+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, April 18, 2008

Hikmah disebalik langkah Kerajaan Kedah kekalkan tanah sawah

Harakahdaily

Izwan Abdul Halim

Fri | Apr 18, 08 | 9:21:45 am MYT



Bukanlah mudah untuk menyingkap hikmah disebalik sesuatu kejadian. Usahkan mudah untuk menembusi atmosfera yang tidak berhalangan itu, perkara yang berlaku disekeliling kehidupan kita juga selalunya tidak mampu diolah.

Hikmah atau kebijaksanaan itu sendiri, kepada manusia adalah satu bentuk kurniaan daripada Allah. Namun tidak semua manusia menerimanya. Nabi Adam diberi hikmah mengenali nama-nama benda, Nabi Sulaiman diberi hikmah menguasai makhluk bumi lain.

Di antara mereka yang terpilih diberi hikmah ada pula yang lebih tinggi hikmahnya sepertimana kisah antara Nabi Khidir dan Nabi Musa. Kadang-kadang orang marah kepada orang yang berhikmah kerana tidak memahami hikmah disebalik tindakan mereka sepertimana yang dialami oleh Baginda Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah.

Namun, atas taqwa dan tawadhuk Baginda lembut menjelaskan bahawa Baginda seorang Rasul dan tidak akan menyalahi ketetapan Allah kepadanya.

Sememangnya hikmah yang dimiliki seseorang, tetapi orang disekeliling sukar memahami baik perkataan, keputusan mahupun perbuatan menyebabkan kepada konflik. Tidak kurang hikmah yang akhirnya difahami bersama berlalunya masa.

Begitulah apabila Kerajaan Negeri Kedah semasa di bawah Menteri Besar Dato� Seri Mahdzir Khalid hendak melaksanakan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY), Ustaz Azizan Abdul Razak paling lantang menentangnya. Tapi Ustaz Azizan bukanlah menentang hikmah, sebaliknya mengemukakan hikmah yang lebih utama diberi perhatian.

Beliau mengimbas banyaknya tanah, khususnya tanah sawah dan Tanah Rezab Melayu (TRM) yang telah diambil (baca dikorbankan) untuk dibangunkan diseluruh Negeri Kedah.

Beliau bukan menentang pembangunan, tetapi tanah pertanian dan TRM telah diambil tanpa diganti. Padanya cukuplah tanah yang pernah �hilang� di Kerpan dan Alor Star, tidak perlu lagi sebuah tanah pertanian yang subur apatah lagi ianya kawasan sawah diambil untuk sebuah pembangunan.

Bahkan, faktor kesihatan juga punca penentangan beliau dengan memberikan contoh bahawa projek sedemikian ditolak dibeberapa negara utama di dunia

Maka, apabila beliau menjadi Menteri Besar yang baru, beliau membuktikan bahawa beliau tidak menolak pembangunan. ZIPY diteruskan tetapi dipindahkan ke tempat lain. Media cuba memaparkan bahawa pemilik tanah sebenarnya bersetuju menjual tanah mereka.

Ada juga yang mendakwa tidak berminat lagi meneruskan aktiviti bertani. Sumber menyatakan lebih 60 peratus pemilik bersetuju.

Persetujuan mereka bermakna kontra dengan keputusan Ustaz Azizan. Benar, mereka mempunyai hak untuk menjual milik mereka. Perkara yang dilihat oleh mereka tidak sama dengan hikmah yang dilihat oleh Ustaz Azizan.

Tetapi sebagai pemimpin yang berhikmah, beliau sentiasa memikirkan mengenai rakyatnya. Habuan yang akan diperolehi oleh pemilik tanah hakikatnya tidak selumayan nilai hasil yang mampu keluar dari tanah itu apabila ia berada di bawah kerajaan baru yang beriltizam menjadikan Kedah �Belanda Malaysia�.

Akhirnya, bersama berlalunya masa, hikmah pun tersingkap. Saat negara berdepan masalah kekurangan bekalan beras dan dunia mengalami krisis makanan, pembatalan pengambilan tanah untuk ZIPY itu merupakan antara hikmah yang telah dilihat Ustaz Azizan tetapi tidak dilihat oleh yang lain.

"Kerana itu saya tidak benarkan ZIPY dibuat di atas tanah Yan (tanah sawah). Sedangkan kita (Negeri Kedah) selama ini membekalkan 53 peratus beras kepada negara," ujarnya setelah media meminta ulasan beliau mengenai kekurangan beras negara.

Sungguhpun masalah kekurangan dan krisis ini jarang berlaku, tetapi dalam konteks negara kita yang semakin bertambah jumlah penduduk dan tanah pertanian khususnya sawah yang semakin mengecil di Kedah, perkara ini perlu dipandang serius.

Bahkan sejarah membuktikan, krisis makanan mencetuskan pergolakan dalam negara-negara dunia. Makanan ada yang merupakan pilihan tetapi ia lebih merupakan satu keperluan asasi.

Banyak lagi hikmah yang bakal tersingkap, rakyat akan dapat lihatnya satu persatu bersama berlalunya masa di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang kini telah menjadi kerajaan di lima negeri.

Begitu juga harapnya di Kedah, ada petugas-petugas parti marah apabila Ustaz Azizan mengekalkan penjawat jawatan-jawatan tertentu. Moga-moga hikmahnya akan tersingkap sikit masa nanti. Wallahu�alam.

Akan bertemu PM?

Dalam sidang media Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman beliau ditanya kemungkinan hasrat bertemu dengan Perdana Menteri, Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sungguhpun mengakui berhasrat menemui PM, beliau bagaimanapun tidak membayangkan agenda yang akan dibawanya.

"Saya akan bertemu PM tetapi mengikut masa (PM) yang sesuai. Dia Ketua, saya akan bertemu dengan dialah," demikian menurutnya.

Banyak telahan yang dapat dibuat sekiranya beliau bertemu PM. Jika pertemuan itu untuk mengeratkan kerjasama dua pihak, itu sememangnya yang patut berlaku.

Jika Ustaz Azizan ingin meminta pandangan PM, bermakna ia ingin menguruskan Kedah ke arah yang lebih sejahtera. Tetapi jika beliau yang memberi pandangan kepada PM, nescaya ianya untuk kebaikan negara.

Jika Ustaz Azizan ingin meminta nasihat, itu bermakna beliau mahukan kebaikan. Jika beliau yang ingin memberi nasihat, bersediakah Pak Lah menerimanya?

Pun begitu, nasihat tetap nasihat. Ianya satu pilihan; boleh diambil atau dibuang sahaja. Tetapi lazimnya nasihat itu sesuatu yang baik, tentunya teruk sekali orang yang enggan menerima sesuatu yang baik.

Bertemu atau tidaknya mereka, prinsip yang masing-masing peganglah menjadi penentu sama ada kebaikan atau keburukan yang diinginkan oleh mereka. Tapi masing-masing akan mendakwa bertujuan kebaikan, hanya tindakan seterusnya akan menjadi jawapan sama ada kebaikan itu untuk diri sendiri, kaum keluarga sendiri, parti sendiri atau rakyat seluruhnya, sama-samalah kita tunggu.

Tuntut Fasakh � Rungkai Perjanjian

Jika Kerajaan Kedah berpegang kepada dasarnya yang akan diterjemahkan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat, apakah pula dasar yang dipegang oleh Kerajaan Pusat khusunya Kementerian Pelancongan?

"Apa perbezaan dasar, apa perbezaan pendapat sedangkan kita tidak pernah berbincang lagi?" ujar Ustaz Azizan.

Beliau berkata demikian setelah pihak Kerajaan Negeri Kedah menerima surat rasmi dari pihak Kementerian Pelancongan yang menamatkan Memorandum Persefahaman (MoU) Majlis Tindakan Pelancongan Negara dengan Kerajaan Negeri Kedah.

Beliau melahirkan rasa hairannya kerana terma perjanjian menyatakan bahawa pihak yang mungkir boleh ditamatkan perjanjian.

Persoalannya siapakah yang mungkir? - mr

Read More...

Nik Aziz Berlakon?

Tranungkite

Posted on Thursday, April 17 @ 22:19:36 MYT by SongkokPutih
Video Klip Oleh hembusan

" Dokumentari selama 43 minit tentang sehari dalam kehidupan Tuan Guru Nik Aziz ini sebenarnya telah wujud semenjak tahun 2002 lagi. Namun sengaja dihebahkan sekali lagi di TKO agar lebih ramai orang mengetahui tentang kisah Tuan Guru dan pentadbirannya di Kelantan.

http://www.youtube.com/watch?v=lsIZaezZGJ0


Nik Aziz berlakon? Tanya beberapa orang kawan ketika saya bercerita yang saya sedang membuat "Filem Tok Guru".

Tidak. Nik Aziz tak berlakon. Kami merakamkan kehidupan hariannya yang real. Yang betul-betul dilakukannya dalam hidupnya. Kami mengikuti pergerakannya. Kami menunggu dia melakukan sesuatu dan kami shoot. Atau ada sesuatu yang terjadi waktu kami mengikut dia, maka kami pun shoot.

Misalnya Nik Aziz keluar dari rumahnya untuk solat subuh sejurus selepas azan selesai dilaungkan di masjid. Biasanya sebelum pukul 6.00 pagi. Orang yang selalu sembahyang jemaah di masjid Pulau Melaka tahu "jadual" harian Nik Aziz ini. Maka filem yang mengisahkan "Seminggu Dalam Kehidupan Tok Guru" mesti rakam peristiwa atau pergerakan ini. Ini peristiwa penting.

Adegan ini mudah saja. Nik Aziz membuka pintu rumahnya, melangkah keluar, tutup pintu, berjalan ke tangga, pakai kasut, dan melangkah menuju ke pintu khas masjid di depan rumahnya.

Seperti telah saya ceritakan dalam satu tulisan sebelum ini, saya membatalkan rancangan untuk merakamkan peristiwa Tok Guru keluar rumah di suatu subuh, kerana saya belum memaklumkan kepada dia yang kami akan membuat rakaman itu, dan saya bimbang dia terkejut melihat lampu terang sebaik saja dia membuka pintu, yang mungkin mengakibatkan suasana damai dan syahdunya di awal subuh itu sedikit terganggu. Bukan bimbang dia tidak setuju kami shoot dia keluar rumah awal-awal subuh itu tanpa bersedia untuk dishoot.

Elok saya jelaskan beberapa perkara di sini. Sepanjang kami membuat penggambaran yang memfokus kepada dia, Nik Aziz tidak pernah membuat apa-apa persediaan untuk dirinya dishoot. Dan kami pun tidak pernah membincangkan perkara tersebut. Kami hanya memberitahu dia sekali saja di awal sesi, dan selepas itu kami akan terus saja membuat shooting tanpa memberitahu dia lagi selama beberapa hari sesi tersebut. Pernah sampai 12 hari. Kami mendapatkan maklumat mengenai jadual pergerakannya dari setiausahanya atau pegawai peribadinya, maka kami pun ikut dan shoot.

Kami tak pernah berbincang dengan Nik Aziz mengenai apa yang perlu dibuatnya untuk penggambaran yang akan kami lakukan, kecuali dalam satu peristiwa (yang akan saya ceritakan nanti).

Misalnya adegan dia keluar rumah untuk solat subuh. Kami boleh bincang dengannya untuk penggambaran adegan tersebut, supaya tidaklah perlu kami bertolak ke Pulau Melaka seawal pukul 5.00 pagi beberapa kali, semata-mata hendak menangkap satu detik dimana pintu depan rumah Menteri Besar itu terbuka, dan beliau melangkah keluar untuk berjalan ke masjid. Misalnya kami boleh berpakat dengan dia supaya pintu itu dibukanya tepat pada pukul 5.55. Maka bolehlah kami membuat persiapan lampu dan sebagainya, dan menunggu detik 5.55. Dan kalau terjadi yang tidak memuaskan, maka boleh diminta supaya beliau mengulanginya sekali lagi.

Dan pada pagi yang saya batalkan penggambaran adegan itu saya boleh saja tidak membatalkannya, dengan meminta beliau bekerjasama untuk naik sekali lagi ke dalam rumahnya, dan buka semula pintu itu dan melangkah keluar sekali lagi, khas untuk penggambaran kami.

Tetapi tidak. Kami tak buat begitu. Kami tak mahu ganggu perjalanan kehidupan Tok Guru itu. Kami hanya hendak merakamkan 'apa' yang sebenarnya dalam kehidupan Tok Guru. Kalau kami terpaksa datang beberapa kali pada pukul 5.00 pagi, kami akan lakukannya.

Satu contoh yang agak klasik ialah adegan Tok Guru naik perahu (bot) menyeberang Sungai Dabong pada petang Isnin 22 Oktober 2001. Pagi itu Menteri Besar merasmikan pelancaran Bulan Membaca dan Draf Pembangunan Daerah Jeli, di bandar Jeli. Kemudian beliau melawat kolam air panas di pinggir lebuhraya Timur-Barat. Beliau dijadualkan menyeberangi Sungai Dabong selepas asar, untuk satu majlis perasmian Pasti pada malamnya.

Oleh kerana kenderaan tidak boleh ikut menyeberang, dan masa pun masih panjang, kami fikir lebih baiklah kami pergi ke Dabong ikut jalan ke Gua Musang. Nak ikut menyeberang sungai bersama Menteri Besar, nanti kami tidak ada kenderaan di Dabong, dan tentulah akan menyusahkan pergerakan kami. Maka kami pun 'berundur ke belakang', balik ke Machang, pergi ke Kuala Kerai dan terus menghala ke Gua Musang, kerana sebelum sampai ke Gua Musang terdapat simpang ke Dabong.

Direngkaskan cerita, kami sampai ke Dabong dan terus mencari pengkalan perahu. Sebaik saja kami sampai di depan pengkalan, kelihatan Tok Guru sedang hendak naik Pajero. Ertinya kami telah terlepas detik-detik yang kami kejar sejauh hampir 200 kilometer untuk mengambil gambar Tok Guru naik perahu menyeberang sungai itu. Kami melihat saja Pajero yang membawa Tok Guru melintas di depan kami.

Saya pandang Nasir (Nasir Jani - pengarah filem), Nasir pandang saya. "Terpaksalah kita tunggu Tok Guru balik lepas ceramah malam nanti," kata Nasir.

Dia pun mula memeriksa peralatan lampu dan kabel yang ada dalam van, sama ada mencukupi atau tidak untuk mengambil gambar Tok Guru menyeberang sungai di waktu tengah malam. Lebar sungai itu agaknya ada 100 meter. Peralatan lampu yang ada hanya dua 2K, satu red head dan satu sun gun.

Saya pula diam-diam berfikir: bagaimana kalau saya minta Tok Guru menyeberang sekali lagi? Maksudnya dia terpaksalah menyeberang balik dulu ke seberang sana, dan kemudian menyeberang semula ke seberang sini, khas untuk penggambaran kami. Ertinya dia perlu 'berlakon'lah sekejap. Bagaimana? Saya bertanya kepada fikiran saya sendiri. Hanya itu sahaja caranya. Kami berkejar datang ke sini pun hanya untuk ambil shot itu sahaja. Sekarang shot itu telah terlepas. Tak akan ada lagi shot Tok Guru naik perahu menyeberang sungai.

Shot Tok Guru naik perahu ini penting. Sangat penting untuk filem yang sedang kami siapkan. Suasananya berbeza daripada shot-shot lain. Ada sedikit kelainan. Sekurang-kurangnya dia memberi sedikit kepelbagaian kepada aksi Tok Guru. Ini sangat penting buat kami. Tapi ia telah terlepas. Maka apa salahnya untuk yang ini kami meminta Tok Guru 'berlakon' sekejap! Bukannya berlakon apa - hanya mengulangi apa yang telah dibuatnya sekejap tadi sahaja. Macam-macamana pun tak apa asalkan Tok Guru naik perahu menyeberang Sungai Dabong. Itu saja.

Patutkah atau tidak saya meminta dia mengulangi aksi menyeberang sungai itu sekali lagi! Saya berfikir seorang diri diam-diam.

Bukannya lama. Ia tak akan mengambil masa lebih daripada 20 minit. Dan setahu saya Tok Guru pun tak ada apa-apa program penting petang itu. Kata mereka, dia hanya akan berehat di Rest House. Saya percaya kalau saya minta, Tok Guru akan bersetuju untuk bekerjasama. Tetapi saya sendiri berasa sangat berat untuk meminta demikian.

Selama ini Tok Guru begitu sekali memberikan kerjasama dan understanding kepada kami. Tidak pernah walau sekali pun dia menegur kerja-kerja dan cara kami menjalankan kerja. Tidak pernah sekali pun dia mengganggu kerja kami. Dia tahu kami membuat penggambaran (kadang-kadang ada juga yang dia tak tahu) dan dia melangsungkan pergerakannya seolah-olah kami tidak ada di situ, atau seolah-olah dia tidak tahu kami sedang merakamkan pergerakannya. Ini sungguh fantastik. Inilah kerjasama yang paling berharga diberikannya kepada kami. Kalau itu hendak dikatakan dia 'berlakon', maka itulah dia. Tetapi tak mungkin itu boleh dikatakan berlakon, kerana kalau kami tak ada di situ pun begitulah juga pergerakannya ('lakonan'nya).

Kadang-kadang boleh terjadi sesuatu yang betul-betul di luar dugaan. Kita tak akan mempercayainya kalau kita sendiri tidak tahu proses sebenar yang berlaku. Dan inilah yang berlaku pada satu shot yang diambil dalam bilik pejabat menteri besar di Kota Darulnaim, pada suatu pagi di bulan Oktober 2001.

Pagi itu kami hendak buat penggambaran Tok Guru di pejabat. Bagaimana rupa pejabatnya, bagaimana dia apabila di pejabat, bagaimana rakyat datang berjumpa dengannya dan seterusnya. Kami telah maklumkan perkara ini kepadanya, melalui setiausaha politiknya Annual Bakri, dan kami telah diberi kebenaran. Maka kami pun hadir di situ tanpa menimbulkan apa-apa gangguan kepada Tok Guru atau kepada perjalanan pergerakannya yang biasa, dan juga kepada mereka yang menjadi tetamunya. Tok Guru pun seperti biasa, seperti kalau kami tidak ada di situ.

Nasir pun seperti biasa selaku pengarah filem (dokumentari) ini. Dalam senyap mempersiapkan lampu dan mencari sudut kamera. Jurukamera (Mimi) pun menjalankan kerjanya seperti biasa. Membuat pergerakan kamera dari kiri ke kanan, merakamkan gambar-gambar yang menghiasi di belakang tempat duduk menteri besar langsung sampai kepada Tok Guru dan langsung lagi hingga nampak Annual Bakri sedang berkata sesuatu kepada Tok Guru, dan sebaik sahaja kamera berhenti di situ Annual Bakri pun bangun dan berjalan keluar (keluar frame), lalu kamera zoom-in kepada Tok Guru.

Semuanya dalam satu shot yang terjadi secara tak dirancang. Maksudnya kami tidak merancang supaya Annual Bakri bangun pada waktu itu dan berjalan keluar frame. Tetapi sesiapa yang melihat shot ini pasti akan mengatakan ia adalah shot yang dirancang. Hakikatnya ia terjadi secara kebetulan. Saya sendiri pun seperti tidak percaya, hingga saya bertanya kepada Nasir betulkah dia tidak merancangnya. Demikianlah, ia terjadi.

Balik kepada cerita menyeberang sungai tadi. Setelah berfikir-fikir sendiri akhirnya saya pun membuat keputusan sendiri: Tunggu saja Tok Guru menyeberang balik selepas ceramah tengah malam nanti.

Memang tidak sama, menyeberang sungai pukul 5.00 petang dengan pukul 12.00 malam. Banyak bezanya. Yang satu terang, yang satu gelap. Yang satu boleh nampak dengan jelas Tok Guru di dalam bot yang sedang menyeberang sungai; yang satu lagi belum tentu boleh nampak sungai Dabong yang diseberangi oleh Tok Guru itu.

Malam itu selepas maghrib berikhtiarlah kami memasang lampu untuk menerangi sungai yang selebar 100 meter itu. Kabel yang kami bawa tak cukup panjang, kami pinjam kabel dari masjid. Di seberang sana tak ada sumber elektrik, terpaksa kami minta kerjasama rumah yang berhampiran untuk mengambil sumber elektrik dari rumahnya. Kemudian kami meminta pula kerjasama abang perahu, supaya membawa krew kami mengekori bot polis yang akan membawa Menteri Besar tengah malam nanti, dengan perahunya.

Apabila tiba waktu, ketika Tok Guru Menteri Besar hendak naik bot (bot polis), perahu yang sepatutnya akan membawa krew kami telahpun penuh dinaiki penumpang yang pulang dari ceramah tadi. Tok Guru sudahpun naik bot. Prinsip kami: tidak mengganggu perjalanannya. Maka tak mungkin kami meminta dia tunggu sekejap sementara kami mengatur supaya krew kami dapat naik perahu yang akan mengekori botnya. Maka Nasir terpaksa buat keputusan cepat: Jurukamera naik bot Tok Guru, bersama seorang jurulampu.

Itu saja yang dapat dibuat. Ikhtiar kami sepanjang malam tadi untuk menerangi Sungai Dabong bagi menampakkan bot Tok Guru menyeberang sungai itu, nampaknya tak dapatlah digunapakai. Maka terpulanglah kepada kreativiti jurukamera (Roslan) bagaimana dia hendak menunjukkan Tok Guru di dalam bot yang sedang menyeberang sungai; sementara dia sendiri pun berada di dalam bot kecil itu, di depan sekali, depan Tok Guru, manakala jurulampu pula berada di bahagian belakang bot. Pandai-pandailah Lan!

Itulah dia - adegan Tok Guru menyeberang sungai lewat tengah malam, pulang dari berceramah di Dabong. Adegan yang tidak dirancang. Ia dibuat kerana kami terlepas adegan yang kami harap-harapkan, dan kami tak mahu mengganggu perjalanan Tok Guru.

Demikianlah, kami tidak pernah berbincang dengan Tok Guru meminta dia supaya berbuat begini atau begitu, kecuali dalam satu peristiwa, iaitu peristiwa yang tidak melibatkan orang lain kecuali dia dan kami. Peristiwanya ialah Tok Guru menembak dan berkebun. Ada dua shot yang Tok Guru diminta 'berlakon'. Pertama, shot dia menghalakan muncung senapangnya ke arah kita (kamera). Ini merupakan permintaan jurukamera (Roslan) sendiri.

Manakala shot yang satu lagi ialah Tok Guru menebas belukar dengan menghayunkan parangnya di atas kamera. Shot ini Nasir yang mahu. Agaknya dia teringin hendak merasa jadi pengarah kepada Tok Guru. Dia menunjukkan cara dan gaya menghayun parang seperti yang dikehendakinya, lalu meminta Tok Guru supaya beraksi demikian apabila dia berkata: "Action!"

Memang Tok Guru memberikan kerjasama yang cukup baik sekali. Fantastik! Terima kasih Tok Guru!

http://detik.daily.tripod.com/feb02/12feb_3.htm

Read More...

Pembayaran ex-gratia bukan tanda minta maaf: Najib

Mstar Online

18-04-2008 03:03:56 PM

CYBERJAYA: Pembayaran ex-gratia yang diumumkan kerajaan untuk enam bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 1988, semalam bukan merupakan satu bentuk minta maaf kerajaan terhadap mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pembayaran ex-gratia bukan seperti melihat semula apa yang telah diputuskan. Ia tidak harus ditafsirkan sebagai sebarang bentuk minta maaf tetapi ini adalah cara kita mengambil pertimbangan apa yang mereka lalui, pengalaman peribadi mereka, kesusahan yang telah mereka rasai.

"Itu saja...jadi ia patut dilihat dari aspek itu. Ia tidak harus ditafsirkan lebih daripada itu," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara pengeluar kenderaan Chery Automobile Co Ltd dan Alado Corporation Sdn Bhd di sini.

Enam bekas hakim itu ialah Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed serta Datuk George Seah.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa kerajaan selain daripada membayar ex-gratia kepada enam hakim kanan itu, juga akan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim untuk mencalonkan, melantik dan menaikkan pangkat hakim secara telus dan diwakili.

Mengenai anggota suruhanjaya itu, Timbalan Perdana Menteri berkata ia akan dibincangkan kemudian.

"Saya fikir ia (penubuhan suruhanjaya) itu merupakan satu langkah ke depan yang penting kerana pembaharuan atau perubahan yang diumumkan Perdana Menteri semalam bermakna kerajaan sedar bahawa kita memang perlu memastikan bahawa kehakiman kita mempunyai kewibawaan yang tinggi dan sistem kehakiman di negara ini boleh bertindak dari segi membuat keputusan dengan cepat dan hakim-hakim yang mempunyai kewibawaan dan kebolehan tinggi dilantik di pelbagai peringkat.

"Pembentukan suruhanjaya ini adalah ditekankan di sini, hanya atas kapasitinya sebagai penasihat. Kuasa muktamad masih terletak kepada Perdana Menteri untuk mengemukakan cadangan rasmi kepada Yang diPertuan Agong dan Majlis RajaRaja.

"Ia merupakan satu langkah ke depan yang amat penting kerana ia bermakna Perdana Menteri mempunyai sekumpulan orang yang amat bijaksana dan terbilang untuk memberikan pendapat mengenai kesesuaian melantik seseorang itu memegang pelbagai jawatan dalam kehakiman," kata Najib.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata kerajaan akan memberi pertimbangan yang adil kepada semua kaum, termasuk kaum India, atas tuntutan komuniti masing-masing.

Najib berkata demikian setelah diminta mengulas kenyataan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu semalam di dalam Malaysiakini, sebuah laman web berita, bahawa beliau akan meminta bantuan dari luar negara jika kerajaan tidak membuat sesuatu untuk membantu kaum India Malaysia.

"Saya tidak tahu apa yang beliau cakapkan. Saya perlu bertanyakan Datuk Seri Samy Vellu apa yang beliau maksudkan," katanya.

"Dari segi dasar kita, kita akan beri pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua kaum dan apa-apa pun yang diperlukan oleh masyarakat kaum India, kita sedia untuk timbangkanya tapi semua dalam konteks pakatan BN.

"Apaapa pun kita sedia timbangkan tapi bukan dalam bentuk ugutan tapi dalam bentuk permohonan, cadangan dan sebagainya," kata Najib. BERNAMA

Read More...

Dr. Lo’lo’ ‘tawan’ isu-isu di kawasan Menteri Wilayah

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Herman Samsudeen
Khamis, 17 April 2008

KL: Menteri Wilayah Persekutuan yang juga ahli parlimen wilayah persekutuan, Zulhasnan Rafique hari ini menerima satu kejutan bila mana isu-isu rakyat didalam kawasan parlimen beliau telah ‘ditawan’ oleh ahli parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’lo’ Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali. Isu-isu berkenaan turut diutarakan sempena Retreat Perundingan Meja Bulat Wilayah Persekutuan Ke-2 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Hotel Istana yang baru bermula hari ini.

Walaubagaimana pun Dr. Lo’lo’ tidak sempat menghadirkan diri kerana masih berada di Indonesia. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB. Wee Choo Keong.

Antara isu yang dibangkitkan adalah projek-projek Kerajaan Barisan Nasional yang terbengkalai seperti projek naik taraf Dewan Serbaguna Datuk Keramat, projek Taman Tasik Datuk Keramat, projek Kompleks Pasar Datuk Keramat, projek Jejantas Pejalan Kaki (Berhadapan Stesen LRT Putra Damai) dan projek Menaiktaraf Pasar Chow Kit.

Ada antara projek ini terbengkalai sejak 10 tahun yang lalu dan anggaran kos pembinaan keseluruhan projek ini adalah melebihi 100 juta ringgit.

Selain itu, Dr. Lo’lo’ turut menyentuh tentang nasib setinggan di Kampung Indian Settlement dan Kampung Kerayong yang masih tidak terbela.

Beliau meminta agar DBKL membuat satu pertemuan dengan penduduk untuk berbincang tentang rancangan pemindahan mereka memandangkan kawasan kediaman mereka kini akan dibangunkan Kerajaan.

Isu Sindiket Pelacuran, gejala Pondan dan juga Penagihan Dadah di Jalan Hj. Taib turut dibangkitkan kerana hingga kini pihak kerajaan tidak serius membersihkan kawasan ini dari aktiviti maksiat.

Menteri Wilayah harus berasa malu bila mana Kuala Lumpur yang pesat membangun dan sedang berusaha menjadi bandaraya kelas pertama masih lagi dibelenggu dengan aktiviti bermoral rendah seperti itu.

Isu-isu dari PPR Desa Rejang yang berada dalam kawasan Zulhasnan turut menarik perhatian dan membuka mata semua pihak yang selama ini menganggap kawasan berkenaan tidak bermasalah kerana Ahli Parlimennya adalah menteri Wilayah Persekutuan.

Zulhasnan tertunduk bila lapan tuntutan masyarakat PPR Desa Rejang dibacakan oleh Wee. Antaranya adalah kenaikan kos penyelenggaraan bangunan dari RM 35 kepada RM 66 selepas sahaja pilihanraya berlalu.

Para penduduk melihat tindakan ini sebagai tidak ‘gentlement’ dan ianya adalah usaha membalas dendam kepada pengundi yang menyokong Pakatan rakyat. Bagi mereka, ianya tidak sepatutnya berlaku jika benar DBKL ingin membela rakyat.

Penduduk juga mengadu bahawa DBKL tidak mengotakan janji untuk membayar kos perpindahan dari Flat Pekeliling ke Desa Rejang sebanyak RM1,000, pemasangan pintu besi (Grill) sebanyak RM500 dan pemasangan tikar getah RM500.

Isu ketiadaan perkhidmatan bas awam, peti pos, tempat ibadat kaum cina dan india turut dibangkitkan.

Wee mencabar Zulhasnan agar mengambil tindakan segera terhadap permintaan penduduk di Kawasan Parlimennya jika ingin kekal sebagai ahli Parlimen di masa akan datang dan kata-kata beliau ini disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin yang mendengar.

Begitulah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bekerja, walaupun isu berkenaan bukan dari kawasan parlimen mereka, tetapi ianya tetap diperjuangkan secara bersama untuk kepentingan rakyat.

Diharapkan agar pihak Kementerian dapat memberikan khidmat yang adil kepada semua rakyat walaupun mereka tidak lagi menyokong Barisan Nasional.

Kekalahan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu harus di ambil iktibar dan Kementerian yang beroperasi mengunakan duit cukai rakyat haruslah berkhidmat untuk rakyat bukannya untuk kepentingan Barisan Nasional.

Penulis merupakan Ketua Penerangan DPP Wilayah Persekutuan dan Juga Setiausaha Politik YB. Dr. Lo'Lo' serta Koordinator bagi Semua MP Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan. - Pengarang


Read More...

Krisis Kehakiman - Abdullah 'perbetulkan' kesilapan Mahathir

Harakahdaily

Agendadaily.com

Fri | Apr 18, 08 | 10:27:01 am MYT

Suasana dalam dewan besar Hotel Marriot Kuala Lumpur Khamis malam memang cukup menarik. Ada wajah tokoh-tokoh dari Barisan Nasional dan begitu juga dari parti pembangkang. Ia bukan majlis politik tetapi jamuan makan malam Majlis Peguam.

ImagePaling mencuri perhatian tentulah di meja utama.Di situ Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk semeja dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.

Hadir sama ialah Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh dan Dato' George Seah iaitu tiga dari lima Hakim-Hakim Mahkamah Agung yang dipecat semasa krisis kehakiman pada 1988.

Manakala dua lagi Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh diwakili oleh keluarga masing-masing.

Ini adalah kali pertama mereka hadir dalam satu majlis dengan seorang Perdana Menteri sejak dipecat dari jawatan mereka oleh sebuah tribunal hakim 20 tahun lampau atas alasan melakukan salahlaku kehakiman.

Pemecatan Salleh dan lima lagi hakim dikaitkan dengan keputusan mahkamah mengharamkan Umno ekoran pemilihan jawatan Presiden Umno antara Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987.

Abdullah yang menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara telah melantik Dato' Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kabinet selepas pilihanraya umum 8 Mac.Beliau diberi tanggongjawab khusus mencadangkan pembaharuan dalam badan berkenaan.

Kes klip video perbualan peguam Dato' VK Lingam telah mencetuskan berbagai andaian dan tandatanya mengenai kredibiliti badan kehakiman.

Abdullah telah menyampaikan ucap utama bertajuk bertajuk "Delivering Justice, Renewing Trust" yakni sampaikan keadilan,barui kepercayaan dimana beliau mengumumkan kerajaan akan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi mengenal pasti dan mencadangkan nama-nama calon hakim kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata Suruhanjaya itu akan membantu menilai dan menyemak calon dalam cara yang bersistematik serta amanah untuk Perdana Menteri, berasaskan kepada kriteria yang ditakrifkan dengan jelas.

Bagaimanapun, hak perlembagaan Perdana Menteri untuk mengemukakan nama-nama itu kepada Yang di-Pertuan Agong terus kekal, katanya.

Abdullah berkata kerajaan mencadangkan perubahan itu bagi menjadikan proses menamakan calon, pelantikan dan kenaikan pangkat lebih telus serta berperwakilan.

"Proses untuk membawa perubahan ini akan bermula sekarang dan saya memberi jaminan kepada anda semua di sini hari ini, bahawa rundingan mengenai fungsi dan struktur Suruhanjaya itu akan membabitkan pihak berkepentingan yang utama.

"Semua pihak akan mempunyai peluang untuk menyediakan input mereka kepada kerajaan," katanya.

ImageTurut hadir di majlis itu ialah Zaid, Presiden MIC Dato' Seri S Samy Vellu, Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

Sebagai tambahan, Abdullah berkata kerajaan akan memulakan semakan terma perkhidmatan dan ganjaran badan kehakiman.

"Terdapat keperluan mendesak untuk menetapkan gaji dan imbuhan di tahap yang betul bagi memastikan bidang kehakiman dapat menarik serta mengekalkan bakat yang terbaik di negara ini," katanya.

Abdullah berkata perkara ini dan langkah lain yang akan diumumkan apabila tiba masanya, akan membentuk pakej perubahan yang menyeluruh bagi memperkukuhkan kapasiti serta kredibiliti badan kehakiman.

Sekalipun kerajaan menolak cadangan oleh Zaid agar kerajaan memohon maaf ekoran pemecatannya para hakim dalam ucapannya, Abdullah turut membayangkan bahawa kerajaan mengiktiraf sumbangan Salleh, Azmi, Eusoffe, Wan Hamzah, Wan Suleiman dan Seah.

Abdullah berkata sebagai gantirugi kepada hakim-hakim berkenaan, kerajaan memutuskan untuk memberikan bayaran ex-gratia kepada mereka.

"Tuan-tuan, saya tidak membuat anggapan untuk menyamakan sumbangan, penderitaan dan kehilangan dengan sekadar matawang, tetapi saya harap tuan-tuan dapat menerimanya sebagai satu sumbangan tulus ikhlas bagi memperbaiki apa yang telahpun berlaku," kata beliau.

Abdullah berkata bagi kebanyakan orang, peristiwa pada 1988 merupakan satu pergolakan dalam sistem kehakiman negara memandangkan banyak yang mempertikaikan kesahan dan prinsip moral prosiding yang berkaitan.

"Bagi saya, secara peribadi, saya merasakan ia adalah tempoh krisis yang negara tidak akan kembali pulih sepenuhnya. Sekali lagi, tuan-tuan dan puan-puan, ayuh kita mara ke hadapan.

Saya tidak fikir bahawa meninjau semula keputusan yang lepas adalah tindakan yang bijak atau membantu memandangkan ia hanya akan memanjangkan kesan krisis itu -- sesuatu yang negara kita tidak perlukan.

Rakyat mahukan pergerakan dan kemajuan, bukan persengketaan yang berterusan.

"Oleh itu, katanya, kerajaan ingin mengiktiraf sumbangan keenam-enam hakim ini kepada negara, komitmen mereka dalam mendukung keadilan dan mengakui penderitaan serta kehilangan yang telahpun mereka tempuhi," katanya.

"Bagi Tan Sri Eusoffe dan Tan Sri Wan Suleiman serta keluarga mereka, saya tahu bahawa sentimen ini dibuat terlalu lambat.

Bagi Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah dan Dato' George Seah, sungguhpun pengakuan ini dibuat 20 tahun terlewat, namun ia dilakukan dengan sepenuh harapan agar sedikit sebanyak penderitaan dan kehilangan itu dapat kembali sembuh," katanya dengan disambut tepukan gemuruh.

Sambil mengakui bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk memulihkan kepercayaan oang ramai terhadap badan kehakiman negara dan bagi memastikan agar keadilan dilaksanakan secara konsisten, Perdana Menteri berkata apa yang beliau umumkan malam ini merupakan permulaan bagi satu proses yang lebih panjang ke arah perubahan.

"Saya dengan rendah diri ingin meminta sokongan tuan-tuan kepada langkah yang akan diambil ini memandangkan keperluan untuk melakukan perubahan ini mungkin tidak jelas sepenuhnya bagi semua orang.

"Kerajaan telahpun memulakan segala-galanya. Kami telahpun memulakan langkah awal namun penting. Kini terserah kepada semua pihak yang berkenaan -- badan kehakiman, badan peguam, masyarakat madani dan orang awam keseluruhannya -- untuk turut menjalankan peranan masing-masing dalam mempermudahkan perubahan ini," katanya.

Abdullah berkata menjadi harapannya agar "kita dapat memulakan babak baru bagi badan kehakiman Malaysia".

"Menjadi harapan saya bahawa usaha ini akan menjadi sebahagian daripada proses yang lebih besar untuk terus memperkukuhkan institusi demokrasi kita, menyelesaikan langkah demi langkah masalah yang sukar diselesaikan yang menghalang pembinaan negara yang tulen. Marilah kita menulis babak gemilang dan baru ini bersama-sama," katanya.

Salleh yang ditemui para wartawan lepas majlis itu berkata,"Saya tahu saya tidak boleh menang daripada segi undang-undang di hadapan kerajaan terdahulu tetapi doa saya dimakbulkan hari ini kerana saya diberikan kemenangan moral.

"Jadi malam ini semua orang boleh mengatakan yang kemenangan moral kini diberikan kepada saya," kata beliau,

"Saya bersyukur kepada Allah kerana bersifat pengasih dan penyayang kepada saya, saya menunggu selama 20 tahun dan doa saya telahpun dimakbulkan," ujarnya. - mr

Read More...

Semakin ramai pelancong bertumpu ke Kelantan selepas PRU ke 12

pas.org

PDF Print E-mail
Oleh : Salmah Mat Husain
Friday, 18 April 2008

KOTA BHARU, 18 April (Hrkh) - Kelantan semakin menjadi pilihan pelancong sebagai pilihan untuk bercuti dihujung minggu disamping untuk mendapat maklumat sebenar berhubung negeri itu terutama selepas Pilihanraya Umum ke-12.

Setiap minggu tidak kurang tiga rombongan sekitar 500 hingga 1,000 orang yang datang untuk melawat Kelantan terutama pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Mereka bukan sahaja datang untuk menziarahi tempat-tempat menarik di negeri ini, membeli-belah atau sebagainya sebaliknya juga untuk mendapat maklumat terkini berhubung kerajaan negeri khususnya selepas PRU-12.

Semalam 200 orang di mana 40 daripadanya masyarakat India dari UPU Bagan Sena, Dun Merbau Pulas, Padang Serai telah melawat negeri ini.

Rombongan itu diketuai oleh Ketua UPU, Ustaz Khairi Ishak.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha KeAdilan Labu Besar, Maniandy a/l Krishnan dan Setiausahanya, Sangaran a/l Krishanan.

Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, ketika berucap pada majlis itu berkata Kedah akan menerima pelbagai tekanan sebagaimana Kelantan sedikit masa lagi akibat rasa dendam dari golongan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya lagi, Kedah akan berhadapan dengan tentangan kerajaan Pusat secara halus dan terang-terangan sebagaimana kerajaan Kelantan diawal kemenangannya pada tahun 1990 seperti penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), penafian hak sebagai kerajaan negeri khsusnya dalam peruntukan dan berbagai lagi.

"Bagaimanapun kita berharap Kerajaan Kedah tidak panic kerana Kelantan telah mendahuluinya dan mampu berhadapan dengan situasi itu berkat dengan pertolongan Allah dan kemampuan pimpinan kerajaan negeri.

"Kita juga berharap Kedah akan sedemikian dan kita yakin pemimpin kerajaan di negeri itu juga mampu menghadapinya sebagaimana Kelantan,"ujarnya lagi. Pada majlis itu juga, beliau menasihati masyarakat minoriti di negeri itu sama ada Cina, India atau Siam tidak berasa bimbang berada di bawah kerajaan baru.

Katanya, Menteri Besarnya tidak akan meminggirkan golongan itu dan akan menjaganya dengan baik sebagaimana di Kelantan, kerana Kedah akan menjadikan negeri ini sebagai modelnya dalam pentadbiran.

"Tuan-tuan sendiri lihat nasib bangsa tuan-tuan di sini tidak pernah dikhianati bahkan mereka mendapat layanan yang sama sebagaimana orang-orang Melayu, jadi tidak perlu risau," ujarnya lagi.

Read More...

Kerajaan perlu minta maaf kepada Tun Salleh - Presiden PAS

Detik Daily

Posted on Friday, April 18 @ 14:49:07 MYT by reformis
Kenyataan Akhbar

Oleh Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

PAS mengalu-alukan perubahan sikap pihak kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam semasa berucap dalam majlis Makan Malam Majlis Peguam Malaysia di Kuala Lumpur. Usaha pihak kerajaan untuk mengislah dan mereformasi institusi kehakiman serta memperbetulkan kelemahan dan kesilapan yang lampau sangat disambut baik.

PAS mengharap melalui usaha-usaha mereformasi institusi kehakiman ini kelak akan mengembalikan kewibawaan badan berkenaan serta memastikan badan ini nanti dipimpin dan diketuai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dan berkelayakan menjalan dan mempertahankan keadilan yang sebenar.

Dalam pada itu PAS juga berharap agar perubahan juga turut akan berlaku dalam aspek-aspek lain termasuklah sistem pentadbiran kerajaan, sistem demokrasi, media dan lain-lain yang semuanya penting dalam menjamin sebuah negara yang benar-benar merdeka dan demokratik. PAS akan terus memberikan sokongan terhadap apa sahaja usaha dan langkah baik seumpama ini.

Sementara itu PAS juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan rakan-rakannya yang telah dikembalikan kewibawaan mereka sebagai tokoh-tokoh kehakiman negara apabila kerajaan bersetuju membayar ex-gratia kepada keenam-enam mereka kerana dipecat secara zalim pada tahun 1988 dahulu.

Jasa dan sumbangan mereka ini sesungguhnya akan terpahat dalam sejarah kehakiman negara dan pasti akan menjadi contoh kepada semua rakyat khasnya para hakim, sebagai bukti betapa kebenaran dan keadilan perlu dipertahankan dalam apa keadaan sekalipun.

PAS merasakan pembayaran ex-gratia ini adalah isyarat betapa pihak kerajaan memikul beban kesalahan atas insiden pemecatan yang merupakan detik hitam dalam sejarah negara itu.
PAS merasakan pihak kerajaan sepatutnya perlu bersedia memohon maaf secara terbuka kepada keenam-enam negarawan ini malahan Islam mengajar umatnya agar bersedia mengaku kesalahan dan memohon maaf apabila melakukan kesalahan. Sesungguhnya Allah swt memberikan ganjaran kepada mereka yang bertaubat dan mengakui kesilapan masing-masing

Read More...

Sistem Penilaian Tahap Kecekapan dikaji semula

Berita Harian

Oleh Azrina Ahzan


KEPUTUSAN DICAPAI: Abdullah sebelum mengadakan pertemuan dengan delegasi Cuepacs yang diketuai Omar (tiga dari kiri) di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, semalam. Turut hadir, Mohd Sidek (tiga dari kanan).

Cuepacs akur penjelasan PM tolak tuntutan honorarium RM2,000

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia menimbang lima tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), termasuk mengkaji semula sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), tetapi menolak permohonan pembayaran honorarium RM2,000 kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata perkara itu dinyatakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pertemuan dengan Majlis Tertinggi kongres itu yang berlangsung hampir sejam di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam.


Katanya, Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan pada dasarnya bersetuju kaedah peperiksaan bagi menilai kakitangan awam menerusi PTK diubah seperti diminta Cuepacs dan Abdullah dijangka mengumumkan keputusan berhubung lima tuntutan Cuepacs itu tidak lama lagi.

"Abdullah yang juga Menteri Kewangan menjelaskan pembayaran honorarium akan menyebabkan berlaku kenaikan harga barang, sekali gus menambah lagi beban orang ramai berikutan kenaikan harga beras dan tepung baru-baru ini.

"Cuepacs menerima penjelasan diberikan Perdana Menteri kerana kita perlu mengambil kira lima lagi tuntutan yang turut dikemukakan.
"Hasil perbincangan tadi menunjukkan perkembangan positif khususnya mengenai PTK yang akan menggunakan kaedah lain bagi menilai pencapaian kakitangan awam," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pertemuan itu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Tuntutan lain Cuepacs ialah lanjutan umur persaraan wajib dari 56 tahun ke 58 atau 60 tahun; kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan dari RM180 sebulan ke RM230; pembayaran elaun kritikal bagi Kumpulan Sokongan Dua yang ditarik balik Februari lalu dan bayaran pencen mengikut tempoh perkhidmatan.

Ditanya kenapa Cuepacs mengubah pendirian berhubung pembayaran honorarium itu, Omar berkata, ia dibuat selepas mengambil kira lima lagi tuntutan yang mendapat maklum balas positif daripada Perdana Menteri.

"Kita setuju sebab kita kena fikir lagi lima tuntutan... jadi lebih baik kita buang satu. Apa yang dibincangkan hari ini (semalam) akan dibentangkan dalam mesyuarat khas kongres esok (hari ini) dan terpulang kepada mereka membuat keputusan, termasuk sama ada memboikot sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini," katanya.

Ditanya sama ada berlaku proses tawar-menawar antara Cuepacs dan kerajaan seperti jaminan bonus sebagai ganti honorarium, Omar berkata, pihaknya belum membincangkan soal bonus.

Berikutan pertemuan itu, Omar mengingatkan kakitangan awam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta tidak mencampuri urusan politik semasa.

Read More...

Doa Tun Salleh Dimakbulkan, Bakal Menerima Ex-Gratia

Buletin Online

Ditulis oleh MatStringer
Friday, 18 April 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/tunsalleh.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas melahirkan kesyukuran selepas kerajaan membuat keputusan untuk memberikan bayaran ex-gratia kepada bekas hakim-hakim yang dipecat ketika berlaku krisis kehakiman pada 1988

"Saya bersyukur kepada Allah kerana bersifat pengasih dan penyayang kepada saya, saya menunggu selama 20 tahun dan doa saya telahpun dimakbulkan." Kata beliau

Salleh dipecat pada Ogos 1988 selepas menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak hakim-hakim itu, yang menyuarakan kekecewaan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Lima hakim Mahkamah Persekutuan (ketika itu dikenali sebagai Mahkamah Agung) yang membenarkan beliau (Salleh) dengan perintah interlokutori terhadap tribunal yang diketuai oleh penggantinya, juga digantung tugas pada Julai tahun yang sama, tetapi tiga daripada mereka dikembalikan semula jawatan pada Oktober.

Ketiga-tiga mereka -- Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Wan Mohamed Salleh dan Tan Sri Eusoffe Abdoolcader -- bagaimanapun dikembalikan semula jawatan tiga bulan kemudian.

Dua hakim lagi iaitu Datuk Seri George Seah dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, dipecat.

Eusoffe dan Wan Suleiman telahpun meninggal dunia.

"Saya tahu saya tidak boleh menang daripada segi undang-undang di hadapan kerajaan terdahulu tetapi doa saya dimakbulkan hari ini kerana saya diberikan kemenangan moral.

"Jadi malam ini semua orang boleh mengatakan yang kemenangan moral kini diberikan kepada saya," kata beliau kepada pemberita di akhir jamuan malam anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bernama melaporkan, dalam ucapannya, Abdullah mengumumkan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk membuat bayaran ex-gratia kepada Salleh dan lima hakim lagi atas sumbangan mereka kepada negara.


Bagaimana Tun Salleh di Pecat

Tun Salleh Abas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. Pada 31 Mei 1988, beliau digantung daripada jawatannya kerana didakwa "salah laku". Tarikh 8 Ogos 1988, Tun Salleh dipecat menerusi perbicaraan sebuah Tribunal 6 orang yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agung (Nota: selalunya jumlah hakim ialah ganjil: 3, 5 ,7 ,9 dll. Tapi kes ini special, lain dari yang lain).

Dalam sejarah dunia moden, itulah satu-satu kes pemecatan seorang Ketua Hakim dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Tidak pernah berlaku sebelumnya. Ada juga pemecatan pada tahun 1616 di mana Raja England murka kepada Ketua Hakim England.

Tapi itu dulu, zaman feudal. Zaman itu raja berkuasa mutlak. Tapi dalam kes Tun Salleh lain kerana zaman ini zaman moden. Kata orang zaman demokrasi, zaman kuasa rakyat mengatasi kuasa golongan pemimpin. Kata Mahathir di tengah-tengah krisis perlembagaan 1983, suara rakyat suara keramat!! Itu kata Mahathir, kita kena dengar.

Ada penambahan fakta di sini. Tun Salleh tidak keseorangan dipecat. Dua lagi Hakim Mahkamah Agung dipecat oleh sebuah Tribunal yang lain, iaitu Tan Sri Wan Suleiman dan Dato George Seah. Kesalahan mereka hampir sama. Agenda pemecatan pun tidak banyak berbeda. Orang yang terlibat menjadi dalang serupa …

Mari kita kaji kenapa ketiga-tiga Hakim itu dipecat? Siapa yang memecat mereka? Bagaimana mereka dipecat? Siapa dalang di sebaliknya? Jawatan Hakim bukan sebarangan. Ia dilantik oleh Yang Dipertuan Agung. Dari segi tugas, seseorang Hakim tidak bertanggungjawab kepada Menteri atau Perdana Menteri. Institusi Kehakiman ialah sebuah badan bebas dan merupakan institusi penting dalam kerajaan moden untuk memastikan keadilan wujud dalam sesebuah masyarakat. KEADILAN, ha … itu terasnya. Di samping institusi Kehakiman, negara moden juga mempunyai institusi Legislatif dan Eksekutif.

Kenapa Tun Salleh dipecat? Beliau dipecat kerana Mahathir murka dengan penghakiman yang dilakukan oleh beberapa orang Hakim kanan dalam beberapa kes mahkamah yang melibatkan UMNO dan Kerajaan. Dalam kes-kes itu, beberapa pihak tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh UMNO dan Kerajaan lalu dibawa ke mahkamah untuk pengadilan. KEADILAN! Sebahagian daripada keputusan penghakiman tersebut tidak memihak kepada UMNO dan Kerajaan.

Mari kita lihat beberapa contoh. Kes pertama ialah kes Berthelsen vs. Ketua Pengarah Imigresen. Berthelsen ialah warga Amerika yang berkerja dengan akhbar Asian Wall Street Journal berpejabat di Kuala Lumpur. Dia diberi permit kerja selama 2 tahun yang berakhir pada 2 November 1986. Tetapi permit itu dibatalkan pada 26 September oleh pihak Imigresen menggunakan peruntukan Peraturan Imigresen 1963. Bertherlsen didakwa bersalah kerana menyiarkan laporan dan berita tentang Malaysia yang kurang menyenangkan Mahathir.

Bila kes ini dirujuk ke Mahkamah oleh Bertherlsen, Hakim Tan Sri Abdoolcader telah memutuskan bahawa tindakan pihak Imigresen tidak sah dan Berthelsen boleh tinggal di Malaysia sehingga permitnya tamat. Kes ini memurkakan Mahathir. Beliau telah dilaporkan membuat kenyataan berang yang tegas di Parlimen. Mahathir mendakwa bahawa pihak badan Kehakiman telah membatalkan keputusan badan Eksekutif, iaitu Menteri Dalam Negeri.

Tak habis di situ. Mahathir turut menghentam Mahkamah. Mahathir mengeluarkan kenyataan yang menentang keputusan Mahkamah dan kenyataan itu tersiar dalam majalah Time (24 November 1986). Menggunakan kenyataan tersebut, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mendakwa Mahathir di mahkamah atas kesalahan menghina keputusan Mahkamah. Tetapi dalam perbicaraan, Hakim Datuk Harun Hashim telah menolak permohonan Lim Kit Siang itu. Selamat Mahathir. Kalau tidak masuk penjara … Patut Mahathir bersyukur. Tapi Mahathir tak diam. Simpan dendam.

Kes kedua ialah kes pengharaman UMNO bila 11 ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti 1987 mengemukakan kepada Mahkamah bahawa terdapat cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar tapi ada perwakilan di dalam mesyuarat Bahagian UMNO. Tujuan 11 orang ahli UMNO tersebut ialah supaya Mahkamah membatalkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti yang dimenangi oleh Team A. Ingat tak Mahathir menang hanya 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh. Itupun dengar cerita ada penipuan peti undi.

Tapi tak apalah bukan di sini kita nak cerita bab itu. Nanti kemudian. Dengan menggunakan peruntukan Akta Pertubuhan 1966, Hakim Datuk Harun Hashim telah membuat keputusan bahawa UMNO menjadi pertubuhan yang tidak sah. Oleh itu pemilihan parti 1987 diisytiharkan batal dan tidak sah. Lalu terkuburlah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu. Tapi Mahathir cepat bertindak tubuhkan UMNO (Baru). Team B pun cuba buah rayuan ke mahkamah. Ketika itulah Mahathir semakin ketakutan lalu menganas terhadap badan Kehakiman dengan memecat Tun Salleh. Tujuannya sebagai warning kepada Hakim-Hakim. Jangan pandai-pandai. Jangan buat sesuatu yang merugikan UMNO atau Kerajaan. Sebenarnya Mahathir takut Mahkamah akan membenarkan UMNO lama dikekalkan sedangkan UMNO (Baru) dah didaftarkan. Nanti ada dua UMNO pula!!!

Ada lagi beberapa kes yang tidak memihak kepada UMNO atau Kerajaan seperti kes UEM yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang, kes Aliran, kes Papan, dan kes Karpal Singh yang dibebaskan oleh Mahkamah daripada tahanan ISA. Kesemua kes dan insiden ini membuatkan Mahathir murka terhadap perjalanan Mahkamah dan proses penghakiman. Mahathir mahu supaya badan Kehakiman tunduk dan patuh kepada badan Eksekutif.

Kepada Mahathir, pendek cerita. Mahathir dilaporkan berkata: "since anyone can sue the government, the government can no longer decide on anything with certainty. Thus the government is no longer the executive. Other have taken over that function" (Far Eastern Economic Review : 14 January 1987). Jika kita kaji kenyataan ini, sebenarnya Mahathir memberi signal bahawa beliau akan lawan badan Kehakiman habis-habisan.

Tapi Tun Salleh dan majoriti Hakim di segenap peringkat mempertahankan hak supaya Institusi Kehakiman tidak dibayangi oleh mana-mana pihak luar. KEADILAN mesti ditegakkan tak mengira siapa yang terlibat. Kemuncak pada episod tersebut ialah apabila 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi (termasuk Tan Sri Hamid Omar sebagai Ketua Hakim Malaya) telah bermesyuarat pada 25 Mac 1988 di Kuala Lumpur untuk mencari jalan mengatasi ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif (terutamanya Mahathir). Dalam mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung untuk memaklumkan tentang adanya ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif. Surat keramat itu bertarikh 26 Mac 1988 (Jumaat)

Surat itu dijadikan alasan oleh Mahathir bahawa Tun Salleh telah "salah laku" sehingga konon-kononnya menyebabkan Yang Dipertuan Agung murka!! Menurut laporan Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, pada 1 Mei – satu tarikh "misteri" yang menjadi tanda tanya kerana sepatutnya hari Ahad dan cuti Hari Buruh – selepas Mesyuarat Kabinet diadakan pada sebelah pagi maka Mahathir mengadap Yang Dipertuan Agung. Baginda bersetuju "untuk mengambil tindakan yang sepatutnya" terhadap Tun Salleh. Pada 25 Mei 1988, Mahathir menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung menasihatkan Baginda supaya Tun Salleh dipecat kerana "salah laku". Kemudian dicadangkan juga penubuhan sebuah Tribunal untuk membicarakan Tun Salleh. Yang Dipertuan Agung bersetuju.

Pada 27 Mei 1988 Tun Salleh dipanggil "mengadap" Mahathir di Pejabat PM. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri Ghaffar Baba dan KSN Tan Sri Sallehuddin Mohammed hadir juga. Tapi hanya Mahathir yang bercakap memberitahu Tun Salleh bahawa Yang Dipertuan Agung murka dan telah bersetuju supaya Tun Salleh dibersarakan daripada jawatannya.

Jika tidak, Tun Salleh akan dibicarakan menerusi sebuah Tribunal atas kesalahan "salah laku". Tun Salleh berkata dia tidak bersalah apa-apa dan sedia untuk dibicarakan. Ketika diugut lagi oleh Mahathir, Tun Salleh menjawab: "I will not resign because if I do I cannot show my face to anyone and I may as well die". Pada hari itu juga Tun Salleh menerima surat dari Mahathir yang dia digantung dari jawatannya berkuatkuasa 26 Mei 1988, iaitu hari sebelumnya. Mahathir Maha Kuasa!

Cerita ini makin suspen. Tapi ini betul telah berlaku, bukan fiksyen. Pada 28 Mei 1988 (Sabtu), Peguam Negara Tan Sri Abu Talib menemui Tun Salleh di pejabat Tun Salleh kira-kira jam 9.30 pagi. Tan Sri Abu Talib pernah berkerja di bawah Tun Salleh di Pejabat Peguam Negara pada tahun 1970-an. Tan Sri Abu Talib berkata Mahathir sebenarnya tak mahu memecat Tun Salleh.

Kes di Tribunal akan memalukan Tun Salleh. Institusi Kehakiman pun aib nanti. Oleh itu kalau Tun Salleh bersedia untuk bersara lebih baik. Nanti Mahathir akan tolong usahakan jawatan penting di Arab Saudi iaitu di International Islamic Development Bank, Jeddah. Akibat yakin dengan "ketulusan" Tan Sri Abu Talib maka Tun Salleh pun menulis surat untuk bersara kepada Perdana Menteri. Penulisan surat itu turut dibantu oleh Tan Sri Abu Talib berbunyi:

"Untuk mengelakkan daripada embarrasment all round saya telah memikirkan semula bahawa adalah baik bagi kepentingan negara bahawa saya mengambil keputusan untuk bersara sebaik sahaja habis cuti yang saya patut ambil, iaitu 96 hari dan cuti akan bermula pada hari ini".

Surat itu hantar ke Pejabat PM oleh Tan Sri Talib sendiri. Ketika itu waktu menghampiri jam 1 tengahari. Pejabat Tun Salleh tak juah dari JPM. Pada jam 1 tengahari, Tun Salleh mendapat surat jawaban daripada Mahathir bahawa beliau menerima permohonan bersara awal Tun Salleh dan dibenarkan bercuti 96 hari!! Waw, tak sampai 30 minit dah dapat jawaban!!!!! Bagaimana ya dalam tempuh yang begitu singkat Mahathir telah dapat menjawab surat Tun Salleh. Pada malam itu Tun Salleh tidak dapat tidur memikirkan misteri surat Mahathir dan peranan Tan Sri Talib siang tadi. Apa ini satu pakatan? Tun Salleh bangun bersembahyang dan membaca Quran memohon petunjuk Ilahi.

Lagi suspen ni … Pada Ahad 29 Mei 1998, Tun Salleh menulis surat panjang kepada Mahathir memaklumkan beliau menarik balik surat persaraan awal pada 28 Mei dan bersedia untuk menghadapi Tribunal!! Petang itu jam 6 petang Tun Salleh membuat sidang akhbar mengumumkan keputusannya. Mahathir menjawab pada malam itu juga. Maka bermulalah Perang Sabil Mahathir-Salleh Abas!

Kalau kita baca buku-buku tentang krisis ini, banyak persoalan dan "ketidaktentuan" prosidur berlaku. Persoalan yang penting ialah: Siapa yang layak menganggotai Tribunal? Dari segi konvensional kehakiman, anggota Tribunal mestilah setaraf atau lebih tinggi daripada jawatan Hakim yang hendak dibicarakan. Tun Salleh Ketua Hakim. Maka ahli Tribunal mestilah di kalangan Ketua Hakim atau bekas Ketua Hakim. Kalau tidak ada di Malaysia, boleh dicari di negara Komanwel. Tetapi ahli Tribunal yang dilantik, ada hanya seorang sahaja yang setaraf itu pun baru dilantik menjadi Ketua Hakim Sri Lanka. Yang lain-lain semua junior dari segi kedudukan dalam badan Kehakiman. Pengerusi Tribunal ialah Tan Sri Hamid Omar, Pemangku Ketua Hakim. Beliau ada personal interest sebab jika Tun Salleh bersalah beliau dapat naik pangkat. Tan Sri hamid juga adalah salah seorang Hakim yang menghadiri mesyuarat pada 25 Mac 1988 kemudian bersetuju untuk Tun Salleh menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung.

Apalah macam main-main pondok aja … Kes Tribunal ini tak ubah seperti guru membicarakan guru besar, atau Kolonel membicarakan Jenderal. Empat orang anggota Tribunal dari Malaysia itu semuanya berasal atau dilahirkan di Kedah. Tiga orang bersekolah di Kolej Sultan Abdul Halim (rakan sepersekolahan Mahathir)! Peleknya hanya dua orang saja yang masih menjadi Hakim. Dua lagi iaitu Tan Sri Mohamed Zahir ialah Speaker Dewan Rakyat dan Tan Sri Abdul Aziz Zain ialah peguam! Aneh tetapi itulah realitinya. Peguam menjadi Hakim untuk bicarakan Ketua Hakim!!! Waw … Itu undang-undang Mahathir sebab Mahathir Maha Bijaksana. Poodah!

Dalam pertudahan yang disediakan oleh Peguam Negara pada Tribunal pada 30 Jun 1988, Tan Sri Talib menulis:

"The practice in this country is that the Prime Minister normally has audience with the King on Wednesday i.e. the Cabinet Day when he briefs the King on Cabinet matters if the Agong is in the country and if the Agong wants that audience. In this case the Prime Minister had an audience with the King on the Wednesday morning i.e. on 1/5/88 at the Istana Negara. The King then showed him the letter which he received from Tun Salleh."

Kalau kita semak kalender 1988, tarikh 1 Mei itu jatuhnya pada hari Ahad. 1 Mei juga ialah Hari Buruh iaitu cuti am. Pernahkah ada mesyuarat kabinet pada hari Ahad? Hari cuti am pun mesyuarat? Ini sudah tipu tarikh. Takkanlah tarikh pun Peguam Negara tak ingat. Penipuan yang sama berlaku kepada surat Mahathir kepada Tribunal yang berjudul "Report of the Tribunal Established Under Article 125(3) and (4) of the Federal Constitution, Re: YAA Tun Hj Mohamed Salleh Abas, Lord President, Malaysia, Kuala Lumpur, 29th June 1988". Antara kandungan surat itu ialah:

"With all respect, I refer to your Majesty’s Command that appropriate action be taken against YAA Tun Dato’ Haji Mohd. Salleh bin Abas on account of his letter to your Majesty and to Their Royal Highnesses the Malay Rulers which was shown to me when I was in audience with Your Majesty on 1st May 1988 at the Istana Negara."

Banyaklah lagilah penipuan, pemalsuan dan pembohongan yang dilakukan oleh Mahathir, KSN, Peguam Negara dan pegawai kerajaan lain sebagaimana yang diperihalkan dalam buku-buku tentang isu ini dengan panjang lebarnya. Penulis tak ada banyak masa untuk cerita semua. Akhirat nanti kita boleh saksikan sekali lagi episod ini di hadapan Allah Yang Maha Adil ketika semua manusia di hadapakan di Mahkamah-Nya. Anda juga boleh membaca buku serta makalah tersebut (lihat senarai rujukan) yang terdapat di kedai-kedai buku dan perpustakaan.

Kita baca dan kita saksikan bagaimana Mahathir memperbodoh dan memperkudakan instrumen Kerajaan. Beliau mengguna apa cara dan kaedah untuk terus berkuasa. KUASA. KUASA. KUASA. Siapa menentang akan dipecat, dibenam dan dimatikan. Mahathir Maha Kuasa Maha Bijaksana Maha Segalanya … Sebab itulah Menteri, Timbalan Menteri, pegawai Kerajaan termasuk Ketua Polis Negara dan Peguam Negara kecut perut bila Mahathir beri arahan. Kalau tak buat apa yang disuruh naya mereka. Mampus dikerjakan nanti macam Anwar Ibrahim dan Tun Salleh.

Sebenarnya ramai lagi yang jadi mangsa kezaliman Mahathir. Bacalah buku Datuk Dr. Rais Yatim. Datuk Rasi juga salah seorangmangsa Mahathir. Buku Datuk Rais itu yang paling autentik sebab merupakan tesis Ph.D. di Universiti London. Tak bias. Tak sentimental. Bukunya objektif sesuai dengan sifatnya sebagai tesis kedoktoran. Buku itu tentang bagaimana kuasa eksekutif bermarajalela di tangan Mahathir. Tesis itu hebat. Sebab itulah beliau mendaftar sebagai pelajar M.Phil. (sarjana) tetapi dianugerahkan Ph.D. Tentu hebat. Mari baca tuan-tuan dan puan-puan. Mari kita jadi Masyarakat membaca sebagaimana yang selalu dilaung-laungkan oleh Mahathir. Masyarakat celek huruf, masyarakat rajin membaca dan sukakan IT dan Internet!!! Baca Internet mesti hari-hari. Jangan lupa … Banyak berita sensasi akan disiarkan. Tak macam RTM dan TV3 yang menyiarkan berita basi dan laporan anti reformasi!!

Dalam kes Tun Salleh ini kita dapat lihat bagaimana Mahathir menggunakan instrumen perundangan untuk memalu dan memecat Ketua Hakim Negara. Kalau tidak ada bukti, palsukan bukti. Kalau tidak ada data, reka data. Kalau tidak ada tarikh, tenguk kalender cari tarikh (malang tersilap pula pada 1 Mei 1988 Hari Rabu!! Tersilap tak apa. Apa yang rakyat boleh buat?). Itu Mahathir. Cekap, bersih, licik dalam soal tipu menipu. Nombor satu dalam soal duniawi. Sedarlah anda semua jika ini berterusan, Malaysia akan hancur lebur.

Sekarang Mahathir sedang cuba sekali lagi untuk memperbodohkan kita sekali lagi dalam usahanya menjatuhkan Anwar Ibrahim. Anwar terkenal warak dan berimej Islam. Tak pernah main perempuan, liwat lagilah jauh sekali. Ini fakta. Tenguk zaman mudanya di UM dan semasa dalam ABIM. Jumpa perempuan pun kecut. Tak macam … Opp STOP. Tapi itulah yang dilakukan oleh Mahathir. Cari wanita sundal kemudian upah. Syarat sebelum dapat duit – mengaku ada hubungan seks dengan Anwar. Cari lelaki kemudian dera sampai setengah mati. Kalau nak hidup, mengaku pernah berliwat dengan Anwar. Itulah Mahathir tuan-tuan. M-A-H-A-thir. (Silap nama. M-A-H-A itu menyebabkan dia jadi ego macam Firaun. Patutnya dulu Pak Cik Mohammad Iskandar namakan dia Tompel, Kenit, Rabu atau Jambul). Bacalah buku bagaimana beliau menjatuhkan Tun Salleh. Buku-buku ini ceritakan fakta sebenar. Ini bukan buku 50 Dalil yang tak ada autentisiti. Ini buku-buku ilmiah dan separa ilmiah yang ditulis menggunakan fakta dan bukti. Pengarangnya ternama dan mempunyai reputasi tinggi. Bukan penulis upahan.

Sampai ke hari ini Mahathir tak berani haramkan buku-buku tersebut. Bawalah ke Mahkamah kalau Mahathir berani! Dakwa penulis-penulis buku itu cuba nak fitnah dia. Itu fakta yang Mahathir sendiri terpaksa terima. Fakta itu tuan-tuan dan puan-puan ialah Mahathir penipu. Mahathir pembohong. Mahathir penfitnah. Mahathir durjana. Mahathir lebih dari Raja Bersiong. Mahathir lenbih kejam dari Marcos. Mahathir samseng politik seperti Idi Amin. Mahathir laknak dan hipokrit. Mahathir Perdana Menteri Sialan!!!!

Rujukan:

Tun Salleh Abas & K. Das: May Day For Justice, Magnus Book, Kuala Lumpur, 1990.
Hkoo Boo Teik: Paradoxes of Mahathirism, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995.
H.P. Lee: Constitutional Conflicts in Contemporary Malaysia, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995.
Rais Yatim: Freedom under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy. Endowment, Kuala Lumpur, 1995.
Peter Alderidge Williams : Judicial Misconduct. Pelanduk, Kuala Lumpur, 1990.
Gordon P. Means ; Malaysian Politics – The Second Generation, Oxford University Press, 1991.

http://www.angelfire.com/biz2/REFORMASI/SIRI.html

Read More...

Suruhanjaya ditubuh - Bagi kenal pasti, cadang nama calon hakim – PM


Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Tun Salleh Abas pada Majlis Makan Malam Badan-Badan Peguam di Kuala Lumpur malam tadi sambil disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad.


KUALA LUMPUR 17 April - Kerajaan mengumumkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk mengenal pasti dan mencadangkan calon-calon hakim kepada Perdana Menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan perkara itu berkata, suruhanjaya tersebut akan membantu menilai dan menapis calon-calon secara sistematik dan berwibawa berasaskan kepada kriteria yang ditakrifkan dengan jelas.

Bagaimanapun katanya, hak perlembagaan Perdana Menteri untuk mengemukakan nama-nama itu kepada Yang di-Pertuan Agong terus kekal.

Berucap pada makan malam Majlis Peguam Malaysia di sini yang dihadiri oleh lebih 500 peguam, beliau turut mengumumkan langkah kerajaan menyemak terma perkhidmatan dan gaji hakim-hakim serta bayaran ex-gratia sebagai penghargaan kepada enam hakim yang terbabit dalam krisis badan kehakiman pada 1988.

Beliau berkata, semakan itu perlu memandangkan wujudnya permintaan dan keperluan mendesak untuk meletakkan jawatan kehakiman pada tangga yang sepatutnya bagi memastikan ia mampu menarik serta mengekalkan bakat yang terbaik.

Perdana Menteri menjelaskan, bayaran ex-gratia itu akan diberikan kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas dan bekas Hakim Mahkamah Agung, Datuk George Seah dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh yang dipecat daripada jawatan, 20 tahun lalu.

Bayaran ex-gratia itu juga katanya, akan dibayar kepada Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh.

‘‘Kerajaan mahu mengiktiraf sumbangan enam hakim ini kepada negara, komitmen mereka menegakkan keadilan dan mengakui penderitaan serta kesengsaraan yang mereka lalui.

“Walaupun pengiktirafan ini terlewat 20 tahun, ia dibuat dengan penuh harapan bahawa kesengsaraan dan kehilangan itu masih boleh sembuh,” katanya dalam ucaptama itu yang bertajuk Delivering Justice, Renewing Trust.

Bayaran kepada Eusoffe dan Wan Suleiman yang telah meninggal dunia akan dibuat kepada waris dan ahli keluarga mereka.

Majlis makan malam itu turut dihadiri Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Turut hadir ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Salleh dan isteri turut hadir manakala Eusoffe diwakili cucunya, Brenda Lim dan Wan Suleiman oleh balunya, Puan Sri Siti Nurhayati dan anaknya, Wan Noor Azli.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengandaikan bayaran yang diberikan kerajaan itu setimpal dengan sumbangan para hakim tersebut tetapi berharap ia diterima sebagai tanda membetulkan kesilapan yang berlaku.

Walaupun legasi 1988 masih menghantui negara sehingga ke hari ini, beliau menyeru semua pihak, baik peguam mahupun rakyat untuk meneruskan perjalanan dengan melakukan pembaharuan.

‘‘Secara peribadi, saya melihat krisis 1988 tidak pernah sembuh sepenuhnya. Sekali lagi, marilah kita meneruskan hidup. Tidak bijak untuk mengungkit perkara lama. Rakyat mahukan perubahan dan kemajuan,” katanya.

Abdullah berkata, kerajaan telah memulakan langkah penting ke arah pembaharuan dan pihak yang berkenaan - kehakiman, peguam, masyarakat sivil dan orang awam - kini perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu perubahan itu.

‘‘Marilah kita bersama-sama menulis bab baru ini,” katanya.

Mengenai penubuhan suruhanjaya itu, Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan mencadangkan perubahan tersebut bagi menjadikan proses menamakan calon, pelantikan dan kenaikan pangkat lebih telus serta berperwakilan.

“Proses untuk membawa perubahan ini akan bermula sekarang dan saya memberi jaminan kepada anda semua di sini hari ini, bahawa rundingan mengenai fungsi dan struktur suruhanjaya itu akan membabitkan pihak berkepentingan yang utama.

“Semua pihak akan mempunyai peluang untuk menyediakan input mereka kepada kerajaan,” jelasnya.

Read More...

Saya Menunggu 20 Tahun Dan Doa Saya Telahpun Dimakbulkan, Kata Tun Salleh Abas

Bernama

18 April, 2008 02:08 AM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- "Saya bersyukur kepada Allah kerana bersifat pengasih dan penyayang kepada saya, saya menunggu selama 20 tahun dan doa saya telahpun dimakbulkan."

Itu adalah reaksi segera daripada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas selepas kerajaan membuat keputusan untuk memberikan bayaran ex-gratia kepada bekas hakim-hakim yang dipecat ketika berlaku krisis kehakiman pada 1988.

Salleh dipecat pada Ogos 1988 selepas menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak hakim-hakim itu, yang menyuarakan kekecewaan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Lima hakim Mahkamah Persekutuan (ketika itu dikenali sebagai Mahkamah Agung) yang membenarkan beliau (Salleh) dengan perintah interlokutori terhadap tribunal yang diketuai oleh penggantinya, juga digantung tugas pada Julai tahun yang sama, tetapi tiga daripada mereka dikembalikan semula jawatan pada Oktober.

Ketiga-tiga mereka -- Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Wan Mohamed Salleh dan Tan Sri Eusoffe Abdoolcader -- bagaimanapun dikembalikan semula jawatan tiga bulan kemudian.

Dua hakim lagi iaitu Datuk Seri George Seah dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, dipecat.

Eusoffe dan Wan Suleiman telahpun meninggal dunia.

"Saya tahu saya tidak boleh menang daripada segi undang-undang di hadapan kerajaan terdahulu tetapi doa saya dimakbulkan hari ini kerana saya diberikan kemenangan moral.

"Jadi malam ini semua orang boleh mengatakan yang kemenangan moral kini diberikan kepada saya," kata beliau kepada pemberita di akhir jamuan malam anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam ucapannya, Abdullah mengumumkan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk membuat bayaran ex-gratia kepada Salleh dan lima hakim lagi atas sumbangan mereka kepada negara.

-- BERNAMA

Read More...

Umno Selangor turut mahu Abdullah undur segera

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Malaysiakini
Khamis, 17 April 2008

GELOMBANG desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada jawatan perdana menteri dan presiden Umno nampaknya berterusan ke Selangor.

Negeri itu termasuk antara empat negeri yang kini ditadbir barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - selepas pilihanraya umum 8 Mac.

umno selangor najib muhyiddin event anti pak lah banners 160408 07Dalam pilihanraya tersebut, barisan pembangkang memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu mempertahankan 20 kerusi DUN sahaja.

Pembangkang juga berjaya merampas 17 daripada 22 kerusi parlimen di Selangor.

Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua-ketua bahagian di negeri berkenaan.

umno selangor najib muhyiddin event anti pak lah banners 160408 08Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk jawatan nombor dua kerajaan dan parti.

Salah satu kain rentang tersebut berbunyi "kami sayangkan Pak Lah tetapi kami lebih sayangkan Umno".

Manakala yang satu lagi berbunyi "segerakan peralihan kuasa! Datuk Seri Najib - presiden, Tan Sri Muhyiddin - timbalan presiden".

Peralihan kuasa

Seperti di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, pemimpin-pemimpin bahagian Umno Selangor - dalam pertemuan dengan Najib petang tadi - turut mendesak Abdullah supaya berundur.

Seorang pemimpin Umno Selangor yang menghadiri perjumpaan tersebut berkata sebahagian besar soalan yang dibangkitkan ialah mengenai perancangan Abdullah dan Najib mengenai peralihan kuasa.

umno selangor najib muhyiddin event anti pak lah banners 160408 01Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata perkara tersebut telah dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut.

Bagaimanapun, Najib seperti biasa berkata "terserah kepada presiden parti untuk memutuskannya".

Ditanya sama Abdulah telah berbincang mengenai jangka masa peralihan kuasa, Najib menjawab:

"Tidak ada sebarang perancangan masa ditetapkan... bila sampai masa, kita akan beri panduan yang lebih jelas," katanya.

Ditanya mengenai pentingnya mempunyai ketetapan tempoh masa bagi melaksanakan pelan peralihan itu, Najib berkata:

umno selangor najib muhyiddin event anti pak lah banners 160408 06"Diri saya tidak begitu... saya tidak akan mendesak, lebih baik jika ia ditentukan oleh presiden sendiri."

Mengenai perjumpaan hari ini, Najib berkata ia berjalan dalam suasana yang baik dan para hadirin komited terhadap perjuangan Umno.

Perkara lain yang dibincangkan menyentuh soal pemilihan calon, bagaimana Umno akan berurusan dengan parti-parti komponen BN dan langkah untuk menarik sokongan pengundi Cina dan India.

Menurut Najib, mereka mahu pemilihan calon dibuat berasaskan penilaian yang tepat dan terdiri daripada kalangan mereka yang boleh menang dan mendapat sokongan akar umbi.

Reaksi ahli

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditanya mengenai respons ahli Umno secara keseluruhan mengenai keputusan Abdullah untuk mempertahankan jawatan presiden Umno, Najib berkata mereka hanya akan membuat keputusan itu apabila tiba masanya.

"Ahli hanya akan memutuskannya bila tiba masanya, tetapi apa yang lebih penting ialah untuk kami kekal bersatu kerana parti perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan survival Umno. Kita tidak boleh berpecah-belah," katanya.

rafidah azizBagi memantapkan lagi BN, katanya, jawatankuasa pengurusan BN
akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dan mekanisme itu akan digunakan bagi membincangkan pelbagai isu dalam parti.

"Kita akan amalkan pendekatan untuk berunding dengan lebih kerap dan rapat dengan parti komponen BN," katanya.

Bagi mendapatkan sokongan parti lain pula, Umno akan merumuskan strategi bagi mencapai maksud itu, katanya, tetapi enggan mengulas berhubung cara yang akan dilaksanakan.

Sementara itu, ketua pergerakan Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata Abdullah harus memutuskan sendiri bila beliau mahu berundur.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata pendirian pergerakan tersebut ialah menyokong ketua.

Read More...

Lim Guan Eng, antara panel forum 'Islam yang Adil' anjuran PUM Johor

Harakahdaily

Thu | Apr 17, 08 | 3:39:18 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama dengan tiga lagi Menteri Besar iaitu Mohammad Nizar Jamaluddin (Perak), Dato' Ahmad Said (Terengganu), Dato' Abdul Ghani Othman (Johor) akan dijemput menjadi ahli panel dalam program forum 'Islam yang Adil'.

Forum anjuran Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (Pum) cawangan Johor itu akan diadakan di Dataran Dewan Undangan Skudai Johor Bahru pada 11 Mei depan.

Selain menteri besar dan ketua menteri tersebut turut dijemput adalah Yang di-Pertua PUM, Dato' Abdul Halim Abdul Kadir dan Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid.

Forum tersebut akan dipengerusi penasihat PUM Johor, Ustaz Haron Tahir.

Menurut Pengarah program PUM Johor, Awwaluddin Juffery dalam satu kenyataannya, program itu diadakan sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah.

Katanya, pada sebelah malam pula penganjur yang sama akan mengadakan program ceramah bertempat di Jalan Dewata/Jalan Dato' Mohd said Sulaiman, Larkin Jaya, Johor Baharu.

Antara penceramah yang diundang dalam program tersebut ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad bagi mewakili Barisan Nasional dan wakil Pakatan Rakyat pula diwakili Prof Dato' Dr Haji Mahfodz Mohamed. - mns

Read More...

Sebab 'suara rakyat' diharamkan

Malaysiakini

Apr 17, 08 2:49pm

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan permit penerbitan akhbar bahasa tamil, Makkal Osai tidak disambung kerana ia tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.

makkal osai diharamkanBeliau berkata, kementerian juga menerima pelbagai aduan berhubung akhbar tersebut dan berdasarkan penilaian, kementerian mengambil keputusan untuk tidak
menyambung permitnya.

"Kita ada garis panduan media, kita tidak sewenang-wenangnya untuk membatalkan. Kita tidak membatalkan Makkal Osai, cuma kita tidak sambung permit," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Agensi berita Bernama memetik Syed Hamid sebagai berkata, penerbitan setiap akhbar tidak boleh lari daripada garis panduan yang ditetapkan.

Antaranya, kata beliau, ialah tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian negara, isu-isu yang boleh membangkitkan salah faham antara kaum yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

Bagaimanapun, kata beliau, akhbar tersebut boleh membuat rayuan bagi membolehkan kementerian membuat penilaian.

makkal ossai anwar ibrahim black 14 160408Kementerian Dalam Negeri semalam mengharamkan Makkal Osai selepas memberikan liputan muka depan perhimpunan besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Semalam harian tersebut turut memuatkan liputan siasatan polis terhadap presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi pemimpin kanannya susulan perhimpunan itu.

Sebelum ini ia memuatkan artikel-artikel panjang tentang parti itu, termasuk bekas timbalan perdana menteri itu, dan gerakan pembangkang.

Akhbar harian berpengaruh itu menghadapi masalah memperbaharui permit sejak Oktober tahun lalu.

Selar Amnesty

Syed Hamid juga menyelar dakwaan Amnesty International (AI), sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang mendakwa Malaysia antara negara yang mengamalkan pembunuhan
secara rahsia.

Beliau berkata laporan itu berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik Malaysia dan mereka yang menulis laporan itu adalah jahil.

"Mana dia dapat laporan begitu pun saya tak tahu, adakah dia jumpa sesiapa atau mendengar khabar angin. Orang sekarang terlalu berminat untuk menjatuhkan
nama baik Malaysia.

"Kita tidak ada 'secret killing' (pembunuhan rahsia), siapa sahaja yang membuat kesalahan, ada proses undang-undang, kita mana boleh membunuh orang begitu sahaja, Malaysia adalah negara yang mendaulatkan undang-undang," katanya.

Amnesty International membuat dakwaan demikian dalam laporan tahunan 2007 yang dikeluarkan di London. Turut tersenarai selain Malaysia ialah Indonesia, Kemboja dan Vietnam.

Syed Hamid berkata laporan itu boleh menimbulkan keraguan orang luar terhadap Malaysia dan beliau berharap Wisma Putra mengambil tindakan bagi membantah kenyataan tersebut.


Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |