+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, April 18, 2008

Kerajaan Laksanakan Tawaran PAS Terengganu - Hapus Bayaran Sewa Meter Air

Buletin Online

Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Friday, 18 April 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/keratantawaran.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu - Kerajaan Terengganu akan melaksanakan Tawaran PAS/BA Terengganu pada PRU 12 yang lalu dan berjanji menghapuskan bayaran sewaan meter air sebanyak 80 sen yang dikenakan oleh Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) terhadap rakyat negeri itu, mulai Mei depan Menteri Besar Dato’ Mad Said mengumumkan penghapusan bayaran sewa meter air tersebut selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan kerajaan Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Tindakan Mad Said dialu-alukan bahkan sepatutnya rakyat Terengganu menikmati bekalan air dengan bayaran yang lebih rendah memandangkan Terengganu menerima Dana Khas Persekutuan/Wang Royalti Petroleum bernilai lebih 1 bilion setahun.

Namun begitu, kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kebimbangan penduduk sekitar bandaraya Kuala Terengganu terhadap kenaikan deposit SATU sebagaimana dilaporkan oleh Buletin Online 17 Januari lalu

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |