Detik daily
Posted on Saturday, April 19 @ 11:24:15 MYT by reformis
Oleh Iskandar Abdul Samad
EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Selangor

Ingin saya menyatakan di sini bahawa saya telah ditafsir kerana tidak mungkin masalah sebesar ini (menurut rekod terkini Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor terdapat 139 projek) dapat diselesaikan di dalam masa yang singkat.
Sebarang penyelesaian perlu melibatkan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan yang mempunyai pelbagai kuasa untuk melindungi kepentingan pembeli, pemaju-pemaju di mana ada yang telah bankrap dan bank-bank.
Bagi pihak Kerajaan Negeri, kami akan memastikan perkara-pekara yang wajar dilaksanakan oleh agensi-agensinya akan dilaksanakan untuk memastikan pembeli-pembeli tidak terus dizalimi. Walau bagaimana ia memerlukan kerjasama dari semua pihak.
Buat masa ini, sama ada Kementerian atau / dan Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor, sedang mengadakan pemantauan terhadap projek-projek yang sakit atau lewat tetapi berpotensi untuk disiapkan. Ini dilakukan menerusi mesyuarat dari masa ke se masa bersama pihak pemaju, kontraktor, pembeli atau agensi-agensi yang berkaitan.
Ingin juga di sini saya menarik perhatian kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Perlesenan) 1966 (Akta 118), yang memperuntukan Menteri dengan kuasa perseorangan untuk melantik syarikat baru mengambilalih pemaju perumahan yang tidak memenuhi obligasi tanpa perlu merujuk kepada Menteri Kewangan terlebih dahulu [ Subseksyen 11(1)c ].
0 comments:
Post a Comment