+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 21, 2008

PRU Kali Kedua – PAS Terengganu Bersedia.

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Wednesday, 21 May 2008

The image “http://buletinonline.net/images/pas/pru12.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

PAS Terengganu bersedia sekiranya berlaku pilihanraya umum ekoran krisis UMNO yang berlarutan sehingga menyaksikan ahli 001 dan 002, Mahathir dan Siti Hasmah mengistiharkan keluar parti kelmarin.

Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Terengganu (JPNT), Hj Yahaya Ali mengatakan demikian sebagai respon kepada Buletin Online apabila ditanya samada jentera pilihanraya PAS Terengganu bersedia mengahadapi pilihanraya umum sekali lagi.

”Mengapa tidak ?” jawab Yahaya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Buletin Online.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu menghubungi Buletin Online lewat petang kelmarin (20/5) mengatakan bahawa jentera pilihanraya PAS Terengganu sentiasa bersedia.

“Kita memang sentiasa bersedia dan jentera pilihanraya serta bilik gerakan masih dalam siap siaga,

”nampaknya sesi ini sentiasa panas, selepas UMNO Terengganu dilanda krisis pelantikan MB,

“sekarang Kuala Lumpur pula bergolak dengan Mahathir keluar parti,” kata Hj Yahaya.

Mengulas lanjut tindakan bekas presiden UMNO yang keluar parti, beliau berkata tindakan tersebut mendedahkan wajah sebenar UMNO dan ia adalah retro kepada tindakan tiga bekas Presiden UMNO terdahulu.

”UMNO bukan wadah perjuangan sebenar, bukan sebuah parti yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara,
”ahli-ahli UMNO berjuang kerana tokoh dan kebendaan, keluar masuk UMNO, ‘petes keting’, lompat-melompat dan pecat memecat memang budaya UMNO,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Ariffin Deraman, Setiausaha JPNT berkata pihaknya hampir selesai program ‘Kembara Bedah Siasat’ (Post-Mortem Tour - PMT) ke seluruh pelusuk negeri Terengganu sejak dua bulan yang lalu.

Ariffin berkata banyak dapatan (finding) yang diperolehi daripada program PMT yang akan dapat meningkatkan penambahbaikan kepada perjalanan JPNT.

Walaupun PAS Terengganu gagal untuk merampas kembali pentadbiran negeri dari UMNO/BN, namun pencapaian keputusan pilihanaraya umum lalu adalah seratus peratus, meningkat kepada 8 DUN daripada hanya memenangi 4 DUN pada tahun 2004.

Terdapat lapan DUN dimana PAS kalah dengan majority di bawah 1000 undi, DUN-DUN tersebut adalah Jabi (804), Tepuh (430), Teluk Pasu (462), Alur Limbat (799), Pengkalan Berangan (930), Rantau Abang (790), Paka (344), dan Cukai (769).

“Kawasan-kawasan tersebut dijangka menjadi kawasan tumpuan sekiranya berlaku pilihanraya,” tambah Ariffin

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |