| Malaysiakini |
| Nov 1, 08 7:46pm |
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Parti Bersatu Sabah (PBS) supaya kekal sebagai rakan setia dalam Barisan Nasional (BN).PBS merupakan parti yang pernah beliau bantu kembali ke pangkuan BN pada 2002 setelah meninggalkan gabungan itu selama 12 tahun. Abdullah membuat permintaan tersebut ketika berucap semasa merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-23 PBS di Kota Kinabalu hari ini. "Saya sedar ini merupakan ucapan perpisahan saya. Saya tidak mahu putuskan hubungan dengan PBS walaupun saya berhenti. "Kita akan jumpa lagi, Insya-Allah, dalam pertemuan-pertemuan yang lain kerana saya akan tetap menjadi anggota Umno dan dengan itu anggota BN," katanya Menurut laporan Bernama, Abdullah telah mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas pemilihan Umno pada Mac tahun depan. Dalam ucapan tersebut, Abdullah turut mengimbas kembali peranannya membawa PBS kembali ke pangkuan BN. Berganding bahu "Semasa saya menjadi timbalan presiden Umno, merangkap timbalan pengerusi BN, satu perkara yang terpahat di minda saya ialah saya tidak mahu melihat BN dan Umno serta parti lain sentiasa bertelagah dengan parti besar seperti PBS, yang dipimpin Datuk Joseph Pairin Kitingan, seorang Huguan Siou (Pemimpin Agung) masyarakat Kadazandusun di Sabah. "Ini (kepulangan PBS ke pangkuan BN) adalah baik untuk perpaduan dan baik untuk rakyat Sabah. Saya harap PBS akan terus berganding bahu dengan parti komponen BN lain bagi membawa negeri ini ke tahap lebih gemilang," katanya. Dalam ucapan beliau sebelum itu, Pairin mengalu-alukan kehadiran Abdullah dalam perhimpunan berkenaan dengan kata-kata: "Kalau bukan kerana Pak Lah, tak mungkin PBS dalam BN". Ungkapan beliau itu disambut dengan tepukan bergemuruh oleh lebih 1,000 perwakilan, yang kemudian berdiri beramai-ramai untuk memberi penghormatan kepada Abdullah. "Terima kasih Pak Lah kerana begitu tekun berusaha demi rakyat miskin. Anda akan sentiasa dikenang kerana telah memberi lebih banyak kebebasan untuk bersuara, yang tidak sepatutnya disalah guna bagi menggugat keharmonian dan keselamatan," kata Pairin. Beliau berkata Abdullah juga akan dikenang kerana memberi penekanan terhadap kebebasan beragama, pembaharuan dalam bidang kehakiman, memerangi rasuah dan ancaman dadah bagai seorang wira dan kerana memberi penekanan terhadap usaha mempersiapkan golongan belia bagi menghadapi hari muka. |
Saturday, November 1, 2008
PM minta PBS kekal jadi rakan setia BN
0 comments Labels: keluar BN, malaysiakini, Sabah
Sunday, September 28, 2008
Lagi pemimpin Gerakan sertai PKR
PETALING JAYA: Lebih 20 ahli Gerakan Wilayah Persekutuan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dengan lebih ramai dijangka berbuat demikian dalam beberapa minggu akan datang.
Bekas Ketua Biro Penerangan Gerakan Wilayah Persekutuan, Gan Kok Keng berkata, sekurang-kurangnya 300 orang dari empat bahagian bakal menyertai parti pembangkang tersebut.
Bahagian-bahagian itu ialah Setiawangsa, Wangsa Maju, Bukit Bintang dan Kepong.
Gan yang telah menjadi anggota Gerakan sejak 24 tahun lalu berkata, pihaknya bertindak keluar parti kerana ia sudah tidak berupaya untuk memainkan peranan yang berkesan dalam Barisan Nasional (BN).
“Kami sudah tiada ada kuasa membuat keputusan dan telah dipinggirkan dan dicela banyak kali," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pagi ini.
Gan menambah, tindakan tersebut juga bertolak daripada kepercayaannya bahawa pandangan yang diutarakan oleh bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail pada Ogos lalu bukannya pendirian peribadi beliau tetapi pandangan anggota parti berkenaan.
Turut keluar Gerakan hari ini ialah bekas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Tan Kang Ho; Ketua Biro Ekonominya, Julian Leong dan Setiausaha Wangsa Maju, Azali Omar.
Naib Presiden PKR, dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa pula berkata, tindakan ahli-ahli Gerakan itu bukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan mudah.
"Tindakan mereka ada berani. Tiada ganjaran wang diberikan dan tiada sebarang perbincangan mengenai jawatan dalam aprti (PKR)," katanya.
Awal bulan ini, bekas Ahli Parlimen Segambut dan Ketua Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Tan Kee Kwong telah menyertai PKR.
0 comments Labels: keluar BN, mstar online, PKR
Wednesday, July 23, 2008
Kemasukan Tokoh UMNO Pahang ke dalam PKR
Anwaribrahimblog
“Rakyat jua yang menang akhirnya.” Itulah jawapan Datuk Fauzi Abdul Rahman apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tokoh ini terkenal kerana berani menentang korupsi di negeri asal beliau iaitu Negeri Pahang Darul Makmur. Beliau memilih PKR apabila mendapati kerosakan yang merebak dalam UMNO sukar lagi untuk dipulihkan. Beliau yakin faham yang mendasari perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat akan membawa perubahan yang besar demi Malaysia yang adil dan makmur. Malah tokoh ini menegaskan di bawah Pakatan Rakyat dan PKR, semua kaum akan mendapat perlindungan yang sama rata. Di bawah ini dilampirkan biodata ringkas Datuk Fauzi.
PROFIL DATUK FAUZI BIN ABDUL RAHMAN
Datuk Fauzi bin Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1946 di Galing Besar, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran (era Tunku Abdul Rahman Putra).
Datuk Fauzi merupakan lepasan Imperial College, Universiti of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral. Menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan pada 26hb Oktober 1990 sehingga 2hb Mei 1995. Kemudiannya menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 hingga ke tahun 1997.
Dari tahun 1997-1999, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8 ( 1990). Pada tahun 1995, beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menang. Kerusi yang beliau pegang sehingga tahun 2004.
PEJABAT ANWAR IBRAHIM
0 comments Labels: DSAI, keluar BN, PKR
Fauzi serah borang sertai PKR
| Malaysiakini |
| Muda Mohd Noor | Jul 23, 08 1:42pm |
| Bekas ahli parlimen Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang menyertai parti itu hari ini berkata, ramai lagi pemimpin Umno Pahang akan menyertai parti itu dalam tempoh terdekat ini.
"Sebenarnya tidak ada tempoh tertentu untuk mereka menyertai PKR kerana kami tidak menetapkan sebarang syarat kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini. Fauzi bersama dua lagi pemimpin Umno Pahang menyerahkan borang penyertaan ke dalam PKR kepada ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Bagaimanapun, penyokong kuat Anwar itu enggan mendedahkan identiti dua pemimpin terbabit tetapi difahamkan bekas ahli jawatankuasa pusat MCA Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dijangka menyertai PKR. "Rakyat termasuk ahli dan pemimpin Umno marah dengan cara kerajaan melayan Anwar yang sedang menghadapi tududan liwat sekarang. "Jangan naik kerana keburukan orang lain kerana ini bukan budaya rakyat Malaysia, sebaliknya perlu menampilkan kewibawaan diri. "Isu liwat itu akan menjadi senjata makan tuan, rakyat akan semakin benci kepada Umno dan masuk PKR," katanya lagi. Sementara seorang pemimpin Umno di Pahang yang dihubungi hari ini berkata, dakwaan Fauzi bahawa ramai pemimpin Umno akan menyertai PKR sukar dipercayai. Katanya, mungkin beberapa pemimpin veteran akan berbuat demikian tetapi ia tidak menjejaskan kekuatan Umno. "Saya tidak dengar ada pemimpin utama negeri atau bahagian akan menyertai PKR dalam masa terdekat ini. "Jadi dakwaan Fauzi itu mungkin hanya seronok didengar tetapi belum tentu kesahihannya," katanya yang enggan namanya disiarkan. |
0 comments Labels: keluar BN, malaysiakini, PKR
Saturday, July 5, 2008
Bekas Timbalan Menteri Akan Sertai Pas? Siapa?
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh Editor | |
| Saturday, 05 July 2008 | |
Blog MSO yang dirakam oleh KL Pos telah memaparkan berita yang menimbulkan tandatanya? MSO mengatakan bahawa seorang Bekas Timbalan Menteri akan menyertai PAS.MSO menyatakan kedudukan dan keyakinan PAS untuk muncul sebagai parti alternatif menggantikan UMNO semakin teguh lagi apabila seorang tokoh UMNO akan menyertai parti itu tidak lama lagi. Tokoh berkenaan seorang bekas ahli jemaah menteri di era Mahathir Mohamad dikatakan akan membuat pengumuman rasmi pada minggu depan di hadapan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Tokoh berkenaan yang mendiamkan diri ekoran krisis pemecatan Anwar Ibrahim melanda pada tahun 1989 dikatakan memilih PAS kerana yakin dengan PAS. Sebelum ini beliau beberapa kali dipujuk agar menyertai PKR namun tidak berhasil. |
0 comments Labels: buletin online, keluar BN, PAS
Bekas timbalan menteri Umno umum sertai PAS minggu depan?
| KLpos | | |
0 comments Labels: keluar BN, klpos, msomelayu
Wednesday, July 2, 2008
Menteri Umno nafi lompat parti
| Malaysiakini |
| Muda Mohd Noor | Jul 2, 08 5:23pm |
| Seorang menteri dan timbalan menteri dari Umno hari ini menafikan khabar angin yang menyebut mereka adalah antara empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti, menyertai Pakatan Rakyat. Mereka yang disebut-sebut itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaacob (kiri) dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah (kanan). Dakwaan mengenai perkara itu tersebar luas di internet sejak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, dua daripada empat ahli Parlimen yang akan melompat parti itu, adalah dari Umno.Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ismail menyifatkan dakwaan tersebut sebaagai "tidak masuk akal dan tidak ada asas". "Saya tidak pernah berkawan dan berjumpa dengan orang PKR. Tidak ada tawaran untuk berbuat demikian (lompat parti)," katanya. Ismail yang juga ahli Parlimen Bera berkata, tidak mungkin beliau menyertai Pakatan kerana sudah mempunyai jawatan iaitu menteri belia dan sukan. "Buat apa lagi saya melompat parti kerana PKR sebuah parti yang tidak berjaya di masa depan. "Ia parti sementara, pada tahun 2012, parti itu akan kalah teruk," katanya. Saifuddin turut nafi Ismail berkata, beliau bukan seorang yang kecewa dalam politik, sebaliknya gembira kerana sudah menjadi menteri belia dan sukan. Katanya, ada kemungkinan Anwar hendak mengalih perhatian rakyat daripada krisis peribadi yang sedang dihadapinya. Anwar dikatakan akan mengumumkan nama empat ahli Parlimen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi, termasuk dua daripada Umno. Bagaimanapun, Anwar tidak berbuat demikian dalam ceramahnya malam tadi. Sementara itu, Bernama memetik Saifuddin menafikan dakwaan beliau akan PKR seperti yang disiarkan di internet. Katanya, dakwaan yang beliau pernah ke luar negara untuk bertemu Anwar baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali kerana beliau tidak pernah bertemu dengan mantan timbalan perdana menteri itu sejak 10 tahun lalu. "Saya tetap ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) yang setia...Saya dipilih sebagai ahli Parlimen Temerloh atas kepercayaan pengundi saya. "Malah saya dilantik sebagai timbalan menteri di atas tiket Umno dan BN dan saya tidak akan membelakangkan perdana menteri,” katanya dalam kenyataan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. |
0 comments Labels: keluar BN, malaysiakini, UMNO haprak
Siapa 2 MP UMNO Yang Sertai Pakatan Rakyat?
Tranungkite
Dilulus terbit pada Wednesday, July 02 @ 10:27:29 MYT oleh greenboc
Oleh Greenboc
Spekulasi menjadi bertambah hebat. Di dalam jawapan di lobi parlimen, Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Mohd Ali menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan 4 orang ahli parlimen Barisan Nasional termasuk dua orang dari UMNO menyertai PKR pada perhimpunan di Stadium Melawati Shah Alam pada 1 Julai 2008 malam tadi.
Namun ia tidak menjadi kenyatan. Difahamkan Datuk Seri Anwar telah diminta oleh keempat-empat ahli parlimen tersebut supaya pengumuman itu ditangguhkan ekoran dari pelbagai tekanan dan ancma yang mereka akan hadapi dari pemimpin tertinggi UMNO/BN sepertimana yang telah berlaku ke atas dua orang ahli parlimen SAPP dari Sabah yang terpaksa pulang ke negerinya tanpa dapat menyertai perbahasan parlimen untuk sessi kedua penggal ke 12 setelah menerima ancaman kerana gara-gara cuba mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Sementara yang kedua ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah yang dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara baru-baru ini.
Kelab GB mendedahkan hal ini di atas kepercayaan bahawa kedua-dua orang ahli parlimen ini adalah ikhlas dan jujur di dalam membuat pilihan mereka tanpa perlu rasa bimbang, takut atau gentar kerana selagi rakyat tidak mengetahui selagi itulah spekulasi menjadi-jadi dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin Pimpinan Rakyat akan luntur ekoran dari pelbagai harapan yang tak kesampaian.
Apa-apa juga tekanan atau ancaman yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap ahli parlimen mereka sendiri yang telah hilang kepercayaan terhadap partinya adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.
Seandainya benar-benar berlaku tekanan, ugutan dan ancaman ke atas kedua orang ahli parlimen tersebut jelas sangat menyerlahkan bahawa pimpinan UMNO/BN adalah di dalam keadaan yang amat tenat dan tertekan.
Barisn Nasional kini berada di dalam keadaan yang amat goncang. Pelbagai masalah yang melanda parti berkenaan tidak memungkinkan untuk mereka terus menerajui kerajaan Malysia dan Putrajaya akan menyaksikan peralihan kuasa di dalam masa yang terdekat ini.
Penderitaan rakyat ekoran kenaikan harga minyak dan barang keperluan, pergolakan yang berlaku di dalam batang tubuh parti-parti komponen BN seperti penarikan diri Presiden dan Timbalan Presiden MCA untuk memprtahankan jawatan di dalam partinya, perletakan jawatan pemuda MIC di Perak, kehilangan kepercayaan masyarakat Cina Pulau Pinang terhadap Gerakan, isu kronisma dan nepostisma yang mendarah-daging di dalam UMNO ekoran kuasa dari tangan-tangan ghaib sang anak dan sang menantu Perdana Menteri - kesemuanya itu menjelaskan bahawa Barisan Nasional sedang hampir karam dan menunggu masa untuk tenggelam ke dasar lauatan yang amat dalam.
Konspirasi terbaru terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan diatur oleh Timbalan Perdana Menteri bersama sokongan dengan Perdana Menteri sendiri jelas membuktikan keadaan terdesak mereka.
Jawapan Najib sewaktu persidangan medianya mendedahkan bahawa konspirasi itu jelas wujud. Apabila foto seorang pemuda yang bernama Saiful Bukhari Azlan bergambar di pejabat Timbalan Perdana Menteri, iaitu orang yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan dan Najib menyatakan kedatangannya adalah berkaitan dengan biasiswa yang diphon jelas tersasar kerana baru kali ini rakyat mendengar urusan biasiswa pelajaran diuruskan oleh TPM! Sementelah lagi TPM mengetahui foto itu telah dirakam 3 bulan yang lalu.
Orkestra dilanjutkan dengan wujudnya kenyataan-kenyataan menteri-menteri kabinet lain yang sekarang keseumanya cuba menafikan keterlibatan mereka sekalipun foto yang ada menjelaskan bahawa mereka mengenal pemuda liwat berkenaan seperti penafian Azlina Othman Said dan Shahrir Abdul Samad baru-baru ini.
Apa-apa pun kepada kedua-dua ahli parlimen UMNO/BN yang berani membuat perubahan itu demi rakyat dan kebenaran, kami merekamkan syabas dan tahniah. Semuga Allah memberikan anda perlindungan Allah dari sebarang perbuatan jahat dari pemim pin tertinggi UMNO yang kini kian menggelabah untk menunggu saat parti mereka dikeranda dan dikuburkan!
0 comments Labels: keluar BN, tranungkite
Wednesday, June 25, 2008
Seramai 351 Orang Termasuk Anggota MCA, MIC, Gerakan Sertai PKR
Bernama
PULAU PINANG, 25 Jun (Bernama) -- Seramai 351 orang termasuk anggota MCA, MIC dan Gerakan hari ini mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat Lim Boo Chang yang mewakili kumpulan itu berkata tindakan itu dibuat selepas mengambilkira keadaan politik negara dan memahami objektif politik PKR.
"Permohonan kami untuk menyertai PKR telah diterima oleh parti itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari Rabu.
Beliau berkata mereka memilih PKR kerana parti itu mengamalkan politik sederhana dan telus serta berminat dengan objektif parti menentang rasuah, kronisme dan nepotisme.
"Tindakan kami menyertai PKR adalah demi kepentingan awam," katanya yang sebelum ini menganggotai MCA.
-- BERNAMA
Sunday, June 22, 2008
Tidak percaya PM: SAPP masih yakin, siapa pula gandingan?
Mstar Online
22-06-2008 08:44:47 PM
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB

ABDULLAH Ahmad Badawi menyampaikan taklimat mengenai Pengstrukturan Semula Subsidi kepada Anggota Parlimen Barisan Nasional di Auditorium Perdana Angkasapuri di Kuala Lumpur. Turut kelihatan (dari kiri) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor. Esok beliau dijadual menemui ahli-ahli Parlimen pada sesi pramajlis Parlimen. fotoBERNAMA
(Mutakhir) PETALING JAYA: Kurang 12 jam lagi Parlimen akan memulakan midang kedua penggal pertama selepas pilihan raya umum ke-12.
Sesi pertama yang berakhir tiga minggu lalu - yang pertama selepas pilihan raya umum - tidak sepanas diharapkan kecuali kejadian kecam-mengecam antara satu sama lain di peringkat awal.
Mungkin rakyat boleh mengharapkan suasana konstruktif berbeza kali ini apabila ahli-ahli Parlimen melangkah ke Dewan Rakyat pagi esok.
Gara-gara kerana pendirian Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) Jumaat lalu, yang telah bersetuju supaya usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikemukakan di Dewan Rakyat, esok. Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti tersebut ekoran kenyataan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee Rabu lalu bahawa parti itu telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah.
Khamis lalu, Dewan Tertinggi BN yang mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur membuat keputusan tidak akan mengambil tindakan sehingga mendapat kepastian sama ada kritikan oleh Yong itu adalah pendirian parti atau bersifat peribadi.
Orang kepercayaan Yong
Yong bukan anggota Dewan Rakyat. Sebaliknya beliau meletakkan harapan ke atas dua orang kepercayaannya - Ahli Parlimen Sepanggar dan Tawau.
Justeru, sejauh mana gerak-geri Yong akan menjadi kenyataan esok? Sejauh mana Yong dan SAPP benar-benar mahu memastikan usaha pihaknya berjaya esok?
Ataupun Yong dan SAPP akan bertindak demikian esok untuk membuka laluan ia disingkirkan daripada BN? Berdasarkan perkembangan petang ini, nampaknya tiada usul undi tidak percaya akan dibawa ke Parlimen.
Pagi tadi, Abdullah menyampaikan taklimat khas mengenai penstrukturan subsidi kepada ahli-ahli Parlimen BN d Angkasapuri.
Pagi esok, kira-kira dua jam sebelum sidang Dewan Rakyat bermula, Abdullah dijangka menemui wakil rakyat BN sekali lagi menerusi mesyuarat pramajlis.
Taklimat Abdullah
Selepas taklimat pagi tadi, Abdullah berkata, kerajaan akan membawa satu usul yang berhubung kait dengan isu kenaikan harga minyak dan barangan serta langkah untuk menanganinya. Ia dibawa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad sebaik selesai sesi soal jawab selama 90 minit.
"Saya tidak mahu beritahu apakah bentuk usul itu kerana ini hanya akan dibacakan esok apabila tiba masanya," kata beliau.
Yong bukan Ahli Parlimen. Sebaliknya menurut beliau, dua Ahli Parlimen SAPP akan membawa usul berkenaan.
Jika berbuat demikian mereka akan berhadapan dengan tindakan disiplin. Menegaskan perkara itu kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa jua tindakan kedua-dua mereka, jika ia melanggar kod etika disiplin BN, ini akan menyebabkan mereka dihukum kerana melanggar disiplin.
"Secara teknikal mereka tidak boleh (mengemukakan usul) kerana kuasa itu terletak pada Speaker. Ia mungkin tidak berlaku.
"Tetapi apa pun, sebarang cubaan di Parlimen boleh dianggap sebagai melanggar disiplin BN, oleh itu tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap mereka... ini semua bergantung kepada tindakan mereka," kata Najib yang juga Ketua Whip BN.
Perisytiharan penduduk Sabah
Dua Ahli Parlimen itu ialah Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Abdullah.
Majlis Tertinggi SAPP juga menggariskan lapan "perisytiharan penduduk Sabah" bagi membawa perubahan dalam negara ke arah mewujudkan satu kerajaan beramanah dan satu masyarakat yang adil, harmoni dan progresif. Lapan perisytiharan itu ialah:
* Kerajaan berasaskan kepada tadbir urus yang baik, masyarakat madani dan politik bukan perkauman.
* Sabah harus mempunyai autonomi politik, yang kerajaannya dibentuk dan diuruskan oleh penduduk Sabah.
* Sabah dan negeri lain yang mengeluarkan minyak berhak mendapat 20 peratus royalti petroleum.
* Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah dan diuruskan sebagai satu wilayah khas.
* Undang-undang pusat yang tidak adil kepada Sabah, dan jabatan persekutuan yang tidak membawa manfaat kepada negeri itu, dikaji semula.
* Sabah diberikan penyertaan adil dan saksama dalam pentadbiran persekutuan, perkhidmatan awam dan sektor swasta, dan jabatan persekutuan di Sabah, sebolehnya diketuai rakyat tempatan.
* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri menyediakan sumber, kesungguhan dan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah kehadiran pendatang tanpa izin dengan cara yang tegas tetapi berperikemanusiaan, dengan tumpuan kepada konsep serantau dan perkongsian bijak.
* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri bekerjasama membetulkan ketidakseimbangan dalam struktur ekonomi dan sosial melibatkan Sabah dan negeri lain.
Speaker Dewan Rakyat
Ketika ditanya sama ada merasakan akan ada kelainan kali ini dalam persekitaran di Dewan Rakyat, Speakernya, Pandikar Amin Mulia hanya: "Saya rasa biasa saja."
Parlimen sehingga Jumaat lalu tidak menerima sebarang notis daripada mana-mana parti berkaitan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Mana-mana parti boleh mengemukakan permohonan untuk membentangkan usul berdasarkan kepada dua peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat iaitu Peruntukan 27 (1) untuk satu usul bagi dibentangkan oleh mana-mana anggota mengenai sebarang perkara tertentu tetapi anggota mesti memberi notis dalam masa 14 hari. Peruntukan kedua ialah 18 (1), di mana Dewan membahaskan satu usul oleh sebarang anggota yang mempunyai kepentingan awam dan hendaklah dibuat segera kerana ia untuk disegerakan.
Tidak seperti 27 (1) di mana notis 14 hari diperlukan, 18 (1) hanya memerlukan notis 48 jam atau dua hari bekerja penuh.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz juga menyatakan bahawa tiada usul berkaitan undi tidak percaya sehingga Jumaat lalu.
Bagaimanapun di Dewan Rakyat anggotanya boleh bercakap apa sahaja. "Ia perkara biasa," katanya.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mengandaikan usul kenaikan harga barang boleh digunakan sebagai satu kesempatan untuk menjadikanya sebagai usul tidak percaya.
SAPP walaupun masih dalam keanggotaan BN tetapi ia sudah dilihat sebagai parti 'luaran' ekoran pendiriannya.
Oleh itu, dalam keadaan ini sejauh mana SAPP boleh mengharapkan sokongan parti BN yang lain dan Pakatan Rakyat ataupun sejauh mana ia akan digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk kepentingan politik.
Setakat ini hanya SAPP satu-satunya parti secara terbuka menyatakan pendiriannya dalam isu undi tidak percaya.
Hari ini, Yong mendedahkan ada satu lagi parti yang akan menyokongnya. Siapa gandingan SAPP?
- Usul: Pak Lah mahu dua Ahli Parlimen SAPP sokong BN esok
- Yong Teck Lee masih harap sokongan parti komponen lain
- SAPP: Jawatankuasa Pengurusan BN putus keluar surat tunjuk sebab
0 comments Labels: keluar BN, mstar online, Pak Lah undur
Saturday, June 21, 2008
Khairy dakwa Yong ditawar jawatan TPM
Berita Harian
KOTA BHARU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, didakwa sengaja mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerana terpengaruh dengan janji pembangkang yang menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata beliau mendapat maklumat Yong ditawarkan jawatan itu jika pembangkang mengambil alih kerajaan daripada BN dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
"Bila dia sudah mengaku berjumpa Anwar dan kemudian menyatakan pendirian tidak percaya kepada kepemimpinan Perdana Menteri, walaupun dia kata tak nak keluar dari BN, ini menimbulkan pelbagai tanda tanya. "Saya nak tahu apakah tawaran Anwar kepada Yong, saya dengar macam-macam ditawarkan seperti jawatan Timbalan Perdana Menteri kalau Anwar menjadi Perdana Menteri. Ini membuktikan pendiriannya bukan atas prinsip, tetapi bersyarat sebab dia sudah berjumpa Anwar, termasuk sekali di Hong Kong.
"Kenapa nak jumpa di Hong Kong? Takut orang nampak? Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya, kita tahu sejarah Anwar dan Yong pada 1994 yang menyebabkan kerajaan PBS jatuh dan tindakannya itu bukanlah perkara baru," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Pemuda Umno Kelantan di sini, semalam.
Khairy berkata, Yong turut menggunakan kedudukannya selaku Presiden SAPP untuk mempengaruhi pemimpin dan ahli parti itu supaya menyokong pendiriannya berhubung usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, bagi membolehkannya mencapai cita-cita politiknya.
Beliau berkata, hakikatnya sebahagian besar ahli SAPP termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Raymond Tan dan barisan Pemuda parti itu tidak menyokong pendiriannya.
0 comments Labels: Berita Harian, keluar BN, KJ beruk, Sabah
Friday, June 20, 2008
Yong Teck Lee belot lagi
Berita Harian
Oleh Veena Rusli
BUAT KEJUTAN: Yong ketika sidang media di Pejabat SAPP Kota Kinabalu, semalam. |
Pernah ketuai kumpulan khianati Pairin sehingga kerajaan PBS tumbang pada 1994
KOTA KINABALU: Selepas beberapa minggu mengkritik Kerajaan Pusat, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tindakannya itu bagaimanapun tidak mencerminkan keputusan sebulat suara kepimpinan parti apabila Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan, yang bukan saja tidak bersetuju tetapi terkejut dengan pengumuman berkenaan.Perdana Menteri, dalam reaksi awalnya menyifatkan tindakan terbaru Presiden SAPP itu adalah disebabkan 'saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya.' Beliau tidak mengulas lanjut tetapi seorang pembantunya memberitahu, Abdullah akan membuat huraian kemudian.
Yong, ketika mengumumkan pendiriannya pada sidang media di sini, berkata dua Ahli Parlimennya, Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Isnin ini.
Soal sama ada SAPP terus kekal sebagai komponen Barisan Nasional (BN) pula, akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP di sini, esok.
"SAPP sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. Peruntukan undi tidak percaya ada dalam Perlembagaan dan menjadi sebahagian daripada proses demokrasi di Malaysia," katanya pada sidang media selama 45 minit di ibu pejabat SAPP di Luyang di sini.
Dr Chua yang juga Naib Presiden SAPP turut hadir, manakala Eric berada di luar negara bagi tugasan rasmi tetapi menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatanganinya.
Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, tidak menghadiri sidang media itu tetapi ketika dihubungi berkata, beliau terkejut dengan tindakan Yong kerana perkara itu tidak pernah dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi parti untuk diperhalusi.
"Ia bukan persetujuan sebulat suara, malah ia sepatutnya dibincang di mesyuarat Majlis Tertinggi terlebih dulu. Saya tidak nampak sebarang sebab ini perlu dilakukan dan ketetapan itu salah sama sekali," katanya yang tidak diundang ke sidang media berkenaan.
Tan menyifatkan pendirian terbuka membabitkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sama seperti menyokong pembangkang dan boleh menimbulkan ketidakstabilan bukan saja di Sabah, tetapi Malaysia keseluruhannya.
"Saya tidak mahu menyokong pendirian yang cenderung menyebelahi pembangkang kerana ia bermakna kita memberi isyarat salah kepada rakyat," katanya.
SAPP mempunyai dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Tanjung Papat (Tan), Likas (Datuk Liew Teck Chan), Luyang (Melanie Chia), Elopura (Au Kam Wah).
Pengumuman Yong itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah. Malah, tindakannya itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau pernah mengambil tindakan serupa 14 tahun lalu.
Pada 1994, Yong menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik. Beliau kemudian mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen dan Adun China daripada PBS, membentuk SAPP.
Yong yang juga bekas Ketua Menteri Sabah pada 1996 hingga 1998 mengikut sistem penggiliran, semalam mendakwa BN hanya wujud di Sabah secara dasar tetapi bukan kuasa yang membolehkan pelbagai tuntutan dipenuhi demi manfaat rakyat negeri ini.
"Selepas pilihan raya umum lalu, beberapa Ahli Parlimen BN dari Sabah turut menganggap BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada negeri ini. Bagi saya, semangat BN di Sabah hilang sejak beberapa bulan lalu dan cuma wujud sebagai nama.
"Pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan kami memulakan langkah dengan menunjukkannya secara terang-terangan menerusi undi tidak percaya.
"Ada pihak meramalkan SAPP dipecat daripada BN sebelum Jumaat dan ada berpendapat sebaliknya. Kami sudah menyatakan pendirian dan sedia menghadapi apa juga kemungkinan," katanya
Ditanya sama ada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, dirujuk sebelum SAPP membuat ketetapan berhubung undi tidak percaya itu, Yong berkata, segala isu yang dibangkitkan sudah kerap dibincang bersama pemimpin BN negeri.
"Peluang keemasan ini tidak akan berulang selepas 45 tahun Sabah menyertai Malaysia dan kita mesti menyatakan pendirian sebelum Ogos ini.
"Mulai Ogos, tumpuan akan beralih kepada pemilihan Umno dan MCA, disusuli kesibukan menyambut puasa dan Aidil Fitri, peperiksaan dan acara hujung tahun.
"Ketika itu, politik tanah air akan berhenti memperkatakan isu berkaitan Sabah dan SAPP berpendapat sekarang adalah masa terbaik Sabah mendapatkan kembali autonomi, royalti minyak sebanyak 20 peratus dan meminta Labuan dikembalikan," katanya.
Yong bagaimanapun berkata, beliau tidak menentang Perdana Menteri secara peribadi, malah pertemuan tertutupnya bersama Abdullah di Kuala Lumpur baru-baru ini berlangsung dalam suasana mesra.
"Tiga kali saya beritahu Perdana Menteri, hanya kerana tiada Ahli Parlimen BN melompat parti pada 14 Mei lalu, ia bukan bermakna perkara itu mustahil berlaku selepas ini. Walaupun kerajaan mendakwa komited menangani isu di Sabah, saya tidak nampak kesungguhan ke arah itu," katanya.
Mengenai kemungkinan SAPP menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata, isu meninggalkan BN atau beralih kepada komponen lain tidak berbangkit kerana tumpuan parti itu ialah mendapatkan semula autonomi politik Sabah.
Katanya, SAPP tidak berminat menyerahkan autonomi berkenaan dengan menjadi sebahagian daripada pakatan lain.
Yong juga mengakui pernah menemui Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak dua kali, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur.
PROFIL: Datuk Yong Teck Lee
- Dilahirkan pada 1958.
- Berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn London.
- Berkecimpung dalam politik menerusi PBS sejak 1985.
- Menjadi Adun Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002.
- Menubuhkan SAPP pada 21 Januari 1999.
- Menjadi Ketua Menteri Sabah ke-10 di bawah sistem penggiliran dari Mei 1996 hingga Mei 1998.
- Hilang kelayakan sebagai Adun Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah.
- Tidak dibenar bertanding pilihan raya selama lima tahun dan terlepas Pilihan Raya Umum 2004.
KRONOLOGI:
- 19 Januari 1994 - Datuk Yong Teck Lee meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan meninggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS).
- 20 Januari 1994 - Yong bersama Datuk Yee Lung Fook dan Datuk Tham Nyip Shen ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan SAPP sebagai parti dengan Yong bertindak selaku Presiden Penaja.
- 21 Januari 1994 - Pendaftaran SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru.
- 22 Januari 1994 - Yong sah sebagai Presiden SAPP pertama hingga hari ini.
- Februari 1994 - menyertai Barisan Nasional (BN).
- 18-19 Februari 1994 - Pertama kali menyertai pilihan raya negeri berikutan pembubaran DUN Sabah pada 10 Januari 1994.
- 8 Mac 2008 - Memenangi empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12. Yong tidak bertanding.
0 comments Labels: Berita Harian, keluar BN
"SAPP tikam kawan dari belakang" Nik Aziz
| KLpos | | |
0 comments Labels: keluar BN, klpos, TGNA
Thursday, June 19, 2008
Analisis: Satu lagi parti akan ikut jejak SAPP, Gerakan atau MCA?
| | | |
| Oleh Mohd Sayuti Omar | |
| Khamis, 19 Jun 2008 | |
| ORANG paling terkjut dengan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar dari gabungan BN hari ini ialah (18 Jun 2008) Abdullah Ahmad Badawi. Keputusan itu memberi signifikan kepada Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN. Alasan parti itu keluar BN kerana mereka hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri. Tidak percaya ini adalah kes berat. Ia samalah dengan makmum tidak percaya kepada imam. Apabila makmum hilang keyakinan kepada imam, maka makmum itu akan bertindak mufaraqah – meninggalkan imam berkenaan daripada meneruskan sembahyang bersama. Anihnya juga sebelum ini Abdullah tidak tahu menahu yang parti berkenaan akan meninggalkan BN. Isyarat yang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) berikan juga tidak dipedulikan. Kalau benar Abdullah tidak tahu seperti mana dakwanya ini bermakna beliau memang tidak layak menjadi pengerusi sebuah gabungan seperti BN itu. Malu dan aiblah kalau seorang pengerusi tidak mengetahui apa yang sedang berlaku dalam periuk nasi rumah tangganya! Dalam konteks politik apa yang berlaku itu sebagai temparan kepada kepimpinan Abdullah apa lagi SAPP bercadang untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Abdullah di Parlimen. Ekoran peristiwa malang itu, apa yang membimbangkan Abdullah ialah apabila seorang makmum sudah mufaraqah pemerintahannya maka ia pasti akan diikuti oleh makmum yang lain. Kalau gabungan BN kini boleh dianggapkan sebagai sebuah jemaah sedang mendirikan solat dengan jemaah seramai 14 orang dan solat itu sedang diimami oleh Imam Hadhari Abdullah Badawi kini salah seorang makmumnya sudah meninggalkan imam berkenaan. Tentu ada sebab-sebab dan hujah kemas mengapa makmum berkenaan mengambil langkah yang dihalalkan itu. Sekiranya imam berkenaan benar-benar sudah batal dan tidak dapati diikuti tidak mustahil makmum-makmum lain juga akan turut sama memufaraqah sembahyang berkenaan dan mencari imam lain. Perlu diingat mengikuti seorang imam yang melakukan perbuatan membatalkan sembahyang menyebabkan sembahyang kita juga akan turut terbatal kalau tidak meninggalkannya! Dalam hubungan tindakan Teck Lee itu kalau Yong Teck Lee nampak akan kesilapan dan kesalahan Abdullah, tentu pemimpin parti lain juga ikut nampak sama dan kemungkinan akan mengambil tindakan sama seperti parti Maju Sabah itu. Kemungkinan dan perkembangan inilah yang menakut dan merisaukan Abdullah. Sudah pasti sejak semalam Abdullah sudah mula mengubah tabiat hidupnya daripada banyak tidur kepada banyak jaga. Abdulah tidak lagi boleh terlalu lena kerana keadaanya sudah terdesak dan mencemaskan. Bayangkan apa akan jadi kepada gabungan BN kalau selepas ini ada dua tiga buah lagi parti gabungannya bertindak meninggalkan BN? Seperti mana dakwa pemimpin PKR, Mohd Azmin Ali terdapat dua buah parti komponen BN yang akan bertindak keluar BN. Dakwaan Azmin itu sudah menjadi kenyataan. Sementara itu dari maklumat tertentu, terdapat satu komponen BN dikatakan bakal mengambil tindakan sama seperti Parti Maju Sabah lakukan itu. Komponen itu kali ini datangnya dari Semenanjung. Pasti sekali lagi desas desus ini menyebabkan Abdullah semakin tidak boleh tidur. Ada dua parti dari Semanjung yang menampakkan tanda-tanda akan keluar BN, kalau tidak Gerakan ia mungkin MCA. Sudah pasti maklumat ini akan dinafikan oleh para pemimpin Umno seperti terjadi ke atas Parti Maju Sbaah itu. Naib Presiden Umno Mohd Ali Rustam mengatakan pendedahan yang dibuat Ku Li berhubung tindakan parti Maju Sabah itu sebagai gimik saja. Nah... sekarang apa sudah jadi Yong Teck Lee benar-benar membawa SAPP keluar dari BN. Apakah yang berlaku itugimik lagi? Ataunya memang benar-benar mengagapkan pemimpin Umno! Kita tunggu perkembangan selanjutnya.... |
0 comments Labels: keluar BN, klpos, msomelayu
Wednesday, June 18, 2008
Tunggu 'tsunami kedua' Sabtu ini
| KLpos | | |
| Oleh Bernama | |
| Rabu, 18 Jun 2008 | |
| PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti ini telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai "wakil rakyat" bebas. Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan "wakil rakyat" bebas ini, anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah.
"Tunggu Sabtu ini. Ia boleh menjadi satu lagi tsunami politik," kata seorang pembantu kepada presiden SAPP "Kita tidak mahu itu. Apa yang kita mahu ialah jika ada mana-mana parti politik di negeri itu, ia hendaklah sebuah parti yang beribu pejabat di Sabah dan yang menjaga hal ehwal orangnya," katanya dalam temubual dengan Bernama di Kota Kinabalu baru-baru ini. "Kita tidak jangka diri kita menyertai sebarang parti pembangkang dari Semenanjung jika kita fikir untuk meninggalkan BN. Mungkin dalam aspek sebuah campuran yang kecil (dengan parti pembangkang dari semenanjung)," tambah beliau. Yong, bagaimanapun, enggan mengatakan sama ada SAPP sendiri akan meninggalkan BN. "Kita tunggu dan lihat," kata Yong, yang telah mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong satu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen Isnin ini. Beberapa pemimpin SAPP, ketika ditemui, membayangkan bahawa beberapa ahli politik negeri daripada parti lain menunjukkan minat untuk menyertai "campuran wakil bebas". "Ia bukan hanya SAPP. Ia akan menjadi campuran bebas yang besar anggota Parlimen dan ADUN , sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang," kata seorang pemimpin yang enggan dinamakan. Difahamkan kira-kira 10 hingga 18 anggota Parlimen dan ADUN Sabah akan mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dan sebagai permulaan "sekumpulan wakil bebas" dalam masa beberapa hari saja. "Tunggu Sabtu ini. Ia boleh menjadi satu lagi tsunami politik," kata seorang pembantu kepada presiden SAPP itu kepada Bernama. Sementara itu, seorang pemerhati politik berkata beberapa anggota Parlimen dari Sabah akan mengumumkan pendirian mereka dalam BN selepas SAPP mengadakan mesyuarat tergempar majlis tertingginya Jumaat ini. |
0 comments Labels: keluar BN, klpos, Sabah
Presiden SAPP Bayangkan Wakil Campuran Bebas
Oleh Alan Ting
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti ini telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai "wakil rakyat" bebas.
Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan "wakil rakyat" bebas ini, anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah.
Yong, yang lantang dengan keputusan politik Abdullah mengenai Sabah dan yang beliau sifatkan sebagai langkah "tidak popular" berkaitan dengan kenaikan harga bahan api dan isu pendatang haram di negeri itu, berkata bahawa mereka tidak berminat untuk menyertai parti pembangkang di semenanjung."Kita tidak mahu itu. Apa yang kita mahu ialah jika ada mana-mana parti politik di negeri itu, ia hendaklah sebuah parti yang beribu pejabat di Sabah dan yang menjaga hal ehwal orangnya," katanya dalam temubual dengan Bernama di Kota Kinabalu baru-baru ini.
"Kita tidak jangka diri kita menyertai sebarang parti pembangkang dari Semenanjung jika kita fikir untuk meninggalkan BN. Mungkin dalam aspek sebuah campuran yang kecil (dengan parti pembangkang dari semenanjung)," tambah beliau.
Yong, bagaimanapun, enggan mengatakan sama ada SAPP sendiri akan meninggalkan BN.
"Kita tunggu dan lihat," kata Yong, yang telah mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong satu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen Isnin ini.
Beberapa pemimpin SAPP, ketika ditemui, membayangkan bahawa beberapa ahli politik negeri daripada parti lain menunjukkan minat untuk menyertai "campuran wakil bebas".
"Ia bukan hanya SAPP. Ia akan menjadi campuran bebas yang besar anggota Parlimen dan ADUN , sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang," kata seorang pemimpin yang enggan dinamakan.
Difahamkan kira-kira 10 hingga 18 anggota Parlimen dan ADUN Sabah akan mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dan sebagai permulaan "sekumpulan wakil bebas" dalam masa beberapa hari saja.
"Tunggu Sabtu ini. Ia boleh menjadi satu lagi tsunami politik," kata seorang pembantu kepada presiden SAPP itu kepada Bernama.
Sementara itu, seorang pemerhati politik berkata beberapa anggota Parlimen dari Sabah akan mengumumkan pendirian mereka dalam BN selepas SAPP mengadakan mesyuarat tergempar majlis tertingginya Jumaat ini.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, keluar BN, Sabah
Kenyataan media ahli Parlimen SAPP Sepanggar
| | | |
| Oleh Eric Enchin Majimbun | |
| Rabu, 18 Jun 2008 | |
| DALAM ketetapan untuk mengukuhkan perlaksanaan dan kestabilan politik, rakyat Malaysia khasnya di Sabah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kini. Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskannya dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas. Maka dengan ini, saya mengistiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kini. Saya menurunkan tandatangan, Eric Enchin Majimbun |
0 comments Labels: keluar BN, kenyataan media, klpos, Pak Lah undur
Undi tidak percaya pada PM, Anwar ucap tahniah pada SAPP
KUALA LUMPUR, 18 Jun (SK)- Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dua Ahli Parlimen parti berkenaan diatas ketegasan dan keberanian parti berkenaan untuk mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SAPP awal petang tadi, parti berkenaan yang menjadi salah sebuah parti komponen BN di negeri Sabah akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Abdullah Badawi apabila Dewan Rakyat yang akan bersidang Isnin ini.
“Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dua Ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah,” kata Anwar Ibrahim dalam blognya, Anwaribrahimblog.com
SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan undangan negeri berkenaan.
Menurut Anwar beliau telah mengadakan dua perbincangan sebelum ini bersama Presiden SAPP Yong Teck Lee dan pimpinan SAPP, dan isu pokok berkaitan perbincangan adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban.
Anwar turut mengatakan bahawa jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah.
“Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.
Dengan melahirkan rasa gembira dengan tindakan awal ini, Anwar menyeru supaya Ahli-ahli parlimen lain untuk segera bertindak bagi menjamin polik yang stabil dan pengurusan ekonomi yang cekap.
“Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil,” katanya lagi.
0 comments Labels: DSAI, keluar BN, Sabah, suara keadilan
SAPP hilang yakin, sokong undi tidak percaya ke atas Pak Lah
Mstar Online
18-06-2008 10:02:10 PM
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Parti Maju Sabah (SAPP), ditubuhkan 14 tahun lalu, sebagaimana dijangkakan membuat keputusan 'penting' hari ini - mengisytiharkan yang partinya telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Justeru, SAPP akan menyokong undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat pada 23 Jun ini.
Dewan Rakyat mula bersidang Isnin ini.
Pendirian itu dikemukakan sehari selepas Abdullah,. yang berada di Kota Kinabalu semalam menegaskan, beliau tidak dimaklumkan ada parti komponen Barisan Nasional (BN) akan keluar untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mahu agar SAPP disingkirkan daripada BN.
Sambil menyifatkan tindakan SAPP sebagai tidak "berdisiplin, tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab", beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, SAPP juga memperlihatkan ia tidak sabar dalam tuntutannya untuk mendapatkan jawatan Kabinet.
Pakatan Rakyat pula menyatakan pendirian bahawa pihaknya akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Abdullah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Ini berita baik kepada saya tetapi kami dalam Pakatan Rakyat memang menyambut baik penyertaan oleh anggotaanggota baru dalam gabungan itu, tetapi kita perlu bekerja sama ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat," kata beliau di Shah Alam petang tadi.
Menurut Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, dua Ahli Parlimen parti itu iaitu wakil rakyat Sepanggar dan Tawau akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
"Sama ada usul itu akan dibentangkan oleh Ahl iParlimen kami atau anggota Parlimen lain, akan diputuskan mengikut keadaan," kata beliau pada sidang akhbar di Kota Kinabalu.
Mengulas lanjut keputusan SAPP, Yong berkata, keputusan parti itu adalah untuk memberikan mesej kepada Kerajaan Pusat bahawa SAPP tidak lagi bertolak ansur dengan sikap tidak sensitif mereka terhadap isu di Sabah yang disifatkannya "adalah nyata dan serius."
"BN tiada lagi di Sabah... pada zahirnya ia wujud tetapi pengisiannya tiada,"
"Bagaimanapun, kedudukan kami dalam BN akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi SAPP pada Jumaat ini," katanya.
SAPP, sebuah parti politik majoritinya kaum Cina di Sabah, adalah satu daripada 14 parti komponen BN yang menerajui kerajaan persekutuan.
Ia ditubuhkan pada 1994 dan kini mempunyai tiga anggota di Dewan Rakyat.
Yong, bekas Ketua Menteri Sabah berkata, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi, telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani.
Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui juga membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangani.
Eric dijadual pulang ke Malaysia bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 23 Jun.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Eric berkata: "Dalam ketetapan untuk mengukuhkan pelaksanaan dan kestabilan politik, rakyat Malaysia khasnya di Sabah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri."
"Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskannya dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini, saya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri," kata Eric.
Chua pula berkata: "Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Abdullah."
"Tengku Razaleigh Hamzah dan pemimpin Umno yang lain telah juga mendesak pemimpin mereka berundur.
"SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab berkesan, dia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk mengambil alih," katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berada di Kota Kinabalu memberitahu beliau tidak dimaklumkan mengenai ada parti komponen BN di Sabah akan keluar dalam waktu terdekat.
Jelas Abdullah, beliau tidak tahu mengenai sebarang langkah sebuah parti komponen BN atau anggota-anggota Parlimen meninggalkan BN dan membentuk sebuah gabungan bebas.
Kini di Dewan Rakyat BN mempunyai 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 82 kerusi.
Umno mempunyai 79 kerusi, MCA (15), MIC (tiga), Gerakan (dua), PBB (14), SUPP (enam), SPDP (empat), PRS (enam), Upko (tiga), PBS (tiga), PBRS (satu) dan LDP (satu).
Kelmarin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tidak ada sebarang petunjuk sehingga ini yang sebuah parti komponen BN negeri akan meninggalkan gabungan itu dan beliau menyifatkannya hanya spekulasi.
Malah pada hari yang sama, Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan turut menafikan yang partinya akan meninggalkan BN.
Beliau berkata parti itu tidak ada membincangkan perkara itu dan memberi jaminan SAPP akan kekal sebagai parti komponen BN.
Pada Sabtu lalu, bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa akan ada sebuah parti komponen BN akan keluar menjelang hujung bulan ini.
Desas-desus melompat parti yang ditimbulkan semula oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak seminggu lalu.
Anwar telah berulang kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan menjelang 16 September. Ia mempunyai 82 kerusi di Parlimen dan memerlukan 30 wakil rakyat yang sanggup melompat parti.
Desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen BN akan menyertai kendengaran sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan kebanyakannya membabitkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
Ditanya sama parti itu menjangka akan disingkirkan daripada BN, Yong berkata: "Kami telah membuat pendirian dan kami akan menanggung akibatnya."
Yong berkata, beliau tidak mempunyai masalah peribadi terhadap Perdana Menteri, malah pertemuan terakhir dengan Abdullah pada 13 Mei lepas di Kuala Lumpur berlangsung dengan mesra.
"Pada masa itulah saya menyatakan dengan agak jelas supaya saya tidak disalah faham. Saya menyatakannnya tiga kali bahawa walaupun tidak akan berlaku (anggota BN) melompat parti seperti yang dispekulasikan, Perdana Menteri tidak seharusnya mengetepikan kemungkinan perkara ini tidak akan terjadi pada masa depan kerana isuisu yang berlaku adalah nyata, anggota Parlimen ini serius," katanya.
Yong berkata, usul undi tidak percaya itu akan diteruskan meskipun jika parti itu masih dalam BN.
Mengenai kemungkinan SAPP menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata isu itu tidak timbul.
0 comments Labels: keluar BN, mstar online, Sabah
Azmin: Dua parti akan tinggalkan BN
| Malaysiakini |
| Jun 17, 08 3:56pm |
| Ketika dua komponen BN menafikan akan melompat kepada Pakatan Rakyat, pemimpin PKR masih yakin ahli-ahli parlimen BN akan meninggalkan parti mereka "sebelum tarikh akhir 16 September." |
1 comments Labels: keluar BN, malaysiakini

"Kami dapat meramalkan penyertaan pemimpin Umno secara beramai-ramai ke dalam PKR dan fenomena ini adalah berterusan.







Dakwaan mengenai perkara itu tersebar luas di internet sejak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, dua daripada empat ahli Parlimen yang akan melompat parti itu, adalah dari Umno.
Naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali dilaporkan berkata perundingan antara partinya dengan wakil-wakil rakyat BN "berjalan lancar", termasuk dalam kalangan Umno.