+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, April 18, 2008

Samy: BN perlu pemikiran baru

Malaysiakini

RK Anand | Apr 17, 08 2:19pm

eksklusif Barisan Nasional memerlukan satu pemikiran baru yang memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia mengikut peratusan masing-masing, kata presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.

Jika tidak, bekas menteri kerja raya itu berkata, BN mungkinsamy vellu interview 160408 04 kecundang dalam pilihanraya umum akan datang.

Selama ini, kata Samy Vellu, beliau telah menjelaskan kepada kerajaan tentang bahayanya jika BN tidak mempedulikan masyarakat India.

"Mereka menjadi pengundi penentu di 65 hingga 70 kawasan pilihanraya. Jika mereka beralih kepada pihak lain (pembangkang), kita akan kalah.

"Tetapi kerajaan tidak percaya dan kini ia terbukti benar," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Beliau juga ditanya mengenai desas-desus bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menghiraukan amaran yang diberikannya tetapi lebih bergantung kepada penilaian para penasihatnya.

Beralih sokongan

Samy Vellu berkata beliau tidak percaya perdana menteri diberi nasihat yang salah.

"PM adalah seorang yang baik, beliau mengambil berat terhadap rakyat, beliau menghormati semua orang. Tetapi apa yang tidak kena adalah (mereka) yang di bawah.

"Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, lebih RM100 bilion dibelanjakan. Selepas beberapa halaman, saya nampak RM3 juta untuk masyarakat India - bagi membina sebuah pusat latihan untuk para belia yang sudahpun dalam kesulitan...

"Tetapi mesti ada satu program untuk meningkatkan status ekonomi orang India dalam bidang perniagaan, penyertaan dalam industri, lesen, sistem vendor. Semua ini harus dipertimbangkan," katanya.

Beliau turut menyentuh tentang peralihan sokongan pengundi, terutama dalam kalangan orang Melayu, kepada pembangkang.

"Undi bumiputera pergi kepada pembangkang. Mengapa? Kerana mereka berasa mesti ada kesaksamaan di negara ini... Saya tidak langsung menjangka begitu ramai (pengundi Melayu) beralih menyokong pembangkang.

"Begitu juga dengan orang India, untuk pertama kalinya menukar sokongan. Manakala undi Cina (kepada pembangkang) pula sentiasa naik turun," tambahnya.

Baca berita penuh

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |