msomelayu
SATU laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung salahlaku Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa melakukan rasuah dibuat di ibu pejabat wilayah Persekutuan, di Bangunan Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.
Laporan itu dibuat oleh Mazlan Harun bekas Exco Pemuda Umno bersama Ketua Umno Cawangan Bandar Muar, Kadar Shah Sulaiman Ninang Shah.
Laporan berkenaan dibuat ekoran sikap BPR dikatakan tidak membuat apa-apa tindakan ke atas laporan yang dibuat sebelum ini berhubung rasuah yang didakwa dilakukan Abdullah.
Presiden Umno, itu dikatakan telah melakukan rasuah menerusi Jasa dengan memberi wang dan peralatan sembahyang kepada ketua-ketua cawangan Umno bagi tujuan mempengaruhi mereka agar terus menyokongnya.
Perbuatan Abdullah itu bertentangan dengan etika pemilihan Umno (buku merah) yang ditetapkan.
Bersama laporan terbaru pagi ini bukti-bukti jelas termasuk tarikh dan orang yang menerima rasuah itu berserta gambar-gambar turut diserahkan kepada BPR. Berita lanjut akan menyusul. [wm.kl 2:00 pm 04/09/08]
Thursday, September 4, 2008
Lagi Laporan Rasuah Membabitkan Abdullah Ahmad Badawi
Posted by
Sang Pemantau
at
1:54 PM
Labels: msomelayu, Pak Lah undur, rasuah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Orang kalau dah tak suka seseorang, mereka akan berusaha untuk menjatuhkan orang itu dengan apa cara sekalipun... Itulah adat kehidupan yang sukar dibendung. Itulah yang terjadi kepada Pak Lah. Tetapi ada satu komen dari blog lain yang memberi komen, kenapa tak direport kepada ACA tentang khabar angin ahli MP BN yang nak lompat ke PKR? Sudah tentu mereka juga disogok dengan rasuah oleh Anwar kerana bukan mudah mereka nak lompat-lompat parti..
Post a Comment