+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, September 4, 2008

PAS 'tunggu dan lihat' 16 Sept

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Sep 4, 08 1:48pm

PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" perkembangan desas-desus ahli-ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan Rakyat seperti diusahakan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu Malaysiakini hari ini, parti itu belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung usaha penasihat PKR itu membentuk kerajaan persekutuan, yang dijangka akan berlaku menjelang 16 September ini.

"Kita tunggu dulu. Sekarang pun khabar angin. Khabar angin, (PAS) hendak mesyuarat macam mana?" katanya apabila ditanya sama ada parti itu akan menyertai kerajaan baru seperti ura-ura PKR.

Dalam wawancara di rumahnya di Shah Alam pagi ini, Mohamad berkata:

"Saya tidak kisah pada mereka yang yakin (pada usaha Anwar), tetapi secara secara peribadi saya nampak tidak berapa kuat kerajaan kita.

"Tidak kuat dan tidak berwibawa. Sebab dulu kita pun tidak setuju dengan dua ahli Semangat 46 yang melompat (kepada Umno) di Kelantan.

"Kita kata macam-macam kepada mereka. Jadi macam mana kita hendak tubuh kerajaan dengan orang melompat?"

Ditanya sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan langkah mantan timbalan perdana menteri itu, bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu berkata:

"Saya tidak kata (saya) tidak setuju. Saya tidak buatlah (rundingan). Saya pun macam orang lain, tunggu dan lihat."

Tambahnya, sebarang kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PAS menyokong usaha menarik wakil rakyat BN kepada Pakatan Rakyat adalah pandangan peribadi mereka dan tidak melambangkan keputusan parti.

Mohamad berkata lagi, tiada pemimpin PAS secara rasmi ditugaskan memujuk ahli-ahli parlimen BN meninggalkan parti pemerintah tersebut.

Beliau tidak mengetahui jika terdapat pemimpin PAS berbuat demikian atas kapasiti individu, tambahnya.

Read More...

Azilah dan Sirul mempunyai akses untuk seludup keluar bom

kosmo online


SHAH ALAM - Bahan letupan yang ditemui di tempat kejadian di mana wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dibunuh adalah milik Unit Tindakan Khas (UTK) dan bahawa Cif Inspektor Azilah Hadri serta Koperal Sirul Azhar Umar mempunyai akses kepada bahan berkenaan dan peluang untuk menyeludupnya keluar, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu semalam.

Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, dalam penghujahan semasa menutup kes pendakwaan, berkata Asisten Komisioner, Mastor Mohd. Ariff yang juga Timbalan Komander UTK, memberikan keterangan bahawa jenis-jenis bahan letupan yang disimpan di dalam stor UTK dan kedua-duanya telah mengikuti latihan asas mengenai bahan-bahan letupan.

Tun Abdul Majid berkata, Mastor turut menjelaskan mengenai penggunaan peralatan-peralatan lain seperti perentas peledak, cutting linear charge (CLC) dan kliker.

"Plastic explosives (PE), thunderflash dan stungrenade dikeluarkan bagi tujuan latihan dan tiada rekod mengenai jumlah letupan yang digunakan semasa latihan dan terdapat kemungkinan bahan-bahan letupan yang tidak digunakan tidak dikembalikan, kata beliau.

"Ia adalah berasaskan kepercayaan dan tiada pemeriksaan dilakukan di kediaman pegawai atau kakitangan lain-lain pangkat daripada segi peluru, senjata api dan bahan-bahan letupan," katanya.

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, kedua-duanya anggota UTK, dituduh membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi hari berikutnya.

Abdul Razak Abdullah Baginda, 47, seorang penganalisis politik pula dituduh bersubahat dengan mereka.

Read More...

Kenapa Mesti 16 September?


Ibrahimbaba

Kenapa perlu kita tukar kepada tarikh baru untuk meraikan kemerdekaan? Apa sial dan dosanya tarikh 31 Ogos yang telah diterima pakai dan disambut segenap lapisan rakyat serta diiktiraf secara rasminya sebagai tarikh Tanah Air kita merdeka dari jajahan British.

Benarlah bahawa pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak (dan juga Singapura) bersama Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) bersatu menjadi Malaysia. Tetapi apakah perlu kita tukar-tukarkan tarikh ini hanya kerana penambahan dua (tiga) lagi negeri menyertai kerajaan persekutuan?

Kita lihat amalan negara-negara lain. Apakah negara lain juga menukar-nukar tarikh keramat negara mereka setiap kali penambahan negeri atau wilayah dicapai?

Kita ambil contoh Amerika Syarikat. Tarikh 4 Julai dipilih sebagai tarikh kemerdekaannya. Walaupun pada tarikh tersebut sebenarnya meraikan tarikh pengistiharan kemerdekaan pada tahun 1776 tetapi ianya mulanya diistiharkan dua hari sebelum itu. Malah hanya pada 2 Ogos adalah tarikh sebenar kebanyakkan ahli kongress waktu itu menandatangani pengistiharan kemerdekaan. Dan lebih menghairankan lagi, pengistiharan kemerdekaan hanya diiktiraf 7 tahun selepas itu di bawah Perjanjian Paris (1783) – dan tarikh perjanjian ini tidak pula diterimapakai sebagai tarikh sebenar kemerdekaan mereka.

Semasa pengistiharan kemerdekaan dibuat, hanya ada 13 buah negeri sahaja yang bergabung. Satu demi satu negeri-negeri lain menyertai persekutuan Amerika Syarikat pada tarikh-tarikh yang berbeza. Namun, tarikh kemerdekaan mereka masih tetap kekal 4 July. Pada 1976, mereka menyambut secara besar-besaran ”bicentennial celebration” (200 tahun) mereka. Mereka tidak menerima pakai tahun 1959 tarikh terakhir Alaska dan Hawaii menyertai persekutuan mereka.

Kita ambil satu lagi contoh negera Vietnam. Tarikh 2 September diambil sebagai tarikh kemerdekaan mereka dari Jepun pada tahun 1945. Mereka tidak mengambil tarikh Amerika mengundurkan diri dari Saigon yang akhirnya menyatukan Vietnam Selatan dan Vietnam Utara.

Kalau hendak diambil kira tarikh 16 September sebagai tarikh kejayaan kita menyatukan Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Malaya, maka apakah tarikh baru patut kita raikan apabila tarikh sebenar negeri-negeri dikira Malaysia kini ialah selepas Singapura keluar Malaysia. Itulah tarikh baru sepatutnya. Itulah tarikh bermulanya persekutuan 13 buah negeri yang kekal hingga kini.

Kalau hanya sekadar memenangkan hati dua negeri baru yang menyertai persekutuan maka kita perlu cari pengertian baru untuk kita kenangkan tarikh penjajah akhirnya menyerah kuasa kepada rakyat tempatan selepas menjajah silih berganti semenjak 1511.

Sekian, IB

Read More...

Surat balas dari Geetha Ramachanderan


pinkturtle

Rakan blogger di http://perakexpress.com/?p=1516 mengingatkan agar tidak teruja dengan isu perkauman. web beliau memaparkan surat yang kononnya telah dihantar oleh sepasang suami isteri India kepada pihak tertentu yang memperlekehkan oran melayu. Surat tersebut sebenarnya telah diada adakan demi memporak perandakan negara Malaysia yang kita cintai ini. Berikut adalh e-emel yang saya perolehi dari piah yang dituduh menafikan penglibatan mereka:

From: geetha ramachanderan [mailto:sde_prop@yahoo.com]
Sent: Monday, August 11, 2008 2:31 PM
To: Azizan Hashim
Cc: sde_prop@yahoo.com
Subject: penafian_surat layang

Kepada semua yang menghantar e-mail kepada saya dan suami saya tentang surat layang
yang dihantar ke Pejabat tanah/daerah Hulu Langat. Pertama sekali saya ingin meminta maaf
ke atas perkara ini. Sebenarnya surat ini bukanlah ditulis oleh kami berdua dan ini adalah satu fitnah terhadap kami.

Ini mungkin ditulis oleh orang yang betul-betul cemburukan kami dan untuk menjatuhkan imej syarikat kami. Lagipun surat ini bukan hanya dihantar ke Pejabat Tanah Hulu Langat sahaja, tetapi juga ke semua Pejabat tanah & Daerah di negeri Selangor.

Kami telah membuat laporan polis tentang perkara ini dan polis sedang menyiasat kes ini. Orang yang tulis surat ini tak gunakan letterhead dan tiada tandatangan kami di surat dan ejaan nama saya juga salah di surat tersebut.

Lagipun kami bukanlah hidup mewah seperti yang dikatakan di surat tersebut. Kami hanyalah golongan sederhana yang bercita-cita untuk maju dalam perniagaan kami. Kami juga tidak berniat langsung untuk komplain mana-mana pegawai, sedangkan merekalah yang memberi kami peluang pendapatan. Kenapa perlu kami membuang pasir pada periuk nasi kami sendiri? Kita sudah hidup aman di negara kita, buat apa kami nak kutuk agama Islam atau

orang melayu dan juga pemimpin kita? Sekarang hidup kami sudah tak tenteram kerana menerima banyak gangguan daripada orang awam. tolonglah kami sebarkan message ini kepada semua orang yang maklum akan perkara ini dan

selamatkanlah kami berdua yang tak berdosa dan tak bersalah ini.

sekian terima kasih.

—————-end e-mail———-

Semoga kita tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya pihak tertentu yang mahu menjahanamkan negara demi mengekalkan kekayaan mereka.

http://alternate-enter.blogspot.com

Read More...

Lagi Laporan Rasuah Membabitkan Abdullah Ahmad Badawi

msomelayu

SATU laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung salahlaku Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa melakukan rasuah dibuat di ibu pejabat wilayah Persekutuan, di Bangunan Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

Laporan itu dibuat oleh Mazlan Harun bekas Exco Pemuda Umno bersama Ketua Umno Cawangan Bandar Muar, Kadar Shah Sulaiman Ninang Shah.

Laporan berkenaan dibuat ekoran sikap BPR dikatakan tidak membuat apa-apa tindakan ke atas laporan yang dibuat sebelum ini berhubung rasuah yang didakwa dilakukan Abdullah.

Presiden Umno, itu dikatakan telah melakukan rasuah menerusi Jasa dengan memberi wang dan peralatan sembahyang kepada ketua-ketua cawangan Umno bagi tujuan mempengaruhi mereka agar terus menyokongnya.

Perbuatan Abdullah itu bertentangan dengan etika pemilihan Umno (buku merah) yang ditetapkan.

Bersama laporan terbaru pagi ini bukti-bukti jelas termasuk tarikh dan orang yang menerima rasuah itu berserta gambar-gambar turut diserahkan kepada BPR. Berita lanjut akan menyusul. [wm.kl 2:00 pm 04/09/08]

Read More...

Awas Provokasi Rasis BN!


matsamankati

Perang mulut mengenai ucapan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera semakin panas. Dipanaskan lagi dengan penyertaan MCA. Tapi jangan lupa, tentang apa yang berlaku pada tahun 1987 diantara Najib dan Lee Kim Sai.

Kedua-duanya berperang dengan menggunakan hujah-hujah rasis yang menaikkan kemarahan Melayu dan Cina. Dan akhirnya, ketegangan kaum ini digunakan sebagai asas untuk melancarkan Ops Lallang. Najib lari ke Jakarta dan Lee Kim Sai lari ke Australia, manakala tokoh-tokoh pembangkang ditangkap dan dihumban kedalam Kem Tahanan Kamunting.

Drama yang sama cuba dilakonkan semula dan selepas isu Melayu-Cina, sekarang ditimbulkan pula isu India. Satu surat telah disebarkan untuk menaikkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang India. Surat yang menghina orang-orang Melayu ini dikatakan datang dari orang India, dengan harapan orang-orang Melayu akan marah.

Pandang kehadapan. Kita hanya mempunyai beberapa hari lagi untuk merealisasikan Harapan Baru Bagi Malaysia. Jangan kita sendiri termakan dengan propaganda rasis Umno dan Barisan Nasional, yang bertujuan untuk menggagalkan Rancangan 16 September ini.

Aku pastekan surat yang diterima.


OK -penama dalam surat di atas telah memberi penjelasan yang sebenar....baca di sini


Read More...

BN semakin Kelam Kabut, UMNO bukan perjuangan ‘Ugama dan Bangsa’ tapi untuk ‘Perut dan Kuasa’

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Tuesday, 02 September 2008

Perkembangan semasa seluruh Negara dengan berita-berita yang disiarkan Media Perdana sendiri, tidak dapat mengelakkan daripada ‘menelanjangkan’ percakaran antara parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi sebuah ‘gabungan kelam kabut’.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu mencadangkan format dan pengisian itu yang wujud sejak 1973 diubah bagi mengawal perpecahan yang sedang berlaku.

Pada 20 Jun lalu, Pemangku Presiden parti Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon secara berterus terang menegaskan golongan bukan Melayu tidak lagi menganggap BN memperjuangkan nasib mereka.

''Bagi mereka, BN telah didominasi oleh UMNO dan parti-parti komponen lain tidak mempunyai suara untuk memperjuangkan nasib kaum masing-masing.

''Amalan hanya seorang pemimpin iaitu UMNO yang berkuasa dalam BN perlu dihentikan bagi memulihkan kembali keyakinan bukan Melayu," tegas Tsu Koon.

Keadaan itu ditambah pula dengan kenyataan menghina kaum Cina yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Ahmad Ismail menyifatkan kaum Cina sebagai ‘setinggan’ yang menumpang di negara ini, kini menjejaskan perpaduan BN dan sokongan bukan Melayu kepada UMNO dan gabungan itu sendiri.

Manakala UMNO, parti yang menjadi tunjang BN semakin tidak relevan, dan terus menunjukkan belang sebenarnya kepada rakan-rakan kongsinya Gerakan, MIC dan MCA.

Di Kota Baharu, UMNO Kelantan meminta Gerakan berhenti mendesak supaya tindakan diambil terhadap
Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail berhubung satu kenyataan yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.


Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan Ahmad itu pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas bersifat peribadi seperti juga kenyataan beberapa pemimpin Gerakan yang mengugut untuk keluar BN sebelum ini.


Annuar berkata Gerakan mutakhir ini semakin jelas mengeluarkan kenyataan yang terus menggugat keharmonian BN.

Sebaliknya, di Pelabuhan Kelang sahabat baik UMNO dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA bersetuju dengan cadangan parti Gerakan supaya ahli politik dalam komponen Barisan Nasional (BN) dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan sekiranya ada mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.


Naib Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat berkata tindakan mengikut akta itu wajar dikenakan bagi mempertahankan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.


"Jika kenyataan seperti itu bukan merupakan pendirian parti berkenaan tetapi hanya tingkah laku individu tersebut, maka parti tersebut perlu mengenakan tindakan disiplin.


"Tindakan disiplin perlu supaya tidak beri rakyat satu gambaran yang salah," katanya kepada pemberita selepas melawat Westport Malaysia di sini hari ini.


Ong berkata demikian ketika mengulas cadangan Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon kepada Dewan Tertinggi BN supaya ahli politik BN dikenakan tindakan tersebut atau mana-mana undang-undang berkaitan jika mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Di Kuala Terengganu lain pula Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, kelam kabut menjawab dakwaan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fariz Musa bahawa lebih daripada seorang Ahli Parlimen di negeri itu akan menyertai PKR.

Tengku Putera sendiri yang sudah semakin tidak relevan kepada orang-orang UMNO di Hulu Terengganu berkata, setakat ini tidak ada bukti menunjukkan ada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Terengganu akan menyertai pembangkang seperti didakwa berlaku sebelum 16 September ini.

“Kita memang sudah lama mendengar mengenai khabar ini, dan kita juga telah mengambil tindakan memantau mengenai perkara itu sebagaimana dilaporkan agensi Bernama

“Bagaimanapun, hasil pemerhatian yang dijalankan setakat ini tidak ada bukti kukuh yang dapat mengaitkan ada Ahli Parlimen BN Terengganu yang akan lompat parti,” katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fariz Musa bahawa lebih daripada seorang Ahli Parlimen di negeri itu akan menyertai PKR.

Tengku Putera berkata perpaduan dalam UMNO Terengganu masih kukuh sedangkan arahan Perhubungan UMNO Negeri supaya tidak ada pertandingan peringkat Bahagian telah ditentang.

Sementara kejadian jenayah yang dilakukan oleh ahli-ahli UMNO semakin kritikal.

Bukan setakat jenayah rasuah yang sudah menjadi darah daging dalam UMNO, pelbagai lagi kesalahan yang dilakukan dari kepimpinan tertinggi UMNO sehinggalah kepada ahli-ahli di cawangan, dimana motif utamanya adalah ‘politik’.

UMNO kini dilihat oleh golongan muda seolah-olah sebagai ‘lubuk’ kemewahan yang menjanjikan laba dan keuntungan semata-mata, berbanding sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan nasib Ugama dan Bangsa.

Terbaru Ketua Pemuda Umno cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya, Mohd Rusihan Abu Yaziz @ Mohamad didenda maksimum RM2,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat laporan palsu berhubung politik wang dalam pencalonan parti.

Walaupun sebelum ini, hasil dari program post-mortem UMNO, beberapa syor telah diputuskan dan dicadangkan bagi membaik pulih UMNO dan BN.

Namun, sehingga kini, walaupun pemimpin-pemimpin UMNO menggunakan bahasa yang sebaik-baiknya menerangkan kepada orang ramai tentang kebaikan UMNO, ramai yang masih melihat mulut-mulut pemimpin UMNO hanyalah ‘terjuih’ dengan bahasa bombastik retorik.

Perjuangan UMNO bukan lagi untuk Ugama dana Bangsa tetapi untuk perut dan kuasa!

Read More...

MT UMNO perlu bertindak segera


Rais Yatim


PUTRAJAYA 3 Sept. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO digesa melakukan 'sesuatu yang drastik' bagi membendung kejutan-kejutan di luar budaya parti itu yang semakin membimbangkan dan dikhuatiri petanda 'keranapan' parti pejuang kemerdekaan negara itu.

Ahli MT, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil mengeluarkan gesaan itu kerana ahli UMNO kini tidak lagi menampilkan sifat budaya keMelayuan apabila banyak peristiwa tidak diingini berlaku semasa dan menjelang pemilihan tertinggi parti.

Antara yang cukup membimbangkan, kata beliau, ialah penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan.

''Bukan itu sahaja, ada ahli UMNO juga melakukan kejutan vandalisme, kalau ada poster parti lawan...ia dipotong.

''Di Segamat pula, ahli UMNO bergaduh hingga patah kerusi semasa mesyuarat cawangan. Pemilihan parti lebih sengit daripada pilihan raya. Ini berlaku di kebanyakan tempat di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

''Yang jelas ialah pengawasan UMNO di peringkat negeri tidak mampu... Jadi, lekas-lekaslah MT ambil tindakan agar semangat silaturrahim ini segera dipulihkan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rais merujuk kebimbangannya itu terhadap beberapa insiden melibatkan ahli UMNO yang dipercayai ada kaitan dengan usaha mengejar jawatan dan melobi pencalonan pada pemilihan parti.

Terbaru di Kota Bharu hari ini, Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di pekarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Azaha, 48, yang mengalami lecur di muka dan badan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.

Semalam, Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Noor Awang, 47, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merasuah Ketua Cawangan UMNO Taman Zaiton Indah, Sikamat Rezwat Shahril Zainal Ariffin supaya mencalonkannya untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Semalam juga menyaksikan kejadian pembunuhan Timbalan Ketua UMNO cawangan Bukit Merah, Taib Ali, 61, yang mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah.

Bagaimanapun polis masih menyiasat motif pembunuhan itu.

Beberapa insiden pertelingkahan termasuk kejadian membaling kerusi dan penggunaan wang juga dilaporkan berlaku semasa mesyuarat cawangan baru-baru ini.

Banyak pihak percaya ia akan menjadi semakin hangat menjelang pemilihan peringkat bahagian bulan depan dan pusat Disember ini.

Read More...

Koleksi Video - Penjelasan Ustaz Azhar tentang kes sumpah Saiful.

Ustaz Azhar - Losong Hj Mamat 16.08.08





"Pikir gok etek....kalo kita tak guna otak sama macam kambing beruk le kita...." - Ustaz Azhar


Read More...

Cakap Pak Lah ‘dok pakai’, Mercedes akan terus diguna pakai.

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin
Thursday, 04 September 2008


http://buletinonline.net/images/Berita10/cakappaklahdokpakai.jpg

Kerajaan Terengganu akan terus mengguna pakai 14 buah Mercedes E 200 Kompresor untuk kegunaan Exco dan Pegawai Kanan,
walaupun Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ia akan digunakan untuk pelancong VVIP dari luar negeri.

Sumber dalaman memberitahu kenyataan Abdullah tersebut adalah tidak munasabah kerana berapa orang pelancong VVIP dari luar negeri yang akan datang ke negeri Terengganu.

Oleh yang demikian, kereta-kereta tersebut tidak akan disimpan dibawah garaj sambil menunggu kedatangan pelancong VVIP, tetapi sebaliknya akan terus digunakan.

Menurut sumber itu lagi, empat Belas Buah Mercedes tersebut juga tidak akan dijual kerana nilai kereta tersebut telah berkurangan kerana ia telah digunakan oleh pihak ‘exco’.

Justeru dengan keputusan kerajaan negeri itu menjadikan kenyataan Abdullah berkenaan kereta tersebut adalah hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak akan diguna pakai oleh pihak kerajaan negeri.

Read More...

Tukar kepada Pakatan Rakyat untuk pulih ekonomi negara

Harakahdaily

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my

Thu | Sep 04, 08 | 10:44:24 am MYT

Dalam sidang akhbar pada 2 September 2008, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen beliau, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan, harga minyak akan diturunkan sehingga RM0.70 seliter daripada kenaikan harga mendadak seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa bulan lepas.

Anwar juga berjanji Pakatan Rakyat akan membentangkan bajet baru jika kerajaan baru dibentuk 16 September ini.

Prinsip utama Bajet Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan ialah untuk mengurangkan defisit, menurunkan cukai dan melaksanakan tender terbuka.

Dalam sidang akhbar khusus mengenai bajet di ibu pejabat KeADILan di Merchant Square, Tropicana itu, Anwar dengan tegas mengatakan Abdullah dan Kerajaan Barisan Nasional melakukan kesilapan besar dalam pentadbiran negara sehingga menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk.

Ketua Umum KeADILan itu juga mengkritik dasar kronisme atas nama 'bumiputera' yang diamalkan oleh Abdullah, apabila syarikat milik anak PM iaitu Scomi mendapat laba besar dengan penganugerahan projek menguruskan perkhidmatan awam di Lembah Kelang.

Kata Anwar, sejumlah RM35 Billion yang diperuntukkan, Pakatan Rakyat berjaya mengesan, siapakah yang memperolehi keuntungan besar.

Pada pendapat kalangan penganalisis ekonomi, bajet yang dibentang Abdullah yang digambarkan sebagai bajet prihatin rakyat, tidak mempunyai insentif untuk menarik pelabur.

Malah rakyat yang dikelirukan dengan pelbagai 'gula-gula', tidak menyedari bahawa sejak Abdullah mengambil alih kuasa, perbelanjaan operasi kerajaan meningkat berlipat ganda.

Rakyat tidak mengetahui fakta yang jelas

Berbalik kepada soal harga minyak yang dinyatakan, persoalan yang timbul kepada rakyat ialah, apakah penurunan harga petrol sebanyak RM 0.15 seliter baru-baru ini memadai?

Apakah pembentangan Bajet 2009 boleh dianggap sebagai suatu 'hadiah' daripada hasil kecekapan BN mentadbir negara?

Pemimpin Kerajaan Barisan Nasional sering menempelak rakyat, kononnya rakyat tidak memahami tanggungan kerajaan apabila mendesak harga petrol yang dinaikkan RM0.78 sen seliter terus dikurangkan.

Malahan pemimpin BN mempertikaikan hasrat Ketua Anwar untuk mengurangkan harga petrol bukan RM0.15 sen, tetapi pengurangan sehingga RM0.70 seliter.

Apakah janji Anwar untuk mengurangkan harga minyak mustahil untuk dilakukan? Mengapa Kerajaan BN tidak boleh menurunkan harga minyak?

Persoalan ini sering bermain difikiran rakyat. Rakyat terus terhimpit dengan kegawatan ekonomi yang menjerut kehidpuan hasil daripada kenaikan harga minyak.

Hakikatnya rakyat tidak mengetahui banyak fakta yang disembunyikan kerajaan kerana akaun syarikat milik kerajaan iaitu Petronas tidak pernah dibentangkan di Parlimen.

Petronas beroperasi di dalam dan di luar negara. Tetapi rakyat hanya mengetahui perjalanannya secara umum sahaja jika dilapor media.

Di dalam negara misalnya, rakyat tidak mengetahui berapa banyak pelantar minyak dan gas yang terletak diperairan Laut China Selatan iaitu berhampiran negeri Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Hanya secara umum diketahui beberapa buah syarikat pengeluar minyak seperti Petronas, Shell dan Exxon Mobil menjadi peneraju utama industri ini.

Di Malaysia Petronas telah diberi kontrak yang besar selaras dengan polisi kerajaan untuk mengutamakan syarikat tempatan.

Syarikat-syarikat minyak tersebut dasarnya mengikat perjanjian dengan kerajaan diatas setiap blok kawasan minyak dan keuntungan dari jualan minyak mentah dan gas akan dinikmati di antara mereka dan kerajaan Malaysia.

Dari hasil cukai ini dan pada harga minyak semasa, keuntungan mereka berlipat ganda dan akan bertambah sekiranya harga minyak dipasaran dunia meningkat.

Pendapatan lumayan hasil minyak

Pada amnya, kerajaan Malaysia memperoleh pendapatan yang sangat lumayan dari hasil petroleum, tetapi masih mengujudkan sistem yang dinamakan 'subsidi'. Kemungkinannya subsidi ini tidak wujud yang sengaja diada-adakan.

Subsidi adalah senjata atau alasan bagi kerajaan untuk merayu simpati rakyat supaya harga petrol dinaikkan.

Apakah negara seperti Singapura, Britain, Itali atau negara pengimport minyak lain mengambil langkah yang sama seperti Malaysia dengan mengujudkan sistem subsidi dalam menentukan harga minyak kepada rakyat?

Setakat ini subsidi bagi negara-negara berkenaan tidak diketahui wujud.

Bayangkan berapa banyak negara pengimport minyak tidak mengamalkan subsidi tetapi Malaysia sebagai salah satu negara pengeluar terbesar minyak di rantau ini ada 'sistem subsidi.'

Walaupun petrol di Britain berharga BP1.12 /liter, Itali - Euro 1.42 tetapi pendapatan perkapita mereka adalah 5 kali ganda berbanding Malaysia dan begitu juga Singapura, Australia dan New Zealand yang pendapatan perkapitanya 3 kali ganda.

Tapi kerajaan mengatakan minyak kita murah dan suka membandingkan harga dengan negara tersebut, walhal mereka tiada minyak pun, dan tidak pernah hendak membandingkan dengan negara pengeluar minyak seperti di negara-negara teluk yang ternyata lebih murah dari kita. Itu belum lagi dengan negara Brunei atau Venezuela.

Kalau kita gunakan kaedah 3P (Purchasing Power Parity) dengan harga minyak petrol di negara kita ini, petrol di Malaysia adalah antara yang termahal di dunia.

Menurut peta yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia - Malaysian Industrial Development Authortiy - MIDA, Malaysia mempunyai sejumlah 36 blok kawasan minyak dan 24 blok kawasan gas.

Ini bermakna setiap blok akan mempunyai pelantar untuk mengeluarkan hasil bumi tersebut.

Fakta ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak terbesar di rantau Asia Pasifik.

Persoalannya, dengan 36 pelantar minyak, apakah Malaysia hanya mengeluarkan cuma 680,000 tong sehari sebagaimana yang dinyatakan?

Berapakah pecahan jumlah pengeluaran minyak mengikut pelantar yang berkenaan?

Jika diandaikan pada sebuah pelantar minyak, Petronas mengeluarkan sebanyak 50 ribu tong sehari, bermakna pengeluaran minyak negara mencecah 1.8 juta tong sehari.

Kerajaan dan Petronas sendiri seharusnya telus dalam mengemukakan fakta ini kepada rakyat.

Ada pendapat mengatakan tindakan kerajaan mengumumkan Petronas hanya mengeluarkan 680 ribu tong sehari kerana Malaysia cuba mengelak dari termasuk di kalangan negara OPEC, di mana hasil pengeluaran akan dipantau dan terhad.

(Negara-negara anggota OPEC menghasilkan lebih dari sejuta tong minyak sehari).

Hari ini MISC (Malaysia International Shipping Corporation) adalah anak syarikat Petronas telah memiliki 24 buah kapal pengangkut gas cecair asli dan ini menjadikan ianya syarikat terbesar dunia dari jumlah kapal ini.

Ini membuktikan gas asli di negara kita sangat banyak tetapi kerajaan masih dengan alasan subsidinya untuk menaikkan harga.

Rakyat harus ketahui fakta yang jelas

Oleh itu cadangan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan harga kepada RM0.70 sen seliter sememangnya mempunyai asas dan wajar dilaksanakan untuk mengatasi impak inflasi.

Tambahan pula Bank Negara Malaysia sudah mengunjurkan kadar inflasi akan terus tinggi pada separuh kedua tahun 2008 dan berlanjutan hingga ke awal tahun depan 2009.

Kesan kenaikan harga bahan api akan menyebabkan peningkatan harga barangan keperluan yang semakin menjejaskan kesejahteraan kebanyakan rakyat.

Justeru antara usaha yang harus diambil untuk mengawal keadaan ini ialah, dengan membuat semakan atau review kembali kontrak dengan pengeluar minyak yang tidak menguntungkan.

Di Indonesia misalnya, syarikat pengeluar minyaknya Pertamina tidak mengambil ratio yang tinggi. Pembahagian hasil pengeluaran minyak di Acheh misalnya, Pertamina memperolehi 40 peratus, Kerajaan Indonesia diberi 20 peratus, manakala Kerajaan Wilayah Acheh diperuntukkan 20 peratus.

Kerajaan Malaysia harus menjelaskan secara telus kepada rakyat, berapakah pembahagian pulangan atau ratio daripada pengeluaran minyak yang dinikmati oleh Petronas?

Berapa pula pembahagian untuk Kerajaan Pusat dan berapa pula ratio yang diperuntukkan kepada negeri-negeri?

Rakyat harus diberitahu jumlah ini kerana minyak adalah harta negara dan hak rakyat.

Umumnya diketahui kerajaan negeri hanya menikmati royalti 5 peratus setahun, dari hasil pengeluaran minyak mereka. Di Terengganu misalnya, 5 peratus royalti minyak boleh mencecah RM1.3 ribu juta (mengikut kadar pengeluaran).

Pakatan Rakyat boleh turunkan harga minyak

Diandaikan jika Anwar Ibrahim menjanjikan royalti sebesar 20 peratus setahun, bermakna Kerajaan Negeri Terengganu akan memperolehi RM5.2 ribu juta setahun berbanding dengan kutipan hasil negeri di sekitar RM200 juta setahun.

Ini belum lagi peruntukan untuk Sabah dan Sarawak. Sudah tentu dengan pertambahan kadar royalti ini, ia akan membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih besar kepada negeri dan negara.

Dengan pengurusan ekonomi dari hasil minyak yang lemah, Kerajaan BN sebagai pentadbir di peringkat Persekutuan, juga dilihat gagal mengagihkan kekayaan negara kepada negeri-negeri lain.

Pakatan Rakyat boleh membawa kemakmuran kepada ekonomi negara. Antaranya dalam pengurusan minyak misalnya, ia perlu menyemak semula pembahagian kadar ratio yang diamalkan sekarang.

Selain memberikan 20 peratus kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak, sumber negara boleh diagihkan kepada negeri-negeri lain dalam bentuk peruntukan, projek atau pembangunan.

Langkah pengstrukturan semula pembahagian ekonomi hasil daripada minyak dan gas sebenarnya, boleh membantu rakyat memperbaiki kehidupan, sekaligus mengekang inflasi yang lebih teruk.

Perbincangan mengenai salah urus ekonomi negara hanya dibangkitkan dalam konteks ini sahaja. Ia belum lagi menyentuh soal bagaimana Kerajaan BN membelanjakan wang minyak dan bagaimana Petronas, sebagai sebuah syarikat milik kerajaan berbelanja hasil wang negara.

Hakikatnya sudah sampai masanya audit kewangan Petronas, bagaimana ia membelanjakan wang rakyat, kepada syarikat mana projek-projek Petronas diagihkan-agihkan dikemukakan secara terbuka dan telus.

Jika tidak ada sebarang bentuk penyelewengan, tidak ada yang hendak disembunyikan, kerajaan tidak perlu takut untuk mengemukakannya kepada rakyat supaya rakyat mendapat gambaran yang betul.

Apabila khazanah negara ini dapat diuruskan dengan betul, maka tidak ada pilihan bagi rakyat, selain untuk beralih kepada Pakatan Rakyat!

(Sebahagian utama teks artikel ini disiarkan di atas tajuk 'Petronas sembunyi fakta pengeluaran minyak?' dalam Harakah cetak bilangan 1372 yang kini berada di pasaran) - Editor

Read More...

Kes liwat: Dr Osman muncul hari ini

Malaysiakini

Sep 4, 08 12:21pm

Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, muncul hari ini untuk mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.

saiful bukhari azlan sodomy allegation anwar ibrahim medical report 300708Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu.

Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya - M Puravelan dan Yusri Kamaruddin - mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.

Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.

"Saya tidak terbabit dalam politik, saya sentiasa bercakap benar," kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.

Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.

Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.

Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.

Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.

Read More...

Dr. M rayu sokongan ubah pemimpin, pembangkang boleh hancur negara

Mstar Online

03-09-2008 10:57:02 PM
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Selepas empat bulan keluar dari Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terbuka meminta sokongan khususnya ahli-ahli Umno untuk membawa perubahan dalam kepimpinan negara dan kerajaan.

"Apa yang mungkin saya buat akan perlukan sokongan terutamanya daripada UMNO. Tetapi UMNO dan pimpinannya tidak boleh diharap. Mereka hanya berminat mengaut sesuatu untuk diri sendiri tetapi tak kira jika UMNO dan negara ini hancur.

"Apa yang ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional (BN) lain yang tidak puas hati dapat lakukan, dan yang telah pun mereka buat, ialah undi pembangkang untuk tunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap parti dan kerajaan," kata beliau menerusi tulisan terbaru dalam blognya, hari ini.

Dr. Mahathir yang keluar Umno Mei lalu berkata, ramai yang menyatakan sokongan untuk mengubah kepimpinan secara tidak langsung dalam blognya.

"Tetapi kebanyakannya nampak risau dan tidak mahu tinggalkan nama mereka. Biasanya mereka guna nama samaran. Jadi sokongan tidak begitu berkesan.

"Saya tak boleh lakukan semuanya seorang diri. Saya perlukan sokongan. Saya tak boleh pergi kepada Datuk Seri Abdullah, tangkap dia dan buang dia," katanya.

Beliau juga mendakwa, pihak pembangkang juga akan menghancurkan negara ini jika mereka menang dan tubuhkan kerajaan.

"Rakyat sebenarnya mendapat kerajaan yang padan bagi mereka, baik atau buruk. Jila mereka dapat kerajaan yang buruk, ini adalah oleh kerana mereka tidak sanggup bertindak untuk perbetulkan keadaan, tidak sanggup ambil risiko untuk mengalih kepimpinan kerajaan kepada yang baik," katanya lagi.

Dalam tulisannya itu, Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden Umno memberitahu, penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah hancurkan Umno, MCA, Gerakan, MIC dan BN.

"Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.

"Ahli kanan MCA, Gerakan dan MIC telah sertai pembangkang," kata beliau sambil menambah, dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lalu, ahli Umno dan BN tidak berani pakai baju dengan logo Umno atau BN.

"Mereka tidak berani letak pelekat atau bendera parti di kereta mereka. Rapat umum mereka diceroboh ahli PKR yang memakai logo parti dan ahli BN dan Umno duduk senyap seperti tikus bila belia PKR menjerit "bohong" semasa (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) berucap.

"BN berada dalam keadaan yang amat sedih. Tidak ada satu pun pemimpin yang berani. Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN," katanya.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |