boleh membayar gaji anggota polis yang menerima RM900 sebulan selama 130 tahun," katanya.

Jelas beliau, kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan itu untuk membantu penduduk berpendapatan rendah sekiranya prihatin masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut.

Read More...

Jailed Hindraf leader sworn in; vows to fight for minorities

Malaysia News.Net

Friday 9th May, 2008 (IANS)

Malaysian Indian lawmaker M. Manoharan, sworn in while in jail, has said he would continue to fight for the rights of the country's ethnic minorities.

Manoharan, 46, legal adviser of the Hindu Rights Action Force (Hindraf), was jailed for two years along with four other Hindraf leaders after they organised a protest rally on behalf of Malaysia's two million Tamil Hindus Nov 25, 2007. The rally of estimated 10,000 was declared illegal and forcibly dispersed by police using water cannons.

Manoharan had won the Kota Shah Alam seat in the state legislature in the March general election. His plea that he be freed to take the oath was not heeded by the government.

He was administered the oath Thursday at the Kamuntin Detention Centre at Taiping by Selangor Assembly Speaker Teng Chang Khim.

'I will continue to fight all forms of discrimination and marginalisation against any community and raise public interest for justice and equality. But I am sad that I have to serve my voters while in detention,' he said in a statement read by his wife S. Pushpaneela after the swearing-in ceremony.

Only Teng, Pushpaneela, Manoharan's three children, his father M.S. Malayalam and Selangor state legal adviser Zauyah Loth Khan were allowed to be present during the ceremony.

Manoharan has become the third lawmaker to take oath while in detention under the stringent Internal Security Act (ISA). Two ethnic Chinese parliamentarians before him had done so in 1978, The Sun newspaper reported Friday.

Manoharan was elected on the nomination of the Democratic Action Party (DAP).

DAP national chairman Karpal Singh was allowed into the detention centre and join the group after the swearing-in.

Both Singh and Teng urged the government to release Manoharan so that he would be able to serve his constituents.

'The government should accept the verdict of Kota Alam Shah voters and release their elected representative,' said Singh.

He also urged that the ISA be repealed and the 68 ISA detainees at the centre be released.

'Manoharan is not a threat to national security. Instead, he received an overwhelming vote from the people,' said Teng.

During the March general election, Manoharan had one of the highest majorities for a Selangor state assemblyman, polling 12,699 votes against Barisan Nasional candidate Ching Su Chen who received 5,515.

Read More...

Karpal terus pertahan kenyataannya

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | May 9, 08 4:31pm

Pengerusi DAP, Karpal Singh tetap mempertahankan kenyataannya bahawa kerajaan negeri Perak berhak menukar pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

dap islamic state roundtable 100807 karpal singhSebaliknya, kata Karpal, beliau berpegang teguh dengan kenyataannya kerana ia adalah kebenaran dan kebenaran mesti ditegakkan setiap masa dalam mendepani apa jua rintangan di hadapan.

Karpal juga menegaskan bahawa beliau tidak gentar kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

Katanya, apa yang dibangkitkannya itu adalah semata-mata membabitkan isu perundangan dan beliau tidak sesekali mempersoalkan budibicara Sultan Perak sebagai ketua agama Islam di negeri tersebut, seperti yang dijamin di bawah Pasal 3(2) Perlembagaan Persekutuan.

Jumaat lalu, Sultan Azlan menitahkan menteri besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry yang dibuat pada 29 April selepas pengarah JAIP didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau menggesa perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguam negara, Tan Sri Gani Patail, sebelum mengeluarkan kenyataan menyerangnya berhubung isu tersebut.

Perdana menteri lemah

"Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap perdana menteri dan timbalannya,Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya mereka masih mahu membuat kenyataan yang memfitnah saya," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Karpal berkata beliau menjangkakan perdana menteri sudah matang dalam politik tetapi sebaliknya (Abdullah) bersama-sama yang lain bertindak menyerangnya.

Oleh itu, beliau mendakwa Abdullah telah menjadikan isu tersebut - yang menurutnya satu isu perundangan - kepada isu yang berunsur perkauman.

"Kenyataan yang saya keluarkan pada 3 Mei lalu sama sekali tidak berniat untuk menimbulkan kemarahan atau menyinggung mana-mana pihak terutama sekali Sultan Perak.

"Jelas sekali, saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan mereka yang membuat laporan (polis) terhadap saya mesti bersedia menanggung akibatnya," katanya.

Karpal mendakwa, Abdullah cuba mengalih perhatian daripada kedudukannya yang semakin goyang sebagai perdana menteri ekoran desakan bahagian-bahagian Umno supaya Abdullah meletak jawatan, di samping berdepan dengan cabaran Tengku Razaleigh yang akan bertanding jawatan presiden Umno Disember ini.

Boleh menyifatkan Abdullah sebagai seorang perdana menteri yang lemah.

Semalam tiga laporan dibuat terhadap Karpal berhubung kenyataannya itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Umno, Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Sebelum itu, Pemuda Umno Perak turut membuat laporan yang sama terhadap Karpal.

Read More...

Laporan inkuiri klip video Lingam perlu didedahkan kepada umum: Haidar

Mstar Online

09-05-2008 03:34:49 PM

KUALA LUMPUR: Laporan inkuiri "klip video Lingam" perlu didedahkan kepada umum, kata Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Pengerusi Suruhanjaya Diraja Siasatan Klip Video V.K. Lingam, hari ini.

Beliau, bagaimanapun, berkata terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memutuskan sama ada kandungan laporan itu perlu didedahkan kepada umum atau sebaliknya.

"Secara peribadi, saya fikir laporan itu patut didedahkan kepada umum tetapi terserahlah kepada Perdana Menteri," katanya kepada Bernama selepas menyerahkan empat jilid laporan yang kesemuanya berjumlah 186 muka surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Bekas Hakim Besar Malaya itu berkata beliau berpuas hati dengan penemuan yang diperoleh daripada inkuiri bagi menyiasat klip viedo menunjukkan imej seorang peguam sedang berbual menerusi telefon mengenai pelantikan hakim, yang berlangsung selama 17 hari bermula pada 14 Jan lepas.

Haidar berkata suruhanjaya lima anggota itu tidak boleh mendedahkan isi kandungan laporan itu tetapi akan mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya laporan itu didedahkan kepada umum.

"Kami juga tidak boleh memberitahu empat cadangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya dalam laporan itu," katanya apabila ditanya sama ada suruhanjaya itu akan mendedahkan cadangannya kepada umum.

Haidar berkata setiausaha suruhanjaya Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, yang juga Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri, akan menyerahkan laporan itu kepada Perdana Menteri.

Kepada satu soalan bahawa satu daripada cadangan suruhanjaya itu adalah mendakwa beberapa individu di mahkamah, Haidar berkata "itu tidak benar."

Ditanya mengenai kenapakah suruhanjaya itu memohon lanjutan masa sebanyak dua kali bagi menyerahkan laporan kepada Tuanku Mizan, Haidar berkata suruhanjaya itu memerlukan masa tambahan bagi meneliti laporan itu sebelum mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong memandangkan terdapat sejumlah lebih 1,000 keterangan yang perlu diperiksanya.

Sebelum ini, suruhanjaya itu menetapkan 11 Mac untuk menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi kemudiannya memohon dua tempoh sebulan, yang berakhir esok.

Sementara itu, Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata Haidar menyerahkan laporan itu kepada Tuanku Mizan pada pukul 9.30 pagi di hadapan empat lagi anggota suruhanjaya.

Mereka adalah bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguamcara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan pakar sejarah Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Suruhanjaya Diraja itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam Datuk V.K Lingam mengatur pelantikan hakim dengan seorang yang dikatakan seorang hakim kanan menerusi telefon.

Seramai 21 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan. BERNAMA

Read More...

Krisis makanan akibat kelalaian kerajaan hidu 'trend' kenaikan harga komoditi - Azmin Ali

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Fri | May 09, 08 | 10:45:35 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Azmin Ali (KeADILan Gombak) dalam perbahasan Titah Ucapan yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam menegaskan bahawa krisis kekurangan bahan makanan yang dihadapi negara kini semakin serius.

Masalah ini katanya berpunca antaranya akibat kegagalan kerajaan menghidu 'trend' kenaikan harga komoditi yang mula menonjol sejak dua tahun yang lalu.

Sepatutnya, kerajaan telah mengambil langkah-langkah awal untuk mengelak daripada berlakunya kekangan kepada bekalan bahan makanan. ujar Azmin.

Sebaliknya katanya, kerajaan lena dibuai harga eksport komoditi yang meningkat sehinggakan terlupa periuk nasi rakyat miskin.

Keadaan bertambah runcing apabila negara-negara pengeluar beras mengambil keputusan untuk tidak mengeksport beras ke Malaysia walhal negara kita hanya mampu mengeluarkan 70 peratus daripada keperluan rakyat Malaysia.

Bencana yang disebabkan oleh perubahan cuaca global seperti 'cyclon' yang melanda 'Irrawady Basin', Myanmar, yang merupakan pengeluar beras terus menyumbang kepada krisis bahan makanan, ujarnya.

Golongan petani, 'the son of soil' terus tertekan dan terhimpit kerana tidak mempunyai kuasa untuk menentukan harga pasaran hasil tanaman mereka, katanya.

Kata Azmin, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah bekalan beras yang semakin meruncing.

"Kita tidak boleh mempertaruhkan rizab negara untuk memasuki pasaran global dan membina 'stockpile' beras kerana ini hanya akan menyebabkan harga beras global terus melonjak," katanya.

Negara juga berhadapan dengan risiko 'stockpile' kerana kebarangkalian membeli beras pada masa yang salah, katanya.

Azmin seterusnya mencadangkan langkah-langkah sebagai penyelesaian jangka masa pendek dan penyelesaian jangka masa panjang untuk mengatasi masalah kekurangan bahan makanan utama negara ini.

Kerajaan baginya, tidak perlu membuang masa untuk mengkaji keberkesanan BERNAS sebaliknya perlu mengakui bahawa dasar monopolistik yang wujud di kalangan pengimport barang keperluan utama.

Ini kerana kelompok ini terdedah kepada kecenderungan penyalahgunaan 'Approved Permit' (AP)(Permit Import) untuk mengimport barangan ini, katanya.

"Kerajaan perlu membuka peluang pasaran kepada pihak lain untuk mendapatkan AP atau lesen mengimport supaya keadaan monopolistik dan cartel dapat dipecahkan dan 'free market forces' dapat diwujudkan untuk menstabilkan bekalan beras negara ini," ujarnya.

Kedua, kejatuhan harga pasaran saham menuntut kerajaan untuk mengkaji dan mengenalpasti syarikat-syarikat pengeluar dan pengeksport bahan makanan ini yang tersenarai di bursa negara-negara lain yang mungkin boleh dijadikan sebagai sasaran 'Dawn Raid'.

Agensi kerajaan seperti Khazanah Nasional sepatutnya dapat mengambilalih pegangan ekuiti syarikat-syarikat ini pada harga yang munasabah dan seterusnya mengawal pengeluaran dan pengeksportan bahan makanan ini.

"Terdapat syarikat-syarikat pengeluar beras di negara 'non-consuming rice-producing countries' di Missisippi dan Florida, Amerika Syarikat.

"Kita sepatutnya menguasai syarikat-syarikat ini seperti mana syarikat Sime Darby dan Guthrie yang telah kita tawan dan kuasai. Jemaah Menteri perlu belajar dari sahabat seperjuangan saya, Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang mengepalai usaha berani ini," ujarnya.

Setereusnya kata beliau untuk meringankan beban golongan petani, modus operandi sistem perbankan mesti dirombak untuk menjadi lebih fleksibel dan adil.

"Saya menyeru bank-bank tempatan untuk memberikan pinjaman kepada warga petani dan pesawah padi dengan skim pembayaran balik pinjaman hanya dilakukan pada waktu menuai," katanya.

Modal besar untuk pembelian jentera pertanian bagi meningkatkan produktiviti, tidak boleh dibebankan kepada golongan petani.

Sehubungan dengan itu, Azmin mencadangkan satu mekanisme diwujudkan di mana syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC) membeli jentera yang diperlukan dan memajakkannya kepada warga petani.

"Saya juga ingin menyarankan supaya sektor pertanian negara ini melakukan anjakan paradigma ke arah pertanian berskala besar, di mana pengeluaran hasil pertanian mendapat manafaat daripada hal ini," katanya.

Perkongsian pintar dan penyelarasan operasi di mana jentera dan infrastruktur dapat dikongsi di antara beberapa orang petani individu adalah satu cara untuk mempraktikkan faedah daripada 'economies of scale', katanya.

Peningkatan produktiviti aktiviti pertanian perlu menjadi agenda utama dan MARDI mesti memainkan peranan yang penting untuk menyediakan benih padi, baja dan kemahiran teknikal untuk mempertingkatkan lagi hasil pertanian yang sedia ada, katanya.

"Kita tidak memerlukan pengusahaan tanah yang luas, tetapi seharusnya kita menumpukan kepada peningkatan produktiviti dalam tapak kawasan tanaman yang sedia ada," katanya.

Justeru ujar Azmin, dengan langkah-langkah yang telah usulkan besar kemungkinan negara dapat menangani masalah kekurangan bahan makanan.

Secara tidak langsung, dapat meringankan beban golongan petani yang sebahagian besar daripada mereka berpendapatan rendah atau ditakrifkan sebagai berada di bawah garis kemiskinan, tegasnya.

Read More...

Cerita buaya selat ternyata benar


DUA orang nelayan menarik bangkai buaya yang dijumpai di perairan Selat Tebrau, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Mahu pancing ikan, terserempak bangkai buaya.

Sekumpulan kaki pancing di Perairan Selat Tebrau di sini terkejut apabila terserempak dengan bangkai seekor buaya sepanjang dua meter terapung kira-kira 8 pagi semalam.

Ketika ditemui, mulutnya terbelit dengan pukat manakala badannya dililit tali jaring.

Menurut Asmadi Mohd. Elias, 29, berkata, dia ternampak bangkai buaya tersebut dari jarak 50 meter dari jeti.

"Sebelum ini saya hanya dengar cerita ada buaya tapi tak sangka pula selat ini betul-betul ada buaya," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bangkai buaya itu kemudian dibawa oleh beberapa pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan bantuan beberapa orang nelayan daripada Kampung Usahajaya 1, Skudai Kiri di sini.

Mereka juga masih menyiasat jenis buaya itu serta bagaimana ia boleh ditemui di selat berkenaan.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |