+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 24, 2008

Azizah: Saya sedia jadi PM

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Apr 24, 08 4:52pm

Dr Wan Azizah Ismail berkata beliau bersedia menjadi perdana menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat berjaya mendapat majoriti dua pertiga susulan peralihan sokongan wakil-wakil Barisan Nasional.

"Saya bersedia, insya Allah. Ini kejutan baru kepada saya.

black 14 questioning 160408 wan azizah"Saya menyertai gelanggang politik (pun) secara mengejut, saya menjadi ketua pembangkang (pun) secara mengejut," kata presiden PKR kepada wartawan di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau bersedia menjadi perdana menteri apabila Pakatan berjaya mempengaruhi lebih 30 wakil BN untuk beralih kepada gabungan pembangkang.

Dr Wan Azizah, kini ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata, kerajaan Malaysia boleh "bertukar pada bila-bila masa".

Ketika ditanya mengapa tumpuan menarik ahli parlimen BN kepada Pakatan Rakyat ditumpukan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata "itu urusan suami saya."

"Saya juga tidak pasti bila mereka akan menyertai Pakatan Rakyat tetapi kita tidak paksa mereka.

"Sesiapa yang nak masuk Pakatan hendaklah atas niat meninggalkan parti perkauman dan menegakkan keadilan," tambahnya.

Ahli parlimen Permatang Pauh berkata, bagaimanapun, Pakatan memberikan lebih keutamaan kepada usaha mengukuhkan barisan pembangkang dahulu.

Semalam ketua umum PKR Datuk Seri Anwar berkata, beberapa ahli parlimen BN di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September.

"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, semalam.

Menurutnya, mereka dijangka menyertai bila-bila masa sama ada, termasuk bulan depan, hari kemerdekaan (31 Ogos) atau hari ulang tahun pembentukan Malaysia (16 September).

"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.

Azizah mula diuar-uarkan sebagai calon perdana menteri sejak pertengahan bulan ini apabila suaminya, yang dianggap pemimpin de facto pembangkang, tidak menjelaskan bila akan bertanding dan menang kerusi parlimen dalam satu pilihanraya kecil.

Semalam, bagaimanapun, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini".

Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan memegang jawatan itu tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi".

"(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya.

Read More...

5 Umno assmblymen turned down offers to serve Penangites


The Sun


GEORGE TOWN (April 23, 2008): Five Umno assemblymen were offered seats in Penang's administrative committees recently but they were directed to turn down the offers due to party policy.

Penang Umno liaison committee secretary and state opposition chief Datuk Azhar Ibrahim said it is the Barisan Nasional (BN) and Umno's policy that its assemblymen should not accept any offer to serve in the Pakatan Rakyat (PR) state government.

"We want to give the PR a 100% free hand to do whatever they like in running the state, so we do not want to be involved," he told theSun in a telephone interview.

Azhar said PR had made a lot of promises to the public during the general election, "so lets see how they fulfil their promises". "We believe they are trying to do a good job, so lets see what they can do."

The five assemblymen offered to sit in administrative committees were Sungai Acheh assemblyman Datuk Mahmud Zakaria, Pulau Betong assemblyman Muhamad Farid Saad, Teluk Bahang assemblyman Datuk Dr Hilmi Yahya, Seberang Jaya assemblyman Arif Shah Omar Shah and Teluk Ayer Tawar assemblyman Datuk Jahara Hamid.

Penang Agriculture & Agro-Based Industry, Rural Development and Flood Mitigation Committee chairman Law Choo Kiang, said he offered Mahmud, Muhamad Farid, Jahara and Hilmi to sit in "my committees".

"They reportedly said it was a 'political trap' but they are wrong. It's a sincere gesture for them to continue to contribute to the public," he said, adding that "what we are doing is to create a new political culture".

"Just because they are the Opposition does not mean they can't join in in the state administration to contribute to the people," he said.

Penang Health, Welfare and Caring Society Committee chairman Phee Boon Poh, who also offered Mahmud a position, said: "This is a way for the Opposition to learn about what's happening within the state administration without having to rely on hearsay all the time. Their refusal to accept the offers only reflect their quality and sincerity to serve the people."

Penang Domestic Trade and Consumer Affairs Committee chairman Abdul Malik Kassim said: "I just want the people in their constituencies, Seberang Jaya and Sungai Acheh, to be represented in my portfolio. It is not because we need their help and that we will fail without them."

Abdul Malik had offered Arif Shah and Mahmud to sit in his committee.

Deputy Chief Minister II Prof P. Ramasamy said the appointment of people to any of the state administrative committees were based on their abilities and not on political affiliations.

"We don't invite them to sit in just because they are from a certain political party," he said.

Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin concurred, adding that it is more important to ensure that the people they invited are clean, dedicated and efficient.

Other than former Gerakan deputy secretary-general Datuk Lee Kah Choon who has taken up positions in Penenag Development Corporation offered by Penang Chief Minister Lim Guan Eng, former Penang BN secretary Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman, 71, also accepted his reappointment as deputy chairman of the Penang Appeals Board.

Former Bukit Tambun assemblyman Lai Chew Hock is also serving on the Penang International Dragon Boat Festival committee as vice-chairman.

"I have been in this committee for many years and I feel that I can still continue to contribute towards the festival, that's why I am still in this committee," he said.

Penang Tourism Development, Culture, Arts and Heritage Committee chairman Law Heng Kiang said: "There should not be any calls for Lai to pull out as it is a sports event and not a political event."

It is learnt that former Penang state executive councillor Datuk Dr Toh Kin Woon is still a director of Socio-Economic and Environmental Research Institute (Seri), the state government's think-tank. He could not be reached for comment.

For more stories, click the headlines in OTHER STORIES

Read More...

KDN hidupkan semula Makkal Osai

Malaysiakini

Apr 24, 08 3:20pm

kemaskini 5:50pm Kerajaan tiba-tiba berubah fikiran seminggu selepas mengharamkan penerbitkan akhbar harian berbahasa Tamil, Makkal Osai - yang dianggap tindakan bertentangan dengan hasrat perdana menteri mendengar hasrat rakyat dalam pilihanraya umum lalu.

Permit penerbitannya telah diperbaharui dan akhbar berkenaan akan dikeluarkan seperti biasa mulai Sabtu ini.

Kelulusan tanpa syarat Kementerian Dalam Negeri itu diperolehi jam 3.30 petang ini, kata pengurus besarnya SM Periasamy.

Beliau berkata, kegagalan menerbitkan harian itu dalam tempoh tersebut mengakibatkan kerugian sekurang-kurangnya RM400,000.

makkal ossai anwar ibrahim black 14 160408Pada 16 April lalu, akhbar tersebut menerima surat dari pada KDN memaklumkan permit penerbitannya tidak diperbaharui sejak tamat Oktober tahun lepas.

Kementerian itu tidak menyatakan sebab-sebab lesen penerbitan tidak dilanjutkan.

Dalam sidang medianya untuk mengumumkan berita baik itu, Periasamy turut mengucapkan terima kasih kepada KDN.

Harian tersebut yang dikait rapat dengan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam, kemudiannya membuat rayuan.

Sumber-sumber dalaman syarikat itu mendakwa tindakan kementerian diambil terhadap Makkal Osai dipercayai kerana memberi liputan meluas terhadap berita-berita mengenai pembangkang dan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

Harian terbaru itu diterbitkan mulai 2005, menyertai dua lagi akhbar untuk etnik India, Tamil Nesan dan Malaysia Nanban.

Makkal Osai, yang berpejabat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, menggajikan kira-kira 100 kakitangan.

Makkal Osai atau "suara rakyat" - diterbitkan sebagai tabloid mingguan sejak 1990 selepas Tamil Osai tidak lagi beroperasi - diedarkan sebanyak 52,000 naskhah sehari.

Selang beberapa hari selepas pengharaman harian Tamil ini, menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar bercadang melonggarkan syarat-syarat permit penerbitan akhbar yang kini wajib diperbaharui setiap tahun.

Dengan cadangan baru itu yang disuarakan beliau hujung minggu lalu, penerbit akhbar hanya perlu memohon lesen sekali sahaja dan permit yang diberikan bawah APMC tidak perlu diperbaharui setiap tahun seperti amalan kini.

Syed Hamid berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kabinet tidak lama lagi.

Read More...

Inflasi negara rendah - Indeks Harga Pengguna hanya meningkat 2.6% hingga Mac

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, indeks bagi tempoh itu ialah 107.8 berbanding 105.1 dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

IHP ialah ukuran perubahan purata harga kumpulan barangan dan perkhidmatan terpilih dalam satu tempoh tertentu.

Menurut jabatan itu, indeks bulan Mac pula meningkat sebanyak 2.8 peratus kepada 107.9 berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Jabatan itu berkata, bagaimanapun IHP bagi bulan Mac kekal tidak berubah pada 107.9 dibandingkan dengan bulan Februari lalu.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) meramalkan kadar inflasi di Malaysia akan meningkat antara 2.5 peratus hingga 3 peratus pada tahun ini berbanding 2 peratus tahun lalu.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pula menjangkakan kenaikan kadar inflasi itu tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga barangan dan minyak dunia.

Negara jiran Singapura, misalnya, dilaporkan mengunjurkan kadar inflasi yang meningkat melebihi 4 peratus pada tahun ini.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, indeks bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol di Malaysia menunjukkan perubahan peratus yang tinggi sebanyak 4.9 peratus.

Indeks bukan makanan meningkat 1.8 peratus bagi bulan Mac 2008 berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Dibandingkan dengan bulan Februari, indeks makanan dan minuman bukan alkohol pada bulan Mac mengalami penurunan sebanyak 0.1 peratus.

Menurut kenyataan itu, indeks makanan dan minuman bukan alkohol bagi Januari hingga Mac 2008 meningkat 4.4 peratus, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.3 peratus) dan pengangkutan (0.9 peratus).

Tiga kumpulan utama tersebut menyumbang 71 peratus kepada kenaikan keseluruhan IHP yang dicatatkan dalam tempoh semasa, kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, indeks makanan di luar rumah dan indeks kopi teh, koko dan minuman bukan alkohol menunjukkan kenaikan masing-masing 0.2 dan 0.3 peratus.

Dari segi pecahan, kenaikan indeks makanan dan minuman bukan alkohol meningkat sebanyak 4.4 peratus, indeks makanan di rumah 4.4 peratus, makanan di luar rumah naik 4.3 peratus manakala kopi, teh, koko dan minuman bukan alkohol meningkat 5.8 peratus.

Antara sub kumpulan makanan di rumah yang mengalami kenaikan dalam tempoh ini ialah susu, keju dan telur yang naik 12.3 peratus; beras, roti dan bijirin (+5.7 peratus); daging (+4.9 peratus); ikan dan makanan laut (+3.0 peratus); buah-buahan (+2.8 peratus); gula, jem, madu, coklat dan manisan (+1.7 peratus); sayur-sayuran (+1.6 peratus) serta minyak dan lemak (+1.4 peratus).

Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, pengiraan IHP di negara ini perlu dikaji semula mengikut kawasan supaya ia memberi gambaran sebenar tentang inflasi sebenar dalam negara.

“Jika tidak, IHP yang dicatatkan hanyalah purata dan mewakili sekumpulan pengguna sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N. Marimuthu pula berpendapat pengiraan IHP perlu dibahagikan kepada dua kategori iaitu bagi IHP bandar dan IHP luar bandar.

Read More...

Malaysian King orders HINDRAF leaders to complete jail term

Malaysia News.Net

Thursday 24th April, 2008 (ANI)

Kuala Lumpur, Apr.24 : Malaysian King Sultan Mizan Zainul Abidin has ordered the five Hindu Rights Action Force (HINDRAF) leaders, detained under the Internal Security Act (ISA), to serve their two-year jail term.

In a statement issued on Wednesday, Karpal Singh, the lawyer representing the HINDRAF Five, said the King's order had come through the Home Ministry's Security and Public Order Division officer Mohamad Irza Dahari.

According to the New Strait Times, the letter said the Prime Minister's Advisory Board had forwarded its recommendation to the king who issued the order on March 26, following an appeal by the five.

They are detained for allegedly organising an illegal rally in November last year.

Read More...

Yang di-Pertuan Agong Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-213

Bernama

24 April, 2008 15:59 PM


KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-213 di Istana Negara di sini Khamis.

Pada mesyuarat itu, Seri Paduka diringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dalam kenyataan hari ini, mesyuarat membincangkan perkara berkaitan pertahanan, keselamatan dan pelantikan.

Kesemua Sultan dan Yang di-Pertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Sultan Pahang, Sultan Johor, Sultan Perak dan Sultan Terengganu yang masing-masing menghantar wakil.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, Sultan Perak oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, dan Sultan Terengganu diwakili oleh Yang di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Turut hadir ialah menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

-- BERNAMA

Read More...

Ng Yen Yen: Negeri pembangkang tidak disisihkan

Mstar Online

24-04-2008 05:31:57 PM
oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Semua program akan dijalankan seperti biasa termasuk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Dr Ng Yen Yen.

“Tidak ada sebarang perubahan, jika masyarakat memerlukan bantuan... kita akan berikan bantuan,” katanya di sini, Khamis.

Dr Ng berkata kementeriannya akan terus memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa perlu mengambil kira faktor fahaman politik.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan Agensi Peringkat Ibu Pejabat, Negeri, Daerah dan Institusi.

Konvensyen yang diadakan itu merupakan peluang pertama beliau bertemu dengan semua pengarah dan pegawai seluruh negara yang berada dibawah kementeriannya selepas memegang portfolio berkenaan selepas pilihan raya lalu.

Beliau juga mengumumkan kementeriannya akan melaksanakan ‘Program Cari’ yang bertujuan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, orang miskin untuk diberikan bantuan sama ada dari segi kewangan, kemahiran mahupun khidmat nasihat.

“Melalui Program Cari, kita akan turun padang bagi mengumpul maklumat yang lebih terpeinci mengenai kumpulan sasaran (kementerian),” katanya.

Menurut Dr Ng, data-data yang dikumpul akan disalurkan kepada kementerian atau agensi-agensi lain yang berkaitan untuk diambil tindakan selanjutnya.

Sambil mengambil contoh bahawa tanggungjawab untuk menyediakan perumahan kepada mereka yang tidak mampu bukan berada dibawah kementeriannya, jadi maklumat berkaitan itu akan disalurkan kepada kementerian atau agensi yang terbabit.

Selain itu kerjasama erat dengan badan bukan kerajaan (NGO), akan terus diberi perhatian yang sewajarnya kerana beliau menganggap NGO adalah rakan kongsi yang baik dalam menjayakan dasar dan program kementerian.

“Kita akan susun semula semua NGO yang berada dibawah kementerian untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat dihulurkan,” ujarnya lagi.

Sepanjang tahun 2007, sebanyak RM22 juta telah diperuntukkan kepada 222 NGO diseluruh negara untuk menjalankan aktiviti.

Sementara itu, dalam ucapannya beliau turut menegaskan mengenai pentingnya pelaksanaan program ‘K4K’ (komuniti untuk komuniti) sebagai langkah meningkatkan peranan komuniti dan kejiranan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang selamat.

Katanya, peranan untuk menjaga keselamatan bukan sahaja terletak kepada anggota keselamatan semata-mata, sebaliknya komuniti juga harus memikul tanggungjawab yang sama.

Beliau juga berharap agar peranan lelaki, wanita dan institusi kekeluargaan dapat diselaraskan agar matlamat untuk mewujudkan masyarakat penyayang dapat dilaksana.

“Kita harus ingat kementerian ini bukan hanya untuk wanita, sebaliknya untuk pembangunan masyarakat serta institusi kekeluargaan,” katanya.

Read More...

PAS sudah lama protes projek keretapi laju ke Singapura

Harakahdaily

Roy Rasul

Thu | Apr 24, 08 | 10:36:48 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) - Projek kereta api laju Kuala Lumpur - Singapura sudah lama dipertikai dan dibantah oleh PAS, kata Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli.

Kerana itu katanya, PAS menyokong penuh pendirian kerajaan untuk membatalkan projek tersebut.

Katanya, ini kerana masalah pengangkutan awam di bandaraya Kuala Lumpur dan di bandar lain di negara ini belum lagi sempurna.

Beliau berkata sewajarnya kerajaan perbaiki jalan-jalan berkenaan daripada membangunkan projek mega tersebut.

"Yang penting bagi PAS setiap projek yang hendak dibangunkan boleh memberi manfaat kepada rakyat tetapi projek keretapi laju itu bukan untuk dapat dinikmati semua orang," katanya semasa diminta mengulas mengenai pembatalan projek berkenaan oleh kerajaan semalam.

Media dipetik melaporkan, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan projek pembangunan sistem keretapi laju yang menghubung Kuala Lumpur - Singapura kerana projek itu memerlukan kos yang terlalu tinggi.

Ini kata, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Sulaiman Mahbob, kerajaan membatalkan projek tersebut kerana berdasarkan model kewangan yang dibentangkan syarikat konsesi, kita perlu menanggung beban kos kewangan besar.

Sementara itu, Dr Hatta berkata, adalah wajar projek kereta api itu dibatalkan kerana kemudahan untuk berulang-alik ke kota Singapura sudah wujud umpamanya lebuh raya Johor - Singapura.

Beliau berkata, apa yang perlu dilaksanakan kerajaan ialah perbaiki sistem pengangkutan awam negara ini dengan lebih sempurna.

Tambahan pula katanya, banyak jalan-jalan yang dibina di negara ini rosak malah ada yang tidak diperbaiki.

"Bagi PAS kalau itu yang menjadi sebab kerajaan membatalkan projek tersebut memang wajib disokong," katanya.

Namun katanya, jika pembatalan tersebut dibatal atas sebab sesuatu yang ingin disembunyikan atau mahu menyindir seseorang ia perlu dijelaskan kepada rakyat.

Malah katanya, kerajaan sewajarnya menjelaskan kepada rakyat jumlah kos yang ditanggung kerajaan sebenarnya sehingga mereka membatalkan projek berkena

Read More...

Najib Tolak Kemungkinan Akan Ada Anggota BN Lain Keluar Parti

Bernama

24 April, 2008 17:25 PM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau tidak menjangkakan ada di kalangan anggota Barisan Nasional (BN) yang akan mengikuti jejak bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon dengan meninggalkan parti.

Timbalan Perdana Menteri berkata semua anggota BN termasuk dari parti-parti komponen diminta agar taat dan setia kepada parti memandangkan BN telah banyak berjasa kepada negara.

"BN jugalah yang telah memberikan kemenangan kepada mereka dalam pilihan raya baru-baru ini kerana mereka bertanding atas tiket BN.

"Mereka perlu menaruh keyakinan bahawa masa depan negara kita akan lebih terjamin dengan BN," katanya ketika mengulas tindakan Lee yang bertindak meninggalkan Gerakan kerana menerima tawaran dari kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang.

Lee yang sebelum ini meletakkan semua jawatan di dalam parti, semalam mengisytiharkan dirinya keluar dari Gerakan ekoran menerima dua jawatan utama dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest-Penang Berhad.

Beliau dalam kenyataannya berkata penarikan diri itu adalah kerana keputusannya menerima tawaran kerajaan DAP tidak dapat diterima oleh pucuk pimpinan Gerakan.

Najib ketika mengulas keputusan tersebut berkata adalah sesuatu yang malang apabila Lee menerima tawaran itu kerana ia bertentangan dengan dasar BN yang tidak membenarkan anggota mereka menerima tawaran daripada pembangkang.

"Penerimaan tawaran itu menjadikan statusnya sebagai ahli BN tidak boleh dipertahankan lagi kerana kita tidak boleh menerima keadaan yang mana ahli-ahli dari parti komponen BN boleh menerima tawaran kerajaan pembangkang. Ini polisi BN yang sangat jelas," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beberapa anggota Parlimen BN di Sabah kini hanya menunggu masa untuk menyertai Pakatan Rakyat hanyalah satu permainan politik beliau.

"Dia boleh dakwa macam-macam, dia akan dakwa macam-macam. Itu semua sebahagian daripada permainan politik yang beliau mainkan," katanya.

-- BERNAMA


Read More...

Shabery: Saya percaya Anwar patut bimbang...

Mstar Online

24-04-2008 12:30:18 PM

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak bimbang mengenai khabar angin bahawa anggota Parlimen BN di Sabah mungkin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti didakwa oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sebaliknya, Pakatan Rakyat sepatutnya berasa bimbang dengan kemungkinan anggota Parlimen mereka menyertai BN ekoran kemarahan rakyat terhadap projek babi berteknologi tinggi RM100 juta di Selangor.

"Saya percaya dia (Anwar) patut bimbang, mungkin ada parti komponen Pakatan Rakyat itu akan bersama dengan BN. Orang banyak marah dengan apa yang berlaku di Selangor sekarang ini. Dia kena sedar, orang Melayu marah sekali.

"Bukan saya nak mainkan sentimen perkauman di sini. Bukan soal ternakan babi itu isu perkauman tetapi bukankah itu yang dijadikan `priority' (keutamaan) kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen selepas meninjau persiapan bagi penyiaran secara langsung sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

Ahmad Shabery berkata kedudukan Umno dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi masih kuat, dengan menguasai lebih 70 kerusi berbanding PKR dengan 31 kerusi.

Semalam Anwar mendakwa beberapa anggota Parlimen BN di Sabah sudah memutuskan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Yang menghalang mereka berbuat demikian ialah masanya belum sesuai. Malahan, anggota Parlimen berkenaan belum mengangkat sumpah di Parlimen. Kami tidak mahu tergesagesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu.

Mengenai persiapan bagi siaran langsung itu, Ahmad Shabery berkata beliau berpuas hati dengan infrastruktur yang terdapat di bangunan Parlimen bagi liputan siaran langsung itu.

Beliau berkata siaran langsung sidang Dewan Rakyat akan dapat membantu mempereratkan hubungan di antara rakyat dan kerajaan, dan menurutnya itu merupakan kehendak rakyat.

"Yang pentingnya bukan setengah jam itu, (siaran langsung) selama setengah jam itu adalah permulaan.

"Jika infrastruktur kita sudah dibina dengan baik, dari setengah jam ia boleh disambung selama satu jam ataupun berapa banyak yang kita hendaki," katanya.

Ahmad Shabery berkata kerajaan mungkin menimbangkan untuk memanjangkan tempoh siaran langsung sidang Dewan Rakyat sekiranya mendapat maklumbalas yang baik daripada orang ramai.

"Kita tak nak bazirkan duit rakyat. Sekiranya rakyat minat menonton dan ia tidak mengganggu waktu kerja mereka, tidak mustahil kami akan memanjangkan lagi siaran langsung tersebut.

"Kami juga mungkin akan membuat siaran ulangan pada waktu malam dan juga tidak mustahil RTM akan memaparkan siaran tersebut pada 'saluran' yang tersendiri, terutamanya sebab RTM sedang dalam proses didigitalkan," katanya. BERNAMA

Read More...

Malaysia: Anwar Says He Would Be A Much Better PM Than Abdullah Or Mahathir

Mysinchew

KUALA LUMPUR, MALAYSIA: Opposition figure Anwar Ibrahim said for the first time he would likely become prime minister if his coalition takes power, and vowed to clean up Malaysia's corruption and halt its colonial-era jailing of suspects without trial.

In an interview with The Associated Press on Tuesday (22 Apr), Anwar said he was in no hurry to take control of government despite his opposition alliance's spectacular gains in elections in March.

But when he was asked whether he would take the job of prime minister if his People's Alliance were to come to power, he said, "There is a likelihood."

Political commentators and aides have often talked about Anwar's prime ministerial ambitions, but this was the first time he spoke in depth about how he would handle the top job.

He said he would be a better prime minister than current leader Abdullah Ahmad Badawi and his predecessor Mahathir Mohamad.

"Well, I wouldn't detain people without trial," Anwar said, referring to a colonial-era law that allows for indefinite detention without charges. The law often was used by Mahathir, and Abdullah has exercised it a few times.

"I will check corruption for sure," Anwar said. "With the little experience I have (in the government), I believe I can do much better, but it is for people to judge. But first I have to be there to consider the question relevant."

Anwar was Mahathir's finance minister and deputy prime minister, and was once considered Mahathir's likely successor. But Mahathir sacked him in 1998 during a power struggle, accusing him of corruption and homosexuality.

Anwar was sentenced to 15 years in jail on charges of sodomy and abuse of power. He was freed in September 2004 after the sodomy charge was overturned. But the corruption sentence stood.

Although Anwar always maintained the charges were trumped up, he was written off as a political relic because of the allegations.

But he returned to Malaysian politics with a bang last year, stitching together an unlikely alliance made up of his multiracial People's Justice Party, the left-leaning Democratic Action Party and the religious-based Pan-Malaysian Islamic Party.

The rare opposition unity presented a formidable electoral challenge to the ruling National Front coalition, which is dominated by Abdullah's United Malays National Organization party.

The National Front lost its traditional two-thirds majority for the first time in 40 years, while the opposition boosted its strength to 82 seats from 19 seats in the 222-member Parliament. The opposition is now just 30 seats short of a simple majority, something Anwar says is within reach because of expected defections from the National Front.

"We already have the numbers," he said.

But rather than taking down the government now with a wafer-thin majority over the National Front, Anwar said the opposition is waiting for "a comfortable majority."

Anwar said when the opposition comes to power it would provide a much better government than the National Front.

"It is not very difficult to be a better government, to control corruption, to be more just, to improve the quality of education, public health, to stop the squandering of billions of dollars on your family members and cronies. That is quite easy," he said

"The more challenging task is to change the course" of the country, he said, listing economic competitiveness, promoting a market economy, social justice and training of manpower as the main tasks.

"We are not here to improve. We are here to change for the better," he said.

Since the election blow, Abdullah has been facing calls from many in his party to step down immediately. Abdullah has said he will announce a succession plan only after December.

Anwar said the postelection turmoil in the National Front was benefiting the opposition.

"Either way, it is good for us," he said. If Abdullah is ousted, "it will break UMNO. If Abdullah continues, it is also good for us because he is weak." (By VIJAY JOSHI/ AP)

MySinchew 2008.04.23

Read More...

Malaysia baru selepas 16 Sept???

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Desas-desus mengatakan wakil rakyat dari kerajaan BN melompat parti semakin acap kedengaran. Terbaru, lawatan DS Anwar Ibrahim ke Sabah mengundang rasa tidak senang pemimpin BN yang masih lagi menjadi pengampu kepada Pak Lah. Angin perubahan kerajaan Malaysia semakin kencang apabila DS Anwar Ibarahim sendiri yang mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia mungkin bulan depan, Julai, 31 Ogos (sempena kemerdekaan) dan juga pada 16 Sept iaitu sempena pembentukan Malaysia.

Perang psikologi.

Memang apa yang dikatakan DS Anwar ini akan disanggah oleh puak-puak kerajaan yang masih lagi kononnya setia membodek Pak Lah. Tapi, yang pentingnya, DS Anwar telah memberikan kenyataan yang sememangnya mampu mengejutkan pemimpin tertinggi kerajaan yang sedang lena dalam sedar, kononnya rakyat masih lagi menyokong beliau. Walhal, pada realitinya rakyat sudah tidak tahan dengan tindak tanduk pemimpin BN yang lebih banyak menaburkan kata-kata manis, tidak bertindak mengikut keazaman dan hipokrit. Pengumuman DS Anwar ini walaupun semacam retorik semata-mata namun kata-kata sebegini pernah juga dilaungkan oleh DS Anwar sebelum PRU 12 beberapa bulan lepas. Semasa itu, DS Anwar mengatakan bahawa PKR akan memenangi banyak kerusi di parlimen tetapi ada pemimpin yang menyanggah kenyataan ini dengan mengatakan ianya hanyalah mimpi di siang hari. Tetapi, sekarang bagaimana??? Mungkin senario beginilah yang membuatkan Pak Lah dan konco-konconya tidak senang duduk, dan sememangnya dapat dilihat dari cara Pak Lah menjawab segala masalah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Pak Lah nampak celaru, tak keruan.

Mimpi jadi kenyataan.

Walau cara mana pun kita mentafsir kata-kata DS Anwar membentuk Malaysia baru selepas 16 Sept ini, kita perlu sedar bahawa kita hanyalah merancang, dan Allah juga merancang, semaha-maha perancang. Dan dia jugalah yang akan menentukan segalanya. Memang kita memerlukan pemimpin yang lebih telus, jujur, tidak rasuah dan yang penting sentiasa menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai rujukan kepada pemerintahannya. Dalam kontes ini, saya dapat lihat, ulama-ulama yang berjuang bersama DS Anwar ini akan menjadi penasihat dalam mentadbir negara. Kita mesti ingat, tiada yang lebih besar selain dari keberkatan dan keredhaan Allah. Harapan saya sebagai rakyat Malaysia, berjuanglah kerana Allah untuk rakyat Malaysia keseluruhannya.Insyaalah perjuangan diberkati Allah.

" jikalau takut akan kegagalan, jangan bicara soal perjuangan...." - DSAI


------------------------------------------------
catatan orangkita : 24 Apr 2008, 4.00 am
http://sangpemantau.blogspot.com/
------------------------------------------------

Read More...

T'ganu tetap tuntut royalti minyak

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Apr 23, 08 4:42pm

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said tetap bertegas menuntut supaya kerajaan pusat mengembalikan royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.

"Permintaan supaya dikembalikan wang royalti itu adalah permintaan rakyat Terengganu," katanya hari ini.

ahmad said terengganu mb pc 230408 01Sehubungan itu, Ahmad berkata, beliau akan menemui perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua minggu lagi untuk membincang soal tersebut.

Pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu ditarik balik sejak 2000 sewaktu negeri itu ditadbir PAS.

Sebaliknya ia ditukar kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan" dan diuruskan terus oleh kerajaan pusat.

Ahmad berkata, selama ini projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, menggunakan wang ehsan tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Kataya, ini menyebabkan ada di antara projek-projek terbabit tidak memberi manfaat atau keuntungan kepada rakyat negeri Terengganu.

'Minyak habis'

"Wang ehsan ini banyak digunakan untuk pembinaan jalanraya tetapi ini tidak menguntungkan rakyat," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini

"Ini kerana kerajaan negeri terpaksa membiayai kos penyelenggaraan manakala kerajaan pusat mendapat hasil dari cukai jalan.

"Kita juga bimbang minyak akan habis, menyebabkan Terengganu akan lumpuh. Petronas kata banyak Terengganu ada antara 15 hingga 20 tahun lagi," katanya.

Ahmad berkata, hasil minyak bukan setakat untuk pembinaan jalan sahaja "tetapi kita perlukan untuk pelaburan supaya kerajaan negeri mendapat hasilnya".

Di samping itu, katanya, wang ehsan itu juga digunakan untuk membiayai penganjuran Monsoon Cup setiap tahun, walaupun ia tidak menguntung.

Bagaimanapun, katanya, projek itu tidak boleh dihentikan kerana terdapat kontrak penganjuran untuk selama 10 tahun.

"Saya tidak mendapat laporan lengkap mengenai pembelajaan mengenai Monsoon Cup," katanya.

Read More...

Tubuh suruhanjaya 'perbetul' Umno: Rais

Mstar Online

23-04-2008 07:20:53 PM

PUTRAJAYA: Kini wujud keperluan bagi Umno, yang kalah besar dalam pilihan raya umum Mac lepas, menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat sebab-sebab merosotnya sokongan terhadap parti itu, yang menjadi teras Barisan Nasional (BN).

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, ketika membuat gesaan itu berkata, UMNO juga perlu "berubah" dalam cara ia beroperasi.

"Jika anda boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk hakim, dan kini mahu membentuk suruhanjaya anti rasuah, mengapa tidak boleh dibentuk suruhanjaya untuk Umno?" kata beliau dan menambah UMNO perlu terus bergerak ke depan.

"Saya selalu kata sistem kuota mesti dihapuskan. Kewujudan terlalu banyak rangkaian pemimpin dalam Umno di peringkat negeri harus juga disemak, agar kita tidak terpaksa melayani kehendak terlalu ramai bos bila pilihan raya diadakan," kata veteran politik itu dalam temuramah dengan Bernama.

Rais, 66, merujuk kepada sistem kuota yang mensyaratkan setiap pemimpin yang ingin bertanding jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden atau anggota MT, mesti mendapat bilangan pencalonan tertentu dari bahagianbahagian Umno.

"Ini saya fikir sukar diterima oleh sesetengah pihak, kita mesti lahirkan apa yang kita percaya. Tapi, saya tidak menyalahkan sesiapa, sistemnya mesti adil," kata beliau.

Diminta mengulas desakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan menerima tanggungjawab atas prestasi merosot BN dalam pilihan raya umum itu, Rais berkata ini bukan masa untuk berbalah tetapi untuk bekerja.

"Ini masa untuk memaaf dan melupakan (yang lalu). Setiap orang punya suara hati untuk dilaksana dan diperkatakan dengan lantang.

"Saya fikir kini masanya bagi semua peringkat kepimpinan menerima dan mencintai Malaysia dan membolehkan proses kerja terlaksana," kata beliau.

Rais berkata beliau tidak menuding jari kepada sesiapa atas kekalahan itu, tetapi rakyat Malaysia "memang suka menyalahkan orang lain". BERNAMA

Read More...

Derita anak-anak mangsa ISA menggamit kebahagiaan yang tidak ditemui

Harakahdaily

Anis Nazri | Foto HarakahDaily

Wed | Apr 23, 08 | 4:52:03 pm MYT

Tatkala melihat kanak-kanak seusianya bergelak ketawa bersama ibu bapa, mulut petahnya terdiam seketika. Dia termenung, sebelum melepaskan satu keluhan kecil. Air matanya bertubir di sudut matanya, dan dia berlari menuju ke rumah. Biar hilang pandangannya dari melihat kebahagiaan itu.

ImageHatinya sayu. Sayu mengenangkan nasibnya yang tidak seuntung kanak-kanak tadi. Masakan tidak? Sudah sekian lama dia tidak dapat berkumpul, bergembira dan bermesra dengan bapa kesayangannya. Sudah lama dia terpisah dari bapanya. Bukan kerana Allah menjemput bapanya ke alam roh, tetapi satu-satunya akta zalim ISA yang bertindak demikian!

Bagi Suhaib Mat Sah, tidak tercapai di fikirannya bahawa satu ketika nanti dia tidak dapat mengecapi kebahagiaan bersama bapanya angkara ISA. Dia sentiasa berasakan bahawa kasih sayangnya bersama kedua ibu bapanya sentiasa berpanjangan. Namun, impian itu bukanlah realiti baginya. Kini, hampir enam tahun beliau tidak dapat bermesra dengan bapanya.

Enam tahun! Bapanya masih meringkuk di Kemta tanpa sebarang bukti kukuh yang boleh disabitkan ke atasnya. Kekecewaan anak berusia 14 tahun ini, jelas tergambar apabila dia pernah bertanya kepada uminya..."apa lagi yang PM nak?", "apa lagi yang cuba Pak Lah nak buktikan kesalahan abah?".

ImageAduhai hati, siapalah yang tahu penderitaan dan kesayuan yang dirasai Suhaib ini. Bagi kita yang dewasa, jika kehilangan orang tersayang pun sudah cukup meruntun hati. Apatah lagi bagi Suhaib, yang menyaksikan sendiri bapanya dibawa pergi, di tengah malam, enam tahun lalu.

Bermula saat itu, hidupnya tidak seindah kanak-kanak lain. Hatinya tersentuh setiap kali melihat kemesraan kanak-kanak lain bersama ibu bapa mereka. Hati kecilnya sering tertanya-tanya, bilakah abah yang dikasihinya akan menghirup udara kebebasan dan berpeluang kembali mencantum kebahagiaan mereka sekeluarga.

Seringkali Suhaib mendengus dan merungut, seolah-olah menyesali dengan apa yang terjadi. Apalah anak sekecil itu, yang sememangnya memerlukan kasih sayang seorang bapa mampu menghadapi dugaan maha perit ini?

Namun, dalam rontaan hatinya yang membenci tindakan ISA itu, dia tetap seorang anak yang kuat dan tabah. Walapun sesekali dirinya tewas dengan ketabahan yang dipupuk uminya sejak abahnya diheret pergi. Dia tetap seorang anak yang cekal, biarpun di hatinya hanya Allah yang mengetahui bebanan perasaan yang ditanggungnya.

'Kehilangan' abahnya cukup membuatkan perkembangannya tergugat. Anak yang kini sedang dalam proses membesar ke alam remaja sudah tentu memerlukan seorang bapa bagi membantunya menempuh alam baru.

ImageJika bapanya memang sudah tiada di dunia, mudahlah hati anak kecil itu dipujuk dan dikhabarkan berita itu. Malah, jika bapanya di penjara dalam tempoh yang diketahui akan berakhir sekalipun, pasti mudah dia menerimanya.

Namun, apa yang dilakukan ISA ini, benar-benar tidak berperikemanusiaan. Sudahlah terkepung tanpa bicara yang boleh membuktikan bapanya bersalah, pembebasan bapanya juga menjadi tanda-tanya dan mengikut sesuka rasa pihak pemerintah.

Baik lagikah ISA ini dalam masyarakat? Apakah ketenteraman negara ini akan terjejas sekiranya akta ini dimansuhkan seperti yang dituntut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini?

Sedangkan adanya ISA inipun keselamatan rakyat di negara ini sudah tidak tenteram. Sana sini dikhabarkan berlaku penculikan, pembunuhan, rogol, samun dan sebagainya. Tenteramkah negara ini? Selamatkah kita dengan adanya ISA ini?

Aduhai pemimpin Malaysia, hentikanlah penderitaan keluarga mangsa tahanan ISA ini. Sapukanlah air mata yang mengalir di pipi anak-anak kecil ini. Bukan Suhaib seorang menanggung derita ini, masih ada 70 keluarga lain yang menangisi dan menderita akibat ISA.

Wahai rakyat Malaysia yang prihatin, bangkitlah. Bangkitlah sekali lagi bagi membantu GMI dalam rangka usaha mereka untuk membebaskan semua tahanan ISA, selain memansuhkan akta zalim ini.

Bangkitlah menunjukkan kuasa anda mendesak kerajaan dengan kepimpinan 'baru' ini agar mendengar dan menunaikan tuntutan semua pihak seperti yang dinyatakan Menteri Dalam Negeri yang baru, Dato' Seri Syed Hamid Albar dalam Utusan Melayu tidak lama dulu..."Saya akan memenuhi tuntutan semua pihak..."

Buat pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga mangsa ISA ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336. - mr

Read More...

Keputusan Kah Choon Keluar Parti Bijak, Kata Penganalisis Politik

Bernama

23 April, 2008 21:29 PM

Oleh Teoh Bao Lian

PULAU PINANG, 23 April (Bernama) -- Penganalisis politik Datuk Dr Cheah See Kian hari ini menyifatkan tindakan bekas timbalan setiausaha agung parti Gerakan Datuk Lee Kah Choon yang keluar daripada parti Gerakan satu keputusan bijak kerana ini dapat mengelakkan perbalahan antara parti itu dengan DAP berterusan.

"Lewat membuat penyelesaian hanya akan menyebabkan parti DAP dan Gerakan berada dalam keadaan serba salah dan perbalahan kedua-dua parti akan berterusan," kata Cheah yang juga Pengetua Kolej Han Jiang dalam satu temubual dengan Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kontroversi Lee menerima jawatan pengarah dalam dua agensi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berakhir berikutan pengumuman beliau keluar daripada Gerakan.

Cheah berkata demikian ketika diminta mengulas Lee yang mengumumkan keluar daripada parti Gerakan hari ini berikutan tindakannya menerima tawaran jawatan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dapat diterima oleh kepimpinan partinya.

Ahad lepas, Lee menerima tawaran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang.

Mengenai kenyataan Lee semalam yang pelantikannya dan kerjaya politik tidak mempunyai sebarang perkaitan, Cheah berkata kenyataan itu sukar diterima oleh orang ramai.

"Beliau seorang ahli politik, tambahan pula sebelum pilihan raya lepas beliau merupakan salah seorang calon Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau seorang tokoh politik yang berstatus tinggi. Jadi kenyataan beliau itu sukar diterima orang ramai," katanya.

Bagaimanapun Cheah berkata pencapaian Lee sehingga hari ini adalah "jasa daripada Gerakan yang sering memberinya peluang" untuk meningkat dalam kerjaya politik.

-- BERNAMA

Read More...

Rustam Abdullah Sani

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Helme Hanafi
Rabu, 23 April 2008

DAN kematian terasa akrab. Terutama bila mengenang sahabat dan guru kita, Rustam A Sani. Saya memanggilnya Pak Rustam. Semalam, dia mengirimkan rencananya pada KLpos.com, dengan pesan, “Sudilah menyebut alamat blog saya, supaya populer”. Rupa-rupanya pesan yang terakhir.

Anak kepada tokoh gerakan kiri Abdullah Sani atau lebih terkenal dengan nama Ahmad Booestaman ini, dijemput ilahi jam 3.00 pagi tadi kerana serangan jantung di rumahnya di Bukit Lela, Gombak, pada usia 63 tahun.

Beberapa minggu sebelum itu, satu pagi, Rustam menghubungi saya di rumah, katanya dia mahu menyumbang rencana untuk KLpos.com. “Saya hendak kembali menulis selepas berehat panjang,” katanya ketawa.

Pergilah Pak Rustam, pergilah ke sana. Tapi selalulah pulang ke bumi. Selalulah menjenguk kami di sini.

Pak Rustam memang tidak aktif sejak bulan Ogos tahun lalu. Mungkin kerana sakitnya iaitu paru-paru berair, serta, yang selalu mengganggunya sakit lutut.

Sudah lama dia tidak menghadiri majlis politik. Cuma ketika hari penamaan calon, beliau dan isteri Kak Rohani, turun menyaksikan perarakan orang ramai menggiringi Nurul Izzah Anwar di Bangsar.

Sebelum kesihatannya terganggu, beliau aktif menulis untuk Harakah, Siasah, dan Suara Keadilan. Beliau dianggap kolumnis terbaik bagi gerakan reformasi terutamanya tatkala menghurai dan menganalisis isu semasa.

Berkenalan dengan Rustam

SAYA diperkenalkan kepada Rustam oleh Khalid Jaafar, pada hari pertama saya memulakan kerja sebagai wartawan Berita Keadilan. Ketika itu, lapan tahun yang lalu, Khalid merupakan Pengarang Berita Keadilan manakala Rustam adalah Pengarang Suara PRM.

Belum ada kerjasama antara KeADILan dengan PRM lagi ketika itu, tetapi masing-masing, Khalid dan Rustam, memulakan langkah tersebut dengan berkongsi kemudahan dan sumber menerbitkan akhbar parti masing-masing.

Saya yang baru, tentu saja bangga dapat berkerja dengan tunjuk ajak dari pengarang yang hebat seperti mereka. Tambah lagi di dalam team kami, terdapat juga bekas sub editor NST Rahman Adnan dan Cik Bakar. Selain Raja Petra Kamaruddin.

Rustam tidak datang ke pejabat setiap hari, ada gilirannya. Kerana Berita Keadilan diterbitkan dua minggu sekali, dan begitu juga dengan Suara PRM, maka Rustam hanya datang ke pejabat pada minggu menyiapkan Suara PRM.

Gilirannya begini, minggu pertama Berita Keadilan, minggu kedua Suara PRM, minggu ketika Berita Keadilan dan minggu keempat Suara PRM.

Jadi pada minggu menyiapkan Suara PRM, Pak Rustam ada ada di pejabat sehingga lewat malam, terutamanya hari dateline.

Saya masih ingat, bagaimana beliau dengan sabar mengajar saya yang masih mentah ini.

“Dia (Ahmad Boestaman) pulang ke rumah untuk berkemas baju, dan kemudian demam, beliau hanya menunggu baik demam sahaja, untuk menyertai rakan-rakannya masuk hutan,”

Ada kalanya untuk menghilang tension, beliau akan bercerita. Ceritanya tentulah pengalaman beliau ketika menjadi Fellow Kanan ISIS yang berfungsi sebagai pasukan pemikir rasmi kerajaan Malaysia.

Bagaimana Dr Mahathir pernah memanggilnya ke pejabat selepas tulisannya keras mengkritik kerajaan disiarkan dalam kolum mingguannya di Utusan Malaysia.

Saya terkesan, hubungannya dengan Dr Mahathir, seperti “benci tapi rindu”.

Bekas Ketua Pengarang NSTP, Tan Sri Abdullah Ahmad, terkejut bila dimaklumkan kematian Rustam. "Saya memang mencari beliau untuk terjemahkan buku baru Dr Mahathir ke dalam Bahasa Melayu," katanya.
Kemudian Suara PRM dan Berita Keadilan berpecah dan membawa haluan masing-masing. Tetapi hubungan saya dengan Rustam berterusan. Ketika berjumpa kami sering bertanya khabar. Pernah sekali secara tidak sengaja saya bertemu dengan buku karangan Ahmad Boestaman ‘Tujuh tahun malam memanjang’ cetakan pertama.

Buku itu kiranya kini berusia lebih 30 tahun. Saya ceritakan pada Rustam, beliau begitu teruja dan minta supaya dapat dipinjamkan buku tersebut kepadanya.

Pernah satu ketika, saya bertanya mengapa Ahmad Beostaman rela ditangkap. Mengapa beliau tidak berjuang bersama rakan-rakan lain, seperti Shamsiah Fakeh (bekas isteri kedua Ahmad Boestaman) yang lari ke hutan.

Kata Rustam. “Dia (Ahmad Boestaman) pulang ke rumah untuk berkemas baju, dan kemudian demam, beliau hanya menunggu baik demam sahaja, untuk menyertai rakan-rakannya masuk hutan,” jelas beliau.

“Tapi belum sempat baik demam polis sudah tangkap dia di rumah,” katanya lagi.

Dan jika Boestaman ke hutan, tentu sahaja, sejarah berubah. Tokoh yang terkenal dengan slogan 'Merdeka dengan darah' ini mendapat dukungan kuat daripada masyarakat Melayu.

Cerita detail penangkapan itu boleh di baca dalam buku Tujuh Tahun Malam Memanjang yang diterbitkan semula oleh UKM.

Hajat tak sampai

RUSTAM orangnya kiri yang liberal. Dia senang melayan orang muda dan tidak kekok bergaul dengan mereka. Dia bersungguh mahu saya hadir ke pelancaran bukunya Failed Nation? Concerns of a Malaysian Nationalist dan Social Roots of the Malay Left.

Pelancarannya dijadualkan 26 April ini di Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia sudah menghantar jemputan lewat email pada saya 10 April lalu. Saya sudah kata padanya. “Insallah saya akan pergi,”.

Tapi semalam, sekali lagi dia menghantar email, “apakah sdr sudah terima undangan ke pelancaran buku saya pada 26 april? saya harap akan bertemu saudara di sana. RAS”

Saya ulang lagi. Mana mungkin saya menolak jemputan seorang guru yang akrab sepertinya. Tapi tuhan juga yang berkuasa. Dia dijemput ilahi tiga hari sebelum tarikh yang bersejarah itu.

Jep, rakan saya yang menguruskan KLpos.com, sudah berkira-kira menyiapkan kolum khas untuk Pak Rustam di KLpos.

Saya tinggal mahu bercakap dengan Pak Rustam tentang cadangan kolum tersebut, memohon izinnya. Tapi, apakan daya.

Ingatan rakan-rakan

KETIKA menziarahinya tadi. Saya terserempak dengan Datuk Hassan Ahmad, regu intelektual Rustam, rakan-rakan beliau dari Universiti Malaya, Lim Kit Siang dan rombongannya, Nurul Izzah Anwar, wartawan dari berbagai media.

Rumah di atas Bukit Lela itu tidak putus-putus dikunjungi pelawat. Bertali arus. Khalid Jaafar, bekas rakan kongsi Rustam, hadir pagi lagi. Begitu juga Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Pengarang NSTP, Tan Sri Abdullah Ahmad, terkejut bila dimaklumkan kematian Rustam. "Saya memang mencari beliau untuk terjemahkan buku baru Dr Mahathir ke dalam Bahasa Melayu," katanya.

Seorang kawan lama beliau, dari Singapura, menghantar email seperti berikut;

Innalillahi wainna illahiraji'un. Saya terkejut dan berlinangan airmata mendengar khabar tentang pemergian kawan yang dikasihi, Allahyarham Rustam, pagi tadi.

Saya akan sentiasa doakan semoga rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah subhanawataala. Amin.

Mohd Ismail Abdullah (MIA),
bekas DJ radio Singapura 1960-han,
Wartawan di Berita Harian Singapura,
Setiausaha Kehormat, Persatuan Wartawan Melayu (PWM) Singapura.

Hari ini Rustam telah pergi. Dan saya kira beliau pergi dengan tenang. Wajahnya seperti orang yang sedang tidur. Ada percikan peluh di dahinya. Pergilah Pak Rustam, pergilah ke sana. Tapi selalulah pulang ke bumi. Selalulah menjenguk kami di sini. AL FATIHAH

Tiga artikel terakhir Arwah untuk kolum Karya Merdeka di KLpos.com

Read More...

Kah Choon lebih rela keluar Gerakan

Malaysiakini

Apr 23, 08 2:16pm

kemaskini 3:15pm Bekas timbalan setiausaha agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon mengambil tindakan keluar dari parti itu ekoran kontroversi yang tercetus selepas beliau menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

"Memandangkan, pucuk pimpinan Gerakan tidak boleh menerima keputusan saya (menerima jawatan tersebut), maka
saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

lee kah choon lim guan eng penang 220408Ekoran itu, katanya, beliau telah menghantar surat kepada pucuk pimpinan Gerakan untuk keluar dari parti tersebut.

"Dengan ini, saya harap perkara ini akan selesai dan kita boleh meneruskan langkah untuk mengendalikan tugas-tugas penting," tambahnya.

Jumaat lalu, Kah Choon memulakan tugasnya sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang.

Beliau melepaskan semua jawatan dalam Gerakan pada 31 Mac ekoran kekalahan teruk parti itu pada pilihanraya umum lalu.

Reaksi BN

Tindakan Kah Choon telah mencetuskan bantahan dari kalangan pemimpin Gerakan dan Barisan Nasional (BN).

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata terserah kepada Gerakan untuk mengambil tindakan terhadap Kah Choon, manakala timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata tindakannya bertentangan dengan prinsip BN.

mca and penang and election 120208Manakala mesyuarat jawatankuasa kerja pusat Gerakan kelmarin memutuskan untuk memberi surat tunjuk sebab kepada Kah Choon kerana menerima jawatan dalam PDC dan InvestPenang.

Sementara itu, dalam kenyataannya itu, Kah Choon berkata beliau telah diminta memberi sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya berhubung perkara tersebut.

"Mengenai isu ini, saya ingin mengulangi pendirian saya menarik diri dari politik dan berkhidmat kepada masyarakat.

"Sebelum ini, saya telah mengumumkan keputusan saya untuk bersara dari politik dan menerima peranan bukan politik demi kepentingan sosio-ekonomi Pulau Pinang.

"Keputusan saya itu bermotif hakikat bahawa kepentingan Pulau Pinang tidak boleh dikompromi oleh sebarang pertimbangan politik," tambahnya.

Wujud peluang pekerjaan

Beliau menegaskan, dalam suku tahun akan datang, ekonomi global yang dijangka lembab, akan memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara yang berorientasikan eksport.

"Saya percaya, tumpuan kepada usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan langkah-langkah bagi memastikan pertumbuhan yang mampan, adalah lebih penting daripada politiking yang berterusan.

"Matlamat saya adalah jelas dan kekal konsisten sepanjang karier politik saya, iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat," tambahnya.

Oleh itu, katanya, beliau mengambil keputusan untuk menerima jemputan kerajaan negeri untuk berkhidmat dalam kedua-dua agensi kerajaan negeri itu pada masa yang mencabar ini.

"Memandangkan keputusan saya itu tidak boleh diterima oleh pucuk pimpinan Gerakan, maka saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti.

"Oleh itu, saya telah menghantar surat kepada pucuk pimpinan parti untuk menarik balik keahlian saya dalam Gerakan.

"Dengan ini, saya berharap perkara ini akan selesai dan kita dapat meneruskan langkah untuk mengendalikan tugas-tugas penting," tambahnya.

'Rekod jadi bukti'

Mengenai kritikan bahawa beliau kurang berpengalaman untuk menyandangkan jawatan-jawatan tersebut, Kah Choon berkata:

"Kritikan itu kurang tepat dan rekod profesional dan perkhidmatan saya dapat membuktikannya.

"Jika adapun, kritikan tersebut akan merangsang saya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk Pulau Pinang.

"Ekoran itu, saya mahu bekerjasama dengan semua parti supaya Pulau Pinang terus maju," katanya.

Kah Choon mengeluarkan kenyataan tersebut atas jawatannya sebagai pengarah PDC dan pengerusi jawatankuasa eksekuttif InvestPenang.

Beliau juga meletak nota meminta tidak sesiapapun menghubunginya kerana beliau sibuk dan beliau juga tidak berhasrat untuk membuat sebarang tambahan kepada kenyataannya itu.


Read More...

Usah tiru kaedah BN untuk bentuk Pakatan Rakyat

Harakahdaily

Maulana Purnama

Wed | Apr 23, 08 | 4:45:25 pm MYT

Apabila Pakatan Rakyat (Pakatan) menerajui lima negeri, kecenderungannya adalah meniru cara BN. Maka kalau Umno mewakili Melayu, begitulah MCA dan Gerakan mewakili Cina dan MIC mewakili India.

Jadi diikutilah cara bahawa PAS dan KeADILan mewakili Melayu, KeADILan dan DAP mewakili Cina dan India.

Fikiran seperti ini bercanggah dengan konsep ketuanan rakyat yang dijunjung Pakatan Rakyat.

Dalam konsep ketuanan rakyat, semua parti anggotanya, PAS, KeADILan DAP mewakili semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Maka PAS walaupun parti Islam tidak mewakili orang Islam semata-mata. Begitu juga DAP walaupun parti yang didominasi orang Cina tidak sama sekali mewakili orang Cina.

Semua wakil rakyat mewakili rakyat di kawasannya, dan parti-parti itu hanya platform untuk memudahkan mereka berkhidmat untuk rakyat.

Justeru fikiran cara BN mesti diubah. Dalam Pakatan Rakyat tidak timbul ketuanan Melayu, perpaduan Melayu dan kepentingan Melayu. Yang ada adalah ketuanan rakyat, perpaduan rakyat dan kepentingan rakyat. Sukar untuk memahami konsep demokratik ini kerana sudah sekian lama rakyat negara ini dikotak-kotakkan menurut kaum.

Hakikatnya Dato� Onn Jaafar, pengasas Umno tidak memperjuangkan ketuanan Melayu. Sebaliknya beliau menjunjung ketuanan rakyat walaupun istilah itu tidak digunakan. Kalau tidak masakan beliau sanggup mencadangkan supaya Umno dibuka untuk semua kaum.Dan apabila cadangannya tidak diterima, beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang pelbagai kaum.

Apa yang Onn perjuangkan dalam menentang Malayan Union adalah menegaskan bahawa gagasan itu bercanggah dengan undang-undang. Ini kerana negeri-negeri Melayu bersifat naungan dan bukannya dijajah Inggeris, sebaliknya ia negeri berdaulat atas kedudukan Raja-raja Melayu.

Kedaulatan Raja-raja Melayu merupakan asas kepada negeri-negeri Melayu, terserlah dalam Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia.

Tetapi negara merdeka yang ditubuhkan ini adalah berasaskan kepada rakyat. Semua warganegara adalah setaraf dan tidak timbul warga negara kelas kedua atau ketiga. Semua kedudukan rakyat adalah setaraf dan saksama.

Perkataan rakyat adalah keramat dalam perjuangan kemerdekaan. Walaupun Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti pertama orang Melayu tidak mempunyai perkataan rakyat pada namanya, isi perjuangannya adalah rakyat.

Mulanya PKMM menyokong gagasan Malayan Union kerana menyangka ia menyatukan semua rakyat Tanah Melayu tanpa mengira negeri masing-masing. Perpaduan rakyat menjadi inti perjuangannya kerana masa itu rakyat di negara ini terbahagi menurut negeri.

Tetapi apabila ternyata Malayan Union bertujuan menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan, parti ini menyertai Umno dalam usaha menentang Malayan Union. Bagaimanapun apabila ternyata Umno tidak berhasrat untuk memperjuangkan kemerdekaan, maka ia keluar daripada gabungan persatuan Melayu itu.

Sebaliknya PKMM bersama dengan parti Islam pertama, Hizbul Muslimin, Angkatan Pemuda Insaf (Api), Majlis Tertinggi Islam (MATA) dan Barisan Tani Semalaya (Batas) menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (Putera). Buat pertama kali istilah rakyat digunakan bagi nama gabungan badan-badan politik.

Bersama Majlis Bertindak Bersama Seluruh Malaya (AMCJA) yang dianggotai parti bukan Melayu, Putera-AMCJA menolak gagasan Persekutuan Tanah Melayu sebaliknya mencadangkan Perlembagaan Rakyat yang meletakkan konsep rakyat sebagai asas kepada Tanah Melayu merdeka. Tentunya cadangan Putera-AMCJA gagal.

Setelah PKMM dibubarkan, sebagai gantinya ditubuhkan Parti Rakyat. Ketua Api, Ahmad Boestamam menjadi ketuanya. Tetapi ketua Putera, Burhanuddin Al-Hilmi memilih untuk menjadi ketua PAS.

Parti ini asalnya adalah daripada biro agama Umno yang menyokong Onn dengan gagasan Umno dibuka pada orang bukan Melayu. Begitulah progresifnya asal-susul PAS.

Parti-parti lain yang namanya ada perkataan rakyat di Malaysia sebelum pembentukannya adalah Parti Progresif Rakyat (PPP), Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP). PPP dan SUPP kedua-duanya parti kiri, seperti Parti Rakyat.

Tetapi PPP sebelumnya dikenali sebagai Parti Progresif Perak dan amat popular di Lembah Kinta. Ia kemudian menyertai BN dan hilang sifat kirinya. Di bawah M Kayveas, ia ditukar nama kepada Parti Progresif Penduduk. Maka hilang nama rakyatnya.

Antara pengasas PAP selain daripada Lee Kuan Yew adalah Samad Ismail. Gagasan Malaysian Malaysia pada asasnya ialah memperjuangkan kesaksamaan semua rakyat negara ini. Di Malaysia ia kemudian menjadi DAP.

Parti Rakyat turut ditubuhkan di Singapura dan Brunei. Kedua-dua PRS dan PRB memegang idealisme sama dengan PRM. Parti Rakyat kemudian ditukar nama kepada Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) oleh Kassim Ahmad.

Pemimpin pertamanya, Ahmad Boestamam kemudiannya meninggalkan parti itu dan bekerja di Sarawak dengan SUPP, sebuah parti kiri yang ada perkataan rakyat sebagai namanya. SUPP kini adalah anggota BN.

Menjelang pilihan raya 1969, sebuah parti baru menggunakan nama rakyat ditubuhkan. Antara pengasasnya Syed Hussein Alattas. Namanya adalah Gerakan Rakyat Malaysia. Parti ini bermula dengan berorientasi rakyat tetapi ia kemudian menyertai BN dan tidak ketara orientasi rakyatnya lagi.

Pada pilihan raya 1986, PAS berpakat dengan PRM dalam Harakah Keadilan Rakyat (HAK), maka muncullah perkataan rakyat sebagai nama gabungan. Pada 1990, PRM bergabung dengan Semangat 46 dan DAP untuk menubuhkan apa dinamakan sebagai Gagasan Rakyat. Sekali lagi perkataan rakyat digunakan untuk menampilkan orientasinya.

Read More...

Lee Kah Choon quits Gerakan, wants to focus on new job

NST Online

By : Audrey Dermawan




PENANG, Wed:

Datuk Lee Kah Choon has quit as a Gerakan member with immediate effect after he was lambasted for accepting Penang chief minister Lim Guan Eng's offer to become director of the Penang Development Corporation (PDC) and investPenang.

Lee said today he made the decision as the Gerakan leadership could not accept his appointment as director of the Penang Development Corporation (PDC) and investPenang.

“Since my decision to accept the appointment is not acceptable to the Gerakan leadership, I believe it is best for me to retreat totally from party politics. I have submitted a letter to the party leadership to withdraw my membership from Gerakan,” he said in a one-page statement faxed to all media organisations here today.

Immediately, scores of reporters camped at Lee’s investPenang office in Bayan Lepas but failed to meet him.

Calls to his cell phone were immediately transferred to his voice mail but he returned a call later in the afternoon and confirmed his withdrawal from the party. He declined to say anything more about the issue.
In his statement, Lee hoped his action would put the matter to rest and that he could move forward and work on some serious tasks at hand.

He also touched on the criticism levelled against him by Gerakan acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon on his lack of experience in business-related matters.

Stating that the criticism was inaccurate, Lee said his professional and service record speaks for itself. “If anything, the criticism drives me to achieve more for Penang. With the political ghost exorcised, I now look forward to work with all parties to ensure Penang leads again,” he added.

Lee’s move to accept the directorship of PDC and investPenang, as well as the executive committee chairman for investPenang, had raised the ire of party leaders, his colleagues and also the Barisan Nasional (BN) top leadership.

BN president and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi did not spare Lee when he said on Tuesday that the latter’s move was against the spirit of the coalition.

Abdullah’s deputy Datuk Seri Najib Razak had said on Monday that members of BN component parties should not work for the opposition. On the same day, Gerakan national adviser Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik launched a stinging attack on Lee.

Lee, who was Gerakan deputy secretary general, also touched on the show-cause letter issued to him by his former party, reiterating that he was withdrawing from active politics to focus on serving the society as a citizen and his decision could not be compromised by any political consideration.

Read More...

Kah Choon isytihar keluar parti

Utusan Online

23/04/2008 4:25pm

BUKIT MERTAJAM 23 April – Bekas Timbalan Setiau saha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti tersebut selepas kontroversi pelantikannya dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest Penang Berhad (iP).

Kah Choon dalam kenyataannya berkata, beliau telah menyerahkan surat penarikan diri daripada menjadi ahli Gerakan ekoran keputusannya untuk menjawat jawatan itu tidak diterima oleh pucuk pimpinan parti.

Sehubungan itu katanya, beliau kini boleh menumpukan tugas-tugas yang diamanahkan dan membuat keputusan untuk membantu kerajaan negeri.

"Kritikan terhadap kemampuan saya untuk menjawat dua jawatan ini adalah tidak benar kerana rekod perkhid matan saya sebelum ini telah membuktikan sebaliknya," katanya.

Kah Choon berkata demikian bagi mengulas tindakan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan tertinggi Gerakan yang mahu beliau memberi sebab kena pa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya kerana menerima dua jawatan itu.

– Utusan.

Read More...

Kereta api laju KL-Singapura batal

Berita Harian

Oleh Abdul Halim Yusoff


KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan projek pembangunan sistem kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura kerana projek itu memerlukan kos yang terlalu tinggi.


Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Sulaiman Mahbob, berkata kerajaan memutuskan untuk tidak menyokong pelaksanaan projek itu selepas meneliti cadangan yang dikemukakan mengenainya.

"Kerajaan tidak akan meneruskan projek kereta api laju itu kerana berdasarkan model kewangan dibentangkan syarikat konsesi, kita perlu menanggung beban kos kewangan yang besar," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas jumlah kos yang perlu ditanggung kerajaan bagi projek itu yang dikatakan mampu menjimatkan tempoh perjalanan kereta api dari Kuala Lumpur ke Singapura kepada 90 minit, berbanding lebih enam jam ketika ini.


Sulaiman berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan keputusan kerajaan itu kepada kementerian, jabatan dan syarikat berkaitan tetapi enggan mengulas lanjut.

Projek kereta api laju yang dianggar memerlukan pelaburan berjumlah kira-kira RM8 bilion itu dicadangkan syarikat prasarana dan pembinaan YTL Corporation Bhd (YTL Corp). Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dilaporkan berkata kerajaan tidak mahu menanggung beban kewangan dan risiko melaksanakan projek kereta api laju itu kerana ia adalah inisiatif swasta.

Sebelum itu, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pula dilaporkan berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai projek itu, justeru ia dianggap sebagai tidak wujud.

Projek itu mendapat reaksi berbeza pelbagai pihak kerana dibimbangi merugikan negara, selain boleh menjejaskan pendapatan Penerbangan Malaysia (MAS) dan daya saing Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disasarkan menjadi hab penerbangan serantau.

Baru-baru ini, Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Bhd (KPPKTMB) turut membantah cadangan projek itu kerana mendakwa ia boleh merugikan negara dalam pelbagai aspek.

Pengarah Urusan YTL Corp, Tan Sri Francis Yeoh, yang mengemukakan idea projek kereta api laju itu pada Januari 2007, dilaporkan berkata pelaksanaannya boleh membantu menjimatkan subsidi minyak yang ditanggung kerajaan.

Sementara itu, penganalisis menganggarkan kos projek kereta api laju itu mungkin mencecah RM11 bilion, selepas mengambil kira kos pengambilalihan tanah dan pembinaan prasarana, khususnya berikutan kenaikan harga minyak serta bahan binaan.

Read More...

Wanita dakwa dicabul bekas menteri tarik balik laporan polis


Agenda daily




TERBARU: Wanita yang mendakwa dicabul oleh seorang bekas menteri telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 17 April 2008 yang lalu sekitar jam 7.00 petang Rabu.

Difahamkan, wanita yang bertugas sebagai pelayan di kelab sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur Sentral itu berbuat demikian setelah mengakui wujudnya salah faham berhubung dengan 'gurauan' bekas menteri berkenaan.

Sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily Rabu malam wanita berkenaan juga mengakui pada ketika 'gurauan' itu berlaku dia dalam keadaan 'bad mood'.

Sumber itu juga memberitahu, pejabat Peguam Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes tersebut dalam waktu yang terdekat.

Menurut sumber berkenaan wanita itu membuat laporan polis pada 17 April dan bukan 14 April seperti yang dilaporkan media sebelum ini.- 23/4/2008

----------------------------------

Berita sebelum ini... Dakwaan menteri cabul… lain pula ceritanya: Ini kisah daripada mereka yang rapat dengan bekas Menteri yang didakwa mencabul. Walaupun cerita-cerita yang disebarkan memperincikan kejadian tersebut tetapi kalangan mereka yang berada di tempat kejadian tidak dapat memberikan gambaran jelas tentang apa yang berlaku.

Menurut mereka termasuk bekas pegawai menteri berkenaan, mereka tidak mendengar suara perempuan yang menjerit atau kekecohan seperti yang digambarkan.

Malah menurut seorang yang rapat dengan bekas menteri tersebut, ketika kejadian bukan sahaja teman rapat bekas menteri itu hadir tetapi salah seorang ahli keluarga Perdana Menteri ada bersama dengan bekas menteri itu.

Ahli keluarga Perdana Menteri mempunyai janji temu dengan bekas menteri berkenaan di hotel tersebut.

Sehubungan itu, apabila keluar berita yang mendakwa bekas menteri itu mencabul, ia sesuatu yang amat mengejutkan mereka.

“Bukan sahaja kita tidak melihat sebarang kejadian tetapi difahamkan laporan polis itu dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa teman kepada wanita pelayan berkenaan,” ujar sumber itu lagi.

Mengulas lanjut sumber itu memberitahu, bekas menteri berkenaan bersama-sama bekas pegawai dan tetamunya berada di Kelab Havana hotel berkenaan dan tempat tersebut adalah tempat terbuka.

Berdasarkan keadaan tempat berkenaan, ia adalah tempat awam serta terbuka dan dengan itu, adalah mustahil jika bekas menteri itu melakukan pencabulan dan ia tidak disedari atau dilihat oleh mereka yang berada di situ.

Ditanya apakah tindakan lanjut yang akan diambil oleh bekas menteri berkenaan, sumber itu memberitahu, difahamkan bekas menteri itu tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang berkaitan yang membuat tuduhan tersebut.

Sementara itu, bekas menteri itu yang dilaporkan berada di luar negara sebelum ini telah kembali ke tanah air tengahari Rabu. – 23/4/2008

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |