Harakahdaily Thu | Apr 17, 08 | 3:39:18 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama dengan tiga lagi Menteri Besar iaitu Mohammad Nizar Jamaluddin (Perak), Dato' Ahmad Said (Terengganu), Dato' Abdul Ghani Othman (Johor) akan dijemput menjadi ahli panel dalam program forum 'Islam yang Adil'. Forum anjuran Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (Pum) cawangan Johor itu akan diadakan di Dataran Dewan Undangan Skudai Johor Bahru pada 11 Mei depan. Selain menteri besar dan ketua menteri tersebut turut dijemput adalah Yang di-Pertua PUM, Dato' Abdul Halim Abdul Kadir dan Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid. Forum tersebut akan dipengerusi penasihat PUM Johor, Ustaz Haron Tahir. Menurut Pengarah program PUM Johor, Awwaluddin Juffery dalam satu kenyataannya, program itu diadakan sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah. Katanya, pada sebelah malam pula penganjur yang sama akan mengadakan program ceramah bertempat di Jalan Dewata/Jalan Dato' Mohd said Sulaiman, Larkin Jaya, Johor Baharu. Antara penceramah yang diundang dalam program tersebut ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad bagi mewakili Barisan Nasional dan wakil Pakatan Rakyat pula diwakili Prof Dato' Dr Haji Mahfodz Mohamed. - mns |
Friday, April 18, 2008
Lim Guan Eng, antara panel forum 'Islam yang Adil' anjuran PUM Johor
Posted by
Sang Pemantau
at
2:25 AM
Labels: Forum, Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment