+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, March 28, 2008

Bekalan Air 20 Meter Padu Percuma Bermula 1 Jun Di Selangor

Bernama

SHAH ALAM, 28 Mac (Bernama) -- Kerajaan Selangor akan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada semua pengguna di kediaman yang menggunakan meter individu bermula 1 Jun depan, demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar di sini, Jumaat.


Kenyataan itu menyebut, kerajaan Selangor juga telah menjalankan kajian berhubung mekanisme bagi melaksanakan dasar berkenaan demi menjaga kepentingan kerajaan negeri sendiri, alam sekitar dan orang ramai.

Menurut kenyataan itu, dasar tersebut bertujuan meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun rakyat masih perlu mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta bertanggungjawab bagi mengelak pembaziran agar sumber air negeri Selangor dapat dipelihara dalam jangka masa yang panjang.

Pada masa yang sama, kerajaan Selangor juga akan memperkenalkan langkah mempelbagaikan sumber bekalan air secara menyeluruh dalam masa terdekat.

Bekalan air percuma itu merupakan antara janji dalam manifesto pakatan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP pada pilihan raya umum lepas.

-- BERNAMA

orangkita kata :
Alhamdulillah....tahniah buat kerajaan Selangor kerana mengutamakan kebajikan rakyat dengan memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu bermula Jun ini. Insyaallah, jika tiada aral melintang dan diizinkan Allah, rakyat Selangor buat pertama kalinya akan merasa air paip percuma sebanyak 20 meter padu. Memang tidak dinafikan setiap benda yang kita lakukan itu ada pro dan kontranya. Saya ada terbaca di akhbar arus perdana yang menyiarkan sms dari rakyat selangor sendiri yang tidak setuju dengan pemberian air percuma ini kerana ia menggalakkan pembaziran oleh rakyat sendiri. Menurutnya kerajaan Selangor sepatutnya memberi kadar minima yang perlu dibayar jika penggunaan air di bawah 20 meter padu.

Pada hemat saya, pengirim sms itu mungkin betul dan mungkin juga tidak. Pembaziran air berlaku bukan disebabkan oleh air diberikan percuma, tetapi ia adalah sikap yang sememangnya menjadi penyakit dalam masyarakat kita sebenarnya. Ini dapat diatasi dengan memberi peringatan samada dalam bentuk iklan yang berulang kali dan juga perlu disemaikan di dalam diri masing-masing bahawa pembaziran adalah satu pengkhianatan kepada diri sendiri dan masyarakat. Apa yang penting di sini, kerajaan BR di Selangor menepati janji di dalam manifesto mereka dan seluruh negara masih menunggu apa lagi dasar yang baik dan bermanfaat untuk rakyat yang akan dilaksanakan di Selangor.

Tahniah sekali lagi buat Barisan Rakyat Selangor. Ingat!!!jauhkan dari amalan birokrasi yang melampau, rasuah, kronisme dan amalan-amalan negatif yang diamalkan oleh pemimpin Barisan Nasional yang terdahulu. Anda semua diperhatikan!!!!!!

"masih teringat lagi kerajaan BN Terengganu mengadakan semula cukai pintu yang telah ditiadakan oleh kerajaan PAS selepas mereka menang secara 'terpimpin' pada tahun 2004 dahulu....kejam..kejam...kata duit ehsan banyak, tapi masih tagih lagi duit rakyat yang kedua miskin ni....hampeh!!!"



Read More...

Bayangan kejatuhan kerajaan BN makin hampir - Nik Aziz

Harakahdaily

Salmah Mat Husain Fri Mar 28, 08 4:17:47 pm MYT


KOTA BHARU, 28 Mac (Hrkh) - Bayangan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah menampakkan riaknya berdasar kepada banyak konflik yang gagal diselesaikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. -->-->
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS dan KeADILan dalam gabungan Barisan Alternatif (BA) serta DAP akan menjadi parti pilihan kepada rakyat.
"Kerajaan BN yang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun ternyata gagal membela nasib rakyat. Dan rakyat mulai sedar apa yang berlaku sekarang.
"Keadaan itu disokong pula kejayaan PAS mentadbir Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu. Kita mengutamakan ehsan dan kebajikan rakyat," katanya di sini, baru-baru ini.
Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu, BA dan DAP memenangi 82 kerusi parlimen manakala BN mendapat 140. Hasil keputusan itu menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen.
Kerajaan BN juga tidak lagi dapat meminda rang undang-undang yang melibatkan perkara-perkara pokok berkaitan perlembagaan.
Keadaan tambah bercelaru apabila dua pemimpin Umno menolak tawaran jawatan timbalan menteri iaitu Dato' Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Anifah Aman.
Manakala dua hari lalu Iimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Abdul Ghaffur Salleh juga meletak jawatan.
Dan tidak dapat ditolak lagi kemungkinan besar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok meletak jawatan selepas ini.
Manakala ada pihak pula mendakwa sekurang-kurang 30 anggota parlimen BN dikatakan bersedia meninggalkan parti itu dan menyertai pembangkang dalam masa terdekat ini.
Dan apabila teori itu menjadi kenyataan ia bermakna jumlah anggota BN akan susut daripada 140 sekarang kepada 110 dan pembangkang pula meningkat daripada 82 kepada 112.
Berdasar kepada kemungkinan itu bermakna pembangkang yang sedang diperkukuhkan di atas nama BA mampu membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perjuangan Islam tidak ada dalam kamus Umno sehingga mereka melakukan apa sahaja tanpa batasan agama.
Menurutnya Umno tidak mengajar penyokong dan rakyatnya mentaati Allah dan Rasulullah saw sebagaimana yang dilakukan pemimpin PAS.
"Kerana itu amat wajar rakyat tidak mengekalkan kuasa penuh kepada Umno," ujarnya. - mj/ mr

Read More...

Saya sedia dicabar, kata Pak Lah

Malaysiakini

Mar 27, 08 8:02pm

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia dicabar untuk jawatan tersebut dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 16-20 Disember.

"Saya terpaksa menghadapinya... saya tidak boleh lari (daripada berdepan dengan cabaran)," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi petang tadi.

Pemilihan Umno yang dijadual November tahun lalu, ditangguhkan untuk menghadapi pilihanraya umum 8 Mac.

abdullah supreme council 02Perlembagaan parti itu membenarkan penangguhan pemilihan parti dibuat selama 18 bulan, sehingga pertengahan tahun depan.

Menurut Abdullah, pemilihan di peringkat cawangan akan bermula pada 17 Julai, dan bahagian pada

Sebelum ini kalangan pemimpin Umno berbelah-bagi berhubung cadangan supaya pemilihan parti ditunda sehingga tahun depan.

Bagaimanapun, jawatankuasa pengurusan parti yang bermesyuarat malam tadi berpendapat bahawa pemilihan wajar diadakan tahun ini juga.

Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telahpun mengumumkan hasratnya untuk mencabar jawatan presiden dalam pemilihan kali ini.

Perlu pencalonan

Bagaimanapun, menurut perlembagaan parti, beliau perlu mendapatkan pencalonan daripada 30 peratus bahagian Umno untuk layak bertanding jawatan presiden.

muhyiddin supreme council 02Tengku Razaleigh gagal mencabar Abdullah dalam pemilihan 2004 kerana hanya mendapat satu pencalonan dari bahagiannya di Gua Musang.

Tengku Razaleigh juga telah menulis surat kepada kesemua bahagian Umno di seluruh negara, menggesa mereka membuat usul supaya diadakan perhimpunan agung tergempar (EGM) bagi membincangkan masa depan Umno dan orang Melayu ekoran kekalahan teruk BN, khususnya Umno, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Dalam pilihanraya umum itu, BN memenangi 140 kerusi parlimen dan gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN juga kehilangan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - ke tangan pembangkang, manakala PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Umno pula kehilangan 31 kerusi parlimen apabila hanya memenangi 78 daripada 109 kerusi yang dimenangi parti itu pada 2004.

Bagaimanapun, menurut Abdullah, isu EGM tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat MT hari ini.


orangkita kata :
teringat kata-kata PakLah tentang perhimpunan BERSIH....."saya pantang dicabar....."macam best sangat!!!!haprak adalah......hehehe...


Read More...

Kronologi krisis 19 hari Idris-istana

Malaysiakini
Mar 27, 08 11:07pm


Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac, krisis pelantikan menteri besar Terengganu berakhir di meja mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Tarikh penting krisis menteri besar Terengganu

9 Mac - Menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, yang cuba menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, gagal menemui baginda sehingga tengah malam.

Beliau ingin menghadap untuk menyerahkan senarai ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri selepas BN kembali memerintah negeri itu - 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

10 Mac - Majlis angkat sumpah menteri besar (Idris) di Istana Maziah, Kuala Terengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

11 Mac - Idris, wakil Jertih dan juga pengerusi BN negeri, kelihatan sugul dan tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

12 Mac - Nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris.

Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan.

Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris.

14 Mac - Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua 24 wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

15 Mac - Pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi.

Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan menteri besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris.

Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu.

18 Mac - Idris menyeru penduduk Terengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.

19 Mac - Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar.

Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan fungsi sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.

Tan Sri Abdul Gani Patail menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan tersebut dan menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan sepenuhnya pada MPPR.


20 Mac - Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar di Jalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.

21 Mac - Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan.

Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.

22 Mac - Pejabat Sultan Terengganu mengumumkan pelantikan Ahmad sebagai menteri besar dan majlis angkat sumpah dijadual pagi esoknya.

Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengisytiharkan untuk memulau majlis tersebut.

Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.

Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.

23 Mac - Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR.

Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.

Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad.

Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya.

Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.

Malam ini di Kuala Lumpur, semua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB.

Rosol, di sidang media itu, menafikan kenyataan timbalan ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua ketua bahagian menolak Idris.

Hanya bahagian-bahagian Hulu Terengganu (diketuai Tengku Putera), Marang, Dungun dan Kemaman (diketuai Ahmad) menolak Idris (ketua bahagian Besut); manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menyokongnya.

Peguam Negara menasihatkan Pemangku Raja Terengganu dan MPPR agar melantik seseorang yang mendapat dukungan majoriti wakil rakyat seperti termaktub peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau memohon menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang juga Sultan Terengganu, untuk menjelaskan fakta-fakta dalam isu tersebut.

24 Mac - Ahmad disambut meriah di kawasannya Kemaman, diarak dengan konvoi kenderaan sejauh 10 kilometer dari sempadan Pahang ke rumahnya di Teluk Kalong petang ini.

Ahmad bertegas akan ke pejabat menteri besar untuk memulakan tugas di Wisma Darul Iman esok.

Sebelah tengah hari, Ahmad menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

PAS menyatakan sokongan kepada pelantikan Ahmad seperti telah diperkenan oleh MPPR.

PKR membuat aduan polis di Kuala Terengganu, mendakwa perdana menteri, timbalan perdana menteri serta 23 wakil rakyat BN "bersikap biadap dan menderhaka" kepada Sultan Terengganu.

25 Mac - Ahmad tiba di Wisma Darul Iman sebelum jam 8 pagi, solat hajat dan masuk ke pejabat lamanya sewaktu menjadi exco penggal lalu.

Idris melahirkan kesediaan memohon keampunan daripada Sultan Terengganu atas segala kesilapan yang telah menimbulkan kemurkaan baginda.

Pemuda PAS menggesa polis menyiasat kain rentang "Kami nak Idris, natang" didakwanya menghina institusi raja.

Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis berhubung kain rentang itu dan kenyataan beberapa pemimpin Umno negeri dalam Berita Minggu dua hari sebelumnya.

26 Mac - Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, antara membincangkan krisis pelantikan menteri besar Terengganu.

Idris bertemu Abdullah di pejabatnya di Putrajaya. Butiran kedua-dua pertemuan ini tidak didedahkan kepada umum. Spekulasi menyebut, Ahmad kekal sebagai menteri besar.

Rosol, bagi pihak kumpulan 22 wakil rakyat yang menyokong Idris, menggesa Abdullah agar "bersikap tegas" melantik bekas menteri besar itu.

Sekumpulan penduduk negeri itu membuat aduan polis berhubung kain rentang "Kami nak Idris, natang"

27 Mac - Majlis Tertinggi (MT) Umno sepenuhnya menyokong Ahmad, calon lantikan istana.

Persiapan sambutan besar-besaran di Terengganu menjelang keberangkatan pulang Tuanku Mizan pada Sabtu ini.

Polis membuka empat kertas siasatan daripada 26 aduan sepanjang krisis ini.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat kes seorang ahli politik kanan yang didakwa menyeleweng dalam beberapa projek di Kijal dan Chukai, Kemaman.

Read More...

POSTER hari ini.....Dimana aku mahu letak muka ini?

tranungkite

Dimana aku mahu letak muka ini?

Posted on Thursday, March 27 @ 23:23:56 MYT by SongkokPutih
Bahan Rencah Oleh Wartawan TKO

 Hari ini Mesyuarat MT UMNO telah memutuskan menerima Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Dalam meseyuarat tersebut Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh pun ada sama.

Saya tak nak ulas, hanya gambar ini sahaja boleh menceritakan segala-galanya. Tolong ambil letakkan dalam mana-mana blog agar anda mendapat jemputan khas oleh Sabri Check. Sebarkan.





Untuk download:
Saiz lebar 700 pixel ---> klik disini
Sais lebar 2840 pixel ----> klik disini


Read More...

Rakyat, NGO sokong Sultan Mizan tolak Idris Jusoh

Harakahdaily

Awang Harun | Foto Nasir Sudin

Thu | Mar 27, 08 | 2:54:59 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 27 Mac (Hrkh)- "Menang pun susah, kalah pun susah" - begitulah nasib yang terpaksa dihadapi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, kali ini.

Kemenangan BN Terengganu yang dicapai dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu turut mengundang krisis kepimpinan serta hilang keyakinan pihak istana terhadap bekas Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh.

ImageSenario itu bermula dengan pembatalan majlis angkat sumpah Menteri Besar (MB) serta ahli Exco Kerajaan Negeri pada 10 Mac 2008 lalu di Istana Maziah, dekat sini.

Pelbagai spekulasi timbul dan menjadi teka-teki di kalangan rakyat, apatah lagi diberitakan selain Idris terdapat beberapa nama lagi bakal dipertimbangkan ke jawatan MB.

Harakah difahamkan antara nama-nama calon MB ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Dato' Mohamed Awang Tera, Dato' Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu) dan Adun Kijal, Dato' Ahmad Said.

Mantan MB Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh yang tidak berpuas hati dengan penyingkirannya bertindak memanggil kesemua 23 wakil rakyat BN ke Hotel Primula Beach Resort untuk mendapatkan sokongan.

Surat sokongan tersebut bagi membuktikan bahawa semua Adun BN yang memenangi PRU ke-12 bersetuju melantik Idris sebagai MB bagi penggal kedua.

Namun begitu, hanya Dato' Ahmad Said yang gagal berbuat demikian (surat sokongan) dan sekaligus telah mengundang kemarahan para penyokong Idris.

Suatu kejutan berlaku apabila pada 23 Mac 2008 satu majlis penyerahan watikah diadakan dan disempurnakan oleh Yang DiPertua, Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja pada jam 8.20 pagi di Istana Tamu (Istana Al-Muktafibillah Shah) Jalan Persiaran Hakim, Batu Burok, dekat sini.

Pihak MPPR telah bersetuju melantik Dato' Ahmad Said, 51, yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman sebagai Menteri Besar dalam satu istiadat ringkas.

Hadir sama pada majlis pengistiharan tersebut ialah enam anggota Dewan Pemangku Raja; Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' Mokhtar Nong dan Ketua Polis Terengganu, Dato' Ayob Yaakob.

ImageHarakah sempat meninjau pandangan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat umum yang rata-ratanya menyatakan sokongan kepada keputusan MPPR melantik Menteri Besar baru.

Rata-rata mereka berpendapat perlantikan MB adalah hak istana yang tidak wajar dipertikaikan mana-mana pihak.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum Tionghua negeri, Ng Chai Hing menyifatkan perlantikan Ahmad Said sebagai calon MB Terengganu adalah hak MPPR.

Katanya, MPPR tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik dan ia bebas menilai prestasi mantan MB, Idris Jusoh sepanjang tempoh empat tahun lalu.

"Saya rasa itu hak istana yang diwakili MPPR untuk memilih siapa yang jadi Menteri Besar negeri ini dan persetujuan lantik Ahmad Said itu hak dia (MPPR)," ujarnya ketika ditemui Harakah.

Katanya, tindakan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN dan MCA membuat protes serta menentang keras keputusan MPPR sebagai tidak wajar.

Menurutnya, tidak manis untuk Adun-adun BN tersebut menderhaka seolah-olah pihak istana tidak ada hak memilih dan melantik MB.

"Saya cukup kecewa dan sangat tidak wajar mereka (Adun Umno dan MCA) marah, memprotes dan mengecam pihak istana.

"Kita (rakyat) patut terimalah keputusan itu dengan berlapang dada dan bersedia menerima keputusan MPPR demi kepentingan rakyat," ujarnya.

Presiden Lepasan Pelajar Institut Berakan (Sisbakti), Mohd Saiful Ambia Darusa, 37, menyifatkan tindakan Adun-adun BN memprotes keputusan MPPR boleh dianggap menderhaka.

Katanya, tindakan MPPR sebenarnya adalah gambaran hasrat rakyat umum yang sudah bosan serta tertekan di bawah kepimpinan mantan MB.

"Apa salah MPPR untuk lantik siapa sahaja yang dia (istana) perkenan dan kita (rakyat) usah jadi penderhaka dan orang yang menderhaka boleh diambil tindakan," ujarnya.

Menurutnya, Sisbakti yang mempunyai keahlian ramai di kalangan penjawat awam, swasta dan profesional menyokong penuh keputusan MPPR serta berdiri teguh di belakang Tuanku.

Seorang guru, Awang Embong, 52, menaganggap Umno Terengganu sebagai penderhaka terhadap institusi Raja-raja Melayu.

"Umno Terengganu sudah derhaka kepada Tuanku dan institusi Raja termasuk Majlis Penasihat Pemangku Raja dengan melakukan pelbagai tohmahan.

"Sikap biadap itu jelas ditulis pada kain rentang yang dipamerkan oleh penyokong Idris di Seri Iman kerana membantah perisytiharan Ahmad Said sebagai MB," jelasnya.

Menurutnya, antara kata-kata yang disifatkan menghina Tuanku dan pihak istana adalah seperti "Kami Nak Idris, Natang (Binatang)".

Pesara kerajaan, Sudin Awang, 56, kesal dengan tindakan biadap Umno Terengganu yang lebih mementingkan individu, kuasa dan pangkat.

Katanya, Idris mahu terus kekal berkuasa bagi mengumpul kekayaan untuk kroni, keluarga dan peribadi.

"Kami (rakyat) sudah tidak tahan lagi duduk bawah MB Idris Jusoh yang gagal membela nasib rakyat yang miskin.

"Masjid yang dibina oleh rakyat diroboh, tanah rakyat dirampas, bantuan disekat, pegawai kerajaan dipecat dan banyak lagi," ujarnya.

Menurutnya, rakyat di semua peringkat tetap menyokong serta berada di belakang Tuanku dan MPPR.- tajdid/ mr

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |