Ucapan Khas Nik Aziz Sempena 100 Hari PR - Part 1
Saturday, June 21, 2008
Koleksi Video - Ucapan Khas Nik Aziz Sempena 100 Hari PR
0 comments Labels: koleksi video, Pakatan Rakyat, TGNA
Koleksi Video - 100 Hari: Prestasi Awal Pakatan Di Selangor Membanggakan - DSAI
100 hari dalam mana jua pentadbiran Kerajaan pastinya singkat sekali. Namun prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim amat membanggakan.
Pertama, terbukti kini bahawa gabungan kompak KeADILan-PAS-DAP.
Kedua, ketetapan awal melarang pimpinan negeri membazir dengan peralatan pejabat dan kereta baru; menolak sebarang penglibatan pimpinan negeri dalam perniagaan; dan memastikan wakil rakyat mematuhi prinsip pertanggungjawaban.
Ketiga, sepertimana diungkapkan semalam di Stadium Shah Alam, Tan Sri Khalid mengumumkan langkah memacu pertumbuhan pesat seiring dengan program “merakyatkan” pembangunan. Semangat kepedulian ini terangkum dalam langkah pembekalan air percuma, program warga emas, bantuan pendidikan, penyelesaian sebahagian masalah di estet.
Maka dalam ucapan malam tadi saya nyatakan penghargaan kapada barisan pimpinan negeri dan parti sekutu kerana kejayaan awal. Kesempatan tersebut saya menfaatkan untuk mengulas isu kenaikan minyak keterlaluan dan membebankan rakyat. Sewajarnyalah rakyat menuntut perubahan malah sukar dimengerti mengapa wakil rakyat Umno-BN terus bersekongkol dengan sistem rasuah dan membebankan rakyat. Berulangkali saya menyeru akan rakan-rakan Umno-BN segera menyeberang demi menyelamatkan negara Malaysia tercinta.
Saya dan Azizah akan menunaikan umrah inshaAllah. Kebetulan saya diundang menyampaikan pidato di Madinah al-Munawwarah dalam persidangan antarabangsa mengenai Global Knowledge pada Isnin pagi.
Azizah akan segera pulang dan saya akan kembali pada Selasa pagi.
ANWAR IBRAHIM
0 comments Labels: DSAI, koleksi video, Pakatan Rakyat, selangor
Khairy dakwa Yong ditawar jawatan TPM
Berita Harian
KOTA BHARU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, didakwa sengaja mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerana terpengaruh dengan janji pembangkang yang menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata beliau mendapat maklumat Yong ditawarkan jawatan itu jika pembangkang mengambil alih kerajaan daripada BN dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
"Bila dia sudah mengaku berjumpa Anwar dan kemudian menyatakan pendirian tidak percaya kepada kepemimpinan Perdana Menteri, walaupun dia kata tak nak keluar dari BN, ini menimbulkan pelbagai tanda tanya. "Saya nak tahu apakah tawaran Anwar kepada Yong, saya dengar macam-macam ditawarkan seperti jawatan Timbalan Perdana Menteri kalau Anwar menjadi Perdana Menteri. Ini membuktikan pendiriannya bukan atas prinsip, tetapi bersyarat sebab dia sudah berjumpa Anwar, termasuk sekali di Hong Kong.
"Kenapa nak jumpa di Hong Kong? Takut orang nampak? Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya, kita tahu sejarah Anwar dan Yong pada 1994 yang menyebabkan kerajaan PBS jatuh dan tindakannya itu bukanlah perkara baru," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Pemuda Umno Kelantan di sini, semalam.
Khairy berkata, Yong turut menggunakan kedudukannya selaku Presiden SAPP untuk mempengaruhi pemimpin dan ahli parti itu supaya menyokong pendiriannya berhubung usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, bagi membolehkannya mencapai cita-cita politiknya.
Beliau berkata, hakikatnya sebahagian besar ahli SAPP termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Raymond Tan dan barisan Pemuda parti itu tidak menyokong pendiriannya.
0 comments Labels: Berita Harian, keluar BN, KJ beruk, Sabah
Siapa Menteri UMNO jumpa Anwar di Singapura?
|
Oleh Mohd Sayuti Omar | |
Sabtu, 21 Jun 2008 | |
SEBUAH berita yang masih terbungkus dan menjadi misteri, seorang menteri Kabinet telah menemui Anwar Ibrahim di Singapura beberapa minggu lepas. Apa yang dibincangkan tidak diketahui tetapi pertemuan antara kedua mereka yang merupakah sahabat baik tentu ada rahsia tersendiri. Anwar telah pun mendedahkan pertemuan berkenaan tetapi tidak menyebut secara jelas. Anwar hanya membayangkan seorang menteri Kabinet dan ramai yang mempunyai telahan ianya adalah dari MCA. Tidak! Menteri yang dikatakan menemui Anwar itu bukan dari MCA tetapi dari Umno. Seorang ahli korporat yang turut berada di Singapura ketika itu dalam rangka mengajurkan satu sesi temu press (sidang akhbar) Anwar dengan para ahli perdagangan dunia mengesahkan akan pertemuan berkenaan. "Saya tidak pasti apakah mereka telah membuat temu janji lebih awal, tetapi menteri berkenaan memang menginap di hotel sama dengan Anwar dan saya nampak mereka berlalu dari satu tempat berdua-duaan," kata ahli koprorat berkenaan buila ditanya mengenai hal itu. Kebetulan ahli koporat berkenaan menghubungi saya lewat petang tadi untuk bertukar fikiran berhubung perkembangan politik di Sabah. Tambah ahli korporat itu Anwar telah menyebut secara sepintas lalu berhubung peristiwa itu dan sudah pasti akan didedahkan tidak lama lagi. Bagi ahli korporat berkenaan pertemuan menteri Kabinet berkenaan penuh bermakna dalam keadaan sekarang ini dan ianya men jadi perhatian. "Saya memang mengenalinya tetapi tidak mahu mengulas mengenai perkara ini. Biarlah sama-sama kita tunggu," katanya lagi sambil turut menolak telahan bahawa seorang menteri Kabinet dari MCA yang berjumpa Anwar itu. |
0 comments Labels: DSAI, klpos, UMNO haprak
Sekitar Perhimpunan 100 Hari PR Selangor.
Perisik rakyat
Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.perhimpunan 100 hari Pakatan Rakyat Selangor berjaya mengumpul bukan sedikit malah puluhan ribu pengunjung pada sebelah malamnya...acara bermula selepas solat maghrib...tidak ada apa yang dapat dilaporkan kerana tidak sempat membuat sebarang nota lantaran terlalu sibuk mengambil gambar suasana sekitar & juga menjawab panggilan talifon dari rakan-rakan yang silih berganti bertanyakan situasi.
Hanya gambar yang dapat menceritakan segalanya...
0 comments Labels: bloggers united, gambar, Pakatan Rakyat, selangor
SURAT SUMPAH RAJA PETRA BAHAWA ROSMAH TERLIBAT KES ALTANTUYA
0 comments Labels: najib razak, penjelasan isu, RPK, tranungkite
Iklim politik Malaysia tidak lagi sihat - Tengku Razaleigh
Harakahdaily Mohd Sabri Said Sat | Jun 21, 08 | 1:05:17 pm MYT | |
GLUGOR, 21 Jun (Hrkh) - Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan iklim politik Malaysia semakin sakit berikutan kemunculan suara-suara desakan selepas pilihan raya umum ke 12. Dari segi demokrasi memang ia satu perkembangan yang baik tetapi untuk kepentingan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) ia satu yang mendukacitakan, katanya. "Desakan pada kerajaan semakin membara dan ini mengambarkan iklim politik Malaysia makin bercelaru dan tidak sihat. Apa akan berlaku pada masa depan," jelasnya ketika ditanya wartawan selepas ucaptama dalam program Kongres Permuafakatan Melayu Pulau Pinang Zon Utara di Dewan Kuliah 'U' Univesiti Sains Malaysia (USM), Glugor pagi tadi. Beliau ketika mengulas tindakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Seri Yong Tek Lee yang mahu mencetuskan undi tidak percaya pada Persidangan Parlimen Isnin ini menambah, ia satu keputusan yang memperlihatkan BN tidak lagi seutuh dulu. Rakyat sekarang ini bijak menilai dan mereka telah lakukan tindakan dalam pilihan raya umum lepas di mana BN kehilangan banyak kerusi dan hilang empat negeri di Pantai Barat dan gagal menawan Kelantan, katanya. "Kemelut inilah yang membuatkan wujud suara-suara yang boleh mengancam BN secara menyeluruh," terangnya. Senario ini katanya, menjadi semakin tegang apabila SAPP sebuah parti dari komponen BN di Sabah mengisytiharkan melakukan undi tidak percaya pada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Isnin ini. Semalam Perdana Menteri mengumumkan tidak akan mengenakan tindakan pada SAPP kerana ia bukan suara keseluruhan SAPP malahan ia hanya dari Presidenya sahaja. Tetapi, dalam perhimpunan SAPP semalam sudah memutuskan segala-galanya ia adalah suara SAPP bukan secebis keluhan daripada seorang dua kepimpinan tertinggi sahaja. Kongres Kemuafakatan Melayu Zon Utara kali ini dianjurkan bersama antara Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Ikatan Kelab-Kelab Melayu Pulau Pinang (Ikatan). Beberapa kertas kerja dibentangkan antaranya oleh Profesor Dato' Dr Zainal Kling bertajuk 'Kedaulatan Kebudayaan, Pendidikan, Bahasa dan Agama Bangsa Melayu'. Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid dengan tajuk 'Mencetuskan Kebangkitan Bangsa' dan 'Melakar Masa Depan Bangsa Melayu Berpaksikan Kedaulatan Perlembagaan Malaysia oleh Profesor Madya Dr. Mustaffa Kasim dari Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia (UUM). - mns_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, ku li
"Saya tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam" Ezam
|
0 comments Labels: Ezam, klpos, pemimpin haprak
Petra: Isteri Najib di 'lokasi jenayah'
Malaysiakini |
Jun 20, 08 10:33pm |
Siapa lagi kalau bukan Raja Petra Kamaruddin - walaupun Datuk Seri Najib Razak beberapa kali menafikannya sebelum ini. Kali ini pengendali blog Malaysia Today meningkatkan kredibiliti dakwaannya melalui satu akuan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin - masih lagi mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Seperti artikelnya awal bulan lalu yang menyeretnya ke mahkamah, yang pernah dijawab dan dijelaskan oleh setiausaha akhbar timbalan perdana menteri, akuan bersumpah ini diberikan perhatian serius oleh pihak Najib. "Kami sedang meneliti perkara ini. Akuan bersumpah itu memang membingungkan dan mengelirukan," kata setiausahanya Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kepada Malaysiakini hari ini. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus bentuk-bentuk tindakan seterusnya yang bakal diambil. Najib dan Rosmah telah berulangkali menafikan mereka ada kaitan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi itu dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak lebih daripada perbuatan untuk "memfitnah dan mereka-reka cerita". Dalam akuan sumpahnya, Raja Petra menuduh Rosmah antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006. Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian. Beliau menamakan dua individu lagi itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya seorang pakar bom 'C4' dan isterinya yang yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah. Laporan perisikan Mayat Altantuya didakwa telah hancur dibom dengan 'C4' di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam. Kes perbicaraan pembunuhannya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa kolonel itu yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya. Raja Petra mendakwa lagi, beliau membuat akuan itu kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembabitan orang-orang berkenaan yang sehingga ini belum dikaitkan atau dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan kes tersebut. Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Petra mengesahkan kandungan akuan bersumpah tersebut - yang kini dimuatkan di sebuah blog (bukan Malaysia Today). Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib. Raja Petra mendakwa lagi, Abdullah menerima satu laporan bertulis daripada pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu. Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan dengan selamat. Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, "seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan." Dakwaan terbaru Penulis itu bagaimanapun tidak mendedahkan beberapa nama yang didakwanya mempunyai maklumat tentang perkara itu. Raja Petra berkata, beliau membuat akuan bersumpah itu untuk menggesa semua pihak berkenaan tampil bagi mendedahkan maklumat sebenar agar polis dapat menjalankan siasatan terperinci. Dalam temubual melalui telefon, Raja Petra menjelaskan alasannya tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis. Penulis blog berkata, memandangkan tiada tindakan diambil terhadap laporan polisnya pada 2001 - ketika beliau mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis berpangkat tinggi - beliau tidak yakin lagi untuk membuat laporan polis. Polis telah menyiasat Raja Petra awal bulan lalu berhubung artikelnya bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' - juga mengaitkan Najib dan Rosnah dalam kes pembunuhan kontroversi itu. Penganalisa politik Abdul Razak Baginda - yang dikaitkan dengan menteri pertahanan itu - dan dua anggota polis pasukan khas UTK sedang dibicarakan berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu. Jika sabit kesalahan, ketiga-tiganya boleh dikenakan hukuman mati. Berita asal |
0 comments Labels: Altantuya, malaysiakini, najib razak, RPK
Stesen minyak mahu tutup operasi
Utusan Online
KUALA LUMPUR 20 Jun – Sebanyak 3,500 pengusaha stesen minyak di seluruh negara merancang menutup operasi selama lapan jam pada 26 Jun ini dan menolak penggunaan kad kredit jika kerajaan tidak menaikkan komisen penjualan minyak.
Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berkata, pihaknya menunggu keputusan daripada kerajaan Isnin ini sama ada bersetuju atau menolak permintaan PDAM untuk menaikkan komisen daripada tiga peratus kepada enam peratus.
Sekiranya kerajaan menolak cadangan itu, katanya, ketetapan yang diambil oleh ahli-ahli persatuan itu sebelum ini adalah untuk menutup stesen minyak dari pukul 7 pagi hingga 4 petang.
“Ia akan dilaksanakan di seluruh negara pada tarikh tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau memberitahu, rayuan menaikkan komisen itu telah disuarakan PDAM dalam pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad pada Khamis lepas.
“Beliau berjanji membawa perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan keputusan mengenainya akan diketahui Isnin ini.
“Dalam pertemuan hampir tiga jam itu beliau memahami masalah yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, masing-masing sehingga 40 dan 63 peratus,’’ ujarnya.
Abdul Wahid memberitahu, selain menutup stesen minyak sebagai tanda protes, semua pengusaha stesen juga bersetuju untuk menolak sebarang penggunaan kad kredit di semua stesen jika permintaan itu tidak dipenuhi.
Menurut beliau, para pengusaha stesen minyak tidak dapat lagi menampung kerugian ekoran kenaikan harga petrol dan diesel memandangkan komisen yang diperoleh tidak mencukupi.
‘‘Komisen yang kami peroleh untuk petrol hanya tiga peratus dan diesel pula di bawah dua peratus dan komisen ini tidak mencukupi untuk menampung bayaran sewa stesen, membayar gaji pekerja dan penyelenggaraan,’’ katanya.
Beliau berkata, permohonan PDAM untuk menaikkan komisen kepada enam peratus dianggap memadai.
Abdul Wahid berkata, walaupun telah beberapa kali berlaku kenaikan harga petrol dari RM1.10 hingga RM2.70 seliter, kerajaan tidak menaikkan komisen kepada pengusaha stesen minyak.
Beliau berkata, apabila harga minyak naik sehingga RM2.70 seliter untuk petrol sementara diesel pula meningkat RM1 kepada RM2.58 seliter, ia sangat membebankan pengusaha stesen minyak di seluruh negara.
Mengenai penolakan penggunaan kad kredit pula, beliau berkata, ia adalah langkah yang paling menjimatkan kerana para pengusaha stesen minyak tidak perlu membayar caj perkhidmatan kepada bank-bank.
0 comments Labels: harga minyak, utusan
“Dengan Nama Allah, saya tidak boleh membantu manusia bernama ‘Anwar Ibrahim’...“ kata Ezam
Buletin Online |
Ditulis oleh SM Noor | |
Saturday, 21 June 2008 | |
(Gambar : Ezam, dua dari kanan di atas pentas, berdiri 'petah' menyanyikan lagu UMNO) Beliau berkata beliau telah dipecat dari UMNO sepuluh tahun lalu oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (ketika itu) kerana beliau mempersoalkan tindakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang memukul Dato’ Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh sehingga mata Anwar menjadi lebam. Beliau kesal kerana Anwar dan isterinya Datin Seri Azizah tidak membela dirinya apabila beliau diserang dengan mengatakan beliau mempunyai agenda politik bersama menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin. Ezam telah memperkukuhkan tindakannya meninggalkan Anwar dengan berkata 'dengan nama Allah', setahun selepas Anwar dibebaskan, beliau telah diperlihatkan, sebagai orang Islam yang berpegang teguh dengan prinsip Islam, dengan kesetiaan kepada Allah dan RasuluLlah, beliau tidak boleh sama sekali membantu seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. |
0 comments Labels: bohong rakyat, buletin online, DSAI, Ezam