KLpos |
Wednesday, May 21, 2008
Analisis: Peluang terbuka untuk Anwar?
0 comments Labels: DSAI, klpos
Lompat akan jatuhkan Abdullah - Dr M
Harakahdaily Abdul Halim Mohd Rashid Wed | May 21, 08 | 5:04:18 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Jika Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) boleh melompat menjadi wakil bebas di dalam Parlimen, mereka boleh memaksa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan. Perkara itu dibayangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Jika jumlah yang tinggal BN cukup untuk kurangkan penyokong kerajaan supaya tidak ada majoriti lagi, kerajaan pimpinan Abdullah akan jatuh. "Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen," katanya. Selepas itu, jika BN menggantikan Abdullah dengan orang lain yang berani, kata bekas Presiden Umno itu, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi kerajaan. "Ini adalah satu cara untuk memaksa Dato Seri Abdullah letak jawatan. Kemudian semua yang lompat boleh masuk balik parti masing-masing," kata Dr Mahathir dalam blognya, chedet.com Beliau yakin, rakyat akan kembali menyokong BN jika Abdullah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. "Percayalah, mereka daripada parti komponen BN yang telah sokong parti lawan (dalam) PRU 12 akan kembali sokong BN apabila Abdullah bukan lagi Perdana Menteri," katanya. Beliau tidak kelihatan menyokong tindakan Ahli-Ahli Parlimen BN menyertai pembangkang. "Apa akan jadi pada wakil rakyat BN yang lompat (menyertai Pakatan rakyat)? Mereka tidak akan jadi Perdana Menteri kerana sudah tentu pemimpin Pakatan akan jadi PM. Ahli-ahli Pakatan yang lain juga ingin jadi Menteri dan Timbalan Menteri. "Berapa tempat yang tinggal pada ahli BN yang lompat? Tentu tidak semua mereka akan dapat tempat. Mereka akan terus jadi pengikut Pakatan sahaja, seperti mereka mengikut Abdullah sebelum mereka lompat," katanya. |
0 comments Labels: dr det, Harakahdaily, keluar BN
Tukar baju pelajar elak gangguan seks
Malaysiakini |
May 21, 08 5:39pm |
Kementerian Pelajaran dicadangkan menukar pakaian seragam pelajar perempuan bagi menangani jenayah seksual melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dalam kalangan mereka. |
0 comments Labels: bela rakyat, malaysiakini
Tidak Timbul Isu Bahagi Separuh Keuntungan Petronas Kepada Rakyat, Kata PM
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak timbul soal pembahagian separuh keuntungan tahunan Petronas kepada rakyat kerana perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang diperuntukkan oleh kerajaan sememangnya untuk kesejahteraan rakyat dan jumlahnya melebihi hasil yang diterima daripada Petronas.
Perdana Menteri berkata selain daripada sumbangan dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai dan dividen kepada kerajaan, Petronas juga menanggung beban subsidi harga gas sektor elektrik dan bukan elektrik.
"Sejak Mei 1997 sehingga Mac tahun ini, subsidi harga gas yang ditanggung Petronas kira-kira RM78 bilion," kata Abdullah.
"Penetapan harga gas yang rendah kepada sektor elektrik telah membolehkan Tenaga Nasional Bhd mengenakan tarif elektrik yang rendah yang dinikmati oleh kira-kira 5.5 juta pelanggannya," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mengenai jumlah keuntungan kasar yang diperoleh oleh Petronas sejak penubuhannya pada 1974 dan jumlah yang disimpan dan diagihkan kepada kerajaan serta persoalan mengenai sama ada kerajaan bercadang membahagikan separuh daripada keuntungan tahunan Petronas kepada rakyat.
Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah keuntungan Petronas sejak penubuhannya hingga 31 Mac tahun lepas, sebelum ditolak cukai, royalti, dividen dan duti eksport, berjumlah RM570.0 bilion.
Bagi pecahan mengikut pengagihan keuntungan, beliau berkata sebanyak RM357.8 bilion (62.8 peratus) diagihkan kepada kerajaan dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai dan dividen, RM41.4 bilion (7.2 peratus) diagihkan kepada pemegang saham royalti dan cukai luar negara, manakala RM170.8 bilion (30 peratus) dilaburkan semula untuk operasi Petronas.
Abdullah juga berkata wang yang diterima oleh kerajaan daripada Petronas, sama ada dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai atau dividen dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan bersama hasil lain yang diterima oleh kerajaan.
"Hasil yang diterima ini digunakan oleh kerajaan bagi tujuan perbelanjaan mengurus (termasuk memberi subsidi ke atas produk petroleum, sektor kesihatan, sektor pendidikan dan sektor pertanian), dan perbelanjaan pembangunan," katanya.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, PETRONAS
"Kata dua Mukhriz ancaman kepada parti" Hishammuddin
KLpos |
0 comments Labels: klpos, UMNO haprak
Mukhriz nak 'berperang' dari dalam...
Sah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir akan terus kekal bersama UMNO dan tidak ikut jejak bapanya yang keluar parti. Kepada satu soalan lain beliau menegaskan tiada jalan kompromi dalam pendirian mahukan Abdullah letak jawatan. Mukhriz juga menolak dakwaan tindakan Dr Mahathir ada kaitan dengan arahan Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu (termasuk Dr Mahathir) yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V.K.Lingam. KENYATAAN MEDIA YB DATO' MUKHRIZ MAHATHIR AHLI PARLIMEN JERLUN EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA Merujuk kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut: 1. Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI; 2. Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA; 3. Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti; dan 4. Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL. Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih. Sekian. 20 Mei 2008 ---------------------------
Bercakap pada sidang media khas di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 5.50 petang Selasa, Mukhriz memberitahu, walaupun kekal bersama UMNO beliau akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti.
"Dengan ini saya mendesak sekeras-kerasnya agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional dengan segera," katanya.
Beliau memberikan tempoh sehingga sebelum mesyuarat UMNO Cawangan bermula Julai depan untuk Abdullah meletakkan jawatan dan jika ia tidak berlaku, beliau tidak teragak-agak mengubah pendirianya yang terus kekal dalam UMNO.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, keputusannya hari ini tidak dibincangkan dengan ayahnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah berlepas ke Tokyo bagi menghadiri satu persidangan.
Turut hadir pada sidang media beliau ialah tiga orang Exco Pemuda UMNO Malaysia dan beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian daripada seluruh negara.
Tiga Exco Pemuda itu ialah Azizul Nizam Bidin,Kamarulzaman Kamdias dan Harrison Hassan.
Menjawab satu soalan Mukhriz mengesahkan ketiga-tiga mereka sependirian dengannya.
Jumlah Exco Pemuda UMNO Malaysia keseluruhannya serta Ketua-Ketua Pemuda Negeri ialah seramai (tidak termasuk Ketua Pemuda,Naib Ketua,Penolong Setiausaha,Penolong Bendahari,Ketua Penerangan,Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap) ialah seramai 38 orang.
Mukhriz juga mendakwa, daripada maklum balas yang diterimanya ramai ahli-ahli UMNO yang menyokong tindakan Dr Mahathir dan ada yang ingin mengambil tindakan sama keluar UMNO.
Ditanya pula tidakkah nanti tindakannya ini akan memporakperandakan UMNO beliau selamba berkata, " UMNO memang dah porakperanda."
Beliau berkata bapanya sudah menyatakan bahawa beliau bersedia pergi ke mahkamah untuk mempertahankan diri.
Mengenai kesan tindakan bapanya kepada ekonomi negara, Mukhriz berkata: "Saya boleh beritahu anda bahawa sebenarnya Malaysia bukanlah destinasi yang menarik bagi FDI (Pelaburan Langsung Asing) buat masa ini.
"Hari ini kita lihat pasaran bertindak secara negatif kepada kenyataan bapa saya dan malah lebih negatif lagi apabila Abdullah berkata beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri. Saya fikir pelabur asing boleh mengharapkan sebuah kepimpinan yang kukuh untuk memberikan mereka keyakinan melabur di negara ini.
"Buat ketika ini, saya berpendapat, kita mempunyai pemimpin yang paling lemah dalam sejarah kita. Jadi, bukanlah salah bapa saya kalau pelabur dari luar memilih untuk pergi ke tempat lain. Anda boleh mengingat kembali 22 tahun semasa bapa saya menjadi Perdana Menteri... kita mencatatkan rekod kedatangan pelabur ke negara ini," katanya.
Mukhriz berkata beliau juga akan menyokong sesiapa sahaja calon yang difikirkan layak menggantikan Abdullah sekiranya amalan demokrasi dalam UMNO masih segar.
Ditanya siapakah paling layak untuk menggantikan Abdullah sebagai Presiden UMNO, Mukhriz berkata mengikut hiraki parti, Timbalan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang paling sesuai.
Mengenai Timbalan Presiden pula,katanya beliau terbuka dalam soal itu dan sedia terima siapa saja yang dipilih oleh parti.
Kepada soalan mengapa beliau tidak hadir pada pertemuan Abdullah dengan semua Ahli Parlimen dari UMNO di bangunan Parlimen pada waktu tengahari,Mukhriz berkata beliau ' benci' untuk berada dalam satu pertemuan yang hanya nak sahkan sokongan kepada Perdana Menteri
-----------------------------------------------------------
BERIKUT IALAH KENYATAAN MEDIA PENUH DATUK MUKHRIZ YANG DIBACAKAN PADA AWAL SIDANG AKHBAR:
BERITA JAM 3 PETANG SELASA: Timbul tanda tanya...Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak hadir pertemuan antara Perdana Menteri dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO di bangunan Parlimen tengahari ini. Ini menguatkan lagi spekulasi beliau akan menuruti jejak bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO. Mukhriz akan adakan sidang media petang ini bagi jelaskan kedudukannya. Sementara itu, Mukhriz difahamkan telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Isnin malam. Menurut sumber yang layak dipercayai, pada pertemuan itu, Mukhriz memberitahu beliau sendiri terkejut dengan keputusan bapanya keluar daripada UMNO. Malah kata beliau, ibunya juga turut terkejut dengan keputusan Dr. Mahathir itu. Sehingga berita ini ditulis jam 3.00 petang Mukhriz masih belum lagi kelihatan di Parlimen bagi mengadakan sidang media untuk menjelaskan pendirianya berhubung isu itu. -20/5/2008
----------------------------------------
Mukhriz... di persimpangan dilema
Akhirnya Mukhriz hanya bersetuju untuk dipetik sebagai berkata buat masa ini beliau enggan memberi sebarang ulasan mengenai tindakan Dr Mahathir umum keluar UMNO. "Sekarang ini saya sedang berfikir," katanya.Beliau juga memberitahu telah dihujani oleh panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakannya seluruh negara. Andaian yang selamat dapat dibuat dari reaksi itu mungkin Mukhriz sendiri terkejut dan tidak menduga bapanya hendak mengucapkan selamat tinggal kepada UMNO walaupun mereka berkongsi pendirian terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mukhriz menyentuh sepintas lalu kelemahan Perdana Menteri dan sebaliknya lebih menekankan azamnya hendak menyelamatkan UMNO dan menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yang lebih sensasi di sini ialah UMNO akan kehilangan satu kerusi di Parlimen jika beliau memutuskan untuk ikut jejak Dr Mahathir.
Datuk Mukhriz Mahathir jarang mengelak dari para wartawan yang hendak mendapatkan komen mengenai isu politik.Sebaliknya sepanjang petang hingga ke malam Isnin Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun ini tiba-tiba jadi sukar dihubungi oleh para wartawan. Ada yang hanya berpeluang setakat bercakap dengan pembantu khasnya saja.
Sebabnya tidak lain tidak bukan ialah berita gempar bapanya,Tun Dr Mahathir Mohamad buat pengumuman di majlis dialog bersama Himpunan Melayu Kedah di Alor Star beliau keluar UMNO pada waktu tengahari.
Wartawan Agendadaily agak bernasib baik kerana kebetulan beliau sendiri menjawab telefon bimbitnya ketika ia berdering pada waktu petang.Itupun suaranya kedengaran amat keberatan sekali untuk menyentuh bab itu.
Sabtu, baru dua hari sebelumnya kedua mereka hadir di forum bertajuk ‘UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12: Suara Hati Rakyat’ yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO Johor di Johor Bharu.
Di forum itu Dr Mahathir dengan lantang berkali-kali mengajak ahli-ahli UMNO singkirkan Abdullah.
Apakah Mukhriz
Mahu tak mahu beliau pasti kena berdepan dengan para wartawan yang tentu menunggu disetiap penjuru untuk mengepungnya bila beliau muncul di Dewan Rakyat yang sambung sidang hari ini selepas cuti hujung minggu dan Hari Wesak.
Pokoknya beliau muncul pasti kenyataanya akan menjadi berita besar dan jika tidak muncul pun akan jadi bahan berita.
Sebagai anak apakah Mukhriz tidak akan menyahut seruan bapanya yang meminta semua pemimpin cawangan dan bahagian UMNO keluar parti sehingga Perdana Menteri letak jawatan?
Jika ya ia memang tidak mengejutkan.
Namun jika tidak apakah alasan yang hendak diberikannya?
Semua orang ternanti-nanti jawapan Mukhriz kerana pendirianya bukan sahaja melibatkan dirinya secara peribadi sebagai ahli UMNO.
Itulah yang dikatakan dilema terbesar Mukhriz.
Apakah beliau hendak menjadi penyumbang kerusi parlimen pertama yang mendekatkan lagi impian yang digembar gemburkan khususnya oleh Parti Keadilan Rakyat untuk ‘ menawan Parlimen.’?
Dalam pada itu ditengah-tengah kehangatannya hendak menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia keputusan untuk menjadi ahli parlimen bebas jika keluar UMNO tentunya akan melontar dirinya ke dalam belantara politik yang belum pasti ada jalan keluarnya.
Berat…memang berat.Sebab itu diketika kejutan pengumuman Dr Mahathir masih segar berlegar dan menjadi bualan ramai …perhatian utama kini bertumpu sepenuhnya kepada kata putus Mukhriz.- 19/5/2008
0 comments Labels: agenda daily, UMNO haprak
Koleksi Video - Sidang akhbar Mukhriz, desak Pak Lah letak jawatan.
Baca berita di sini.
0 comments Labels: koleksi video, sidang akhbar, UMNO haprak
Tindakan Dr M keluar parti tak beri manfaat
Berita Harian
Hishammuddin Hussein |
Keputusan bekas PM boleh keruhkan keadaan: Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti tidak akan memberi sebarang manfaat termasuk kepada bekas Perdana Menteri itu sendiri seperti dilakukan datuknya, Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan bapanya Allahyarham Tun Hussein Onn yang mengambil tindakan serupa.
Beliau berkata, tindakan Dr Mahathir itu tidak wajar dan mengeruhkan lagi keadaan serta mengelirukan ahli yang mahu membina semula kekuatan parti dan bersemangat untuk bergerak ke depan.
"Secara peribadi saya sudah lalui keadaan yang sama apabila datuk saya, Datuk Onn keluar parti dan bapa saya keluar parti. Saya tengok ia tidak memanfaatkan sesiapa pun termasuk tuan punya badan.
"Lebih baik (berada) dalam parti dan buat apa yang termampu. Bila kita di luar, kekuatan sebagai satu pasukan akan terhakis," katanya yang juga Menteri Pelajaran pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pelajaran Victoria, Australia, Bronwyn Pike dan anggota delegasinya di bangunan Parlimen, semalam.
Kelmarin, Dr Mahathir yang juga ahli Umno seumur hidup mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta sehingga Abdullah meletakkan jawatan Presiden parti.Dr Mahathir menegaskan, tindakan itu diambil kerana beliau hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Umno sekarang, terutama Abdullah yang didakwanya gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
Sambil melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan Dr Mahathir itu, Hishammuddin berkata, ahli Umno selama ini dididik untuk meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan individu dan dalam hal ini orang melihat isu sebenar adalah antara Dr Mahathir dengan Abdullah.
Katanya, yang penting adalah menghormati proses dalam parti supaya amalan itu diwarisi generasi akan datang kerana Umno tidak mahu cara lain dijadikan ikutan untuk generasi akan datang.
Beliau berkata, semua ahli termasuk Dr Mahathir boleh memberi pandangan, tetapi tidak boleh menyekat golongan atau pemimpin muda untuk melihat ke depan bagi membina parti mengikuti cita rasa generasi muda.
"Proses peralihan kuasa tidak akan berlaku dengan tekanan dan desakan seperti ini. Sekiranya ia dibuat melalui tuntutan dan desakan seperti itu, saya percaya ia tidak akan membantu kita dalam proses peralihan kuasa secara tertib dan hormat tanpa menimbulkan ketidakstabilan bukan saja kepada parti, malah kepada negara," katanya.
Hishammuddin berkata, beliau tidak akan berputus asa memulihkan semangat ahli dan menarik generasi muda menyertai parti walaupun ada kalanya kecewa kerana menghadapi kekangan yang membantutkan usaha itu.
Katanya, pada mesyuarat exco Pemuda Umno, Jumaat ini beliau akan menggariskan apa yang perlu dilakukan supaya perjuangan pergerakan itu memenuhi cita rasa generasi muda.
Ditanya mengenai kedudukan exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pergerakan itu berikutan tindakan bapanya keluar parti, Hishammuddin berkata, tiada perbezaan kedudukan Mukhriz sekarang dengan sebelum Dr Mahathir membuat pengumuman itu.
Katanya, beliau ada menemui Mukhriz malam kelmarin di kediamannya (Hishammuddin) bagi membincangkan isu prinsip.
"Saya berjumpa Mukhriz, saya jumpa Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda Umno)... hubungan saya dengan mereka erat," katanya.
Beliau juga percaya kedua-dua pemimpin Pemuda Umno dididik untuk mengutamakan parti, manakala Pemuda parti komponen juga menyatakan akan tetap bersama Umno.
Ditanya sama ada ramai ahli Umno akan keluar parti mengikut tindakan Dr Mahathir, Hishammuddin berkata, beliau tidak mengetahui perkara berkenaan.
Katanya, beliau juga tidak menerima laporan dakwaan kononnya 200 cawangan Umno di Johor dibubarkan.
0 comments Labels: Berita Harian, dr det, pemimpin haprak
Samy: Abdullah mesti tunai janji p'raya
Malaysiakini |
May 21, 08 3:42pm |
Enggan terbabit dalam kemelut politik Umno, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini menggesa Perdana Menteri menunaikan janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya Isnin lalu, Dr Mahathir mengambil keputusan keluar dari Umno kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Abdullah. Samy jumpa KSN |
0 comments Labels: malaysiakini, pemimpin haprak
Rafidah: Dr Mahathir is disloyal
|
Posted by Super Admin | |
Wednesday, 21 May 2008 | |
(The Star) - Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s resignation was an act of disloyalty to the party, said Wanita Umno chief Datuk Seri Rafidah Aziz. She said she was shocked to hear about Dr Mahathir’s departure, considering that he was someone who always talked about being loyal to Umno. “We understand that the issues raised by Tun was about leadership but this is a process that must take place graciously and it should not come to (the level of) bringing people down.” Rafidah said that Umno’s position as the backbone of the Government also had to be taken into consideration. “What he did was to be disloyal but I think most members are still loyal and that everyone will remain calm,” she added. In Malacca, Umno vice-president Datuk Seri Mohd Ali Rustam called on Dr Mahathir to reconsider his decision. He also urged party members to remain calm and loyal to the party in the light of recent developments. “It is crucial for party members to remain steadfast and to strengthen Umno. On Dr Mahathir’s move being capitalised by the Opposition, Mohd Ali said the Opposition would try to capitalise on every single issue if possible, including resorting to wearing turbans and songkok merely to entice support from the people. Perak Umno chief Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali expressed shock and disappointment over Dr Mahathir’s decision. All those in Umno and the Malay community too, he believed, were saddened by the sudden turn of events. “After Dr Mahathir had led Umno for 22 years, his decision to leave the party is beyond expectations. “On behalf of the state liaison committee and for the sake of our race, religion and country, I beg Tun Dr Mahathir to abandon his intention to leave so that we can together strengthen Umno and complete our unfinished struggles,” he said. Tajol Rosli also called on all Umno members to remain calm. Batu Pahat Umno division chief Dr Puad Zarkashi hoped that senior Umno leaders would meet Dr Mahathir to persuade him to reconsider his decision. “Obviously Tun is sending a strong signal to Abdullah to step down and to take the power transition seriously,” he added. |
0 comments Labels: dr det, malaysia today, UMNO haprak
Pelik, mengapa kerajaan baru Kedah tidak diserang?
Detik Daily Oleh ZULKIFLI YAHAYA Dunia dilanda krisis kekurangan bekalan makanan. Kedah adalah pembekal utama beras di negara ini. Ironinya di Kedah, beras super tempatan di mana beras hancurnya 15 peratus, menghadapi kekurangan bekalan. Dalam manifesto pilihan raya umum lalu, PAS Kedah menawarkan akan menjadikan negeri ini sebagai pengeluar makanan utama negara. Manifesto dibuat sebelum berlakunya krisis makanan dunia. Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang mengorbankan 4500 relong tanah milik Melayu ditentang oleh PAS adalah kerana projek tersebut, di samping menghilangkan hak Melayu, ia akan melenyapkan sumber bekalan makanan (beras) yang begitu besar jumlahnya. Penentangan ini dibuat sewaktu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi belum lagi mengumumkan bahawa Sarawak akan dijadikan Jelapang Padi Ke-2 Negara. Apabila tapak ZIPY boleh dialihkan ke laut, maka kerajaan baru PAS amat menyenanginya. Ia dijangka menghasilkan pulangan sebanyak RM200 juta setahun. Menteri Besar juga baru-baru ini menegaskan sikap penentangannya terhadap polisi tanah pertanian ditukar untuk projek industri. Bahkan dalam satu pengumuman lain, beliau memaklumkan perancangan mahu memugar kawasan baru di atas tanah seluas 6,000 ekar, di luar kawasan MADA, untuk dijadikan kawasan baru sawah padi. Semuanya adalah idea dan perancangan yang mendepani cabaran. Banyak lagi keputusan diambil kerajaan baru yang menyenangkan hati rakyat, sehingga membuntukan pihak pembangkang negeri ini untuk melakukan sesuatu. Bukan meminta. Tapi agak pelik, kerana selepas dua bulan berlalu kerajaan negeri Kedah belum ‘diacah’ oleh pembangkang di negeri ini, mahupun oleh media perdana yang dikuasai mereka. Kerajaan negeri Selangor diserang dengan isu babi dan dakwaan kononnya Pakatan Rakyat memungkiri janji pilihan raya. Di Perak, serangan bermula seawal percubaan Lim Kit Siang mengarahkan pemulauan majlis angkat sumpah Menteri Besar. Kini pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak oleh Menteri Besar dan serangan Dato' Seri Nizar Jamaludin terhadap sistem pelajaran dijadikan tapak peledak melancarkan serangan balas Umno Perak. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang selepas sidang media exco yang pertama lagi. Kenyataannya mahu menghapuskan kronisme dalam DEB diputarbelitkan sebagai mahu menghapuskan DEB. Ekorannya, Umno yang selama ini menentang perhimpunan jalanan terpaksa menjilat ludahnya apabila menganjurkan demonstrasi jalanan. Kerajaan Kelantan pula, sudah puas menerima belasahan tanpa belas kasihan sejak 18 tahun lalu. Sebagai pengulas politik, penulis sentiasa ‘dibekalkan’ dengan sumber-sumber penyelewengan dalaman pemimpin-pemimpin BN terdahulu, sewaktu mentadbir negeri. Terlalu banyak kebocoran dalam pentadbiran dan GLC. Isu Marina Harbour, Chalet Pulau Sayak, Jambatan Pulau Bunting, Chalet Tasik Pedu, Kompleks Ikan Bakar Kuala Kedah, Chalet Muzium Padi; semuanya kantoi. Pembongkaran penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri terhadap rakan dalam satu parti yang bukan kroni. Musuh politik mereka pun buat kerja yang sama, bongkar juga. Akhirnya lengkaplah profil penyelewengan yang mahu dikumpul. Memang ramai yang tertanya-tanya, antara lima negeri dikuasai Pakatan Rakyat, mengapa Kedah menjadi satu-satunya negeri yang tidak diserang? Terdapat beberapa kemungkinan. Pertama, Umno sedar bahawa ‘bekalan peluru’ lebih banyak di pihak PAS. Dangkal benar perhitungan politik mereka untuk menjolok sarang tebuan. Kedua, semua tahu Umno Kedah pun sedang nazak benar. Cakap orang sedang nazak, mana ada bisa. Kalau dalam keadaan tenat pun masih tunjuk jaguh, nampak sangat rendah hemah. Macam bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali yang mengumumkan untuk sedia letak jawatan ADUN Pengkalan Hulu kerana yakin akan dapat undi majoriti lebih besar kalau buat pilihan raya kecil. Perangai Umno seperti itu yang timbulkan kemarahan rakyat, iaitu perangai angkuh dan sombong yang tak pernah surut. Ketiga, tiada apa yang nak diserang. Menteri Besarnya, seorang yang cermat dalam tindakan dan pengucapan. Tiada pemecatan, tiada tindakan drastik, tiada rombakan besar-besaran, tiada serangan, tiada balas dendam, maka tiadalah kontroversi. Tadika Kemas diteruskan, premis tidak diganggu, gaji guru SAR diselaras, elaun KAFA dikaji kenaikan, imam tidak lagi tertekan, kakitangan kerajaan bebas berpolitik di luar waktu kerja, cukai tanah turun, hubungan dengan istana intim, pelabur datang berpusu-pusu, kedatangan pelancong naik mendadak, KCS dan penghulu nyatakan sokongan tidak berbelah bagi, kaki bola gembira, bukan Islam senang, rakyat selesa.
Posted on Wednesday, May 21 @ 13:47:02 MYT by reformis
Semuanya ada kaitan dengan tokoh-tokoh politik. Penulis hanya menjelaskan bahawa semua itu ada dalam pengetahuan kepimpinan kerajaan baru negeri. Tapi ia bukan keutamaan buat masa ini untuk mendedahkan penyelewengan mereka.
0 comments Labels: Detik daily, PR Kedah
Angkara Mahathir buat BN kucar kacir di Parlimen
Harakahdaily Mohd Rashidi Hassan Wed | May 21, 08 | 10:40:23 am MYT | |
Tindakan drastik Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada Umno ketika memberi respon beliau kepada soalan hadirin dalam satu majlis di Alor Setar 19 Mei lepas mencetuskan suasana panik dan kucar kacir di kalangan Umno. Suasana di Parlimen pagi semalam begitu muram dan mengelirukan ramai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, khususnya Umno, kerana mereka sendiri tidak tahu apa yang hendak terjadi kepada parti mereka. Ucapan Mahathir yang berulang kali mengecam Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sudah dijangka, tetapi tiada siapa yang menyangka ahli nombor 1 Umno (Umno baru 1988) itu keluar parti. Kata Mahathir, Abdullah tidak faham signal yang ditunjukkan rakyat pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas. Mahathir menyertai tiga Presiden Umno sebelumnya iaitu Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn untuk bersara di luar Umno. Ada banyak rumours diperkatakan di kalangan Ahli Parlimen (MP), wakil-wakil media dan orang-orang politik. Di mana sahaja sudut Parlimen, sama ada dalam dewan persidangan, ruang istirehat MP, lobi, kantin dan ruang legar, semuanya membincangkan topik mengenai Mahathir. Ada yang kata bekas PM itu membuat keputusan tergesa-gesa, spontan dan tidak dirancang ketika dicabar seorang peserta perhimpunan. Ada yang kata, Mahathir memang merancang untuk keluar Umno dan hanya menunggu masa yang sesuai. Ada yang kata, tindakan Mahathir keluar Umno didorong oleh tindakan Abdullah yang membenarkan Peguam Negara menyiasat kemungkin berlaku salahlaku bekas PM itu sebagaimana saranan Suruhanjaya Klip Video Lingam. Apa pun andaian, hakikat yang disebut Mahathir amat jelas, beliau tidak mahu Abdullah menjadi Presiden Umno dan PM. Hanya jika Abdullah meletakkan jawatan baru lah beliau akan kembali kepada Umno. Kenyataan sekeras ini dikeluarkan setelah berulang kali gesaan dibuat Mahathir supaya Abdullah segera meletakkan jawatan kerana beliau adalah punca sebenar yang mengakibatkan BN hampir kehilangan kuasa di Parlimen. Bukan sahaja Mahathir dan anaknya Dato' Mukhriz yang mendesak Abdullah meletakkan jawatan. Ramai pemimpin di peringkat negeri dan bahagian juga membuat desakan sedemikian. Tetapi Abdullah enggan berundur. Beliau tegas menyatakan apa yang berlaku, sesiapa pun yang mendesaknya, tiada sebab untuknya meletakkan jawatan. Ada banyak lagi kerja yang hendak dibuat katanya. Sikap Abdullah ini membuatkan ahli-ahli Umno tidak ada pilihan lain. Kalau mereka tidak mahu Abdullah, mereka tidak boleh tunggu Abdullah meletakkan jawatan. Untuk Umno, Abdullah Badawi mesti dipaksa meletakkan jawatan, sama ada dengan menewaskannya dalam pemilihan jawatan Presiden Umno Disember depan, atau jika, Disember terlalu lama, mereka terpaksa membuat undi tidak percaya kepadanya dalam mesyuarat Majlis Tetinggi Umno atau mungkin juga dalam Perhimpunan Agung Khas. Apa yang akan jadi pada Umno? Ketika penulis berkesempatan berbual-bual mengenai isu ini dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di lobi Parlimen, secara spontan beliau menyebutkan, "Musa (Tun Musa Hitam, bekas TPM) lupa, dia juga pernah jadi duri dalam daging (Umno). Kenyataan spontan Ustaz Hadi itu merujuk kepada kenyataan Musa yang 'seolah-olahnya bersyukur' bahawa Mahathir yang disifatkannya sebagai duri dalam Umno sudah keluar. Ada juga sumber dalam Umno mengatakan, bekas TPM itu pernah berjumpa Abdullah di kediaman rasmi PM di Putrajaya selepas PRU Mac lepas. Dalam pertemuan itu dikhabarkan Musa ada meminta Abdullah berundur, tetapi secara tiba-tiba Kamaluddin (anak Abdullah) masuk dan terus menyampuk perbuatan dua orang tua itu, dengan menegaskan bapanya tidak akan berundur dari sebarang jawatan. Banyak gosip yang disebut orang-orang Umno, bahawa keengganan Abdullah meletakkan jawatan lebih didorong faktor anak-anak, menantu, keluarga dan kroni. Antara nama-nama yang mahu Abdullah kekal, disebutkan orang-orang Umno, selain Kamaluddin iaitu Khairy Jamaluddin, Kamal Khalid, Kalimullah Masheerul Hassan dan beberapa orang lain. Ringkasnya selain keluarga, Abdullah mahu dikekalkan oleh orang-orang di Tingkat 4 JPM dan NST. Sejauhmana dakwaan itu, sama ada betul atau tidak, itulah yang diperkatakan oleh orang-orang Umno, khususnya di Parlimen. Menurut mereka sebahagian besar ahli-ahli Umno tidak mahu Abdullah Ahmad Badawi lagi sebagai PM. Bagi mereka banyak tindakan Abdullah sama ada dalam parti dan kerajaan, tidak dibuat untuk kepentingan Umno dan BN. Kebanyakannya dibuat tanpa merujuk Umno, tanpa merujuk BN. Ada juga kalangan pemimpin Umno juga menempelak Musa Hitam, dengan mengatakan walaupun bekas TPM itu 'mentor' Abdullah, tetapi kebanyakan nasihatnya tidak terpakai. Mungkin betul juga dakwaan blogger Sang Kelembai (rakan penulis) bahawa kerajaan yang ada sekarang ini adalah 'Kerajaan Tiga Beranak'. Sejauhmana rakan penulis itu mahu mempertahankan pendiriannya terhadap Abdullah, hanya beliau sahaja yang tahu. Hakikatnya, parti Umno ketika ini, mahu tidak mahu harus diakui dalam keadaan macam tongkang pecah. Mampukah Abdullah bertahan? Bagi Abdullah, sekarang ini, beliau tidak ada pilihan selain untuk mempertahankan kedudukannya yang terumbang ambing akibat desakan bertalu-talu. Tengahari semalam beliau terpaksa bergegas ke Parlimen untuk menemui anggota Parlimen Umno dan BN, dengan satu tujuan, mahukan komitmen mereka terus kekal dalam parti dan tidak mengikut jejak langkah Mahathir. Tidak dinafikan pengaruh Mahathir begitu besar dalam Umno. Ada yang kata Mahathir boleh mencetuskan tsunami. Ada yang kata tindakan Mahathir seperti Taufan Nargis kepada Umno. Tekanan besar kepada Abdullah dan BN bukan sahaja dari Mahathir. Abdullah dan BN juga sedang berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mahu menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat bila-bila masa. Abdullah menghadapi tekanan dari dalam dan luar Umno. Jelasnya tindakan Mahathir ini akan membawa akibat buruk kepada Umno dan BN, sekaligus ia memberi keuntungan kepada Anwar. Di Parlimen semalam, ramai MP BN termasuk bekas Menteri yang berbual-bual sambil menanyakan borang ahli PAS dan KeADILan. Di satu sudut seorang MP berbual dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamad Azmin Ali, meminta disediakan borang ahli KeADILan bila-bila masa dari sekarang. "Saya mungkin dah tidak lama jadi orang Umno, kalau susah-susah lebih baik saya masuk PAS, boleh terus perjuang Islam/ Melayu," kata seorang MP Umno sambil bergurau penulis. Mungkin juga beliau bergurau, mungkin juga beliau serius. Apa pun keadaan yang berlaku sekarang boleh menambahkan koleksi MP-MP Umno/BN untuk menyertai Pakatan Rakyat. Pemimpin Pakatan Rakyat harus bijak menangani kemelut yang berlaku dalam Umno sekarang ini. Masa untuk menubuhkan kerajaan semakin dekat, persediaan serapi mungkin harus dibuat. Peluang sebaik ini harus dimanfaatkan. Anwar, Ustaz Hadi dan Lim Kit Siang, harus segera berpakat untuk meyakinkan rakyat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ianya tidak akan menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara. Dalam keadaan Umno/BN macam tongkang pecah, mereka tidak perlu dibeli, sudah tentu mereka tidak mahu mati kelemasan, mereka tahu bila masanya untuk terjun sendiri. Mari kita sediakan pelampung yang secukupnya sebelum Umno karam bersama Abdullah dan pengikut-pengikut setianya! |
0 comments Labels: dr det, Harakahdaily, parlimen
Mukhriz ke JK pengurusan Umno
Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | May 21, 08 12:36pm |
Tindakan exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir, yang mengulangi desakan agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan semua jawatannya, akan dibawa kepada jawatankuasa pengurusan parti. Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh timbalan presiden Datuk Seri Najib Razak dan bertemu setiap Rabu. "Pemuda tiada kuasa untuk mengambil tindakan ke atas anak mantan perdana menteri itu," kata ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau, yang juga menteri pelajaran menambah, "sebagai calon ketua Pemuda, beliau tidak boleh bersikap begitu. Adakah beliau faham atau pura-pura tidak faham? "Ini bukan kali pertama Mukriz berbuat begitu." Hishammuddin berkata, sebagai ahli parti, Mukhriz tidak wajar meletakkan syarat sedemikian kepada presiden parti dan perdana menteri. "Saya kesal, kecewa dan tidak boleh menerima tindakan Mukhriz meletakkan syarat kepada perdana menteri dan presiden Umno. "Saya tidak boleh terima kesetiaan menjadi syarat, dengan memberi tempoh masa untuk presiden meletakan jawatan," katanya. "Ini isu kedudukan kita dalam parti, ini isu prinsip dan keahlian. Ini perkara paling atas untuk berjuang dalam parti." Hishamuddin berkata, kesetiaan kepada parti tidak boleh dijual beli, dipersendakan atau dipermainkan oleh ahli. "Saya tidak mahu keikhlasan boleh dijual beli kerana ia bukan satu permainan," katanya. Beliau juga berkata, desakan Mukhriz semalam bukan kali pertama dan tindakannya itu tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku di peringkat akar umbi Umno. "Saya dapat membayangkan kesetiaan ahli parti kepada para pemimpin kita," katanya. Beliau menjelaskan, tindakan Mukhriz ini berbeza dengan beliau menghantar surat kepada perdana menteri supaya meletakkan jawatan sebelum ini. "Pelbagai pihak telah meluahkan perkara yang sama tetapi mereka tidak pula meletakkan syarat seperti Mukhriz," katanya lagi. Ketika ditanya adakah kenyataan Mukhriz itu merupakan satu kecaman, Hishammuddin berkata, orang sudah muak dengan sokongan kepada pemimpin, orang pun sudah muak dengan ugutan dan desakan kepada pemimpin. Katanya, beliau berharap semua pihak jangan gelabah dengan tindakan Mukhriz tersebut. Ditanya mengenai tiga exco Pemuda yang hadir menyokong Mukriz dalam sidang media semalam, Hishamuddin berkata, "saya hendak tengok apa pendirian mereka kerana tahun ini ada pemilihan barisan pimpinan baru." Tiga exco pergerakan itu Kamarul Zaman Kamdias, Azizul Nizam Bidin dan Harison Hassan hadir dalam sidang media Mukhriz di sebuah hotel di ibu negara semalam. |
0 comments Labels: malaysiakini, UMNO haprak
PRU Kali Kedua – PAS Terengganu Bersedia.
|
Ditulis oleh SM Noor | |
Wednesday, 21 May 2008 | |
Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Terengganu (JPNT), Hj Yahaya Ali mengatakan demikian sebagai respon kepada Buletin Online apabila ditanya samada jentera pilihanraya PAS Terengganu bersedia mengahadapi pilihanraya umum sekali lagi. “Kita memang sentiasa bersedia dan jentera pilihanraya serta bilik gerakan masih dalam siap siaga, ”nampaknya sesi ini sentiasa panas, selepas UMNO Terengganu dilanda krisis pelantikan MB, “sekarang Kuala Lumpur pula bergolak dengan Mahathir keluar parti,” kata Hj Yahaya. Walaupun PAS Terengganu gagal untuk merampas kembali pentadbiran negeri dari UMNO/BN, namun pencapaian keputusan pilihanaraya umum lalu adalah seratus peratus, meningkat kepada 8 DUN daripada hanya memenangi 4 DUN pada tahun 2004. |
0 comments Labels: buletin online, PAS, PRU, terengganu
Perbualan Lingam, Ahmad Fairuz tulen
KUALA LUMPUR 20 Mei - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video yang dijual kepada umum mulai hari ini mengesahkan bahawa ia adalah rakaman perbualan antara peguam terkenal, Datuk V. K. Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Selain rakaman video yang dihasilkan oleh saksi ke-12, Loh Gwo Burne disahkan tulen, laporan yang mengandungi empat jilid buku berasingan itu turut mendapati isi kandungan perbualan antara Lingam dan Fairuz adalah benar.
Mengikut laporan, identiti Lingam disahkan berdasarkan hasil analisis suara, latar belakang rumah yang disahkan padan dengan rakaman klip video selain keterangan ahli perniagaan, Loh Mui Fah dan anaknya Gwo Burne yang berada di tempat kejadian.
Di samping berdasarkan keterangan saksi seperti bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, identiti Ahmad Fairuz pula dikenal pasti berikutan isi kandungan perbualan antara kedua-duanya yang merujuk pada situasi semasa dan benar-benar berlaku kemudiannya.
Antaranya, petisyen pilihan raya membabitkan peguam Wee Choo Keong, cadangan untuk anugerah gelaran Tan Sri kepada Ahmad Fairuz disegerakan, kenyataan kepada akhbar The Star dan lain-lain lagi.
Sementara identiti lelaki Cina yang menyaksikan perbualan tersebut serta berbual-bual dengan Lingam sebaik perbualan telefon antara keduanya tamat dengan mudah dikenal pasti sebagai Mui Fah.
Berikutan itu, laporan suruhanjaya itu mencadangkan Akta Hasutan 1948, Akta Profesion Guaman 1976, Akta Rahsia Rasmi 1972, Kanun Keseksaan dan lain-lain diguna pakai terhadap individu-individu terbabit.
Bagaimanapun suruhanjaya yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor menyerahkan semua itu kepada budi bicara Peguam Negara dan Majlis Peguam Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu berkenaan.
Suruhanjaya itu dibentuk pada 12 Disember 2007 bagi menyiasat dan menentukan ketulenan serta kesahihan klip video memaparkan Lingam berbual melalui telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim-hakim.
Ia turut dianggotai oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim.
Walau pada awalnya suruhanjaya dijangka bersidang selama dua minggu bermula 14 Januari dengan 15 saksi, ia hanya berakhir selepas 17 hari yang memakan masa sebulan dengan 21 saksi.
Dalam prosiding tersebut, sebanyak 116 bahan bukti dan 17 Akuan Berkanun dikemukakan dengan 38 peguam tampil mewakili pelbagai pihak terbabit.
Laporan suruhanjaya yang berharga RM541 itu terbahagi kepada Laporan, Nota Keterangan, Akuan Berkanun serta Bahan Bukti dan boleh diperolehi di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
0 comments Labels: Pita Lingam, utusan
Biasalah bila nak memikat…
Memang ucapannya perbahasan dalam sidang Dewan Rakyat agak tegas,pedas dan garang mempersoalkan sikap kerajaan persekutuan terhadap Sabah.
Lebih dari beliau telah menolak jawatan Timbalan Menteri.Maka segala tindak tanduknya pasti mencuri perhatian.
Namun Ahli Parlimen Kalabakan,Datuk Ghafur Salleh cukup realistik dalam pendiriannya.
Beliau menyifatkan cubaan pembangkang untuk memancing para Ahli Parlimen BN lompat parti tidak lebih dari ‘ janji manismu yang belum pasti menjamin rumahtangga yang dibina itu akan bahagia selamanya’.
Bercakap kepada Agendadaily di bilik rehat para Ahli Parlimen Selasa,Ketua UMNO Bahagian Tawau ini berkata, “biasalah bila nak memikat wanita itu janjinya mestilah bulan,bintang dan hidup semati segalanya.Bila dah kahwin nanti mungkin lain ceritanya.Lebih lama lagi mungkin jalan pun dah tak berpimpin tangan.”
Katanya cerita pasal Ahli Parlimen BN khususnya di Sabah dan Sarawak nak melompat hanya satu gembar gembur pembangkang.
Ghafur sendiri yang disebut sebagai salah satu sasaran usaha itu kata beliau tidak pernah tertarik untuk bertindak begitu kerana cukup masak tentang politik.
“Apa jaminan pembangkang tunai janji.Semua orang boleh berjanji macam-macam,”katanya.
Beliau juga menolak cakap-cakap banyak ahli-ahli UMNO di Sabah nak keluar parti menyertai tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Di Bahagian saya sendiri di Tawau tak ada pun tindakan nak keluar beramai-ramai.Adalah sana sini ahli-ahli tertanya-tanya tentang tindakan Dr Mahathir tetapi saya belum dengar ada yang nak keluar ,”katanya.
Menurut Ghafur beliau sendiri akan menjalankan usaha memberi penerangan kepada ahli-ahli di bahagiannya tentang situasi politik semasa agar mereka tidak terpengaruh dengan cerita-cerita yang boleh mengugat keutuhan parti.- 21/5/2008
0 comments Labels: agenda daily, parlimen
Shafie: Tidak wajar anggap Dr. M ‘duri dalam daging’
Utusan Online
KUALA LUMPUR 20 Mei – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam tidak sewajarnya menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana sumbangan bekas Presiden UMNO itu kepada parti sungguh besar dan beliau juga banyak berjasa kepada pembangunan negara.
“Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan kerana Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Perkara ini memang tidak boleh kita nafikan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam, Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan Dr. Mahathir meninggalkan parti bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.
Walapun mengakui sedih dengan tindakan beliau (Tun) itu, Musa melihatnya sebagai peluang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan kembali parti.
Dalam pada itu, Mohd. Shafie (BN-Semporna) turut menegaskan, ahli-ahli Parlimen Sabah tidak akan mengikut jejak langkah Dr. Mahathir sebaliknya terus setia bersama UMNO.
‘‘Wakil rakyat dari Sabah cuma menyatakan rasa tidak puas hati mereka mngenai pembangunan di negeri berkenaan yang agak ketinggalan dan bukannya berniat untuk melompat parti,” katanya.
0 comments Labels: dr det, UMNO haprak, utusan
Strategi 2 kutub Dr. M, Mukhriz desak Pak Lah undur?
Mstar Online
21-05-2008 02:41:36 PM
Oleh G.MANIMARAN
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz kini mengambil strategi 'perjuangan' baru - seorang dari dalam dan seorang dari luar Umno - untuk mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno?
Dr. Mahathir selepas memutuskan untuk keluar Umno kelmarin, terus-menerus mengeluarkan pandangan dan kritikannya mendesak penggantinya - Abdullah, yang beliau pilih sendiri sebelum bersara, agar berundur untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Komen beliau terbaru awal pagi ini dalam blognya juga menyentuh soal kedudukan wakil-wakil rakyat BN dan Umno.
Kira-kira 30 jam selepas Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno mengumumkan untuk keluar Umno, Mukhriz mengambil pendirian berlawanan dengan berkata: "Saya akan tetap setia sebagai ahli Umno dan akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti."
Mukhriz yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno bagaimanapun mempunyai pandangan sealiran dengan Dr. Mahathir iaitu terus mendesak Abdullah supaya meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan.
Mukhriz mengumumkan pendiriannya di Hotel Seri Pacific di sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam dengan dikerumuni sebahagian penyokongnya.
Ketika ditanya pagi ini sama ada tindakan kedua-dua mereka boleh disifatkan sebagai strategi dua arah mendesak Abdullah, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata: "Saya tidak tahu sama ada itu strategi mereka (atau sebaliknya), itu masing-masing punya pendirian."
Bagaimanapun tegas beliau, sehingga hari ini Umno masih mantap dan kukuh manakala penjelasan Abdullah dengan ahli-ahli Parlimen Umno petang semalam juga sangat positif untuk mengukuhkan parti.
"Yang keluar Umno setakat ini merupakan mereka yang telah lama berjasa dan mereka yang berusia lebih 80 tahun," kata beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan anggota Kabinet.
Laporan wartawan mStar Online, Zanariah Abd. Mutalib dari Parlimen menyebut, malam kelmarin Mukhriz telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di kediaman Hishammuddin.
Apakah Mukhriz dan Mahathir menggunakan strategi masing-masing untuk melawan arus kepimpinan Umno.
Berdasarkan kenyataan Mukhriz semalam nampaknya beliau memutuskan untuk kekal tanpa pengetahuan ayahnya.
Mengulas lanjut mengenai pendirian untuk kekal dalam Umno, Mukhriz berkata, beliau tidak berbincang dengan Dr. Mahathir mengenai keputusannya tetapi mengakui bapanya sedikit kecewa dengan keputusan beliau.
"Bagaimanapun matlamat utama kami adalah sama iaitu untuk selamatkan parti," kata beliau.
Ditanya sama ada beliau ada memujuk Dr. Mahathir supaya kekal dalam Umno, Mukhriz memberitahu, bekas Perdana Menteri itu tidak akan berbuat demikian kerana tahu bapanya tidak mungkin menukar keputusannya.
Apabila disoal sama ada tindakan bapanya akan mengakibatkan Umno porak peranda, Mukhriz menjelaskan: "Bagi saya Umno kita sudah porak peranda."
Mukhriz mengumumkan pendiriannya kira-kira tiga jam selepas Abdullah menemui ahli-ahli Parlimen daripada Umno di Parlimen.
Persoalan sejauh mana kedua-dua anak beranak ini akan berjaya dalam strategi perjuangan masing-masing?
Kedua-dua mereka akan mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli Umno?
Mukhriz yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Disember ini pernah menggesa Abdullah agar meletakkan jawatannya ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dan Umno gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menggesa Mukhriz tampil menjadi orang pertama menerima tawaran bapanya untuk keluar Umno.
Sejak Dr. Mahathir mengumumkan keputusannya semalam, Mukhriz dikatakan bakal mengikut jejak ayahnya untuk keluar parti.
Semalam, bekas Dr. Mahathir telah membuat pengumuman keluar parti dan tindakan beliau telah memberi reaksi pelbagai pihak di seluruh negara.
Beliau menyeru ahli-ahli Umno lain turut menyertainya sehinggalah ada perubahan dalam pimpinan parti.
Sehingga petang ini tiada pengumuman mana-mana ahli yang lain akan keluar parti.
Termasuk Dr. Mahathir dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, bekas Naib Presiden dan Setiausaha Agung, Tan Sri Sanusi Junid juga memutuskan untuk keluar parti.
Selepas pilihan raya umum ke-12, Mukhriz juga telah menulis sepucuk surat untuk Abdullah mendesak beliau untuk bertanggungjawab atas kesuraman prestasi BN, namun ia disangkalnya.
Terdahulu, April lalu beliau menegaskan jika berlaku perubahan kepimpinan secepat mungkin akan dapat mengelakkan timbulnya ketegangan semasa pertandingan tahunan Umno Disember ini.
Menurutnya, sebarang pertandingan tersebut bakal menimbulkan keretekan dalam parti, dan beliau menyeru Abdullah supaya menyerahkan tampuk pemerintahan untuk timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Hishammuddin kecam Mukhriz beri syarat desak Pak Lah undur
- MT Umno bincang isu Dr. Mahathir malam ini
- Umno Perlis yakin Dr. Mahathir akan ubah pendirian
- Label Mahathir 'duri dalam daging' tidak wajar
- Sanusi keluar Umno tidak muncul majlis Pak Lah di UIA
- Parti pembangkang tawar Dr Mahathir sertai mereka
- Analisis: Pilihan raya umum tergempar tidak mungkin?
- Khalid Abdullah belum keluar Umno
0 comments Labels: dr det, mstar online, Pak Lah undur