Tranungkite PAS hairan, macam mana buku dan majalah ini boleh masuk ke negara ini sedangkan selama ini Menteri MITI mengumumkan di Parlimen bahawa mereka langsung tidak berhubung dengan negara berkenaan. Berkali-kali ahli parlimen tanya tentang hubungan perdagangan Malaysia-Israel tetapi MITI menafikan di parlimen. Kehadiran rak khas untuk Israel ini membongkar kesangsian rakyat selama ini terhadap dasar Kerajaan yang pada tahun 1994 telah meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel. PAS juga difahamkan bahawa MITI secara rahsia sebenarnya membenarkan urusan import-eksport ke negara itu dan segala urusan hendaklah dibuat terus kepada Bahagian Kawalan Import Eksport yang mana setiap permohonan akan ditimbang oleh satu jawatankuasa khas. Perkara ini disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel dalam majalah Israel-Asia Trade terbitan bulan Mac 2006 dimana beliau begitu gembira dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad dan Menterinya Rafidah Aziz yang berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan Israel. Nampaknya hingga ke hari ini Kerajaan Malaysia yang dipimpin BN masih lagi bermain kayu tiga dengan Israel di belakang rakyat. Jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan APCO Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13. Dan Mukhriz pula diletakan di MITI sebagai Timbalan Menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel. Begitulah akrabnya pemimpin Umno-BN dengan organisasi Israel-Yahudi yang mendokong fahaman Zionis. PAS yakin, lebih banyak maklumat sulit mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel serta lawatan sulit pemimpin negara disembunyikan oleh Kerajaan. PAS mahukan jawapan kerajaan terhadap hubungan kayu tiga ini dan mengapa Malaysia beria-ria mahu mempromosikan perdagangan dengan Israel.
Oleh Ustaz Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang mempromosikan negara Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
PAS telah mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang telah menyediakan satu rak khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan negara Israel. Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan Industri Israel dalam negara.
Antara yang boleh ditemui diperputakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, Buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.
Ini bertentangan dengan dasar Kerajaan yang sebelum ini tidak mengiktiraf negara berkenaan. Malah dalam senarai garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada disebutkan bahawa sebarang iklan atau bahan dari negara Israel atau yang berkaitan adalah diharamkan dinegara ini termasuk dalam bentuk majalah atau buku.
Ketua Penerangan PAS Pusat
Friday, April 23, 2010
PAS Ada Bukti Kerajaan Malaysia Promosikan Israel Dalam Negara
0 comments Labels: Israel, tolak BN, tranungkite
Monday, April 19, 2010
Gambar Zaid Ibrahim Minum Arak? Superimpose?
Tranungkite gambar ini dikirimkan kepada gap oleh 'sumber dalaman pkr' . Tulisan poyang dalam forum TKO
Posted on Monday, April 19 @ 00:34:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
Oleh: Pemerhati
GAP telah menyiarkan gambar Zaid Ibrahim yang dikatakan peminu arak tegar. Namun gambar yang di siarkan hanyalah gambar Zaid Ibrahim bersama botol arak. Bukannya sedang meminum arak. Mungkin gambar yang meminum arak masih di simpan untuk dijadikan senjata terakhir.
Yang bermain diminda pemerhati, adakah ia sekadar gambar superimpose? Forum TKO ada pendedahannya...Kawan pikir ada baiknya dihentikan penyebaran gambar zaid yang dikatakan sedang pegang botol kerana gambar tersebut sah dipalsukan.
Gambar tersebut diambil daripada portal http://www.thenutgraph.com/man-of-a-hundred-contradictions dan gambar asal itu tidak ada pun Zaid memegang botol apa-apa.
Inilah gambar asal tersebut:
Kawan bukan penyokong Zaid tetapi perkara ini ternyata tidak tepat dan boleh masuk dalam bab fitnah kot....
0 comments Labels: Hulu Selangor, penjelasan isu, PRK, tranungkite
Tuesday, May 26, 2009
Rasionalkah Jambatan Ketiga Johor - Singapura
TKO
Oleh PAS Johor Bahru
PAS Johor Bahru menyambut baik sebarang projek pembangunan yang menguntungkan dan bermanfaat untuk rakyat, tetapi biarlah kewarasan akal fikiran diletakkan dihadapan dalam apa juga perbincangan dan perancangan dan pastinya kebijaksanaan adalah tuntutan agama.

Objektif cadangan pembinaan jambatan tersebut kata Dato Seri Najib ialah untuk memberikan kemudahan dan khidmat yang baik kepada rakyak dan dengan adanya jambatan tersebut akan memajukan lagi kawasan Desaru dan Pengerang yang masih ketinggalan dan sebenarnya berpotensi untuk dimajukan, tiada apa yang perlu disegerakan tetapi biarlah kajian terpeinci dilakukan dahulu kata Dato Seri Najib dalam kenyataan akhbar bersama Perdana Menteri Singapura.
0 comments Labels: Johor, tranungkite
Nizar pulangkan Camry
TKO Perkara berkenaan disahkan oleh Pegawai Khas beliau, Amran Harun yang turut menemani bekas Menteri Besar Perak itu memulangkan kereta dengan nombor pendaftaran AGS10 tersebut. Amran ketika dihubungi berkata, Mohammad Nizar mengambil keputusan untuk menyerahkan kereta itu sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Katanya, tindakan itu selaras dengan pendirian Mohammad Nizar sebelum ini yang bersedia mengembalikan kenderaan itu jika mahkamah memutuskan Zambry sebagai Menteri Besar Perak. ''Mohammad Nizar telah memulangkan kereta rasmi kerajaan negeri di Bangunan SUK pagi ini. Beliau dan pemandunya kemudian menaiki kereta peribadinya bersama saya," katanya. Mohammad Nizar sebelum ini sentiasa menggunakan kereta tersebut ke mana saja kerana menganggap beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah walaupun selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri. Beliau juga sentiasa bertegas untuk tidak memulangkan kereta rasmi kerajaan negeri itu selagi mahkamah tidak membuat keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Menurut Amran, pihaknya menyerahkan kunci kenderaan itu kepada pengawal di pondok keselamatan kerana pejabat kerajaan ditutup hari ini. Ditanya kenapa memulangkan kenderaan tersebut pada hari tidak bekerja, dia berkata, ia dibuat kerana kebetulan mereka dalam perjalanan untuk menghadiri Konvensyen Pas di Teluk Intan. ''Lagipun, kita menerima arahan untuk memulangkan kenderaan itu pada hari Jumaat selepas Mahkamah Rayuan mengeluarkan keputusannya," katanya. Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abd. Rahman Hashim ketika dihubungi turut mengesahkan Mohammad Nizar telah memulangkan kenderaan rasmi itu. ''Saya dimaklumkan oleh pegawai saya bahawa pembantu Mohammad Nizar telah menghantar kenderaan itu pagi ini. ''Saya juga telah minta pegawai saya hantar kenderaan itu ke bengkel untuk diselenggara dan pemeriksaan kerosakan," katanya
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
IPOH 24 Mei - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya akur bahawa beliau bukan Menteri Besar Perak apabila mengembalikan kereta rasmi kerajaan negeri yang digunakannya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pukul 8.10 pagi ini.
0 comments Labels: DSNJ, tranungkite
Wednesday, April 1, 2009
Korea Times pula menyindir DS Najib
Tranungkite
Oleh blalang
"Dulu akhbar France, sekarang akhbar Korea pula menyindir bakal PM, Tok Jib di bayangi oleh hantu Altantuya Dalam kartun yang diterbitkan di ruangan opinion dengan tajuk: Najib Razak and the Ghost of Altantuya
http://isuhangat.blogspot.com
Link : http://www.koreatimes.co.kr/www/news/opinon/2009/03/137_41954.html

OK - satu dunia sudah tau.....nilah bakal PM Malaysia ....rosak...rosak!!!
1 comments Labels: Altantuya, Media luar, najib razak, tranungkite
Monday, March 30, 2009
Gempar: 20 Minit Nizar imamkan Solat Maghrib dalam program Umno
TKO beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib. Selama ini, mereka hanya tahu baca Yaasin sahaja. Bila bagi ayat lain mereka sudah ketakutan. Nizar hanya nak terangkan maksud ayat bukan nak bagi ceramah Politik. Sebenarnya merekalah yang berpolitik, kerana terang-terang anjur majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sempena Pilihanraya. Selama ini, tak pernah pun nampak muka pemimpin besar Umno kat situ. Tak pasal-pasal bila Pilihanraya mereka datang buat program Baca Yaasin dan Solat Hajat. Eloklah baca Yaasin tu, moga dibukakan hati untuk terima kebenaran sebelum mati dan orang lain bacakan Yaasin untuk mereka pula. Herman-Harap-harap Imam Masjid Simpang tidak kena pecat pula kerana benarkan Nizar jadi Imam.
Oleh hermansamsudeen
"
Terkejut beruk! begitulah reaksi pemimpin Umno yang berkumpul untuk mengadakan program bacaan Yaasin dan solat hajat di Masjid Simpang semalam setelah melihat calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengimamkan solat Maghrib.
Mereka tak menyangka bahawa Nizar akan hadir dan bersolat disitu. Dalam kenyataannya beliau bersama mStar,
"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.
“Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu… ketika takzirah… jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam,” kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang pagi tadi.Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.“Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid… apa terjadi selepas itu saya tidak tahu,” katanya.
0 comments Labels: MB perak, pemimpin rakyat, tranungkite
Thursday, March 26, 2009
Blog Tok Guru dilancarkan.
Tranungkite Pelancaran di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan Jam 3:00 petang (sekarang ini) JOM KE BLOG TOK GURU! PS: Dijangka dapat menyaingi blog che det nih! http://atoqa.wordpress.com/2009/03/26/blog-tok-guru-dibuka-hari-ini/
Dilulus terbit pada Thursday, March 26 @ 19:00:30 MYT oleh TokPenghulu
Oleh IzalPutra
"
Pendapat dan buah fikiran daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ditulis dalam blog tok guru yang hari ini dilancarkan dan sudah berada di page rank no 1 di google bagi keyword blog tok guruMajlis pelancaran blog tok guru dijalankan serentak dengan pelancaran khidmat wi-fi A’ptus Net yang merupakan anak syarikat kepada PKINK atau juga dikenali sbg SEDC.
0 comments Labels: bloggers united, TGNA, tranungkite
Sunday, March 8, 2009
Album Demo Bantah PPSMI (070309)
Tranungkite
Dilulus terbit pada Saturday, March 07 @ 19:16:54 MYT oleh TokPenghulu
Oleh izali
"
Gambar menarik sekitar himpunan 100 di dalam.
0 comments Labels: bahasa melayu, gambar, perhimpunan rakyat, tranungkite




































