+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 21, 2008

Sokong batal misi angkasawan kedua


PROTOTAIP pesawat angkasa suborbital yang dicadangkan untuk kegunaan misi angkasawan kedua negara.


KUALA LUMPUR - Persatuan Pelancong Angkasa Malaysia (STSMC) bersetuju cadangan supaya misi angkasawan kedua yang bakal diketuai oleh Mejar Dr. Faiz Khaleed (gambar) tidak diteruskan.

Presidennya, Norul Ridzuan Zakaria yang menghubungi Kosmo! berkata, adalah lebih baik kerajaan mengambil pendekatan dengan membangunkan sebuah prototaip pesawat angkasa suborbital daripada meneruskan misi tersebut.

"Berdasarkan fakta yang dipersetujui oleh badan-badan dunia, kos bagi membangunkan sebuah prototaip pesawat angkasa adalah lebih rendah daripada kos menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)," ujar Norul Ridzuan.

Cadangan itu dibangkitkan pada simposium ke-12 Internationall Space University di Strasbourg, Perancis pada 20 Februari lalu yang turut disertai oleh STSMC.

Ujar Norul Ridzuan, sekiranya program menghantar angkasawan ke ISS menelan belanja kira-kira RM100 juta, pembinaan sistem pengangkutan itu hanya memerlukan perbelanjaan sekitar RM80 juta dan ia sedikit menjimatkan.

Menerangkan secara terperinci tentang pesawat angkasa itu, jelas beliau, prototaip pesawat berkenaan yang boleh membuat berkali-kali penerbangan ke paras 100 kilometer (km) dari aras laut akan melayakkan juruterbangnya digelar angkasawan.

Menurut Norul Ridzuan, Federal Aviation Administration (FAA) secara prinsipnya akan menganugerahkan sayap angkasawan kepada juruterbang dan penumpang pesawat yang terbang melebihi 80 km dari aras laut.

Tambahnya, prototaip pesawat angkasa suborbital juga boleh digunakan sebagai pelantar penyelidikan saintifik terutamanya penyelidikan graviti sifar dan mikro serta kajian tentang atmosfera.

"Penyelidikan sistem pengangkutan itu telah dibuat sejak 10 tahun lalu dan ia telah pun diuji keupayaan. Jika kerajaan melaksanakan cadangan ini, pelaksanaannya memakan masa sekitar dua tahun tapi dapat digunakan dalam jangka masa panjang," katanya.

Untuk itu, katanya, beliau telah menghantar cadangan STSMC itu bagi rujukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk pertimbangan lanjut.

STSMC sebuah badan yang beribu pejabat di Los Angeles dan mempunyai sembilan cawangan di dunia termasuk Jepun dan Singapura.

Pada masa yang sama, STSMC juga beranggapan kenyataan angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang menyarankan agar program angkasawan kedua dihentikan dianggap satu kenyataan yang bertanggungjawab.

"Tindakan beliau betul... dia punya pengalaman dan punya kesedaran terutama beban yang kerajaan tanggung semasa dia ke sana," jelas beliau.

Faiz pula kata Norul Ridzuan, perlu bersikap terbuka kerana jika kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan misi itu, ia tidak bermakna peluang menjadi angkasawan tertutup.

"Sudah pasti kerajaan mempunyai kecenderungan untuk meneruskan kesinambungan memajukan industri angkasa lepas tapi melalui pendekatan yang berbeza," tambahnya.

Read More...

2 pimpinan PAS negeri jadi ahli majlis MPPP dan MPSP

Utara Online

Berita

Oleh: Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 17 April (Hrkh) - Dua orang pimpinan PAS Negeri Pulau Pinang diberi kepercayaan menganggotai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Mereka ialah Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Abdul Halim Saleh diamanahkan menganggotai MPPP manakala Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi MPSP.

Semalam Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar, Chow Kon Yeow mengisytiharkan senarai nama kepada media Ahli Majlis MPPP dan MPSP di Bilik Gerakan Pejabat Ketua Menteri di Komplek Tun Abdul Razak (Komtar).

Senarai Ahli Majlis MPPP berjumlah 23, DAP seramai 10 orang, KeAdiLan 7, Badan Bukan Kerajaan (NGO) 4 dan PAS hanya 1.

Sementara itu Ahli Majlis MPSP pula menyaksikan DAP 9, KeAdiLan 8, NGO 3 dan PAS 1.

Selain dua dikhaskan kepada PAS antara senarai nama Ahli Majlis MPPP ialah Tham Weng Fatt, Zulkifli Mohd Noor, Harvindar Darshan Singh, Tay Leong Seng, Lim Siew Khim, Yeoh Soon Hin, Lim Cheng Hoe, Tan Hun Wooi, Ng Chor Huat, Thanaledhimi a/p S. Veeriah, Lim Kah Cheng, Lok Kok Wah, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, Choong Khuat Seng, Chua Kheng Ee, Felix Ooi Keat Hin, Mohd Ismail Ibramsa, Mohamad Bakhiar Wan Chik, Francis a/l Joseph Abdul Rahman Ismail, Fauziah Mahadi, Pegawai Daerah Timur Laut, Azizi Zakaria dan Pegawai Daerah Barat Daya, Hasan Saad.

Manakala mereka yang dipilih menganggotai Ahli Majlis MPSP pula ialah Ng Choong Hock, Oon Neow Aun, Teoh Seang Hooi, Sooh Lip Chee, Ngu Lek Wah, Ramiah a/l Govindrasamy, Ramachandran a/l M. Muthiah, Teong Ai Ling, Tan Cheai Peng, Liu Ting Ling, R. Guna Segaran a/l Raguan @ Raghaven, Dato' Muhamad Ismail, Che Mat Haji Hashim, Johari Kasim, Norhayati Jaafar, Amizzudin Ahmat, Goh Choon Aik, Haji Mohd Kamil Abu Bakar, Zaini Awang, Kusala Kumari @ Rynu a/p A. Shanmugam, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Mokhtar Mohd Jait, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya dan Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, Haji Jusni Haji Ismail. - mns

Read More...

Krisis Umno, Abdullah dijangka tewas, Khairy tidak diperlukan lagi

Harakahdaily

Mohd Rashidi Hassan

Mon | Apr 21, 08 | 9:51:05 am MYT

Walaupun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti itu Disember depan, beliau dijangka akan menghadapi laluan yang amat sukar.

Suara-suara yang bangkit menentang kepimpinannya sudah menjalar dalam Umno hingga ke seluruh negara dari Perlis ke Johor hingga ke Sabah.

'Mood' ahli-ahli Umno terhadap kepimpinannya sudah tiada. Mereka menyampaikan mesej secara terbuka bahawa mereka tidak mahu Abdullah menerajui parti.

Begitu juga untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, walaupun sebelum ini Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan hasratnya bertanding bergantung kepada kehendak akar umbi.

Maka akar umbi dalam Umno hari ini secara jelas bukan sahaja menolak Abdullah, malah meletakkan 'kesalahan besar' yang mempengaruhi kepimpinannya kepada Khairy.

Walaupun Abdullah beberapa kali menafikan apa yang disifatkan 'gangguan' Khairy terhadap keputusannya, dalam parti dan kerajaan, akar umbi Umno tetap tidak menerima mereka berdua.

Maka barangkali sudah sampai masanya kepada Khairy untuk tidak perlu lagi memikirkan masa depan politik beliau. Fikirlah soal perniagaan atau menyambung pelajaran atau sebagainya. Masa depan politiknya sudah gelap.

Mesej yang disampaikan cukup jelas kedua-dua mertua dan menantu ini, tidak lagi diperlukan dalam Umno.

Usaha Mahathir menyingkirkan Abdullah

Perjuangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dan mengecam kepimpinan Abdullah bermula April 2006 dalam satu majlis di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, selepas dua tahun, kini baru difahami orang-orang Umno.

Ketika itu segala pandangan Mahathir tidak laku. Isu jambatan, isu proton, isu penjualan MV Agusta, isu AP, isu ECM Libra, isu jual pasir dan isu menggadaikan negara kepada Singapura, yang dikaitkan dengan kegagalan kepimpinan Abdullah, dipandang sepi oleh orang-orang Umno.

Mahathir dalam suatu ucapan di Kota Bharu selepas itu, menyerang Abdullah, dengan mengkritik secara terbuka 'PM circle' yang terdiri daripada Khairy, Kamaludin Abdullah, Kamal Khalid, Kalimullah Masheerul Hassan, Brendan Pereira (bekas Pengarang NST).

Mahathir secara terbuka ketika itu, meminta Abdullah berundur dan menyerahkan kepimpinan negara dan parti kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kerana bagi Mahathir, apa yang dibuat Abdullah dan orang-orangnya di Tingkat 4 JPM dan di NST, bukan sahaja 'menjual' negara kepada Singapura, bukan sahaja merosakkan perjalanan kerajaan, malah melingkupkan Umno.

Sebaliknya Mahathir digelar pengacau, media massa digunakan untuk membelasahnya. Khairy menggelarkannya sebagai 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok (Umno)'.

Kemuncak tekanan dikenakan ke atas Mahathir ialah, apabila beliau disekat daripada memenangi pemilihan perwakilan kumpulan G7 dari Bahagian Kubang Pasu, termasuk dengan membeli undi.

Kes ini timbul dengan pengakuan para perwakilan cawangan Umno yang disogok RM200 seorang. Kes ini dikatakan disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno, tetapi sehingga kini tiada tindakan susulan.

Mahathir keseorangan, seluruh kepimpinan Umno dan kerajaan termasuk Najib, teguh di belakang Abdullah.

Mahathir ketika itu sudah dianggap 'history'. Banyak gesaan dari pemimpin Umno yang menyuruhnya bersara diam-diam tanpa perlu mengacau Abdullah dan Umno.

Malah tidak kurang yang melabelkan bekas PM yang berusia 82 tahun itu sebagai sudah nyanyuk.

Tetapi kini orang-orang Umno baru hendak memahami teguran Mahathir. Malangnya mereka hanya faham betapa seriusnya teguran Mahathir, apabila rakyat menjatuhkan hukuman terhadap Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac lepas.

Mahathirlah orang yang pertama membuat gesaan supaya Abdullah menerima tanggungjawab meletakkan jawatan pada 9 Mac lepas, selepas BN kehilangan lima negeri.

Gesaan Mahathir disusuli dengan surat anaknya Dato' Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun kepada Abdullah, menggesa beliau berundur.

Protes dalaman Umno disusuli dengan surat Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang mengesa Umno mengadakan mesyuarat agung khas, bagi membincang masa depan parti itu yang berada di ambang kemusnahan.

Abdullah tetap enggan berundur

Kini, suara Mahathir, Mukhriz, Razaleigh dan lain-lain individu diulangi secara tegas dan terbuka oleh orang-orang Umno di seluruh negara.

Pertemuan yang diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Perak, jelas menunjukkan akar umbi Umno mahukan Abdullah meletakkan jawatan.

Cuma pertemuan pemimpin Umno dengan Umno Selangor dikatakan tidak sehangat negeri-negeri lain kerana Pengerusi Perhubungannya, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib sudah memberikan 'briefing' terlebih awal, melarang wakil-wakil bahagian menghentam Abdullah atau menggesa beliau berundur.

Walaupun usaha menyekat perwakilan mengkritik Abdullah dilakukan, ia tidak mampu menghalang 'tsunami' politik berlaku dalam Umno.

Bagi orang-orang Umno, jika Abdullah tidak mahu didesak meletakkan jawatan, Abdullah mesti mengemukakan pelan pengunduran atau transisi kuasa kepada Timbalannya, sebagaimana yang dilakukan Mahathir kepada beliau.

Mereka mahu Abdullah menyatakan tarikh pengundurannya. Abdullah tidak memberikan sebarang respon terhadap desakan mereka.

Abdullah berkata beliau tidak pekak dan mendengar semua kritikan itu. Namun bagi Abdullah, beliau berhak mempertahankan jawatannya Disember depan, kerana beliau mahu memperbaiki Umno sebelum menyerahkannya kepada orang lain.

Tetapi bagi anggota Umno di akar umbi, lagi lambat Abdullah menyerahkan kuasa, usia Umno untuk musnah semakin hampir.

Tidak ada jalan lain bagi mereka, jika Abdullah enggan berundur, maka Abdullah harus dijatuhkan.

Siapa bakal Presiden Umno?

Bagi orang-orang Umno, Najib memang merupakan calon yang terbaik bagi mereka untuk menggantikan Abdullah. Tetapi jika Abdullah menang besar dalam pemilihan Presiden, belum tentu kuasa itu akan diserahkan kepada Najib.

Najib sememangnya diketahui tidak akan menentang Abdullah. Walaupun orang-orangnya bangkit di seluruh negara, menggesa beliau menentang Abdullah, Najib tidak memberikan sebarang respon.

Maka jika Najib tidak berani untuk bertanding menentang Abdullah, siapa lagi di kalangan pemimpin tertinggi Umno yang berani?

Seorang lagi, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak akhir-akhir ini semakin vokal mengkritik Abdullah.

Bagi Muhyiddin, jika Abdullah tidak menentukan bila transisi kuasa akan dibuat, menjelang Jun ini (mesyuarat cawangan dan bahagian bermula), ada 'sesuatu' yang akan berlaku. 'Sesuatu' yang disebut beliau tidak dijelaskan secara terperinci.

Bagi penganalisis politik, walaupun ada kalangan Umno negeri yang menamakan beliau sebagai Timbalan kepada Najib, dalam politik, semuanya belum tentu. Tambahan pula, beliau tidak dilihat sebagai mewakili kumpulan Najib.

Muhyiddin mungkin sedar, jika Najib dipilih sebagai Presiden, orang nombor dua yang akan dipilih beliau, kemungkinan besar sepupunya sendiri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin kepada Najib, bagaikan Tun Hussein Onn kepada Tun Razak.

Maka, jika Abdullah sudah tidak relevan kepada Umno, Najib tidak boleh dipercayai, apakah Muhyiddin berani bertanding jawatan Presiden?

Penganalisis politik percaya, congak politik itu wujud pada pemikiran Muhyiddin, namun sejauhmana sokongan yang boleh diperolehi, beliau belum dapat memastikannya.

Maka calon terbaik untuk menggantikan Abdullah, terbaik dalam konteks ini, iaitu yang berani mencalonkan diri secara terbuka, ialah Tengku Razaleigh.

Mampukah Umno berubah?

Jika orang-orang Umno mahu mengubah partinya, sesiapa sahaja yang menentang Abdullah harus diberikan undi. Setakat ini hanya Razaleigh yang berani, khabarnya akar umbi Umno di seluruh negara sudah berani mencanangkan nama Razaleigh untuk dicalonkan.

Umno tidak akan berubah jika perwakilan hanya menjatuhkan Abdullah dan Khairy sahaja.

Keseluruhan pemimpin tertingginya termasuk Najib, Muhyiddin, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan sebagainya, turut harus bertanggungjawab.

Masalah besar yang dihadapi Umno sebenarnya tidak harus dilihat semata-mata daripada aspek menukar kepimpinan. Bukan juga soal kembali berkuasa penuh dalam negara.

Masalah sebenarnya yang dihadapi Umno ialah kuasa politik yang dibina kukuh selama lebih 50 tahun semakin pupus.

Justeru Umno hanya akan diterima rakyat jika, ianya kembali kepada landasan sebenar. Kembali kepada perjuangan asalnya. Kembali memperkukuhkan institusi bangsa yang mereka sendiri menghakiskannya.

Buat masa ini, semua pemimpin Umno sudah hilang fokus mereka dalam mentadbir negara, mereka hanya mencongakkan mesyuarat agung parti yang bermula Jun hingga Disember.

Masa lapan bulan selepas pilihan raya sehingga Disember, akan dihabiskan dengan konflik dalaman mereka. Buat masa ini masih belum nampak penyatuan kepimpinan Umno wujud.

Apa pun, sama ada jika Abdullah berjaya kekalkan jawatan, atau Najib menggantikannya, atau mungkin Muhyiddin, atau mungkin Razaleigh menjadi Presiden, belum tentu Umno dapat dipulihkan.

Jika pemimpin Umno tersilap langkah, barangkali juga menjelang PRU ke-13, sama ada tahun 2012 atau 2013 nanti, nama dan sejarah Umno akan tersimpan di dalam muzium. - mks.

Read More...

Perlu bertindak apabila Islam dihina

Kelate daily

Dilulus Oleh:kelate| Sunday, April 20 @ 21:56:47 MYT

Artikel agama KOTA BHARU, 20 April (Hrkh) - Kerajaan Kelantan menyambut baik cadangan pelbagai pihak memulau produk keluaran Belanda sebagai bantahan terhadap filem pendek Fitna dihasil seorang anggota parlimennya yang menghina Islam. -->-->


Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, umat Islam mesti serius dalam menangani isu seperti itu kerana sudah acap kali berulang dan ia seperti sengaja dilakukan pihak barat.

�Kita mesti melakukan sesuatu kerana mereka bertindak menghina Islam dan memperlekehkan Nabi Muhammad saw.

�Bagi kita walau pun filem Fitna itu dihasil dalam bentuk cerita pendek, namun kita amat terasa tercabar,� katanya pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.



Filem pendek yang menghina Islam itu dihasilkan seorang ahli Parlimen Belanda, Greert Wilders dengan menganggap Islam menggalakkan keganasan.
Ekoran itu pelbagai tampil membantah termasuk mencadang dipulaukan barangan keluaran Belanda. Cadangan serupa juga diajukan ulama terkenal Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi dan Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Mohamed Daud.

Ahmad berkata, filem Fitna dianggap sebagai perancangan jahat musuh Islam bagi mencetuskan provokasi apabila umat Islam di seluruh bangkit membantah.

Katanya, umat Islam perlu mengambil langkah lebih tegas terhadap kes penghinaan agama Islam yang sering berlaku kebelakangan ini.

�Kita bertanggungjawab mempertahankan agama Allah Taala dan syariat Islam. Ajaran Islam menganjurkan penganutnya berakhlak mulia seperti dilakukan Rasulullah saw.

�Ia bertepatan dengan firman Allah Surah Yunus, ayat 57 bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi pertunjuk hidayah untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman,� ujarnya.

Beliau juga berkata, teknologi yang dinikmati umat Islam hari ini berkembang selepas kelahiran Nabi Muhammad saw.

Ketua Eksekutif PKINK, Wan Yahya Wan Salleh berkata, beliau yakin pegawai dan kakitangan PKINK mampu menjadi pekerja yang memberi manfaat kepada jabatan dan keluarga.

�Kita perlu menghayati ajaran dibawa Rasulullah saw. Dengan mengikuti ajaran baginda semua kaum akan dapat menikmati rahmatnya,� kata beliau. - mj

Read More...

Ong dan Karpal tidak wajar pertikai hak Melayu

Mstar Online

20-04-2008 04:07:47 PM

PASIR PUTEH: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata MCA dan DAP tidak wajar mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu yang berteraskan Islam.

Beliau berkata hak keistimewaan itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara yang tidak perlu diungkitkan lagi.

"Bagaimanapun PAS menolak kalau ia semata-mata untuk kepentingan bangsa Melayu sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang air batu di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting dan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan titah ucapan Tengku Muhammad Faris Petra di satu seminar di Kuala Lumpur pada 12 April lepas mengenai ketuanan Melayu.

Kedua-dua pemimpin itu disifatkan sebagai keterlaluan dan cuba mengheret institusi RajaRaja Melayu ke kancah politik.

Sehubungan itu Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata parti itu tidak boleh menyokong kalau ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam.

"Lebih baik berkawan dengan orang Cina dan India Muslim yang taat kepada pegangan Islam," katanya.

Katanya kedaulatan tanah air wajib dipertahankan tetapi ia perlu diasaskan Melayu benar-benar memperjuangkan Islam.

Sementara itu Nik Aziz berharap kerajaan Pusat akan meneruskan projek-projek pembangunan sebagaimana yang dirancang sebelum pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Beliau berkata ia termasuk projek pembinaan jalan raya dari Kota Baharu ke Kuala Krai kerana kerajaan negeri sudah meluluskan pengambilan tanah untuk projek itu.

Bagaimanapun Nik Aziz berharap kerajaan negeri diberi kuasa melantik kontraktor-kontraktor yang berwibawa bagi melaksanakannya. BERNAMA

Read More...

Keris bukan punca kurang sokongan

Malaysiakini

Apr 20, 08 10:27am

Ketua pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa keris tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.

umno 2007 pemuda keris 061107 unsheath"Perkara ini dibangkitkan hanya bertujuan menakut-nakutkan pihak tertentu tambahan kita berada dalam negara majmuk dan untuk mempengaruhi adalah perkara biasa,'' beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita semalam.

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, beliau menyangkal laporan Malaysiakini kelmarin bahawa naib ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin mengakui isu keris menjadi satu daripada beberapa punca kemerosotan sokongan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu.

Hishammuddin berkata, berita-berita daripada laman web, blog atau khidmat pesanan ringkas (SMS) perlu diteliti terlebih dahulu kerana ia boleh menjejaskan perpaduan dan kredibiliti seseorang individu itu.

''Tak mungkin naib ketua saya boleh menyatakan sedemikian kerana dia sentiasa ada bersama-sama dengan saya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG ke-39 dan Pengisytiharan 110 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih.

Khairy dilaporkan memberikan kenyataan itu ketika ditemui pemberita di program retreat ahli-ahli parlimen BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Bagaimanapun, Khairy dalam laporan itu menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama kemerosotan undi BN.

Keris Panca Warisan

khairy jamaluddin in umno meeting kissing the keris 040906Sebelum ini dua akhbar bawah Kumpulan NSTP, yang dikaitkan dengan Khairy, Berita Harian dan New Straits Times menyalahkan Hishammuddin kerana menghunus keris 'Panca Warisan' selama tiga tahun berturut-turut mulai 2005.

Isu keris menjadi polemik besar selepas Astro membuat siaran langsung perhimpunan agung Umno pada 2006 sewaktu 'Panca Warisan' diarak masuk ke dewan dan kemudiannya dihunus dan dikucup oleh Hishammuddin.

Beliau menjulang keris bagi menunjukkan perjuangan Pemuda Umno mendaulatkan Agenda Melayu.

Bagaimanapun, tindakan Hishammuddin itu dikritik hebat oleh parti-parti komponen dalam Barisan Nasional dan yang paling lantang - Pemuda MCA dan Pemuda Gerakan.

Hishammuddin mempertahankan tindakannya itu dengan menyatakan menghunus keris bukan bererti seseorang itu mahu mengancam atau mahu menikam orang lain, ia hanya simbol semata-mata.

"Malah keris juga tidak boleh dikaitkan dengan satu-satu kaum sahaja," katanya dalam sidang media sempena perhimpunan agung Pemuda MCA pada Ogos 2006.

Dalam perhimpunan agung Umno 2007, Hishammuddin sekali lagi menghunus, mengucup dan menjulang Keris Panca Warisan tanpa menghiraukan bantahan keras dan meluas bahawa ia merupakan simbol 'pergaduhan' yang boleh menimbulkan keresahan antara kaum.

Malah, Khairy selaku naib ketua pergerakan itu mengisytiharkan selagi ada Pemuda Umno, Keris Panca Warisan akan terus dijulang selama-lamanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa sesiapa yang tidak berani menghunus dan menjulang Keris Panca Warisan adalah pengkhianat kepada Melayu dan Umno.

Read More...

BN punca jurang antara kaum semakin jauh.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat mengenai artikel di bawah yang mana ianya menunjukkan muda-mudi kaum Cina di Malaysia rata-rata tidak berpuashati dengan kerajaan Barisan Nasional (BN). Maka tidak hairanlah pada PRU12 yang lalu, mereka menterjemahkannya dengan mengundi pembangkang (pakatan Rakyat). Apa sebab dan puncanya? Adakah pemimpin UMNO, MCA dan MIC selama ini sedar bahawa dasar BN itu sendiri yang sebenarnya menyemai kebencian antara kaum dan ini jelas boleh menjejaskan perpaduan kaum dan mengganggu keharmonian negara kita.

Baca di artikel di bawah:-

Chinese in M'sia dissatisfied: study

Posted by orang kita at 2:16 AM

BN celaru

BN yang diterajui oleh UMNO gagal menyemai rasa hormat antara kaum di Malaysia. MCA yang kononnya mewakili suara kaum cina gagal untuk memperjuangkan nasib kaum cina di Malaysia kerana terpaksa akur dengan polisi kerajaan BN yang menekan kaum cina. Begitu juga dengan MIC yang mana suara ketidakpuashatian yang terpendam selama ini meledak melalui Hindraf. UMNO pula sering menipu kaum melayu kononnya pembela agama Islam dengan bertopengkan Islam Hadhari. Apa lagi yang rakyat mahukan dari kerajaan BN?? kerajaan pimpinan Pak Lah ini sememangnya gagal dalam memperjuangkan rakyat Malaysia. Kenapa??sebab kita dapat lihat kaum melayu semakin terabai, kaum cina merasa tertindas dan kaum india merasa terpinggir. Yang kaya dan bersatu padu adalah pemimpin-pemimpin BN yang melahap harta kekayaan negara di atas nama perpaduan. Rakyat jugalah yang merintih di bumi sendiri. Terpaksa menanggung akibat daripada kerakusan pemimpin-pemimpin haprak BN ni. Kenaikan harga minyak yang melampau, kenaikan harga barang kawalan menjadi-jadi walaupun dipantau, harga bayaran tol semakin naik dengan perjanjian rahsia Samy Vellu, pembelian jet peribadi, kapal layar, kos projek yang melebihi anggaran dan macam-macam lagi. Kalau disenaraikan, memang panjang dan rakyat memang sedia maklum tentang ini.

Umpama Bom Masa

Sebenarnya senario ketegangan kaum ini semakin lama semakin memuncak sejak pemerintahan Pak Lah. Saya dapat rasakan, kelemahan pentadbiran Pak Lah yang begitu ketara membuatkan rakyat meluat dan sakit hati. Kebencian kaum cina pada orang Melayu dapat kita lihat dengan lambakan kutukan kepada Melayu diforum-forum yang melibatkan pertembungan 2 kaum ini. Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan lagu Negarakuku yang dicipta oleh seorang anak muda cina bergelar Namewee. Lihat saja dibahagian komennya. Betapa dapat kita lihat orang cina dan melayu memberi komen yang menunjukkan tahap kebencian sesama mereka. Itu belum lagi tengok keadaan sekeliling kita lagi. Anak muda cina yang tidak fasih berbahasa melayu pun semakin ramai. Kerana apa???kerana kerajaan pimpinan ini tidak mendaulatkan bahasa melayu dalam penggunaan harian. Jumpa orang cina muda je,mesti kena bertutur Bahasa Inggeris. Tak percaya cuba pergi ke kawasan majoriti cina di Bukit Bintang. Nak beli barang, cakap bahasa melayu pun pelat tak faham. Terpaksalah kita guna bahasa inggeris. Ini menunjukkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia semakin terhakis. Perhubungan kaum di antara melayu, cina dan india dapat disatukan dengan bahasa. Senario sekarang sememangnya memerlukan langkah yang drastik. Jangan biarkan ia membarah di dalam jiwa rakyat Malaysia. Jika ia dibiarkan, maka tidak dinafikan peristiwa 13 Mei 1969 mungkin berulang sekali lagi. Minta dijauhkan.

Rakyat Minda kelas pertama

Dalam pada kita merasakan bahawa ketegangan kaum semakin memuncak, saya dapat rasakan ada juga rakyat yang berfikiran positif dan berhikmah dalam menangani isu ketegangan kaum ini. Mereka tidak akan melenting apabila mendengar atau membaca dari media yang selalunya mengapi-apikan permusuhan kaum ini. Media kerajaan memainkan isu-isu yang sepatutnya dibincangkan secara ilmiah. Mereka membuat kenyataan sebelah pihak yang lebih menjuruskan kepada kebencian seseuatu kaum dengan kaum yang lain. Sebagai contoh, media memainkan sentimen perkauman dengan menakut-nakutkan kaum cina terhadap Islam yang didokong oleh PAS. Media memburukkan orang melayu Islam yang menyokong PAS ini dengan gambaran yang ekstrem mirip kepada pengganas. Jika PAS buat hukum Islam, maka kaum cina dan india akan hidup tersepit. Kena ikut hukum Islam yang digambarkan akan memundurkan rakyat. Apa ini??media apakah ini???Sepatutnya media memainkan peranan dengan menunjukkan bahawa Islam itu indah. Ini tidak, media yang diterajui oleh orang melayu Islam sendiri yang menimbulkan kesangsian kaum lain terhadap Islam yang diterajui oleh orang melayu, kaum mereka sendiri. Di pihak bukan Islam pula, MCA dan MIC mengapi-apikan kaum cina dan india bahawa jika mereka sokong pembangkang, maka mereka sebenarnya menyokong hukum Islam tertegaknya di bumi Malaysia. Mereka ditakutkan dan diugut. Media kerajaan juga tidak memberikan ruang untuk PAS menerangkan tentang keindahan pemerintahan Islam ini. Tidak hairanlah, kaum cina dan india begitu memusuhi kaum melayu sama ada dari UMNO atau PAS. UMNO yang sedia maklum dibenci mengheret kebencian yang diberikan kepada mereka supaya turut diberikan kepada PAS. Dengan sentimen kebencian yang tidak sedari oleh pemimpin UMNO inilah membuatkan ketegangan kaum semakin memuncak. PAS jugalah yang memberikan penerangan kepada kaum lain bahawa pemerintahan Islam tidak menganiaya kaum lain.
Tetapi, rakyat kita sekarang kebanyakkannya mempunyai minda kelas pertama. Mereka tidak mudah mempercayai paluan gendang senget yang dimainkan oleh media kerajaan. Mereka akan mencari fakta dan cerita yang sebenar di sebalik cerita yang dilagukan oleh media kerajaan. Ini dapat dilihat dengan sokongan kaum cina dan india beralih kepada pembangkang pada PRU12 tempohari. Tahniah rakyat Malaysia!!!! Jadilah rakyat minda kelas pertama. Jangan menilai berita dengan nafsu amarah, tetapi nilaikannya dengan akal fikiran dan hikmah yang tersembunyi. Insyaallah, semua boleh bersatu di atas nama perjuangan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat bina Malaysia baru

Selepas PRU12, kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan menunjukkan bahawa rakyat sedar mereka telah dipermainkan oleh BN. BN sudah tidak relevan dalam segala segi. Rakyat bermindakan kelas pertama ini telah menghukum BN yang lebih kepada slogan retorik semata-mata. Kempen yang menggunakan media secara besar-besaran yang tak pernah terjadi selama ini membuatkan rakyat meluat dan benci kepada BN. "Makkal Sakhty" sering dilaung-laungkan oleh kaum india menunjukkan kebencian yang memuncak kepada BN dan ia telah pun diterjemahkan kepada undi kepada Pakatan Rakyat. Kaum cina juga tidak ketinggalan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat kerana kebencian yang memuncak kepada pemimpin UMNO yang rasuah, tidak bermoral dan menindas pemimpin kaum mereka. Juga kepada orang melayu yang bermindakan kelas pertama inilah berani memberikan undi kepada kepada Pakatan Rakyat dengan harapan Pakatan Rakyat akan membina Malaysia baru yang memperjuangkan mereka tanpa meminggirkan kaum lain. Dengan kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat, kami berharap agar ketegangan kaum yang memuncak umpama bom masa ini dapat dimatikan dan jadikan semua rakyat bersatu tanpa ada rasa prejudis antara satu sama lain. Ingatlah wahai pemimpin Pakatan Rakyat, kami rakyat akan memantau kamu. Jangan ambil kisah tentang media yang selalu melaporkan berita yang salah. Berita yang menimbulkan kebencian antara kami. Kami akan menggembleng tenaga kami melawan dajal elektronik kerajaan yang sering menaburkan fitnah. Apa yang kami perlukan adalah keikhlasan dan ketelusan pemerintahan dari kamu, wahai pemimpin Pakatan Rakyat. Bersama membina Malaysia baru. Insyaallah....


--------------------------------------------
catatan orangkita : 21 April, 8:20 am
http://sangpemantau.blogspot.com/
--------------------------------------------

Read More...

Chinese in M'sia dissatisfied: study

Electric New Paper

YOUNG ethnic Chinese in Malaysia are dissatisfied with the country's national and economic policies.

All this while youngsters are becoming more racially polarised.

So says a study conducted by the Centre for Public Policy Studies (CPPS) of the Asian Strategy and Leadership Institute and the National Young Lawyer's Committee (NYLC) of the Bar Council.

Racial and religious tensions, alarm over 'Islamisation' and alienation of the country's minorities were reflected in the ruling coalition government's worst-ever results in 8 Mar polls.


Voters swung in support of the opposition, depriving the ruling coalition of a two-thirds majority in parliament and handing over control of five states to the opposition, in protest against the Muslim Malay-majority government.
The CPPS said Malaysia's Chinese, who dominate the economy, feel that they have been unfairly treated by government policies favouring the Malays, reported the Associated Press.

'The Chinese do feel the most dissatisfied and most unfairly treated. This is something that the government needs to look at urgently,' the centre's managing director, Ms Tricia Yeoh, said.

The survey found 75 per cent of Malays say they have never been treated unfairly due to their race, compared to 45 per cent of Chinese and 49 percent of Indians.

The Chinese also feel that they have significantly less ownership of the country compared to other races and gave 'significantly negative responses' to economic policies,
Ms Yeoh said.

Only 42 per cent of Chinese believed government policies fostered national unity, compared to 85 per cent of Malays, the survey said.
The long-standing dissatisfaction and anger felt by Chinese and Indians culminated in the government's poor electoral results, Ms Yeoh said.

'Now we have the numbers and statistics to confirm the perception that the Chinese and the Indians were feeling unfairly treated in the country,' she said.

The survey interviewed 1,000 youths aged between 18 and 35 from both urban and rural areas across Peninsula Malaysia from July and August 2007.

Youngsters between the age of 18 and 24 in the country were also found to be more racially polarised, preferring to mix within groups of their own race, due to lack of interaction between the races in schools and universities.

Of the 1,000 respondents, most of the 300 rural respondents seemed to be more optimistic about unity in the country and gave higher ratings to issues of harmony and race, while urban respondents showed a greater level of dissatisfaction.

Mr Edmund Bon, from the National Young Lawyer's Committee which co-authored the report, said the government should change its 'superficial' national unity campaigns, which merely scratched the surface.'What we need to look at are the underlying problems... education policies, scholarship issues, quotas, both religious and racial policies, rather than the usual education campaigns and awareness programmes,' Mr Bon said.

Read More...

Ex-gratia kepada Salleh Abas hanya politik - DR M

Agenda daily



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikaitkan dengan krisis kehakiman 1988 menyifatkan keputusan kerajaan memberikan ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas hanya bersifat politik.

S
ehubungan itu, beliau mempersoalkan atas alasan apa keputusan pemberian ex-gratia itu diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bercakap pada satu majlis pertemuan dengan pelajar Malaysia di Manchester, England, beliau menolak tanggapan bahawa pemecatan hakim-hakim tersebut bercanggah dengan prosedur undang-undang yang telah ditetapkan.

“Kenapa bayaran pampasan ini perlu dibuat kerana keputusan (memecat hakim) dibuat mengikut undang-undang. Jika mereka boleh buktikan ia bercanggah dengan undang-undang, tolong buktikan kepada saya…sehingga kini mereka tidak dapat buktikan,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan membayar ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan yang dipecat ekoran krisis kehakiman pada tahun 1988.

Selain bayaran ex-gratia itu, Abdullah turut mengumumkan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman bagi meneliti dan membuat cadangan perlantikan hakim.

Mengulas mengenai penubuhan suruhanjaya itu, Dr. Mahathir berkata, cadangan penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak boleh dilaksanakan hanya dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Sebaliknya, menurut beliau, penubuhan itu melibatkan pindaan perlembagaan persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga daripada Ahli Dewan Rakyat.

Barisan Nasional kini hanya mempunyai 140 kerusi dan tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum yang lalu.

Bagaimanapun Dr. Mahathir secara sinis berkata, pindaan tersebut mungkin boleh dibuat kerana beliau yakin pembangkang akan turut sama menyokong cadangan berkenaan.

Dr. Mahathir pada sidang media itu juga berkata, keputusan pilihan raya umum yang lalu membuktikan rakyat sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan parti dan negara. – 20/4/2008

-------------------------------------


Bayaran ex-gratia bukan mohon maaf

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pembayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima lagi bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman pada tahun 1988 tidak harus ditafsir sebagai satu bentuk permohonan maaf dariapda kerajaan.

Sebaliknya menurut beliau, pembayaran itu dibuat sebagai pertimbangan kerajaan terhadap apa yang telah dilalui oleh bekas hakim-hakim tersebut.

“Pembayaran ex gratia bukan seperti melihat semula apa yang telah diputuskan. Ia tidak harus ditafsirkan sebagai sebarang bentuk minta maaf tetapi ini adalah cara kita mengambil pertimbangan apa yang mereka lalui, pengalaman peribadi mereka, kesusahan yang telah mereka rasai. Itu saja...jadi ia patut dilihat dari aspek itu. Ia tidak harus ditafsirkan lebih daripada itu,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara pengeluar kenderaan Chery Automobile Co Ltd dan Alado Corporation Sdn Bhd di Cyberjaya, hari Jumaat

Khamis malam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan selain daripada membayar ex-gratia kepada enam hakim kanan itu, juga akan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim untuk mencalonkan, melantik dan menaikkan pangkat hakim secara telus dan diwakili.

Selain Salleh, lima lagi hakim yang terlibat ialah Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed serta Datuk George Seah. – 18/4/2008

--------------------------------------------------------

PM ajak hakim yang dipecat dalam krisis 1988 ‘mara ke depan’



Suasana dalam dewan besar Hotel Marriot Kuala Lumpur Khamis malam memang cukup menarik.

Ada wajah tokoh-tokoh dari Barisan Nasional dan begitu juga dari parti pembangkang.

Ia bukan majlis politik tetapi jamuan makan malam Majlis Peguam.

Paling mencuri perhatian tentulah di meja utama.Di situ Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk semeja dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.

Hadir sama ialah Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh dan Datuk George Seah iaitu tiga dari lima Hakim-Hakim Mahkamah Agung yang dipecat semasa krisis kehakiman pada 1988.

Manakala dua lagi Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh diwakili oleh keluarga masing-masing.

Ini adalah kali pertama mereka hadir dalam satu majlis dengan seorang Perdana Menteri sejak dipecat dari jawatan mereka oleh sebuah tribunal hakim 20 tahun lampau atas alasan melakukan salahlaku kehakiman.

Pemecatan Salleh dan lima lagi hakim dikaitkan dengan keputusan mahkamah mengharamkan UMNO ekoran pemilihan jawatan Presiden UMNO antara Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun1987.

Abdullah yang menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara telah melantik Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kabinet selepas pilihanraya umum 8 Mac.Beliau diberi tanggongjawab khusus mencadangkan pembaharuan dalam badan berkenaan.

Kes klip video perbualan peguam Datuk VK Lingam telah mencetuskan berbagai andaian dan tandatanya mengenai kredibiliti badan kehakiman.



Abdullah telah menyampaikan ucap utama bertajuk bertajuk " Delivering Justice, Renewing Trust" yakni sampaikan keadilan,barui kepercayaan dimana beliau mengumumkan kerajaan akan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi mengenal pasti dan mencadangkan nama-nama calon hakim kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata Suruhanjaya itu akan membantu menilai dan menyemak calon dalam cara yang bersistematik serta amanah untuk Perdana Menteri, berasaskan kepada kriteria yang ditakrifkan dengan jelas.

Bagaimanapun, hak perlembagaan Perdana Menteri untuk mengemukakan nama-nama itu kepada Yang di-Pertuan Agong terus kekal, katanya.

Abdullah berkata kerajaan mencadangkan perubahan itu bagi menjadikan proses menamakan calon, pelantikan dan kenaikan pangkat lebih telus serta berperwakilan.

"Proses untuk membawa perubahan ini akan bermula sekarang dan saya memberi jaminan kepada anda semua di sini hari ini, bahawa rundingan mengenai fungsi dan struktur Suruhanjaya itu akan membabitkan pihak berkepentingan yang utama.

"Semua pihak akan mempunyai peluang untuk menyediakan input mereka kepada kerajaan," katanya.



Turut hadir di majlis itu ialah Zaid ,Presiden MIC Datuk S Samy Vellu,Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail,Naib Presiden PAS Nashrudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaajar serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.


Sebagai tambahan, Abdullah berkata kerajaan akan memulakan semakan terma perkhidmatan dan ganjaran badan kehakiman.

"Terdapat keperluan mendesak untuk menetapkan gaji dan imbuhan di tahap yang betul bagi memastikan bidang kehakiman dapat menarik serta mengekalkan bakat yang terbaik di negara ini," katanya.

Abdullah berkata perkara ini dan langkah lain yang akan diumumkan apabila tiba masanya, akan membentuk pakej perubahan yang menyeluruh bagi memperkukuhkan kapasiti serta kredibiliti badan kehakiman.

Sekalipun kerajaan menolak cadangan oleh Zaid agar kerajaan memohon maaf ekoran pemecatannya para hakim dalam ucapannya, Abdullah turut membayangkan bahawa kerajaan mengiktiraf sumbangan Salleh,Azmi, Eusoffe, Wan Hamzah, Wan Suleiman dan Seah.

Abdullah berkata sebagai gantirugi kepada hakim-hakim berkenaan, kerajaan memutuskan untuk memberikan bayaran ex-gratia kepada mereka.

"Tuan-tuan, saya tidak membuat anggapan untuk menyamakan sumbangan, penderitaan dan kehilangan dengan sekadar matawang, tetapi saya harap tuan-tuan dapat menerimanya sebagai satu sumbangan tulus ikhlas bagi memperbaiki apa yang telahpun berlaku," kata beliau.



Abdullah berkata bagi kebanyakan orang, peristiwa pada 1988 merupakan satu pergolakan dalam sistem kehakiman negara memandangkan banyak yang mempertikaikan kesahan dan prinsip moral prosiding yang berkaitan.

"Bagi saya, secara peribadi, saya merasakan ia adalah tempoh krisis yang negara tidak akan kembali pulih sepenuhnya. Sekali lagi, tuan-tuan dan puan-puan, ayuh kita mara ke hadapan.

Saya tidak fikir bahawa meninjau semula keputusan yang lepas adalah tindakan yang bijak atau membantu memandangkan ia hanya akan memanjangkan kesan krisis itu -- sesuatu yang negara kita tidak perlukan.

Rakyat mahukan pergerakan dan kemajuan, bukan persengketaan yang berterusan.

"Oleh itu, katanya, kerajaan ingin mengiktiraf sumbangan keenam-enam hakim ini kepada negara, komitmen mereka dalam mendukung keadilan dan mengakui penderitaan serta kehilangan yang telahpun mereka tempuhi," katanya.

"Bagi Tan Sri Eusoffe dan Tan Sri Wan Suleiman serta keluarga mereka, saya tahu bahawa sentimen ini dibuat terlalu lambat.

Bagi Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah dan Datuk George Seah, sungguhpun pengakuan ini dibuat 20 tahun terlewat, namun ia dilakukan dengan sepenuh harapan agar sedikit sebanyak penderitaan dan kehilangan itu dapat kembali sembuh," katanya dengan disambut tepukan gemuruh.

Sambil mengakui bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk memulihkan kepercayaan oang ramai terhadap badan kehakiman negara dan bagi memastikan agar keadilan dilaksanakan secara konsisten, Perdana Menteri berkata apa yang beliau umumkan malam ini merupakan permulaan bagi satu proses yang lebih panjang ke arah perubahan.

"Saya dengan rendah diri ingin meminta sokongan tuan-tuan kepada langkah yang akan diambil ini memandangkan keperluan untuk melakukan perubahan ini mungkin tidak jelas sepenuhnya bagi semua orang.

"Kerajaan telahpun memulakan segala-galanya. Kami telahpun memulakan langkah awal namun penting. Kini terserah kepada semua pihak yang berkenaan -- badan kehakiman, badan peguam, masyarakat madani dan orang awam keseluruhannya -- untuk turut menjalankan peranan masing-masing dalam mempermudahkan perubahan ini," katanya.

Abdullah berkata menjadi harapannya agar "kita dapat memulakan babak baru bagi badan kehakiman Malaysia".

"Menjadi harapan saya bahawa usaha ini akan menjadi sebahagian daripada proses yang lebih besar untuk terus memperkukuhkan institusi demokrasi kita, menyelesaikan langkah demi langkah masalah yang sukar diselesaikan yang menghalang pembinaan negara yang tulen. Marilah kita menulis babak gemilang dan baru ini bersama-sama," katanya.


Salleh yang ditemui para wartawan lepas majlis itu berkata,”Saya tahu saya tidak boleh menang daripada segi undang-undang di hadapan kerajaan terdahulu tetapi doa saya dimakbulkan hari ini kerana saya diberikan kemenangan moral.

"Jadi malam ini semua orang boleh mengatakan yang kemenangan moral kini diberikan kepada saya," kata beliau,

"Saya bersyukur kepada Allah kerana bersifat pengasih dan penyayang kepada saya, saya menunggu selama 20 tahun dan doa saya telahpun dimakbulkan,"ujarnya.



Zaid pula menyifatkan pengumuman Perdana Menteri berhubung penubuhan Suruhanjaya Kehakiman dan pemberian pampasan kepada enam hakim merupakan satu keputusan yang bijak dan berani Beliau mengharapkan suatu perubahan akan berlaku dan hubungan badan kehakiman akan kembali elok semula.

Ditanya samada usaha itu dilakukan beliau, Zaid berkata,"keputusan ini adalah keputusan Perdana Menteri, saya hanya membawanya sahaja."

Beliau juga harap agar keputusan yang dibuat tidak dijadikan isu politik sambil menganggap banyak hal yang berlaku dalam negara telah dipolitikkan.

"Perkara ini sebagai isu hak rakyat dan kalau nak buat isu ianya akan jadi macama-macam," katanya.

Sementara itu Wan Azizah Wan Ismail ketika diminta mengulas pengumuman tersebut berkata,"kehadiran saya pada majlis ini adalah untuk turut memberi sokongan pada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pengumuman penubuhan Suruhanjaya Kehakiman walapun ianya agak terlewat".

Bagaimanapun Wan Azizah berasa kecewa sedikit kerana Perdana Menteri tidak memberi apa-apa respon terhadap tuntutan agar pindaan mengembalikan kuasa badan kehakiman yang telah dipinda pada 1988.

Berhubung dengan pengumuman Perdana Menteri untuk memberi pampas an kepada enam orang hakim pula, Wan Azizah menyambut baik.

"Soal pampasan itu bukan suatu yang penting, apa yang dikesalkan ialah mereka terpaksa melalui keadaan itu selama 20 tahun," ujarnya.

Bernama melaporkan Kit Siang juga mengalu-alukan pembayaran ex-gratia kepada enam hakim berkenaan walaupun beliau menganggap ia tidak mencukupi.

"Kita mahu sebaik-baiknya satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara ini, bukan untuk membalas dendam tetapi untuk mengetahui apa yang berlaku dan kenapa ia berlaku sedemikian," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan keputusan untuk mewujudkan suruhanjaya pelantikan kehakiman itu memandangkan ia merupakan langkah awal ke arah mereformasikan sistem kehakiman di negara ini.

Samy Vellu turut menyambut baik keputusan itu memandangkan ia akan membawa imej yang baik kepada kerajaan dan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman negara.

"Ini sesuatu yang baik untuk kita semua dan orang ramai sudah semestinya mengalu-alukannya," kata beliau.

Sementara itu, Nasharudin Mat Isa berkata penubuhan suruhanjaya tersebut adalah batu loncatan ke arah proses pemulihan badan kehakiman yang dilihat sebagai pincang selepas melalui beberapa 'pencerobohan'.

"Saya secara peribadi berpendapat ia (sepatutnya) sudah lama dilaksanakan tetapi mungkin atas sebab-sebab tertentu, ia hanya diumumkan sekarang. Begitu juga dengan bayaran 'ex gratia' itu.

walaupun hanya dalam bentuk pampasan kewangan tetapi ia adalah satu usaha untuk memulihkan sistem kehakiman negara kita," katanya.

Ambiga Sreevasan pula berkata, pengumuman kedua-dua perkara itu adalah bukti bahawa tiada siapa yang berselindung lagi terhadap apa sebenarnya yang terjadi pada tahun 1988

itu.

Katanya, tiada apa yang perlu dikhuatirkan dengan penubuhan suruhanjaya berkenaan, sebaliknya ia adalah satu langkah yang amat wajar memandangkan semua pihak akan mendapat perhatian sewajarnya.

"Saya pasti semua pihak akan bersetuju dengan penubuhan ini dan bersedia bekerjasama pada bila-bila masa yang diperlukan. Jika didengar pada tepukan yang diberi tadi, ia begitu lama dan tidak berhenti. Itulah yang saya rasakan," katanya. 17/4/2008

Read More...

Malaysia bukan sahaja pengekspot babi, malah Judi dan Arak terbesar.


Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh MatStringer
Sunday, 20 April 2008


Sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport daging babi ke republik tersebut. Demikian dilaporkan oleh akhbar media perdana hari ini yang memetik Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM),

Beh Kim Hee berkata, cadangan itu dibuat kerana harga daging babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia.

Walaupun begitu itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Dr. Ibrahim Che Embong ketika diminta mengulas isu itu berkata, pihaknya belum menerima sebarang permintaan daripada para penternak babi berhubung penternakan besar-besaran untuk eksport ke China.

Dari segi dasar, ujarnya, hanya ladang ternakan secara moden yang dibenarkan ditambah manakala soal sama ada boleh atau tidak bilangan babi ditingkatkan terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Sebenarnya Malaysia telah lama memperolehi pendapatan dari ekspot kegiatan ekonomi haram (dari segi syarak) iaitu judi dan arak selain ekspot babi.

Nama-nama syarikat yang terlibat dalam industri judi dan arak serta rekod urusniaga mereka adalah seperti berikut:

Bil

Nama Syarikat

Tahun

Pendapatan
(RM juta)

Untung Bersih

Jenis Perniagaan

1.

Genting Berhad

1999

3,077,400,000

1,101,100,000

Kasino

1998

3,369,800,000

414,300,000

Perjudian

1997

3,822,000,000

771,300,000

2.

Resort World Berhad

1999

2,178,500,000

645,800,000

Pusat Hiburan dan Perjudian

1998

2,514,900,000

149,000,000

1997

3,038,700,000

867,300,000

3.

Magnum Corporation

1999

2,917,720,000

519,304,000

Empat Nombor Ekor Loteri

1998

2,958,231,000

-442,082,000

4.

Metroplex Bhd

1999

456,789,000

-88,980,000

Subic Bay Casino Perjudian atas kapal

5.

Leisure Management Bhd

1998

1999

794,126,000

1,952,683,000

64,739,000

78,958,000

Empat Nombor Ekor Lumba kuda

1998

2,106,039,000

17,599,000

Nombor Ramalan

6.

Berjaya Sports Toto Berhad

2000

2,339,894,000

254,474,000

Empat Nombor ekor

1999

2,195,411,000

442,127,000

Nombor Ramalan

7.

Guiness Anchor Berhad

1999

1,042,440,000

143,135,000

Minuman keras

1997

733,385,000

105,855,000

8.

Tanjong Public Limited Co

1999

1,892,953,000

185,517,000

Nombor Ramalan Lumba Kuda

1998

1,667,327,000

359,329,000

9.

Carlsberg Brewery Bhd

1999

842,330,000

137,935,000

Arak

1998

777,679,000

114,454,000

Malaysia telah pun menjadi negara pengekspot khidmat Judi terbesar di Asia selepas Macau. Berjuta-juta ringgit wang asing telah masuk ke Malaysia melalui kedatangan pelancong asing yang datang untuk berjudi di Genting Highland.

Genting telah menjadi operator kasino terbuka yang terbesar di Asia. Diantara 10 buah negara yang menawarkan khidmat Kasino dan judi, Genting menjadi kedua terbesar dengan 426 meja perjudian dan 3140 mesin slot judi.

Ramai yang kurang mengetahui bahawa permulaan industri judi Genting Highland berkait rapat dengan kerajaan Malaysia dan tokoh-tokoh UMNO. Catatan sejarah Bapa Judi Malaysia, Lim Goh Tong telah membuktikan perkara tersebut, sebagaimana catatan dibawah;

Pada
Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).

Pada hari bersejarah itu juga, Bapa Malaysia membawa satu berita gembira yang mengejutkan. Di dalam ucapannya, Tunku menyatakan berbangga dengan usaha saya membangunkan sebuat pusat peranginan tanpa bantuan Kerajaan, dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara.


Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan Kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino.


Industri arak juga bermula seiringan dengan industri judi. Syarikat pengeluar arak, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1969.


Kumpulan Carlsberg mencapai perolehan sebanyak RM929.7 juta pada tahun 2006. Peningkatan dalam perolehan ini disebabkan terutamanya oleh kenaikan harga selepas kenaikan duti eksais pada September 2005 dan kenaikan dalam jualan eksport.


Kumpulan Carlsberg mengekspot 15- 20% daripada pengeluarannya ke Maldives, Singapura danTaiwan

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |