+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 1, 2009

Chua: BN sukar hadapi jentera Nizar

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Apr 1, 09 6:12pm

Calon BN Ismail Saffian kelihatan berada dalam keadaan sukar berdepan lawannya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - jika maklum balas jentera Umno dan MCA ini tepat.

Pada hari keempat berkempen di parlimen Bukit Gantang, seorang pemimpin kanan MCA kecewa calon itu bersama pekerja kempen BN tidak setanding petugas Pakatan Rakyat.

Dalam lawatannya ke kampung baru Cina di Simpang dekat Taiping semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata BN tidak membawa banyak bahan kempen ketika bertemu pengundi.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209BN juga tidak menjawab serangan pembangkang secara bertulis terhadap kerajaan BN Perak dan kerajaan persekutuan.

"Dalam hubungan ini, kumpulan Pakatan Rakyat buat kerja dengan lebih baik, setidak-tidaknya bahan kempen mereka, yang ditujukan untuk mengkritik kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan," kata Dr Chua di blognya petang ini.

"Namun begitu, BN tidak berbuat secukupnya untuk menangkis banyak tohmahan (Pakatan) ini dalam bentuk tulisan. Lama-kelamaan, sebahagian tuduhan ini akan kelihatan benar."

Beliau mencadangkan BN meningkatkan mutu bahan kempennya.

"Kita jangan lupa Pakatan selepas kemenangannya (tahun lalu) berada dalam keadaan penuh bersemangat. Ia mempunyai anggota yang lebih beriltizam dan banyak sumber bagi menggerakan perang kempen ini," coret Dr Chua lagi.

"Daripada kain rentang, bendera parti, baju T dan lencana, jelas sekali hari ini Pakatan telah memiliki sumber-sumber setanding BN.

"Di Bukit Gantang, BN sedang bergelut dengan tugas berat (untuk menang)."

Sementara ADUN Umno Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi pula menyifatkan calon BN itu menghadapi cabaran besar meyakinkan pengundi Melayu di Trong, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang.

"Sudah tentu kita (BN) ada kawasan hitam kita, macam di kawasan Trong, yang pengundi Melayunya yang kelabu-hitam," katanya ketika ditemui Malaysiakini sewaktu berkempen hari ini di Taman Paloh bawah DUN Changkat Jering.

"Juga kawasan Kuala Sepetang apabila pengundi bukan Melayu tidak begitu bersama-sama kami. Tetapi kita lihat gerakan daripada MCA, Gerakan sendiri cukup memberi kita harapan untuk mendapat sokongan pengundi bukan Melayu."

bukit gantang adun tualang sekah nolee ashilin mohd radzi 010409 02[Penandaan warna ini dibuat oleh parti-parti politik untuk menentukan aras sokongan yang diterima berdasarkan culaan undi semasa. "Putih" bermakna menyokong kepada sesebuah parti, "hitam" (pihak lawan) dan "kelabu" (tidak pasti atau 50-50).]

DUN Trong dikuasai wakil rakyat BN, Datuk Rosli Husin, yang juga ketua bahagian Bukit Gantang.

Nolee Ashilin waktu itu bersama kira-kira 20 ahli Puteri Umno mengambil pendekatan berbasikal dari rumah ke rumah untuk membawa imej lebih mesra pengundi.

Katanya, petugas BN itu menyebarkan risalah perkembangan politik Perak supaya para pengundi memahami krisis antara BN dengan Pakatan yang berlarutan sejak Februari.

Read More...

Poster Hari Ini - AMARAN KERAS! Jangan sebut Altantuya!!

bagindareformasi


ntah
ape2 ntah.. kalau takde kene mengena ngan bijaN biarkan PR dan labu2
nya... goyang ape tak... tapi ini namenye kecut teloq kerana hantu
altantuya sudah merayau-rayau mencari pembunuhnye...


Read More...

Korea Times pula menyindir DS Najib

Tranungkite

Oleh
blalang

"Dulu akhbar France, sekarang akhbar Korea pula menyindir bakal PM, Tok Jib di bayangi oleh hantu Altantuya Dalam kartun yang diterbitkan di ruangan opinion dengan tajuk: Najib Razak and the Ghost of Altantuya

skandal Najib Althantuya

http://isuhangat.blogspot.com

Link : http://www.koreatimes.co.kr/www/news/opinon/2009/03/137_41954.html

skandal Najib Althantuya

OK - satu dunia sudah tau.....nilah bakal PM Malaysia ....rosak...rosak!!!

Read More...

Slogan BN ‘Mohon Restu Rakyat’ bukti Zambry akui dia MB Haram Perak

dppwp

mbperaksmall_lama_baru1_100_681mStar melaporkan bahawa kini Bukit Gantang dibanjiri Poster-poster kempen BN yang tertera wajah calonnya dan Zambry yang turut membawa slogan “Mohon Restu Rakyat”.

Lucu banget slogan itu. Beliau nafikan Undian Bukit Gantang sebagai ‘Referendum Rakyat’ tapi mohon restu pulak. Apa hal Zambry nie. Dah habis ayat nak bodek rakyat untuk terima beliau.

“Mohon Restu Rakyat”, slogan ini sekaligus membuktikan bahawa beliau akui rakyat Perak belum menerimanya sebagai Menteri Besar. Maka dengan sendirinya kita boleh tafsirkan bahawa beliau sedar bahawa beliau adalah Menteri Besar haram dinegeri Darul Ridzuan kerana belum diiktiraf rakyat.

Pastinya PRK Bukit Gantang bukanlah laluan mudah untuk Zambry mendapatkan mandat rakyat. Dan Pakatan Rakyat Perak juga sedar bahawa Zambry akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan ‘restu’ melalui pilihanraya itu.

headerbkt

Namun bagi Pakatan, bubarkan sahaja DUN Perak kalau mahu tahu siapa sebenarnya yang mendapat ‘restu’ dan mandat rakyat. Sememangnya BN tidak puashati dengan piliha rakyat dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang lalu.

Maka dengan biadapnya mereka mengoyakkan mandat rakyat dan menendang pintu DUN untuk merampas kuasa setelah berjaya menculik 3 ADUN Pakatan dan seorang ADUN BN yang dipaksa melompat semula menjadi ahli Umno tidak sampai seminggu.

Nizar yang merupakan Menteri Besar yang sah adalah dipilih oleh rakyat secara sah dan Pas letakan beliau di Bukit Gantang sebagai mewakili kehendak rakyat yang mahukan Kerajaan Perak di kembalikan pada rakyat bagi menghalang kumpulan perompak ini terus berkuasa.

Jika calon Umno-BN kalah di Bukit Gantang adakah Zambry sanggup letak jawatan sebagai MB yang haram itu dan membubarkan DUN? kita lihatlah nanti restu rakyat pergi kepada siapa?

Read More...

"Mohon restu rakyat" Poster besar BN tidak beri kesan.

cina islam

Poster Besar BN mula di pasang dimerata tempat dalam Parlimen Bukit Gantang dengan tema "Mohon Restu Rakyat". Slogan itu di letakkan di tiga keping gambar utama, Najib, Zambry dan Ismail.

Bagi saya slogan yang diletak itu tidak aan memberi kesan dan penambahan undi kepada BN. Kerana slogan yang diletakakan ini tidak cukup untuk memujuk rakyat yang tidak sabar untuk menghukum BN di Bukit Gantang.

Saya ucapkan dibeberapa tempat ceramah yang diikuti bahawa kedatangan pemimpin BN ke Bukit Gantang setelah mereka melaui proses pemilihan yang diselubungi dengan politik wang alias Jenayah Rasuah yang jijik itu.

Ribuan laporan yang hanya disiasat cuma beberapa kerat, yang tidak lebih dari "kambing hitam" bagi mengatakan bahawa Lembaga Displin sudah pun mengambil segala langkah dan tindakan untuk meghukum mereka yang terlibat.

Bukti yang jelas kita lihat apabila pertembungan pemilihan jawatan yang telah berlangsung itu adalah semacam membeli jawatan itu dengan sejumlah wang yang banyak.

Yang sedikit berbelanja, atau tidak cukup berbelanja sudah pun kalah walaupun mereka MB ataupun menteri termasuklah timbalan menteri.

Perwakilan tidak akan menilai jasa mereka menjaga rakyat tetapi perwakilan nampaknya akan melihat sejauh mana dan sebanyakmana kebajikan dalam bentuk sejumlah wang sebagai ganti untuk mengundi.

Tragedi perebutan kuasa itu berakhir sebelum mereka ke Bukit Gantang, jadi mereka datang dengan peluh yang masih tidak kering dari PWTC, iaitu peluh rasuah yang sangat maklum oleh seluruh rakyat termasuklah di bukit Gantang.

Jadi buatlah slongan Mohon Restu Rakyat sebanyak manapun saya kira tidak akan merubah pespektif pengundi bahawa kalau undi BN cuma untuk restu kemanangan semata-mata, dan disebalikan dengan habuan keduaniaan yang diharapan,walau dijanjikan atau tidak. Inilah trend lama politik UMNO dan BN termasuk dalam PRK Bukit Gantang.

Sebaliknya Restu dan Ridha Allah SWT yang sangat di fahami oleh penduduk Bukit Gantang khususnya yang beagama Islam, sebab itu saya yakin mereka tetap akan meneruskan hasratnya memangkah calon PAS, Ir. Hj. muhammaad Nizar jamaluddin.

Read More...

BUKTI BARISAN NASIONAL MEMUTAR BELITKAN FAKTA DI PERAK .

silembik's


Ust. Idris Hj. Ahmad

Umno Perak terutama Dato’ Zambry ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak. Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.

Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zambry dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR

Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.

Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.

Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.

Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar. Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan. 12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah. Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12)

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

sumber : Blog YB Idham Lim

Read More...

KENAPA RAKYAT HARUS TOLAK NAJIB

kedaikopitepimasjid

Esok Abdullah Ahmad Badawi akan mengadap Sultan, adakah Sultan akan merestui permohonan Pak Lah untuk melepaskan
jawatan PM kepada Najib? Itu kita akan tahu keputusannya esok. Apapun diminta semua rakyat Malaysia mendoakan perkara
ini tak akan terjadi.

Kenapa aku kata Najib tak layak jadi PM. Rasa2nya dah ramai rakyat malaysia yang tahu. Selain diselubungi dengan pelbagai
skandal dan kontrovesi yang belum dijawab secara telus oleh Najib, cara dan corak bakal digunakan akan membawa negara
kita ke zaman kegelapan.Muncul spekulasi mengenai kebangkitan kembali legasi pemerintahan Dr Mahathir Mohamad melalui
kepemimpinan Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri yang keenam.

Jika Najib menjadi perdana menteri, “Mahathirisme” akan kembali di Malaysia. Lebih parah lagi, ramai turut meramalkan
bahawa Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri de facto di belakang Najib.Ini dapat dilhihat dalam PAU baru2 ini.
Pembersihan dilakukan ke atas orang2 yang berpihak kepada Pak Lah dan Dr Mahatdir mengumumkan akan kembali kepada umno.

Ketika pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, rakyat menyaksikan bagaimana kerasnya beliau apabila berhadapan dengan penentang-penentangnya – sama ada dalam atau luar kerajaan dan partinya.Dalam Umno, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim terpaksa membayar kos politik yang besar sewaktu menjadi timbalannya kerana kekhuatirannya mereka boleh mencabar kedudukan teratasnya.Hanya pemimpin seperti Abdullah yang boleh mengiyakan apa sahaja tindakan Dr Mahathir sehingga akhirnya berjaya menjadi perdana menteri kelima.Lagipun kerana Mahathir sedar, jika beliau terus menerajui pemerintahan negara, nasibnya mungkin akan sama seperti apa yang berlaku kepada Soeharto di Indonesia dan Marcos di Filipina – ditumbangkan oleh gerakan rakyat yang menuntut reformasi.Dalam kalangan penentang-penentang Dr Mahathir di luar Umno, nasib mereka lebih parah lagi. Pada November 1985, berlaku tragedi Memali di Baling, Kedah yang sungguh menyayat hati. Ibrahim Libya dan tiga belas orang penyokongnya terkorban, manakala 159 penduduk kampung itu ditahan polis untuk menutup tragedi berdarah di kampung terpencil itu.Dr Mahathir cuci tangan daripada insiden itu, dan sebaliknya menyalahkan Musa, timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri yang berada di dalam negara pada ketika itu. Dr Mahathir berada di luar negara.Mengenali cara pemerintahan Dr Mahathir, tanpa restunya, tidak mungkin Musa berani
mengeluarkan arahan kepada polis untuk bertindak.Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis sosial turut menjadi mangsa kekejaman politik Dr Mahathir. Pada Oktober 1987, Operasi Lalang membaham 106 orang, memaksa mereka berdekam bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tokoh-tokoh politik yang menjadi mangsa antaranya Lim Kit Siang, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Chandra Muzaffar, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, dan Yunus Ali.Kestabilan ekonomi sering dijadikan alasan Dr Mahathir menghalalkan tindakan menutup ruang demokrasi – walaupun jelas ia ditujukan kepada pengkritik-pengkritiknya.
Najib, yang berjinak dengan politik Mahathirisme, adalah tokoh Umno yang mampu untuk menjalankan pemerintahan bekas pemimpin itu.Di dalam kempen pilihanraya kecil di Bukit Gantang contohnya, Najib mula menunjukkan taring. Polis dan FRU berada di setiap pelosok kampung dan diceramah2 oleh dianjurkan pihak pembangkang. Apakah patut rakyat diperlakukan dengan kekerasan hanya kerana ingin mendengar ceramah yang disampaikan oleh pembangkang. Alsan2 yang tidak munasabah digunakan untuk menghalalkan perlakuan2 oleh anggota keselamatan. Tidak cukup dengan itu, polis mengeluarkan arahan agar tidak membangkitkan isu titah Tuanku menghalalkan kerajaan haram di Perak dan isu Altantuya
dalam kempen pihak pembangkang. Di pihak umno, bebas melakukan apa sahaja namun tidak dapat dijawab kembali oleh pembangkang kerana dipantau oleh pihak polis dan ejen2 SPR yang hadir memantau ceramah2 yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Adakah ini yang dipanggil Demokrasi. Sekiranya perkara ini ditanya kepada saudara isham melalui Blog Tukar Tiub pasti jawabnya.... ini Demokrasi taik kucing. Ya, aku pun sokong kenyataannya. Lihatlah bukti yang paling nyata, sekatan yang dilakukan kepada media, Harakah dan Suara Keadilan digantung. Dimana demokrasi yang dilaung2kan. Kebebasan yang sepatutnya diberikan di tarik balik. Namun media2 pengampu BN yang banyak memutarbelit masih boleh beroperasi. Hak yang sepatutnya dirasai oleh rakyat untuk menilai disekat. Apa yang diucapkan oleh BN harus di'YA'kan. Kalau tidak balai cerita.

Oleh kerana anak Razak Hussein itu, bekas perdana menteri, tidak dikenali sebagai seseorang yang mempunyai ideologi atau pemikiran asli, mudah baginya untuk melaksanakan pemerintahan dengan menggunakan nasihat Mahathir.Selain dibelenggu bayang-bayang Dr Mahathir. Najib turut dibayangi oleh imej isterinya Rosmah Mansor – seumpama Imelda Marcos, isteri presiden Filipina yang digulingkan oleh kekuatan rakyat pada 1986. Imelda terkenal dengan kehidupan bergaya dan pernah dilaporkan membelanjakan USD5 juta ketika membeli-belah di New York, Rom dan Copenhagen pada 1983 di kala majoriti rakyat Filipina dibelenggu kemiskinan.Imelda juga pernah membelanjakan USD51 juta untuk membeli Crown Building di kawasan mewah Manhattan pada 1980-an.Rosmah tidak kurang juga hebatnya.

Jika Malaysia kembali lagi ke era ala Dr Mahathir, rakyat berundur semula ke zaman yang lebih gelap.

Pilihanraya kecil di 3 kawasan kali ini akan menjadi medan untuk rakyat menyampaikan mesej bahawa Najib tidak layak untuk menjadi PM Malaysia yang keenam. Rakyat harus bijak dalam membuat keputusan. [SINI]

Kini anda mampu menilai, KENAPA RAKYAT HARUS TOLAK NAJIB.

AKIRA8047.kedaikopitepimasjid.blogspot.com

Read More...

Altantuya, raja dilarang jadi isu kempen

Malaysiakini

Mar 31, 09 12:33pm

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut hari ini kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja.

Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan arahan terbaru itu - setelah masuk hari ketiga berkempen - bagi kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak

Beliau mengulas pendedahan PKR Kuala Sepetang - satu daripada tiga DUN dalam kawasan parlimen tersebut - yang membantah larangan polis berhubung dua isu tersebut.

Kematian tragis wanita muda Mongolia itu sering dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes kenalan akrabnya Abdul Razak Abdullah Baginda.

Larangan ganjil itu diketahui sewaktu seorang pembantu ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam.

Lau Teck Hai diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program ceramah anjurannya pada pilihanraya kecil parlimen itu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau berkata apabila bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, tambahnya, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."

Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

altantuya razak baginda mongolian murder case 030907Kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR masih mendakwa mereka sah mentadbir negeri itu walaupun BN melantik menteri besarnya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini "pungutan suara" terhadap Najib, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Keputusan mahkamah kes pembunuhan wanita kenalan Razak itu akan diketahui dua hari selepas tiga pilihanraya tersebut yang diadakan serentak sejak 29 Mac.

Abdul Razak, yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar, dibebaskan daripada kes tersebut.

Isu Altantuya sering menjadi bahan kempen pembangkang untuk memburukkan Najib dengan mengaitkan wanita itu dengan bakal perdana menteri itu. Najib bagaimanapun menafikan pernah mengenalinya.

Mengulas larangan itu, PKR berikrar akan mengabaikannya dan mencabar polis menyiasat mereka jika berbuat demikian.

Selain dua larangan tersebut, polis juga menuntut PKR mengawal kehadiran orang ramai yang mendengar ceramahnya.

"Jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan," larangan itu dipetik.

Polis turut melarang jentera PAS mengadakan ceramah lebih 11 malam di kawasan kampung.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |