+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Zaid terima kalah, salahkan ‘politik beli undi’.

Malaysia Insider

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

HULU SELANGOR, 25 April — Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahan dengan hati terbuka tetapi pada masa sama menyalahkan strategi “membeli undi” yang dilakukan Barisan Nasional sebagai punca kekalahan beliau.

“Sudah tentu apabila kalah kita tidak akan berasa gembira.

“Tetapi bagi saya itu tidak mengapa yang penting kita telah mencuba.

“Selain itu, dalam setiap pertandingan kita mesti menjangkakan sama ada menang ataupu kalah,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan di Stadium Mini Kuala Kubu Baru dekat sini.

Terlebih dahulu dalam ucapannya, beliau mengatakan kekalahnya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor berpunca daripada stategi BN yang “membeli undi”.

“Kita kalah kerana mereka (BN) menggunakan taktik kotor dengan membeli undi daripada pengundi.

“Kita perlu atasi masalah ini kerana apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya di hadapan kira-kira 300 penyokong PKR.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan rasuah dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung.

“Kita berdepan dengan mereka yang membeli dan menghalalakan undi tidak kira di waktu siang mahupun malam.

“Kita boleh lihat bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membelanjakan sehingga RM64 juta untuk membeli undi pada pilihan raya ini.

“Jadi saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.

“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Read More...

Wednesday, November 18, 2009

Amalan rasuah di Malaysia di pandang semakin menjadi-jadi

E-mail Print PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/image.jpg 
KUALA TERENGGANU - Negara kita, Malaysia sekarang dipandang lebih ‘rasuah’ daripada tahun sebelumnya, berdasarkan laporan terbaru Transparency International yang dilancarkan hari ini.

Laporan yang baru dibentangkan itu mendedahkan indeks persepsi rasuah global 2009 dimana pencapaian Malaysia telah jatuh 9 tangga ke bawah.

Read More...

Friday, September 4, 2009

RM10 juta hanya 2 jam, RM2,400 10 jam dan mati

Harakahdaily

Zulkifli Sulong
Fri | Sep 04, 09 | 12:43:55 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.

Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.

Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta.

Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA.

Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang RM2,400 sahaja.

Beliau kemudiannya ditemui mati di sebelah bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues.

Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera.

Image"Saya akan minta SPRM menjelaskan isu ini kepada kami segera," kata Salahudin yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.

Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat kontroversi ini.

"Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan.

"Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu.

Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah."

Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM.

Read More...

Wednesday, May 27, 2009

PKR mengaku tawar ganjaran

Berita Harian

Oleh Fazallah Pit, Norakmah Mat Youb
bhnews@bharian.com.my


PENGARAH pilihanraya PKR Dun Penanti, Saifuddin Nasution (kiri) mendakwa sokongan orang ramai di Penanti bertambah dengan menunjukkan graf sokongan di sidang akhbar semalam. - Foto Asman Ibrahim

Dua ahli minta calon Bebas Penanti tarik diri ganjaran

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mengaku dua ahlinya menemui dan menawarkan ganjaran kepada calon Bebas, Aminah Abdullah, supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pengarah Pilihan Raya PKR DUN Penanti, Saifuddin Nasution, bagaimanapun berkata tawaran itu dibuat berdasarkan hubungan rapat mereka dengan Aminah dan bukan mewakili parti.

"Saya menemui kedua-duanya dan mereka memaklumkan Aminah menjemput mereka makan tengah hari di rumahnya. Mereka menerima jemputan itu kerana menghormati Aminah sebagai sahabat lama mereka," katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini.


Kelmarin, Aminah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cakera padat (CD) mengandungi rakaman perbualan berhubung tawaran ganjaran wang tunai RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jika beliau menarik diri bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu juga mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, jika menang pilihan raya kecil itu dengan syarat menyertai semula parti berkenaan.

Tawaran itu didakwa dibuat oleh dua ahli PKR yang mengunjungi rumah Aminah di Jelutong, 13 Mei lalu.

AMINAH menyerahkan CD yang mengandungi gambar dan rakaman audio beberapa ahli PKR yang menawarkannya ganjaran kepada kakitangan SPR di Pejabat SPR di Komtar, Georgetown, semalam.

Aminah adalah antara tiga calon Bebas yang menentang calon PKR, Mansor Othman pada pilihan raya kecil Penanti Ahad ini yang diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairudddin.

Saifuddin juga berkata, peguam PKR, Ong Chin Wen sudah menghantar notis tuntutan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat Aminah terhadap parti itu.

"Kita sudah menghantar notis ke alamat calon terbabit. Notis itu bertujuan supaya Aminah menghentikan fitnah yang dilemparkan bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi. Kita memberi masa tujuh hari kepadanya (untuk menjawab notis itu)," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, yang dihubungi mengesahkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu selepas Aminah membuat laporan kelmarin.

"Apabila ada laporan sudah tentu kami perlu membuat tindakan susulan iaitu menyiasat. Beberapa individu akan dipanggil bagi memberi keterangan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Aminah menemui dua pegawai SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Butterworth, bermula jam 4 petang hingga 10 malam kelmarin, beberapa jam selepas beliau membuat pendedahan kepada media mengenai tawaran PKR itu.

Pada pertemuan itu, Aminah menyerahkan dekoder MP4 yang mengandungi rakaman perbualan berkaitan tawaran PKR kepadanya. Dekoder itu mengandungi perbualan dalam tiga pertemuannya dengan dua ahli PKR.

Semalam, Aminah turut menyerahkan sekeping cakera padat (CD) dan tiga cetakan gambar pertemuannya dengan ahli PKR itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang di sini.

Aminah yang ditemui pemberita, mengakui kedua-dua ahli PKR itu memang kawan baiknya, tetapi beliau terpaksa membuat pendedahan itu selepas dicabar Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mohamed Zahrain Hashim.

"Mereka mungkin faham mengapa saya buat rakaman. Hanya langkah berjaga-jaga. Malah, mungkin mereka juga membuat rakaman kerana ia memang tabiat orang PKR," katanya.

Read More...

Tuesday, May 26, 2009

Aminah dedah bukti PKR sogok

Malaysiakini

Wong Teck Chi | May 25, 09 11:01am

Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

aminah abdullah penanti by election dvd proof of pakatan corruption 250509 04Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Tambahnya, seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menggunakan slogan "Ke Arah Keadilan Sebenar", Aminah bagaimanapun tidak menamakan dua pemimpin PKR tersebut.

Beliau juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.

Mansor akan dilantik kepada jawatan nombor dua kerajaan itu bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut dan ADUN Penanti bulan lalu.

Aminah, yang berlambangkan kunci, mendedahkan buktinya - dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang media di Penanti.

aminah abdullah penanti by election cd dvd vcd proof pc 250509 02Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut.

Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu.

Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua semalam menafikan parti itu cuba menyogok Aminah dan mencabar calon itu agar membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan SPR.

Hari ini, Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan menghantar segera surat peguamnya kepada Aminah agar menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf.

Read More...

Dakwaan Aminah: SPR mahu kaji bukti terlebih dahulu

BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji bukti-bukti yang akan dikemukakan oleh calon Bebas, Aminah Abdullah berhubung dakwaannya ditawarkan ganjaran oleh wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menarik diri daripada bertanding di Penanti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya perlu meneliti setiap bukti yang diberikan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut mengenainya.

"Kita akan kaji dulu apa bukti-bukti yang beliau akan berikan, kita perlu pastikan kedudukan sebenar perkara ini mengenai apakah tawaran-tawaran yang dimaksudkan serta siapa yang terlibat.

"Perkara ini akan dirujuk kepada penasihat undang-undang parti," katanya kepada mStar Online.

Abdul Aziz berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Aminah yang akan melaporkan mengenai tawaran yang diterimanya itu kepada SPR sebagai badan pengurus pilihan raya untuk mengambil tindakan susulan.

Aminah akan membuat laporan tersebut di pejabat SPR Pulau Pinang di Komtar esok.

Pagi tadi Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 sebagai ganti rugi dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ditanya sama ada penyertaan calon PKR, Mansor Othman akan terbatal jika SPR mendapati dakwaan Aminah itu benar, Abdul Aziz berkata perkara tersebut tidak dapat diputuskan buat masa ini.

"Kita tak boleh ramalkan apa-apa lagi, kita perlu teliti dahulu sebelum buat keputusan," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan untuk merujuk kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tengoklah dulu macam mana nanti, kalau perlu kita rujuk mereka (SPRM) juga," katanya.

Read More...

Wednesday, March 25, 2009

Rasuah Umno : Mana kelibat Ezam dan Gerak?

Harakahdaily

WAN NORDIN WAN YAACOB

Wed | Mar 25, 09 | 3:37:33 pm MYT

Persidangan Agung Umno telah pun bermula, lagak bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak membuka tirai perasmian sidang Wanita, Pemuda dan Puteri semalam nampak gah dan bersemangat.

Persidangan kali ini merencahkan pelbagai kesukaran kepada Umno selaku parti yang dilihat sedang terumbang ambing.

Pertamanya kerana pukulan maut pilihan raya umum ke-12 dan dua pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu serta Permatang Pauh yang menatijahkan kekalahan besar kepada Umno/BN.

Namun paling menazakkan Umno ialah perihal rasuah dan penyelewengan yang bergelumang dalam parti nasionalis itu.

Pendakwaan ke atas Dato' Norza Zakaria dan beberapa ketua bahagian pada peringkat awal dilihat hanya sekelumit sahaja 'episod rasuah' yang berlaku.

Namun, apabila beberapa nama besar seperti Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dikaitkan dengan rasuah dan dengan Ali sudah pasti dikenakan larangan bertanding kerana rasuah, gelombang semakin besar berlaku.

Paling tragis, Lembaga Disiplin Umno dikatakan membuat keputusan terpilih dalam kes Ali dan Khairy, walaupun kedua-duanya nyata rasuah melalui agen mereka.

Namun, segala keputusan Lembaga Disiplin Umno ini pastinya membibitkan perpecahan kerana disatu pihak (Kem-Abdullah) pastinya merasai mereka teraniaya, sementara di pihak lain (Kem Najib) kononnya mahu membuktikan mereka bersih.

Walhal, seperti kata beberapa ahli umno semua kumpulan sama sahaja cuma kumpulan yang satu ini kini mempunyai kuasa.

Betapa hebat pun perihal rasuah dalam Umno dilaporkan media, namun kelibat penentang rasuah nombor satu negara yang pernah menjadikan motto 'rasuah musuh nombor satu negara' masih tidak kelihatan mengulas atau membicarakan perihal ini.

Apakah individu tersebut sudah mula 'sedar' akan parti yang disertai semula itu sebenarnya sebuah parti yang menentang gagasan beliau sewaktu menubuhkan Gerakan Anti Korupsi (Gerak)?.

Beliau yang dimaksudkan ialah bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor yang sejak isu rasuah dalam terdedah hanya diam membisu.

Adapun Gerak yang diperturunkan Ezam kepada anak didiknya, Mohd Nazree Yunos hanya mampu mengeluarkan kenyataan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.

Walhal dalam kes 45 ekor lembu membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Nazree menjadi orang pertama yang melaporkan kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan tersebut.

Nazree dan beberapa rakan mahasiswanya melaporkan sendiri kes tersebut kepada SPRM, dan disambung dengan pelbagai kenyataan kecaman terhadap Khalid.

Natijah laporan itu, Khalid sendiri telah menyaman Nazree selaku Pengerusi Gerak berikutan dakwaan melampau kononnya Khalid menyalahgunakan harga kerajaan.

Saman itu difailkan melalui tetuan Sankara N Nair di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam (24 Mac 2009).

Namun dalam kes rasuah membabitkan Umno termasuk yang telah disahkan rasuah (Ali Rustam) oleh Lembaga Disiplin Umno, Gerak atau Nazree hanya berdiam diri.

Tidak ada sebarang usaha untuk mengemukakan laporan, walhal amat dikehatui umum bahawa Gerak kononnya mempunyai sumber dalaman yang cukup bijak mendapatkan maklumat.

Seperkara lagi persoalan yang juga akan timbul samada engasas Gerak akan membela nasib anak didiknya yang kini berhadapan dengan saman dari Khalid, atau Nazree akan terus bersendirian menghadapinya.

Rakan lama Ezam sewaktu menubuhkan Gerak, Badrul Hisham Shaharin sendiri ada menyatakan perihal Ezam dalam hal ini.

Yang pastinya kata Badrul Hisham, Nazree akan tahu siapa sebenarnya mentornya itu selepas ini, dan perihal rasuah dalam Umno pastinya suatu pengajaran kepada Gerak. _




Read More...

Wednesday, March 4, 2009

'Seret ke mahkamah, saya dedah Najib'


Malaysiakini

Mar 4, 09 11:56am

Seorang pemimpin PKR mencabar polis menyeretnya ke mahkamah agar dapat mendedahkan butiran dakwaan percubaan Datuk Seri Najib Razak merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Perak.

"Saya bersedia untuk ke mahkamah di mana saya akan berpeluang mendedahkan semua bukti yang saya ada termasuk rakaman tentang perbualan dan perbincangan saya tentang isu membeli Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan yang diusahakan oleh Najib," kata ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda.

"Saya mendesak polis agar segera mendakwa saya di mahkamah adalah kerana saya tahu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis pasti tidak akan mendakwa Datuk Seri Najib di mahkamah terhadap apa yang telah saya laporkan.

fauzi lodge macc report in ipoh 040309"Jadi jika mereka mendakwa saya, itulah saja jalan yang terbaik untuk saya berdepan dengan Najib di mahkamah dan mendedahkan segala bukti-bukti yang ada pada saya terhadap rasuah dan pembelian Adun yang melompat parti dan menyokong BN."

Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau juga mendakwa SPRM tidak berminat menyiasat aduannya atau mengambil tindakan terhadap timbalan perdana menteri.

Sebaliknya polis seolah-olah diarah untuk bertindak terhadapnya berhubung akuan berkanun yang mengandungi butiran dakwaan tersebut, kata Fauzi lagi.

"Saya telah dipanggil oleh pihak C Team Ipoh pada 10 Februari 2009 untuk diambil keterangan.

"Tetapi selepas itu saya berkali-kali dihubungi oleh pihak polis untuk datang memberi keterangan tambahan kepada mereka," katanya.

Tambahnya, kelmarin beliau diminta ke Cawangan Jenayah Berat polis Ipoh untuk diambil keterangan berhubung akuan itu.

Dalam akuannya bertarikh 2 Februari lalu, Fauzi mendakwa Najib menawarkan sejumlah besar wang untuk memujuknya melobi dua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti.

Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di Putrajaya beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lepas.

Fauzi mendakwa, beliau ditawar RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.

Sehubungan itu, Fauzi mempertikaikan motif dan tujuan polis menyiasatnya dalam kes tersebut sedangkan akuan berkanun yang dibuatnya itu untuk tindakan SPRM.

Katanya, beliau amat kecewa kerana polis bertindak di luar bidang siasatan kerana pihak Najib sendiri tidak membuat laporan terhadapnya.

"Sehubungan dengan ini, saya ingin menegaskan dan mendesak pihak polis yang cukup serius menyiasat akuan bersumpah saya itu, agar segera mendakwa saya di mahkamah," tambahnya.

zainal abidin zin pc 030209 02Bekas timbalan menteri pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin mengesahkan memang ada pertemuan antara Najib dengan Fauzi pada 11 Mac tahun lalu seperti didakwa.

Beliau - yang turut dinamakan dalam akuan berkanun Fauzi - bagaimanapun tidak mengetahui butiran perbincangan antara pemimpin PKR itu dengan timbalan presiden Umno.

Menurut Zainal lagi, perbincangan itu diadakan di tempat terbuka di kediaman rasmi Najib - waktu itu menteri pertahanan - tetapi tidak mendengar perbualan Fauzi itu kerana terdapat ramai orang di situ.

Zainal juga mengakui beliau menaiki kereta yang sama dengan Fauzi dan seorang rakannya Sulaiman Mansor, yang juga seorangan rakan Fauzi.

Bagaimanapun, tegasnya, beliau tidak mengenali Fauzi dan tidak mengetahui yang Fauzi seorang pemimpin PKR.

Read More...

Sunday, March 1, 2009

Pemberian RM300 Masih Misteri

Buletin Online

Written by Editor
Sunday, 01 March 2009 17:08
http://buletinonline.net/images/berita/duitc.jpg
Pada 16 Januari, 2009, sehari sebelum hari mengundi ketika pilihanraya kecil Kuala Terengganu, lebih sedozen wartawan diminta menuliskan nama, organisasi dan nombor telefon mereka diatas sehelai kertas kosong.(Gambar - wartawan berkenaan membuat laporan polis)


Permintaan tersebut dibuat oleh pegawai yang bertugas di Pusat Media kerajaan UMNO/BN di jalan pejabat Kuala Terengganu.

Sekitar jan 3.50 petang, hari yang sama, setiap wartawan telah diberikan sekeping sampul surat putih yang mengandungi enam keping wang kertas RM50.

Beberapa wartwan telah memulangkan semula sampul surat tersebut kepada petugas di puast media itu.

Namun, dua wartawan dari portal berita berbahasa Cina Merdeka Review telah membuat laporan di balai polis Kuala Terengganu.

Dalam laporan mereka, dinyatakan nama pegawai pusat media yang telah mengagih-agihkan sampul surat putih berisi wang itu.

Mereka kemudiannya dimaklumkan kes tersebut dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Ahli Parlimen Serdang, Puan Teo Nie Ching telah menghantar soalan kepada parlimen untuk meminta penjelasan samada daripada Perdana Menteri atau Menteri Kewangan.

Soalannya berbunyi seperti berikut;
Meminta Perdana Menteri menyatakan atas arahan siapa pegawai bertugas memberi sampul surat yang mengandungi RM300 kepada wartawan-wartawan di pusat media Kuala Terengganu pada 16 Januari 2009 dan apakah tindakan/siasatan yang telah ataupun akan diambil ke atas insiden ini.

Soalan tersebut telah ditolak dengan alasan kerana dikatakan melanggar peraturan 23(1)(c) ‘Standing Order’;
A question shall not contain any argument, interference, opinion, epithet or misleading, ironical or offensive expression nor shall a question be frivolous or be asked seeking information on trivial matters.

Sehingga sekarang setiausaha dewan rakyat masih tidak memaklumkan bagaimana soalan itu dikatakan melanggar peraturan 23(1)( c).

http://buletinonline.net/images/berita/duitd.jpgMungkin Menteri Penerangan merasakan soalan tersebut terlalu ‘mengganggu’ untuk di jawab !

Menteri Penerangan melalui Setiausaha akhbarnya Hisham Abdul Hamid telah menafikan membuat apa-apa bayaran kepada wartawan yang membuat liputan PRK Kuala Terengganu.

Beliau mengatakan Kementerian itu tidak pernah mengarahkan mana-mana pegawai melalukan perbuatan sedemikian.

Persoalannnya, dari mana datang wang itu ?

Apabila timbul persoalan sumber wang tersebut, mengapa pegawai di pusat media tidak boleh memberi apa-apa jawapan, mengapa?

Adakah sampul surat itu jatuh dari langit, umpama buah durian yang jatuh?

Adakah pegawai di situ menjadi Santa Claus tiba-tiba pada hari itu yang mengagih-agihkan wang 'hadiah' tersebut ?

Kewartawanan Sampul surat


Pada Okt 2008, Menteri Penarangan, Shabery Cheek menghebahkan, Mlaysia tidak mengamalkan ‘kewartawanan sampul surat’, amalan biasa di negara-negara membangun dimana wartawan dibayar untuk menonjolkan satu-satu berita.

Kurang tiga bulan, kenyataan Shabery ternyata meleset apabila amalan tersebut berlaku di pusat media Kuala Terengganu.

Bagi membersihkan namanya dan nama kementeriannya, apa yang perlu beliau lakukakn sebenarnya adalah mengambil langkah untuk menyiasat pemberian sampul surat tersebut dan memberitahu rakyat siapakah yang mengarahkan pemberian wang itu.

Menjadi kepentingan juga kepada Shabery untuk membuktikan kerajaan Barisan Nasional sedang bersungguh-sungguh melawan rasuah, bukan hanya Pak Lah atau sesiapa?

Menteri Penerangan pasti tahu, apabila membuat siasatan, siapakah pegawai yang memberikan wang tersebut dan beliau boleh memecat pegawai berkenaan kerana memberi sampul surat sogokan kepada wartawan.

Namun sedihnya, tidak ada satu tindakan pun yang dibuat oleh Shabery !

Dunia kewartawanan dan para pencinta keadilan juga patut merasa sedih kerana pada 20 Mac,2009, SPRM menyatakan siasatan tidak diteruskan kerana wartwan gagal mengenalpasti siapakah yang memberi sogokan itu.

Sedangkan secara jela, menurut wartawan yang membuat laporan polis, mereka mencatatkan nama pegawai di pusat media yang memberi mereka wang sogokan itu !

Selain itu, berpuluh-puluh wartwan lain yang menerima sampu; surat berisi wang tersebut. Apa susahnya hendak mengenalpasti siapakah yang memberikan wang itu.

Pasti SPRM tidak memanggil wartawan-wartawan yang berkaitan kerana sekiranya terdedah perkara sebenar, kerajaan UMNO/BN akan mendapat malu besar?

Sebenarnya amalan memberi sampul surat sentiasa berlaku sewaktu pilihanraya samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.

Seorang wartawan mendedahkan Pengerusi Kelab Wartawan Terengganu pernah membawa puluhan tribu ringgit untuk diberikan kepada para wartawan semasa pilihanraya kecil Kuala Berang beberpa tahun lalu.

Agenda Rasuah UMNO-BN Tidak Berubah

Amalan memberi rasuah atau sogokan oleh kerajaan dan parti UMNO-BN tidak akan berubah, walau seribu kali bertukar nama penguatkuasa pencegahan rasuah.

Samaada namanya Biro Pencegah rasuah atau Badan Pencegah Rasuah ataupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, tindakannya tetap sama selagi ia masih dibawah bidang kuasa perdana menteri.

Amalan pemberian sampul surat berisi wang dalam pilihanraya bukan sahaja akan diteruskan kepada para wartawan semasa pilihanraya, malah ia menjadi amalan bebas dalam pemilihan UMNO.

Rakyat juga disogok dengan pelbagai rasuah semasa pilihanraya, sehingga UMNO-BN sanggup menggunakan ayat-ayat suci al_quran sebagai perantaraan rasuah.

Misalnya amalan menyelitkan wang kertas RM50 dalam surah Yasin sudah menjadi satu kelaziman.

Institut Kebangsaan Untuk Integriti Pilihanraya (National Institute For Electoral Integrity) telah mendedahkan melalui pemantauan perjalanan pilihanraya kecil Kuala Terengganu, rasuah sudah menjadi satu institusi.

Dalam kenyataan NIEI, PENGINSTITUSIAN RASUAH PILIHANRAYA: Politik Rasuah dan Politik Janji Rasuah RM1 billion telah menyenaraikan secara terperinci amalan-amalan rasuah sepanjang pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Namun tidak ada satu pun tindakan yang diambil oleh SPRM !

Read More...

Pemuda PKR serah SPRM lembu hina kerajaan, satu kesalahan

Mstar Online

Ahmad Said: Anggota AMK bertindak emosional

PROTES... Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin (dua dari kiri) menunjukkan lembu yang diserahkan secara simbolik kepada SPRM di Shah Alam Rabu lalu. SPRM menyifatkan ia sebagai tindakan menghina kakitangan awam dan kerajaan.


PETALING JAYA: Tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghadiahkan lembu sebagai simbolik berhubung isu siasatan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "merupakan penghinaan kepada kerajaan."

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, menghina kakitangan awam yang menjalankan tugas mereka juga satu kesalahan.

"Ia adalah penghinaan kepada kerajaan. Kita telah buat laporan polis mengenai hal itu dan kini terserah kepada polis.

"Menghina kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka adalah satu kesalahan," kata beliau dalam temu bual dengan Sunday Star dan mStar Online baru-baru ini.

Tambah beliau, anggota AMK menggunakan lembu untuk memperolokkan orang lain.


SPRM tetapkan tempoh setahun selesai setiap aduan

"Itu bukan sesuatu yang baik. Pada saya, itu memperolokkan kami... mereka memperkatakan tentang profesionalisme tetapi mereka sendiri tidak profesional.

"Mereka emosional. Kita baru membuat sedikit penguatkuasaan dan mereka sudah mula berkata macam-macam tentang kita," katanya.

Tambah beliau, sebelum ini apabila SPRM menangkap mereka di kerajaan dan sektor swasta, pihak pembangkang itu tidak pula berkata apa-apa.

Pada Rabu lalu, AMKN menyerahkan seekor anak lembu kepada SPRM sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan Ahmad Said bahawa badan itu mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Khalid berhubung kesalahan salah guna kuasa.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, anak lembu itu adalah sebagai simbol bantahan mereka terhadap SPRM yang dilihat bersungguh-sungguh menyiasat kes Khalid yang didakwa menyalah guna kuasa berhubung penyenggaraan sebuah keretanya dan dalam pembelian 46 ekor lembu korban di kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

"Dalam kes MB Selangor yang kita protes hari ini, dalam keadaan kertas siasatan masih berstatus rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah membuat kenyataan mendahului mahkamah untuk memulakan pendakwaan ke atasnya," katanya.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said berkata SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mengheret Khalid ke muka pengadilan berhubung dakwaan itu.

Bagaimanapun Ahmad Said mempertahankan kenyataannya itu.

Read More...

'Agen Najib tawar RM20 juta untuk lompat'

Harakahdaily

Johari Jaffar

Sat | Feb 28, 09 | 1:55:27 am MYT

IPOH, 28 Feb (Hrkh)- Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh telah mendakwa ditawarkan RM20 juta oleh 'agen-agen' Dato'Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa setiap hari dihubungi oleh agen Najib dan bertanya berapa bayaran yang beliau mahu sekiranya ia tidak terima RM20 juta itu.

Tawaran itu katanya dibuat sebelum Tahun Baru Cina dan mendakwa sekiranya bersetuju beliau dijanjikan dengan jawatan tertentu.

"Pada mulanya beliau tidak percaya dengan tawaran itu tetapi setiap hari dihubungi barulah saya dapati ada satu usaha untuk saya bersetuju melompat ke BN,"katanya.

Menurut beliau, tawaran ini semakin aggresif mendapati 'agen-agen' menggunakan jiran, kawan dan saudara beliau untuk mempengaruhinya.

"Semua kenalan saya memujuk saya agar menerima tawaran itu tetapi saya tidak buat apa apa keputusan, sebaliknya saya rujuk ke pada Dato' seri Ir Mohamad Nizar," katanya.

Beliau percaya tawaran tersebut daripada agen-agen Najib yang cuba menjatuhkan Pakatan, dan apabila berlakunya krisis politik di negeri ini yang melibatkan tiga Adun melompat parti, beliau rasa bertanggungjawab untuk melaporkan kepada SPRM.

Tindakan ini katanya diambil kerana ia membabitkan masa depan keluarga, anak-anak dan masyarakat.

Beliau turut ditawarkan dengan jawatan dan aset-aset tertentu antaranya seperti rumah ,kereta dan sejumlah wang.

Apabila ditanya oleh wartawan berapa kali agen-agen tersebut menghubunginya, beliau memberitahu secara purata setiap hari dan tawaran pertama ialah RM 10 juta .

"Saya percaya pendekatan yang sama juga ditawarkan kepada Adun Jelapang, Hee Yit, jika bersetuju dengan tawaran itu , saya jadi adun bebas. saya tidak akan setuju dan buat perkara macam itu."

Selanjutnya beliau memberitahu sekiranya tawaran itu diterima , wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan bank di luar Negara dengan membawa beliau serta keluarga ke luar negara dengan menaiki "private jet " manakala semua urusan pemergian ke sana tidak akan dicatit atau didokumenkan sama ada masuk atau keluar negara, katanya

Apabila ditanya oleh pemberita adakah beliau akan umumkan nama-nama mereka, Keshinder memberitahu akan beritahu pada masa sesuai.

Apabila didesak oleh pemberita siapakah agen tersebut, beliau memberitahu antaranya wartawan bebas dan beliau difahamkan wartawan itu ada kepentingan dalam konsisi balak.

"Beberapa kali orang itu (agen) kata tawaran tersebut datangya dari Dato' Najib yang akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi. Sekiranya beliau bersetuju agen tersebut akan membawanya bertemu dengan Najib.

"Saya beri amaran kepada kumpulan ini jangan memaksa saya, atau saya akan buat laporan."katanya

Pendedahan itu dibuat Keshinder Singh di luar pejabat SPRM Negeri Perak, serentak dengan itu beliau membuat laporan tersebut bersama Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari dengan ditemani tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A. Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong).- azm _

Read More...

Saturday, November 15, 2008

Harapan Mahathir, Najib Hapus Rasuah Tidak Mungkin Tercapai!

msomelayu


WALAUPUN sudah lagi tidak menjadi ahli Umno namun Mahathir Mohamad terus bercakap, berusaha dan membentangkan formula bagaimana untuk menyelamatkan keadaan parti Melayu itu yang sedang menuju kehancuran kini. Mungkin juga tindakan Mahathir keluar Umno itu sebagai sebahagian usaha dan formula untuk memperkuatkan Umno?

Terbaru Mahathir membayangkan kebimbangan beliau kepada Umno ekoran berleluasanya gejala rasuah dalam parti berkenaan. Beliau menasihati Mohd Najib Razak yang bakal menerajui Umno Mac depan agar berusaha untuk menghapuskan rasuah.

Menurut bekas PM itu kalau Najib gagal hapuskan rasuah ia menyebabkan Umno akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Mahathir masih percaya rasuah boleh dihapuskan dengan syarat Najib dan pasukannya berusaha. Mereka yang tidak rasuah perlu ditonjol dan diberikan peranan penting dalam parti tersebut, barang kali termasuklah anaknya, Mukhriz Mahathir.

Apakah Mahathir bermimpi atau baru tersedar dari tidur dan masih belum berkumur! Ataupun beliau telah 'mumai' mengenai Umno. Siapa lagi dalam Umno hari ini yang tidak rasuah, mengamal dan menerima rasuah? Masih adakan orang-orang yang baik dalam Umno yang tidak terlibat dengan rasuah? Kalau mereka yang mengaji di Mesir atau Arab, bergelar ustaz atau lepasan Universiti Islam Antarabangsa (dalam Umno) pun terlibat dengan rasuah apa lagi diharap kepada mereka yang skolar?

Hari ini semua orang memperkatakan mengenai rasuah dalam Umno. Ahli Umno sendiri temasuk pemimpin dari peringkat cawangan, bahagian sehingga ke Majlis Tertinggi (MT) bercakap dan merintih fasal rasuah. Malah bekas Presidennya juga berbicara mengenai rasuah.

Itu semua menunjukkan dan menjadi tanda-tanda jelas bahawa Umno sudah larut dalam rasuah. Rasuah sudah sebati dengan Umno. Dan gejala dan jenayah rasuah bukan perkara menjijikkan lagi dalam Umno tetapi sesuatu yang membanggakan dan kesuburannya disenangi.

Tahukah Mahathir bahawa ahli Umno, baik yang memberi dan menerima rasuah mereka senang dengan rasuah. Mereka bercakap di mana-mana sahaja. Mereka bangga menceritakan berapa yang mereka terima dan berapa yang mereka habis sewaktu pemilihan dulu.

Dalam keadaan sudah melarut dan sebati begitu Umno sudah tidak akan pulih lagi dari rasuah. Rasuah akan dikaitkan selamnya dengan Umno bahkan keduanya sudah senonim, bila sebut Umno ingat rasuah, sebut rasuah ingatlah Umno.

Mohd Najib atau sesiapa sahaja yang menerajui Umno hatta jika Mahathir sendiri diberi peluang memimpin Umno semula beliau tidak dapat membawa Umno keluar dari pelukan rasuah. Rasuah begitu intim dan kental membelit Umno. Rasuah dalam Umno sepertilah penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak ada penawar untuk menghapusnya cuma kalaupun mampu membatasinya sekadar memperlahankan momentumnya saja.

Sekiranya Umno besih dari rasuah saya yakin ahli-ahli Umno yang ada kini semuanya akan meninggalkan Umno dan mereka akan mencari parti yang mengamalkan rasuah. Sebab mereka tegak dan berdiri dalam Umno kerana rasuah. Rasuahlah yang menahankan mereka dalam Umno dan rasuahlah yang mengeraskan semangat mereka mendokong parti berusia 62 tahun itu.

Sudah ada persepsi di dalam minda ahli Umno mereka tidak akan hidup mewah kalau tidak bersedia melakukan rasuah. Rasuah seolah-olah satu mekanisme halal bagi mereka untuk menambah pendapatan. Dan rasuah satu budaya yang dianggap sama dengan amalan yang dikelaskan sebagai satu pemberian ikhlas berupa sedekah ataupun untuk membantu ahli.
Apa membimbangkan rasuah yang berlaku sekarang ini bukan saja dalam konteks untuk memenangi jawatan dalam parti itu di semua peringkat, tetapi terheret ke dalam sistem pemerintah (kerajaan) yang diterajui Umno.

Dalam apa juga agensi, jabatan, syarikat dan sebagainya milik atau ada kaitan dengan kerajaan semuanya turut terlibat dan terpalit dengan rasuah. Seolah kalau tidak berlaku rasuah ia bukan lagi menjadi badan atau entiti ada kaitan dengan kerajaan. Budaya rasuah dalam kerajaan adalah diinjek oleh Umno.
Bukti paling jelas menunjukkan rasuah sudah bermaharajalela apabila diwujudkan Institiut Integriti yang khusus untuk menangani perbuatan dan salahlaku rasuah. Secara mudah kalau rasuah tidak kronik institusi itu tidak perlu wujud dan perlu diwujudkan. Adanya pagar bukan kerana bimbang pencuri akan menceroboh tetapi sudah ada pencuri!

Lihat juga kepada laporan dan kes-kes membabitkan rasuah di mahkamah. Daripada sekecil penerima; polis trafik sebanyak RM10 hinggalah kepada pegawai kerajan dan ahli politik menerima atau melakukan rasuah bernilai ratusan juta ringgit. Apa yang dilaporkan itu hanya kes-kes yang diketahui manakala masih banyak lagi kes yang terlepas dari pandangan umum.

Berbalik kepada impian dan kebimbangan Mahathir tadi, saya tidak yakin kalau Najib Razak akan dapat menghapuskan rasuah dalam Umno dan juga dalam kerajaan kalau pun beliau tertakdir menjadi PM. Kes membabitkan komisyen pembelian kapal selam dan kapal perang melibatkan lebih RM500 juta ringgit walaupun dinafikan oleh Ketua Setiasuaha Kementerian Petahanan namun pesepsi orang kepada bakal PM itu semakin menebal.
Demikian juga dengan sikap dan perangai isterinya, Rosmah Mansor yang sukar bebelanja besar dan orang yang mengelilingi Najib yang hidup mewah melebihi daripada pendapatan sebenar ia turut memberi tanggapan bahawa ada usur-unsur rasuah wujud di hadapan dan di belakang bakal Perdana Menteri ke- 6 itu.
Apakah Najib bersedia untuk melarikan diri daripada orang-orang ini sedang mereka inilah menjaga dan memastikan pengaruh Najib melebas dalam Umno? Tidak mungkin!

Justeru harapan dan kebimbangan Mahathir itu saya rasakan ia tidak lebih selain daripada luahan perasaan beliau untuk menghalau kepuasan saja di kala beliau bersendiri! Kerana untuk berbuat dengan menghisap rokok, beliau bukan seorang perokok! [wm.kl. 1:15 pm 15/11/08]

Read More...

Mahathir: Najib perlu hapus politik wang kuasai PRU-13

Mstar Online

MOHD. Najib Tun Razak bercakap sesuatu dengan Dr. Mahathir Mohamad sambil diperhatikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin pada majlis jamuan Aidilfitri di Hulu Klang 14 Oktober lalu.

PETALING JAYA: Kepimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak - yang bakal mengetuai Umno dan Barisan Nasional (BN) mulai Mac depan - tiada pilihan melainkan menghapuskan rasuah dalam Umno jika mahu terus menerima sokongan rakyat, sekali gus memenangi pilihan raya umum ke-13.

Ketika memberikan peringatan ini, kata bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui tugas tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

"Jika Umno pimpinan Najib ingin diterima dan disokong oleh rakyat sebagai pengundi, ingin memperoleh kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13, maka rasuah dalam parti hendaklah dihapuskan.

"Usaha ini bukanlah mudah tetapi suka atau tidak suka, Najib dan pasukannya perlu berusaha sedaya upaya," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

Beliau yang sejak kebelakangan menyentuh isu politik wang dalam pemilihan Umno menambah, jika tidak pengundi akan memilih sesiapa sahaja yang menyogok wang kepada mereka termasuk parti lawan.

"Umno dan BN mungkin tidak akan dapat memerintah negara ini lagi. Kita sekarang sedang diberi preview jenis pemerintahan yang akan didirikan oleh parti-parti lawan," katanya.

Malah, kata Dr. Mahathir, pemimpin-pemimpin Umno yang kurang tercemar imej perlu mengambil tindakan gigih untuk membetulkan kerosakan yang dialami oleh parti itu dan BN sepanjang empat tahun lalu.

Beliau menekankan, usaha tersebut perlu diberi perhatian oleh Najib, yang telah memenangi jawatan Presiden Umno tanpa cabaran minggu lalu.

Dengan kejayaan itu beliau bakal mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam.

Pilihan raya umum ke-13 dijadual pada 2012 atau 2013, ataupun kemungkinan lebih awal daripada tempoh tersebut.

Abdullah menggantikan Dr. Mahathir sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Oktober 2003.

"Untuk memperbaiki kerosakan ini masa yang panjang dan usaha yang gigih perlu dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno yang kurang tercemar imej mereka.

"Mereka perlu turun padang untuk berjumpa dengan seberapa ramai ahli Umno dan pengundi-pengundi supaya dapat mendengar rintihan mereka.

"Banyaklah kesalahan kerajaan pimpinan Abdullah yang perlu dibetulkan. Kemerosotan ekonomi, kehilangan peluang-peluang kerja, kenaikan harga barang, tidak adanya lagi kontrak bagi kontraktor kecil, semua ini perlu diberi perhatian oleh Najib dan pasukannya," katanya.

Katanya, tindakan berkesan perlu diambil bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

Malah tegas Dr. Mahathir, pemimpin-pemimpin Umno menghentikan amalan penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan ahli keluarga bagi menarik balik sokongan pengundi-pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Di masa yang sama penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan ahli keluarga perlu dihentikan. Cara hidup yang mewah yang diamali oleh pemimpin-pemimpin parti dan kerajaan perlu dihentikan," katanya.

Jelas beliau, kontrak-kontrak perlu diagih dengan adil kepada semua pihak dan tidak hanya kepada orang tertentu diantara pemimpin politik sebagai sogokan untuk mendapat sokongan.

"Kerosakan besar yang kedua, yang berlaku dan berkembang semasa kepimpinan Abdullah ialah rasuah di kalangan pemimpin dan ahli Umno di semua peringkat," katanya.

Read More...

Rithauddeen: Politik wang dijangka parah menjelang pemilihan Umno

Mstar Online

PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak menolak kemungkinan gejala politik wang yang berleluasa dalam Umno menjadi semakin parah menjelang pemilihan pusat Mac depan.

Beliau berkata, ia kemungkinan berlaku disebabkan tempoh berkempen bagi pemilihan mengambil masa yang lama.

"Nampaknya begitulah. Saya tak nak kata sangat dengan begitu yakin, mungkin tidak berlaku tapi boleh jadi (gejala politik wang) akan terus berlaku kerana pemilihan akan berakhir pada bulan Mac.

"Pada mereka (ahli-ahli), makin lama makinlah bagus...banyak lagi duit orang dapat. Saya tidak suka tengok keadaan ini," katanya ketika temubual eksklusif dengan mStar Online di pejabatnya di Bukit Damansara di sini, semalam.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, beliau akan mencadangkan penambahan dalam peruntukan Tata Etika Umno supaya bukan hanya orang yang memberi wang disabitkan kesalahan malah yang meminta juga turut bersalah.

"Kadangkala apa yang berlaku sekarang ini, orang yang mengundi itu yang minta duit.

"Bila ada calon yang nak bertanding, ada yang minta dan berkata 'takkan takda duit-duit kopi sikit'. Ini masalahnya. Duit kopi (yang diminta) bukan 10 sen atau 20 sen, dia nak beratus... "Jadi mungkin kita kena pinda sedikit undang-undang supaya orang yang minta duit pun salah juga. Ini satu perkara yang kita perlu beri pertimbangan yang mungkin sedikit sebanyak akan mengurangkan gejala ini," katanya.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, memandangkan Lembaga Disiplin hanya mempunyai 18 ahli dan jumlah itu tidak mencukupi untuk mengendalikan aduan kes-kes salah laku yang diterima, beliau telah memohon kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk menambah bilangan ahli.

Beliau turut menolak pandangan sesetengah pihak bahawa Lembaga Disiplin tidak menjalankan tugas mereka dengan baik.

"Mereka memikirkan kita ni tak bergerak tapi kalau mereka tengok kita bekerja, mereka akan sedar kesulitan yang kita hadapi. "Kita nak siasat satu-satu kes itu mengambil masa. Kita kena pegi ke bawah. Mereka (pengadu) nak datang sini, mereka tak mampu," katanya.

Beliau berkata, daripada 900 aduan yang diterimanya, kira-kira 40 hingga 45 peratus melibatkan politik wang manakala selebihnya adalah kes-kes salah laku pada mesyuarat-mesyuarat cawangan dan bahagian.

"Kita siasat boleh kata banyak juga. Ada yang kita telah bicara. Mungkin beberapa minggu yang akan datang, kita akan menambah ahli-ahli untuk mendengar kes.

"Selain itu, kira-kira 10 peratus kes telah pun diselesaikan dan kerjasama yang kita jalankan dengan BPR (Badan Pencegah Rasuah) pada masa ini telah dapat mengurangkan beban tugas kita," katanya.

Read More...

Friday, November 14, 2008

Jumlah suapan rasuah sehingga Oktober cecah RM45 juta

MyMetro

KUANTAN: Jumlah suapan rasuah bagi sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini mencecah RM45 juta, kata Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Ahmad Said Hamdan.

Berucap pada perasmian Seminar Kepimpinan Berintegriti Ketua-ketua Jabatan Negeri Pahang di sini hari ini, beliau berkata bagi tempoh itu juga seramai 548 individu ditahan terdiri 252 pegawai dan kakitangan kerajaan serta 296 sektor swasta dan orang awam yang terlibat rasuah.

“Apa yang menariknya berdasarkan kepada statistik tangkapan adalah terdapat perubahan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini di mana jumlah pegawai awam yang ditangkap atas kesalahan jenayah rasuah menurun berbanding sektor swasta atau orang awam,” katanya.

Bagi tempoh berkenaan,jumlah harta yang disita ialah RM8.8 juta manakala denda yang dikutip berjumlah RM1.3 juta.

“Sepanjang tempoh itu juga, kita menerima 13,669 maklumat iaitu peningkatan 1,262 maklumat atau 10 peratus berbanding tahun lalu. Daripada jumlah itu, 1,235 kertas siasatan dibuka yang membabitkan 548 individu,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Said berkata jumlah pegawai dan anggota Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan ditambah daripada 1,000 orang kepada seramai 5,000 orang menjelang 2012 selaras dengan peningkatan maklumat berhubung jenayah rasuah serta cabaran lain yang perlu ditangani badan itu.

Katanya tugas pegawai BPR bukan sahaja mencabar dalam usaha mengumpul maklumat berhubung jenayah rasuah malah mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk ugutan bunuh.

“Saya sendiri pernah menerima ugutan bunuh bukan pada diri, malah pada keluarga, termasuk pernah menerima keris berhubung kes rasuah.

Seminar yang dihadiri 160 peserta itu dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. -Bernama

Read More...

Wednesday, November 12, 2008

Kelantan kekal rekod tanpa rasuah selama 18 tahun

Harakahdaily

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir
Tue | Nov 11, 08 | 6:57:49 pm MYT

KOTA BHARU, 11 Nov (Hrkh) - Kelantan mengekalkan rekod bersih apabila hampir tiada laporan rasuah dan salah laku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang tempoh 18 tahun.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu tiada laporan salah laku atau kegiatan rasuah �di kalangan kakitangan pentadbiran awam sejak 1990 sehingga sekarang.

"Setiapkali mesyuarat Exco bersidang lebih 100 surat dari pelbagai jabatan diangkat ke mesyuarat itu.

"Malah kadang-kadang melebihi 200 kertas berhubung permohonan rakyat dibincangkan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri 2008 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Menurutnya perkembangan itu membuktikan kakitangan kerajaan negeri tekun melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.

"Bagaimanapun saya tak boleh la nak kata puas hati, itu terpulang kepada ketua-ketua jabatan mereka," ujarnya.Image

Beliau juga berkata, bagi mewujudkan budaya kerja kualiti di kalangan kakitangan awam setiap mereka perlu ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Katanya, ikhlas ialah ajaran Islam yang tiada dalam fahaman agama lain kerana perkataan itu menyentuh kalbu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, kempen anti rasuah atau apa sahaja tidak akan berjaya sekiranya perasaan ikhlas tidak bertapak di hati seseorang.

"Kerajaan Malaysia sendiri sejak sekian lama telah memerangi rasuah, tetapi sehingga sekarang tidak berakhir sama ada di peringkat kerajaan atau parti.

"Semua yang berlaku kerana tiadanya rasa keikhlasan dalam jiwa apabila melaksanakan tanggungjawab.

"Apa yang menjadi keutamaan mereka ialah wang," ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco dan pegawai-pegawai kanan lain.

Sementara itu, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas mendapat Anugerah Kualiti Darulnaim sempena program berkenaan. Hasil kemenangan itu, pejabat terbabit menerima wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan. - mj_

Read More...

Friday, November 7, 2008

Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Nov 7, 08 12:36pm

Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.

kamal amir"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno.

"Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.

Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut.

"Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti.

"Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya ketika diminta mengulas sama ada akan membawa isu sogokan seperti dakwaannya kepada lembaga itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan.

Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.

"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.

"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.

"Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya.

Read More...

Perihal 'serigala lapar' yang berebut rezeki dalam Umno

Harakahdaily

Safar Jumaat
Fri | Nov 07, 08 | 11:30:05 am MYT

'JANGAN cakap saja, bawa bukti', kata Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ekoran kenyataan beberapa calon yang mahu bertanding pelbagai jawatan tertinggi parti, kononnya mereka disekat, dihalang dan disabotaj oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Terbaru, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa, menjelang minggu terakhir mesyuarat bahagian-bahagian Umno, ada pihak-pihak tertentu berusaha menyekat pencalonan dibuat terhadapnya bagi mencukupkan quota, melayakkannya bertanding.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail mendakwa, aduan sudah diterimanya terhadap calon-calon yang bertanding menggunakan wang sebagai umpan mendapatkan pencalonan termasuk yang menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Presiden.

Apa yang menarik, jika ada calon-calon yang 'terperangkap' dengan politik wang dan kesalahan menyekat pencalonan dibuat terhadap calon selain dari dirinya, maka kemungkinan hanya seorang sahaja calon yang layak bertanding kerusi Timbalan Presiden, menjadikan dia menang tanpa bertanding!

Lebih mengejutkan, Lembaga Disiplin turut menyebut, calon-calon Naib Presiden, juga turut diadukan kepadanya terlibat menggunakan wang yang banyak untuk mencari pencalonan.

Tentulah, aduan itu 'berasas' kerana jika tidak, mustahil Tengku Ahmad Ritahauddeen mahu mengeluarkan kenyataan itu, sebelum ianya dipastikan berasas.

Ramai di luar, sedang menanti dengan penuh minat, siapakah di kalangan calon-calon Timbalan Presiden kali ini yang bakal 'dihalang' oleh Lembaga Disiplin Umno dari bertanding kerana, setiap ahli yang dikenakan tindakan hilang kelayakkan dipilih dan memilih.

Tentulah, mereka yang sudah menerima habuan, terasa mudah untuk 'tidak perlu terikat' dengan sesiapa, kerana 'orang yang menghulurkan wang kepada mereka' sudah dikenakan tindakan.

Jika tidak, penerima wang dan habuan termasuk gelaran Dato' yang lazimnya 'banyak' apabila tiba musim pemilihan parti, mestilah 'tahu membalas budi'.

Sebenarnya, kisah sekat-menyekat ini sudah lama berlaku. Bukan sahaja di di kalangan calon-calon Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden, tetapi turut berlaku di bahagian-bahagian, yang selama ini, tiada siapa mengambil peduli mengenainya.

Itulah sebabnya, Umno semakin hari semakin mengecil, hilang sokongan dan kalah dalam pilihan raya.

Kalau ada orang mengadu dengan Muhammad, telah berlaku sekat-menyekat di bahagian-bahagian tertentu, sebagai anggota Jawatankuasa Pengurusan Umno (atas kedudukannya sebagai Ketua Penerangan), apakah beliau akan bertindak untuk menyiasat atau memanjangkan aduan itu kepada Ibu Pejabat Umno?

Masalah dalam Umno ialah, budaya pentingkan diri sendiri, mengatasi kepentingan umum. Mereka yang berjawatan tinggi, hanya hendak berhubung dengan penyandang jawatan Ketua Bahagian tanpa memperdulikan mereka yang tidak berjawatan.

Apabila mereka yang tidak berjawatan dapat menewaskan penyandang, aduan penyandang pula tidak diperdulikan kerana peyandang sudah tewas.

Inilah yang berlaku, kecuali dalam kes Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, seperti ada 'segerombolan serigala mengejar seekor biri-biri' hingga 'hancur Mohd Isa' mereka kerjakan.

Hari ini, segerombolan serigala itu sudah berpecah-belah. Masing-masing mahu menguasai puncak bukit yang masih ada saki baki rezeki yang perlu direbut untuk kroni dan saudara mara mereka.

Ini yang menyebabkan serigala-serigala ini 'bergaduh' sesama sendiri, termasuklah cerita kononnya Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak mendapat pencalonan disebabkan tidak menyogok wang.

Sepatutnya, Lembaga Disiplin tidak bergerak seperti 'orang atas kerusi roda' yang memerlukan orang lain membantu menolaknya untuk bergerak, sebaliknya bertindak pro aktif dengan menyeret mereka yang membuat kenyataan tanpa bukti ke lembaga itu, untuk disiasat, mengapa mereka membuat tuduhan sesuka hati, tanpa membawa bukti ke Ibu Pejabat parti!

Antara yang berulang-ulang bercakap isu yang sama ialah seorang calon Naib Presiden, Dato' Seri Dr Rais Yatim yang terlalu sukar untuk mendapat pencalonan walaupun, dia digambarkan sebagai pakar perlembagaan negara.

Sebelum ini, tulisan-tulisannya termasuk yang menyentuh tentang musang berbulu ayam dan akan gugur seperti nangka busuk, gagal menarik minat bahagian-bahagian supaya mencalonkannya sebagai salah seorang Naib Presiden.

Dalam kes Dato' Seri Azalina Othman, tafsiran 'pelan peralihan kuasa' dalam Pergerakan Wanita Umno, boleh ditafsirkan sebagai 'usaha menyekat' orang lain (termasuk orang luar dari kalangan Pergerakan itu) dari menyertai Wanita Umno.

Tidak hairanlah, kalau Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Dato' Kamalia Ibrahim beregu untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan naib, Tan Sri Rafidah Aziz dijangka tidak ada masalah untuk 'membuka laluan' tetapi jika Azalina 'mendapat pencalonan mencukupi untuk kerusi Naib Ketua Pergerakan Wanita, Rafidah dijangka tidak akan 'membenarkan' Azalina menjadi calon naib walaupun menentang Shahrizat atau Kamalia.

Azalina sebagai seorang Menteri mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan Shahrizat dan Kamalia yang bukan dari kalangan YB.

Tugas Muhammad sekarang, jika mendapat cukup atau tidak pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden, haruslah membawa bukti ke Ibu Pejabat Umno, supaya tindakan mengikut saluran seperti yang dikatakan Tengku Adnan boleh diambil.

Jika tidak, Lembaga Disiplin seharusnya menjalankan siasatan dan menyeret Muhammad ke Lembaga Disiplin bersama Rais Yatim yang bercakap isu yang sama - jika dibiarkan akan menyebabkan keyakinan ahli terhadap parti, merosot. - mr_

Read More...

Sia-sia adu sogokan ke lembaga disiplin, kata peg. Ku Li

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Nov 7, 08 12:36pm

Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.

kamal amir"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno.

"Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.

Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut.

"Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti.

"Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya.

Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan.

Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.

"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.

"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.

"Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya.

Read More...

Thursday, November 6, 2008

Wang Rasuah RM750 Juta Dibawa Dengan Jet Persendirian

msomelayu

SEBAIK Parlimen berhenti rihat tengah hari tadi, seorang kawan ajak untuk makan tengah hari di luar. Pekena kepala ikan kari. Mula janji nak makan dengan seorang ahli Parlimen Pas, kebetulan YB itu kena uruskan bininya, temujanji itu dibatalkan.

Tempat kepala ikan bukan jauh sangat. Tetapi kerana jam, perjalanan memakan masa hampir satu jam. Dalam tempoh satu jam, macam-macam yang sempat dibualkan.

Kawan itu bertanya apa yang saya postkan dalam blog hari ini (semalam). Rupanya kawan ini belum lagi jenguk blog saya. Dia adalah antara penjenguk setia blog saya. Begitulah dakwanya.

"Belum baca lagi?" tanya saya dan terus memberi tahu bahan yang dipostkan pagi tadi sebelum turun rumah menuju Parlimen. "Umno sebuah universiti rasuah," kata saya.

Kawan itu ketawa besar. Ketawa ala orang Umno, kaya, berkuasa dan tidak hairan kepada sesiapa. Kalau nak dengar gaya orang Umno ketawa silalah ke coffee house. Dia ahli Umno yang tegar dan tebal dengan cauvinis Melayu. Dua lagi kawan hanya diam membisu. Kawan di sebelah tersenyum, dia sudah membaca catatan saya pagi ini. "Betul yang kau tulis, Umno sudah teruk," balas kawan di sebelah mengiyakan apa yang saya luahkan dalam tulisan.

"Memang Umno sudah berada di peringkat paling (dia menekankan suaranya) palinggggg....parah.! Parah... Ti..." katanya terus memandu di celah-celah kesesakan lalulintas. "You tahu berapa wang yang digunakan pada setiap persidangan Umno bahagian," kata kawan itu. Semua telinga tertumpu kepada cerita kawan ini.

"Ha berapa?' tanya kawan yang berada hadapan penuh minat.

"Banyak... *** **, banyak. Untuk satu kawasan di Kelantan dia orang minta RM150.00 untuk seorang perwakilan. Cuba kali dengan 500 perwakilan, sudah jadi RM75,000. Kalaulah semua bahagian meminta jumlah itu berapa yang harus kena bayar?," katanya.

"Itu harga paling rendah, tetapi ada sesetengah perwakilan dibayar hingga RM500 sampai RM1,000 seorang. Bayangkanlah..." katanya kawan itu lagi kesal.

"Iya ke...!?" tanya kawan itu hairan.

"Iya... I tahu I terlibat. Dalam satu bahagian I berjumpa dengan orang bahagian, setiausaha ada, ahli jawatakan kuasa PUN ada. Mereka berterusn terang kalau bagi sekian-sekian baru mereka akan calonkan... kalau tak dak... maka tak daklah," jelas kawan itu lagi yang mengakui telah turun ke 80 bahagian Umno sejak dua tiga bulan Lepas kagi. Apa yang dicakapnya mungkin betul sebab dia adalah pengurus kempen kepada seorang calon jawatan tertinggi.

"Kalau macam ni teruklah Umno," tekan kawan di hadapan bimbang.

"Memang sudah teruk. Umno sudah punah jahanam," kata kawan itu lagi. Saya dan kawan di belakang hanya jadi tukang dengar.

"Dari mana dia orang dapat duit begitu banyak?" tanya kawan di hadapan buat-buat tidak tahu.

"Inilah *** **, kerja Umno. Umno sudah nak menjual negara ini. Semua pakai duit..." dia berhenti kerana sebuah kereta melintas liar di hadapannya. "Cis.... ha ini orang Umnolah ni... kalau orang Pas dia tak bawa kereta macam ni...," sumpah kawan itu marahkan kereta yang tidak beradat.

"Macam mana you cam orang Umno," tanya saya.

"Hai... Ustaz.... takkan tak kenaL!" kawan itu memperli saya dan terus bercerita.

"*** ** tahu macam mana dia orang bawa balik duit dari luar negera? RM750 juta....duit dari Switzerland dibawa balik.... " Kawan itu terngangga dan saya juga terkejut. Percaya dengan tidak bercampur gaul.

"Macam mana tu? Mana boleh bawa begitu saja?" tanya kawan di sebelah saya yang hanya diam membisu. Sejak tadi asyik menggaru-garu gatal dibetisnya.

"Dia orang ada kemudahan *** **. Duit itu diangkut ke Singapura. Semua duit dalam not Singapura. Dibawa masuk dengan menggunakan jet tentera!"

"Ha..." kawan itu terkejut beruk sekali lagi.

"Jet tenteraaaa....*** **. Kalau dah masuk dengan jet tentera.... sapa nak ganggu? Begitu juga orang yang ke Switzerland tu pakai jet persendirian..... Ini Umno... bukan Pas!" jelasnya lagi.

Saya tidak terbayangkan dengan apa yang diceritakan kawan itu. Dalam hati berdoa semoga ianya tidak benar. Kalaulah begitu lagak Umno tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi. Suara untuk menghapuskan politik wang hanya sia-sia sahaja. Ia hanya sebuah retorik yang panjang saja.

Kalau dengar cerita para taukeh judi melambakkan duit kepada tokoh-tokoh tertentu yang hendak bertanding dalam pilihan raya memang biasa dan pernah nampak dengan mata sendiri. Kerja angkut duit dalam karung guni macam penyamun memang dibuat oleh Umno pun.

Sesampai di restoran kepala ikan kami baham dua ketul kepala ikan sebesar buah kelapa muda. Kelazatan dan kesedapan kari kepala ikan menyebabkan cerita tentang bagaimana wang sebanyak RM750 juta dikatakan dibawa masuk itu sudah tidak ingat lagi. Sambil makan terbetik dalam hati saya, jangan-jangan wang yang hendak dibayar kepala ikan itu nanti juga termasuk wang RM750 juta itu. Jangan! [wm.kl. 10:00 pm 04/11/08]

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |