+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, May 5, 2008

Kepimpinan bukan satu kelebihan tapi amanah - TKM Pulau Pinang

Harakahdaily

Mohd Sabri Said

Fri | Apr 25, 08 | 2:51:15 pm MYT

Masih ramai yang belum mengenali Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Aktivis gerakan reformasi dan KeADILan ini menang di Dun N12 Penanti (dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh) dengan majoriti 2219 pada pilihan raya umum 8 Mac lalu mengalahkan calon BN, Dato' Abdul Jalil Majid. Dalam wawancara sulungnya dengan pemberita Harakah, Mohd Sabri Said, Timbalan Ketua Menteri itu membicarakan beberapa isu berkaitan pentadbiran baru negeri.

Harakah: Apa perasaan saudara selepas dipilih ke jawatan Timbalan Ketua Menteri?

Fairus: Sebenarnya saya bukan orang baru dalam perjuangan khususnya Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), sebaliknya terlibat sejak permulaan reformasi sehinggalah kini bila diarahkan sebagai calon Dun Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh.

Ketika dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri, saya terkejut sebab tanggung jawab yang diamanahkan terlalu tinggi. Namun apa pun bila ada sokongan rakan taulan, ia akhirnya menjadi satu amanah untuk saya memperkasakan atau memperkemaskan termasuk ekonomi dan martabat Islam di Pulau Mutiara ini.

Saya difahamkan YB tidak tinggal di rumah kediaman rasmi kenapa begitu?

Kemenangan yang Allah SWT berikan ini bukan hendak bermegah-megah sebaliknya amanah yang amat besar maka menjadi tanggungjawab bukan saya saja, tetapi juga Ketua Menteri, Lim Guang Eng yang tidak mendiami kediaman rasmi kerajaan kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Memandangkan masa ini kita tidak menguasai Kerajaan Persekutuan, kita cuba berjimat sedaya upaya bimbang sesuatu berlaku seperti di Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS pada tahun 1999-2004.

Saya rasa apa yang sedia ada cukup memadai sebagaimana yang ditunjukan oleh Nabi s.a.w., para sahabat atau Khalifah Al-Rashidin. Mereka bermula dengan contoh diri sendiri kerana kepimpinan bukan satu kelebihan sebaliknya amanah yang dipertanggungjawabkan.

Satu lagi yang semua exco laksanakan termasuk Ketua Menteri ialah kami membatalkan pembelian lima buah kereta Perdana V6 yang ditempah oleh kerajaan terdahulu. Kita telah mendapat jawapan rasmi dari EON bagi pembatalan tersebut. Pembelian itu melibatkan RM623,000.

Kami hanya pakai kereta yang sedia ada dan saya sendiri menggunakan kereta Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan pada tahun 1990 dulu. Maknanya kereta rasmi ini sudah 18 tahun.

Kita beranggapan tidak perlu bermewah dan duit ini boleh diperuntukan kepada kebajikan rakyat atau keperluan pembangunan Pulau Pinang.

Pada ucapan pertama YB di khalayak ramai sempena Sambutan Maulidur Rasul di Tapak Ekspo Seberang Jaya, YB menyebut slogan 'Generasi Al-Amin'. Boleh huraikan lebih lanjut?

Misi kita di Pulau Pinang bukan sahaja hendak meningkatkan prasarana pembangunan negeri malahan termasuk membentuk generasi yang kuat dan beramanah.

Bila rakyat kuat dan gagah mereka boleh bekerja dengan produktiviti yang tinggi serta dapat memperkasakan ekonomi supaya tidak bergantung nasib dengan kedudukan orang lain.

Lagipun, ia mengambil sempena pesanan Jibrail kepada Nabi Muhamad s.a.w. iaitu selalulah mengerjakan qiamulail kerana dengannya dapat memberikan kekuatan, dan kedua jangan sama sekali kita bergantung nasib dengan manusia.

Bila memenangi dan berjaya membentuk kerajaan baru apakah tindakan paling awal diambil oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat?

Pertama yang kita lakukan ialah tambahan elaun khas kepada Guru-Guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) seluruh Pulau Pinang sebanyak RM863 ribu bagi jumlah 1,450 guru dan 11 penyelia guru KAFA. Maknanya, saya meletakan nombor satu tentang soal pendidikan kerana guru KAFA sanggup meluangkan masa untuk mengajar anak-anak bangsa ke arah pembentukan akhlak.

Tindakan awal telah digerakkan, sekurang-kurangnya guru-guru yang mendidik merasa dihargai atau selesa. Pertambahan ini menjadikan setiap seorang memperolehi RM50.00 menjadikan RM730.00 sebulan.

Walaupun negeri ini dalam keadaan 'gawat ekonomi' tetapi itulah pengorbanan kerajaan negeri yang mula dilaksanakan dan Insya Allah jika ekonomi lebih baik, mungkin boleh laksanakan dengan lebih baik demi kebaikan semua pihak.

Apakah perancangan kerajaan negeri terhadap nasib masyarakat Melayu yang semakin terhakis?

Isu Melayu terpinggir terhasil daripada pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). Kita bangun untuk meratakan keadilan rakyat dan tidak perlu banyak label digunakan bagi pendekatan begitu.

Apa yang penting ialah (program) pengisian terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah. Majoriti golongan ini ialah orang Melayu. Sekarang ini isu berkenaan bukan lagi besar kerana rakyat sudah celik dan beranggapan semuanya mainan politik sempit Umno dan BN.

Jika rakyat tidak bijak kenapa berlaku tsunami politik yang begitu hebat. Orang Cina dan India pun sudah berani datang mendengar Tok Guru berceramah bukan di belakang malahan di barisan hadapan.

Di Kulim contohnya, orang India dengan tidak berbaju sanggup membalut diri dengan bendera PAS dan KeADILan.

Ini satu kesedaran politik lantaran celiknya sanubari rakyat dan bila sanubari bersuara ia begitu keramat sehingga terhumbannya BN dalam pilihan raya umum lepas.

Perkampungan Melayu makin terhakis contohnya di Kampung Makam, Jelutong, Tanjung To' Kong dan banyak lagi. Bagaimana tindakan kerajaan untuk memastikan keadaan itu tidak terus berlaku?

Islam sebenarnya menghargai seni bina yang indah kerana Islam boleh menyerlah jiwa Rabbani sekiranya tamadun lama dikekalkan. Saya tidak boleh lagi memberi komen secara langsung sebaliknya akan meneliti bentuk perancangan yang diinginkan oleh kerajaan terdahulu terhadap pembangunan di beberapa buah kampung.

Kita akan memastikan hak lama terus dipelihara bukan bertindak melulu sehingga mengorbankan sesebuah perkampungan itu walhal ia dibina memakan masa ribuan tahun.

Bagaimana pula nasib peniaga-peniaga Melayu dalam hal ini?

Perkara ini bukan di bawah portfolio saya, tetapi saya boleh memberi sedikit komen tentang masalah utama mereka seperti penempatan, lokasi perniagaan dan sebagainya. Kita sedang giat turun ke padang dan menyiasat di mana alternatif yang patut diberikan.

Saya tidak mahu membuat sebarang komen lanjut lagi buat masa ini kerana kajian sedang dibuat kerana sebagai kerajaan baru kita juga harus meneliti cadangan yang dibuat oleh kerajaan dahulu kerana ada setengahnya boleh diambil kira seandainya pelaksanaannya baik untuk golongan terbabit.

Jika terdapat ia tidak memberikan manfaat kita akan hapuskan. Golongan peniaga kecil Melayu amnya usah khuatir kerana kerajaan sekarang sedaya upaya menambah baik peluang yang ada.

YB juga memegang portfolio koperasi, apakah perancangan untuk memantapkan koperasi yang ada di negeri ini?

Saya cadangkan semua koperasi agar lebih matang dan nampak profesional. Jangan lagi anggap penubuhan koperasi kerja main-main sebaliknya harus menanggung tanggung jawab mengerakkan perjalanannya ke arah yang lebih berdaya saing.

Selain itu juga saya bertekad mensifarkan rasuah yang menular dalam koperasi supaya sesebuah koperasi dapat bangun dan berjalan dengan telus dan adil.

Sekarang ini isu Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) menjadi hangat. Bagaimana perkembangan terkini?

Dalam akhbar arus perdana, YB Shabudin menampakkan kurang akhlaknya beliau apabila secara tiba-tiba menyerang saya selaku Timbalan Ketua Menteri yang memegang urusan agama.

Sampai saat ini saya masih tidak membuat sebarang kenyataan akhbar berkenaan isu ini kerana hendak menjaga nama baiknya dan tidak mahu memalukan sesiapa kerana saya mahukan proses pertukaran itu berjalan dengan baik, penuh sopan dan berhemah.

Tetapi, tidak semena-mena YB Shabudin melancarkan serangan kepada saya dalam media. Sepatutnya beliau tahu tanggung jawabnya untuk menyerahkan jawatan yang disandang berikutan kekalahan parti yang diwakilinya.

Sudah banyak kedengaran hasrat rakyat agar beliau meletakkan jawatan. Apa salahnya, beliau sebagai YDP Maipp datang berkunjung hormat ke pejabat saya sebagaimana yang dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pengarah jabatan dan Mufti Kerajaan Negeri, Dato' Haji Hasan Ahmad.

Adakah beliau lebih besar daripada mereka ini sehingga mengatakan dalam akhbar, saya perlu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah. Beliau jelas tidak memahami tatacara itu dan sebagai ahli politik perlakuannya dianggap keterlaluan.

Saya hendak memberi peringatan, sebagai seorang yang menjagai institusi agama apa salahnya hadir berkunjung hormat; bukan saya yang turun berjumpa dengannya. Tindakan seumpama itu tidak kena dengan pengtadbiran negeri.- tajdid

Read More...

Malaysian Chinese Association urges multiracial approach

Malaysiannews.net

Malaysia's biggest ethnic Chinese party has stressed on the need to adopt a more multiracial approach after people delivered a mixed verdict in the March elections.

A top official of the Malaysian Chinese Association (MCA), the second-largest party in ruling coalition Barisan Nasional (BN), said a multiracial outlook was important for the party's relevance in politics.

MCA vice president Ong Tee Keat said: 'We need to project a multi-racial outlook and approach to handle peoples' concerns.'

The MCA has since independence in 1957 claimed to speak for the 33 percent ethnic Chinese population in Malaysia.

'I do not rule out the possibility that my agenda will raise the eyebrows of the conservative (members) in the party in the name of preserving the orthodox ways. I am also mindful of the possibility that this might be used by my detractors in the forthcoming party elections and make me risk losing support within the party,' Ong, who is also Malaysia transport minister, was quoted as saying by the New Straits Times Monday.

He added: '(But) I am adamant in my stand. I am convinced this is the way out for the party if you really want to keep it relevant.

'After 50 years of independence, we should practise or initiate changes in the mindset (of members) and in our endeavour to forge a new political culture.'

Ong, known for being articulate in Bahasa Malaysia, Mandarin and English, said adopting a multiracial approach would not be difficult for MCA as its members had been 'non-mono-ethnic' in their approach, official news agency Bernama reported.

The Malaysian Indian Congress (MIC), however seemed to disagree. The MIC claims to represent the 2.6 million ethnic Indians, who roughly make up eight percent of Malaysia's 27 million population.

S. Samy Vellu, its long-time president and former minister who lost in the last polls, ridiculed the idea recently, saying it was not practical.

'I can also say MIC is multiracial since 10-15 of its members have married Chinese women,' he had remarked earlier.

The Malaysian voter is perceived as having broken the racial ranks and voted differently in the recent polls as a result of which the BN, which has had the representation of all ethnic groups, lost two-thirds majority in parliament and lost control of five states.

According a post-poll study, 24 percent majority Malays, some 30 percent Chinese and a whopping 69 percent Indians voted away from the BN.

Emerging strong for the first time, the opposition has 82 members in parliament who lost no time in forming a loose alliance, Pakatan Rakyat (PR), which is threatening to woo members from the BN to form a government this year.

PR, which rules in five states, garnered votes cutting across ethnic lines. The new alliance comprises Parti Kealadan Rakyat (PKR) of former deputy prime Minister Anwar Ibrahim, the Democratic Action Party (DAP) headed by Indian origin lawyer-lawmaker Karpal Singh and the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS).

Read More...

Tubuhkan suruhanjaya siasat penyelewengan pembelian peralatan tentera - Wan Azizah

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Mon | May 05, 08 | 6:25:18 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendesak kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas menyiasat skandal penyelewengan dalam pembelian peralatan ketenteraan.

Semasa berucap dalam Perbahasan Menjunjung Titah Ucapan Yang DiPertuan Agong di Dewan Raykat hari ini beliau menegaskan, siasatan perlu dilakukan segera memandangkan ianya adalah wang rakyat yang diselewengkan.

Wan Azizah mempertikaikan komisen-komisen yang diberikan kepada beberapa 'proksi' dalam pembelian Jet Pejuang dan Kapal Selam yang dikaitkan dengan penasihat kepada Timbalan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda dan Tan Sri Adip Adam yang menjadi tanda tanya hingga kini.

Menurutnya pemberian komisen yang melampau mencecah antara 450 juta hingga 500 juta kepada kedua-dua individu tersebut sangat disangsikan, dan ianya perlu kepada satu siatan terbuka.

Beliau berkata, rakyat tidak mahu wang awam digunakan hanya untuk mengkayakan kroni-kroni tatkala rakyat kini semakin terhimpit dengan kesengsaraan berhubung kenaikan kos hidup.

Read More...

Malaysian Catholics win right to challenge 'Allah' ban: lawyer

Malaysia Today

PDF Print E-mail
Posted by Super Admin
Monday, 05 May 2008

(AFP) — Malaysian Catholics on Monday won the right to mount a legal battle against a government ban on the use of the word "Allah" as a translation for "God" in their main publication.

The Muslim-dominated government last year declared that the word could only be used by Muslims and threatened to close down The Herald newspaper if it defied the prohibition.

The newspaper, which features articles written in English, Chinese, Tamil and Malay, is circulated among the country's 850,000 Catholics. In January it nearly lost its publishing licence after using "Allah" in its Malay section.

Authorities warned The Herald not to print the word in future, but instead it is asking the High Court to revoke the ban and make a declaration that its use is legal.

High Court judge Lau Bee Lan on Monday overruled objections by the state's counsel to the case going ahead, saying they were "without merit and therefore dismissed."

"The issues should be determined in the next stage," she said.

Father Lawrence Andrew, editor of The Herald, welcomed the decision which paves the way for a judicial review of the government ban.

"I am very pleased that we can now proceed. We will see what will happen at the next stage," he told reporters.

The church's lawyer Porres Ryan said they would soon submit an application to proceed with the case.

"The effect of the decision today is that our application is not frivolous and we can now proceed to address the issues at the review," he said.

Malaysia is dominated by Muslim Malays and the minority ethnic Chinese and Indians have become concerned over the growing "Islamisation" of the country.

In recent months there have been controversies over a ban on the construction of a Taoist statue on Borneo island and the destruction of Hindu temples by local authorities.

Read More...

Sekitar sidang parlimen hari ini

Malaysiakini

May 5, 08 6:54pm

Kos menyiarkan siaran langsung sepenuh hari sesi sidang parlimen dianggarkan sebanyak RM100,000 atau RM3 juta sebulan, kata menteri penerangan, Datuk Ahmad ahmad shabery cheek Cheek.

Anggaran untuk membiayai kos siaran langsung itu terkandung dalam jawapan bertulis Ahmad Shabery kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).

Selain RM3 juta tersebut, kerajaan juga perlu membelanjakan RM9 juta untuk membayar perkhidmatan syarikat komunikasi - Telekom.

Ahmad Shabery bagaimanapun tidak mendedahkan kos siaran langsung sekarang - selama 30 minit - yang disiarkan oleh RTM.

Sebelum ini, kementerian berkenaan, dalam satu kenyataannya, berkata RTM membelanjakan RM1 juta untuk menempatkan tiga buah kamera di dewan parlimen untuk siaran langsung.

Jumaat lalu, kabinet memutuskan untuk meneruskan siaran 30 minit pertama sesi soal-jawab setiap hari walaupun berlaku kekecohan pada hari pertama siaran langsung itu Rabu lalu.

Ekoran itu, banyak pihak yang menggesa supaya siaran langsung itu dihentikan. Kabinet bagaimanapun berkata ia akan menimbangnya jika berlaku lagi kekecohan seumpama itu.

Hari ini adalah kali sesi parlimen disiar secara langsung. Khamis lalu adalah cuti awam dan parlimen tidak bersidang pada hari Jumaat.

Ketika ditemui pemberita di lobi parlimen Ahmad Shabery berkata, kementeriannya akan menimbang memanjangkan tempoh siaran langsung itu ekoran sesi pagi ini berjalan lancar.

Cuba berlaku pertelingkahan kecil antara ahli parlimen pembangkang dengan Spekar Datuk Pandikar Amin Mulia di permulaan sesi.

Bantu PIBG

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyarankan pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjalankan tanggungjawab sosial mereka bagi membiayai program sekolah dan mengisi tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Katanya, kerjasama rapat di antara pihak swasta dan sekolah dilihat dapat memperkasakan lagi pendidikan negara.

azmin ali"Penglibatan agensi swasta ini sememangnya saya terbuka dan mengalu- alukan, cuma sasaran bantuan itu perlu diberi kepada sekolah yang betul-betul memerlukan," katanya kepada Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak).

Sebelum itu, ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) mengenai langkah kerajaan membantu sekolah dan PIBG, Hishammuddin berkata, pemansuhan yuran khas bagi murid sekolah tahun ini dan yuran peperiksaan mulai tahun lalu tidak langsung menjejaskan peranan PIBG dalam mencari sumber kewangan.

"Bayaran tambahan ini (PIBG) bukanlah yuran khas yang dikenakan kerajaan malahan tidak wajib dibayar oleh pelajar, ia merupakan sumbangan oleh PIBG kepada sekolah yang dibincangkan dan dipersetujui oleh kedua pihak," katanya.

Beliau berkata kementerian juga sedang merangka pelbagai alternatif untuk menambah dana tabung kewangan PIBG seperti mempertimbangkan bantuan kerajaan kepada PIBG mengikut Kadar Bantuan Per Kapita (PCG).

Kesesakan lalulintas


mohd zin bin mohamed 02Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed pula berkata kementeriannya akan memberi pertimbangan utama untuk menaik taraf Jalan Bentong ke Gua Musang bagi menyelesaikan isu kesesakan lalulintas di laluan itu terutama pada musim perayaan.

Katanya, langkah itu penting kerana pada masa ini jalan berkenaan merupakan laluan perhubungan utama antara Pantai Barat ke Pantai Timur.

Kementerian Kerja Raya juga, katanya, akan memastikan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Kedua (LPT2) yang sedang dilaksanakan, dapat diselesaikan mengikut jadual.

"Saya kira jika LPT2 ini dapat diselesaikan, kita boleh legakan kesesakan ini," katanya semasa menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian).

Ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) pula, Mohd Zin berkata kaedah perolehan berdasarkan reka dan bina masih diteruskan bagi memastikan kelancaran sesuatu projek.

Bagaimanapun katanya kelulusan perolehan reka dan bina itu masih tertakluk kepada Kementerian Kewangan sebagai agensi pusat yang meluluskan kaedah perolehan bagi projek-projek kerajaan.

nor mohamed yakcopMenteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pula memberitahu dewan, projek perumahan yang terbengkalai boleh diatasi dengan menggunakan konsep di mana pemaju membina rumah dahulu dan
kemudian dijual kepada pembeli.

“Kerajaan telahpun memikirkan satu alternatif untuk membeli rumah selepas rumah sudah siap dan dengan menggunakan kaedah ini, isu tentang rumah terbengkalai, projek terbengkalai tidak akan wujud,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa kaedah “siap dan jual” masih baru di negara ini jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Nor Mohamed menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang bertanyakan mengenai rancangan kerajaan untuk menyelamatkan projek seperti Plaza Rakyat dan Nas Pavilion yang masih terbengkalai sejak 12 tahun yang lalu sehingga ramai pembeli berhadapan masalah kewangan dan terpaksa membayar balik wang kepada bank dan institusi kewangan.

Nor Mohamed juga menjelaskan bahawa dua buah projek ini akan diselesaikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Projek terbengkalai

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah untuk memastikan projek terbengkalai tidak akan berulang.

Katanya Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNM) telah diwujudkan untuk membantu dalam isu projek terbengkalai dan setakat ini SPNB telah membantu menyelesaikan 9,208 unit rumah terbengkalai.

Nor Mohamed berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah memperkenalkan satu kaedah yang membolehkan semua permohonan untuk pemaju tanah bagi projek perumahan dapat diberi kelulusan dengan segera dalam tempoh tidak sampai enam bulan.

nasharuddin mat isa 02Menjawab soalan Nasharudfdin Mat Isa (PAS-Bachok) yang ingin mengetahui mengenai manfaat yang boleh diperolehi rakyat melalui Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) yang ditubuhkan pada tahun 1990, beliau berkata TPPT telah berjaya membantu memulihkan 74 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara.

Keseluruhan projek perumahan yang berjaya dipulihkan melibatkan pinjaman TPPT berjumlah RM356.2 juta yang diberikan kepada pemaju, melibatkan 17,730 unit rumah (iaitu 32 peratus atau 5,717 unit ialah rumah kos rendah).

TPPT yang telah ditubuhkan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada pemaju untuk membangunkan semula projek perumahan yang terbengkalai, telah pun ditutup kepada permohonan baru sejak tahun 1992.

shafie apdalSementara itu, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Shafei Apdal menolak tanggapan kononnya kerajaan menganggap Sabah dan Sarawak sebagai 'anak angkat' dan menyifatkan sentimen itu sebagai persepsi semata-mata.

"Sentimen Sabah dan Sarawak umpama 'anak angkat' adalah tidak benar kerana kerajaan sentiasa prihatin dan memberi perhatian akan soal pembangunan dan kebajikan yang melibatkan kedua-dua negeri itu," katanya ketika menjawab soalan Norah Tun Abdul Rahman (BN-Tanjong Manis).

Norah meminta penjelasan mengenai langkah yang bakal dan akan diambil untuk mengukuhkan lagi integrasi rakyat Malaysia dan sentimen 'anak angkat' yang dirasai oleh masyarakat di kedua-dua negeri itu.

Shafei menegaskan bahawa penekanan dalam aspek pembangunan dan kebajikan di Sabah dan Sarawak diberi perhatian khusus dan ia dapat dilihat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Di bawah RMK-9, Sabah merupakan antara negeri penerima tertinggi peruntukan iaitu sebanyak RM15.7 bilion atau 7.8 peratus berbanding RM13.2 bilion dalam tempoh RMk-8, manakala Sarawak pula menerima RM13.4 billion atau 6.7 peratus berbanding RM12.8 bilion yang diperuntukkan dalam RMK-8 bagi membiayai projek pembangunan, katanya.

20 Perkara Sabah, Sarawak

Menjawab soalan tambahan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang bertanyakan sama ada kerajaan akan menyemak semula Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Sarawak bagi memastikan integrasi nasional lebih bermakna, Shafei berkata perkara itu tidak perlu.

Ini kerana sebahagian besar perkara yang telah dipersetujui dalam perjanjian itu tidak membawa masalah besar kepada rakyat Malaysia dan apa yang lebih penting sekarang ialah kesungguhan kerajaan untuk memastikan adanya pembangunan dan kemajuan di kedua-dua negeri itu sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.

muhyiddin yasin 02Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memberitahu dewan kerajaan pusat tidak akan mendiskriminasikan mana-mana kerajaan negeri dalam usaha untuk menarik lebih ramai para pelabur asing.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan pusat akan terus menyediakan insentif sama ada yang baru atau yang lama kepada semua pelabur asing di negara ini, termasuk di kelima-lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan, yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

“Kerajaan memang menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke semua negeri dan akan sentiasa memastikan hasil pelaburan dinikmati oleh semua rakyat," katanya ketika menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang ingin tahu sama ada pihak kementerian akan terus bekerjasama dengan lima kerajaan negeri yang ditadbir DAP-PKR-PAS untuk menarik pelaburan asing dan terus memberi insentif kepada pelabur asing di negeri-negeri tersebut.

Muhyiddin berkata Kerajaan Pusat berharap kerajaan negeri di kelima-lima negeri tersebut akan meneruskan dasar sedia ada dan memastikan yang dasar itu mestilah berlandaskan mesra perniagaan.

Beliau juga menjawab soalan tambahan kedua daripada Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), yang bertanyakan sama ada faktor kekurangan pelaburan asing di negeri Kelantan disebabkan oleh kerana kedudukan negeri itu yang tidak strategik.

Muhyiddin bersetuju bahawa kekurangan pelaburan asing di negeri Kelantan adalah disebabkan oleh kedudukan negeri itu yang jauh dan kemudahan prasarana yang tidak lengkap terutama di sebelah barat negeri itu.

DEB mesti diganti

dr wan azizahSementara itu, Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) berkata, setelah diamalkan hampir 40 tahun, Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti diubah dan digantikan dengan yang lebih wajar dan bermakna kepada bumiputera dan rakyat Malaysia yang lain.

"Yang perlu dihiraukan adalah nasib majoriti bumiputera, Melayu di desa, Kadazan, Murut, Iban dan Bidayuh dan lain-lain di pedalaman dan pesisiran pantai," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Wan Azizah juga meminta kerajaan mengkaji semula kaedah penswastaan perkhidmatan kesihatan, kerana menurutnya, rakyat tidak lagi berupaya menanggung kos pemeriksaan dan perubatan yang semakin meningkat.

"Apatah lagi sekiranya rawatan memerlukan penggunaan pelbagai peralatan maka kosnya tidak tertanggung oleh rakyat. Ramai terlantar di rumah dan tidak berupaya menanggung kosnya," katanya.

Mengenai krisis makanan, Dr Wan Azizah meminta kerajaan menjadikan pengeluaran padi dan beras mencukupi sebagai agenda penting, seperti di Jepun, yang menjadikannya sebagai agenda pertahanan negara.

Read More...

Sultan Johor mahu hasil permuafakatan diserah kepada semua raja

Utusan Online


Sebahagian peserta berdoa pada hari terahir Kongres Permuafakatan Melayu di Persada Johor, Johor Bahru, semalam.
- Gambar ISHAK RAHMAD


JOHOR BAHRU 4 Mei - Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail menitahkan supaya Jawatankuasa Perwakilan Kongres Permuafakatan Melayu menghadap raja-raja Melayu bagi mempersembah dan menerangkan resolusi yang dipersetujui untuk perhatian mereka.

Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein berkata, ia membolehkan raja-raja negeri lain meneliti sendiri setiap resolusi yang dipersetujui pada kongres itu.

"Pada keseluruhannya, baginda bersyukur dan gembira berikutan kejayaan kongres yang ditunjangi Gapena bersama 200 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang berjaya menghimpun dan menyatukan orang Melayu.

"Kegembiraan baginda dapat diterjemahkan apabila baginda telah membaca dan meneliti dengan serius resolusi yang dipersetujui pada kongres yang berlangsung di bandar raya ini," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Kongres Permuafakatan Melayu berkata demikian selepas mengetuai rombongan menghadap Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, kira-kira pukul 1 petang ini bagi mempersembahkan resolusi yang dipersetujui oleh 2,100 peserta kongres itu.

Selain Ismail turut menghadap Sultan Johor ialah Datuk Yahya Jalil, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Datuk Tengku Alaudin Tengku Majid dan Datuk Zainal Abidin Borhan.

Menurut Ismail, pada keseluruhannya baginda telah meluangkan masa kira-kira dua jam untuk meneliti resolusi tersebut.

"Kami benar-benar kagum dan gembira apabila baginda bertanya dan meminta penjelasan berhubung setiap tuntutan yang dimaktubkan di dalam resolusi tersebut. Dengan penuh beradat kami telah memberi penjelasan dan baginda berpuas hati dengan penjelasan itu," ujarnya.

Ismail berkata, sokongan dan dorongan baginda terhadap apa yang dilakukan oleh kongres jelas terpancar apabila baginda dalam majlis mengadap itu turut membincangkan banyak perkara berkaitan nasib dan masa depan orang Melayu.

Sehubungan itu, Ismail berkata, pihaknya akan mempersembahkan resolusi itu kepada raja-raja negeri lain dalam tempoh terdekat.

Sementara itu Yahya memberitahu, pada majlis mengadap itu baginda turut mendoakan bangsa Melayu selamat dan bersatu dalam apa juga keadaan.

"Baginda secara serius menasihatkan kita (orang Melayu) agar menghormati kaum lain di negara ini," katanya.

Katanya, sayang baginda terhadap Melayu turut ditunjukkan apabila baginda beberapa kali mengingatkan betapa pentingnya masyarakat negara ini menghayati dan mengamalkan Rukun Negara.

"Apa yang mengejutkan, saya sendiri turut diuji oleh baginda untuk membaca rukun itu secara urutan... syukur Alhamdulillah saya lulus," katanya.

Read More...

Sidang DUN Terengganu – Perbahasan DiJangka Panas Dengan Pembentangan Laporan Ketua Audit

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Monday, 05 May 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/sidangdunaudit.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Sesi soal jawab Mesyuarat Yang Pertama, Penggal Persidangan Yang Pertama, Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Kedua Belas (Sidang DUN Terengganu) hanya dijangka bermula pada hari Rabu 7 Mei.

Pada hari pertama (5hb Mei) Sidang DUN Terengganu akan dimulakan dengan Upacara Mengangkat Sumpah Yang DiPertua Dewan (Speaker) dan diikuti dengan Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

DUN Terengganu dijangka akan melantik seorang Yang Dipertua Dewan yang baru bagi Penggal ini. Sumber-sumber tidak rasmi menyatakan bahawa bekas ahli Parlimen Hulu Terengganu Tengku Putera Tengku Awang akan dilantik ke jawatan tersebut menggantikan Che’ Mad Jusoh.

Pada hari yang kedua pula Pembukaan Sidang DUN Terengganu akan disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Pemangku Raja. Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Kemudian, mengikut Tertib Pekerjaan Dewan sebagaimana yang diedarkan kepada ADUN, Sidang DUN akan disambung dengan ucapan Yang DiPertua Dewan.

Pada kelazimannnya Sidang DUN akan berhenti rehat selepas Ucapan Yang DiPertua Dewan dan akan disambung pada keesokkannya.

Hari ketiga adalah hari sebenar soal jawab Sidang DUN Terengganu yang akan dimulakan dengan pembentangan kertas-kertas kerja dan Laporan-laporan.

Antara laporan yang dijangka hangat dibahaskan adalah Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2006.

Didalam laporan tersebut dibawah tajuk Penemuan audit terkandung Beberapa persoalan dari Akaun Amanah Dana Khas, Program Penganjuran Monsoon Cup Negeri Terengganu, Projek Pembangunan Pulau Duyung dan Projek Pembangunan Pulau Wan Man.

Menurut YB Mohd Abdul Wahid Endut yang ditemui hari ini, Laporan Ketua Audit Negara berkenaan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2006 ini sepatutnya telah dibentangkan pada tahun lepas.

Beliau berkata semua negeri-negeri lain telah pun membentang Laporan Ketua Audit Negara bagi negeri masing-masing pada tahun lalu.


”Sepatutnya ia dibentang sewaktu Sidang DUN berkaitan Bajet 2008 tahun lalu, mungkin ia tidak di dibentang kerana ada perkara yang tidak kena, yang kerajaan lalu bimbang jika rakyat mengetahuinya” kata Mohd Wahid.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam telah mengemukakan beberapa soalan didalam Sidang DUN kali ini selain akan bangun untuk berucap pada hari ketiga.

Sehubungan dengan itu, Ketua Whip PAS Dato’ Ustaz Harun Taib akan dicadangkan sebagai Ketua Pembangkang bagi penggal ini.

Ustaz Harun akan mengganti Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang juga ADUN Rhu Rendang, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang DUN Terengganu pada sesi yang lalu.

Read More...

Abim: Laporan terhadap Tengku Mahkota K'tan tidak sesuai

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 5, 08 2:52pm

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan laporan polis pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai melampai batas dan amat tidak sesuai apabila berurusan dengan keluarga diraja.

yusri abim“Sebagai seorang ahli politik, kami masih tertanya-tanya apakah yang bermain-main dalam fikiran Karpal apabila membuat keputusan itu," kata presiden Abim, Yusri Mohamad.

"Karpal harus memikirkan cara yang lebih hormat dan wajar membuat maklum balas terhadap Tengku Mahkota itu," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, tambahnya, Abim sangat setuju dan menyokong pandangan Istana Kelantan untuk menamatkan kontroversi ini.

"Kami melihat ini sebagai perkara malang, sebagai rakyat yang taat, perkara ini yang boleh diuruskan dengan lebih mudah, tidak seharusnya menimbulkan masalah dan dipolitikkan,” katanya.

karpal singhKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, Yusri menyatakan kekesalannya terhadap tindakan pemimpin DAP tersebut.

'Tidak wajar

Beliau melihat institusi diraja sebagai payung rakyat dan oleh itu tindakan Karpal membuat laporan polis itu sama sekali tidak wajar.

“Perkara yang dikatakan oleh Tengku Mahkota pun bukanlah jelas menghasut. Ia masih boleh dibincangkan lagi,” tambahnya.

Ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara baru-baru ini, Tengku Mohammad Faris dilaporkan bertitah bahawa adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu.

bbpm tengku faris 120408 tengku farisBaginda dilaporkan bertitah, semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.

Perhimpunan itu yang disertai hampir 1,000 orang itu adalah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Dalam kenyataaan yang sama juga, Yusri mengulas cadangan presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, berhubung perdebatan mengenai isu agama dan kaum, yang menurutnya harus mengambilkira persepektif Melayu-Islam.

Mahkamah Syariah


“Keluar dari Islam adalah isu agama yang spesifik dan lanjutan daripada larangan ini, kebenaran mestilah diberikan kepada autoriti agama yang sesuai untuk memutuskannya,” katanya.

Ditanya mengenai -institusi-institusi yang beliau maksudkan itu, Yusri berkata, mereka adalah para mufti, jabatan agama negeri-negeri serta mendapatkan pandangan persatuan Cina-Muslim dan persatuan India-Muslim.

Beliau melihat Kes Lina Joy sebagai panduan untuk ‘menguruskan’ masalah tersebut.

Yusri berkata, mantan Ketua Hakim, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, dalam penghakiman majoriti, memutuskan bahawa pihak yang berautoriti adalah Mahkamah Syariah.

“Yang Arif juga berkata bahawa cara seseorang itu meninggalkan agamanya ditentukan oleh agama itu sendiri. Dengan kata lain, seseorang itu tidak boleh meninggalkan agama yang dianutnya mengikut pandangan mereka sendiri,” katanya.

Read More...

Penghormatan terakhir PM kepada Nasimuddin

Utusan Online


AL-FATIHAH...


KUALA LUMPUR 4 Mei - Jenazah pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S. M Nasimuddin S.M Amin yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Los Angeles, California Khamis lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat dekat sini hari ini.

Jenazah Nasimuddin dikebumikan pada pukul 4.30 petang bersebelahan pusara ibunya Salbiah Abdul Majid.

Talkin dibacakan kenalan rapat keluarga Allahyarham, Sheikh Afeefudin Al Gaylani dari Iraq.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham yang diterbangkan dari Los Angeles tiba dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH95 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini pada pukul 12.15 tengah hari.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 1.50 petang diiringi kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.

Orang ramai berpusu-pusu memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah Allahyarham disolatkan dan dibawa ke tanah perkuburan di Hulu Langat kira-kira pukul 3.40 petang.

Lagi berita, gambar di muka 16

Hampir 7,000 orang termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menziarahi jenazah Allahyarham di masjid berkenaan.

Ketiga-tiga anak lelaki Allahyarham, S.M Faisal, 29, S.M Nasaruddin, 25, dan S.M Faliq, 23, kelihatan tenang ketika membaca surah Yasin di sisi jenazah bapa mereka.

Bacaan Yasin dan tahlil itu turut disertai para pelajar Madrasah Sheikh Mohamad Salahuddin Al-Amin dari Hulu Langat dan Madrasah Al-Rahmaniah dari Bukit Beruntung dekat sini.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Hadir sama ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketika ditemui, Abdullah menyifatkan Allahyarham Nasimuddin, 53, sebagai seorang usahawan yang banyak berjasa kepada negara.

"Saya berharap ahli-ahli keluarga beliau tenang menghadapi dugaan ini dan semoga rohnya dicucuri rahmat," ujarnya.

Mahathir pula menyifatkan pemergian Nasimuddin ke rahmatullah merupakan kehilangan besar kepada tanah air terutama dalam industri automotif.

"Kehilangannya sukar untuk dicari ganti," kata Mahathir.

Shahrizat pula menyifatkan Allahyarham sebagai seorang contoh usahawan Malaysia dan bukan sekadar usahawan Melayu.

"Kejayaan beliau turut menjadikannya sebagai idola para usahawan di negara ini termasuk kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain," jelasnya.

Menurut Shahrizat, Allahyarham merupakan seorang yang pemurah dan sering menderma untuk tujuan kebajikan.

"Namun, arwah tidak suka menunjuk-nunjuk dalam menderma serta tidak mahu publisiti meluas diadakan dalam aktiviti-aktiviti kebajikan," ujarnya.

Nasimuddin, 53, menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Los Angeles akibat kanser paru-paru pada Khamis lalu.

Beliau meninggalkan balu, Puan Sri Zaleha Ismail dan lima orang anak.

Menurut anak sulung Allahyarham, S.M Faisal, 29, pemergian bapanya amat dirasai bukan sahaja oleh kaum keluarga terdekatnya, malah seramai 4,000 kakitangan Kumpulan Naza.

''Kami tidak mahu terlalu bersedih atas kehilangan beliau, sebaliknya cukup mengenang segala pengorbanan dan sumbangannya demi keluarga, negara serta industri automotif negara.

''Kami amat berterima kasih kerana ramai tetamu datang memberikan penghormatan terakhir kepada beliau, ini menunjukkan ramai orang sayang kepadanya dan merasai pemergiannya,'' katanya.

Sementara itu, abang sulung, Datuk S. M. Sharifuddin, 57, pula berkata, Allahyarham amat berahsia tentang penyakitnya itu, malah cuba melawan kanser yang ditanggungnya tanpa pengetahuan keluarga.

''(Allahyarham) berkata I will come back (saya akan kembali) jadi saya terpaksa memegang amanah beliau agar menyimpan rahsia itu tetapi kami semua tidak tahu berapa lama Allahyarham menderita dengan penyakitnya,'' katanya sedih.

Read More...

Shahrir: Harga barang kawalan diseragamkan

Mstar Online

05-05-2008 01:34:17 PM

KUALA LUMPUR: Harga barang kawalan dan barang keperluan yang diberi subsidi akan diseragamkan di seluruh negara bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah mendapat faedah sebenar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata itu merupakan satu daripada tiga langkah yang akan diambil bagi menangani masalah kenaikan harga barang akibat daripada kenaikan harga minyak.

Langkah lain ialah mewujudkan sistem pengurusan subsidi dan menentukan golongan sasar yang sepatutnya menerima faedah itu.

"Kalau kita benar-benar nak melindungi golongan berpendapatan rendah, secara prinsipnya, kita perlu menyeragamkan sesuatu harga barang keperluan itu, yang dapat subsidi atau barang kawalan, seragam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Negara kita bukan terletak di Semenajung Malaysia sahaja," katanya kepada soalan Khairy Jamaluddin (BN Rembau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Khairy bertanyakan sama ada kerajaan akan memperkenalkan langkah baru dalam menangani masalah kenaikan harga barang sejajar dengan kenaikan harga minyak dan harga makanan di seluruh dunia.

Shahrir bagaimanapun tidak menyatakan bila langkah penyeragaman itu akan dilaksanakan.

Beliau turut menjelaskan bahawa satu jawatankuasa inflasi negara telah dibentuk bagi menentukan dasar jaminan bekalan negara dengan peruntukan awal sebanyak RM4 bilion.

"Setakat ini, RM2.5 bilion telah dipohon bagi tujuan membantu sektor pertanian bagi menambahkan bekalan ruji negara, seperti menambah bekalan dan kawasan penanaman padi serta stok penimbal, kurangkan kos pengeluaran selain untuk menggalakkan amalan berdikari," katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP Kepong), Shahrir berkata kerajaan tidak bercadang meletakkan kerosin (minyak tanah) sebagai sebahagian daripada 11 barang kawalan seperti petrol, diesel dan LPG.

"Kalau nak masukkan kerosin, beban inflasi akan bertambah. Sekarang kita dah berdepan dengan pilihan untuk subsidi makanan dan bahan api. Mampukah ini berterusan? Kita dah belanja RM30 bilion tanggung bahan api. Sekarang RM4 bilion lagi bagi makanan," katanya. BERNAMA

Read More...

Amy terharu dikunjungi Mursyidul Am

Harakahdaily

Intan Abdullah

Mon | May 05, 08 | 3:55:21 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk memperhalusi strategi bersama dalam rangka memperkembangkan kuasa politik ke peringkat nasional.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata setakat ini beliau sedang menguruskan untuk mengadakan pertemuan antara kelima-lima negeri Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai agenda tersebut.

"Selepas pertemuan yang diadakan bersama penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini saya sedang berbincang untuk menangani hal pertemuan dengan ketua-ketua di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Restoran Cheng Ho, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan dibuat dalam tempoh terdekat memandangkan beliau akan mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini.

"Saya juga sedang dalam proses untuk membuat kertas kerja mengenai isi kandungan perbincangan tersebut," katanya lagi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemui ketika menjamu selera di Restoran Cheng Ho milik penyanyi terkemuka, Amy Search yang terletak di Wangsa Maju.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman,50 melahirkan rasa terharu dengan kehadiran Menteri Besar tersebut yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang begitu disegani oleh semua pihak.

"Saya sangat terharu kerana beliau sudi hadir menjamu selera di Restoran saya ini kerana sememangnya saya meminati personaliti beliau yang sangat karismatik dan low-profile," katanya.

Ditanya mengenai label yang mungkin akan diletakkan kepada beliau apabila menyanjungi seorang tokoh politik, Amy menegaskan bahawa itu adalah hak individu kerana beliau berhak untuk meminati sesiapa.

"Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.

"Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi.

Ustaz Nik Aziz menghabiskan masa lebih kurang dua jam menikmati hidangan masakan Cina Muslim di restoran tersebut sebaik selesai merasmikan pembukaan kedai buku Sarjana Media yang terletak di Pasaraya Carrefour Wangsa Maju.

Pada majlis yang sama, beliau telah menandatangani plak perasmian, serta menandatangani buku-buku terbaru karangan beliau yang turut dijual di kedai tersebut.

Pemilik kedai buku tersebut, Tajudin Senafi berkata beliau telah lama berhasrat menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz merasmikan pembukaan cawangan baru kedai buku miliknya.

"Kemunculan cawangan ini merupakan yang ketiga di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur, dengan tujuan kami untuk menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat di sini," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub, penulis Hj Subky Latif serta ayahanda kepada bekas permaisuri Puan Seri Aishah, Dato' Seri Abdul Rahman.

Menurut Tajudin, Puan Seri Aishah sememangnya meminati buku-buku karangan Ustaz Nik Aziz sehingga tidak melepaskan peluang mendapatkannya setiap kali terdapat karya terbaru.

Orang ramai berpusu-pusu memenuhi kedai buku tersebut sejam lebih awal yang kemudian semakin sesak semasa sesi tandatangan buku dijalankan di kedai tersebut.

Masing-masing tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Ustaz Nik Abdul Aziz sambil mendapatkan tandatangan beliau.

Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan salawat oleh anak-anak yatim daripada Rumah Anak-anak Yatim Baitul Ummah yang berusia tujuh hingga 14 tahun.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Abdul Aziz serta penyampaian cenderamata kenangan daripada pihak penganjur.- tajdid

Read More...

Pertemuan dua sifu

Harakahdaily

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin

Mon | May 05, 08 | 12:21:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng Ho milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Serch di Wangsa Maju, Setapak, Ahad lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum itu merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju.

ImageKehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri. Amy yang terharu dengan kehadiran pemimpin utama PAS itu mengambil kesempatan membincangkan cadangannya menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan tahfiz al-Qur'an di Johor. Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif. Berita penuh menyusul.- tajdid

Read More...

Isu beruk: Khairy enggan ulas

Malaysiakini

Fauwaz Abdul Aziz | May 5, 08 4:21pm

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini enggan menjawab bila diminta komennya terhadap cabaran supaya beliau memohon maaf kerana memanggil peserta perhimpunan Bersih November tahun lalu sebagai beruk.

umno 2007 khairy jamaluddin 061107 01"Tiada komen, terima kasih," kata Khairy selepas berulangkali diminta mengulas cabaran tersebut, ketika ditemui di luar dewan Parlimen hari ini.

Minggu lalu, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mencabar Khairy memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu pada 7 November tahun lalu di perhimpunan Pemuda Umno.

Khairy membuat kenyataan tersebut ketika menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan Bersih yang diadakan tiga hari selepas perhimpunan agung tersebut.

"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum," kata Khairy ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC.

Contohi Hishammuddin

Gobind berkata, Khairy harus mencontohi langkah ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memohon maaf kerana menghunus dan mencium keris di perhimpunan Pemuda Umno sebelum ini.

"Sebagai wakil rakyat dan ahli parlimen Rembau, seseorang itu bukan sahaja mewakili dirinya tetapi juga mewakili semua pengundinya, di samping menjadi naib ketua Pemuda Umno dan menantu perdana menteri, saya rasa beliau patut memohon maaf.

"Ini cabaran saya kepada beliau," kata Gobind dalam satu sidang akhbar minggu lalu, sambil menambah tindakan Khairy menggunakan istilah beruk itu sebagai 'tidak boleh diterima".

"Anda tidak boleh memberi gelaran sesuka hati kepada orang lain.

"Bos beliau telah mengambil langkah pertama untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh Pemuda Umno terhadap rakyat Malaysia. Saya mencabar beliau (Khairy) melakukan perkara yang sama. Lakukanlah perkara yang betul dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berkata demikian," tambahnya dalam sidang akhbar tersebut.

Perbuatan memberi gelaran adalah satu kebiasaan dalam politik Malaysia. Yang terbaru berlaku minggu lalu apabila bapa Gobind, Karpal Singh, dipanggil 'beruk besar' oleh seorang penyokong kerajaan selepas Karpal memanggilnya "Bigfoot".

Read More...

Harga Beras naik - Peniaga resah

MyMetro

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Kenaikan harga beras secara mendadak sejak bulan lalu bukan saja membebankan pengguna, malah turut memeningkan kepala pemilik pasar raya dan kedai runcit apabila mereka mendakwa bekalan bahan makanan asas itu kini semakin berkurangan.


Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar ibu kota, semalam mendapati bahan makanan ruji itu naik hingga paras paling tinggi berbanding sebelumnya dan pelanggan pula menyalahkan mereka berikutan kenaikan mendadak itu.

Pengurus Pasaraya Besar Mydin, Muhammad Hafiz, berkata beras super tempatan dalam kampit 10 kilogram (kg) yang sebelum ini dijual sekitar RM15 di pasar raya itu, kini mengalami kenaikan sehingga RM27 sekampit.

Jenama popular lain yang mengalami kenaikan ialah beras Jasmine Super Special dijual sekitar RM41.95 bagi kampit 10kg yang sebelum ini hanya dijual RM28 bagi kuantiti sama, beras Floral 10kg dijual RM29.90 berbanding RM19 dan beras cap Mahsuri dijual RM21.50 bagi 10kg, iaitu kenaikan RM6.50.

Muhammad Hafiz menyifatkan perkara ini sesuatu yang buruk kerana bukan saja harga beras melambung, malah bekalannya semakin berkurangan sejak minggu lalu dan pelanggan pula menyalahkan pihaknya berikutan kenaikan harga berkenaan.

“Biasanya kita pesan dalam kuantiti banyak daripada pemborong, contohnya 1,000 kampit namun yang dapat cuma 100 atau 200 kampit saja. Perkara ini memang membimbangkan kita ditambah dengan dakwaan pelanggan bahawa pihak kami sengaja menaikkan harga sesuka hati,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui meluahkan ketidakpuasan hati mereka berkaitan perkara berkenaan dan mahu kerajaan melakukan sesuatu bagi menyelesaikan kemelut itu daripada terus membebankan pengguna.

Pesara, Abdullah Abdul Rahman, 74, berkata kenaikan mendadak harga beras menyusahkan dan membebankan dirinya yang berpendapatan rendah dan berharap kerajaan prihatin terhadap masalah rakyat dan melakukan sesuatu dengan segera.

“Sebelum ini saya beli beras ini (Beras Rebus India Cap Sari) lima kilogram baru RM13, tapi sekarang naik sampai RM19.95. Adilkah macam ni?” katanya dengan nada marah.

Pekerja swasta, Zainal Abidin Tasrin, 34, berkata perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana negara kita ialah pengeluar beras utama dan mengesyaki ada pihak tertentu menjadi dalang di sebalik kenaikan mendadak ini

Read More...

Teori konspirasi jatuhkan Najib di sebalik kes raba bekas menteri?

Harakahdaily

Mohd Rashidi Hassan

Fri | May 02, 08 | 9:46:35 am MYT

Kes membabitkan seorang bekas menteri yang didakwa meraba seorang pelayan di kedai menjual cigar (cerut), yang dikatakan berlaku di Kelab Havana 14 April lepas, mungkin tidak harus dilihat dari aspek moral dan jenayah semata-mata.

Ia harus dilihat daripada perspektif yang lebih besar daripada itu. Barangkali ianya ada unsur sabotaj atau ada teori konspirasi terbabit dan mungkin ada character assasination berlaku.

Jika ia unsur sabotaj atau teori konspirasi, ia membabitkan siapa dan untuk apa ia dilakukan?

Akhbar, The New Straits Times, 1 Mei (semalam) dipetik melaporkan 'Police want ex-minister to be charged' jelas menyatakan pihak polis telah memberikan rekomen untuk mendakwa bekas menteri terbabit.

Laporan yang sama dinyatakan oleh media rasmi kerajaan, Bernama.

Laporan itu menyebut bahawa menteri terbabit akan didakwa di bawah Sekyen 354 Penal Code, yang boleh disabitkan dengan hukuman sehingga 10 tahun penjara, denda serta sebatan.

Kes terbabit timbul pada 18 April lepas, apabila wanita berusia 30-an membuat laporan polis bahawa bekas menteri itu merabanya di sebuah kedai menjual cerut di sebuah hotel terkemuka di KL Sentral.

Bagaimanapun lima hari selepas itu, wanita yang berbangsa Melayu itu, menarik balik laporan polis dan mendakwa laporan itu dibuat kerana salah faham.

Wanita itu juga mengakui bahawa beliau dan ahli politik berkenaan adalah kawan yang sudah lama dikenali.

Persoalannya yang timbul sekarang, jika ahli politik berkenaan sudah lama dikenali sebagai kawan, mengapa kejadian seumpama itu boleh berlaku sekarang (didakwa berlaku pada 14 April)?

Atau kemungkinan kemesraan sebagai kawan disalah ertikan sebagai 'mengambil kesempatan' atau mungkin wujud desakan pihak tertentu yang mengatur plot rancangan bagi 'mengenakan' ahli politik terbabit?

Kelab Havana, merupakan 'pot' atau tempat berhimpun elit yang terkenal bagi puak-puak VIP sama ada terdiri daripada orang politik atau orang berniaga (politician and businessman).

Hotel tempat kejadian berkenaan dikatakan, bukan sahaja menjadi tumpuan bekas menteri berkenaan, malah menteri-menteri kabinet, malah ada sumber mendakwa Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sering berada di situ.

Sewaktu kejadian, difahamkan bekas menteri berkenaan bukan keseorangan, terdapat ramai rakan-rakannya ada bersama, berada di tempat terbuka dan turut sama di situ ada anggota keluarga Perdana Menteri.

Ada sumber mengatakan pada mulanya wanita Melayu berkenaan enggan membuat laporan polis kerana menganggap tindakan ahli politik yang sudah lama dikenali itu sebagai gurau biasa seorang kawan.

Bagaimanapun, laporan dibuat selepas empat hari kejadian berlaku, akibat desakan teman lelakinya yang berbangsa Cina yang dipercayai bertindak di atas sokongan pihak tertentu.

Sumber mendakwa, wanita berkenaan 'digunakan' oleh teman lelakinya yang rapat dengan seorang ahli perniagaan, yang ada hubungan erat dengan ahli politik dari keluarga PM.

Persoalan yang ditimbul disebalik kes

Pelbagai andaian boleh wujud rentetan daripada insiden ini.

Pertamanya, mengapa selepas wanita berkenaan menarik balik laporan polisnya, pihak polis tetap bertegas meneruskan siasatan dengan memanggil bekas menteri itu ke balai.

Kedua, bagaimana laporan hasil siasatan polis yang seharusnya dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara (AG) seharusnya confidential boleh diketahui pihak media, khususnya Bernama dan NST?

Ada sumber memberitahu, sebaik laporan disiarkan, pihak polis memanggil wartawan berkenaan ke balai untuk mengetahui bagaimana dokumen sulit yang boleh dikategorikan sebagai di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA, boleh terlepas ke tangan media.

Sebaliknya, jika laporan itu tidak betul, atau tidak berlaku permintaan polis kepada AG untuk bekas menteri itu didakwa, apakah tujuan laporan berkenaan dibuat?

Siapakah yang berada di belakang Bernama dan NST atau media lain, yang mahu memastikan berita tersebut disiarkan?

Mengapakah Bernama sebagai media rasmi kerajaan, seolah-olahnya 'berusaha' memalukan bekas menteri berkenaan dan bagaimana wartawan terbabit boleh memastikan arahan pendakwaan sudah dibuat?

Juga bagaimana NST selaku media milik Umno, boleh menghentam dan memalukan Ahli Parlimennya sendiri, yang turut merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno?

Dan apakah tujuannya bekas menteri berkenaan dijatuhkan hukuman di atas sesuatu perkara yang belum dipastikan pengesahannya?

Tidakkah pihak berkenaan memikirkan, jika pendakwaan tidak wujud, anggota keluarga, isteri dan anak-anak ahli politik berkenaan sudah pun menanggung malu?

Kes jenayah yang dipolitikkan wujud dalam kerajaan dan Umno

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah mengalami peristiwa yang amat pahit dalam hidupnya sepuluh tahun yang lalu.

Kes membabitkan bekas menteri ini, jika dibandingkan tidak sampai pun 10 peratus daripada bebanan kes yang ditimpakan terhadap Anwar.

Persoalannya bukan soal perbandingan kecil atau besarnya sesuatu kes. Sebaliknya ia menunjukkan, kes-kes jenayah yang didakwa ke atas ahli-ahli politik, kemungkinan besar, wujud teori konspirasi.

Kes ini menimbulkan keraguan kemungkinan wujudnya agenda politik dan politiking dalaman Umno yang semakin runcing selepas penolakan besar rakyat terhadap Umno/Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.

Sehingga kini, pemimpin serta parti komponen BN sering bercakaran dan tuduh menuduh sesama sendiri.

Dalam Umno pula, kecaman, desakan dan pelbagai tekanan dikenakan terhadap Presiden mereka, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa punca utama penolakan rakyat.

Di sebalik tekanan yang hebat terhadap Abdullah, beliau tetap kelihatan bersahaja, dan menegaskan pendirian untuk terus mengekalkan jawatan sebagai Presiden dalam pemilihan parti itu Disember depan.

Secara khususnya gelombang besar yang wujud dalam Umno untuk menolak Abdullah, jelas menunjukkan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pengganti Abdullah.

Abdullah tidak ada pilihan. Dalam suatu pertemuan dengan wakil-wakil rakyat BN, Abdullah mengumumkan Najib adalah penggantinya dan peralihan kuasa akan dibuat. Bila dan bagaimana, tidak Abdullah nyatakan.

Walaupun Abdullah sudah membuat perakuan bahawa Najib adalah penggantinya, apakah ianya boleh dipercayai oleh ahli-ahli Umno?

Apabila tekanan terhadap Abdullah memberikan favour kepada Najib, apakah mungkin orang-orang Abdullah yang diketuai menantunya, Khairy akan berdiam diri dan membiarkan Abdullah terus dibelasah orang-orang Umno.

Secara lojiknya sudah tentu juak-juak Abdullah akan turut merancang.

Apabila kedudukan ahli politik sudah berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan', revenge politik akan berlaku.

Janji Presiden Umno, bolehkah dipercayai?

Lebih sepuluh tahun dulu, PM ketika itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (Tun), turut bercakap berulang kali kepada media bahawa Anwar adalah penggantinya.

Namun, sejarah membuktikan bahawa janji-janji PM dan Presiden Umno itu tidak boleh dipakai.

Anwar yang diwar-warkan sebagai pengganti PM, dipecat, didakwa, dipukul, dipenjara dan dijatuhkan hukuman dengan cara yang amat mengaibkan.

Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan November 2004 mendapati beliau tidak bersalah, namun kata nista dan pertuduhan yang amat dahsyat ditanggung beliau serta keluarga sejak tahun 1998, tiada siapa yang dapat membayar betapa mahal harganya sebuah maruah diri.

Hakikat daripada kes-kes yang berlaku, menunjukkan demi mempertahankan jawatan dalam Umno, semua kemungkinan akan berlaku.

Hubungan Anwar-Mahathir yang dikatakan seperti anak-bapa pun boleh terputus akibat politik. Inikan pula hubungan Najib-Abdullah.

Dalam kes membabitkan bekas menteri tersebut secara spesifik, beliau dikatakan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Najib.

Kedudukannya bukan sekadar sahabat, tetapi dikatakan salah seorang think-tank Najib, sama seperti Abdul Razak Baginda yang didakwa atas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sekarang ini media milik kerajaan dan Umno sudah melayan wakil rakyatnya sendiri seperti anggota pembangkang, tekanan demi tekanan dibuat menjadikan beliau seolah-olahnya 'pelarian politik'.

Apakah mungkin nasib yang bakal menimpa orang kanan TPM ini, tidak terkena tempiasnya kepada Najib sendiri?

Atau apakah mungkin, tindakan ini merupakan suatu benchmark baru politik kumpulan Abdullah Badawi untuk pertahan diri?

Menjelang pemilihan Umno nanti, mungkin lebih banyak kes-kes seumpama ini akan berlaku, jatuh menjatuhkan, cemar mencemar akan terus berlaku dalam Umno.

Pergaduhan dan perebutan jawatan dalam Umno nampaknya sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Umno dan BN adalah seumpama sinking boat yang hampir karam.

Rakyat tidak perlu bimbang, kerana Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sudah bersedia menggantikan mereka, bila-bila masa.

Read More...

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat sedia tambah tempoh cuti bersalin

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Isnin, 05 Mei 2008

SA: Lima buah negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat pada dasarnya bersetuju untuk melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi pekerja wanita di negeri masing-masing.

Perkara itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan apabila pemimpin negeri berkenaan iaitu Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah duduk semeja dan memperhalusi perkara tersebut.

Timbalan Ketua Menteri Satu Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata kerajaan negeri berkenaan percaya ia dapat dilaksanakan.

"Apa pun beri peluang kepada kami untuk perhalusinya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Kerja Raya Kedah, Phahrolrazi Zawawi dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Syed Shahir Syed Mohamud.

Kini kakitangan wanita sektor awam diberi cuti bersalin bergaji penuh selama 60 hari yang boleh diambil maksimum lima kali sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Mohammad Fairus berkata Pulau Pinang sedang mengkaji untuk melanjutkan tempoh cuti bersalin sehingga 75 hari.

Bagi Selangor, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri itu merancang untuk melaksanakan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja wanita dan cuti bagi suami mereka maksimum 10 hari dari tujuh hari sebelum ini.

Husam pula berkata bagi Kelantan, ia turut bercadang memberi 10 hari cuti tambahan sebelum bersalin kepada pihak wanita.

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri Perak sedang mengumpul data mengenai jumlah kakitangan wanita di sektor awam dan swasta yang telah melahirkan anak sepanjang tahun 2005, 2006 dan 2007.

"Daripada data itu kami akan cuba mendapatkan tempoh yang terbaik yang sepatutnya mereka terima, sama ada dinaikkan menjadi 65 hari atau 70 hari," katanya.

Phahrolrazi pula berkata kerajaan Kedah juga sedang mengkaji pelaksanaan bagi melanjutkan tempoh cuti bersalin dan berkemungkinan akan mengikut jejak langkah Kelantan dalam melaksanakan perkara itu.

Read More...

Pengguna Perlu Ubah Cara Hidup, Kata Abdullah

Bernama

05 Mei, 2008 09:52 AM


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (tengah) beredar meninggalkan majlis sebaik selesai menyampaikan amanat beliau pada Perhimpunan Bulanan Kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Turut kelihatan (dari kiri) Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim. Foto: Mahayudin Mohamad

PUTRAJAYA, 5 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pengguna perlu mengubah cara hidup mereka dengan berbelanja mengikut kemampuan dan berjimat ketika dunia mengalami kekurangan bekalan makanan sekarang.

Perdana Menteri menasihatkan mereka supaya mengelak pembaziran, seperti semasa mengadakan kenduri, dan memainkan peranan membantu penguatkuasa mengawasi harga barang-barang.

"Mereka hendaklah melaporkan kepada penguatkuasa sekiranya berlaku kes penyeludupan, sorok dan penipuan harga," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini.

Abdullah berkata rakyat yang mempunyai tanah pula digalakkan menanam sayur dan buah-buahan.

Abdullah berkata usaha itu nampak kecil tetapi mempunyai impak positif yang besar sekiranya semua pengguna mengubah cara hidup mereka.

Kerajaan, katanya, sudah mengambil langkah bagi menangani masalah itu dengan menyediakan peruntukan RM4 bilion untuk memastikan bekalan makanan mencukupi.

Peruntukan tersebut sudahpun diberikan kepada kementerian dan jabatan berkenaan bagi membantu meningkatkan hasil pengeluaran makanan negara, kata Perdana Menteri.

Di samping itu, kerajaan telah mewujudkan stok pengimbal beras manakala stok pengimbal yang lebih besar bagi keperluan bahan makanan yang lain sedang diusahakan, katanya.

"Walaupun harga barangan di negara ini sudah naik tetapi ianya masih rendah berbanding dengan harga barangan di negara-negara jiran dan ini menyumbang kepada kegiatan penyeludupan," kata Abdullah.

Beliau menyifatkan penyeludup bahan makanan sebagai pengkhianat rakyat kerana berbuat demikian ketika rakyat sendiri menghadapi kekurangan bekalan makanan.

-- BERNAMA


Read More...

Berjimat elak bazir beras - To' Pa

Utusan Online


JELI 4 Mei - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed hari ini mengingatkan rakyat supaya berjimat dan mengelakkan pembaziran beras bagi memastikan negara tidak turut menerima tempias krisis kekurangan bekalan beras.

Mustapa berkata ini berikutan rakyat negara ini terutama di Kelantan dan Terengganu, terlalu 'mewah' dengan makanan sehingga ada yang makan nasi sehingga empat kali sehari.

"Harga beras semakin naik, bekalan pula semakin berkurangan. Tidak cukup dengan langkah kerajaan belanja berbilion ringgit untuk meningkatkan pengeluaran hasil beras kalau rakyat tidak turut sama membantu.

"Jangan salah faham pula, bukan kita larang tak beri makan nasi, tetapi kenalah belajar berjimat sekarang ini. Selalu juga kita lihat ramai yang isi nasi sampai penuh pinggan tetapi makan sikit saja, selebihnya membazir," katanya.

Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bicaratani yang disertai kira-kira 300 penduduk jajahan ini hari ini.

Beliau berharap para imam masjid turut memainkan peranan dengan menyebarkan maklumat mengenai masalah kekurangan bekalan beras melalui ceramah dan juga khutbah Jumaat.

"Biar rakyat peka dengan masalah yang dihadapi negara dan tidak lagi membazir. Kita juga menggalakkan setiap keluarga menanam sendiri sayuran melalui Kempen Bumi Hijau.

"Sekolah juga diminta menubuhkan kelab pertanian bagi memupuk minat kanak-kanak dalam bidang ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa berkata kementerian menjalin kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam usaha meningkatkan keluaran hasil makanan negara.

Beliau berkata Kabinet pada Jumaat lepas meluluskan peruntukan RM2.49 bilion untuk memastikan bekalan makanan negara terjamin.

"Kerajaan buat apa yang perlu untuk atasi perkara ini dan dalam masa yang sama kita minta rakyat turut sama membantu bagi memastikan kesan yang dirasai seluruh dunia ini tidak teruk sangat pada kita," katanya.

Program Bicaratani akan diadakan di 98 daerah di seluruh negara termasuk 10 jajahan di Kelantan. Program itu menjadi platform jabatan dan agensi di bawah kementerian bertemu dengan golongan petani bagi membincangkan pelbagai isu dan masalah dalam sektor pertanian.

- Bernama

Read More...

Kebebasan akhbar: Malaysia ditangga 141 dari 195 negara di dunia

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Webmaster
Isnin, 05 Mei 2008

KL: Kajian antarabangsa baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke 141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar, kata Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, kajian yang diusahakan oleh Freedom House itu bermakna Malaysia tergolong dalam kategori "negara yang
tidak bebas" bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameron dan Libya.

"Media merupakan sumber utama penyibaran maklumat dalam usaha membentuk sebuah negara bertamadun. Justeru kebebasan media adalah antara intipati penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.

Kepentingan peranan media yang bebas ini diakui sejagat apabila 3hb Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.

Jelas beliau, sikap kerajaan BN yang mengongkong media perdana maka wujud ribuan pejuang-pejuang siber pada pilihanraya ke 12 yang lalu. Para pejuang siber telah mencorak iklim politik negara dengan membentuk Tsunami Politik
lalu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Barisan Nasional.

"Perdana Menteri sendiri telah mengakui kehebatan pejuang siber ini malangnya beliau tidak pula mengambil iktibar daripadanya. Tindakan pihak berkuasa menyoal siasat salah seorang penulis blogger terkenal dan seorang kolumnis akhbar The Sun di ambang Hari Kebebasan Media Sedunia menunjukkan kerajaan masih gagal memahami tuntutan massa," katanya.

Menurutnya lagi, Kerajaan Barisan Nasional seharusnya maklum dengan arus globalisasi dan maklumat tanpa sempadan.

Apatah lagi negara ini telah merdeka lebih setengah abad. Rakyat yang merdeka memerlukan minda yang merdeka untuk turut serta membangunkan negara dan menikmati arus pembangunan tersebut.

"Justeru Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menggesa kerajaan jangan lagi menongkah arus. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan harus dikaji semula agar sesuai dengan kehendak zaman. Akta Kebebasan Maklumat hendaklah digubal segera sebagai langkah awal mewujudkan pentadbiran yang telus dan penuh pertanggungjawaban.

"Akhirnya, saya mewakili seluruh Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan, aktivis dan para pejuang siber yang tidak jemu-jemu berjuang menuntut kebebasan media. Saya harap usaha ini akan diteruskan bagi memastikan ruang demokrasi terus berkembang," kata beliau.

Read More...

Umno mesti jaga Johor...

Malaysiakini

May 5, 08 11:49am

Bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menjangka pembangkang akan menyerang 'habis-habisan' negeri Johor - kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) - dalam pilihanraya umum akan datang.

tengku razaleigh"Jagalah negeri Johor ini kerana ia (Johor) akan diserang habis-habisan oleh lawan dalam pilihanraya akan datang.

"PAS telahpun menembusi kubu kuat orang Melayu ini dengan menang dua kerusi DUN (Sungai Abong dan Maharani)," katanya.

Dalam pilihanraya umum lalu, BN kehilangan enam kerusi DUN dan sebuah kerusi Parlimen kepada pembangkang di Johor. DAP memenangi kerusi DUN Senai, Sekudai, mengkibol dan Bentayah. Kerusi parlimen tunggal itu dimenangi oleh DAP di Bakri.

Beliau mengingatkan demikian di majlis ceramah dan dialog bertajuk "Mengembalikan Kerelevanan Umno Di Hati Umat Melayu" anjuran Pemuda dan Wanita Umno Cawangan Bandar Bahagian Batu Pahat semalam, demikian menurut laporan Bernama.

Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata selepas kejayaan memenangi Selangor, Perak, Pulau Pinang serta Kedah dan mempertahankan Kelantan, pembangkang akan memperhebatkan "serangan" untuk menguasai lebih banyak negeri dalam pilihanraya umum akan datang.

Tengku Razaleigh berkata kekalahan BN terutamanya di tiga buah negeri yang disifatkan sebagai "kaya" seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak akan turut memberikan kesan terhadap keseluruhan pentadbiran kerajaan pusat.

Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran Umno itu, yang kini berkuasa di lima buah negeri akan cuba memalukan Umno dan BN menerusi siri pendedahan tentang kesilapan yang dilakukan sebelum ini oleh kerajaan negeri yang diketuai oleh BN.

Katanya kerajaan negeri terlibat yang kini dikuasai pembangkang sedang berusaha untuk mencungkil dan menggali segala kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin kerajaan negeri BN terdahulu.

Bagaimanapun, kata Tengku Razaleigh, Umno mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi tindakan oleh parti pembangkang itu.





Read More...

Sidang Dewan Rakyat reda selepas kekecohan kecil

Utusan Online

05/05/2008 11:16am

KUALA LUMPUR 5 Mei – Persidangan Dewan Rakyat disambung hari ini dengan Yang Dipertuanya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan untuk tidak melayan sebarang usaha melengahkan persidangan menggunakan alasan Peraturan Mesyuarat.

Menurut Pandikar Amin, beliau akan hanya membenarkan Peraturan Mesyuarat digunakan jika ia benar-benar membantu perjalanan persidangan.

Keputusan beliau itu diterima baik oleh anggota-anggota Dewan Rakyat dengan hanya dibantah oleh Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang menganggapnya tidak adil dan bersifat diktator.



Walaupun dibantah berulang kali oleh Karpal, Pandikar Amin bagaimanapun bertegas dengan keputusannya.

Beliau berkata, mengikut peruntukan 43 Peraturan Mesyuarat, sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, keputusan yang dibuatnya adalah muktamad dan perlu dipatuhi oleh wakil-wakil rakyat.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengemukakan soalan pertama persidangan hari ini pada pukul 10.15 pagi.

Beliau bertanya bilakah kerajaan akan menggubal undang-undang mengenai penjanaan dan pembekalan tenaga bagi memastikan wujudnya sistem pengurusan tenaga yang mapan.

Soalan itu dijawab sendiri oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Berbeza berbanding kekecohan memalukan Rabu lalu, sesi soal jawab berjalan lancar dengan soalan tambahan dikemukakan oleh Saifuddin dan Datuk Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan). – Utusan.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |