+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, June 10, 2008

'PM pengaruhi pemecatan saya' - Sanusi

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jun 10, 08 9:16pm

Tan Sri Sanusi Junid menuduh perdana menteri mempengaruhi Sultan Pahang agar memecat beliau sebagai presiden Universiti Islam Aantarabangsa (UIA).

Beliau berkata Sultan Pahang sebagai ketua perlembagaan universiti itu "hanya boleh memberhentikannya atas nasihat" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Memandangkan hubungan yang cukup baik antara saya dengan ketua perlembagaan UIA, sudah tentu tindakan (pemecatan saya) ini tidak dibuat atas kehendak DYMM Tuanku sendiri," katanya hari ini.

sanusi junid 050608"Tempoh perkhidmatan saya masih ada dua tahun lagi, tiada kesalahan (saya) yang dinyatakan, bererti penamatan tempoh khidmat saya daripada jawatan presiden UIA, dengan serta-merta ini, adalah satu pemecatan disebabkan desakan beberapa pihak yang berkepentingan."

Tambahnya, bahagian IV perkara 20 (iii) perlembagaan universiti itu menunjukkan pemecatannya akibat nasihat atau desakan perdana menteri.

Dalam kenyataannya, Sanusi berkata beliau dipecat dalam satu surat bertarikh 2 Jun tetapi surat tersebut diserahkan kepadanya semalam.

"Surat pemecatan saya ... tanpa menunjukkan sebarang sebab oleh sesiapa pun, secara lisan atau tulisan," katanya.

Beliau menambah, dakwaannya itu diperkuatkan lagi oleh kenyataan menteri pendidikan tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada minggu lalu bahawa tiada pihak yang mendesak bekas menteri besar itu berhenti dan kuasa menamatkan khidmatnya hanya ada pada ketua perlembagaan UIA.

Sanusi berkata, kenyataan Mohamed Khaled pada 7 Jun dan hari ini "menunjukkan beliau (menteri) tidak dirundingi dahulu sebelum surat (pemecatan) dikeluarkan."

Bekas menteri pertanian itu menambah, sidang media dan kenyataan akhbarnya pada 5 Jun lalu bukanlah untuk "membuat sensasi untuk menarik perhatian orang."

Sanusi juga mendakwa laporan sebuah akhbar hari ini yang menyebut beliau sebagai berkata "tiada siapa yang boleh memecatnya (Sanusi) sehingga tempoh perkhidmatannya tamat pada 2010" sebagai fitnah.

Beliau juga berkata, bahawa beliau tidak bersalah kerana tidak pernah menggunakan jawatan tersebut untuk kepentingan peribadi.

Jawatannya di UIA mula diperkatakan orang selepas beliau mengumumkan keluar daripada Umno bersama Tun Dr Mahathir Mohamad pada 19 Mei lalu.

Sehari selepas tindakannya, beliau tidak menghadiri majlis perasmian sambutan ulang tahun ke-25 UIA oleh perdana menteri dan sikapnya itu dipersoalkan beberapa pihak.

Minggu lalu, Sanusi menjelaskan ketidakhadirannya itu "telah mendapat restu ketua perlembagaan untuk mengelak daripada membuat ucapan memuji-muji Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi pengasas UIA."

Menurut akhbar, ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah dilantik menggantikan Sanusi berkuatkuasa tarikh pemecatannya.

KSN dilaporkan telah menerima watikah pelantikan yang ditandatangani oleh Sultan Ahmad Shah.

Salinan watikah telah dihantar oleh rektor UIA profesor Datuk Dr Syed Arabi Idid kepada ketua setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Zulkefli A Hassan.

Read More...

Pemukiman MT UMNO…semua gam mulut

Agenda daily



Ia pertama kali pernah diadakan.Apa lagi ditengah macam-macam cerita yang berlegar.Jadi tidak hairanlah ramai yang nak tahu sangat apa yang dibincangkan oleh para pemimpin utama UMNO hingga kena bermukim selama satu setengah hari di Holiday Inn Glenmarie di Shah Alam.

Andaian yang dapat dibuat pasti ia melibatkan segala macam hal-hal sulit untuk berdepan dengan senario politik semasa.




Makanya usaha para wartawan untuk korek sana...korek sini mengenai hal-hal yang dibincangkan semasa program pemukiman para ahli Majlis Tertinggi UMNO itu yang berakhir lewat pagi Jumaat tidak dapat apa-apa.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan maupun satu sidang akhbar diadakan.



Para wartawan yang menunggu Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak di lobi utama pada waktu tengahari kemudiannya mendapat tahu mereka telah berangkat pulang melalui ‘ jalan belakang’.

Sebelum itu beberapa ahli Majlis Tertinggi yang ditemui semasa berjakan keluar untuk pulang enggan mengulas apa-apa mengenainya.



Ada antara mereka cuma tersenyum dan menolak permintaan wartawan bagi mendapatkan maklumat atau ulasan mengenai hasil perbincangan.

Seorang anggota secara berseloroh berkata beliau akan kehilangan jawatannya jika membocorkan maklumat mengenai perbincangan mereka kepada wartawan.



Pemukiman itu diadakan bagi membincangkan hala tuju UMNO selain merangka strategi untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti itu yang merosot dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Program itu dimulakan Khamis selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO menyampaikan amanatnya.



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO, dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor turut menyampaikan taklimat masing-masing.

Perbincangan yang diadakan dalam tiga kumpulan itu, berlangsung sehari suntuk sehingga lewat Khamis malam tadi sebelum disambung pagi Jumaat dan diakhiri dengan sesi rumusan.



Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempengerusikan sesi perbincangan kumpulan pertama, seorang lagi Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kumpulan kedua dan Ketua Penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengetuai kumpulan ketiga.

Muhyiddin sebelum ini telah menyatakan bahawa pemukiman itu adalah bagi membolehkan UMNO merangka strategi jangka panjang dan jangka pendek bagi menawan hati dan pemikiran rakyat terutamanya golongan muda.



Peserta telah diminta mengemukakan syor-syor mengenai strategi pemulihan untuk dilaksanakan oleh parti.- 6/6/2008

-----------------------------------


Peralihan kuasa sebahagian pelan pemulihan politik UMNO

Pelan Peralihan Kuasa yang disebut-sebut sebagai salah satu isu utama dalam UMNO difahamkan turut menjadi salah satu perkara yang dibincangkan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada ‘perkampungan’ MT yang berlangsung bermula hari Khamis hingga Jumaat.

Menurut sumber daripada kalangan Ahli MT memberitahu Agendadaily, soal peralihan kuasa perlu ditangani dan diselesaikan kerana ia merupakan isu yang menjadi tumpuan di kalangan ahli-ahli UMNO dan juga rakyat umum keseluruhannya.

“Ia bukan soal mendesak sesiapa meletakkan jawatan tetapi dalam usaha pemulihan politik UMNO, perkara ini sebahagian daripada perkara yang perlu dibahaskan secara terbuka dan diselesaikan,” katanya.

Sumber berkenaan menyatakan demikian di sela-sela bengkel perbincangan Pelan Pemulihan Politik UMNO berhenti rehat tengahari Khamis.

Menurut sumber tersebut, selain soal peralihan kuasa, perbincangan turut menyentuh mengenai perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO yang perlu dilaksanakan kerana selama ini ia tidak diberi perhatian.

Sebagai contoh kata sumber itu, dalam senario politik sekarang sudah ada pandangan sama ada di kalangan orang Melayu mahupun rakyat umum bercakap tidak perlunya keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dan mahukan kesamarataan diberikan kepada semua kaum.

“Pandangan ini adalah hasil persepsi yang UMNO hanya pentingkan orang Melayu dan seolah-olah nafikan hak kaum lain. Sedangkan hakikatnya, dalam Perlembagaan UMNO termaktub UMNO juga menjamin hak kaum-kaum lain. Inilah yang perlu dilaksanakan dan diperjelaskan bagi memastikan UMNO dilihat relevan kepada semua kaum,” ujar beliau.

Mengulas lebih lanjut mengenai perbincangan yang berlangsung ketika ditanya secara keseluruhannya apakah perkara-perkara yang menjadi fokus pelan pemulihan politik UMNO itu, sumber berkenaan secara analoginya memberikan kenyataan berikut:

“Kita hendak merawat penyakit buta iaitu nampak tapi tak melihat. pekak iaitu dengar tapi tidak faham dan bisu iaitu tidak bercakap perkara yang benar.

“Maksudnya, penyakit buta ialah apabila telah terlalu lama berkuasa sampai tidak melihat jalan keluar untuk beri laluan kepada golongan pelapis. Pekak pula taidak mahu mendengar pandangan yang sepatutnya didengar manakala bisu pula tidak berani untuk menyatakan perkara yang sebenar,” jelasnya.

Bagaimanapun ketika ditanya apa yang boleh diharapkan daripada perbincangan pelan pemulihan politik tersebut, sumber itu berkata, berdasarkan perbincangan awal dan keseriusan yang ditunjukkan oleh Ahli-Ahli MT, beliau yakin satu pelan yang konkrit akan dapat dihasilkan dan boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat kepaa UMNO. – 5/6/2008

Read More...

Wakil rakyat PAS potong elaun 25 peratus sejak 18 tahun lalu

Harakahdaily

Lanjusoh

Tue | Jun 10, 08 | 6:14:58 pm MYT

TUMPAT, 10 Jun (Hrkh) � Mungkin bagi pemimpin Umno pengumuman pemotongan elaun jemaah menteri sebanyak 10 peratus merupakan sesuatu yang luar biasa ketika krisis harga minyak sekarang.

Sedangkan di Kelantan elaun wakil rakyat dipotong sebanyak 20 peratus sejak 18 tahun lalu. Itu belum lagi diambil kira potongan sebanyak lima peratus bagi Tabung Serambi Mekah yang dibuat setiap bulan.

Ini bermakna elaun setiap wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong sehingga 25 peratus.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, bagi kakitangan lantikan politik seperti penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Unit Dakwah Halaqat juga dipotong sebanyak lima peratus setiap bulan.

Image�Pemotongan itu dibuat sejak lebih 18 tahun lalu, bukan sekadar ketika krisis kenaikan harga minyak sekarang,� katanya ketika ditemui di rumahnya di Alor Pasir, hari ini.

Semalam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dipotong sebanyak 10 peratus berkuatkuasa 1 Julai depan.

Menurut Perdana Menteri pemotongan itu dibuat bagi meringankan beban rakyat ekoran kenaikan begitu tinggi harga minyak sekarang.

Ahmad berkata, pemotongan yang serupa juga melibatkan semua anggota-anggota Parlimen PAS sebagai usaha menjaga kebajikan rakyat dan parti.

�Selepas wakil-wakil rakyat PAS diisytihar menang dalam pilihan raya mereka akan diberi borang khas untuk diisi bagi pemotongan elaun bulanan yang diterima mereka.

�Perkara itu bukan baru sebaliknya sudah lebih 18 tahun lalu ketika kerajaan PAS mula-mula berkuasa di Kelantan selepas pilihan raya umum 1990,� ujarnya.

Sebagai contohnya katanya, elaun bulanan beliau sebagai Timbalan Menteri Besar dipotong sebanyak RM2,800 sebulan iaitu untuk Tabung Serambi Mekah dan kebajikan rakyat.

Menurutnya polisi itu ditetapkan PAS sebagai langkah awal untuk menjaga kebajikan rakyat dan melaksanakan aktiviti parti.

Kata beliau juga Menteri Besar dan anggota Exco di Kelantan tidak mempunyai banyak elaun keraian seperti dinikmati jemaah menteri.

Malah katanya, elaun mesyuarat anggota Exco sebanyak RM100 bagi setiap kali mesyuarat tidak pernah diambil anggota Exco di Kelantan sejak dahulu lagi.

�Ini kerana kita berpendapat sudah menjadi tugas setiap anggota Exco menghadiri mesyuarat dan ia tidak perlu lagi dibayar elaun, biar pun tidak diamalkan di negeri-negeri lain,� katanya.

Beliau juga memberitahu elaun bulanan wakil rakyat di Kelantan tidak dinaikkan sejak beberapa tahun lalu, biar pun Parlimen dan negeri lain sudah dua kali menaikkan kadar elaun bulanan.

Timbalan Menteri Besar berkata, biar pun ada suara-suara supaya kerajaan negeri menimbangkan semula kadar baru elaun setiap Adun, namun cadangan itu tidak dipertimbangkan kerana memikirkan kebajikan rakyat.

Ahmad kelihatan semakin sihat selepas diserang sakit jantung pada 24 Mei lalu. Sebelum ini beliau mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia hampir seminggu.

Ekoran itu beliau diberi cuti rehat sehingga akhir bulan ini.

Pagi tadi beliau juga dikunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang baru kembali daripada menunaikan ibadat umrah di Makkah malam tadi. - mj _

Read More...

Nik Aziz selamat pulang dari Mekah, PM lawat Kelantan Jumaat ini

KLpos


Cetak E-mail
Oleh MSO, Bernama
Selasa, 10 Jun 2008

MENTERI Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat pulang ke tanah air petang ini dari menunaikan umrah. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia) lewat petang ini.

Beliau dijangka tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu lewat malam ini. Menurut anaknya, Nik Mohammad Abduh ayahnya berada dalam keadaan sihat selama menunaikan umrah dan ziarah.

Tok Guru berangkat ke tanah suci pada 26 Mei lalu. Ikut sama dalam rombongan bersama Mursyidul Am Pas itu ialah beberapa pegawai di Pejabat Menteri Besar dan juga beberapa ahli keluarganya.

Nik Aziz dijangka akan memasuki pejabat Rabu ini.

Abdullah lawat Kelantan Jumaat ini

KB: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan pada Jumaat ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Kelantan, Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 8.50 pagi.

Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan di Hotel Renaissance di sini pada pukul 10 pagi.

Selepas mesyuarat itu, Abdullah akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi di sini dan kemudiannya ke Bendang Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas bagi merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara yang dijadualkan berlangsung pada 3.25 petang.

Pada sebelah malamnya, Abdullah akan menghadiri Majlis Pemimpin Masyarakat Bersama Perdana Menteri di Yayasan Kemiskinan Kelantan di Padang Kala di sini.

Abdullah kemudiannya dijadual berlepas ke Terengganu pada 10.30 malam.


Read More...

Sehari bersama Menteri Besar Perak

Tranungkite

Dilulus terbit pada Tuesday, June 10 @ 12:56:34 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh Tok Jongos

 Manjung 8 Jun - Hujung minggu merupakan hari untuk kita bersantai bersama keluarga. Hujung minggu adalah hari untuk kita merehatkan minda dan fizikal setelah penat bekerja sepanjang hari-hari biasa. Hujung minggulah yang sering dinanti-nantikan oleh semua.

Namun ianya tidak bagi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin. Setiap saban hujung minggu beliau jadikan sebagai hari untuk beliau berkhidmat untuk rakyat. Dan setiap hujung minggu beliau jadikan sebagai hari untuk bertemu-sua dengan rakyat, mendengar rintihan dan masalah rakyat.

Sehari bersama MB Perak banyak memberi pengajaran berhubung realiti sebuah perjuangan. Perjuangan yang harus diteruskan tanpa henti bagi memertabatkan maruah dan nilai kesepaduan semua bangsa dan kaum. Yang paling utama, kebajikan rakyat perlu dibela dan dijaga tanpa mengira perselisihan idealogi, fahaman, kepercayaan dan perjuangan mereka.

Antara tempat kunjungan yang dirancangkan bagi YAB Menteri Besar adalah:

1. Majlis perjumpaan dan dialog bersama penduduk Sungai Wangi

Seawal jam 10.00 pagi MB Perak bertolak dari Ipoh untuk memulakan tugasnya. Tempat pertama yg dilawati adalah di Kg Sungai Wangi, Air Tawar, Perak. Seperti dirancangkan beliau tiba di lokasi lebih kurang jam 11.00 pagi.

sg wangi

Dalam ucapan beliau berharap agar semua pihak sentiasa prihatin dalam memelihara kehidupan yang harmoni dengan menjaga perasaan dan sentimen kaum lain. Beliau berharap agar corak dan pemikiran ahli PAS dapat diubah dari pembangkang kepada pemikiran sebuah Kerajaan yang memerintah.

Beberapa soalan berhubung-kait dengan masalah setempat telah diajukan. Beliau berjanji akan mengkaji masalah berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.

2. Majlis ramah mesra dan dialog di Gugusan FELCRA Lekir

felcra LekirSelesai sahaja dialog di Kg Sungai Wangi, beliau bersama rombongan telah bergerak menuju ke FELCRA Lekir. Lebih kurang jam 12.15 tenghari beliau tiba dan disambut oleh Jawatankuasa PAS Cawangan dan lebih 100 penduduk setempat.

Hj Mustar bin Hasmuni selaku Pengerusi PAS Cawangan dalam ucapan pembukaannya telah meminta YAB MB dapat menimbang dan meluluskan segala permintaan mereka. Antara perkara yang disebutkan oleh beliau dan penduduk setempat adalah:

1. Meluluskan bantuan untuk membina rumah bagi anak-anak generasi kedua peneroka yang telah berumahtangga.
2. Mengiktirafkan Jawatankuasa Kerja Projek yang dilantik oleh penduduk setempat sama tarafnya dengan JKKK kampong yang lain.
3. Meluluskan pemasangan lampu jalan di sepanjang jalan masuk ke FELCRA Lekir.
4. Mengurangkan tarif air bagi negeri Perak.

Ucap balas mb
Dalam menjawab permintaan tersebut YAB MB meminta agar Jawatankuasa PAS dapat mengoptimumkan fungsi dan tugas Kaunter Khidmat Rakyat yang telah diwujudkan di Markas PAS Kawasan. Segala aduan dan cadangan yang dikemukakan perlu mengisi borang dan melalui proses yg telah ditetapkan. Namun demikian, beliau bersetuju dengan beberapa aduan yg dikemukakan dan akan meneliti perkara tersebut sebelum sebarang keputusan diambil.

3. Majlis Kenduri Kahwin di Taman Fasa 3A

kawen
Dalam kesibukan penjadualan yang ketat beliau sempat menghadiri jemputan kenduri kahwin walaupun aturcara beliau pada hari tersebut begitu padat sekali. Kehadiran beliau sudah barang tentu menyerikan lagi majlis berkenaan terutama untuk diperingati oleh kedua mempelai yang baru mendirikan rumahtangga.

4. Sumbangan Kerusi Roda kepada insan kurang upaya

Setelah menanti hampir setengah abad, Kaliamah a/p Govindasamy 56, menjadi insan yang bertuah kerana mendapat sumbangan kerusi roda dari Kerajaan negeri. Beliau yang mengalami lumpuh sewaktu kecil, tidak perlu mengingsut lagi untuk bergerak. Dengan bantuan kerusi roda ini, adalah diharapkan pergerakan beliau akan lebih mudah.

kaliamahkaliamhkalaiamh

Suasana hening seketika bilamana melihat Kaliamah merangkak untuk menerima kerusi roda berkenaan. Penyerahan kerusi roda ini juga disaksikan oleh Jawatankuasa dan ahli Makhal Sakhti.

5. Majlis Kesyukuran dan dialog bersama MB di Kg Tersusun

Walaupun genap 3 bulan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak, namun penduduk Kg Tersusun tidak mahu ketinggalan dalam meraikan kemenangan ini.

kg tersusun
Dalam ucapan perasmian YAB MB menyatakan bahawa Kerajaan PR yang dibentuk merupakan Kerajaan yang berteraskan lima prinsip yang disepakatai iaitu adil, amanah, terbuka, integriti dan berkebajikan tanpa mengira kaum, bangsa, jawatan dan organisasi yang terlibat. Kelima-lima teras ini merupakan tunggak utama terhadap kesepakatan ketiga komponen dalam Pakatan Rakyat.

6. Ramah mesra MB bersama pelawat, pelancong dan peniaga Jeti Lumut/Pulau Pangkor

Bagi menyatakan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam industri pelancongan, YAB MB telah berkenan untuk memberikan bunga telor kepada semua pengunjung-pengunjung dan peniaga-peniaga yang berada di Lumut. Beliau berharap semua pengunjung dan peniaga dapat mempergiatkan lagi industri pelancongan khususnya bagi negeri Perak.

pengunjung bunga teloq

7. Meraikan anak-anak yatim Raudah Al-Solihin di Lumut

Aturcara di Lumut diteruskan dengan meraikan anak anak yatim Raudah Al-Solihin berhampiran jeti Lumut. Seramai 18 orang anak yatim yang diraikan menerima hadiah-hadiah hasil dari sumbangan orang ramai.

anak yatim
YAB MB berharap agar lebih ramai lagi mereka-mereka yang dermawan dan berkemampuan tampil kehadapan menyumbang bagi membangunkan dana pengurusan anak-anak yatim ini. Pusat Jagaan anak yatim yang diuruskan oleh Ustaz Ahmad Faisal bin Hj Jamaluddin Al-Sitiawaniy ini sentiasa mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai. (Kepada yang ingin menyumbang sila hubungi Ustaz di talian 019-5597524 atau melalui akaun Bank Muamalat 08030009619721).

8. Ramah mesra dan dialog bersama Persatuan Malaysia Hindu Sangam Sitiawan

Aturcara terakhir dalam jadual YAB MB adalah perjumpaan dan dialog bersama Persatuan Malaysian Hindu Sangam Sitiawan. Persatuan yang terletak di Kg Serdang ini juga menjaga dan menguruskan sebilangan anak-anak yatim berketurunan Hindu.

sangamPengerusi Hindu Sangam Encik Sivan LLB dalam ucapannya meminta Kerajaan Negeri memberi bantuan terhadap beberapa usul yang diutarakan. Antara usul berkenaan adalah:

1. Pengecualian cukai tanah untuk kuil
2. Peruntukan Tahunan (State Grant)
3. Mewartakan semua kawasan kuil dan kawasan kubur (Hindu).
4. Kelulusan segera dalam permohonan pengubahsuaian kuil-kuil Hindu.
5. Membina tempat pembakaran mayat (crematorium).
6. Malaysia Hindu Sangam harus dirujuk dalam isu-isu agama Hindu.
7. Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Bukan Islam harus ditubuhkan di Peringkat Daerah.

Dalam ucapan penoh semangat, YAB MB menggesa agar semua kaum tidak mengira bangsa dan agama, bersatu dalam membentuk semangat Malaysia yang berjaya.

mb perakBeliau meminta agar semua pihak memberi masa untuk Kerajaan PR yang baru dibentuk mentadbir dan mengurus kerajaan negeri ini. Segala masalah berhubung hal-ehwal Bukan Islam telah dipertanggungjawabkan kepada YB Datuk Ngee Khor Ham. Beliau percaya dengan kewibawaan dan integriti YB Datuk Ngee akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

Kesimpulan

Sehari bersama MB Perak banyak mengajar kita bahawa perjuangan ini masih terlalu panjang. Kesabaran, keredhaan dan ketelusan merupakan tonggak untuk mencapai perjuangan yang hakiki. Lantaran pengorbanan dari setiap golongan termasuk isteri dan keluarga adalah amat-amat diperlukan.

Semoga kejayaan bersama orang yang ikhlas dan benar. Amin.

Read More...

SAH...Sanusi ditamatkan perkhidmatan di UIA

Agenda daily

Persoalan mengenai kedudukan Tan Sri Sanusi Junid sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari Selasa terjawab apabila beliau mengesahkan telah menerima surat penamatan khidmatnya di universiti berkenaan.
Berdasarkan kenyataan media yang diedarkan kepada media sebelum sidang medianya bermula kira-kira jam 4 petang, Sanusi memaklumkan, beliau menerima surat yang ditandatangani oleh Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan UIA tersebut hari Rabu (9 Jun 2008).

Sanusi dalam kenyataanya mendakwa, beliau percaya penamatan khidmatnya sebagai Presiden UIA bukanlah atas kehendak Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan tetapi disebabkan adanya desakan daripada pentadbiran kerajaan.

Berdasarkan kepada perlembagaan UIA, perlantikan dan penamatan khidmat Presiden adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Ketua Perlembagaan.

UIA yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat tidak terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi tetapi sebaliknya mempunyai kuasa otonomi dalam soal perlantikan dan penamatan perkhidmatan seseorang di universiti berkenaan.

Isu kedudukan Sanusi menjadi topik yang hangat diperkatakan ekoran tindakannya keluar dairpada UMNO kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan negara.

Dalam perkara yang sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob pernah mencadangkan agar Datuk Mokhzani Mahathir turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) dengan alas an secara prinsip jika Mokhzani keluar UMNO kerana tidak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, beliau tidak seharusnya terus pegang jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Ekoran kenyataan itu, timbul pandangan bagaimana pula dengan kedudukan Sanusi di UIA yang juga keluar UMNO kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Agendadaily pernah melaporkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang menegaskan, kuasa melantik atau menamatkan perkhidmatan Sanusi terletak di bawah bidang kuasa Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan.

Tegas Khaled, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menamatkan perkhidmatan Sanusi kerana kuasa terletak di tangan Ketua Perlmbagaan dan akta universiti itu tidak berada di bawah bidang kuasa kementeriannya. – 10/6/2008


-----------------------------

Selepas Mokhzani...Sanusi di UIA macam mana



Setelah heboh cerita pasal Datuk Mokhzani Mahathir perlu letak jawatan Sepang International Circuit (SIC) ada pihak yang bertanya bagaimana pula dengan kedudukan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid yang kini menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Jika lihat kepada tindakan Sanusi, ia tidak ada bezanya dengan apa yang dilakukan oleh Mokhzani. Kedua-dua mereka secara terbuka telah menyatakan tidak percaya dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dalam kes Mokhzani, alasan yang diberikan agar beliau berundur daripada jawatan itu kerana secara prinsip, bagaimana beliau boleh kekal pada jawatan Pengerusi SIC sedangkan beliau dilantik oleh Abdullah dan beliau pula telah hilang keyakinan kepada Abdullah.

Selepas isu Mokhzani dibangkitkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan disokong oleh Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said, kini ada yang tertunggu-tunggu apa pula langkah Kementerian Pengajian Tinggi yang diterajui Datuk Seri Abdul Khaled Nordin berhubung kedudukan Sanusi.

Logiknya menurut beberapa pemerhati, jika Mokhzani diminta berundur, Sanusi juga yang sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan negara sepatutnya menerima desakan yang sama.

Namun Khaled ketika dihubungi oleh Agendadaily menjelaskan, beliau buat masa ini hanya meneliti perkembangan yang membabitkan kedudukan Sanusi.

Ditanya tidakkah beliau akan membuat desakan atau mengambil sebarang tindakan terhadap Sanusi, Khaled menjelaskan, UIA ditubuhkan di bawah akta syarikat.

“Perlantikan beliau dibuat oleh ke bawah Duli Tuanku Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan UIA… terserah kepada Tuanku Sultan Pahang…saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan yang boleh merumitkan lagi keadaan,” ujar beliau. – 3/6/2008

Read More...

Harga minyak turun segera selepas Pakatan memerintah - Anwar

Siasah daily

Sunday, June 8, 2008

PETALING JAYA, 8 Jun: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, Pakatan Rakyat akan menurun segera harga minyak kepada harga asal atau atau lebih rendah sebaik sahaja diberikan mandat untuk memerintah negara.

“Jika saya gagal melaksanakannya, saya akan meletakkan jawatan serta merta,” kata Anwar apabila ditanya apakah jaminan kenyataan beliau itu.

Anwar berkata demikian dalam siding media di pejabat PKR, dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau akan membentangkan mekanisma dan konsepnya kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang akan bermesyuarat esok.

Anwar dipercayai mengulas kenaikan harga minya yang diumumkan Perdan Menteri 5 Jun lepas yang menyaksikan kenaikan mendadat harga petrol di pasaran dari RM1.92 kepada RM2.70 seliter manakala diesel dari RM1.58 ke RM2.58 seliter.

Anwar dan pemimpin Pakatan dari sebelum pilihan raya umum ke 12 lagi sudah berjanji akan menurunkan harga minyak dengan berkata, kenaikan harga minyak di dunia bererti kenaikan keuntungan kepada syarikat minyak negara, Petronas yang mengekspot minyak ke luar negara.

Ini mewajarkan sebahagian keuntungannya dikembalikan kepada rakyat negara ini dalam bentuk subsidi.

Read More...

Hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat

Harakahdaily

Ustaz Idris Haji Ahmad

Tue | Jun 10, 08 | 11:07:35 am MYT

1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.

Kenapa pula Malaysia perlu sakit. Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.

Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.

Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.

2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.

Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.

Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.

Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja.

3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.

Singapura bukan negara pengeluar minyak.

Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.

Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.

4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.

Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.

Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.

Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.

5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.

Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.

6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.

Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.

7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.

Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.

Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.

Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.

8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.

"Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,"kata Perdana Menteri.

"Belanja secara berhemah,"kata Datin Rosmah Mansur.

"Ubah gaya hidup...membazir Islam marah,"kata Dato' Seri Najib.

Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.

Saya hendak cadangkan supaya pemimpin Umno-BN ambil cermin suluh muka baru boleh nasihat rakyat.

Inilah rupa pemimpin yang memerintah negara kita hari ini. Ya Allah selamatkanlah negara. - mks. _

Read More...

Minyak: Abdullah umum strategi tambahan kurang beban, kawal inflasi

Mstar Online

10-06-2008 02:46:05 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

ABDULLAH Ahmad Badawi berbual dengan (dari kiri) Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zety Akhtar Aziz; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohd Yakcop dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shahrir Samad selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Membanteras Inflasi Negara di Putrajaya semalam. fotoBernama

(Dikemas kini) PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Membanteras Inflasi Negara petang tadi mengumumkan strategi-strategi tambahan bagi mengatasi kesan inflasi dan mengurangkan beban kos kenaikan minyak - yang mampu menjimatkan RM2 bilion.

Sebahagian besar daripada langkah dalam strategi yang diumumkan hari ini melibatkan penjimatan perbelanjaan kerajaan.

Strategi dan langkah yang diumumkan Abdullah ialah:

  • Bayaran tunai kepada pemilik kenderaan persendirian yang layak dipercepatkan mulai Sabtu ini (14 Jun) berbanding tarikh asal 1 Julai 2008
  • Kuota fleetcard lebih tinggi untuk penguasa pengangkutan awam - masih boleh membeli diesel pada harga lama RM1.43 seliter
  • Kuota disel yang boleh dibeli dengan kemudahan fleetcard akan ditambah untuk memastikan tambang bagi pengangkutan awam dikekalkan.
  • Senarai kenderaan yang layak untuk menerima diesel subsidi akan diperluaskan, meliputi bas pekerja dan teksi yang menggunakan petrol.
  • Elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dikurangkan 10 peratus.
  • Pakej percutian anggota Kabinet setahun sekali dihadkan dalam negeri dan rantau ASEAN manakala tempoh dibenarkan pula hanya seminggu.
  • Pengurangan hotel untuk sebarang majlis kerajaan.
  • Agensi-agensi awam diarah menangguhkan perbelanjaan yang masih dalam perancangan.
  • Pewujudan jawatan baru kecuali jawatan tertentu dan kritikal dibekukan.
  • Sewa ruang pejabat baru atau tambahan, perpindahan pejabat ke bangunan lain atau membuat pengubahsuaian pejabat sedia ada tidak dibenarkan.
  • Pembelian aset termasuk kereta, perabot, komputer dan lain-lain kelengkapan pejabat yang belum komited ditangguhkan.
  • Majlis dan upacara keraian seperti pembukaan pejabat, persidangan atau mesyuarat, penyampaian hadiah, perasmian bengkel atau kursus dihadkan.
  • Menambah baik jaringan sosial - kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menaikkan beberapa elaun dan maklumat terperinci diumumkan dalam masa seminggu.

Perdana Menteri menjelaskan, langkah itu akan menjimatkan wang negara sebanyak RM2 bilion, yang akan disalurkan untuk pembangunan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.

"Kerajaan telah memantau keresahan rakyat yang menghadapi kesukaran susulan daripada kenaikan harga minyak.

"Walaupun kerajaan tidak mahu membebankan rakyat, keputusan yang amat sukar ini terpaksa dibuat kerana kerajaan memegang amanah untuk memastikan penggunaan sumber semula jadi negara secara berhemah, bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk generasi masa depan," kata beliau yang juga Menteri Kewangan pada sidang media di sini.

Mesyuarat berlangsung di Putrajaya bermula pukul 2.30 petang tadi dan membincangkan kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia serta petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan Rabu lalu.

Majlis Membanters Inflasi Negara yang baru ditubuhkan dianggotai wakil kerajaan dan sektor swasta.

Pagi tadi Abdullah telah menyampaikan ucaptama pada Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-13 di sini.

Mengenai bayaran rebat kepada pemilik kenderaan persendirian yang layak yang sebelum ini dijadualkan mulai 1 Julai, jelas Perdana Menteri, ia dipercepatkan kepada Sabtu ini bagi mengurangkan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak.

Kata beliau, pemilik-pemilik kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan pada April dan Mei tahun ini juga boleh mendapatkan bayaran berkenaan di pejabat pos pada tarikh berkenaan.

Maklumat terperinci mengenai prosedur berhubung perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Kerajaan turut merasai keperitan rakyat dan merasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini," kata beliau dengan merujuk kepada langkah-langkah berkenaan.

Ketika ini, elaun keraian sebulan Perdana Menteri adalah RM18,865, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), Menteri Persekutuan (RM12,320) dan Timbalan Menteri (RM6,000).

Abdullah berkata, langkah penjimatan perbelanjaan awam itu dibuat ekoran masalah kenaikan harga bahan api serta bahan makanan sekarang.

Merujuk kepada arahan untuk mengehadkan perjalanan ke luar negara, Abdullah berkata, ia hanya dibenarkan bagi tugas rasmi melibatkan persidangan dan mesyuarat antarabangsa yang penting sahaja atau mesyuarat di antara kerajaan.

Pegawai-pegawai yang hadir juga hendaklah kalangan mereka yang terlibat secara langsung dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan bilangan pegawai kementerian dan jabatan itu pula tidak melebihi tiga orang.

Menerusi arahan itu juga seorang menteri layak membawa hanya tiga pegawai kementerian semasa tugas rasmi ke luar negara manakala timbalan menteri layak membawa dua pegawai sahaja.

Pada Jumaat lalu, Abdullah berkata, kerajaan akan mengumumkan empat langkah penting awal minggu depan, kemungkinan esok, bertujuan untuk mengurangkan beban pengguna berikutan peningkatan ketara harga minyak dan tarif elektrik.

Empat langkah penting itu melibatkan langkah-langkah penjimatan oleh jabatan dan agensi kerajaan, meningkatkan jaringan keselamatan sosial bagi rakyat dalam kumpulan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan orang kurang upaya.

Selain itu, kerajaan akan menambah senarai barangan kawalan untuk mengekalkan kos yang rendah dan meningkatkan bilangan pengangkutan awam seperti bas di jalan.

Di bawah penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas, harga petrol naik sebanyak 78 sen seliter menjadi RM2.70 seliter dan diesel pula naik RM1 seliter kepada RM2.58 seliter.

Bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal.

Kelmarin, harga minyak mentah dunia mengalami kenaikan tertinggi dalam sehari sebanyak AS$10.75 (RM34.93) untuk mencatat rekod baru AS$138.54 setong (RM450.25) walaupun ia menurun sedikit pada Rabu lalu.

Read More...

Rayuan para pengusaha kantin apabila kos operasi naik


PELAJAR di sebuah sekolah di Ampang memilih juadah di kantin pada hari pertama sekolah dibuka selepas bercuti dua minggu semalam.


KUALA LUMPUR – Kira-kira 89 pengusaha kantin di sekitar Lembah Klang yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Pengusaha-Pengusaha Kantin Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat mahu pihak berkuasa mengkaji semula kontrak mereka ekoran kenaikan harga barang ketika ini.

Setakat ini kebanyakan pengusaha kantin masih mengekalkan harga barangan tetapi mereka tidak dapat menjamin ia dapat bertahan lama.


Wan Zaharah


Pengerusi persatuan itu yang juga satu-satunya organisasi bagi pengusaha kantin di Malaysia,

Khalid Khairi memberitahu, tindakan itu perlu memandangkan ramai pengusaha kantin kini bagai tersepit dengan kenaikan harga bahan mentah sedangkan kontrak mereka menetapkan harga jualan tidak boleh dinaikkan.

“Kami juga akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu kenaikan harga barang serta impak di kawasan masing-masing selain mengetahui masalah setiap ahli.

“Kami kini dalam dilema dan buat masa ini mahu atau tidak, kenalah bertahan. Selalunya pengusaha seperti kami kurang diberi perhatian,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Khalid, pengusaha kantin perlukan perhatian pihak berkuasa kerana kenaikan harga barang mentah memberi kesan serius terhadap operasi mereka.

Katanya, ia menyebabkan keuntungan tidak setimpal dengan modal.

Dalam pada itu, pengusaha kantin sebuah sekolah menengah di Jalan Peel, Zainal Ahmad, 58, keadaan sekarang mewajarkan mereka menaikkan harga.

“Saya dah 23 tahun berkhidmat di sekolah ini dan walau terdesak macam mana pun, saya tak ada pilihan, kena ikut kontrak.

“Kalau nak naikkan harga pun, kena tunggu tender tahun depan baru boleh bincang dengan pihak sekolah,’’ ujarnya.


NORAIDAH terpaksa membeli sendiri barangan keperluan kantinnya kerana mahu mengelakkan harga tinggi dari pembekal.


Sementara itu, keluhan yang sama turut dirasai oleh Wan Zaharah Wan Mamat, 39, yang telah lapan tahun menguruskan kantin sebuah sekolah kebangsaan di Ampang.

“Saya masih jual nasi lemak berharga 50 sen, nak naikkan 10 sen pun susah dan kali terakhir saya naikkan harga ialah tahun lalu bagi nuget ayam sebanyak 10 sen dan itu pun sebab pembekal kena hantar terus ke sekolah,’’ katanya.

Read More...

Jangan bayar cukai pintu, air – Khir Toyo

Utusan Online

10/06/2008 2:45pm

SHAH ALAM 10 Jun – Penduduk di negeri ini diminta tidak menjelaskan cukai pintu bagi tempoh penggal kedua tahun ini sekiranya kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak menurunkan kadar cukai itu sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya mereka.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ketika ini pihak berkuasa tempatan di Selangor dalam proses mengeluarkan bil cukai pintu untuk tempoh enam bulan kedua tahun ini.

''Kita beritahu rakyat, jangan bayar bil cukai pintu sebab janji mereka dahulu selepas 100 hari, penduduk akan menikmati pengurangan cukai, oleh itu mereka perlu menunaikan janji.

''Kalau kerajaan negeri hendak sita rumah penduduk yang tidak menjelaskan cukai pintu, sitalah beratus ribu rumah, kita mahu lihat sejauhmana mereka mampu bertindak ,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 5 Mei lepas mengumumkan keputusan kerajaan tidak menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus untuk kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial atas alasan keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji tersebut dilaksanakan.

Selain itu, Abdul Khalid bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil menyebabkan peruntukan untuk pembangunan lain di negeri ini tidak mencukupi, meskipun janji itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PKR dan Pas.

Pada masa sama, Mohamad Khir yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) mengulangi pendirian meminta penduduk tidak menjelaskan bil air sebanyak 20 meter padu pertama yang bersamaan RM11.40.

''Tan Sri Khalid dan Datuk Dr. Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri) bercakap dalam Dewan Undangan Negeri, rebat air percuma akan dimasukkan dalam bil Jun, kita tunggulah,'' jelasnya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) semalam menolak terma dan syarat pembayaran yang dikemukakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berhubung pemberian air meter percuma itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya tidak berpuas hati dengan cadangan KDEB yang mahu supaya pembayaran air secara percuma kepada pengguna dibuat selepas rancangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor siap sepenuhnya September ini.

Ini memandangkan cadangan KDEB itu dilihat secara langsung akan menjejaskan aliran tunai serta operasi Syabas.

Read More...

Petronas ditubuh Tun Razak untuk kekalkan harga minyak murah

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Tue | Jun 10, 08 | 12:28:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat.

Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah, ujarnya dalam satu temubual dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini semalam.

"Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.

"Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat," ujar Husam.

Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka.

Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya.

Menurut Husam, keuntungan Petronas kini mencapai berlipat kali ganda lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi jumlah 'replacement ratio dalam negara (1.8),

"Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada Replacement Ratio 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini," ujarnya.

Kemudian jika dilihat kepada rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, katanya.

Pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong), katanya.

"Sekarang harga minyak naik lebih USD130 satu tong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi.

"Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.Dalam laporan tahunanya pendapatan besarnya disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestics) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas," katanya.

Selain itu harga minyak Malaysia 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang Petronas import kerana minyak yang dihasilkan di Malaysia ada kualiti yang lebih baik dan harga yang lebih tinggi, katanya.

"Bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi, katanya.

Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi, katanya.

Ikuti kupasan lanjut wawancara Harakah dengan Naib Presiden PAS itu dalam Harakah versi cetak keluaran akan datang. - mks._

Read More...

Tegurlah kami, kata Pemuda Umno

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Jun 10, 08 2:51pm

Pergerakan Pemuda Umno hari ini melancarkan sebuah blog untuk mengumpulkan maklumat dan teguran rakyat, khususnya dari golongan muda, terhadap parti dan kerajaan.

"Selagi kita tidak mendengar pandangan mereka yang kritikal terhadap kita, maka selama itulah kita akan terus hidup dalam kepompong," kata Exo Pemuda, Datuk Sazmi Miah ketika melancarkan blog tersebut di PWTC pagi ini.

umno youth blog website media saka bangsa 100608Blog 'Saka Bangsa' tersebut akan diselenggarakan oleh Sekretariat Perhubungan Media Pemuda Umno yang dipengerusikan oleh Sazmi, yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dalam ucapannya, Sazmi berkata, keadaan sudah berubah, terutama selepas pilihanraya umum pada 8 Mac lalu.

Katanya, golongan muda kini mempunyai akses kepada kemudahan internet dan penubuhan blog tersebut adalah antara usaha Pemuda Umno untuk mendekati mereka.

"Jadi kita melancarkan blog ini untuk memulihkan kekuatan Pemuda Umno supaya terus relevan," katanya.

Blog ini akan membuka ruang untuk sebarang komen, pandangan, pendapat, kritik dan cadangan dari semua, terutama generasi muda secara terbuka sehingga 20 Julai 2008.

Ia juga akan menganjurkan tinjauan pendapat untuk mendapatkan maklumat dan senario yang lebih jelas agar maklumat ini akan dimajukan kepada kepimpinan Pemuda Umno.

Read More...

Kenapa harga minyak cipta rekod?

Kosmo online




MINYAK mentah di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mencatatkan rekod tertinggi kepada AS$139.12 (RM453.99) setong.

Harga itu meningkat berbanding di bawah AS$50 (RM163.15) setong pada permulaan tahun 2007 dan pada tahun ini melonjak sekitar 40 peratus daripada AS$95.98 (RM313.19) setong pada akhir tahun lalu.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, harga minyak pernah mencecah lebih AS$101.70 (RM331.85) pada April 1980 setahun selepas revolusi Iran.

Antara faktor yang menyebabkan harga minyak naik adalah kelemahan dolar dan dana.

Prestasi satu kombinasi lemah dalam aset-aset kelas lain serta ramalan kemampuan bekalan di bursa komoditi berjaya menarik kehadiran para pelabur dan dana spekulatif sekali gus memberi peningkatan sokongan untuk pasaran.

Insentif tambahan yang diperoleh pelabur adalah kelemahan dolar AS berbanding mata wang asing utama lain di mana komoditi yang dijual menggunakan mata wang dolar AS akan menjadi cukup murah.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang pernah mendakwa aktiviti spekulasi dan kelemahan dolar sebagai punca kenaikan minyak, telah menyatakan ia sedang meningkatkan bekalan minyak untuk mengimbangkan pasaran.

Arab Saudi iaitu pengeluar minyak terbesar dalam OPEC dijangka meningkatkan pengeluaran hampir kepada 9.5 juta tong setiap hari pada bulan depan berbanding 9.1 juta tong sehari pada Mei lalu.

Sebenarnya, OPEC tidak melakukan sebarang peningkatan pengeluaran secara rasmi sejak ia bermesyuarat pada September tahun lalu dan tidak merancang untuk mengadakan mesyuarat sehingga 9 September depan.

Beberapa penganalisis mempersoalkan sama ada OPEC mampu meningkatkan pengeluaran.

Sebahagian pihak berhujah bahawa terdapat bekalan minyak mencukupi dan teknologi yang lebih baik akan memastikan ia dikeluarkan dari perut bumi.

Bagaimanapun, pelbagai isu politik menghalang pengeluaran di kebanyakan lokasi simpanan minyak.

Pengeluaran minyak di Iraq terjejas sejak bertahun-tahun lalu berikutan sekatan dan perang.

Sekatan juga menghalang penerokaan minyak di Iran dan keganasan menjejaskan pengeluaran di Nigeria. Berikutan kesukaran mengeluarkan minyak dari perut bumi, harga tinggi telah melahirkan satu trend bahawa sumber-sumber asli hanya untuk kegunaan negara.

Pemilik-pemilik sumber asli itu kini berusaha untuk memastikan kekayaan itu hanya digunakan untuk negara mereka.

Beberapa anggota pengeluar minyak utama dalam OPEC kini sudah pun menghalang syarikat-syarikat minyak asing untuk beroperasi dalam kawasan simpanan minyak masing-masing.

Anggota bukan OPEC iaitu Rusia yang merupakan pengeksport minyak kedua terbesar dunia turut mengehadkan penglibatan syarikat asing di negaranya dalam aktiviti penerokaan minyak manakala pengeluarannya sudah tidak berkembang.

Terdapat bukti bahawa harga minyak tinggi sudah mula untuk mengurangkan permintaan.

Namun, pertumbuhan ekonomi di China dan negara-negara yang pesat membangun dijangka akan mengimbangi sebarang kesan kejatuhan permintaan di negara-negara maju.

Beberapa kerajaan di negara maju kini turut menimbangkan untuk mengurangkan cukai manakala negara-negara membangun yang bergelut dengan bebanan subsidi kini mula untuk mengurangkannya.

Walaupun jika terdapat minyak mentah yang banyak untuk memenuhi permintaan, ia tidak bermakna bahawa terdapat kemudahan mencukupi bagi menapis minyak seperti diesel dan petrol kerana terdapat kekurangan kemampuan menapis minyak.

Negara pengeluar tenaga utama dunia, AS sudah tidak membina sebuah pusat menapis minyak sejak berdekad-dekad lalu kerana berhadapan dengan isu seperti kekurangan minat untuk melabur dalam sektor yang tidak menguntungkan.

– Reuters

Read More...

Judi: Sediakan panduan peraduan SMS

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jun 9, 08 9:22pm

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disarankan mengeluarkan satu garis panduan berhubung peraduan dan pertandingan agar tidak mengandungi unsur-unsur perjudian.

"Satu garis panduan berhubung dengan peraduan dan pertandingan yang tidak dikategorikan sebagai perjudian perlu dikeluarkan oleh Jakim agar tidak terkeluar dari landasan syarak," kata Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Yusri Mohamad mengulas keputusan Jakim untuk memutuskan sama ada 'Peraduan 100 hari 100 Kereta' anjuran Celcom Mobile Sdn Bhd yang bermula 2 Jun lalu sama ada haram atau sebaliknya susulan mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Khamis lalu, mufti itu menasihatkan umat Islam supaya tidak menyertai peraduan itu kerana mengandungi unsur perjudian.

"Peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor," katanya.

"Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruahan, dan pertaruhan adalah satu perjudian."

Peraduan itu yang dijadual berakhir 9 September ini menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi setelah menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam satu kenyataannya hari ini, Abim berharap garis panduan yang dikeluarkan nanti dapat merungkai kekeliruan terutama sekali di kalangan orang Islam mengenai status peraduan tersebut.

"Abim memandang berat serta pernah menyatakan kebimbangannya terhadap kewujudan sebarang unsur perjudian di dalam peraduan ataupun pertandingan membabitkan penggunaan SMS," kata Yusri.

Selain itu, pertubuhan itu juga mencadangkan:

bullet buttonSebarang peraduan terutama membabitkan wang sama perlu dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan serta Jakim agar memenuhi ketetapan-ketetapan syarak,

bullet buttonJakim menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau sebarang peraduan yang melibatkan penggunaan wang bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur perjudian,

bullet buttonSyarikat swasta yang ingin mengadakan sebarang peraduan yang melibatkan penggunaan wang merujuk institusi agama seperti Jakim dan jabatan agama Islam di peringkat negeri.

Jumaat lalu, Celcom mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan tersebut dengan alasan ia tidak mempunyai unsur perjudian seperti yang didakwa oleh Dr Mohd Asri.

Ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi itu Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, kajian yang menyeluruh telah dibuat sebelum menganjurkan promosi itu.

"Jika wujud unsur-unsur perjudian atau apa juga yang haram dalam promosi Celcom, saya akan menjadi orang pertama yang akan menentang penganjuran promosi seperti itu," beliau dipetik sebagai berkata.

Read More...

Kerajaan beku lesan hypermarket baru

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Isnin, 09 Jun 2008

KL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) akan membekukan sementara waktu permohonan bagi membuka cawangan-cawangan hypermarket dalam negara.

Menterinya Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pembekuan itu bertujuan melindungi kepentingan para pengusaha pasar basah yang menghadapi saingan hebat ekoran kewujudan hypermarket itu.

Beliau berkata pembekuan itu hanya untuk permohonan yang baru sahaja, manakala bagi yang sudah diluluskan, mereka boleh terus beroperasi seperti biasa.

"Bagaimanapun kerajaan akan memberi kelulusan bagi permohonan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk membuka cawangan-cawangan hypermarket," katanya kepada pemberita selepas melawat pasar awam Batu Lanchang di sini hari ini.

Katanya walaupun wujud persaingan hebat antara pasar basah dengan hypermarket namun secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan harga barang yang dijual di pasar awam itu.

Sementara itu Shahrir berkata pihaknya sedang menimbangkan langkah untuk memberi subsidi kepada perkhidmatan feri di Pulau Langkawi, Pulau Labuan dan Pulau Carey ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

Beliau berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan pihak-pihak yang terbabit.

Read More...

Abim cadang bayar PTPTN ikut kaedah syariah

Mstar Online

09-06-2008 08:38:22 PM

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini mencadangkan supaya konsep pembayaran skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilaksanakan mengikut kaedah syariah seperti perbankan syariah.

Presidennya Yusri Mohamad berkata perubahan itu selain sebagai satu alternatif pembayaran sedia ada kini boleh mengelakkan wujud unsur riba yang jelas bertentangan dengan syariah.

"Sekiranya kaedah ini diterapkan, Abim berpendapat ia dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh peminjam yang membayar jumlah pinjaman yang lebih besar dari jumlah pinjaman yang dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata Abim juga menyambut baik langkah proaktif Kementerian Pengajian Tinggi yang merujuk isu pembayaran PTPTN ini kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Sikap ini perlu menjadi ikutan semua pihak untuk merujuk Jakim dalam isuisu berkaitan muamalat dan kepentingan masyarakat Islam khususnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya Abim juga menyambut baik tindakan Jakim yang mahu menilai semula peraduan "100 hari 100 Kereta" anjuran Celcom (Malaysia) Bhd sama ada ia menyalahi hukum syarak iaitu mempunyai unsur judi atau sebaliknya.

Katanya penilaian semula dapat merungkaikan kekeliruan terutama sekali di kalangan orang Islam mengenai status peraduan itu.

Beliau berkata Abim juga mencadangkan sebarang pertandingan yang membabitkan penggunaan wang dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan serta Jakim terlebih dahulu bagi memenuhi ketetapan syarak.

"Satu jawatankuasa khas juga perlu ditubuhkan bagi memantau sebarang peraduan atau pertandingan yang membabitkan wang bagi mengelakkan wujudnya unsur perjudian melalui Panel Kajian Syariah Jakim," katanya.

Yusri berkata satu garis panduan berhubung peraduan dan pertandingan yang tidak dikategorikan sebagai perjudian perlu dikeluarkan Jakim. BERNAMA

Read More...

Kawal Istana Buckingham

Sejak pertengahan bulan April lalu, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ditugaskan mengawal kediaman rasmi keluarga diraja Britain. Tugas tersebut akan berakhir pada pertengahan Jun ini.




PARA hadirin memberi tepukan gemuruh sejurus barisan pengawal keselamatan Malaysia dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berarak menuju ke Istana Buckingham, London untuk pertukaran tugas mengawal istana berusia lebih 250 tahun itu.

Dengan mengenakan pakaian istiadat dan diiringi pasukan pancaragam RAMD, mereka melangkah penuh gaya dengan hayunan tangan yang sekata. Ini sekali gus membuatkan ribuan pengunjung yang membanjiri perkarangan istana itu terpegun.

Ini adalah tugas pertama anggota keselamatan Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1938. Seramai 122 anggota rejimen Pasukan Istiadat dipilih menjalankan tugas itu dari 18 April lalu hingga 12 Jun ini.

Kebanjiran ribuan pengunjung untuk melihat majlis pertukaran tugas itu begitu menyentuh perasaan penulis. Ini kerana negara Malaysia yang pernah dijajah oleh British diberi penghormatan yang sebegitu rupa.


DENGAN mengenakan pakaian istiadat dan diiringi pasukan pancaragam RAMD, mereka melangkah penuh gaya dengan hayunan tangan yang sekata.


Komitmen anggota RAMD yang mempamerkan gaya keperwiraan Melayu menarik perhatian para pengunjung. Masing-masing tidak melepaskan peluang merakamkan detik bersejarah yang berlangsung di hadapan Istana Buckingham yang dibina pada abad ke-17 itu.

Dari segi sejarah, kawalan di istana tersebut melibatkan anggota pasukan keselamatan negara-negara Komanwel bermula September 1916. Setakat ini negara yang diberi kepercayaan untuk memikul tugas itu ialah Kanada, Australia, Afrika Selatan, New Zealand, Sri Lanka, Pakistan, Jamaica dan ketika ini, Malaysia.

Selain menjalankan tugas mengawal kediaman rasmi diraja Britain yang mempunyai 775 bilik itu, anggota RAMD yang menjalankan Tugas Awam London turut ditugaskan mengawal Istana Windsor, Istana St. James dan Menara London. Mereka terlibat dengan tugas rejimen bersama batalion lain daripada Pasukan Pengawal Peribadi di Istana Buckingham.

Mereka menjalani latihan di padang kawat markas tentera yang terletak tidak jauh dari Istana Buckingham pada setiap pagi. Apa yang mengagumkan, ada di antara penduduk di kota London ini begitu teruja dan mengambil kesempatan melihat mereka berlatih di tepi pagar.

Dalam menjalankan tugas-tugas rasmi itu, anggota RAMD terlibat menjaga laman istana, melakukan rondaan malam, mengawal pos kawalan istana dan menjadi sebahagian daripada pasukan tindakan cepat.


ISTANA Buckingham memiliki taman yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong dunia.


Di depan Istana Buckingham, terdampar jalan merah yang kelihatan begitu teguh dan keras, dibina hasil sumbangan negara-negara yang pernah terletak di bawah jajahan British.

Berhampiran istana ini , tersergam satu tugu besar untuk memperingati Ratu Victoria yang mula-mula tinggal di situ selepas menaiki takhta pada 1837.

Jika anda ke kota London, rasanya tidak begitu sempurna jika tidak melihat keindahan bangunan Parlimen yang terletak di Westminster. Di situ juga terdapat menara Big Ben atau lebih dikenali sebagai Menara St. Stephen.

Nama Big Ben diberikan kepada loceng utama untuk Jam Besar Westminster dan loceng utama yang seberat 14.5 tan yang dibuat pada tahun 1856. Dipercayai nama Big Ben diambil sempena nama ahli tinju Benyamin Caunt, seorang peninju tersohor di Britain. Ia juga mungkin berasal daripada nama Sir Benjamin Hall.

Tidak jauh dari bangunan Parlimen ini, anda berpeluang melihat keindahan London Eye, sebuah roda observasi yang terbesar di dunia setinggi 135 meter atau 443 kaki di sebelah Sungai Thames. Ia juga dikenali sebagai Millennium Wheel yang mula beroperasi pada akhir tahun 1999.

London Eye berpusing dengan kepantasan 0.26 meter bagi setiap detik dan mengambil kira-kira 30 minit bagi setiap pusingan. Ia diapungkan di Sungai Thames.

Jika berkesempatan ke London, jangan lepaskan peluang menaiki gondola London Eye untuk melihat kota London dari udara. Harga tiketnya ialah 14.40 pound sterling (RM92.80), kanak-kanak berumur antara 5 hingga 15 tahun (RM46.40), kanak-kanak kurang 5 tahun (percuma), warga emas berumur lebih 60 tahun dan orang kurang upaya (RM70.40).

Selain itu, Jambatan Menara atau Tower Bridge yang terletak di atas Sungai Thames menjadi ikon di kota ini.


ISTIADAT penyerahan tugas.


Bagi mereka yang cintakan kedamaian dan riadah, kota ketiga tersibuk di dunia selepas New York dan Tokyo ini menyediakan banyak taman untuk seisi keluarga bersantai pada hujung minggu. Antaranya ialah Green Park, Greenwich Park, Hyde Park, Kensington Park, Regent Park, Richmond Park dan St. James Park, selain Dataran Trafalgar.

Dataran Trafalgar dibina untuk memperingati Pertempuran Trafalgar pada tahun 1805. Ia memberikan kemenangan kepada Tentera Laut Diraja Britain yang menentang Napoleon. Nama terdahulunya ialah Dataran Raja William Keempat, tetapi George Ledwell Taylor mencadangkan nama Dataran Trafalgar.

St. James Park adalah taman yang tertua daripada kesemua taman diraja London di Westminster yang terletak di timur Istana Buckingham dan barat Whitehall dan Jalan Downing.

Taman-taman itu dijaga bersih. Malah, ia menjadi lokasi penduduk kota London berjemur pada musim panas.


LONDON EYE diapungkan di permukaan Sungai Thames .


Bagi yang 'kaki jalan', anda tidak perlu risau kerana sistem pengangkutan di negara ini dianggap bertaraf kelas pertama. Mengapa? Perkhidmatan sistem kereta api bawah tanah atau lebih dikenali sebagai tube memudahkan pergerakan anda.

Sistem ini adalah yang tertua di dunia dengan perkhidmatan pertamanya bermula pada 10 Januari 1863. Anda boleh membeli kad ala Touch N-Go ini untuk menaiki tube ke merata tempat, selain perkhidmatan teksi dan bas dua tingkat bagi kawasan dalam bandar.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat bersejarah boleh diterokai di negara ini. Namun, ia tidak dapat dilawati dalam tempoh waktu yang sesingkat ini.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |