+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, September 4, 2008

BN semakin Kelam Kabut, UMNO bukan perjuangan ‘Ugama dan Bangsa’ tapi untuk ‘Perut dan Kuasa’

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Tuesday, 02 September 2008

Perkembangan semasa seluruh Negara dengan berita-berita yang disiarkan Media Perdana sendiri, tidak dapat mengelakkan daripada ‘menelanjangkan’ percakaran antara parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi sebuah ‘gabungan kelam kabut’.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu mencadangkan format dan pengisian itu yang wujud sejak 1973 diubah bagi mengawal perpecahan yang sedang berlaku.

Pada 20 Jun lalu, Pemangku Presiden parti Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon secara berterus terang menegaskan golongan bukan Melayu tidak lagi menganggap BN memperjuangkan nasib mereka.

''Bagi mereka, BN telah didominasi oleh UMNO dan parti-parti komponen lain tidak mempunyai suara untuk memperjuangkan nasib kaum masing-masing.

''Amalan hanya seorang pemimpin iaitu UMNO yang berkuasa dalam BN perlu dihentikan bagi memulihkan kembali keyakinan bukan Melayu," tegas Tsu Koon.

Keadaan itu ditambah pula dengan kenyataan menghina kaum Cina yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Ahmad Ismail menyifatkan kaum Cina sebagai ‘setinggan’ yang menumpang di negara ini, kini menjejaskan perpaduan BN dan sokongan bukan Melayu kepada UMNO dan gabungan itu sendiri.

Manakala UMNO, parti yang menjadi tunjang BN semakin tidak relevan, dan terus menunjukkan belang sebenarnya kepada rakan-rakan kongsinya Gerakan, MIC dan MCA.

Di Kota Baharu, UMNO Kelantan meminta Gerakan berhenti mendesak supaya tindakan diambil terhadap
Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail berhubung satu kenyataan yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.


Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan Ahmad itu pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas bersifat peribadi seperti juga kenyataan beberapa pemimpin Gerakan yang mengugut untuk keluar BN sebelum ini.


Annuar berkata Gerakan mutakhir ini semakin jelas mengeluarkan kenyataan yang terus menggugat keharmonian BN.

Sebaliknya, di Pelabuhan Kelang sahabat baik UMNO dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA bersetuju dengan cadangan parti Gerakan supaya ahli politik dalam komponen Barisan Nasional (BN) dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan sekiranya ada mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.


Naib Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat berkata tindakan mengikut akta itu wajar dikenakan bagi mempertahankan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.


"Jika kenyataan seperti itu bukan merupakan pendirian parti berkenaan tetapi hanya tingkah laku individu tersebut, maka parti tersebut perlu mengenakan tindakan disiplin.


"Tindakan disiplin perlu supaya tidak beri rakyat satu gambaran yang salah," katanya kepada pemberita selepas melawat Westport Malaysia di sini hari ini.


Ong berkata demikian ketika mengulas cadangan Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon kepada Dewan Tertinggi BN supaya ahli politik BN dikenakan tindakan tersebut atau mana-mana undang-undang berkaitan jika mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Di Kuala Terengganu lain pula Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, kelam kabut menjawab dakwaan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fariz Musa bahawa lebih daripada seorang Ahli Parlimen di negeri itu akan menyertai PKR.

Tengku Putera sendiri yang sudah semakin tidak relevan kepada orang-orang UMNO di Hulu Terengganu berkata, setakat ini tidak ada bukti menunjukkan ada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Terengganu akan menyertai pembangkang seperti didakwa berlaku sebelum 16 September ini.

“Kita memang sudah lama mendengar mengenai khabar ini, dan kita juga telah mengambil tindakan memantau mengenai perkara itu sebagaimana dilaporkan agensi Bernama

“Bagaimanapun, hasil pemerhatian yang dijalankan setakat ini tidak ada bukti kukuh yang dapat mengaitkan ada Ahli Parlimen BN Terengganu yang akan lompat parti,” katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fariz Musa bahawa lebih daripada seorang Ahli Parlimen di negeri itu akan menyertai PKR.

Tengku Putera berkata perpaduan dalam UMNO Terengganu masih kukuh sedangkan arahan Perhubungan UMNO Negeri supaya tidak ada pertandingan peringkat Bahagian telah ditentang.

Sementara kejadian jenayah yang dilakukan oleh ahli-ahli UMNO semakin kritikal.

Bukan setakat jenayah rasuah yang sudah menjadi darah daging dalam UMNO, pelbagai lagi kesalahan yang dilakukan dari kepimpinan tertinggi UMNO sehinggalah kepada ahli-ahli di cawangan, dimana motif utamanya adalah ‘politik’.

UMNO kini dilihat oleh golongan muda seolah-olah sebagai ‘lubuk’ kemewahan yang menjanjikan laba dan keuntungan semata-mata, berbanding sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan nasib Ugama dan Bangsa.

Terbaru Ketua Pemuda Umno cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya, Mohd Rusihan Abu Yaziz @ Mohamad didenda maksimum RM2,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat laporan palsu berhubung politik wang dalam pencalonan parti.

Walaupun sebelum ini, hasil dari program post-mortem UMNO, beberapa syor telah diputuskan dan dicadangkan bagi membaik pulih UMNO dan BN.

Namun, sehingga kini, walaupun pemimpin-pemimpin UMNO menggunakan bahasa yang sebaik-baiknya menerangkan kepada orang ramai tentang kebaikan UMNO, ramai yang masih melihat mulut-mulut pemimpin UMNO hanyalah ‘terjuih’ dengan bahasa bombastik retorik.

Perjuangan UMNO bukan lagi untuk Ugama dana Bangsa tetapi untuk perut dan kuasa!

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |