+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, April 24, 2008

Isu keris juga faktor kekalahan BN

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Apr 23, 08 10:35am

Pemimpin MCA dan Gerakan hari ini mengakui isu ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghunus dan mengucup keris menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Pengerusi MCA Petaling Jaya Utara, Datuk Dr Wong Sai Hon berkata, orang bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India takut dengan tindakan tersebut.

"Orang Cina bertanya kalau Hisham boleh mencium keris, kenapa orang Cina dan India tidak boleh mencium keris (senjata tradisional) mereka.

"Badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur dan Selangor marah dengan tindakan mencium keris itu," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Hishammuddin tentang isu tersebut.

umno 2007 pemuda keris 061107 unsheathKetika mengulas kenyataan naib ketua pergerakan itu, Hishammuddin berkata keris tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.

"Perkara ini dibangkitkan hanya bertujuan menakut-nakutkan pihak tertentu tambahan kita berada dalam negara majmuk dan untuk mempengaruhi adalah perkara biasa,'' beliau dilaporkan berkata hujung minggu lalu.

Beliau juga dilaporkan berkata "tak mungkin naib ketua saya boleh menyatakan sedemikian kerana dia sentiasa ada bersama-sama dengan saya."

Khairy Jamaluddin Abu Bakar beberapa hari sebelumnya mengakui bahawa isu keris menjadi satu daripada beberapa punca kemerosotan sokongan BN dalam pilihanraya ke-12.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utama pengundi, khususnya bukan Melayu, meninggalkan calon BN.

"Kita perlu mengkaji dan berfikir untuk melihat isu keris ini secara terbuka," kata Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau, di majlis permukiman wakil rakyat BN Jumaat lalu.

Dr Wong juga menegaskan BN mengalami kekalahan akibat banyak faktor. Selain isu menghunus keris, faktor lain termasuklah isu ketuk ketampi seorang perempuan Melayu dalam lokap polis.

Naib presiden Gerakan, Datuk Dr S Vijayaratnam juga bersetuju isu keris sebagai salah satu faktor kekalahan BN dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau bagaimanapun, berkata, ada beberapa lagi isu yang turut menyebabkan kekalahan parti tersebut.

"Isu keris itu hanya salah satu sebab, tetapi ada lagi sebab-sebab lain," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |