Tukar Tiub
MEREKA YANG TIDAK PERNAH BELOT - DIMANA MEREKA SEKARANG?
PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU
Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.
Ceritanya bagini:
Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.
Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.
Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.
Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.
Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.
Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.
Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.
Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.
Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.
Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.
Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:
“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”
Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.
Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.
Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.
Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.
Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.
Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.
Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.
Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.
Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.
Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.
Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.
Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.
Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)
( sebarkan lah kesah ini - untuk kita membuat kebaikan)
Tuesday, April 20, 2010
KESAH LAMA UNTUK DI INGAT KEMBALI - Kisah benar tentang Zaid Ibrahim dari TT.
Tuesday, April 21, 2009
Eli kunjungi Nik Aziz dengan imej baru
Oleh : Hamdan MS
0 comments Labels: pemimpin rakyat, siasahdaily, TGNA
Tuesday, April 7, 2009
Pilih pemimpin berjuang dunia, akhirat - Haron Din
| Azamin Amin Mon | Apr 06, 09 | 8:54:37 am MYT | |
| "...suasana yang tidak stabil di Perak. Angkara siapa? Bukan Nizar. Nizar menjadi mangsa." Sebelum para penduduk Parlimen Bukit Gantang membuat membuang undi pada 7 April, tokoh agama dan Timbalan Musryidul Am PAS Dato' Dr Haron Din memberitahu Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN panduan memlih pemimpin yang dituntut agama, sekaligus memberi kesan di dunia dan akhirat serta dalam masa sama demi membela nasib rakyat dan Nizar Jamaluddin yang teraniaya akibat Umno-BN yang mencetuskan suasana huru-hara di Perak tempoh hari. 1.Boleh Dato' jelaskan bagaimana Islam melihat pilihan raya sebagai satu wadah perjuangan untuk menuju kebahagiaan dunia dan akhirat serta ciri sebetulnya memilih pemimpin untuk rakyat? Haron Din : Pilihan raya adalah satu tuju arah yang boleh di lihat dalam dua dimensi. Pertama apa tujuan sebenar calon yang bertanding? Kedua kewibawaan dan ketokohan orang serta parti itu. Tentang tujuan ada yang semata-mata berjuang kerana dunia seperti Umno dan ada yang bertujuan untuk dunia dan akhirat. Calon Umno dan partinya itu, umum telah mengetahui ianya bertujuan untuk dunia dan kepentingan diri semata-mata. Banyak sudah dibuktikan. Calon PAS pula telah dibuktikan bahawa perjuangannya untuk dunia dan akhirat. Dato' Seri Nizar Jamaluddin berada dalam kelompok perjuangan yang sudah tentu menghadapi banyak musuh yang banyak mempunyai kepentingan duniawi. Siapa sahaja sejak zaman Nabi dan para sahabat, berperang, ada sahaja yang menjadi musuh. Nabi Muhammad saw sendiri mempunyai musuh terdekat iaitu bapa saudaranya. Itu tanda syaitannnya 'lebih kuat' untuk mengganggu orang yang baik. Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Nizar mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Manakala satu parti lagi dakwa bersifat kebangsaaan Melayu (Umno) dan tidak ada apa yang diperjuangkan untuk bangsa Melayu. 2. Kata parti lawan seolah-olah mereka adalah juara memperjuangkan agama, bangsa dan negara? Mereka melaungkan dan dakwa. Kalau nak kira dakwa, budak kecil juga boleh dakwa. Sudah hampir lebih 52 tahun diberi kuasa, apa yang dilakukan untuk Islam malah ia merosakkan lagi ada. Mereka pamer kepada masyarakat bahawa seolah-olah Islam ini tidak sempurna. Jadi untuk itu, mereka buat Islam Hadhari untuk tampung Islam sebenar. Sejak daripada Islam Hadhari diwujudkan apa yang mereka buat untuk Islam sesuai seperti yang dicanangkan?Tidak ada yang mereka buat, cakap tidak serupa bikin. Wadah untuk pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat. Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat. Jika kalah, Umno akan mendabik dada kononnya mereka masih relevan sedangkan hakikat telah pun ditolak pada pilihan raya 8 Mac lalu. Saya seru proses penolakan ini diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, ia mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat. Pilihan raya ini bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat. 3. Dalam Perhimpunan lepas, mereka kata insaf dan mahu melakukan perubahan, adakah ini satu jaminan dan mampu menarik sokongan rakyat kembali kepada Umno-BN ? Kematangan rakyat terhadap politik tidak boleh lagi dikaburi dengan slogan-slogan pemimpin Umno dan BN sedangkan slogan-slogan yang dikatakan selama ini memakan diri. Ini senjata makan tuan. Cuba kita lihat keadaan ini. Umno dikatakan sudah matang memilih pemimpin. Takkanlah sudah 63 tahun Umno ditubuhkan, baru nak matang? Itu belum lagi dewasa. Mereka mencanangkan perubahan? Apa perubahan yang dibuatnya? Adakah bertukar daripada yang dilihat bersih kepada tidak bersih. Maksudnya, peralihan kuasa daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang nampak bersih berubah kepada Dato' Seri Najib Tun Razak yang terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan jenayah. Media Asing pun membicarakannya dan masyarakat antarabangsa. Adakah rakyat nampak Najib lebih bersih? Begitu juga dengan jawatan Ketua Pemuda Umno yang berubah kepada Khairy sedangkan beliau sebelum ini disabitkan gejala rasuah oleh Lembaga Displin Umno. Hukuman ringan dan diberi amaran sedangkan disabitkan. Ahli Umno pilih Khairy berbanding Dato' Mukriz Mahathir yang dilihat agak bersih daripada tuduhan. Jelas perubahan yang dilakukan oleh Umno ialah menolak yang bersih dan memilih yang tidak bersih. Itukah yang dinamakan perubahan? Para pengundi di tiga pilihan raya ini perlu melihat persoalan ini sebelum memberi undi dan dengan rasa tanggungjawab untuk selamatkan negara daripada pemimpin-peminpin yang tidak bersih. 4. Bagaimana Dato' melihat parti yang mengucar-kacirkan Perak dengan 'rampasan kuasa'. Rakyat telah pilih dan pentadbiran berjalan dengan baik di samping rakyat hidup dalam aman tiba-tiba, dikejutkan dengan peristiwa rakus oleh BN di Perak menyebabkan Nizar dianiaya dan dikecam? Golongan rakus kuasa, selama-lamanya akan melihat dan menantikan peluang untuk melakukan dengan apa cara sekalipun. Bagi kes Perak, Umno-BN melihat realiti mereka tidak mampu pertahankan kedudukan. Rakyat sudah hantar mesej jelas tolak Umno-BN dan jika mereka nak mengharapkan pilihan raya akan datang iaitu yang ke-13, mereka tidak mampu dan bimbang akan kalah lagi. Maka peluang di Perak, mereka rampas kuasa. Bila ia berlaku, rakyat Perak rugi. Pentadibiran 'jem'. Mesyuarat exco seminggu sekali untuk membela rakyat tidak dapat dibuat. Pejabat MB yang selalunya dikunjungi rakyat untuk selesaikan masalah sudah tidak berfungsi. Pegawai kerajaan negeri menunggu arahan dan polisi tidak berjalan..Gaji dibayar tetapi pentadbiran sangkut. Pelabur takut. Yang rugi ialah negeri dan rakyat. Manakala untuk mempertahankan kuasa ianya melibatkan proses mahkamah yang mana ianya tidak boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat. Selagi tidak bubar DUN, mahkamah akan teruskan kes tapi ada tangguh-tangguh, rayu dan rayu sehinggalah ke pilihan raya 13 akan datang. Umur dewan DUN Perak berakhir 13 Mei ini. Genap 6 bulan jika tidak ada sidang DUN. Saya bimbang dan gerun nostalgia 13 Mei 1969. Ianya 'Ankubah' akibat buruk politik perakus kuasa yang mengancam demokrasi dan kestabilan rakyat termasuk menjejaskan institusi Raja-raja Melayu. 5. Jelaslah Umno-BN bersalah porak-perandakan Perak tanpa sabar menunggu pilihan raya umum akan datang untuk kembalikan mandat pada rakyat? Semua ini wajar diletakkan atas kesalahan Umno-BN kerana mereka yang merancang berlaku sehingga tercetus suasana yang tidak stabil di Perak. Angkara siapa? Bukan Nizar. Nizar menjadi mangsa. Saya seru para penyokong dan pengundi bukan saja di Bukit Gantang tetapi di Bukit Selambau dan Batang Ai untuk menangkan Pakatan Rakyat dan tumbangkan Umno-BN. Beri undi pada Nizar yang dianiaya dan singkirkan perampas kuasa. 6. Strategi parti lawan meletakkan Nizar sebagai penderhaka dan tamak kuasa oleh parti lawan, bagaimana Dato' tafsirkan ini? Bab dakwa Nizar derhaka hanyalah permainan politik Umno-BN, yang sengaja meletakkan istilah derhaka bukan pada tempatnya. Jawatan Menteri Besar bukan hak dia seorang tetapi parti yang juga dipilih oleh rakyat. Parti yang memilih Nizar menjadi MB dan parti didokong oleh rakyat dan rakyat restui beliau jadi MB dan jika dia letak, dia khianati amanah rakyat. Lagi pun kenapa mesti letak jawatan? Apa kesalahan yang beliau buat? Pakatan Rakyat 28 kerusi manakala Umno-BN 28 kerusi dan 3 bebas, jadi kenapa perlu letak jawatan? Ini bukan kes derhaka tetapi dimanipulasi Umno-BN. Sebenarnya, sejujur-jujurnya, siapa yang menderhaka kepada Raja, saya sendiri tahu pengalaman dan cerita itu tetapi tidak elok diperbesar-besarkan. Kita mesti letak calon yang mampu meraih kemenangan. Dan ini kes kita kembalikan kepada rakyat. Maka Nizarlah menjadi calonnya sama ada untuk rakyat pilih atau sebaliknya. Ini bukan kali pertama. Sudah jadi amalan. Undang-undang pun tidak pernah menyekat. Dalam kes ini Nizar dianiaya. Ianya dirujuk kepada rakyat untuk buat keputusan tetapi Umno-BN tidak mahu DUN dibubarkan. Rujuk pada rakyat. Letak Nizar sebagai calon dan jika rakyat pilih Nizar, ini bermakna rakyat bijak buat keputusan. 7. Bagaimana Dato' melihat watak Nizar itu sebagai pemimpin yang diterima rakyat, mampu menyatu-padukan kaum di samping menjadi pendakwah kepada agamanya? Nizar salah seorang calon yang dikenali pasti sejak dulu lagi, mampu memimpin dunia dan akhirat bukan sekadar 'educated, engineer dan warak'. Dia mempunyai pakej seorang pemimpin yang berwibawa. Masyarakat Cina dan India juga suka kepada beliau. Malah imam di Masjid Simpang Taiping pun meminta Nizar menjadi imam dan secara tidak langsung mengakui Nizar adalah lebih baik. Kealiman dia, kewarakan, kefasihan bahasa, ketrampilan dan karisma, semua kelebihan ada pada Nizar . Kenapa tak minta Tan Sri Muhyidiin, Dato' Zambry ke atau pemimpin Umno yang lain jadi imam? 8.Mengundi mempunyai kaitan rapat dengan Akhirat dan tanggungjawab umat Islam dalam memilih pemimpin, boleh Dato' jelaskan? Mengundi adalah memilih pemimpin. Bagi pemimpin Islam, ianya tidak habis di dunia sahaja malah akan dipertimbangkan dan dipertanggungjawab oleh Allah sampai kiamat.Sehingga di kiamat ada satu episod dalam surah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ; "Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. "Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! " Ayat di atas jelas beri isyarat kepada persoalan memilih pemimpin kerana itulah kita mesti sentiasa berdoa. "Ya-Allah, jadikanlah kepada kami, orang yang mengikut pemimpin-pemimpin yang bertaqwa." Bagi kes ini, kita mesti pilih yang pentingkan perjuangan dunia dan akhirat. |
0 comments Labels: Harakahdaily, pemimpin rakyat, wawancara
Monday, March 30, 2009
Gempar: 20 Minit Nizar imamkan Solat Maghrib dalam program Umno
TKO beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib. Selama ini, mereka hanya tahu baca Yaasin sahaja. Bila bagi ayat lain mereka sudah ketakutan. Nizar hanya nak terangkan maksud ayat bukan nak bagi ceramah Politik. Sebenarnya merekalah yang berpolitik, kerana terang-terang anjur majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena Pilihanraya. Selama ini, tak pernah pun nampak muka pemimpin besar Umno kat situ. Tak pasal-pasal bila Pilihanraya mereka datang buat program Baca Yaasin dan Solat Hajat. Eloklah baca Yaasin tu, moga dibukakan hati untuk terima kebenaran sebelum mati dan orang lain bacakan Yaasin untuk mereka pula. Herman-Harap-harap Imam Masjid Simpang tidak kena pecat pula kerana benarkan Nizar jadi Imam.
Oleh hermansamsudeen
"
Terkejut beruk! begitulah reaksi pemimpin Umno yang berkumpul untuk mengadakan program bacaan Yaasin dan solat hajat di Masjid Simpang semalam setelah melihat calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengimamkan solat Maghrib.
Mereka tak menyangka bahawa Nizar akan hadir dan bersolat disitu. Dalam kenyataannya beliau bersama mStar,
"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.
“Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu… ketika takzirah… jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam,” kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang pagi tadi.Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.“Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid… apa terjadi selepas itu saya tidak tahu,” katanya.
0 comments Labels: MB perak, pemimpin rakyat, tranungkite
Wednesday, March 25, 2009
Suara Nizar , Suara Keramat !

Apabila seseorang yang dihormati kerana kebaikannya, maka orang itu akan terus diingati. Inilah yang berlaku di Kelantan Darul Naim. Kebaikan yang dimiliki oleh sosok kecil Tok Guru, menundukkan ramai orang.
Mereka hormat kerana sayang bukannya takut. Tok Guru tidak pernah menjatuhkan aib sesiapa. Maka, itulah sedikit bayangannya muncul di Perak, lewat perlantikan tanpa duga Ir Nizar sebagai Menteri Besar.
Lama dahulu…jangan kata orang Kelantan, kami di Perak pun tidak mengenali sangat sosok tinggi gagah Ir Nizar. Bahkan, mungkin jika terlanggar bahu di pasar, kami mengingatkan dia seorang cina.
Matanya yang sepet dan iras wajahnya memang seorang cina, kerana ibunya memang seorang cina. Rupa-rupanya, Allah SWT menyimpan Ir Nizar untuk menjadi MB kami. Sungguh tak disangka.
Apabila Ir Nizar menjadi MB, baharulah rakyat sedar siapa beliau.
Bukan sekadar jaminan kelayakan akademik yang begitu tinggi…tetapi juga pakej lain yang ada pada diri Ir Nizar. Saya sendiri tidak menyangka, dengan imej seorang aktivis PAS berjanggut sejemput itu, dia rupa-rupanya adalah manusia yang hebat seakan bayang Tuan Guru yang muncul di Perak.
Barulah kami tahu, Ir Nizar bukan sekadar seorang jurutera lulusan luar negara; tapi juga seorang 'ustaz' yang sering mengajar di masjid dan surau. Nizar juga bukan sekadar petah berpidato di pentas politik, malah petah bicaranya di mimbar masjid. Nizar yang ada bukan sekadar fasih berbahasa Melayu; tetapi juga Inggeris, Cina, Tamil dan Arab!
Apabila Ir Nizar memberikan ucapan sulungnya di hadapan ribuan rakyat Perak berketurunan cina, ramai yang terkedu apabila beliau berkomunikasi dengan lidah cina. Bukan satu dialek, tetapi tiga. Jarang orang Melayu-Islam-PAS yang mampu bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Mandarin. Tapi Ir Nizar boleh!
Apabila Nizar bertamukan orang India, maka lancar sahaja lidahnya berbahasa tamil. Sekali lagi kami terkedu. Apakah Ir Nizar ini anak 'buluh betung' yang mampu berbicara dengan sesiapa sahaja?
Apabila menceritakan komunikasinya dengan Pak Arab dari Timur Tengah, Ir Nizar menceritakan bahawa dia berbicara dengan bahasa yang sama dengan mereka. Lalu ia memudahkan 'cerita' dan Pak Arab setuju datang melabur ke Perak. La…rupa-rupanya Ir Nizar kami fasih juga berbahasa Arab!
Bahasa Inggeris…Bahasa Melayu…jangan cakaplah. Jika sudah bertahun di luar negara mengaji ilmu kejuruteraan, takkan tak reti bahasa Inggeris. Jika sudah keturunan Melayu, takkan jelek berbahasa Melayu!
Kemudian, kami di Perak tambah teruja apabila MB kami ini rupanya sangat sayangkan Bahasa Melayu. Siapa pun tidak menyangka, rupa-rupanya dek kerana sayangkan bahasa ibundanya sendiri, maka Ir Nizar lama sebelum menjawat jawatan MB telah membawa anaknya menyaman Kerajaan Malaysia. Samannya berasas, kerana Kerajaan Malaysia telah melanggar hak Bahasa Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Perkara 152. Sungguh bangga kami mempunyai MB seperti Ir Nizar…sayangnya bukan setakat di mulut tapi di kota apa yang dikata.
Apabila bergelar MB pun, Ir Nizar tetap mengekalkan watak seorang lelaki biasa. Tidak pula kelihatan dia memasang 'body guard' keliling pinggang. Bahkan, apabila Nizar menjadi MB lah, maka kediaman Menteri Besar di Ipoh makin terbuka untuk rakyat. Merasalah kami memijak aspal dan rumput di dalam kawasan kediaman MB. Jadilah…
Ir Nizar tidak malu pun untuk menikmati nasi bungkus di pejabatnya. Samalah dengan Tuan Guru mentornya di Kelantan. Nasi bungkus sudah jadi santapan biasa. Bukan haram pun…bahkan itulah yang rakyat suka.
Apabila diteropong kepada isterinya pula, lega hati…tak adalah pula Datin Seri Fatimah sudah naik 'tocang' dengan ternobatnya suami menjadi MB.. Masih lagi bertudung litup, masih sopan berkerudung dan berkurung. Masih sopan melayan tetamu dan pengunjung. Tidaklah berubah menjadi 'kaduk naik junjung.'
Anak-anak Ir Nizar lagilah…sungguh kami tak sangka, MB kami ini berwawasan akhirat melampaui dunia yang singkat. Anak-anaknya dihantar ke Timur Tengah, belajar syariah dan menjadi hafiz Quran. Samalah juga seperti Tuan Guru Nik Aziz, anak-anaknya alim dan warak…samalah seperti ayahandanya.
Itulah…sejuk hati kami rakyat Perak ber-MB-kan Ir Nizar. Tapi…selalunya orang yang baik memang ada yang berdengki. Maka, dilemparkanlah fitnah dan tohmah. Disebarkanlah berita palsu dan dakyah. Semuanya agar imej MB Ir Nizar yang baik bertukar comot dan kelam.
Semuanya ditangani dengan baik oleh Ir Nizar. Namun, kami rakyat Perak sedar…tidaklah semuanya sempurna 100 peratus. Adalah sedikit-sedikit kesalahan yang beliau terbuat atau terlepas pandang. Namun, semuanya masih boleh dimaafkan. Bukanlah besar sangat pun.
Malangnya, kesalahan kecil itulah diperbesarkan. Isu pemberian tanah kepada orang cina menjadi bahan utama. Kasihan MB Nizar. Takkanlah memberi tanah kepada rakyat Perak itu salah. Lainlah memberikan tanah kepada orang Singapura…macam terlepasnya Pulau Batu Puteh…tapi, penjelasan dan penafiannya tidak didengari. Mereka asyik mengecam dan mencaci. Kasihan MB kami.
Kini, puaslah agaknya hati para pendengki itu. Mereka sudah berjaya menafikan hak MB kami. Ir Nizar dipaksa turun dari jawatannya. Mereka peralatkan sultan. Mereka peralatkan media. Mereka jaja nama tuanku. Kononnya Ir Nizar sudah derhaka. Lalu, mereka angkat sumpah menjadi MB baru…walaupun MB Nizar masih MB yang sah.
Inilah cerita MB kami, Datuk Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaludin. Anak Kampar Perak yang membesar di sekolah cina, belajar hingga ke England dan akhirnya mampu berkhutbah di mimbar masjid dan berceramah agama di mana-mana. Sayang…seorang teknorat agama seperti ini difitnah oleh orang seagama, yang kemaruk kuasa.
Tapi kami yakin…tak lama lagi, beliau akan jadi MB semula. Kami yakin…kami percaya, kerana kami pegang janji Allah…siapa yang tolong Allah maka Allah akan menolong mereka dan meneguhkan tapak kaki mereka. Amin…!

0 comments Labels: bloggers united, DSNJ, pemimpin rakyat
Sunday, November 2, 2008
Zulkifli Nordin Serah Surat Tanpa Tarikh Kosongkan Kerusi Kulim- Bandar?
msomelayu
BAGAIKAN yang terang lagi bersuluh itulah yang dapat dikatakan mengenai tindak tanduk ahli Parlimen (yang diselamatkan) Zulkifli Nordin. Beliau hanya menanti masa saja untuk bertindak keluar daripada PKR dan menyertai Umno. Apa yang yang berbangkit mengenai dirinya akan dijadikan peluang bagi menghalalkan niatnya itu.
Saya nasihatkan kepada beliau tidak payah berdendang dengan berbagai lagu dan irama untuk menyertai Umno. Sertai saja, habis cerita.
Apabila Anwar Ibrahim mempertikaikan mengenai kenyataan beliau dalam interviu dengan Utusan Malaysia, Zulkifili terus memberi reaksi dengan 'melawan' cakap Anwar. Tidak berdosa kalau nak lawan cakap ketua yang pada anggapannya tidak betul, tetapi biarlah cara atau niat berlawan itu ikhlas dan tidak menampakkan melawannya kerana ada undang di sebalik batu.
Kita nampak cara Zulkifli Nordin melawan itu kerana ingin mencari gaduh bagi menghalalkan tindakan beliau untuk menyertai Umno. Zulkifli sangat suka kalau PKR mengambil tindakan ke atasnya, apa lagi kalau membuangnya dari keahlian parti berkenaan!
Cerita Zulkifli nak masuk Umno tidak boleh diselindungkan lagi. Sesiapa yang kenal lawyernya, Md Radzi Mustafa, silalah berjumpa dan tanya lawyer berkenaan. Radzi tahu dari awal hingga akhir dan kosong hingga 10 mengenai Zulkifli. Kalau nak telefon Radzi saya boleh sertakan di sini?
Kepada mereka yang menyokong beliau, selamat menyokong. Kalaupun beliau berada dalam Umno nanti, sokonglah dia kalau benar dia memperjaungkan Islam dan Melayu. Tetapi apakah orang boleh yakin (kalau beliau ikhlas) nak perjuangkan Islam dalam parti yang menolak Islam?
Satu pertanyaan ringkas untuk Zulkifli; beliau adalah antara lawyer yang tampil membela umat Islam yang dimurtadkan? Kenapakah kejadian murtad mudah berlaku? Bukankah kerana kelonggaran hukum Islam (hukum murtad) di negara ini? Dan siapakah kini bertanggungjawab ke atas semua itu? Bukankah kerajaan yang ditulangi Umno?
Kalau beliau mahu kembali ke parti asalnya kita tidak boleh mencegahnya. Kerana itu adalah hak asasi seseorang. Penyokong dan pentaksubnya mempunyai hak asasi untuk menyokong Zulkifli. Bagi orang yang tidak kenal dan rapat dengan Zulkifli akan menerima apa sahaja yang dituturkan. Tetapi bagi yang kenal jejak dan lawaknya, hanya mampu tersenyum saja apabila mendengar gebang Zulkifli.
Ini nak diceritakan bagaimana maklumat yang saya perolehi tentang beliau. Katanya Zulkifli telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru kepada Najib Razak. Surat perletakan jawatan itu tanpa tarikh. Ia dijadikan cagaran sekiranya beliau tidak berbuat demikian (umum masuk Umno), pihak Umno akan serah surat itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Surat itu diminta oleh Najib sebagai jaminan sebelum Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petisyen kerusi Parlimen berkenaan. Di mana menurut persetujuan sekiranya Zulkifli tidak mematuhi syarat, mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno, maka surat itu akan valid dan diserahkan kepada Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR). Berdasarkan surat itu SPR akan mengistyharkan kerusi Kulim - Bandar Baru akan kosong.
Zulkifli katanya tidak mahu mengumumkan kemasukan dalam waktu terdekat dan akan mencari masa sesuai. Masa yang ditunjukkan kepada beliau dan dipersetujui ialah selepas Najib menjadi Perdana Menteri. Najib pula mahu Zulkifli berbuat demikian sebagai menandakan beliau mendapat kepercayaan dan sokongan.
Mungkin cerita ini menimbulkan kemarahan kalangan mereka yang terpesona dengan kepetahaan dan pembohongan Zulkifi Nordin selama ini. Saya tidak boleh berkata lebih daripaada apa yang sayang katakan. Cuma sama-sama tunggulah kemungkinan ini dengan penuh sabar.
Bagaimana pun, saya yakin 100 persatu mengenai kemungkinan ini. Sebaik saja Najib angkat sumpah jadi PM, semua permainan dan sandiwara ini akan terjawab. Bagi Zulkifli pula beliau perlu menyertai Umno bagi menyelamatkan kerusi itu untuk mengekalkan elaun sebanyak RM12,000 sebulan dan juga pencen sebagai MP. Jelas perjuangan Zulkifli bukan untuk membela agama tetapi menjaga perut!
Kepada Anwar usahlah pujuk dan rayu Zulkifli lagi. Biarlah beliau pergi membawa cita-cita Islamnya dalam Umno. Makin dirayu dan diungkit makin menjadi dia. Orang yang sudah terperangkap dan terjerat serta hilang prinsip macam Zulkifli tidak perlu ditahan-tahan lagi, buat sakitkan hati sahaja. Biarlah dia cepat-cepat masuk Umno! [wm.kl 10:00 am 02/11/08]
0 comments Labels: msomelayu, pemimpin rakyat, UMNO
Sunday, August 10, 2008
'Malaysia baru' Anwar pukau pengundi
| Malaysiakini |
| K Raveendran Nair | Aug 9, 08 8:12pm |
| Kebangkitan kembali Anwar Ibrahim dalam arena politik negara adalah satu kejutan di luar jangkaan. Ramai penganalisis politik pada awalnya berpendapat karier politik beliau telah tamat sewaktu terpenjara. Maka, wajar beliau dibebaskan untuk menerima rawatan kesihatan bagi sakit tulang belakang atas sifat perikemanusiaan. Lebih-lebih lagi apabila parti serpihan Umno, PKR hanya mempunyai kekuatan satu kerusi parlimen yang disandang oleh isterinya melalui pilihanraya umum 2004. Namun semua persepsi akan matinya karier politik Anwar berjaya dipadamkan dalam sekelip mata melalui agenda "Harapan Baru Untuk Malaysia" dalam pilihanraya ke-12. Sekiranya dianalisis, PKR telah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan sejak pilihanraya negeri Sarawak pada 2006 lagi.Keupayaan parti ini untuk memenangi kerusi DUN Sarawak, dan hampir kesemua kerusi yang disandang oleh BN telah berjaya dikurangkan undi majoritinya, sesuatu yang di luar jangkaan. Bagaimanapun penganalisis di Semenanjung gagal menginterpretasikan mesej yang cuba dihantar oleh pengundi dari Sarawak. Sekilas lalu, Anwar antara pemidato yang dikenali dengan gaya percakapan yang mampu memukau para pendengar. Penglibatan beliau dalam politik telah bermula sejak zaman masih remaja dan bakat muda beliau lebih menonjol semasa menjadi penghuni Universiti Malaya. Pada 1974, beliau melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan, penduduk Baling, Kedah mati kerana kelaparan. Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan tetapi dalam senyap-senyap kerajaan BN terpaksa mengambil tindakan proaktif untuk membangunkan masyarakat luar bandar. Kerajaan telah melancarkan skim-skim baru untuk mempertahankan harga getah, stok negara untuk getah, penubuhan pembangunan getah Risda, memberikan hak milik tanah kepada penduduk luar bandar, membina pusat asuhan kanak-kanak untuk menjaga anak penoreh getah dan sebagainya. Kesemua ini telah dilaksanakan oleh kerajaan selepas demonstrasi Baling 1974. Apabila beliau menyertai Umno pada awal 1980-an, ramai pemimpin muda terutamanya dalam PAS kecewa kerana Anwar dilihat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai keupayaan untuk membawa Islam ke alaf baru. Dalam bahasa Anwar, "beliau mahu membersihkan tong tahi dari dalam." Walau Tun Dr Mahathir Mohamad perdana menteri ketika itu, namun Tengku Razaleigh Hamzah adalah pemimpin utama yang memainkan peranan untuk membawa Anwar bersama Umno. Hasil usaha Ku Li, Anwar dibebaskan daripada ISA dan kemudiannya dibawa masuk ke dalam Umno. Jawatan pertama yang ditandangi oleh Anwar selepas beberapa bulan menyertai parti Melayu itu adalah ketua Pemuda. Beliau memenangi jawatan tersebut dengan undi yang amat tipis dalam sekitar 25 undi sahaja. Namun keakraban beliau dengan Dr Mahathir mengembangkan pengaruhnya dalam parti.Dalam tempoh masa 17 tahun, Anwar berjaya menguasai parti sehingga mencapai jawatan timbalan presiden sekali gus menduduki kerusi timbalan perdana menteri. Umum berpendapat sekiranya beliau berkompromi dengan Dr Mahathir sewaktu krisis kewangan pada 1997-1998, kemungkinan besar beliau telah menduduki kerusi perdana menteri yang menjadi idaman setiap ahli politik. Tetapi keseluruhan lanskap politik negara telah berubah apabila Anwar mengambil keputusan untuk melawan arus politik negara. Sejak beliau tumbang daripada singgahsana kuasa, boleh dikatakan secara konsisten beliau bercakap atas paksi kuasa rakyat dan selepas 10 tahun berada di luar Dewan Rakyat, kini beliau sekali lagi beradu tenaga mencuba nasib untuk kembali ke kerusi parlimen yang sekali gus mungkin membuka ruang untuk beliau menjadi perdana menteri keenam negara. Kerusi parlimen P44 boleh dikatakan secara tradisinya adalah milik Anwar sejak tahun 1982. Sebelum itu, kerusi tersebut kubu luat PAS. Dalam pilihanraya tersebut, beliau bertanding atas tiket BN menentang calon PAS, Zabidi Ali dan menang dengan majoriti 14,352 undi. Pada 1986, beliau ditentang oleh Mohamad Sabu, tokoh muda PAS waktu itu (sekarang naib presiden). Walaupun menang tetapi Mohamad berjaya mengurangkan undi majoriti kepada 10,479. Pada 1990, di kala Umno masih mengalami luka parah akibat pengharamannya dan perebutan kuasa yang menyebabkan penubuhan Parti Melayu Semangat 46, Anwar masih berjaya mengekalkan kerusi beliau dengan undi majoriti sebanyak 16,150 dengan mengalahkan Mahfuz Omar (bekas ketua Pemuda PAS, kini ketua penerangan). Pada 1995, DAP meletakkan calon Melayu di kawasan tersebut dan keadaan ini membuka ruang lebih besar kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar iaitu 23,515 undi. Calon DAP itu Abdul Rahman Manap. Bagaimanapun tiada siapa menduga, tahun itu merupakan pilihanraya terakhir bagi Anwar kerana belum sempat pilihanraya seterusnya diadakan, beliau telah ditumbangkan daripada singgahsana politik Umno. Krisis kewangan yang kemudiannya berubah wajah kepada krisis perebutan kuasa dalam Umno menyebabkan Anwar dipecat dan dihumban ke dalam penjara. Walaupun tuduhan liwat dikenakan, namun kebangkitan rakyat memuncak apabila beliau hadir ke mahakamh dengan mata lebam. Dr Mahathir mengisytiharkan Parlimen dibubarkan pada 1999 dua bulan sebelum Ramadan bermula kerana situasi bulan itu yang boleh dikatakan majoriti masjid dan surau telah dikuasai oleh pengikut Anwar. Dr Mahathir khuatir, Ramadan akan digunakan secara maksimum untuk menghasut masyarakat Melayu untuk mengundi menentang Umno. Lagipun ketika itu, tempoh Dewan Rakyat untuk dibubarkan semakin hampir. Dengan hati yang terguris air mata, Dr Wan Azizah Wan Ismail, seorang surirumah dan bekas doktor gigi, bangkit mempertahankan suaminya dan meneruskan perjuangan politik bagi pihak kekandanya.Parti Keadilan Nasional dengan wajah baru untuk rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan agama ditubuhkan pada April 1999, lima bulan sebelum pilihanraya umum. Dalam pilihanraya tahun itu, Dr Wan Azizah bertanding di kerusi P44 Permatang Pauh dan ditentang oleh bekas setiausaha politik Anwar sendiri dan juga timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr Ibrahim Saad. Ramai berpendapat tujuan utama Dr Mahathir meletakkan Dr Ibrahim untuk membunuh karier politik rakan Anwar itu kerana sudah menjadi rahsia umum beliau seorang kroni Anwar. Kalau menang, Dr Ibrahim mempunyai masa depan yang cerah. Kalau kalah, yang akan terkubur Dr Ibrahim dan bukannya Umno. Dalam pillihanraya umum tersebut, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 9,077 undi. Beliau menerima 23,820 undi, manakala Dr Ibrahim menerima 14,473 undi. Boleh dikatakan dalam pilihanraya 1999, Umno telah diselamatkan oleh pengundi bukan Melayu. Namun sumbangan bukan Melayu dilupakan begitu sahaja selepas pilihanraya umum 2004. Pada tahun itu, BN telah meletakkan bekas imam besar Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail untuk bertanding menentang Dr Wan Azizah. Namun faktor Anwar telah memberikan kemenangan solo kepada PKR. Isterinya memenangi 21,737 undi, manakala Pirdaus menerima 21,147 undi. Dr Wan Azizah menang dengan majoriti tipis 590 undi - itu pun selepas pengiraan semula pada hari berikutnya. Selepas pilihanraya tersebut, Umno menjangkakan PKR akan berkubur atau kembali merujuk Umno dalam masa terdekat. Namun kesemua jangkaan itu meleset. Pilihanraya umum 8 Mac lalu menjadi satu titik perubahan dalam sejarah politik negara. Anwar yang kembali daripada menerima rawatan sakit tulang belakang pada awalnya (setelah dibebaskan pada penghujung 2004) menggunakan "jaringan antarabangsanya" untuk menguatkan semula perhubungan beliau dengan negara-negara luar dan hampir setiap bulan berada di luar negara sama ada atas undangan pemimpin negara-negara yang dikunjungi atau untuk sesi ceramah di universiti-universiti terkemuka dunia. Beliau kemudiannya mengalihkan pandangan kepada politik dalam negara dan menjanjikan "Malaysia Baru" sekiranya diberikan kepercayaan untuk kembali memimpin negara.Berbekalkan kelemahan pemimpin BN dengan politik perkauman yang tebal, Anwar menggubal manifesto yang menjanjikan "Malaysia Baru." Setuju atau tidak, terpulang kepada pembaca untuk menilai, janji untuk memberikan Malaysia Baru telah berjaya mempengaruhi massa untuk memberikan kepercayaan kepada gabungan tiga parti yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Hasilnya empat negeri baru jatuh tersungkur kepada kepada Pakatan dan cengkaman ke atas negeri Kelantan terus diperkukuhkan. Lebih mengejutkan, kuasa dua pertiga luntur daripada BN dan apabila masyarakat Malaysia bangun pada pagi 9 Mac lalu, pancaran matahari pagi seolah-olah menjanjikan harapan baru untuk Malaysia. Untuk Anwar kekal relevan dalam politik, isterinya mengisytiharkan mengosongkan kerusi P44 untuk memberi laluan kepada suaminya. Walaupun pelbagai spekulasi dan teori dikemukakan termasuk pengosongan kerusi sebagai satu strategi untuk menghalang tindakan undang-undang terhadapnya dalam kes moral, namun perkembangan tersebut sebenarnya menjadi satu medan politik yang terbaik untuk membuktikan kuasa rakyat. Persoalannya, apakah BN sebagai kerajaan pusat mampu mengalahkan Anwar di P44 Permatang Pauh dengan kerajaan negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat? P44, berdasarkan senarai pengundi yang digunakan dalam pilihanraya ke-12 mempunyai 58,449 pengundi. Pecahannya menunjukkan pemilih Melayu adalah majoriti dengan bilangan 40,563 atau 69.4 peratus. Pemilih Cina pula 14,320 orang atau 24.5 peratus, manakala India 3,507 orang atau 6 peratus. Peratus keluar mengundi dalam pilihanraya itu tinggi iaitu 47,288 orang (81.8 peratus), manakala undi rosak pula 110. Dalam kerusi parlimen ini terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti. BN hanya menguasai Seberang Jaya dengan majoriti 533 undi. Majoriti tersebut telah berkurangan daripada 4,464 uni yang dimenangi dalam pilihanraya 2004. Permatang Pasir dikuasai PAS, manakala Penanti dimenangi oleh calon PKR, Mohammad Fairus Khairuddin yang kemudiannyadilantik timbalan ketua menteri I Pulau Pinang. Kedua-dua kerusi tersebut dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoritilebih besar berbanding 2004. Bahagian II 'Lapan faktor BN tewas di Permatang Pauh' akan diterbitkan Isnin. Menurut blognya Security, K Raveendran Nair dilahirkan di Bukit Mertajam, bersebelahan Permatang Pauh, 33 tahun lalu. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, pemimpin rakyat
Thursday, August 7, 2008
Mara Terus! - DSAI
Sekitar jam 10 pagi hari Khamis 7hb Ogos 2008, saya akan ke Mahkamah Majistret Jalan Duta untuk mendengar pertuduhan ke atas jenayah yang tidak saya lakukan. Sebagaimana yang saya tegaskan di dalam kenyataan semalam, penjenayah sebenar yang terdiri dari apparatchik pemerintah berusaha untuk memalukan diri serta keluarga saya, dan sudah tentu matlamat utamanya, adalah untuk menggagalkan aspirasi rakyat.
Adakah sebegini miskin penjenayah-penjenayah ini? Tidakkah mereka merasai getaran perubahan ini? Ianya adalah tuntutan hasrat hati rakyat seluruhnya yang mahu institusi kenegaraan dipulihkan, kemakmuran dikecapi dan martabat negara kembali dijulang. Perubahan yang kita tuntut tidak pernah menjadi agenda milik peribadi. Ianya milik semua.
Propaganda dan plot yang direncana oleh elit pemerintah terutamanya di kalangan yang dekat dengan Perdana Menteri sememangnya tidak bertanggungjawab. Kerakusan serta ketamakan mereka kepada kuasa, membuatkan mereka sanggup untuk menodai institusi-institusi kenegaraan dan demokrasi di negara ini. Ini membuktikan mereka sedang menghadapi krisis moral dan keyakinan.
Mampukah mereka menahan Perubahan? Saya yakin tidak! Perubahan mesti terus mara. Biar Permatang Pauh menjadi saksi bahawa kita pasti mampu mencipta Malaysia yang adil, makmur dan aman.
ANWAR IBRAHIM0 comments Labels: DSAI, pemimpin rakyat
Wednesday, July 16, 2008
Debat bersejarah Anwar-Shabery
| Malaysiakini |
| Jul 15, 08 11:19pm |
| Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini. Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut. Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan. Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan. |
2 comments Labels: debat, DSAI, harga minyak, malaysiakini, pemimpin rakyat
Tuesday, June 24, 2008
Salahkah berbasikal ke Parlimen?
| Harakahdaily Ahmad Tajdid Tue | Jun 24, 08 | 3:12:28 am MYT | |
|
Semuanya angkara empat Ahli Parlimen KeADILan berbasikal ke Parlimen pada Isnin, 23 Jun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tindakan empat wakil rakyat KeADILan itu sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen. Nazri dilapor Utusan Online mendakwa ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu cuba mencari publisiti murahan sedangkan sebagai anggota Parlimen banyak lagi tindakan lebih matang boleh dilakukan bagi membantu kerajaan berhadapan dengan fenomena kenaikan harga minyak global. �Dahlah kayuh pun setakat dari Bank Negara saja... saya harap kalau sungguh-sungguh sangat, teruslah berbasikal ke Parlimen setiap hari selagi kerajaan tidak penuhi tuntutan mereka (turunkan minyak). �Jangan setakat kayuh hari ini sahaja, budak darjah enam pun boleh. Pada saya yang penting empat orang ini kena ingat, mereka adalah Ahli Parlimen, ruang tersedia untuk mereka berhujah bagi mengatasi masalah, bukan gimik macam ini. �Apakah mereka ini ingat kalau dengan kayuh basikal kerajaan boleh turunkan harga minyak?� rungut Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen, hari kejadian bersejarah itu berlaku. Tian Chua (KeADILan-Batu), N. Gobalakrishnan (KeADILan-Padang Serai), Zulkifli Noordin (KeADILan-Kulim Bandar Baharu) dan Hee Loy Sian (KeADILan-Petaling Jaya Selatan) benar-benar mencatat sejarah. Mereka tidak sepatutnya menjadi 'bahan belasahan' Nazri. Malah jika menteri itu benar-benar berfikiran rasional, beliau sendiri wajar ke pejabat dengan berbasikal untuk sama-sama merasai keperitan hidup rakyat yang semakin merana akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian. Hina sangatkah naik basikal ke pejabat? Di negara-negara maju khususnya negara-negara Scandinavia, berbasikal untuk ke pejabat bukanlah perkara yang pelik. Tidak payah cakaplah di negara-negara Asia seperti India, Pakistan, Cina, Jepun dan Korea. Jika Nazri menganggap berbasikal ke Parlimen melambangkan sikap kebudak-budakan, beliau sebenarnya lebih dibuai sentimen daripada memikirkan tindakan itu dari aspek positif. Apa salahnya kita membudayakan berbasikal ke pejabat? Dan yang patut memulakannya adalah para pemimpin negara yang hanya 'gatal-gatal mulut' meminta rakyat mengubah cara hidup. Daripada bersesak-sesak dan berhimpit-himpit di dalam bas, komuter, LRT, Putra dan sebagainya, apa salahnya bagi warga kota Kuala Lumpur yang jarak antara rumah dan pejabat sekadar 5km radius menggunakan basikal ke pejabat? DBKL khususnya perlu memikirkan mekanisme, infrastruktur dan kaedah yang sesuai bagi menggalakkan budaya ini. Ya lah! Kita bukan punyai sistem pengangkutan awam semaju dan seselesa negara-negara maju. Jika Nazri dan menteri kabinet menggunakan bas, LRT, Putra, komuter dan teksi ke Parlimen, adakah mereka yakin tidak akan sampai lewat ke Dewan Rakyat jika bertolak daripada rumah pada jam 8.00 pagi? Jawablah... Jangan sekadar gatal mulut mahukan rakyat mengubah cara hidup! DBKL contohnya boleh menyediakan laluan khas berbasikal di ibu kota. Apatah lagi majlis-majlis bandaran di Ipoh, Alor Setar, Pulau Pinang, Shah Alam, Johor Bharu, Kuantan dan jangan lupa Kota Bharu. Sesekali rakyat mahu melihat YB Takiyuddin Hassan dan YB Husam Musa berbasikal ke Kota Darul Naim. Tak salahkan? Dalam apa juga aspek kehidupan, soal pendidikan amat penting. Pendidikan berupaya menentukan personaliti dan tabiat manusia. Jadi apalah salahnya jika kampus-kampus universiti awam memulakan budaya berbasikal ini. Para mahasiswa dan mahaguru di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dikenali sebagai 'Green Campus' sepatutnya boleh berbasikal di dalam kampus. Keadaan tapografi UPM yang rata dan landai membolehkan basikal dijadikan alat pengangkutan utama paling kurang pun di dalam kampus. Begitu juga di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain IPTA dan IPTS. Tapi janganlah berbasikal di UiTM Shah Alam, nanti separuh pelajarnya akan patah kaki dan tangan kerana brek basikal cepat haus dek keadaan tapografinya yang berbukit-bukau. Bak kata pepatah, alah bisa tegar biasa, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berbasikal memang boleh diamalkan. Ia bukan idea budak-budak tapi cara paling praktikal untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak di samping menyihatkan badan. Nazri perlu memikirkan semula pandangan serongnya tentang basikal. Atau mungkin sejak dari lahir, pak menteri tu dah boleh tunggang motorsikal!_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, pemimpin rakyat
Thursday, June 19, 2008
Siapa Yong Teck Lee?
Utusan Online
KOTA KINABALU 18 Jun - Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, 50, melalui liku-liku perjalanan politik yang panjang selepas menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1985.
Peguam yang berasal dari Lahad Datu itu mula terlibat secara serius dalam dunia politik sebaik sahaja dipilih menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya negeri di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada April 1985.
Beliau tidak menunggu lama untuk naik apabila terus dilantik sebagai Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri dan bertukar portfolio sebagai Pembantu Menteri Kewangan negeri pada 1998-1990.
Pada 19 Julai 1990, beliau dinaikkan pangkat apabila dilantik oleh Ketua Menteri pada masa itu, Datuk Joseph Pairin Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri sehingga 19 Januari 1994.
Hubungan baiknya dengan Pairin membolehkan beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Presiden PBS pada 30 September 1989.
Bagaimanapun, ia tidak kekal lama apabila Teck Lee memutuskan untuk keluar daripada parti tersebut.
Rentetan krisis dalaman PBS pada waktu itu mendorong beliau bertindak pantas menubuhkan sebuah parti baru iaitu SAPP pada 19 Januari 1994 dengan membuka keahlian kepada semua kaum, sama seperti PBS.
Gerakan agresif SAPP menarik sokongan rakyat, khususnya masyarakat Cina di Sabah, dikatakan lebih berjaya berbanding Parti Liberal Demokratik (LDP) yang bertunjangkan kaum Cina dan ditubuhkan lima tahun lebih awal oleh Tan Sri Chong Kah Kiat.
Tindakan Teck Lee keluar daripada PBS dan diikuti oleh beberapa wakil rakyat PBS lain yang menyertai UMNO akhirnya menumbangkan kerajaan PBS pada tahun 1994.
Beliau yang mengekalkan kemenangan di DUN Likas menewaskan Datuk Dr. Yee Moh Chai daripada PBS pada waktu itu kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Suami kepada Datin Stella Kong itu bertukar portfolio sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah pada 17 November 1995, Pemangku Ketua Menteri Sabah (22 Disember 1995) dan Ketua Menteri mengikut sistem penggiliran (28 Mei 1996-28 Mei 1998).
Selepas itu, Teck Lee kekal sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri (28 Mei 1998 - 22 Februari 1999) sebelum berhadapan dengan perbicaraan Mahkamah Pilihan Raya apabila didakwa terbabit melanggar peraturan semasa kempen pilihan raya.
Perbicaraan itu berlarutan selama beberapa tahun sehinggalah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Teck Lee untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang memutuskan beliau bersalah.
Beliau sebelum itu yang bertanding bagi kerusi DUN Likas terpaksa mengosongkan kerusi tersebut bersama kerusi Parlimen Gaya (sekarang Sepanggar) serta tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.
Keadaan itu menyebabkan Teck Lee yang tidak pernah dicabar bagi jawatan Presiden SAPP yang disandangnya itu sehingga 2010 tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum 2004.
Bagaimanapun, beliau yang menamatkan tempoh larangan itu pada 2007 membuat keputusan untuk terus tidak bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Difahamkan, beliau bertindak demikian kerana kecewa apabila tidak diberikan tambahan kuota sama ada kerusi Parlimen atau DUN dan pada masa yang sama sering membuat kenyataan menegaskan akan mengekalkan penyandang kerusi wakil rakyat SAPP yang sedia ada.
Pilihan raya 8 Mac lalu menyaksikan tiada sebarang perubahan bagi kuota calon parti-parti komponen kecuali perubahan kepada calon-calon muka baru untuk menggantikan muka lama.
Teck Lee sebelum pilihan raya umum lalu juga beberapa kali membuat kenyataan terbuka menyatakan minat SAPP untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Kinabalu yang sebelum itu disandang oleh Moh Chai atau Parlimen Sandakan yang merupakan kuota bagi parti LDP.
0 comments Labels: pemimpin rakyat, utusan
Sunday, June 15, 2008
Harga Minyak Dan Kerajaan BN tahi minyak
Utara Online
Oleh YB Hj Mahfuz Omar
KENAIKAN harga bahan api secara mendadak yang diumumkan oleh kerajaan minggu lepas bukan sekadar menggemparkan rakyat, tetapi menimbul persoalan di benak rakyat apakah wajar kenaikan ini berlaku. Semua rakyat tahu tentang kenaikan harga minyak dunia yang sudah melebihi USD130 setong. Tetapi rakyat bertanya bukankah Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport minyak yang telah mengaut untung besar kesan kenaikan ini.Sebelum ini pun Menteri Kewangan II pernah menyebutkan tentang rahmat kenaikan harga minyak yang boleh menambahkan pendapatan negara berkali-kali ganda.
Yang anehnya, para menteri dan media massa lebih betah memperkatakan kesan-kesan kenaikan subsidi kepada pembangunan negara ekoran kenaikan harga minyak. Menteri Pengajian Tinggi misalnya menggambarkan kepada rakyat bahawa RM800 juta terpaksa dikurangkan daripada peruntukan untuk kementerian tersebut kerana membiayai subsidi. Benar atau tidak itu soal kedua. Yang penting rakyat harus diberitahu bahawa Negara kita mendapat keuntungan berganda daripada kenaikan harga minyak ini. Adakah wajar kita menggambarkan kenaikan ini sebagai satu musibah semata-mata kerana terpaksa menaikkan harga minyak, sedangkan ia patut dilihat sebagai rahmat kerana kita pengeksport minyak yang layak menjual dengan harga lebih murah kesan keuntungan berganda ini.
Apabila kerajaan mendakwa penstrukturan semula harga minyak tidak memberikan keuntungan kepada kerajaan, ia adalah satu pembohongan pada siang hari. Rakyat ditipu hidup-hidup. Kerajaan telah mengaut untung yang besar sebagai pengeksport kerana kenaikan harga ini, sedangkan perbelanjaan telah susut dengan pengurang subsidi besar-besaran. Sudah tentu berlaku lebihan pendapatan kerana minyak yang dikeluarkan oleh Malaysia ialah 600,000 tong sehari, manakala penggunaan hanya sekitar 400,000 tong sahaja. Di sini pun sudah ada keuntungan atau lebihan yang dicatat, belum mengambil kira pengurangan subsidi dan perbezaan harga import eksport ekoran perbezaan kualiti minyak. Rakyat harus memahami bahawa minyak yang digunakan di dalam Negara adalah merupakan minyak yang diimpot dari luar Negara yang mana kualitinya rendah dan harganya lebih murah iaitu USD 135 setong berbanding dengan harga minyak yang dikeluarkan oleh Negara kita iaitu USD 145 setong.
Hakikat ini telah diakui sendiri oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zetti Akhtar Aziz yang memberitahu bahawa pendapatan Negara akan meningkat antara RM100 juta hingga RM200 juta setahun hasil kenaikan harga minyak sebanyak USD1. Ia turut diakui oleh Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohd Yaakub. Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak perlu bimbang kerana ekonomi negara akan semakin kukuh dan kenaikan ini menjadi rahmat kepada negara kita. Jika kita mengandaikan Negara kita memperolehi tambahan pendapatan RM200 juta di atas kenaikan USD1, maka kenaikan USD60 semenjak kenaikan terakhir harga minyak pada 2006, bermakna kita mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM12 bilion. Sedangkan apa yang berlaku dalam pengstrukturan semula subsidi harga minyak baru-baru ini, kerajaan mendakwa berjaya menjimatkan hampir RM 14 bilion. Ini bermakna kerajaan mempunyai lebihan pendapatan sebanyak RM 26 bilion. Ini membuktikan bahawa Dato’ Shahril Abd Samad berbohong kepada rakyat mengenai kerajaan tidak mendapat keuntungan daripada pengstrukturan semula harga minyak.
Kita tidak boleh menerima alasan bahawa dengan mengurangkan subsidi ini kita telah menjimatkan sekitar RM14 bilion, sedangkan penjimatan sebanyak RM4.5 bilion sebelum ini langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat. Tidak ada peningkatan dalam perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi yang ada adalah peningkatan kos pengangkutan. Maka, penjimatan kali akan diagihkan kepada sektor mana pula? Apakah benar-benar berbaloi untuk rakyat menambahkan perbelanjaan sehingga 40 peratus untuk petrol sahaja, sedangkan kualiti perkhidmatan tidak bertambah.
Kerajaan sebenarnya harus keluar daripada kejumudan pentadbiran mereka bagi mencari satu pendekatan yang boleh menambahkan pendapatan Negara, jika itu menjadi alasan untuk menghapuskan subsidi. Lihatlah apa yang dibuat oleh Iran dan Venezuela yang mengalih transaksi minyak mereka dari USD kepada Euro. Negara dijangka dapat menambah sehingga 15 peratus pendapatan jika transaksi ini dibuat menggunakan euro kerana mata wang Eropah ini lebih kukuh. Mengapa kita harus terus terikat dengan Dollar sedangkan mata wang itu semakin lemah hari ini. Dahulu pemimpin BN menuduh pemimpin PR di Perak tidak tahu mencari wang sebagai pendapatan kerajaan, hari ini kerajaan BN mengambil kesempatan untuk menindas rakyat, bukannya mencari alternatif pandapatan bagi membela kepentingan rakyat.
Satu lagi pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan ialah dengan mengenakan cukai durian runtuh ke atas syarikat-syarikat berkaitan cari gali petroleum, khususnya syarikat asing. Pendapatan mereka telah meningkat ekoran kenaikan harga minyak, tetapi rakyat sebagai ‘tuan punya’ minyak semakin menderita. Syarikat asing seperti Shell, Exxon, Ludin, Total dan lain-lain termasuk Petronas patut dikenakan cukai durian runtuh ini apabila harga minyak melepasi satu tahap harga tertentu. Sama ada harga syiling ini ditetapkan mengikut nilai setong atau nilai keluaran, yang penting keuntungan tanpa jangkaan mereka akibat kenaikan harga minyak ini dicukaikan seperti mana cukai durian runtuh dikenakan ke atas minyak sawit dan IPT.
Malaysia sudah mengamalkan dasar percukaian ini ke atas minyak sawit dan ITP, maka mengapa ia tidak boleh dilaksanakan ke atas minyak sebagai timbal balik untuk membiayai kos subsidi. Keuntungan ini jika tidak dicukaikan ia akan memberikan manfaat yang besar kepada syarikat asing, sedangkan rakyat sendiri menderita. Adakah kerajaan tidak tergamak untuk mengenakan cukai tambahan ini kerana adanya Amerika Syarikat dan Zionis di belakang syarikat-syarikat tersebut. Jika kita mengandaikan cukai ini dikenakan sebanyak 10 peratus, bermakna negara akan mendapat sebanyak USD 7.8 bilion berdasar keluaran minyak 600,000 tong sehari pada harga USD13 setong.
Dengan pendapatan sebanyak itu, kerajaan tidak lagi perlu bimbang untuk membiayai subsidi dan pembangunan negara sekali gus. Bahkan, kerajaan boleh menstrukturkan semula pembelanjaan negara dengan mengurangkan defisit. Mengapa kita takut untuk melakukan satu reformasi terhadap kewangan Negara berasaskan sumber kekayaan yang begitu besar. Kekayaan hasil minyak adalah milik rakyat, dan ia harus ditadbir dengan berkesan supaya rakyat memperoleh manfaatnya, bukannya terpaksa hidup dalam ketakutan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak. Kita boleh terima jika harga beras terpaksa naik kerana kita mengimport beras. Tetapi kita adalah pengeksport minyak, maka mengapa rakyat terpaksa membayar lebih untuk membeli minyak.
Rakyat telah mendengar empat langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk mengurangkan beban kenaikan harga minyak ini. Antaranya ialah penjimatan perbelanjaan sektor awam dengan mengurangkan pembaziran yang hanya bernilai RM 2 bilion sahaja termasuklah mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri dan anggota kabinet. Kita berasa pelik apabila langkah penjimatan dibuat selepas harga minyak dinaikkan. Mengapa penjimatan atau menghapuskan pembaziran ini tidak dibuat lebih awal dan segala kebocoran dalam perbelanjaan kerajaan boleh disalurkan untuk mensubsidi rakyat dan harga minyak tidak perlu dinaikkan. RM 2 bilion penjimatan selepas pengumuman kenaikan harga minyak termasuk pemotongan 10% elaun Perdana Menteri dan kabinet sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan kepada meringankan beban rakyat. PM dan anggota kabinet hanya kekurangan 10% daripada pendapatan mereka tetapi rakyat terbeban dengan lebih 40% kesan kenaikan harga minyak. Sedangkan perjalanan harian PM dan anggota kabinet ditanggung sepenuhnya oleh wang rakyat. Dan RM 2 bilion penjimatan yang diumumkan jika dibahagikan dengan 27 juta rakyat Malaysia, rakyat hanya akan memperolehi RM 74 setahun atau 20 sen sehari sedangkan pemimpin negara masih boleh bercuti keluar negara walaupun hanya dihadkan di negara-negara asia sahaja termasuklah ke Mongolia, Jepun, Dubai dan sebagainya, sudah tentunya sejumlah wang rakyat akan dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Sepatutnya Perdana Menteri mengumumkan beliau dan semua anggota kabinet tidak layak untuk menerima gaji dan elaun kerana mereka tidak bekerja untuk membangunkan negara dan mengeluarkan rakyat daripada bebanan hidup. Kerajaan juga sewajarnya menghapuskan projek-projek membazir dan menghapuskan tender runding reka dan bina kerana ia melibatkan kos yang besar iaitu hampir sekali ganda daripada kos tender terbuka.
Banyak lagi projek-projek membazir dijalankan oleh kerajaan seperti menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Belia Asia (CYC) yang menelan kos hingga RM17 juta, tetapi diakui oleh Menteri Belia dan Sukan serta Presiden FAM sebagai tidak bermanfaat untuk Negara dan pembangunan bola sepak. Begitu juga projek seperti Taman Tamadun Islam di Terengganu yang menelan hampir RM1 bilion. Petronas sendiri membazirkan wangnya dengan banyak untuk orkestra di KLCC, termasuk membelanja sehingga RM3.5 juta sebulan untuk membayar gaji 105 orang pemuzik orchestra yang majoritinya rakyat asing. Maka, bagaimana Petronas boleh bersungut tentang peningkatan kos pengurusannya mencecah 200 peratus, sedangkan pembaziran begitu banyak berlaku. Jika dikaji Laporan Ketua Audit Negara, kita akan dapati begitu banyak pembaziran dalam perbelanjaan awam. Sepatutnya pembaziran ini telah lama diatasi.
Kesan kenaikan harga minyak ini memberikan dampak yang besar kepada kuasa beli rakyat. Jika kita mengandaikan setiap rakyat menggunakan 2000 liter petrol setahun dengan pandapatan perkapita sebanyak RM46,080, bermakna rakyat Malaysia yang mengeksport minyak telah menggunakan sejumlah 11.72 peratus pendapatannya hanya untuk membeli petrol sahaja. Berbanding Singapura yang mengimport minyak, berasaskan perkapita setinggi RM156,480, mereka hanya menggunakan 6.65 peratus pendapatan untuk membeli petrol yang berharga RM5 seliter. Di negara pengeluar minyak yang lain seperti Venezuela, rakyat hanya memperuntukan 0.78 peratus daripada pendapatan perkapita untuk membeli petrol.
Adakah kerajaan berfikir bahawa dengan duit rebet sebanyak RM625 setahun itu rakyat telah terbela? Bukankah ianya hanya bernilai tidak sampai RM1.70 sehari. RM1.70 itu tidak bermakna bagi pengguna motosikal apatah lagi pengguna kereta yang telah kehilangan kuasa beli berkali ganda, tidak termasuk kos kenaikan barangan dan perkhidmatan lain. Lagipun pembayaran ini hanya sehingga Mac 2009. Yang kita nampak ialah pembayaran rebet ini akan menguntungkan Pos Malaysia sebagai syarikat pembayar kerana mereka boleh meniagakan wang tersebut sebelum pembayaran dibuat. Mengapa Pos Malaysia? Adakah kerana ECM Libra mempunyai kepentingan di dalamnya?
Apapun beban yang rakyat tanggung, sepatutnya seluruh rakyat patut berterima kasih kepada sesiapa yang baru menyertai atau menyokong Umno/BN kerana sokongan mereka ini telah menyumbang kepada keyakinan Umno/BN untuk menaikkan harga minyak. Mungkin jika mereka tidak menyokong Umno ketika bekas presidennya pun menarik diri dari Umno, mungkin Umno terpaksa berfikir dua kali untuk menaikkan harga minyak ini. Biarlah ia menjadi pengajaran kepada orang yang menyertai Umno/BN atau bekerjasama dengan Umno/BN atau berhasrat untuk menyertai kerajaan BN bagi menindas rakyat melalui kenaikan harga minyak ini.
YB Tuan Hj Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena
Saturday, June 14, 2008
Anwar, Khalid, Husam bertemu ekspatriat di Dubai
| KLpos | | |
| Oleh Fudzail | |
Sabtu, 14 Jun 2008![]() | |
| SEPERTI dijangkakan, ekspatriat Malaysia di Dubai memenuhi ruang tahu rumah saya di Twar 3. Sekurang-kurangnya 150 orang dengan kusyuk mendengar pelbagai penjelasan dan jawaban mengenai keadaan semasa serta isu terkini di tanahair. Ramai lagi tidak dapat hadir kerana tersesat. Lokasi rumah saya sebenarnya bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Saya sebenarnya kesibukan dari subuh hingga sesi diadakan. Subuhnya bergegas ke hotel untuk bertemu DS Anwar dan TS Khalid untuk memastikan sendiri mereka akan hadir di majlis. Selain sibuk di pejabat kemudian membawa seorang ahli perniagaan terkenal Dubai untuk bertemu keduanya.Isteri, anak-anak dan ramai kawan-kawan yang membantu dan setiba di rumah sebelum magrib, rumah sudah dikemaskan. Sebaik lepas magrib, telefon bimbit tidak berhenti dengan deringan kerana ramai masih 'sesat' walau peta lokasi rumah sudah dihebahkan melalui yahoogroup Malaysian-UAE (http://groups.yahoo.com/group/malaysian-uae/). Kerana kesibukan melayan tetamu yang terus datang dan menjawab telefon untuk arah lokasi, saya tidak begitu dapat mengikuti sesi dari mereka bertiga. Dari apa yang didengar, tentunya menarik kerana penjelasan terus dari mereka yang terlibat. [Seterusnya..] BERITA SEBELUMNYA Anwar, Khalid dan Husam di rumah saya malam ini SEMEMANGNYA apabila di perantauan, lebih mudah untuk bertemu dengan pemimpin, berbanding di tanahair sendiri. Kesempatan dan peluang terbuka sebegini memang sentiasa di nanti-nantikan. Terutama dalam keadaan sekarang di mana suasana politik dan ekonomi yang terus menjunam buat mereka yang memerintah. Pada hari ini terasa bertuah kerana tiga orang tokoh pemimpin negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PM-in-waiting, Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor dan Dato Husam Musa, EXCO Kelantan akan berkunjung ke rumah untuk bersama-sama rakyat Malaysia di UAE. Persiapan rengkas terutama penyediaan makanan (nasi beriyani kambing dan ayam) telah dibuat dan dijangkan lebih 200 akan hadir.Lapuran selanjutnya akan dibuat untuk tatapan pembaca klpos. |
0 comments Labels: DSAI, Husam Musa, klpos, MB Selangor, pemimpin rakyat
Friday, June 13, 2008
Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan
Tranungkite Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya : Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah. Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Al-Fatihah.
Dilulus terbit pada Friday, June 13 @ 08:23:16 MYT oleh SongkokPutih
Oleh husamjr
"
Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.
Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
0 comments Labels: dalam kenangan, pemimpin rakyat, tranungkite
Thursday, June 12, 2008
Dahlah luka DBKL mari sapukan garam pula, kata Dr Lo' Lo'
Siasah daily
KUALA LUMPUR, 12 Jun: Semalam di umumkan, hari ini anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali turun ke Jalan Pahang Barat dekat sini bagi membuat protes kenaikan kadar parking di Kuala Lumpur.Jalan Pahang adalah sebagian dari jalan yang menerima sistem baru meter parking yang dibuat secara elektronik ini.
Kalau sebelum ini, kawasan Pekeliling Busines Centre tidak terkena sebarang bayaran parking, mulai Isnin 16 Jun depan, pemilik kenderaan di situ juga mula dikenakan bayaran parking dengan kadar baru 80 sen sejam ini.
Dr Lo' Lo' bersama pemilik kenderaan sekitar jalan pahang telah berdemo bagi membantah kenaikan parking itu.
Beliau menyifatkan DBKL kejam.
"Dahlah rakyat luka dengan kenaikan harga minyak, DBKL datang menyapukan garam pula ke atas luka ini," katanya membantah.
Kawasan Jalan Pahang terletak di bawah parlimen Titiwangsa yang diwakili beliau.
Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur Dato' Ab Hakim Borhan berkata, Sistem Letak Kereta Eletronik (SLKE) berkuatkuasa Isnin ini dan pemilik kenderaan dikehendaki membayar caj 80 sen sejam bagi setiap petak letak kereta di pusat bandar berbanding hanya 60 sen sekarang.
"Bagaimanapun kadar letak kereta di luar pusat bandar (pinggir bandar) dikurangkan 10 sen kepada 50 sen sejam," katanya kepada pemberita semasa Program Datuk Bandar Bersama Media di DBKL di semalam.
Beliau juga mengumumkan lanjutan tempoh masa bayaran letak kereta bermula 7.30 pagi hingga ke 10 malam sepanjang tujuh hari seminggu, berbanding sekarang 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum.
Buat permulaan kadar dan langkah-langkah baru itu hanya dilaksanakan di kawasan yang dilengkapi dengan SLKE bagi fasa pertama iaitu di kawasan Bukit Bintang, Masjid India, Jalan Sultan Ismail, Kampung Baru, Chow Kit, Pudu, Kompleks Damai dan Jalan Loke Yew.
0 comments Labels: pemimpin rakyat, siasahdaily
Wednesday, June 11, 2008
Salahuddin dikritik 'gagal' debat minyak
| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Jun 11, 08 3:24pm |
| Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub hari ini menjadi sasaran kritikan penyokongnya sendiri apabila didakwa "gagal" dalam perdebatannya dengan Datuk Sharir Samad berhubung isu kenaikan harga minyak. Perdebatan ahli parlimen Kubang Kerian dengan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna disiarkan secara langsung selama sejam di RTM1 jam 9.30 malam tadi. Beberapa pembaca mengkritik kelemahan Salahuddin di laman web Tranungkite.net, milik Pemuda PAS Dungun, Terengganu hari ini dan semalam. "Apa yang saya harapkan dari perdebatan ... tidak langsung mencapai tujuan, ruang dan peluang yang sepatutnya digunakan terus gagal dimanafaatkan Salehuddin, sungguh mengecewakan," kata seorang pembaca web itu, 'Reformis Muda'."Saya mencadang selepas ini (ahli parlimen PKR) Saifuddin Nasution (Ismail) ataupun (naib presiden PAS) Husam Musa dihantar mewakili Pakatan Rakyat, kerana Saifuddin lebih bersedia dalam soal fakta dan gaya penyampaian yang sinis. Manakala Husam dilihat lebih berani menyanggah," katanya. Sementara seorang lagi penulis yang menyumbang kritikan menyatakan hujah-hujah Salahuddin "banyak terdapat di dalam blog-blog internet" dan menyarankan ahli parlimen itu menjalankan kajian awal sebelum menghadiri program tesebut. "Saya tidak salahkan penonton-penonton apabila kecewa dengan hujah-hujah daripada Salahuddin... Kebanyakan hujah yang dikemukakan oleh Salahuddin pernah terbaca oleh saya (di internet). "Pada saya, Salahuddin sepatutnya menggunakan hujah beliau sendiri dan boleh menggunakan fakta internet itu sebagai sokongan sahaja," kata 'Ciklee'. Penulis itu juga menyifatkan Salahuddin gagal "memberikan pukulan KO (kalah terus) kepada Shahrir" yang menyebabkan penonton tidak berpuas hati. 'Pemuda Sabah' menyifatkan ahli parlimen itu suka membuat kesilapan fakta. "Kadangkala Salahuddin cuba untuk menguatkan hujah beliau berpandukan sejarah dan insiden yang pernah berlaku tetapi cukup memalukan apabila fakta sejarah diubah, malahan Shahrir nampak senyum kambing sambil memperbetulkan beberapa fakta yang didakwa oleh Salahuddin," tulisnya di laman web itu, yang diasaskan sejak 1999. "Salahuddin sendiri terperangkap dalam data statistik yang disebut oleh beliau apabila kurang memberi perhatian terhadap perbezaan antara 'keuntungan' dengan 'pendapatan'," tambahnya. Bagaimanapun, katanya lagi, penghujahan wakil PAS itu "agak tercapai" apabila Shahrir kelihatan "tidak mampu memberi satu jawapan konkrit" berhubung isu tersebut. "Beliau lebih banyak bermain kata-kata dan bercakap tentang teori semata-mata," tulis 'Pemuda Sabah'. Selepas menganggap Salahuddin gagal menggunakan istilah-istilah umum yang difahami semua, 'Tinta Islam' pula kecewa kerana wakil PAS itu gagal menimbulkan isu-isu kesusahan orang ramai. "Namun bagi pihak rakyat, ana (saya) merasa sedikit kecewa kerana Salahuddin tidak dapat membangkitkan hujah-hujah bagi menyuarakan kesusahan dan keperitan hidup rakyat akibat daripada kenaikan harga minyak yang melampau," tulisnya. 'Reformis Muda' bersetuju dengan pandangan ini dan mencadangkan "kita perlu menyampaikan dengan bahasa yang mudah dan senang diterjemah dan dirasai rakyat." "Gaya bahasa dan rentak beliau bercakap seperti seorang profesor yang didatangkan dari Universiti Tokyo untuk menyampaikan kuliah sains," katanya. 'Reformis Muda' berkata tidak sesuai Salahuddin membincangkan isu carigali Petronas tetapi seharusnya mengupas "tentang kesannya kepada rakyat." 'Topeng Perak' turut membangkitkan persoalan yang sama. "Saya kira golongan (berpendapatan rendah) ini amat-amat kecewa dengan Salahuddin kerana beliau juga seolah lupa pada golongan ini. Pada saya kesilapan Salahuddin ialah, terlalu cepat dan gopoh dalam memenangi isu ini," katanya. Beliau mencadangkan ahli parlimen itu berbincang dengan semua golongan sebelum bertindak sebagai "duta besar" di program TV itu. Seorang penulis yang dikenali 'Matlan75' menganggap ulasan Salahuddin "terlalu berhati-hati" sehingga "mood penonton hilang apabila mendengar hujahnya." "Penonton mahu hujah yang kuat dan boleh membuatkan Shahrir jadi bisu dan terus masuk PAS. Itu yang rakyat mahu," katanya. |
0 comments Labels: harga minyak, malaysiakini, pemimpin rakyat


Sekiranya dianalisis, PKR telah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan sejak pilihanraya negeri Sarawak pada 2006 lagi.
Beliau memenangi jawatan tersebut dengan undi yang amat tipis dalam sekitar 25 undi sahaja. Namun keakraban beliau dengan Dr Mahathir mengembangkan pengaruhnya dalam parti.
Dengan hati yang terguris air mata, Dr Wan Azizah Wan Ismail, seorang surirumah dan bekas doktor gigi, bangkit mempertahankan suaminya dan meneruskan perjuangan politik bagi pihak kekandanya.
Beliau kemudiannya mengalihkan pandangan kepada politik dalam negara dan menjanjikan "Malaysia Baru" sekiranya diberikan kepercayaan untuk kembali memimpin negara.
Orang ramai menonton secara langsung perdebatan tersebut di Internet melalu Global Media Channel dan BernamaTV - atau di TV yang disiarkan oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV.
"Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini," katanya.



"Apa yang saya harapkan dari perdebatan ... tidak langsung mencapai tujuan, ruang dan peluang yang sepatutnya digunakan terus gagal dimanafaatkan Salehuddin, sungguh mengecewakan," kata seorang pembaca web itu, 'Reformis Muda'.