+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, June 7, 2008

Koleksi Video - Harga barang mula naik....pantaula oii!!!!!


Oii pak menteri 'cerdik'.....!!!! ko turun padang tak tengok harga barang ????Harga naik dah tu beb......naik dah.....bukan macam ko cakap...takkan naik....ko pantau tak????

kos pengangkutan naik...tu pasal la harga barang naik....mana ada tak patut naik.....
ko tak rasa rakyat yang keja macam makcik jual kat pasar tu.....
kais pagi makan pagi.....jual pun untung ciput.....ko bagi subsidi ke kat dia beli bahan mentah???
ikut sedap je naikkan harga minyak.....kalau ye pun dah tak tahan sangat nak kedarah rakyat,
ko ikut la cakap akak tu.....naikkan sikit2.....bukan terus sembelih je beb......
kalau rasa tak tau nak buat keputusan untuk kebaikan rakyat.....letak jawatan la beb......
jangan asyik buat keputusan bangang....susahkan rakyat je.....hampeh!!!!!



Read More...

Kenaikan Harga Gula Tiada Kaitan Dengan Kenaikan Harga Minyak - Shahrir

bernama

SHAH ALAM, 6 Jun (Bernama) -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kenaikan harga gula di negara ini tidak ada kaitan dengan kenaikan harga minyak.

"Ini kerana ia adalah berdasarkan kepada soal harga pasaran dan keadaan bekalan semasa.

"Apa yang patut kita lakukan sekarang ialah melihat kepada bekalan untuk membolehkan harga tersebut kembali stabil," katanya kepada pemberita selepas majlis Retreat Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Semalam Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata harga gula mungkin akan dinaikkan sebanyak 20 sen tahun depan, tetapi keputusan mengenai perkara itu akan dibuat selepas pertemuan dibuat dengan para pengeluar bahan itu pada akhir tahun ini.

Shahrir berkata kenaikan harga gula akan berlaku apabila kurangnya bekalan dan ada pembelian secara panik dengan jumlah yang besar.

Katanya kerajaan akan memastikan bekalan gula mencukupi supaya keadaan kembali 'tenang'.

"Gula diletakkan di bawah Akta Kawalan Harga. Jadi kita boleh tentukan harga gula untuk pulih di bawah harga kawalan," katanya.

-- BERNAMA

Read More...

Tiket bas naik RM5 hingga RM10

Kosmo Online

Harga barangan lain ‘tunggu giliran’ naik dalam masa terdekat


JUALAN tiket bas ekspres di Terminal Shahab Perdana di Alor Star, Kedah juga dinaikkan semalam.


KUALA LUMPUR – Belum sempat tiga hari selepas pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel, kebanyakan syarikat bas ekspres sudah ‘pandai-pandai’ menaikkan harga tiket dari RM5 hingga RM10.

Tinjauan Kosmo! di Puduraya di sini dan Terminal Shahab Perdana di Alor Star, Kedah semalam mendapati ada pengusaha bas ekspres mengambil kesempatan memenaikkan harga tiket atas alasan kenaikan harga bahan api itu.

Malah tindakan mereka itu dianggap sudah mendahului keputusan persatuan dan tanpa restu agensi kerajaan terlibat.

Jualan harga tiket yang melebihi antara RM5 dan RM10 itu dikesan untuk ke destinasi tumpuan iaitu dari negeri utara ke Lembah Klang terutama Kuala Lumpur cukup merungsingkan pengguna.

Seperti contoh, harga tiket bas ekspres dari kedua-dua hala itu biasanya dijual RM30 dinaikkan sehingga RM40 tetapi ada sesetengah pengusaha yang menaikkan sebanyak RM35.

Seperti contoh, bagi destinasi dari Alor Star ke Kajang, Selangor yang dahulunya RM35 dinaikkan kepada RM40 yang mula dikuatkuasakan serta-merta semalam.

Bagaimanapun tiket bas ekspres yang tidak terlalu menjadi tumpuan pengguna seperti ke Johor Bahru tidak pula dinaikkan dan kekal pada harga lama iaitu RM55.

Seorang pegawai pemasaran, Anita Adlin, 28, memberitahu, dia terkejut apabila mengetahui harga tiket dari Alor Star ke Kuala Lumpur naik sampai RM10.

“Biasa RM30 saja, bila jurujual kata naik RM10, saya teragak-agak nak bayar, susah la macam ni kalau semua benda naik harga lepas harga minyak naik,” jelasnya.

Bagi seorang lagi pembeli, Rozlan Razlan, 30, harga tiket bas yang naik itu cukup membebankan memandangkan dia selalu berulang-alik dari Kedah ke ibu kota.

“Isteri saya tinggal di Kuala Lumpur, saya kerja di sini, kalau tiap-tiap minggu berulang-alik dengan harga tiket bas RM40 susahlah saya, harga barang naik, gaji tak naik,” ujarnya bekerja swasta.

Seorang jurujual tiket di terminal itu, Rizal Salleh, 25, mengaku, tambang bas ekspres naik sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Kalau tambang tak naik, kami akan rugi, setakat ini kami hanya naikkan tiket bagi laluan yang menjadi tumpuan seperti Kuala Lumpur sahaja,” jelasnya.

Bagi seorang lagi penjual tiket bas ekspres, Rahim Amar, 27, walaupun ramai pembeli merungut tetapi mereka tiada pilihan.

“Bas guna minyak, kalau harga minyak naik, tiket perlu naik untuk elak kerugian,” katanya.

Selain harga tiket bas ekspres, beberapa barangan lain juga mendapat tempias yang sama.

Di PAHANG, harga ayam sudah mula naik antara 20 hingga 40 sen.

Ayam standard dengan kepala, kaki dan hempedal, dijual RM6.20 hingga RM6.40 sekilogram melebihi RM6 bagi harga siling sebelum ini.

Di SEREMBAN, majoriti peniaga hanya menunggu saat dan ketika sahaja untuk menaikkan harga barang.

Rata-rata mereka beranggapan sekiranya menaikkan harga, mereka terpaksa mengikut rentak yang sama.

Di JOHOR BAHRU, harga barang basah di beberapa pasar di daerah ini dijangka naik mulai minggu depan.

Ia berdasarkan tinjauan Kosmo! semalam yang mendapati para peniaga mengeluh berikutan segelintir pembekal telah menguar-uarkan akan menaikkan harga barangan jualan mereka.

Peniaga daging di Pasar Larkin, Yousof Jantan, 54, berkata, harga daging terutamanya daging sejuk beku dijangka akan naik mulai minggu depan.

Read More...

Abim: Kaji semula kenaikan harga minyak

Malaysiakini

Jun 7, 08 3:59pm

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, keputusan kerajaan menaikkan harga jualan minyak petrol sebanyak RM 0.78 serta diesel sebanyak RM1, adalah pahit untuk ditelan oleh semua lapisan masyarakat.

"Ini memandangkan kenaikan kedua-dua komoditi tersebut bakal meninggalkan kesan yang jelas serta nyata dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia," kata Setiausaha Agungnya, Khairul Arifin Mohd Munir.

Menurutnya, kenaikan harga minyak akan mendorong kenaikan caj-caj perkhidmatan, kos sara hidup dan harga barang keperluan, yang pastinya membebankan, terutama di kalangan rakyat berpendapatan rendah.

"Mereka yang tinggal di bandar merupakan golongan yang akan terjejas teruk disebabkan kos sara hidup yang tinggi yang segalanya bergantung kepada kuasa membeli bagi mendapatkan sesuatu barang, berbanding di kampung, yang setidak-tidaknya boleh memanfaatkan hasil tani.

"Kita sedar bahawa kenaikan ini mungkin tidak boleh dielakkan disebabkan faktor kenaikan minyak global, namun demikian Abim beranggapan, tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak adalah terlalu drastik, mendadak dan terlalu tinggi," katanya.

Kenaikan tersebut secara langsung menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kenaikan tersebut juga bakal memberikan kesan negatif kepada perkembangan sosial dalam masyarakat jika ianya tidak ditangani dengan baik disebabkan tekanan hidup yang dihadapi rakyat.

"Bahkan Abim juga berpendapat, kenaikan ini tidak menepati status negara sebagai negara pengeluar minyak, yang menjadi penyumbang utama kepada hasil pendapatan negara.

"Dalam hal ini, perbandingan tidak boleh dilakukan terhadap harga minyak yang ditawarkan oleh beberapa negara lain seperti Singapura, yang terpaksa mengimport minyak untuk menampung kegunaan domestiknya," tambahnya.

Tujuh saranan

Khairul Ariffin berkata, menyedari implikasi akibat kenaikan harga minyak terhadap rakyat, maka Abim menyarankan kerajaan melaksanakan inisiatif berikut:

bullet button Mengkaji mengkaji semula kenaikan tersebut yang disifatkan terlalu tinggi dan drastik. Kebajikan rakyat perlu diberikan keutamaan.

bullet button Memperkasakan semula mekanisme pengagihan pendapatan atau kekayaan berdasarkan kepada prinsip keadilan sosial, agar kebajikan golongan miskin dan berpendapatan rendah mendapat pembelaan yang sewajarnya.

bullet button Pemimpin, jabatan, serta agensi kerajaan mengamalkan budaya berbelanja secara berhemah, agar dapat diteladani oleh rakyat. Seruan ini tidak terhad kepada kerajaan pusat tetapi meliputi semua pihak, termasuk kerajaan negeri.

bullet button Setiap projek ataupun program pembangunan perlu dirancang secara berhemah serta teliti untuk mengelakkan pembaziran dan memaksimumkan wang hasil penjimatan subsidi itu untuk dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Rasuah dan ketirisan wang peruntukan kerajaan kepada mereka yang tidak berhak, wajar diperangi habis-habisan.

bullet button Memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti bas awam, teksi, komuter, serta beberapa jenis pengangkutan lain untuk membantu rakyat meringankan beban kenaikan harga minyak.

bullet button Memantau harga barang keperluan yang masih menerima subsidi dari kerajaan, agar tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan mendapatkan keuntungan berlipat ganda ekoran kenaikan harga minyak.

bullet button Memastikan penyaluran bantuan kebajikan dan subsidi kepada golongan berpendapatan rendah serta miskin dapat dijalankan secara telus dan teratur.

Read More...

'Kerajaan bukan dapat untung' - Shahrir

Berita Harian

Oleh Anwar Hussin, Saufi Hamzah dan Tuan Nazuri Tuan Ismail

Penyusunan semula beri manfaat kepada rakyat dalam tempoh jangka panjang: Shahrir

SHAH ALAM: Kerajaan tidak memperoleh keuntungan apabila memutuskan penstrukturan semula subsidi terhadap petrol dan diesel kerana lebih mengutamakan faedah yang dinikmati rakyat dalam tempoh jangka panjang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata penstrukturan semula subsidi bahan api itu dapat mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung kerajaan selama ini. Beliau berkata, rakyat pula memperoleh penjimatan menerusi bayaran tunai yang ditetapkan kerajaan.

"Kemarahan orang kepada saya, saya faham. Tetapi saya sendiri pun tak dapat faedah dan kerajaan tidak dapat untung.

"Malah, paling penting sekarang ialah memastikan bayaran tunai kepada pemilik kenderaan dibuat segera. Maka rakyat patut fikir begitu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Retreat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, semalam.

Shahrir diminta mengulas mengenai demonstrasi yang dianjurkan beberapa pihak sebagai membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Rabu lalu, Abdullah mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter, iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70, manakala harga diesel dinaikkan RM1 daripada RM1.58 kepada RM2.58.

Shahrir berkata, masih ramai pengguna tidak memahami sepenuhnya pelaksanaan penstrukturan semula subsidi bahan api itu sehingga terdorong melakukan demonstrasi.

"Jangan buat demonstrasi, lepas itu minta bayaran tunai. Ini kali pertama, kita struktur semula subsidi petrol dan diesel dan kerajaan memutuskan untuk buat ini dan beri subsidi kepada pemilik kenderaan yang tak pernah berlaku sebelum ini.

"Bayaran tunai itu dibuat mengikut kenaikan 78 sen. Sekiranya pengguna menggunakan 66 liter sebulan sebagai contoh, bermakna anda tak bayar harga baru.

"Contohnya, guna di antara 50 dan 60 liter, pengguna mendapat bayaran tunai atau bayaran lain, anda masih beli petrol pada kadar RM1.92. Bermakna penggunaan melebihi 60 liter, anda perlu membayar harga baru.

"Lebih baik bagi balik subsidi kepada pengguna kenderaan daripada beri subsidi di pam. Sebelum ini orang yang guna banyak petrol masih dapat subsidi, orang asing pun boleh dapat subsidi," katanya.

Selain itu, Shahrir yang juga Ahli MT Umno berkata, semakan bulanan terhadap harga petrol dan diesel hanya boleh dibuat apabila mendapat purata harga pada akhir setiap bulan.

"Harga bulan depan, boleh berlaku harga naik, boleh jadi sebaliknya. Saya percaya harga tak akan naik.

"Kita belum sampai sebulan, Insya-Allah, kita boleh buat sesuatu. Penting sekarang bagi kita memantau harga dunia setiap hari lepas itu dapat purata dan kena tengok apa berlaku selepas itu," katanya.

Mengenai jangkaan kenaikan harga gula, Shahrir berkata, kenaikan harga barang itu tiada kaitan dengan kenaikan harga bahan api, sebaliknya hanya dari segi harga pasaran dan keadaan bekalan.

Katanya, kerajaan sentiasa memastikan bekalan gula mencukupi supaya harga kembali pada paras stabil.

"Dalam apapun dari segi harga barang, bila ada masanya kurang bekalan, pembelian yang terlalu banyak menyebabkan kekurangan bekalan, ada kesan dari segi harga di sesetengah tempat, tapi apabila dapat menyampaikan bekalan mencukupi, keadaan itu dapat tenang balik," katanya.

Read More...

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin retak ?

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Saturday, 07 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/stadiumretak1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Pemerhatian yang dibuat oleh Buletin Online mendapati ada beberapa retakan di tiang struktur tertinggi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Terengganu

Seorang jurutera yang tidak mahu dikenali memberitahu bahawa beliau ada mendengar berita tentang keretakan tiang yang menyokong tempat duduk penonton tersebut.

Namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana beliau belum melihat sendiri keretakan yang berlaku itu.

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/stadiumretak.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Stadium yang dianggap terbesar, termoden dan tercanggih di Pantai Timur itu telah digunakan sebagai ‘venue’ utama SUKMA ke 12 Edisi Terengganu 2008, walaupun pembinaannya masih belum sempurna dan belum memperolehi sjil layak menduduki (Certificate of Fitness – CF)

Amalan kerajaan Terengganu menggunakan bangunan separuh siap sejak kerajaan Terengganu dibawah pimpinan bekas Menteri Besar Idris Jusoh pernah di persoalkan oleh wakil-wakil PAS dalam Sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu.

Namun jawapan dari wakil kerajaan adalah umpama ‘melepaskan batuk di tangga sahaja’
.

”Soal keselamatan, memang dimana-mana pun keselamatan adalah diutamakan, kita jamin ianya selamat, InsyaAllah selamatlah tu,” jawab Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahaya Khatib Mohamad ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Mohd Abdul Wahid Endut, ADUN PAS dari Wakaf Mempelam.

Selain dari Stadium Utama, Stadium Sultan Zainal Abidin, Stadium Tertutup, Lapangan Terbang, Taman Tamadun Islam dan Kelab Teluk Warisan adalah antara bangunan yang telah diguna pakai walaupun belum memperolehi CF.

Kerajaan dilihat tidak mengambil iktibar terhadap tragedy runtuhnya bumbung dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai sebelum ini yang juga telah diguna pakai walaupun tidak memperolehi CF.

Read More...

Hadiah istimewa kerajaan BN kepada rakyat

kelantankini

Written by kelantankini on Jun 5th, 2008

KOTA BHARU, 4 Jun: Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan BN benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus.

“Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Semalam Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu berkuatkuasa mulai tengah malam tadi.

Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini.

Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata, kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.

“Kerajaan sebenarnya cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia.

“Lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini,” ujarnya.

Oleh itu beliau percaya masa untuk kejatuhan Perdana Menteri yang begitu lemah sudah tiba dan rakyat perlu bergerak seiring dengan Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula negara ke landasan yang betul.

Read More...

Plaza tol 'maut' di Jelapang tutup mulai hari ini

Mstar Online

06-06-2008 10:44:41 PM

IPOH: Plaza Tol Jelapang yang terkenal dengan gelaran "plaza tol maut" ditutup hari ini serentak dengan pembukaan Plaza Tol Ipoh Utara (Arah Selatan) yang terletak 800 meter dari plaza lama itu.

Pembukaan plaza tol baru itu dirasmikan dalam satu acara ringkas pada 4 petang oleh Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.

Plaza Tol Jelapang bagi laluan arah ke utara bagaimanapun masih berfungsi sehingga plaza tol baru Ipoh Utara (Arah Utara) dibuka tidak lama lagi.

PEMANDANGAN Plaza Tol Ipoh Utara (Arah Selatan) yang terletak 800 meter dari plaza lama.

"Plaza Tol Jelapang sedia ada (laluan ke utara) akan dialihkan ke plaza tol baru secara berperingkat bagi membolehkan projek laluan terus tanpa henti antara Ipoh (Selatan) ke Jelapang siap Oktober ini," kata Mohd Zin pada sidang akhbar selepas majlis itu.

"Kita sedia maklum tol lama tidak strategik kedudukannya...ini peringkat permulaan sebelum keseluruhan projek siap 31 Dis depan," katanya.

Beliau berkata keseluruhan projek laluan terus tanpa henti antara Jelapang dan Ipoh Selatan serta pembinaan laluan alternatif di kiri dan kanan lebuh raya sepanjang tujuh kilometer di Ipoh bagi kemudahan laluan bebas tol penduduk tempatan akan dibuka 1 Jan 2009.

Laluan di Lebuh Raya Utara Selatan antara Juru di Pulau Pinang dan Jalan Duta di Kuala Lumpur tidak lagi mempunyai plaza tol apabila projek laluan terus tanpa henti antara Jelapang dan Ipoh Selatan siap.

Projek pembinaan plaza tol baru berkenaan melibatkan kos sebanyak RM260 juta dan menurut Mohd Zin, projek berkenaan dilaksanakan sebagai usaha mengatasi masalah kemalangan yang bering berlaku di Plaza Tol Jelapang.

"Ini merupakan langkah yang diambil kerajaan untuk mengelak kemalangan yang sering berlaku di tapak lama yang terlalu hampir dengan curam menuruni terowong Menora...diharap dengan usaha ini tidak berlaku lagi kemalangan-kemalangan yang meragut nyawa di kawasan ini," katanya.

Dengan pembukaan plaza tol baru itu, kini pengguna dari arah utara akan membuat bayaran tol di plaza berkenaan sebelum meneruskan perjalanan manakala mereka yang ingin keluar ke Jelapang atau Chemor perlu keluar lencongan baru melalui Bandar Meru Raya.

"Papan tanda tunjuk arah dan amaran disediakan di lokasi-lokasi strategik. Pengguna lebuh raya dinasihati mematuhi papan tanda yang disediakan dan arah petugas lebuh raya," katanya.

Proses pembinaan plaza tol baru itu dimulakan sejak tiga tahun lalu dan tertunda beberapa kali ekoran pelbagai masalah termasuk kesukaran mengambil tanah individu dan perancangan pelan pembinaannya. - BERNAMA

PELAN penyuraian trafik untuk Plaza Tol Ipoh Utara (Arah Selatan).




Read More...

Pegawai MB S'gor didakwa seleweng

Malaysiakini

Jun 6, 08 8:27pm

Selangor menyeru Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyegerakan siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa seorang pegawai kanan di pejabat menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penyelewengan itu didakwa melibatkan pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya.

"Pentadbiran (kerajaan) ini menyeru pihak BPR untuk mempercepatkan proses siasatan jika terdapat bukti-bukti awal yang kukuh," kenyataan itu, yang dikeluarkan awal malam ini, dipetik.

Kerajaan negeri juga akan menjalankan siasatan dalamannya sendiri, menurut pejabat itu lagi, "kerana mengikut pengalaman lepas, pihak BPR lambat bertindak dan ini akan memberi kesan negatif kepada keberkesanan pentadbitan kerajaan negeri."

khalid ibrahim and selangor stateSekumpulan ahli PKR dilaporkan telah membuat aduan polis berhubung perkara itu kelmarin dan membawa aduan yang sama kepada BPR semalam.

Menurut akhbar Sinar Harian hari ini, empat wakil PKR bahagian-bahagian Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Shah Alam membuat aduan itu dengan harapan "siasatan segera dilakukan kerana perbuatan tersebut menjejaskan integriti pentadbiran Pakatan Rakyat."

Selain mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli parti itu, menurut kenyataan pejabat itu, menteri besar juga berkata kerajaan negeri mempunyai prosedur sendiri untuk memanggil saksi-saksi untuk memberikan keterangan.

"Jika terdapat bukti-bukti kukuh, pihak kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya dalam kenyataan itu.

Akhbar itu menyebut, jurucakap kumpulan ahli PKR itu Remy Iskandar berkata mereka mempunyai "semua dokumen yang boleh menjadi bukti" aduan mereka.

Beliau bersama tiga yang lain (foto bawah) ke pejabat akhbar itu semalam untuk mendedahkan aduan tersebut.

Beliau juga dilaporkan berkata pegawai kanan itu dipercayai telah meluluskan kontrak dan tender kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan menteri besar.

selangor mb sinar harian aca report 060608Remy juga berkata mereka meragui kelulusan tersebut kerana ia menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa nombor rujukan yang jelas dan pegawai tersebut meminta syarikat-syarikat itu diberikan keutamaan dalam pembahagian kontrak itu.

"Apa yang berlaku seolah-olah menafikan pendirian menteri besar yang sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa setiap pemberian kontrak atau tender akan dilakukan secara terbuka dan menolak usaha pengagihannya menggunakan pendekatan rundingan," beliau dilaporkan berkata.

"Kami tampil untuk untuk membuktikan PKR telus menolak sebarang usaha salah guna kuasa dan cubaan menafikan kepercayaan rakyat terhadap PKR."

Dalam kenyataan yang sama, menteri besar menyeru kepada pengadu kes tersebut agar menyalurkan maklumat lanjut kepada pejabatnya.

Read More...

Pandu 80kmj cara jimat guna petrol

Berita Harian

Oleh Haika Khazi

Kelajuan lebih 100kmj tingkat guna bahan api


PUTRAJAYA: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menasihati orang ramai supaya memandu kenderaan pada kelajuan antara 80 hingga 100 kilometer sejam (kmj) bagi menjimatkan penggunaan petrol atau diesel berikutan peningkatan harga bahan api itu sejak kelmarin.

Pengarah Pusat Penyelidikan Biomekanikal dan Keselamatan Kenderaan, Prof Madya Dr Wong Shaw Voon, berkata kajian Miros mendapati pemanduan pada kelajuan kurang 100 kmj dapat mengurangkan pembakaran bahan api. Beliau berkata, ia juga bertepatan kemampuan sebenar enjin kenderaan penumpang biasa pada masa ini, terutama kereta nasional seperti Proton dan Perodua dan ia sudah terbukti menjimatkan di Amerika Syarikat.

"Walaupun had laju di beberapa lebuh raya ditetapkan 110 kmj, pemanduan pada kelajuan itu meningkatkan penggunaan bahan api," katanya.

Pemandu juga dinasihatkan tidak membrek secara mengejut atau memecut secara tiba-tiba kerana ia meningkatkan penggunaan bahan api selain mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

"Apabila kenderaan diperlahankan, pemandu perlu menekan semula minyak dan ini menyebabkan kenderaan memerlukan banyak tenaga dan membakar lebih banyak bahan api," katanya.

Wong turut menasihatkan bakal pembeli kenderaan melakukan kajian terlebih dulu, terutama aspek teknikal dan penggunaan bahan api.

Katanya, tanggapan umum bahawa kereta mewah lebih banyak menggunakan bahan api adalah tidak benar kerana kebanyakan kenderaan berkenaan dilengkapi ciri penjimatan minyak dan keselamatan tinggi.

"Sesetengah kenderaan kini dilengkapi kemudahan canggih dan boleh memberikan panduan kepada pemandu mengenai cara pemanduan terbaik dan kelajuan yang mampu menjimatkan pengguna bahan api," katanya.

Read More...

Demonstrasi bantah kenaikan harga minyak di Komtar

Mstar Online

06-06-2008 09:17:17 PM

ABDUL Malik Abdul Kassim ketika berucap dalam demonstrasi di pekarangan Komtar petang tadi.

PULAU PINANG: Kira-kira 50 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini mengadakan demonstrasi secara aman di perkarangan bangunan Komtar bagi membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan kelmarin.

Mereka berkumpul pada pukul 2.30 petang dengan menunjukkan poster bagi membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dan membebankan golongan berpendapatan rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim dan beberapa pemimpin kerajaan negeri dilihat menyertai demonstrasi secara aman yang dikawal rapi oleh polis.

Sementara itu jurucakap kumpulan itu, Aminudin Ahmad, yang juga Exco Angkatan Muda PKR berkata, rakyat yang sebelum ini sudah terbeban kerana terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk kehidupan, kini perlu bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan kenaikan harga barang.

"Macam yang kita tahu, setiap kali harga minyak naik, harga barang juga akan naik, keadaan ini memang merisaukan rakyat," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat pengumuman itu kelmarin, yang menyaksikan kenaikan harga bahan api bagi petrol dan diesel meningkat hampir 40 peratus.

Harga baru bagi petrol ialah RM2.70 seliter iaitu kenaikan 78 sen berbanding RM1.92 sebelum ini, manakala diesel pula meningkat RM1 kepada RM2.50 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, kira-kira 30 pegawai dan anggotanya digerakkan ke tempat kejadian bagi mengawasi keadaan.

"Dengan kerjasama daripada penganjur, kumpulan berkenaan bersurai kira-kira pukul 3.15 petang dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya. - BERNAMA

Read More...

Demontrasi bantah minyak naik

Utusan Online

KUALA LUMPUR 6 Jun - Kira-kira 200 orang berhimpun di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru di sini hari ini bagi membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan kelmarin.

Perhimpunan anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Ikatan Kebajikan Rakyat itu bermula selepas solat Jumaat dan berakhir 15 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman bagaimanapun berkata, tiada sebarang kekecohan timbul dan perhimpunan berlangsung dalam keadaan aman.

"Polis tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan sebelum ini.

"Oleh itu, perhimpunan ini adalah perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter bermula semalam, yang merupakan kenaikan harga bahan api tempatan tertinggi pernah dicatatkan.

Harga baru di stesen minyak kini ialah RM2.70 seliter bagi petrol dan RM2.58 seliter bagi diesel.

Kali terakhir harga bahan api dinaikkan ialah pada 28 Februari 2006, apabila ia dinaikkan 30 sen, dengan petrol pada RM1.92 seliter dan diesel pada RM1.58 seliter.

Zulkarnain menambah, tiada tangkapan dilakukan kerana perhimpunan tersebut berlaku dalam keadaan aman kerana dikawal oleh pegawai dan anggota polis.

Menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan pengerusi NGO berkenaan untuk mengadakan perhimpunan yang lebih besar di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), 12 Jun ini, beliau berkata, polis akan memantau hal tersebut.

Beliau juga memberi jaminan akan memantau dakwaan NGO tersebut untuk mengadakan perhimpunan sama di Masjid Kampung Baru, Masjid KLCC dan Masjid Negara pada setiap minggu selepas solat Jumaat.

Tambahnya, polis tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan yang mampu menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam berlaku di mana-mana tempat.

Read More...

Poster Hari Ini - Hari Agong....Daulat Tuanku!!!!

Sempena Hari Keputeraan Agong pada hari ini.....


Daulat Tuanku!!!! Daulat Tuanku!!!!! Daulat Tuanku!!!!!

Semoga Tuanku dan Permaisuri Raja menjadi payung kepada rakyat.....
Sentiasa diredhai Allah dan menjadi ketua negara yang sentiasa disanjungi dan disegani di seantero dunia......
Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.......

- Ikhlas dari rakyat Tuanku -

Read More...

Keahlian ketua Gerakan WP digantung

Malaysiakini

Jun 6, 08 3:16pm

Gerakan menggantung keahlian pengerusinya di Wilayah Persekutuan, Dr Tan Kee Kwong sementara menunggu tindakan disiplin diambil kerana menerima jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.

Setiausaha agung Gerakan, Datuk Chia Kwang Chye berkata, ia diputuskan oleh jawatankuasa kerja pusat yang bermesyuarat malam Rabu lalu.

tan kee kwong"Mengikut artikel 17 (perlembagaan parti), beliau (Tan) juga diminta memberi sebab mengapa tidak patut disingkirkan daripada Gerakan.

"Beliau diberi tempoh satu (1) minggu untuk menjawabnya," kata Chia dalam satu kenyataan hari ini.

Sasaran kritik

"Jawatankuasa pusat telah membincangkan beberapa faktor secara mendalam sebelum membuat keputusan tersebut," katanya.

Chia berkata, sebagai ahli jawatankuasa pusat, Tan sendiri sepatutnya sedar pendirian parti yang tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin atau ahli yang menerima tawaran memegang jawatan dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Tan menjadi sasaran kritikan pemimpin Gerakan dab juga BN apabila menerima tawaran kerajaan Selangor untuk mengetuai sebuah badan petugas mengenai hal-ehwal tanah.

Chia berkata, Tan telah menerima tawaran tersebut tanpa terlebih dahulu berbincang atau memaklumkannya kepada pucuk pimpinan Gerakan, malah rakan-rakan senegeri dengannya.

Katanya, parti juga tidak dapat menerima alasan-alasan yang diberikan oleh Tan untuk menerima tawaran tersebut.

Susulan penerimaan tawaran tersebut, timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak menggesa Tan supaya keluar daripada Gerakan.

Chia juga berkata, parti juga memandang berat tindakan Tan yang mengkritik pucuk pimpinan sebelum dan selepas menerima tawaran tersebut.

Rosak imej parti

Menurutnya, kenyataan Tan kepada media selepas menerima jawatan tersebut juga berniat untuk merosakkan imej parti itu.

"Ekoran sikap dan pendekatan negatif Tan, maka jawatankuasa pusat memutuskan bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadapnya mengikut Artikel 17 perlembagaan parti.

"Oleh itu, keahliannya dalam Gerakan telah digantung dan (Tan) telah diminta memberi sebab-sebab mengapa dia tidak harus dipecat dari Gerakan," katanya.

Sebelumnya pemimpin parti itu Datuk Lee Kah Choon, juga bekas timbalan setiausaha agung, turut menerima jawatan yang ditawarkan oleh Pulau Pinang, sebuah lagi kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau menerima jawatan di Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang dan InvestPenang.

Tan digugurkan daripada bertanding mempertahankan kerusi parlimen Segambut dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu -- kerusi itu pernah disandangnya selama beberapa penggal.

Read More...

Rakyat diminta sabar, bijak hadapi isu minyak - YDP Agong


Berita Harian


BERSYUKUR: Seri Paduka bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membaca Surah Yassin sempena Hari Keputeraan Seri Paduka di Masjid Negara, malam tadi.

Seri Paduka mahu sumber petroleum diurus dengan lebih cekap

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah menyeru semua rakyat supaya bersabar dan bertindak bijak dalam menghadapi krisis kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga minyak.

Seri Paduka bertitah: “Jika perlu mungkin elok untuk kita mengubah suai gaya hidup bagi memastikan tekanan daripada masalah ini dapat dikurangkan. "Beta akur bahawa masalah kenaikan harga ini sememangnya amat menekan kehidupan rakyat. Namun beta berharap agar rakyat semua bersabar dan bertindak bijak dalam menghadapi situasi seumpama ini,” titah Seri Paduka sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan menerusi RTM, malam tadi.

Seri Paduka mahu kerajaan terus memantau situasi itu dan mengambil segala tindakan bagi memastikan masalah dapat diatasi.

"Insya-Allah berkat kesabaran dan kebijaksanaan kita, masalah ini akan sama-sama kita atasi dan kita akan bertambah matang dan kuat untuk menjalani kehidupan seterusnya,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka juga menitahkan supaya pengurusan sumber petroleum negara diurus dengan cekap supaya kekayaan itu dapat terus diwarisi dan dinikmati oleh generasi akan datang.

Titah Seri Paduka, jika bukan dalam bentuk asalnya, hasil yang diperoleh hari ini wajar dilaburkan dalam aspek lain seperti pembangunan prasarana supaya ia turut dinikmati generasi akan datang.

"Beta khuatir dan prihatin apabila dimaklumkan bahawa menjelang 2011, import petroleum negara akan lebih tinggi daripada eksport.

"Beta berpandangan bahawa adalah tidak adil jika kurniaan Tuhan ini kita perah dan manfaatkan hasilnya dengan sepenuhnya tanpa ditinggalkan sedikitpun untuk generasi akan datang,” titah Seri Paduka.

Merujuk kepada sistem kehakiman negara, Seri Paduka mahu melihat sistem kehakiman wujud sebagai institusi yang bebas, adil dan diyakini rakyat.

Seri Paduka menyambut baik sebarang usaha yang diambil untuk memperkasakan sistem kehakiman negara, termasuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim.

Seri Paduka turut mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah dan pengambilan lebih ramai pegawai pencegah rasuah.

Baginda juga yakin rancangan kerajaan untuk mengkaji semula Akta Percetakan dan Penerbitan Negara dapat memastikan media memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya.

Read More...

Turun atau mansuhkan tol - KJ

Utusan Online

SEREMBAN 6 Jun - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menurunkan kadar tol lebuh raya atau memansuhkannya dalam usaha mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula semalam.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu mempercepatkan proses rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya supaya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.

"Proses rundingan itu diharap dapat diselesaikan secepat mungkin dan kita juga berharap syarikat konsesi lebuh raya yang sudah mendapat semula modal dan menikmati keuntungan dapat bekerjasama membantu mengurangkan beban rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kewangan bernilai RM23,555 kepada keluarga miskin M. Thannabakiyam, 33, di Taman Margossa, Paroi di sini hari ini.

Penurunan kadar tol itu merupakan salah satu daripada enam langkah yang dicadangkan oleh Khairy dalam usaha mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan mendadak harga petrol dan diesel.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, antara langkah awal yang boleh diambil adalah memperhebatkan pemantauan harga barang dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga yang didapati menaikkan harga secara keterlaluan.

"Selain itu perlu ada mekanisme khusus untuk memastikan harga barang keperluan utama stabil dan para peniaga yang menaikkan harga dapat dikesan. Selain itu, kerajaan wajar menerbitkan senarai harga semasa barangan keperluan supaya orang ramai boleh membuat perbandingan harganya di pasaran," katanya.

Menurut beliau, langkah lain adalah mengkaji semula kadar pendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) supaya selaras dengan peningkatan kos sara hidup dan harga barangan sekali gus membolehkan rakyat yang layak mendapat bantuan tidak tercicir daripada menerimanya.

"Contohnya, jika pendapatan minimum di bawah paras kemiskinan sekarang ialah RM500 sebulan, ia wajar dikaji semula dan dinaikkan kerana ia tidak realistik dan tidak relevan lagi dengan keadaan semasa terutama di kawasan bandar. Golongan ini wajar mendapat bantuan kerajaan," katanya

Khairy berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula penanda aras Indeks Harga Pengguna (IHP) yang setakat ini meletakkan paras inflasi negara di bawah lima peratus sedangkan harga barangan mengalami kenaikan lebih tinggi daripada itu

"Sekarang IHP yang diterbitkan oleh kerajaan adalah kurang daripada kadar lima peratus sedangkan harga barang kini sudah naik lebih daripada lima peratus.

"Keadaan ini tidak sama dengan apa yang harus ditanggung dan dirasai rakyat. Selain itu kenaikan gaji bagi sektor swasta juga tidak setimpal dengan kenaikan kos harga barangan. Jadi, penanda aras IHP wajar dikaji semula supaya kenaikan gaji selaras dengan kenaikan kos," katanya.

Khairy turut berharap pihak kerajaan akan mempertingkatkan kualiti pengangkutan awam di negara ini sehingga mencapai tahap kelas pertama bagi memberi pilihan kepada rakyat yang tidak mahu menggunakan kenderaan sendiri.

"Kalau pengangkutan awam tidak mencukupi, rakyat tidak ada pilihan. Mereka terpaksa menggunakan kenderaan sendiri dan menanggung kosnya. Saya berharap kerajaan dapat menambah pengangkutan awam terutama bas di sekitar Lembah Klang dan bandar-bandar utama di negara ini," tambahnya.

Katanya, kerajaan juga perlu mengkaji semula dalam tempoh setahun ini sama ada bayaran rebat tunai yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian mencukupi dan seterusnya mengambil langkah menaikkannya bagi memastikan ia tidak terus membebankan rakyat.

"Kerajaan perlu mengkaji semula rebat RM625 yang diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000 cc dan RM120 untuk pemilik motosikal di bawah 250 cc. Jika masih membebankan rakyat, saya berharap kerajaan akan meningkatkan lagi rebat itu," tambahnya.

Read More...

Minyak naik: Hapuskan tol dan cukai jalan

Harakahdaily

Ustaz Idris Ahmad

Fri | Jun 06, 08 | 12:38:05 pm MYT

Hairan bin ajaib, Malaysia negara pengeluar minyak tetapi minyak mahal dan harganya naik lagi. Sepatutnya apabila harga minyak dunia mahal, sudah tentu pendapatan negara juga bertambah.

Tetapi kerajaan umum mengenai subsidi sampai RM45 billion. Jangan umumkan subsidi sahaja, kena umum juga jumlah pendapatan negara dengan kenaikan harga minyak dunia.

Di Brunei, harga minyak seliter hanya RM1.20 berbanding dengan Malaysia RM2.73. Jangan banding harga minyak kita dengan Singapura dan Thailand kerana mereka bukan negara pengeluar minyak. Jangan banding antara epal dengan oren.

Kerajaan kena memikirkan bahawa rakyat jelata hari ini makin tertekan. Tidak habis dengan isu kenaikan harga beras yang dulu berharga RM9.00 untuk 5 kilo kini meningkat sampai RM17.00. Inilah negaraku sekarang di bawah pemerintahan BN.

Sekarang rakyat Malaysia bermimpi ngeri pula apabila mendengar pengumuman kenaikan harga minyak petrol (80 sen) dan diesel (RM1). Cuba bayangkan apa yang akan terjadi dengan kenaikan harga barang kepada rakyat. Pak Menteri tidak kisah kerana mereka dapat elaun RM56 ribu sebulan. Minyak tol semua rakyat tanggung. Apa yang terjadi kepada rakyat bawahan?

Mungkin ada rakyat yang jahil akan mengatakan mereka tidak ada apa-apa kesan kerana tidak ada kereta dan tidak menggunakan tol. Tetapi mereka kena sedar walaupun tidak berkereta namun mereka membeli keperluan dapur dan barang makanan. Semuanya melalui jalan tol dan menggunakan petrol. Segala bebanan tol dan petrol akan ditanggung oleh pengguna. Kalau dulu kita boleh beli sayur sawi sekilo RM2.00 sekarang sudah meningkat kepada RM3.00 sekilo.

Saya mengharapkan supaya kerajaan kena menghapuskan tol dan hapuskan cukai jalan. Biarlah pendekatan yang hendak dibuat mesti menyeluruh bukan pendekatan serpihan.

Laporan Utusan Online 28 Mei 2008 menyatakan bahawa PLUS untung RM384 juta utuk suku tahun pertama (Januari-Mac 2008) sedangkan dalam tempoh yang sama tahun 2007 ia hanya untung RM265.870 juta. Setiap tahun syarikat konsesi lebuhraya buat duit, tapi perjalanan kadang-kadang terpaksa lambat juga terutama waktu perayaan dan ketika membayar tol.

Walaupun jalan sesak, PLUS tidak pernah menunaikan tanggung jawab sosial dengan memberikan diskaun kepada pengguna. Apa yang berlaku saban tahun tol akan naik dan tidak pernah turun macam umur manusia yang tidak pernah turun.

Rasional cukai jalan dihapuskan adalah supaya mereka yang menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja dengan meninggalkan kereta di rumah tidak perlu membayar cukai jalan. Sekarang walaupun menggunakan pengangkutan awam, mereka tetap dikenakan cukai jalan sama ada kereta mereka dipandu atau tidak. Kebanyakan keluarga yang berada di negara ini yang mempunyai pendapatan yang tetap memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.

Pengusaha bas juga sudah menuntut tambang dinaikkan sehingga 100 peratus. Rakyat negara ini pastinya tertekan kerana memikirkan taraf hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Jika pemimpin pada hari ini tidak boleh memikirkan kebaikan untuk rakyat, sila turun dengan cara terhormat. Beri peluang kepada Pakatan Rakyat pula untuk memimpin negara.

Ya Allah! Selamatkan negara dari pemimpin yang rakus dan mengkhianat amanah rakyat. - tajdid

Nota: Ustaz Idris Ahmad ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat

Read More...

Minyak: Komponen BN juga berang

Malaysiakini

Jun 6, 08 9:10pm

Presiden Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Yong Teck Lee mengecam tindakan kerajaan menaikkan secara mendadak harga minyak seperti diumumkan kelmarin.

Sapp, sebuah parti komponen BN, memberi amaran kepada perdana menteri tentang ketegangan besar BN, manakala Pemudanya mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kabinetnya meletakkan jawatan.

Yong, bekas ketua menteri, berkata keputusan kerajaan yang terburu-buru meningkatkan harga minyak boleh memburukkan lagi masalah yang dihadapi BN.

Beliau juga mempertikaikan perdana menteri sama ada beliau sudah mengkaji segala akibat kenaikan harga minyak.

“Jika kerajaan hilang kepercayaan rakyat, maka ia lebih payah untuk mentadbir,” katanya.

Abdullah mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen – dari RM1.92 seliter ke RM2.70. Harga diesel pula meningkat sebanyak 63.3 peratus – dari RM1.58 seliter ke RM2.58.

Kenaikan harga ini dilakukan kerana mahu mengurangkan subsidi minyak yang naik mendadak yang dikatakan sebanyak RM56 billion tahun ini.

Yong juga berkata, wakil rakyat dan kakitangan awam kemungkinan akan merasai lebih tekanan daripada orang ramai agar “berbuat sesuatu” bagi mengurangkan tanggungan ekonomi mereka.

Tambahnya, kenaikan harga minyak dibuat sejurus selepas kenaikan harga beras dan beberapa jenis makanan asas.

“Bagi seseorang yang berpendapatan mencukupi setiap bulan, kenaikan ini menjadi tamparan hebat kerana terpaksa membayar lebih di stesen minyak dan ketika membeli barang dapur,” kata Yong lagi.

Katanya, golongan berpendapatan sederhana dengan gaji antara RM4,000 hingga RM5,000 akan mengalami kesan inflasi akibat kenaikan harga minyak.

Sehubungan itu, Yong meragui kesan positif rebet RM625 untuk pemilik kenderaan dan RM125 bagi pengguna motosikal kerana wujud jurang antara masa wang dihabiskan untuk minyak dengan masa subsidi itu diperolehi.

Yong menambah, orang ramai akan terus bertanya sebab Malaysia sebagai pengeluar bersih petroleum hingga 2014 turut mengalami dampak negatif susulan peningkatan harga minya dunia.

“Orang biasa bingung mengapa mereka terpaksa menanggung beban padahal Petronas mendapat untung yang banyak,” katanya.

Ketua Pemuda Sapp, Au Kam Wah, lebih berterus-terang dengan mendesak pemimpin yang “gagal melindungi kepentingan rakyat” agar melepaskan jawatan.

Dalam kenyataannya dari Kota Kinabalu, beliau berkata pemimpin-pemimpin ini harus membenarkan orang lain yang lebih berkebolehan mengambil alih pucuk kepimpinan.

Wakil rakyat kawasan Elopura itu turut berkata, kerajaan telah mungkir janji untuk tidak menaikkan harga minyak dalam tahun ini seperti jaminan BN pada pilihanraya lepas.

Jaminan seumpamanya, tambahnya, juga diulang oleh menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad.

Katanya, pendirian kerajaan seumpama inilah yang menyebabkan mahu atau tidak rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan.

Beliau juga berhujah, langkah menaikkan harga minyak benar-benar bertentangan dengan janji BN untuk memberikan “keselamatan, keamanan dan kemakmuran” dalam menisfesto pilihanraya ke-12.

“(Langkah) ini mencipta tanggapan buruk kepada rakyat bahawa kerajaan bertindak berlawanan dengan kenyataannya sendiri,” katanya.

Beliau juga bimbang, kenaikan mendadak ini akan mencetuskan “tsunami ekonomi” yang akan membebankan masyarakat.

“Rakyat tidak boleh menerima alasan kerajaan bahawa kenaikan terbaru harga minyak demi memberi subsidi makanan dan barang lain.

“Kenaikan harga minyak hanya menyebabkan harga barangan meningkat dan rebet yang diberikan oleh kerajaan tidak signifikan berbanding kos tambahan yang ditanggung oleh rakyat, akibat kenaikan harga minyak,” katanya.

Desakan yang sama disuarakan oleh ahli parlimen DAP Dr Hiew King Cheu yang meminta seluruh anggota kabinet meletakkan jawatan kerana gagal menguruskan kekayaan dan sumbr negara dengan berhemah.

“Lebih baik jika mereka (anggota kabinet) berundur sekarang dan membenarkan Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan untuk menyelamatkan negara ini daripada musnah,” katanya.

Dalam kenyataannya dari Kota Kinabalu semalam, beliau juga menganggap 40 peratus kenaikan harga petrol dan 60 peratus harga diesel sebagai “tidak berasas dan tidak boleh diterima” kerana Malaysia negara pengeksport minyak.

Beliau juga mempersoalkan jika ada sesuatu yang sengaja disorokkan oleh kerajaan mengenai jualan minyak mentah negara.

“Adakah benar minyak mentah negara dijual pada ‘harga tetap’ tanpa membenarkan naik turun harga untuk beberapa tahun?” katanya.

Tambahnya, jika kebimbangannya itu benar berlaku, ia tidak adil kepada rakyat Sabah apabila negeri itu penyumbang utama eksport minyak mentah negara.

Beliau juga menganggap rebet RM625 sebagai “bahan jenaka”.

“Sekurang-kurangnya 10 juta kenderaan di Malaysia yang berhak mendapat rebet minyak. Ia bermakna kerajaan terpaksa membayar sekurang-kurangnya RM6 bilion setahun.

“Kenapa tidak gunakan jumlah ini untuk mensubsidi minyak? Keseluruhan cadangan ini tidak amali dan tidak masuk akal,” jelasnya.

Read More...

Yang Di-pertuan Agong Berkenan Saksikan Istiadat Mengarak Panji-panji

Bernama


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memberi tabik hormat kepada anggota-anggota tentera di Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto:Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pagi ini berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka di sini.

Istiadat sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong itu diadakan sebagai sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir menyaksikan istiadat itu.

Keberangkatan tiba pasangan diraja di Dataran Merdeka tepat pukul 8 pagi disambut dengan lagu Negaraku serentak dengan tembakan meriam 21 das.

Seri Paduka kemudian menaiki pentas khas untuk menerima tabik hormat pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Pada masa yang sama, lima pesawat helikopter milik ATM yang masing-masing membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang di ruang udara Dataran Merdeka untuk upacara lintas hormat.

Tuanku Mizan Zainal Abidin, dengan diiringi Panglima ATM Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, kemudian berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Istiadat mengarak Panji-panji Yang di-Pertuan Agong menyusul kemudian dengan penuh istiadat ketenteraan, dalam tempo kawad perlahan dan tempo kawad cepat.

Laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan bergema di Dataran Merdeka pada penghujung istiadat mengarak panji-panji itu.

Tuanku Mizan Zainal Abidin kemudian sekali lagi menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan dan lintas hormat oleh kelima-lima pesawat ATM itu.

Iringan muzik lagu-lagu patriotik yang dimainkan Pancaragam Pusat ATM oleh anggota daripada TDM, TLDM dan TUDM, sepanjang istiadat itu berlangsung, menyerikan lagi majlis penuh warna-warni itu.

Panji-Panji adalah simbol semangat dan tradisi serta lambang kemuliaan setiap warga pasukan dan mesti dipertahankan daripada jatuh ke tangan musuh.

Sebagai tanda penghormatan kepada sesebuah pasukan, nama peperangan yang mana pasukan itu terlibat akan disulam di atas panji-panji berkenaan dan dikenali sebagai Penghormatan Perang.

-- BERNAMA

Read More...

Hampir 2/3 gaji sebahagian rakyat dibelanja untuk petrol

Harakahdaily

Adnan Ibrahim

Fri | Jun 06, 08 | 2:08:53 pm MYT

Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Gaya hidup apakah lagi yang perlu diubah oleh rakyat setelah dinasihatkan pemimpin kerajaan supaya berjimat cermat dengan kenaikan harga minyak dua tahun lalu dan kenaikan harga beras, tepung dan barang keperluan lain?

Rakyat sudah mengambil langkah berjimat dan kini sebahagian subsidi petroleum dikorbankan untuk kononnya membantu kerajaan membangunkan negara.

Soalnya, apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh merobah gaya hidup, para pemimpin terus hidup senang-lenang. Di mana slogan "Kepimpinan Melalui Teladan"?

Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar pandangan bahawa harga minyak tinggi kerana ia diapung mengikut pasaran semasa. Taktik yang sama juga digunakan bekas Menteri Keja Raya yang menjaga tol, Dato' Seri S Samy Vellu.

Shahril juga membayangkan minyak akan naik pada Ogos ini. Tiba-tiba esoknya Abdullah umumkan kenaikan harga petrol kepada RM2.70. Mungkin itu juga mendorong rakyat menganggap kerajaan menipu dalam program isu semasa RTM1.

Dalam rancangan Hujah yang disiar televisyen swasta baru-baru ini, rakyat diingatkan agar tidak lagi bergantung kepada tongkat (subsidi). Maksudnya, subsidi minyak kena dihapus. Siapa mereka yang beriya-riya hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu ke atas sebulan.

Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.

Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.

Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?

Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.

Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel di bawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?

Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.

Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Kenapa kerajaan BN langsung tidak ada pertimbangan terhadap rakyat mereka? Rakyat ingin berteduh dan merasai nikmat kesenangan di bawah naungan pemimpin sebaliknya ditindas dan hidup dalam kesusahan.

Kerajaan tidak ada program berkesan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pengangguran tidak dapat dibasmi. Tiba-tiba rakyat dibebankan lagi dengan harga minyak yang cukup tinggi. Seolah-olah rakyat Malaysia tinggal dalam negara bukan pengeluar minyak.

Kata para ulama: "Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin."

Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan.

Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali pernah menimbulkan masalah jurang pendapatan golongan kaya dengan orang miskin yang semakin melebar di bawah kekuasaan BN.

Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.

"Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala," kata Dikri Diraja.

Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara?

Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?

Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kerana beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang penyata kewangannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.

Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most Sustainable And Ethical Companies'.

Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%.- tajdid

Read More...

4 langkah atasi beban - Pak Lah

Berita Harian



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Kerajaan prihatin bantu rakyat harungi tempoh sukar: Abdullah

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan butiran mengenai empat langkah segera awal minggu depan untuk meringankan beban pengguna berikutan kenaikan mendadak harga minyak dan tarif elektrik, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, empat langkah itu membabitkan tindakan penjimatan kos oleh jabatan dan agensi kerajaan, memperluaskan jaringan jaminan sosial bagi rakyat berpendapatan rendah dan golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal serta orang kurang upaya, menambah senarai bahan kawalan untuk mengekalkan harga rendah dan meningkatkan jumlah pengangkutan awam seperti bas. Dalam pertemuan dengan editor kanan di sini semalam, Abdullah berkata, kerajaan amat prihatin dengan beban yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik.

Beliau berkata, menaikkan harga minyak dan tarif elektrik bukanlah suatu tindakan yang digemari kerajaan tetapi ia terpaksa dilakukan sekarang bagi faedah jangka panjang negara dan generasi akan datang.

Abdullah berkata, pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk memperincikan perkara itu akan bertugas sepanjang hujung minggu ini untuk membolehkan langkah berkenaan diumumkan awal minggu depan.

Sambil menghuraikan langkah itu, beliau berkata, tindakan penjimatan kerajaan itu termasuk mengurangkan kunjungan ke luar negara dan jumlah pegawai yang terbabit.

Beliau berkata, wang daripada langkah penjimatan di jabatan dan agensi kerajaan akan digunakan untuk perkara lain yang boleh memanfaatkan rakyat.

Mengenai langkah memperluas jaminan jaringan sosial, beliau berkata, ini bermakna memperbesar ambangnya untuk meliputi lebih ramai rakyat dalam golongan berpendapatan rendah dan kumpulan kurang bernasib baik.

Perdana Menteri memberi contoh, jika kini sejumlah kanak-kanak sekolah sudah mendapat pakaian sekolah dan makanan percuma, tetapi pembesaran itu akan bermakna lebih ramai lagi yang boleh mendapat keistimewaan yang sama.

Abdullah berkata, kerajaan sedar akan kemungkinan harga makanan turut meningkat berikutan kenaikan harga bahan api dan elektrik, maka bilangan barang perlu dalam senarai harga kawalan akan diperbesar untuk mengekalkan harga rendah.

Langkah itu akan memastikan rakyat tidak dibebani dengan harga makanan yang mahal, katanya.

Perdana Menteri berkata, terdapat bidang lain yang sedang dikaji kerajaan bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat.

Beliau turut mengumumkan penubuhan Majlis Inflasi Negara yang dianggotai wakil kerajaan dan sektor swasta. Ia akan mengadakan mesyuarat pertamanya Isnin ini.

Abdullah berkata, langkah baru itu bertujuan mengurangkan impak negatif terhadap golongan berpendapatan rendah kerana kerajaan sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat.

Beliau yakin kerajaan akan berupaya membantu rakyat mengharungi tempoh sukar ini seperti yang berjaya dilakukan ketika kemelesetan ekonomi pada pertengahan 1980an dan krisis kewangan pada 1997.

Katanya, jika kerajaan tidak mengurangkan subsidi minyak, bermakna kerajaan akan terpaksa membelanjakan kira-kira RM28 bilion tahun ini.

Ini adalah langkah kurang bijak jika seseorang itu mengambil kira pendapatan tahunannya kira-kira RM154 bilion, katanya.

Abdullah berkata, kerajaan berjaya dalam mengurangkan defisit belanjawan kepada 3.2 peratus daripada 5.5 peratus pada 2000 tetapi jika ia terus memberi subsidi minyak, maka belanjawan defisit akan meningkat antara 6.0 dan 10 peratus.

Dengan mempunyai bajet defisit yang begitu tinggi akan memberikan impak negatif terhadap penarafan kedaulatan Malaysia walaupun kerajaan tidak sering ke pasaran wang untuk meminjam, katanya.

Bagaimanapun, penurunan rating oleh agensi penarafan akan memberi impak tidak langsung terhadap pinjaman yang dilakukan syarikat Malaysia dan ini bermakna mereka perlu membayar lebih.

Menyentuh saranan sesetengah pihak supaya kerajaan menggunakan dananya untuk memantapkan ekonomi kini, Abdullah berkata, ia bukan suatu tindakan yang wajar dilakukan sekarang.

Katanya, jika berlaku krisis besar ekonomi global atau kemelesetan dan Malaysia telah menggunakan sebahagian besar dananya hanya untuk memberi subsidi minyak, maka akan dilihat negara telah kehabisan modal atau usaha.

Abdullah berkata, dana hanya patut digunakan untuk tujuan memantapkan bagi merangsangkan ekonomi jika berlaku kemelesetan global.

Beliau berkata, sebelum ini ketika kerajaan memberikan subsidi yang besar harga minyak, ramai yang bukan dalam golongan sasarannya seperti rakyat asing, mengambil kesempatan menipu dan penyeludup meraih keuntungan yang lebih daripada skim subsidi itu. - BERNAMA

Read More...

Syabas diarah potong RM11.40 dari bil

Malaysiakini

Jun 7, 08 12:50pm

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah diarahkan menolak RM11.40 dari bil pengguna individu mulai bulan ini - iaitu nilai 20 meter padu bekalan air percuma yang dijanjikan kepada rakyat Selangor.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa bekalan 20 meter padu air percuma berjalan seperti dirancang.

khalid ibrahim selangor waterKatanya, kerajaan Selangor telah mengarahkan Syabas berbuat demikian mulai bulan ini, demikian menurut laporan Bernama.

Khalid berkata, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) telah mengeluarkan surat kepada Syabas semalam, mengarahkan syarikat tersebut melaksanakan pemotongan harga air itu.

"Pengguna tidak perlu ragu atau bimbang tidak akan dapat air percuma kerana kerajaan jamin ia akan diberi," katanya.

Mulai 1 Jun,1.5 juta pengguna individu di Selangor akan menerima air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan atau bersamaan RM11.40 sebagai memenuhi satu daripada janji dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya umum lalu.

Syabas, dalam satu kenyataan media kelmarin, menyatakan akan mengeluarkan bil air kepada pengguna di Selangor seperti biasa tanpa sebarang penurunan atau potongan subsidi sehingga ada arahan bertulis daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Read More...

MB Selangor jamin air percuma tetap, Syabas tiada reaksi

Mstar Online

06-06-2008 09:28:46 PM

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan kepada rakyat negeri itu bahawa mereka akan menikmati 20 meter padu air secara percuma akhir bulan ini.

Bagaimanapun jurucakap Syabas yang dihubungi sehingga lewat malam ini tidak memberikan sebarang reaksi mengenai kenyataan kerajaan negeri.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim isu berkenaan akan selesai hari ini.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah memaklumkan pejabatnya hari ini bahawa segala dokumen berkaitan berhubung urusan bekalan air percuma telah dihantar kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

"KDEB memaklumkan kepada Pejabat Menteri Besar surat dan dokumen yang mengarahkan Syabas berhubung pembekalan air percuma kepada pengguna domestik di negeri ini telah pun dikeluarkan.

“Justeru, pengguna akan berpeluang menikmati bekalan air percuma pada penghujung bulan ini,” kata beliau dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, rebet bagi 20 meter padu boleh dilihat pada bil air bulan Jun yang akan mula dikeluarkan mulai hujung bulan ini.

Difahamkan kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan arahan tersebut menerusi KDEB memandangkan ia memiliki 30 peratus pegangan dalam Syabas menerusi sayap pelaburan, bukannya secara langsung.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan menyatakan bahawa Syabas akan mengeluarkan bil air kepada para pengguna di Selangor seperti biasa tanpa ada sebarang penurunan atau potongan subsidi akhir bulan ini.

Kata beliau, Syabas akan terus mengeluarkan bil seperti biasa sehingga pihaknya menerima sebarang arahan bertulis daripada kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan atau mana-mana agensi di bawah kerajaan negeri bagi membayar kos untuk 20 meter padu air.

Khalid berkata, kerajaan negeri berharap bekalan air percuma akan membantu mengurangkan bebaban rakyat yang terpaksa akur dengan keputusan kerajaan Persekutuan menaikan harga petrol sebanyak 78 sen.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |